CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9270|Reply: 31

Ini Senarai Lagu Tema Rancangan Kanak-Kanak 90-an. Ada Yang Masih Ingat Ke Tu?

[Copy link]
Post time 22-10-2018 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Jika suatu ketika anda masih mengingati rancangan kanak-kanak anda. Adakah anda masih mengingati lagu temanya? Pernah suatu ketika dulu anda sempat menyanyikannya bersama-sama adik-beradik dan rakan-rakan anda.Ayuh! Apa tunggu lagi , mari menggamit kenangan
Ini senarai lagu tema rancangan kanak-kanak 90-an untuk anda mengimbau kenangan. Ada yang masih ingat liriknya, ke tu?




Kluangman




Bagi kanak-kanak yang pernah membesar pada tahun 90-an, sudah tentu kartun animasi tempatan  ini pernah menjadi kegemaran mereka. Kartun ini mengisahkan tentang dua orang jejaka dari hospital gila,  menyelinap keluar dari hospital pada waktu malam untuk menjadi superhero bagi  membanteras jenayah. Lagu  temanya menjadi salah satu kegemaran untuk kanak-kanak hingga  sekarang pun masih ada yang mengingatinya. Kalau lihat di laman Youtube, anda akan menjumpai segelintir yang cuba membawa lagu ini dengan cara yang tersendiri.




Doraemon



Haa! Tidak dapat dinafikan, dari zaman kanak-kanak anda ke anak-anak anda, pasti meminati kartun animasi ini . Ini jelas terbukti apabila kartun bersiri dari Jepun ini menjadi salah satu kartun yang masih ditayangkan di kaca TV Malaysia sehingga ke hari ini.  Tidak mustahil lah, jika anda begitu mengingati lagu temanya disamping mengingati barang ajaib dikeluarkan dari poket Doraemon untuk membantu Nobita yang dalam kesusahan.





Sailormoon



Jika kini kanak-kanak perempuan menggemari lagu dan watak Anna Elsa, tidak kurangnya kanak-kanak 90-an. Mereka gemar meniru karakter dalam kartun ini sehinggakan membawa mereka menyanyi bersama-sama sambil membuat gaya Sailormoon saat mendengar lagu temanya. Inilah salah satu kartun menjadikan 5 gadis dengan kekuatan super dari elemen-elemen alam dan tata suria melawan musuh dari kegelapan.






Power Rangers



"Go! Go! Power Rangers..." masih terngiang-ngiang intro lagu dari cerita ini. Rancangan ini  merupakan rancangan bersiri kanak-kanak yang pernah ditayangkan di TV Malaysia dengan pelbagi versi. Kepada anda kaki Power Rangers, sudah pasti anda masih ingat  beberapa versi Power Rangers costum yang berbeza tetapi warnanya masih sama. Antaranya, Power Ranger Ninja Storm, Power Rangers: Lost Galaxy dan banyak lagi.  Malah yang paling terkini adalah, filem Power Rangers Shattered Grid.







Scooby Doo



Scooby Doo, kisah seekor anjing yang boleh berbicara bersama-sama dengan 4 remaja telah mengembara dengan sebuah van yang dinamakan "Mystery Machine". Bagi kanak-kanak yang menggemari cerita ini, tentu sahaja mereka mengingati lagu temanya di samping jalan cerita bergenre  misteri yang berkaitan dengan hantu dan kekuatan ghaib yang mana pada akhir setiap episod,  kekuatan ghaib itu ternyata mempunyai suatu penjelasan yang masuk akal.





ALONG



Seterusnya, lagu tema dalam cerita ini juga pernah menjadi hafalan kanak-kanak pada suatu ketika dulu. A.L.O.N.G adalah sebuah rancangan dalam bentuk hiburan yang memberi pengajaran dan pelajaran kepada kanak-kanak. Rancangan ini juga menggunakan maskot kucing sebagai daya tarikan. Comel betul bila melihat watak kucing adik-beradik iaitu Along, Angah dan Acik ni. Ada yang rindu dengan lagu A.L.O.N.G ?  Tahukah anda orang di sebalik maskot Along kini merupakan seorang pelakon terkenal? Orang itu adalah Beto Khushairi.






Crayon Shin Chan



Ingat lagi watak kanak-kanak yang nakal ini?
Crayon Shin Chan mengisahkan
tentang kanak-kanak berumur 5 tahun yang mempunyai gelagat lucu dalam penggunaan bahasanya yang kadang-kadang salah ,serta perangainya yang nakal. Oleh itu cerita ini pernah memberi kontroversi, kerana ibu bapa menganggap karakter Shin Chan boleh memberi contoh yang tidak baik kepada anak-anak mereka. Apapun lagu temanya masih boleh mengingatkan kita kepada kartun comel ini.




Anda  masih ingat lagu tema kartun kegemaran anda, tetapi tidak disenaraikan? Jom share. Inilah masanyanya untuk anda menggamit kenangan... - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2018 01:44 PM | Show all posts
Lagu Frootees mana?

Frootees sahabat setia
Frootees bagai bersaudara
Frootees jadi tauladan semuaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2018 02:03 PM | Show all posts
lagu pink panter, rasa semua tau kot
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2018 02:23 PM | Show all posts
bila ingt balik cm kelakar je aku suka giler ngn sailormoon dlu haha
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2018 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengan kuasa bulan akan menghukum mu! Hihi

Lepas ni, kuiz2 yang popular tahun 90an pulak. Banyakkan game show dulu2..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2018 04:21 PM | Show all posts
ak dlu minat Usop Sontorian... dia ade lagu tema ke idok? iols dh x ingat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2018 05:41 PM | Show all posts
Semua layan! Ala skrg takde dah citer tu..dengan Kuasa bulan akan menghukum muuuuu..kampung boy, Tom and Jerry,  dragon Ball,  sailormoon,  power rangers, kluangman, along, doraemon..shin chan tu skrg pun mek layan lagi tapi dah takde tayangan dah kat tv9..huhu..skrg duk ulang upin ipin je tv9 tu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2018 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols.paling igt lagu tema.tv oendidikan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2018 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Dimana joe jambul? Host tu acik norzizi zulkifli dah dapat phd sis. Tapi si joe tu sampai ke hari i tak tahu sapa.
Kalau along plak paling i tunggu siti sifir. Meriah dia dengan spek hitam.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2018 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols rasa sape yg lahir 80an n awal 90an mmg akan merasa zaman2 cite kartun ni selagi rumah dorang ada tv.. sbb tu je pon hiburan zaman dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Wajib tgk ceeite di atas..lgu kluang man best kot...npk nye aku pon da tue
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 09:55 AM | Show all posts
semua citer katun kat atas layan dulu2.. skarang anak pulak sambung tengok doraemon.. bergema lagi lagu doraemon dalam rumahku
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 10:01 AM | Show all posts
ang..ang..doraemon...sampai skrg aku ske dgn kucing robot montel ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2018 10:48 AM | Show all posts
chinta89 replied at 22-10-2018 04:21 PM
ak dlu minat Usop Sontorian... dia ade lagu tema ke idok? iols dh x ingat

Minat jugak.. rasanya  takda
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 10:53 AM | Show all posts
Thunder cars ngan siti sifir tak da ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2018 11:00 AM | Show all posts
mieymiey replied at 22-10-2018 01:44 PM
Lagu Frootees mana?

Frootees sahabat setia

Frootees

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-10-2018 11:02 AM | Show all posts
hotmak replied at 22-10-2018 02:03 PM
lagu pink panter, rasa semua tau kot

Pink Panther utk awk...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2018 11:13 AM | Show all posts
Artemesiaa replied at 23-10-2018 10:53 AM
Thunder cars ngan siti sifir tak da ke

thunder cars ke thundercats?

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 11:14 AM | Show all posts
Inspector gadgets

She -Ra & boipren dia He-Man
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2018 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Baca tajuk katun je terus keluar lagunya kat otak. Mmg sebati betul lah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.072593 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list