View: 2476|Reply: 20
|
Ahli Parlimen Keluar Parti Dikenakan Tindakan Saman- Zahid
[Copy link]
|
|
Berikutan sebelum ini, ramai wakil rakyat Umno mengambil keputusan keluar parti, presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan tindakan saman akan dikenakan ke atas mereka yang terbabit.
Selain itu, menurut Datuk Seri Zahid, wakil rakyat terbabit juga dikehendaki mengosongkan kerusi dan membayar kos berkempen sepanjang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Kredit foto: carian internet
Utusan Online melaporkan kenyataan itu dibuat dalam ucapan dasar presiden sempena perasmian Perhimpunan Agung ke-72 di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam.
“Mutakhir ini, terdapat wakil rakyat Umno keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas. Saya akui amat sukar untuk menyekat mereka keluar parti.”
“Tetapi, demi menghormati kehendak ahli-ahli parti yang telah dikhianati, kita telah mengambil langkah drastik melalui tindakan undang-undang."
“Saya ingin menyatakan writ saman telahpun dihantar kepada beberapa individu terbabit."
Kredit foto : carian internet
Selain Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Anifah Aman, 3 lagi ahli Parlimen Umno yang keluar parti selepas pilihan raya umum 9 Mei lalu ialah Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dan Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Noor Azmi Ghazali.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan takat UMNO je.. patut mana2 YB yang dah jd wakil rakyat, tak patut khianati amanah rakyat.. suka hati ja lepaskn jawatan.. kalau ada keuzuran dr segi kesihatan atau lain2 hal yg boleh menggugurkan kelayakkan, takpe la..
SPR patut rombak semula peraturan ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
pilihanraye semule pun bukan bole menang |
|
|
|
|
|
|
|
Ada aku kisah?
Parti dia.. ahli dia.. YB dia..
Ada akta ke dlm SPR? |
|
|
|
|
|
|
|
ada ker undang2 for this kind of case??? Bila la nak berubah, mereka keluar sebab tak sekepala n tak setuju dgn ideologi yg di bawa parti mereka so what is the issue here...btw lantak korang |
|
|
|
|
|
|
|
Bawah akta apa ya ? A new things to me |
|
|
|
|
|
|
|
kiambang replied at 30-9-2018 03:08 PM
Bawah akta apa ya ? A new things to me
Saman ni tindakan sivil. So saya percaya dia berdasarkan kontrak. Maksudnya, dia cuba imply a contract dlm hubungan seorang calon pilihanraya dan parti yg menajanya dari pelbagai segi termasuk belanja kempen dsb. |
|
|
|
|
|
|
|
dulu jadi kerajaan xnak wat undang-undang anti lompat parti..sekarang padan muka..
|
|
|
|
|
|
|
|
Bro doakan UMNO mampus dan lenyap |
|
|
|
|
|
|
|
mereka wakil rakyat, bukan wakil parti
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg Kuar parti pn bole saman si Zahid ni..tu parti UMNO.bukan parti Najib,bijan atau Zahid.
|
|
|
|
|
|
|
|
Masalahnya yang sudah keluar tidak pernah pun tandatangani apa apa surat akuan yang mengatakan keluar parti kena bayar balik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Buatla apapun yg pentng species lompat katak ni pupus..suka suki nak lompat sana sini..mohon dilenyek lori babi yb or mp yg jenis ni tak kira parti mana |
|
|
|
|
|
|
|
najib888 replied at 30-9-2018 12:11 PM
Bukan takat UMNO je.. patut mana2 YB yang dah jd wakil rakyat, tak patut khianati amanah rakyat.. su ...
#inisemuasalahnajib
Dulukala lagi aku dah hint2 kat Bijan, zaman tu aku ada derek kebel. Masa tengah lazat sangat kasi katak2 kat Perak tu lompat aku dah warning.. Harap2 pokcik kebel aku tu ade pass la kat dia. Mintak SPR stop all this hopping nonsense. Tapi dia tak buat pon. So tersedar la di benak aku ni yang BN memang nak pakai mekanisme loncat ni sampai bila2. Now, padan muka.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu UMNO gak yg bangga memiliki beruk2 lompat parti tinggalkan PAS la PKR la bagai.. siap tayang penyerahan borang kemasukan ahli kat TV nak tunjuk kat org kampung.
Nah, sekarang taste your own medicine.. apa ko rasa? Oren?
Probably kalo saman sejuta pon, org takmo bayar ko boleh bagi discount kasi turun sampai 500 kot. Ex gomen dulu selalu bagi discount saman what.. |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_almondpecan replied at 30-9-2018 10:10 PM
Saman ni tindakan sivil. So saya percaya dia berdasarkan kontrak. Maksudnya, dia cuba imply a cont ...
Tapi perlembagaan kata tiada masalah kan? Sahih ke saman sivil yg bertentangan dgn perlembagaan?
Sy pun tak setuju lompat2 parti ni
Anyway PAS punya bai'ah tu macam mana ya? Sah ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|