View: 2243|Reply: 7
|
Kirim Gambar Pisau Kepada Isteri, Misteri Kehilangan Presiden Interpol Akhirnya
[Copy link]
|
|
Jumaat lepas, Organisasi Polis Antarabangsa atau Interpol telah mengeluarkan kenyataan media mengenai kehilangan ketua mereka, Meng Hongwei yang juga seorang warganegara China selepas tidak dapat dihubungi selama 12 hari.
Kredit Foto: AFP
Isteri beliau mendakwa mendapat kiriman gambar misteri berupa pisau daripada telefon Hongwei sebelum talian diputuskan. Interpol kemudiannya menghubungi kerajaan China untuk mendapatkan makluman.
Kredit Foto: Twitter
Hari ini, teka-teki kehilangan Hongwei akhirnya terjawab apabila ibu pejabat Interpol di Perancis menerima sepucuk surat perletakan jawatan daripada Hongwei. Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri China, Hongwei telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam skandal rasuah 13 hari lepas di sebuah pusat tahanan kerajaan.
Kredit Foto: AFP
Kehilangan Hongwei yang misteri mengakibatkan pihak berkuasa Perancis telah membuka kertas siasatan untuk mengetahui kisah sebenar. Selain menjadi Ketua Interpol, Hongwei juga memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri China. Jurucakap negara itu berkata, selain tuduhan skandal rasuah, Hongmei juga disyaki melanggar undang-undang politik yang boleh membahayakan parti pemerintah. Interpol menerima perletakan jawatan Hongwei berkuatkuasa serta merta.
Kredit Foto: Aljazeera
Ahad lalu, isteri Hongwei, Grace Meng yang tinggal di Lyon, Perancis, telah menunjukkan kepda pemberita imej pisau serta mesej 'tunggu panggilan saya'yang dihantar oleh suaminya sebelum menghilangkan diri. Grace percaya imej pisau itu dihantar oleh suaminya sebagai satu isyarat bahawa nyawanya dalam bahaya. Grace berkata imej itu diterima pada 25 September dan suaminya tidak lagi dapat dihubungi sehingga kini.
Grace membacakan sebuah kenyataan kepada media tetapi tidak menunjukkan wajahnya atas faktor keselamatannya dan dua orang anaknya. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Pelakon terkenal Fan Bingbing pun hilang di China
Fan Bingbing’s mysterious disappearance: what it means for China’s elite
Three months ago, one of the country’s best known actors went missing. Now, seemingly chastened, she has reappeared with a bill for £112m in unpaid taxes and fines
![](https://i.guim.co.uk/img/media/721058218ff40de6cc3b7af744731a0af94ffd6e/0_129_2399_1439/master/2399.jpg?width=620&quality=85&auto=format&fit=max&s=f7c422ae1db36efea9f84cc0fefea8f3)
Imagine if Jennifer Lawrence or Scarlett Johansson went missing and nobody knew where they had gone – even three months later. That is what happened to Fan Bingbing.
|
|
|
|
|
|
|
|
£112m wowwww kaya2 deorang nehhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Sang_Pencinta replied at 9-10-2018 12:19 PM
Pelakon terkenal Fan Bingbing pun hilang di China
Mak datokkk.... fan bing bing ni billionaire ke smpai kena bayar tax sebanyak itu ![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
iolls baruuuu nak speku ada kaitan dgn billionaire gems kawan karib kepada paris hilton |
|
|
|
|
|
|
|
Katanya Fan Bingbing menipu kontrak/payment bila lapor income tax |
|
|
|
|
|
|
|
dengar dalam berita Meng Hongwei ni ahli parti komunis ke? macam mana interpol boleh ambil dia kerja dengan status dia macam tu? xkan x tahu..![](static/image/smiley/default/3shakehead.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 10-10-2018 06:21 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
achilles_heel: dengar dalam berita Meng Hongwei ni ahli parti komunis ke? macam mana interpol boleh ambil dia kerja dengan status dia macam tu? xkan x tahu..:shakehe ...
Dulunya kan dia Ketua Interpol bhgn China baru upgrade Interpol International. Mungkin dulu prestasi dia bagus kot.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|