CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14921|Reply: 168

Nak lari dari laki orang

[Copy link]
Post time 4-10-2018 07:40 PM | Show all posts |Read mode
Ok, mungkin ada yang akan kecam aku. Tapi, please bagi aku peluang bercerita.

Aku terjatuh cinta dengan suami orang. ye aku tahu salah melayan perasaan tu, tapi makin aku elak, makin kuat rasa tu datang.

Aku pernah berkahwin, tahun ni dah 3 tahun aku single. Lelaki ni adalah member-member aku dengan ex-husband jugak. Kiranya dia kenal exhusband aku.

Masa krisis rumah tangga aku, tak ada la aku bercerita kat dia. In fact dah berpisah pun aku tak cerita kat sesiapa. Cuma, aku makin menjauh dari social media.

Dan si dia ni perasan yang aku jarang online Fb dan instagram. Rupanya setiap hari dia log in dan stalk account aku.

To be honest, aku pun suka si dia ni sejak masih isteri orang lagi. Tapi, tak de la aku layan perasaan tu. Cuma kalau dia say hai kat instagram atau komen/like gambar aku, memang berbunga-bunga hati ni.

Dan si dia ni bukanlah punca rumah tangga aku berkecai.

Lepas jadi single, memang selalu jugaklah ada perasaan nak menggatal dengan si laki orang ni. Tapi cepat-cepat aku istighfar dan ingatkan diri yang dia ada anak isteri.

so, sebab tu aku larikan diri dari social media. Nasib baik masing-masing tak pernah contact via whatsapp. Kalau tak jenuh jugak nak memblock.

so, fast forward 3 tahun la aku membujang dengan struggle melawan rasa untuk rapat dengan si laki orang ni.

entah macam mana, 1 hari tu (tahun lepas) aku terserempak dia kat event kat KL. Mak aihhhhh masing-masing terkejut beruk! Aku lagilah panik. Cepat-cepat aku lari. Memang nak elak dia!


Dalam pada aku panik tu, 1 cara je aku boleh fikir nak lepaskan diri. BALIK RUMAH.

Entah macam mana, boleh pulak terserempak balik kat parking! Adoiii masa tu aku memang dah tak boleh elak. Si dia ni terus membebel kat aku dan tanya kenapa aku macam mengelak dia.

Masa tu aku memang tak de jawapan. Takkan nak cakap, aku takut jatuh cinta dengan dia pulak?

OK, dipendekkan cerita, si laki orang ni, dapat nombor telefon aku!

Aku block. Dia tukar nombor lain. Aku block lagi. Guna number lain pulak.

Macam mana aku nak lari. Dan aku pulak tak boleh tukar nombor telefon sebab tuntutan kerja aku tak boleh sesuka hati tukar number.

Setiap hari dia whatsapp aku, DM aku kat instagram.

Dia cakap bagi peluang kat dia. Dia jugak cakap dia sayang aku. Dan perasaan tu dah lama ada since aku isteri orang lagi! maknanya kitorang sama-sama ada rasa tu. Cuma, so far aku tak pernah terus-terang lagi perasaan aku kat dia yang dah wujud lama tu.

sebab kalau aku mengaku, mampuslah ranap rumah tangga dia.

Apa patut aku buat.  Patut ke aku jumpa wife dia? Atau patut tak aku pindah je negara lain? Buat plastic surgery supaya dia tak kenal aku lagi? Sebab zaman kitorang masih member-member dulu, ramai cakap muka kitorang seiras even exhusband aku pun cakap benda sama. Siap exhusband aku gelar si laki orang ni kembar aku

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2018 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Bertabah la kak. Begitulah cinta. Cinta tu tak bodoh. Tapi manusia rata2 jadik bodoh kerna cinta.

Akak sarankan akak bercinta dengan jantan tu then ajak la jumpa wife dia bagitau uols nak nikoh. Laki orang dan janda ni bila dah bersayang2, belom declare kapel pon mampo jah mengongkek haram kak. Disarankan, nikoh je la. Elak maksiat. Karma aka kifarah boleh bersambung turun temurun sampai ke generasi seterusnya tahu jika sakitkan hati owang?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Entah2 kembar atau adik bradik terpisah. Sbb adik beradik mmg boleh suka sama sndri. Tu yg wujud sumbang mahram. Feeling tu kuat sbb sedarah sehati sejiwa


#demmit apa iolss merapik ni. Iolss nak kecam kaka sorang x sampai hati. Sbb jantan tu pon perangai mcm hampasss jgk

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
tomaz replied at 4-10-2018 08:12 PM
Entah2 kembar atau adik bradik terpisah. Sbb adik beradik mmg boleh suka sama sndri. Tu yg wujud sum ...

Kan.

Rasa macam nak baling periuk api ke muka jantan tu khen? Gigih kejo dari bini orang sampai la menjanda. Bini dan anak2 sundri entah terjaga ke idok.

Ntah2 masa make love ngan bini sah, fikirkan TT ni kataku jahat menudoh.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
tomaz replied at 4-10-2018 08:12 PM
Entah2 kembar atau adik bradik terpisah. Sbb adik beradik mmg boleh suka sama sndri. Tu yg wujud sum ...

Btw, possible jugak teori uols tuh. Mohon TT dan peminat tegar berstatus laki orang tu sama2 buat ujian DNA.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
@nbtech78 tolong bagi pendapat sepatah dua kata
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2018 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Keadaan mmg complicated sbb dua2 ada perasaan cinta, dan lebih complicated bila tt berstatus janda

Cuba tt tanya diri sendiri, apa yg tt nak sebenarnya? Kalau nak lari...ke mana n sampai bila? Akak berani potong  kuku jari yg jantan tu tak akan putus asa...makin susah nk dapat makin dia agresif, mencabar katakann

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti esok lusa kalau dia dapat u nikah ngan u. Dia cari bini orang lain pulak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2018 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt, you percaya ke dia suka you sebelum you jadi isteri lagi? Ohhh please la tt.. buka mata, buka otak..You perempuan, isteri dia perempuan..apa you rasa kalau you ada ditempat si isteri jantan tu? Suami you boleh meluah rasa suka syg pada janda lain? Apa perasaan you tt?. Jaga la maruah you sebagai status janda. You kalau TERjumpa jantan tu, tak perlu nak buat ala2 lari macam ulat beluncas..you bertegas la sikit..buang perasaan bodoh tu.. jangan lukakan hati isteri dan anak2 dia demi kepentingan nafsu cinta bodoh tu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Bertegas dgn diri sendiri, bertegas dgn jantan tu yg tt x ada perasaan pun, x berminat nk kawin dgn dia

X perlu bagi alasan yg tt tak mau meruntuhkan rumahtangga, x mau melukakan hati wife dia or bla3 sbb itu seolah2 dah bagi hint kat jantan tu yg tt sebenarnya ada hati kat dia...nanti lagi merenyam laaa laki org tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu u bercerai sbb org ketiga..samala rse isteri laki org tu nnt.  

I x percaya pn laki tu btl2 nk u..lelaki ni umpama kucing yg suka benda2 tricky..but once die dh dpt      ..he never appreciate u...

U jgn confess kt die pape pn. Ignore je

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
TT..nak tanye..

1. TT suke kat laki org tu sbb ape?
2. dia suke TT pulak sbb ape?
3. nape ada perasaan suka tu sejak masih isteri org lg?

TT penah berkahwin n dah tentu TT pun tau serba sedikit pasal laki org ni kan..so..hati2 la ye..mcm ada udang di sebalik mee je..

Sibukkan diri dgn hal/aktiviti lain..jgn terlampau pikir psl laki org tu..supaya dpt jauhkan dari perasaan itu..


Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang susah nak lari dari laki org sebab TT pun suka dia kan.

Tapi you sendiri kena berusaha keluar dari hubungan itu.

Sentiasa letakkan diri you kat tempat wife dia. Simpati la sikit kat sesama kaum dan jgn aniaya rumahtangga org. Takkan tak dpt rasa sakit hati wpun sedikit kalau you tahu suami you berloving2 dgn org lain.

Kalau dia keep on whatsapp you, ignore je. Baca & delete. Tak perlu reply pun.

Lama2 nanti dia bosan sebab you tak layan, dia cari perempuan lain pulak. Masa tu dia dah tak kacau u dah.

Insyaallah slowly you pun akan hilang perasaan suka kat dia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 11:23 PM | Show all posts
Edited by nbtech78 at 4-10-2018 11:34 PM
hibernation replied at 4-10-2018 09:08 PM
@nbtech78 tolong bagi pendapat sepatah dua kata

ermm...kak....ku cuba lah bagi sepatah 2 kata untuk semangat ya...

pengalaman pun x seberapa...sbb jual goreng pisang di tepi jalan je...

untuk TT.....

benda pertama sekali untuk saya tanya?

TT suka n ada hati dengan si dia kan...?

si dia pun ada hati dengan TT kan..?

jangan menipu sang hati.....

apa yang perlu di lakukan adalah poligami....

TT jangan jadi perampas....

kalo jadi isteri no.2...di boleh kan...

tetapi biarlah lelaki itu juga jujur kepada isteri pertama....

nyatakan dulu hasrat hati nya kepada isteri pertama

ini cabaran utama untuk dia....kalo cabaran pertama ni pun dia dah fail...baik batal kan saja niat....

TT sila beri kan kata ini....adakah TT strong untuk menyatakan ini kepada nya ?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2018 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Fuh... Ni last2 bercinta jugak nih
Ko ADA hati kat dia... Dia pun gitu jugak
Errrrr akak takde nasihat yg baik utk kau
Coma akak harap, lelaki Tu bukan tok Laki akak jelah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2018 08:28 AM | Show all posts
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Dear TT, mcm yg forumer bg suggestion tu, buatla ujian DNA dulu.  Tak tahu jugak kan, entah2 attraction tu sbb korang siblings ke.  Dah confirmed bukan siblings, kalau nak nikah, go ahead.  Tak salah pun.  Kot2 isteri dia jenis bagi green light ke manalah tahu.  Cuma dia perlu adil la n it's ur job utk ingatkan dia selalu.  Apa pun decision u nanti, ikutlah syariat utk tindakan yg seterusnya ya.  Semoga Allah permudahkan urusan TT.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2018 10:23 AM | Show all posts
Genkidesuka replied at 5-10-2018 08:28 AM
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Dear TT, mcm yg forumer bg suggestion tu, buatla ujian DNA ...

mungkin boleh rujuk salasilah keluarga je...

mesti TT tahu ayahnya pernah kahwin berapa...

TT pun senyap....dah dpt contact kot...


Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2018 12:02 PM | Show all posts
ada je laki org nk kt aku...aku x nak sbb memang aku x suka dia kot...kalo aku suka mesti jadi bengong/bodoh mcm titi jgk haha....

sekian...

jgn kacau laki org...pesanan khidmat masarakat....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2018 12:03 PM | Show all posts
sebenar nya aku x baca pon ...baca sepintas lalu

bz
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2018 12:21 PM | Show all posts
u pun tahu perasaan jadi janda.. tegar ke you nak suruh bini kawan you tu jadi janda juga?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.054703 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list