CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1856|Reply: 7

4 Tip Membeli Tiket Penerbangan Ke Luar Negara Dengan Bijak!

[Copy link]
Post time 3-10-2018 12:49 PM | Show all posts |Read mode
Ramai dalam kalangan kita yang gemar melancong ke luar negara. Mungkin suatu masa dahulu, hanya mereka yang benar-benar poket tebal sahaja mampu melawat ke negara luar. Hakikatnya pada dunia hari ini, sudah ramai yang berkemampuan disebabkan harga tiket penerbangan yang semakin rendah dan kadang-kala tidak masuk akal.


Bayangkan tiket ke Bandung, Indonesia pernah dijual dengan harga RM50 sahaja? Murah bukan? Namun adakah sudah ramai yang tahu tips dan langkah sebenar yang perlu dibuat untuk membuat pembelian tiket penerbangan dengan betul?


Jom kita baca tips dan info di bawah:



Sumber dari internet  (http://stylecaster.com)




TIPS MEMBELI TIKET PENERBANGAN KE LUAR NEGARA DENGAN BIJAK:


1. Bilakah waktu yang sesuai untuk membeli tiket?


Pembelian tiket haruslah dibuat selewat-lewatnya 4 bulan sebelum tarikh percutian. Bermakna lebih awal lebih baik. Anda boleh membuat tempahan seawal setahun dari tarikh percutian. Semakin dekat tarikh pembelian tiket dengan tarikh percutian, harga tiket pun semakin melambung-lambung.


Sebagai contoh, harga tiket pergi balik ke New Zealand hanya RM 1000 jika anda membuat tempahan seawal 12 bulan, tetapi tempahan yang lambat menyebabkan harganya boleh mencecah RM 3000. Oleh kerana itu, keputusan untuk memilih destinasi percutian dan tarikh bercuti perlulah dibuat lebih awal. Ingat, pilihan di tangan anda!


2. Bagaimana nak bandingkan harga tiket?


Sebenarnya ada banyak platform untuk kita bandingkan harga tiket, tapi tak ramai yang tahu. Antara yang popular ialah https://www.skyscanner.com/. Di laman sesawang ini, anda hanya perlu masukkan tarikh yang anda mahu, serta destinasi yang anda ingin tuju. Di situ anda akan dapat lihat bandingan harga tiket bagi kesemua syarikat penerbangan yang berkenaan. Apa yang menariknya ialah ia turut memaparkan harga promosi tiket yang dibuat oleh mana-mana syarikat penerbangan.


Selain cara ini, anda juga bolehlah terus melawat ke laman sesawang syarikat penerbangan itu sendiri dan lihat sendiri harga tiket. Contohnya jika anda ingin menaiki pesawat Air Asia, anda terus melayari https://www.airasia.com/ , manakala jika anda ingin menaiki pesawat Malaysia Airlines, anda terus ke laman sesawang https://www.malaysiaairlines.com/my/ . Akan tetapi, cara ini adalah lebih lambat dan kurang efektif berbanding terus ke laman web Skyscanner.





Sumber dari internet (skyscanner.com)






Dalam zaman serba moden ini, anda tak perlu lagi ke kaunter di lapangan terbang untuk membeli tiket. Sebaliknya, gunalah kemudahan internet yang ada untuk memastikan anda dapat membeli tiket dengan harga terendah. Sekiranya terdapat harga promosi, anda harus terus beli jika harganya sudah cukup berbaloi. Usah beranggapan promosi yang lebih baik akan muncul kerana boleh jadi ia sia-sia sahaja.


3. Ketahui route atau laluan penerbangan sebelum membuat keputusan


Kapal terbang tambah murah seperti Air Asia kebiasaannya akan mempunyai satu destinasi transit atau persinggahan sebelum tiba di destinasi tujuan. Untuk penerbangan yang mempunyai transit seperti ini, anda berpeluang melihat dan merasai pengalaman di lapangan terbang negara lain. Anda juga boleh berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan dan tidak terlalu penat dek kerana terlalu lama berada di dalam pesawat.


Manakala bagi pesawat seperti kendalian Malaysia Airlines pula, biasanya ia terus membawa anda ke destinasi tujuan. Ia melibatkan penerbangan yang agak lama dan memakan masa sehingga berjam-jam untuk sampai ke negara-negara terutamanya yang agak jauh dari Malaysia. Namun, ia sesuai bagi mereka yang ingin sampai lebih awal dan tidak mahu singgah di mana-mana.


4. Pilih penerbangan yang selesa untuk anda


Anda harus mengenal pasti anda sukakan penerbangan yang bagaimana. Penerbangan tambang murah, kebiasaannya anda perlu menanggung bayaran bagi berat bagasi yang dibawa, tiada kemudahan skrin untuk menonton filem di kerusi masing-masing dan saiz kerusi juga sedikit sempit terutamanya bagi anda yang berbadan saiz besar. Namun untuk solo traveller serta budget traveller, penjimatan wang lebih utama. Oleh itu, perkara itu tidak menjadi isu besar.


Penerbangan seperti Malaysia Airlines pula, biasanya anda tidak perlu menambah wang untuk menampung berat bagasi yang dibawa kerana dengan harga tiket yang anda bayar, anda layak membawa bagasi dengan berat 30kg bersama anda. Anda juga boleh menonton pelbagai jenis filem di skrin di kerusi hadapan masing-masing serta saiz kerusi anda juga lebar dan selesa untuk perjalanan yang jauh. Makanan turut disediakan jadi anda tak perlu risau akan perut lapar dan sebagainya.





Sumber dari internet (citytrips.planetfem.com)






Jadi, traveller yang inginkan keselesaan sewaktu dalam penerbangan bolehlah memilih penerbangan berkenaan walaupun agak mahal.


Berdasarkan info-info dan tips yang telah diberi, pastinya lebih mudah bagi anda untuk memilih penerbangan yang sesuai untuk anda ke luar negara.


Selamat bercuti bersama keluarga! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2018 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Google flights..

Murah..

Byk choice, boleh pilih trip ikut budget masing2..

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2018 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Simple sgt tips nya. Kalao ada yg advance blh share juga.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2018 02:23 PM | Show all posts
simple sgt tips ni………..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2018 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
pinksarah: Google flights..Murah..Byk choice, boleh pilih trip ikut budget masing2..


Prefer google flights jgk, lagi banyak pilihan and lebih details, boleh dpt update harga tickets jgak.skyscanner sometimes mahal service chargenya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2018 02:56 PM | Show all posts
Tips yang diberikan agak general kurang berkesan sangat nak2 untuk orang sini kalau rajin buat research byk je cara lain yang lebih bagus
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2018 03:09 PM | Show all posts
tips simple...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2018 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tips yang memang biasa dibuat... Ingatkan ada something new. Anyway, good try
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.060653 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list