Seorang nenek yang dipercayai menikam mati cucu perempuannya sebelum menyumbat mayat dan memanggangnya di dalam ketuhar ditahan polis.
Tindakan kejam Carolyn Jones, 48, terhadapa mangsa yang berusia 20 bulan itu terbongkar selepas keluarganya pulang ke rumah dan menemui mayat Royalty Marie Floyd.
Carolyn Jones, Foto: Daily Mail
Daily Mail melaporkan, mayat mangsa ditemui oleh adik suspek sebelum dia segera memanggil polis ke lokasi kejadian.
Syerif Daerah Bolivar, Kelvin Williams berkata “Sebaik tiba di tempat kejadian, rumah itu disahkan sebagai lokasi pembunuhan.
Foto: Daily Mail
Sumber juga menyatakan yang mangsa memang tinggal bersama suspek kerana ibunya tinggal di tempat lain.
Setakat ini masih belum dapat dipastikan sama ada kejadian tersebut berpunca daripada masalah mental atau sebaliknya.
Royalty Marie Floyd, Foto: Daily Mail
Williams menambah, “Saya sudah bertugas selama 26 tahun dan ini kejadian paling mengerikan yang pernah dilihat setakat ini. Lebih menyedihkan apabila mangsa hanyalah kanak-kanak." -CARI |