|
|
Seorang ibu dan bekas teman lelakinya dituduh mencabul anak perempuannya berusia tiga tahun.
Kayla Parker, 26, dari Ohio yang didakwa melakukan penderaan seksual dan eksploitasi kanak-kanak, ditahan bersama bekas teman lelakinya, David Carbonaro, 25.
Memetik Daily Mail, kejadian berlaku di Pennsylvania dan rakaman pornografi membabitkan anak perempuannya itu dibuat pada 2014.
Pemeriksaan di rumah Carbonaro di Upper Darby pada Julai menemui beberapa gambar dan video kanak-kanak itu dalam keadaan tidak berpakaian serta mengaibkan.
 Kredit foto: Mail Online
Menurut pihak berkuasa, mereka menemui 150 gambar mangsa dalam keadaan separa bogel atau langsung tanpa pakaian dan salah satu daripadanya menunjukkan tangan seoang wanita di dalam seluar dalam mangsa.
Carbonaro ditahan pada Julai lalu dan diakwa atas kesalahan memiliki, menghasilkan dan menyebarkan pornografi kanak-kanak. Dia kini sedang menunggu tarikh untuk dibicarakan. Manakala, Kayla ditahan di Dayton, Ohio, di mana dia tinggal bersama anaknya itu.
Menurut WJAC, Kayla mendakwa Carbonaro memaksa dia melakukan penderaan seksual terhadap anaknya sementara lelaki itu mengambil gambar mereka. Malah, dia pernah membogelkan anaknya dan meninggalkan mangsa bersama Carbonaro di dalam bilik.
Pasangan itu bagaimanapun berpisah setahun kemudian dan mereka terputus hubungan.
Mahkamah menetapkan 26 Oktober sebagai tarikh perbicaraan untuk Kayla dan dia ditahan dengan ikat jamin sebanyak ASD1 juta (RM4,081,000). - CARI |
|