CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1753|Reply: 2

Pingat Darjah Kebesaran Najib, Rosmah Ditarik Balik- Istana Negeri Sembilan

[Copy link]
Post time 26-10-2018 03:42 PM | Show all posts |Read mode
Istana Negeri Sembilan hari ini menarik balik dua darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.


Kredit foto: carian internet



Memetik laporan Malaysiakini, Pendaftar Darjah, Dr. Razali Ab. Malik dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini memaklumkan penarikan tersebut berkuat kuasa serta-merta.


Ia melibatkan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (SPNS) yang dianugerahkan kepada Najib pada tahun 2005 dan Darjah Seri Paduka Tuanku Ja’afar Yang Amat Terpuji (SPTJ) kepada Rosmah pada tahun 2006.


Anugerah SPNS membawa gelaran Datuk Seri Utama kepada penerimanya manakala SPTJ membawa gelaran Datuk Seri.


Menurut Dr. Razali Ab. Malik yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Khas Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, hari ini.


"Keputusan ini bertujuan menjaga kebesaran dan kehormatan institusi diraja di Negeri Sembilan." - CARI







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2018 03:46 PM | Show all posts
forumer dah bukak thread pasal ni dari pukul 1.33 ptg tadi lagi la dik non.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2018 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
pittjie replied at 26-10-2018 03:46 PM
forumer dah bukak thread pasal ni dari pukul 1.33 ptg tadi lagi la dik non.

Tiba2 iols tergelak baca komen ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.052716 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list