![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/26/123231scc1m0ouku5exvpv.jpg) Kredit foto: IG Mawar Karim
Anak artis memang selalu menjadi perhatian. Macam puteri Fizo Omar ni, comel sungguh!
Menurut aktor ini, dia langsung tiada halangan bagi Wan Maryam untuk menceburkan diri dalam bidang seni.
Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar berkata demikian selepas Maryam atau Cik Yam menerima beberapa tawaran untuk menjadi model cilik.
"Cik Yam ada menerima beberapa tawaran selepas kes fotonya tular beberapa hari lepas.
"Jika bersesuaian dengan Cik Yam, saya akan mempertimbangkannya. Saya menerima rezeki yang telah ditentukan untuknya," katanya kepada Astro Gempak.
Bagaimanapun Fizo berkata yang dia mengimpikan Cik Yam menceburi bidang perniagaan dulu sebagai asas.
"Jika ditanya kepada saya, semestinya menginginkan dia menjadi seorang usahawan yang berjaya suatu hari nanti." -CARI
|