CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3070|Reply: 27

Truffle antara makanan paling mahal di dunia

[Copy link]
Post time 15-10-2018 06:45 PM | Show all posts |Read mode
        

UMUM mengetahui bahawa truffle adalah antara bahan makanan yang paling mahal di dunia.

Dengan hanya beberapa hirisan truffle hitam dari Perancis yang dikenali sebagai black diamond boleh mencecah ribuan ringgit manakala truffle putih dari Itali pula boleh mencapai harga tiga kali ganda daripada black diamond.

Ia mempunyai bau dan rasa  sangat kuat serta unik, membuatkan ramai mengemarinya dalam makanan mereka.

Malah restoran-restoran terkenal  turut menggunakan truffle dalam sajian  untuk  menambahkan rasa unik dalam makanan mereka.

Jika di Perancis dan Itali, ia  menjadi bahan yang diseludup seperti dadah selain dirompak disebabkan  oleh harganya yang mahal selain sukar didapati.



Apa itu truffle?        

Truffle, sejenis kulat tumbuh di bawah tanah. Dalam bentuk saintik, pokok dan truffle tumbuh secara “mutual” iaitu saling memerlukan satu sama lain.

Ia tumbuh secara liar dan semulajadi serta tidak boleh ditanam dan dikawal.

Truffle merupakan salah satu daripada beberapa spesis kulat yang tumbuh sepenuhnya di bawah tanah.

Ia melingkar sendiri dan ke dalam akar-akar pokok seperti pokok oak, poplar, bic dan banyak lagi.

Pembiakan truffle        

Untuk membiak, ketul-ketulan seperti ubi tumbuh pada kulat ini di bawah tanah dan berbau kuat sehingga haiwan mampu menghidunya serta mengorek tanah untuk memakannya.

Spora kulat ini kemudiannya tersebar membuatkan pembiakan kulat berlaku.

Apa yang membuatkan truffle mahal adalah kerana ia sukar untuk ditemui.

Truffle hanya menyukai beberapa jenis tanah dan pokok sahaja selain tidak boleh ditanam kerana ia hidup dalam akar pokok.

Jika mahu menanam truffle juga, biasanya anda harus mencari pokok yang cukup kecil yang tumbuh di kawasan yang sudah mempunyai kulat tersebut.

Pokok itu kemudiannya harus dikorek dan dipindahkan ke kawasan baru  yang mempunyai tanah sesuai.

Kulat yang tinggal dalam akar-akar pokok tersebut akan berpindah ke kawasan baru dan dalam tempoh 10 hingga 20 tahun anda mungkin mempunyai kawasan yang mempunyai truffle.




Truffle di Perancis        

Terdapat banyak hutan-hutan truffle di Perancis pada tahun 1800-an yang ditanam dengan cara ini.

Ia merupakan makanan biasa diantara tahun 1800-an dan 1900-an sehinggakan semua rakyat Perancis mampu untuk makan.

Namun disebabkan Perang Dunia Kedua, kawasan luar bandar Perancis rosak teruk menyebabkan banyak hutan truffle musnah.

Ia juga  menyebabkan semakin sukar menjumpai truffle untuk beberapa abad dan harganya melonjak naik seterusnya menjadi makanan khusus  untuk orang kaya.

Apa yang membuatkan truffle mahal?        

Ia memerlukan penjagaan rapi dan bacaan pH tanah paling ideal adalah di antara 8 hingga 8.3 untuk membuatkan  kulat ini  membesar dengan baik dalam iklim sederhana tanpa perubahan suhu yang melampau.

Musim salji menjadi pilihan segelintir peladang kerana salji bertindak sebagai penebat semula jadi terhadap tanah justeru mengekalkan suhu truffle.

Dalam pada itu, peladang memerlukan bantuan anjing untuk menuai truffle.

Anjing mempunyai deria menghidu yang sensitif jika dibandingkan dengan manusia. Anjing dapat mengesan bau truffle dari jarak jauh lalu menggalinya di bawah tanah. Sisa-sisa spora truffle yang tertinggal akan terus membiak.

Truffle memerlukan masa 5-6 tahun untuk tumbuh. Oleh kerana ia mengambil masa yang panjang untuk tumbuh membuatkan kuantitinya sedikit di pasaran tetapi ada permintaan, sekaligus menyebabkan harga truffle mahal.

Malah,kebanyakkan truffle dipasarkan dalam pasaran gelap atau dikenali sebagai “black market dan ada individu yang sanggup mencuri truffle. Hasil curian dijual semula di pasaran gelap. Aktiviti tersebut diteruskan sehingga hari ini.

Negara pengeluaran truffle yang paling popular ialah Perancis, diikuti oleh China, Amerika, Chile dan New Zealand.

http://www.sinarharian.com.my/global/truffle-antara-makanan-paling-mahal-di-dunia-1.891844

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2018 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki iols ckp baunya kuat tp.cm wangi
Iols idok le.mampu makan kalau beribu harganya..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 15-10-2018 07:15 PM
Laki iols ckp baunya kuat tp.cm wangi
Iols idok le.mampu makan kalau beribu harganya..

X mampu jugak. Mampu makan pinang kering sajo
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari tu pergi orvieto italy, beli truffles 3 ketul besar ibu jari kaki harganya belasan euro. Sedap dan wangi
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
meisapoya replied at 15-10-2018 07:27 PM
X mampu jugak. Mampu makan pinang kering sajo

Khen...tu jelah kita mampu ....
Bertabah lahnkita beramai ramai..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 09:08 PM | Show all posts
meisapoya replied at 15-10-2018 07:27 PM
X mampu jugak. Mampu makan pinang kering sajo

Pinang kering memang boleh dimakan ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2018 09:10 PM | Show all posts
shernazz replied at 15-10-2018 07:15 PM
Laki iols ckp baunya kuat tp.cm wangi
Iols idok le.mampu makan kalau beribu harganya..

Nazz suruh la laki minta diskaun. Mesti kenal mana2 seller yang jual pada harga berpatutan, kan?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 15-10-2018 09:08 PM
Pinang kering memang boleh dimakan ke?

Boleh. Try la makan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2018 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
sorabora replied at 15-10-2018 08:07 PM
Hari tu pergi orvieto italy, beli truffles 3 ketul besar ibu jari kaki harganya belasan euro. Sedap  ...

Oh x de la mahal sangat. Tapi mungkin depends on gred jugak ye?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 09:55 PM | Show all posts

Rasa pahit, kan? Lepas tu, dengar cerita boleh menyebabkan kanser mulut.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 15-10-2018 09:55 PM
Rasa pahit, kan? Lepas tu, dengar cerita boleh menyebabkan kanser mulut.

Aihh jangan la makan banyak2. Makan semulut je buat rasa
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 09:59 PM | Show all posts
meisapoya replied at 15-10-2018 09:58 PM
Aihh jangan la makan banyak2. Makan semulut je buat rasa

Laaa, gitu ke? Kalau rasa sedap, memang nak makan tiap-tiap masa la jawapnya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 15-10-2018 09:10 PM
Nazz suruh la laki minta diskaun. Mesti kenal mana2 seller yang jual pada harga berpatutan, kan? : ...

Dia makan masa kat dubai
Iols kat mesia neh..mmg xdapek la.nak merasa...huwaaaaa......
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 10:22 PM | Show all posts
shernazz replied at 15-10-2018 10:21 PM
Dia makan masa kat dubai
Iols kat mesia neh..mmg xdapek la.nak merasa...huwaaaaa......

Hmmm. Patutlah. Kasihan you nazz. Benda baik memang susah nak dapat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 15-10-2018 09:59 PM
Laaa, gitu ke? Kalau rasa sedap, memang nak makan tiap-tiap masa la jawapnya.

Yang pahit kedu tu sirih. Speechless lepas makan Pinang kering tu x rase apa2 pon.

Kanser mulut tu risiko bila kita makan whole set; kapur, gambir, sirih, etc kan... bukan secara berasingan. Gitu la pemahaman i pasal sirih..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 15-10-2018 10:22 PM
Hmmm. Patutlah. Kasihan you nazz. Benda baik memang susah nak dapat.

Kan
Bertabah lah
Bila.tgk cite kat nat geo bbc bagai..semua laki.iols.ckp oenah rasa
Iols je terkulat kulat...hahaha..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2018 07:32 AM | Show all posts
ini kalau iols terjumpa ni, mesti buat tatau je, sebab igt mcm rambutan/pulasan kering.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 08:22 AM | Show all posts
meisapoya replied at 16-10-2018 07:00 AM
Yang pahit kedu tu sirih. Speechless lepas makan  Pinang kering tu x rase apa2 pon.  

Ka ...

Oooo. Sirih yang pahit rupanya.


Nasib baik kita sebagai generasi baru kurang makan benda2 gini. Bab kanser tu agak menakutkan.


Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 08:25 AM | Show all posts
shernazz replied at 16-10-2018 07:26 AM
Kan
Bertabah lah
Bila.tgk cite kat nat geo bbc bagai..semua laki.iols.ckp oenah rasa

Amboi. Bertuah la dia kan? Banyak makanan pelik2 dan mahal2 yang dia pernah sentuh dan lihat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 09:33 AM | Show all posts
iols tgk kat tv theyols guna anjing dan ada juga yang guna babi peliharaan untuk cari truffles ni..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.091194 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list