CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Tempatan] C/P Garapan, Ringkasan Berita, Muka Surat Hadapan Akhbar etc

  [Copy link]
 Author| Post time 11-6-2019 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*SELSA 11 JN 2019 ASHI ERSAAAN 7 SYAWL 1440 HIJRH*


*#live fr fN PLUS EVERGE SHA# ALA*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*)

*IMSAK* : 0531
*SUBUH* : 0541
*SYURUK* : 0703
*ZOHOR* : 1316
*ASAR* : 1641
*MAGHRIB* : 1925
*ISYAK* : 2040


*artikel disiarkan pada tarikh 10jun*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *PEMILIK sebuah kedai emas di Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam, terkedu apabila semua barang kemas dianggarkan bernilai jutaan ringgit yang disimpan di dalam peti besi disamun penjenayah, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, lelaki berusia 45 tahun itu ingin membuka semula premis selepas bercuti sempena Aidilfitri sebelum mendapati empat peti besi di dalam bilik kebal sudah kosong.*

               2) *ANGGOTA polis berpangkat Sub Inspektor meninggal dunia selepas selesai solat Maghrib di Masjid Al-Wajdi Bukit Selambau, di Sungai Petani, semalam. Fadzil Ahmad, 60, rebah ketika bacaan zikir pada 7.45 malam. Anak arwah, Siti Nuraida, 32, berkata, bapanya singgah solat di masjid itu sebelum pulang ke rumahnya di kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik selepas pulang dari kampungnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.*

               3) *Upah penghantaran lumayan antara RM100,000 menjadikan segelintir keldai dadah terutamanya wanita sanggup menelan barangan haram berkenaan untuk diseludup keluar dari negara ini. Taktik yang mendedahkan pelakunya kepada risiko kematian itu digunakan sindiket dadah antarabangsa hasil kelicikan warga Afrika memanipulasi golongan berkenaan untuk menjadi keldai dadah.*

               4) *AKIBAT gagal mendapatkan duit raya daripada anaknya sebanyak RM10 untuk membeli kad prabayar, seorang bapa sanggup menendang kepala kanak-kanak terbabit dalam kejadian di Kampung Pak Damat, Gong Badak, di Kuala Nerus, Khamis lalu. Tidak cukup dengan itu, lelaki berkenaan turut mengakibatkan kecederaan pada ibu kanak-kanak terbabit apabila wanita itu dipukul dengan papan luncur kerana cuba menghalang suaminya yang bagaikan dirasuk apabila menendang kepala anak kandungnya tanpa belas kasihan.*

               5) *NIAT asal mereka hendak meraikan pengantin dan makan kenduri pada majlis kesyukuran, namun sebaik menyedari rumah di kawasan berdekatan sedang dijilat api, sebahagian daripada 80 tetamu bergegas ke kediaman berkenaan untuk cuba menyelamatkan barangan tuan rumah daripada musnah. Begitupun, hasrat itu tidak kesampaian berikutan api terlalu marak dan merebak terlalu cepat sehingga memusnahkan rumah papan di Taman Setia Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), dekat sini.*

               6) *KEGIATAN seorang anggota penguat kuasa yang menyamar sebagai polis tidak bertahan lama apabila dia diberkas bersama dua lagi rakannya di sebuah kedai makan di Kebun Baru, Telok Panglima Garang, di sini, awal pagi semalam. Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Azizan Tukiman berkata, tangkapan dilakukan susulan kejadian samun di sebuah syarikat di Klang kelmarin.*

               7) *PENJAWAT awam diingatkan supaya mengelakkan daripada ‘mengikat diri’ kepada mana-mana parti pemerintah bagi membolehkan mereka kekal berkecuali dan fokus pada tugas, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata, langkah berkecuali itu membolehkan setiap penjawat awam yang diberi tanggungjawab, mampu melaksanakan tugas dengan lebih berkesan untuk berkhidmat kepada kerajaan yang memerintah.*

               8) *HASRAT melanggan pelacur bertukar tragedi selepas seorang lelaki disamun di sebuah rumah tumpangan, di Jalan Central, Sibu, semalam. Difahamkan, mangsa berniat melanggan pelacur selepas isterinya sudah lama tidak melayan dia selain baru menerima gaji. Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari, lelaki itu diugut dengan pisau oleh seorang daripada tiga penjenayah sebelum melarikan dompet mangsa mengakibatkan dia kerugian RM800.*

               9) *POLIS menahan remaja perempuan berusia 19 tahun selepas dikehendaki bagi membantu siasatan kes khianat memecahkan cermin kereta dan pancitkan tayar kereta milik ibunya. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Kontinjen (JSPT) (IPK) Kedah Superintendan Chuah Seong Lim berkata, gadis itu ditahan semasa Rondaan Cegah Kemalangan sempena Op Selamat 15/2019 di Jalan Perik, Kuala Nerang semalam.*

               10) *SEORANG wanita sanggup memberikan pinjaman wang berjumlah RM24,780 kepada lelaki yang baru dikenalinya di Facebook (FB) selepas terpedaya dengan perangkap cinta dimainkan suspek yang menyamar sebagai ‘Datuk’. Wanita berusia 36 tahun itu berkenalan dengan suspek pada 2017 di FB dan ‘bercinta’ di laman sosial sehingga bulan lalu sebelum menyedari ditipu.*

               11) *PERTUBUHAN Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) menggesa agensi berkaitan memindahkan semua penduduk Orang Asli suku Batek di Kuala Koh ke lokasi lebih selamat. Presidennya, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, ini kerana tempat yang mereka diami ketika ini sangat kotor dan menyedihkan selain perlu bergantung sumber air sungai yang dipercayai tercemar.*

               12) *KANAK-kanak lelaki berusia 11 tahun meredah asap tebal untuk menyelamatkan adik perempuannya berusia tiga tahun yang sedang tidur ketika rumah mereka di Kampung Padang, Kulim, terbakar malam tadi. Muhammad Amin Zaidi terjaga dari tidur sebaik terasa bahang panas sebelum menjerit ketika menyelamatkan adiknya dari rumah dua tingkat itu.*

               13) *PUSAT Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong, Teluk Intan, yang dibuka sejak Jumaat lalu ditutup sepenuhnya pagi ini selepas banjir surut sepenuhnya. Semua 65 mangsa daripada 16 keluarga membabitkan Kampung Batu 7 1/2, Batu 8 dan Batu 9 di Changkat Jong yang ditempatkan di PPS itu semalam sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.*

               14) *HASRAT kanak-kanak untuk beraya bersama anggota bomba tercapai apabila anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis meluangkan masa beraya ke rumahnya di Kampung Kelubong, Trong, Khamis lalu. Dalam kesibukan tugas, anggota BBP Pantai Remis sempat mencuri masa untuk menunaikan hasrat Arfa Nur Syifaa Abdullah, 6, yang sebelum ini datang ke BBP Pantai Remis pada 30 Mei lalu untuk menjemput pasukan penyelamat itu beraya di rumahnya.*

               15) *DUA remaja lelaki maut selepas motosikal jenis Yamaha Y125ZR dinaiki merempuh kereta Proton Saga di Kilometer 2, Jalan Tapah - Cameron Highlands di Tapah, malam tadi. Dalam kejadian 11.30 malam itu, kedua-dua mangsa iaitu penunggang, K Yoganathan, 19, dan S Dinesh, 18, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tapah selepas dua jam bertarung nyawa akibat parah di beberapa bahagian badan.*

               16) *PENCEMARAN air bukit dan anak Sungai Lebir dekat Kampung Kuala Koh di sini, dipercayai berpunca daripada aktiviti perlombongan bijih manganese atau keluli sehingga menyebabkan kematian 14 penduduk Orang Asli suku Batek, setakat ini. Bagaimanapun, Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, pihaknya akan melakukan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar supaya tidak hanya membuat tuduhan semata-mata.*

               17) *TINDAKAN seorang pelajar Tingkatan Tiga yang memandu kereta lebih 30 kilometer dari Kuala Nerang ke Jitra tanpa memiliki lesen memandu yang sah ternyata membawa padah apabila dia ditahan penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu sekatan jalan raya di persimpangan lampu isyarat Taman Tunku Maheran, di Jitra, malam tadi.*

               18) *DUA pelancong lelaki lemas ketika melakukan aktiviti air dalam dua kejadian berbeza di Pulau Redang, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos berkata, kejadian pertama membabitkan warga emas berusia 58 tahun dan kedua, lelaki berusia 23 tahun.*

              19) *JABATAN Kesihatan Negeri Kelantan menafikan dakwaan seorang lagi Orang Asli dari Kuala Koh, Gua Musang meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, hari ini. Pengarah Kesihatan Kelantan, Dr Zaini Hussin berkata, pesakit berumur tiga tahun masih dalam rawatan di Wad Intensif Kanak-Kanak di HRPZ II dan di diagnosis mengalami broncopneumonia, selain mempunyai masalah kurang zat makanan.*

               20) *LELAKI yang tersesat selama lima jam di Gunung Baling, Baling, ditemui selamat hari ini. Mangsa, Mohamad Mazrin Md Zakir, 41, dari Taman Saga, Alor Setar dipercayai mendaki gunung itu kira-kira 8 pagi sebelum tersesat ketika menuruni gunung berkenaan sekitar waktu petang.*

               21) *KEMENTERIAN Kesihatan sedia melakukan bedah siasat ke atas 12 mayat penduduk Orang Asli suku Batek di Kuala Koh, Gua Musang yang dikebumi secara adat. Bagaimanapun, Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, perkara itu terpulang kepada polis untuk mengesan mayat yang dipercayai dikebumikan dalam hutan. Beliau berkata, pihaknya sudah melakukan siasatan dan cuba mengesan lokasi kubur 12 Orang Asli namun gagal.*

               22) *PUTUS cinta dan masalah kewangan dipercayai punca seorang lelaki tempatan cuba terjun bangunan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ), di Johor Bahru, hari ini. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, lelaki berusia 31 tahun itu bekerja sebagai pemandu kereta sapu.*

               23) *KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) kini dalam usaha menghasilkan Pelan Strategik Penguatkuasaan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang lebih komprehensif dan menyeluruh sebagai langkah memperkukuh tadbir urus dan tambah baik sistem kerja penguatkuasaan sedia ada.*

               24) *“AIDILFITRI paling sedih tapi kami reda,” luah Yusof Ali, 49, seorang daripada kebakaran di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Katanya, Aidilfitri kali ini terpaksa dilalui dengan penuh hiba selepas rumah dan harta bendanya hangus dalam kebakaran yang memusnahkan lima kediaman pada malam pertama hari raya Rabu lalu.*

               25) *DUA beranak maut, manakala seorang lagi parah selepas Proton Iswara Aeroback dinaiki mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Jalan Tamparuli-Ranau, Kampung Tomis Jaya, Tamparuli di Tuaran, hari ini. Dalam kejadian 10.30 pagi itu, mangsa, Julia Panikir, 42, yang duduk di tempat penumpang hadapan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dipercayai akibat parah di badan dan kepala.*

               26) *AKIBAT dendam, buruh cedera di perut selepas dilibas dengan parang oleh seorang lelaki dikenali sebagai Pian dalam kejadian di Kampung Gerong Apal, Jerteh. Kejadian 7 malam, Jumaat lalu berlaku ketika mangsa berusia 30 tahun sedang berada di kawasan sawah padi di kampung berkenaan sebelum didatangi suspek yang memegang sebilah parang.*

               27) *SULTAN Johor Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menerima kunjungan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor diketuai Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, hari ini.*

               28) *SEORANG penuntut kolej di Kuantan, Pahang, maut apabila kereta dipandunya terbabas dan melanggar pokok di Jalan Felda Neram-Bandar Cheneh Baru, Chukai, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang, Muhammad Syawal Adnan Deraman, 21, mati serta merta di tempat kejadian akibat parah di dada.*

               29) *SETIAUSAHA Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, hari ini, hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Bharu berhubung dakwaan mempersoalkan kuasa Yang di-Pertuan Agong yang memberi pengampunan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Takiyuddin dikatakan berbuat demikian ketika memberi ceramah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan, pada awal bulan lalu.*

               30) *MAYAT pekerja ladang disyaki disambar buaya ditemui di sungai berhampiran Ladang Tabin Hap Seng, Lahad Datu, hari ini. Mangsa, Rudy Gessa, 44, ditemui terapung di tebing sungai jam 12.25 tengah hari oleh sepasukan anggota bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).*

               31) *BEKAS Ahli Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Tan Sri Ismee Ismail memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau meletakkan jawatan sebagai Pengarah SRC International Sdn Bhd (SRC International) selepas tidak bersetuju dengan cara pengurusan syarikat itu. Saksi ke-39, Ismee, 54, berkata demikian ketika memberi keterangan dalam prosiding perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berdepan dengan tujuh pertuduhan berhubung dana SRC International.*

                32) *KEADAAN asrama yang terhad dan sempit, tidak dapat memberikan keselesaan kepada 13 anak yatim di Pusat Jagaan Anak Yatim Walidaina (PJAYW) yang beroperasi di Taman Satria Senawang, di sini. Pengasasnya, Mohd Zatullah Kamarudin berkata, penubuhan PJAYW pada awal 2017 adalah berorientasikan kebajikan bagi memelihara, menjaga dan membela nasib anak yatim serta miskin melalui pendidikan berteraskan Islam.*

                33) *POLIS akan menjalankan operasi mengesan 12 kubur Orang Asli Kampung Kuala Koh, Gua Musang, yang dikatakan dikebumikan mengikut adat suku kaum Batek, baru-baru ini. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, operasi itu bermula esok membabitkan 30 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang.*

                34) *SELEPAS 21 tahun berpisah daripada alam persekolahan, lebih 300 pelajar Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin Ladang (SMASZAL) meraikan sambutan Aidilfitri dengan mengadakan Kejohanan Futsal Mega Arab Ladang di Futsal Uptown, Kuala Terengganu, Jumaat lalu. Perjumpaan julung kali diadakan itu bukan saja mendapat sambutan luar biasa, malah menyatukan lapan kumpulan pelajar SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) bermula 1998 hingga 2005.*

                35) *JABATAN Alam Sekitar (JAS) Pahang sudah memulakan siasatan di gudang simpanan sisa plastik didakwa beroperasi tanpa lesen di Karak, dekat Bentong, sejak beberapa tahun lalu. Pengarahnya, Rosli Zul berkata, pihaknya bersama wakil daripada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan Majlis Perbandaran Bentong (MPB) sudah meninjau kawasan gudang berkenaan pagi tadi bagi mendapat gambaran sebenar keadaan di kawasan itu.*

                36) *EMPAT sahabat ditahan bersama dadah heroin dan syabu seberat 459.5 gram (g) bernilai lebih RM8,000 dalam serbuan di Kampung Padang Bongor di sini, malam tadi. Dalam serbuan jam 9.30 malam itu, semua suspek termasuk seorang wanita berusia 26 hingga 36 tahun ditahan dalam Operasi Tapin di sebuah rumah sama.*

                37) *BAYI lelaki terpaksa menahan sakit hampir satu jam selepas kepalanya tersangkut pada jeriji pintu di sebuah pangsapuri di Cheras, hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 12.01 tengah hari tadi.*

                38) *SEORANG lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban menghala ke pusat bandar berhampiran Markas Tentera Udara Malaysia (TUDM), Kuala Lumpur, hari ini. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Axia dipandu lelaki berusia 30-an jam 10.30 pagi tadi.*

                39) *INSTITUT Jantung Negara (IJN) mencatatkan sejarah apabila berjaya melakukan pembedahan injap jantung terbalik terhadap seorang bayi perempuan yang juga kembar siam pada Mei lalu. Bayi diberi nama Aleesa Hana Mohd Saiful Riduan yang kini berusia tiga bulan dilahirkan pada 19 Februari lalu di Sabah didapati bercantum di bahagian dada hingga ke pusat dengan adiknya, Aleeya Hana.*

                40) *SEBANYAK 68 nots saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Operasi Khas Motosikal sempena Aidilfitri di Jalan Tuan Haji Said, Seremban, malam tadi. Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Azrin Borhan berkata, operasi bermula jam 8 malam sehingga 11 malam turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).*

            
*SEJAGAT*
==========


            *SYDNEY: Polis Australia hari ini mencari seorang pelancong remaja warga Belgium di sekitar belukar berhampiran sebuah bandar luncur air popular selepas hilang lebih dari seminggu.*
           *Theo Hayez, 18, seorang pengembara beg galas kali terakhir dilihat pada 31 Mei lalu di sebuah hotel di bandar pelancongan Teluk Byron, kira-kira 750 kilometer di utara Sydney, kata polis New South Wales.*
         *"Kami mengerahkan ramai anggota untuk mencari termasuk di kawasan belukar yang menghala timur dan timur laut bandar,” kata Ketua Polis, Matthew Kehoe dalam satu kenyataan.*

           *WELLINGTON: Syarikat penerbangan Air New Zealand hari ini menamatkan larangan ke atas kakitangan mempunyai tatu tampak kelihatan selepas dikritik kerana mengamalkan dasar yang mendiskriminasi pekerja Maori.*
          *Sesetengah warga New Zealand dengan warisan asli Maori mentatu wajah atau lengan bagi menunjukkan salasilah dan budaya suci. Tetapi peraturan pakaian seragam di syarikat penerbangan negara itu mengehadkan mereka daripada memohon jawatan seperti atendan penerbangan.*

           *KHARTOUM: Empat lagi terbunuh di Sudan semalam ketika penunjuk perasaan meneruskan kempen ‘penentangan sivil’ terhadap tentera susulan tindakan keras mereka ke atas pembangkang yang enggan berganjak kerana mendesak pemerintahan awam.*
           *Kempen itu berlarutan hampir seminggu selepas serangan ke atas penunjuk perasaan yang enggan berganjak dari ibu pejabat tentera di tengah Khartoum.*
           *Ia disusuli rundingan di antara pemimpin pembangkang dan pemerintah tentera membincangkan sama ada orang awam atau tentera layak sebagai pentadbir kerajaan baharu.*

           *DALLAS: Seorang maut manakala enam cedera selepas sebuah kren pembinaan tumbang akibat angin kencang dan menimpa pangsapuri lima tingkat, kata jurucakap bomba dan penyelamat.*
         *Jurucakap, Jason Evans, berkata kawasan letak kereta bangunan berkenaan turut rosak teruk dan pihak berkuasa merancang melakukan pemeriksaan teliti di seluruh struktur bagi mengesan mangsa yang mungkin terperangkap atau terbunuh.*

          *VANCOUVER: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun di luar konsulat China di Vancouver semalam membantah rancangan kontroversi untuk membenarkan ekstradisi dari Hong Kong ke tanah besar China.*
          *"Pindaan ini akan menjejaskan jutaan penduduk, bukan saja di Hong Kong malah di seluruh dunia,” kata penganjur protes, Mabel Tung yang juga pengerusi Persatuan Vancouver dalam Menyokong Pergerakan Demokratik.*

          *PORT-AU-PRINCE: Beberapa ribu penunjuk perasaan berarak melalui Port-au-Prince semalam yang menuntut peletakan jawatan Presiden Haiti Jovenel Moise atas tuduhan menggelapkan wang.*
         *Puluhan penunjuk perasaan menaiki motosikal, kebanyakannya golongan muda berhimpun di pusat bandar yang dianjurkan oleh pihak pembangkang dan kumpulan masyarakat sivil.*
           *Penunjuk perasaan membina halangan antara mereka dengan pihak polis menggunakan tayar terbakar, dan sekurang-kurangnya dua bangunan berdekatan jabatan polis terbakar.*

          *ALMATY, KAZAKHSTAN: Pilihan raya di Kazakhstan menyaksikan pengganti terpilih bekas Presiden Nursultan Nazarbayev menang 70 peratus undian semalam, sementara polis menahan ratusan penunjuk perasaan dari pihak pembangkang.*
          *Kemenangan Kassym Jomart-Tokayev tidak pernah diragui selepas dia menerima sokongan kuat Nazarbayev, yang memimpin negara Asia Tengah itu selama tiga dekad.*
           *Tokayev, 66, menerima lebih 70 peratus undi, menurut undian “Pendapat Awam” yang diluluskan kerajaan. Saingan terdekatnya, Amirzhan Kosanov hanya sekitar 15 peratus undi.*

           *LONDON: Seorang ibu tunggal di United Kingdom berjaya mengubah hidup lelaki gelandangan selepas dia dijemput ke rumah wanita itu untuk mandi, gunting rambut dan menikmati ayam panggang bersama-sama.*
           *Ia bermula selepas Katie Nicol, 38, bertemu Jon Haynes, 31, gelandangan yang kini teman hidupnya ketika Haynes tinggal di dalam khemah berdekatan pantai Cleethorpes di Lincolnshire pada Jun lalu, lapor Metro.co.uk.*
          *Selepas dua bulan berkenalan, Katie menjemputnya ke rumah untuk menikmati makan malam.*

           *PERTH: Seorang penunggang motosikal amat bernasib baik apabila ditusuk dahan besar sepanjang dua meter selama lapan jam selepas kemalangan jalan raya.*
          *Sean Foster, 27, dari Perth berkata, ketika kejadian dia menunggang motosikalnya pada kelajuan 80 kilometer sejam dan tidak nampak dahan itu di laluannya disebabkan silau.*
         *"Saya dapat rasakan ada sesuatu tidak kena tetapi tidak dapat melihat sendiri. Cuma ketika itu saya tahu memang saya ditusuk dahan berkenaan.*

           *MADRID: Malang buat seorang lelaki apabila dia yang parah dilanggar kereta sebanyak dua kali kemudiannya dirompak pula oleh sekumpulan lelaki, dalam kejadian di Sepanyol.*
           *The Sun melaporkan, mangsa, Dean Millers, 29, dari Manchester, England dilaporkan koma selepas dilanggar kereta hingga terpelanting ketika melintas jalan.*
         *Dia kemudiannya dilanggar sebuah lagi kereta dan peluang itu digunakan perompak berkenaan untuk melarikan dompetnya.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


            *TINDAKAN sebuah kereta peronda polis (MPV) melawan arus di Kilometer 23 ke Kilometer 22.1 Lebuhraya Linkedua Arah Timur (Plaza Tol Perling) yang tular di media sosial semalam, adalah bagi memberi bantuan kepada mangsa kemalangan.*
         *Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, kejadian berlaku pada jam 2.30 pagi, 9 Jun lalu, membabitkan MPV Unit Peronda Lebuhraya Zon Selatan yang bertugas melakukan rondaan mencegah kemalangan.*
            *Beliau berkata, ketika berada berhampiran Plaza Tol Perling arah pusat bandar raya, beberapa pengguna jalan raya memaklumkan berlaku kemalangan tidak jauh dari tempat mereka berada.*

            *ORANG awam yang berada di lokasi diminta tampil memberi kerjasama untuk membantu siasatan susulan rakaman video seorang lelaki dipercayai dipukul sekumpulan lelaki di Pekan Ranau yang tular sejak semalam.*
          *Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superitenden Mohd Sharull Abdul Wahab mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian itu daripada pengadu lelaki berusia 28 tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau.*
           *Katanya menurut laporan, pada 12.15 tengah hari, mangsa yang juga pengadu sedang melalui kawasan belakang kedai dan melihat sekumpulan lelaki keluar dari kenderaan Perodua Viva berwarna putih yang seolah-olah bertindak mahu menyerang sekumpulan lelaki lain.*

            *“MENDENGAR mereka bergelak ketawa dan melangkah keluar dengan senyuman, itu yang buat saya puas hati,” kata pengusaha rumah salji di Kampung Batu Nunggul.*
            *Mohd Khairul Azman Mustakim, 31, yang menjalankan perniagaan makanan sejuk beku mengambil inisiatif membina rumah salji bersebelahan premis perniagaannya itu untuk memberi peluang kepada penduduk kampung merasai musim sejuk seperti di negara luar.*
            *Menurutnya, rumah salji menggunakan bilik sejuk pada suhu -4 darjah Celsius dan bersaiz 225 kaki persegi itu mampu memuatkan 10 kanak-kanak pada satu masa.*
            *Menurutnya, dia tidak menyangka rumah saljinya itu tular di laman sosial Facebook sehingga ada pelanggan datang dari Putrajaya, Selangor, Melaka dan Johor Bahru.*

          *MEXICO CITY: Seorang kanak-kanak kecil mendapat pujian netizen kerana sikap berani dan unik memilih filem seram The Nun sebagai tema majlis hari jadinya selepas gambarnya tular di media sosial.*
        *The Sun melaporkan, Lucia yang berusia tiga tahun dari Monterrey, Mexico menjadi peminat tegar filem berkenaan sejak menonton dengan ibu bapanya pada 2018.*
          *Sepupunya, Andrea Villareal mengambil beberapa keping gambar di majlis terbabit sebelum memuat naik di media sosial dan menjadi tular.*

          *LOS ANGELES: Animasi baru Universal, “The Secret Life of Pets 2” berjaya mendahului carta box office Amerika Utara minggu ini dengan meraih kutipan mencecah AS$47.1 juta (RM196.1 juta) walaupun jumlah itu separuh daripada filem “Pets” pertama, tiga tahun lalu.*
           *"Pets 2” yang dikeluarkan oleh studio Illumination turut menerima penarafan A- dari penonton yang mencadangkan agar ia kekal bertenaga, menurut CinemaScore. Ia dibarisi suara pelakon Kevin Hart, Tiffany Haddish dan Patton Oswalt yang mengisahkan perilaku haiwan kesayangan apabila ketiadaan pemiliknya.*
                 
www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-6-2019 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*RAU 12 JN 2019 ASHI ERSAAAN 8 SYAWL 1440 HIJRH*


*#live fr fN PLUS EVERGE SHA# ALA*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*)

*IMSAK* : 0531
*SUBUH* : 0541
*SYURUK* : 0703
*ZOHOR* : 1316
*ASAR* : 1641
*MAGHRIB* : 1925
*ISYAK* : 2040


*artikel disiarkan pada tarikh 11jun*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *CEMBURU mendorong lelaki membunuh teman wanitanya sebelum menyumbat mayat mangsa ke dalam kotak dan membuangnya di simpang Jalan Setia 4/6 dan Jalan Setia 4/9 Taman Setia Indah, Johor Bahru semalam. Difahamkan, berlaku pertengkaran disebabkan lelaki itu tidak berpuas hati mangsa berbual dengan lelaki lain sebelum dia dikatakan memukul kepala mangsa menggunakan tangan dan paip getah hingga cedera dan rebah ketika dalam perjalanan ke bilik air.*

               2) *KUANTAN: Mampu meraih pendapatan ratusan ribu ringgit hasil perlombongan emas dan bijih besi menjadikan sekumpulan warga asing sanggup memperjudikan nyawa tinggal dalam hutan di negeri ini. Mereka yang diupah lumayan oleh syarikat tempatan dipilih kerana pakar mencari emas dan bijih besi selain lasak dan sanggup tinggal lama dalam hutan.*

               3) *“KAMI bersyukur dia ditemui walaupun sudah meninggal dunia. Kami reda dengan kehilangan ini,” kata Othman Lijun, 70, datuk kepada kanak-kanak lelaki yang lemas di sungai berhampiran Kampung Gudon, Manggatal, hari ini. Mohd Putra Daniel Samsul, 3, ditemui oleh Othman pada jam 12.19 tengah hari tadi, selepas dilaporkan hilang tiga hari lalu kerana dikhuatiri lemas di sungai berhampiran rumahnya di Kampung Tebobon, Inanam.*

               4) *MAYAT lelaki ditemui dalam keadaan mengerikan di landasan kereta api Permatang Setar, Kepala Batas, hari ini. Difahamkan, dalam kejadian jam 9.50 pagi itu mangsa yang masih belum dikenal pasti identiti dipercayai masuk ke landasan sebelum digilis kereta api yang melalui kawasan terbabit.*

               5) *NIATNYA berhijrah ke negara ini untuk mencari pekerjaan malangnya remaja perempuan Vietnam berusia 15 tahun dijadikan mangsa pemerdagangan manusia termasuk bakal dijual sebagai pelacur di negara ini sebelum diselamatkan polis semalam. Selain remaja itu polis berjaya menyelamatkan wanita Thailand yang tiba kira-kira seminggu di negara ini sebelum mereka dijadikan pekerja seks.*

               6) *“Saya lihat lori pasir mengundur ke arah kami yang ketika itu berada kira-kira lima meter di belakang tetapi tidak sempat mengelak dan sekelip mata sahaja kenderaan berat itu menghentam pacuan empat roda dinaiki. “Dalam keadaan kelam kabut itu terasa pikap Nissan Navara dinaiki terseret ke longkang di tepi jalan dan serentak itu juga saya tidak ingat apa-apa sehinggalah ditarik keluar orang ramai,” kata Samsuli Sahal, 50.*

               7) *MEMPERKENALKAN diri sebagai anggota polis kononnya mahu membawa mangsa ke balai berikutan terbabit dalam kegiatan jenayah. Namun, sebaliknya bertindak menyamun di pertengahan jalan dengan melarikan pelbagai barang berharga mangsa. Itu modus operandi digunakan tiga lelaki apabila mereka dikesan memakai vest polis untuk melakukan kegiatan samun terhadap mangsa di kawasan rehat dan rawat (R&R) Bagan Ajam dan sekitar Kepala Batas.*

               8) *SEORANG lelaki menempuh detik cemas apabila kereta dipandunya dihujani batu kerikil di persimpangan lampu isyarat Pengkalan Nyireh, Jertih, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari, sebuah lori membawa muatan penuh batu kerikil tiba-tiba terbalik sebaik tiba di laluan bersebelahan lampu isyarat menyebabkan batu bertaburan di atas kereta Honda Civic dinaiki lelaki terbabit.*

               9) *PEMERIKSAAN Unit Bahan Berbahaya Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (HAZMAT) di beberapa kawasan di sekitar Kuala Koh, Gua Musang mendapati ia bebas daripada pencemaran dan radioaktif. Pengarah JPBM Kelantan Salleh Sarbini berkata, HAZMAT menggunakan peralatan khas untuk mengesan sebarang bahan kimia berbahaya di sekitar penempatan Orang Asli itu sejak semalam.*

               10) *“DALAM tempoh seminggu dua ini kita akan dapat tahu keputusan di mana rumah baru mangsa kebakaran di Kampung Baru itu,” kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad. Beliau berkata, pada masa ini Datuk Bandar Kuala Lumpur sedang mencari rumah ganti yang sesuai untuk disewa mangsa kebakaran terbabit.*

               11) *SEKURANG-kurangnya 10 individu dirakam keterangan oleh polis berhubung kejadian samun kedai emas di Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam, yang mengakibatkan lebih RM5 juta barang kemas dilarikan penjenayah. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya kini sedang giat memburu kumpulan penjenayah yang melakukan kegiatan berkenaan.*

               12) *SIKAP tidak bertanggungjawab segelintir individu yang menggunakan lorong kecemasan untuk mengelak kesesakan lalu lintas mengundang kepada peningkatan kadar kemalangan di lebuh raya. Pegawai Turus Operasi Lebuhraya Zon Tengah A Jabatan Siasatan dan penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Asisten Superintendan Nasyrul Ridzuan Ab Razak berkata, kesalahan menggunakan lorong kecemasan dilihat sebagai penyumbang utama kemalangan dalam Operasi Selamat 15 (Op Selamat 15).*

               13) *SEORANG lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Parit, hari ini, atas dua pertuduhan iaitu melakukan khianat membunuh dan mencuri lembu milik orang lain, 4 Jun lalu. Tertuduh Azizi Naziri, 32, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nazratul Natrah Mohd Yusuf.*

               14) *AKIBAT hutang, lelaki maut selepas 20 hari menerima rawatan di hospital akibat dibelasah majikannya menggunakan topi keledar di Flat Taman Ipin, Batu Maung, Georgetown, dekat sini. Dalam kejadian jam 5.40 petang 22 Mei lalu, mangsa yang bekerja sebagai nelayan berusia 65 tahun meninggal dunia, semalam, akibat parah di kepala ketika mendapatkan rawatan di hospital.*

               15) *SEORANG pramugara dan rakan wanitanya dipercayai memecah masuk sebuah kedai dobi layan diri 24 jam di Dataran Tembesu, Jalan Tembesu 2, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Jumaat lalu, direman empat hari bermula hari ini. Perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 39 tahun dan pasangannya berusia 32 tahun dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret, Roszita Md Saad bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.*

               16) *PEMILIK tiga premis perniagaan gempar apabila menyedari lot kedai milik mereka terbakar di Jalan Mahkota, Kuantan, awal pagi tadi. Dalam kejadian jam 1.40 pagi itu mengakibatkan kedai runcit terbakar 60 peratus, kedai tekstil 30 peratus dan lot kedai kosong mengalami kesan terbakar 10 peratus.*

               17) *“KAKAK saya amat sayangkan anak perempuannya berusia enam tahun. Kami berharap mayat ditemui itu bukan kakak saya yang hilang,” kata adik lelaki kepada wanita yang dibunuh sebelum disumbat di dalam kotak kayu. Mayat mangsa ditemui polis semalam di Jalan Setia 4/6 dan Jalan Setia 4/9 Taman Setia Indah, Johor Bahru.*

               18) *SERAMAI 38 penduduk membabitkan enam keluarga di Kampung Periuk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur, selepas rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat, petang tadi. Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui anggota yang memantau tadika di kawasan berkenaan.*

               19) *LELAKI Korea dan Jepun kerugian hampir RM400,000 selepas disamun tiga lelaki di Jalan Ampang Ulu, Kuala Lumpur, Sabtu lalu. Dalam kejadian kira-kira 4 petang, mangsa dikatakan bertemu seorang wanita memperkenalkan diri sebagai ejen hartanah. Sumber berkata, kedua-dua mangsa berusia lingkungan 40-an dikatakan sedang mencari rumah sewa di sektar pusat bandar ini.*

               20) *DASAR baharu sedang dirangka kerajaan bagi mewujudkan silibus pengkomputeran dan teknologi digital di peringkat sekolah, kolej kemahiran serta vokasional. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, generasi muda di negara ini perlu diberi pendedahan sejak diperingkat awal mengenai perkembangan revolusi digital, sekaligus mempersiapkan mereka menghadapi cabaran dunia masa depan.*

               21) *MAYAT lelaki dipercayai dibunuh ditemui di dalam longkang berhampiran parkir premis menjual kelengkapan rumah di Jalan Bantu, Fajar dekat Tawau, semalam. Ketua Polis Daerah Tawau, Pemangku Asisten Komisioner Peter Umbuas, berkata penemuan mayat berkenaan dimaklumkan seorang lelaki yang menghubungi polis, 5 petang.*

               22) *BEKAS ahli Lembaga Pengarah SRC International Sdn Bhd, Tan Sri Ismee Ismail memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, hari ini bahawa sumber kewangan SRC adalah daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) dan geran permulaan daripada kerajaan. Ismee, 54, berkata, syarikat itu menerima pinjaman RM4 bilion daripada KWAP dan menerima geran RM20 juta daripada kerajaan sebagai modal permulaan.*

               23) *DUA penjenayah yang memecah masuk kedai emas di Batu 16, Rawang dan melarikan barang kemas dianggarkan bernilai RM80,000 dalam kejadian Isnin minggu lalu diburu polis. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Arshad Kamaruddin berkata, kejadian disedari pengurus kedai emas berkenaan pada 12 tengah hari keesokan hari selepas mendapati kawasan dalam kedai berselerak dan dinding kiri kedai berlubang ditebuk.*

               24) *KERAJAAN akan mempertimbangkan cadangan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador supaya gaji anggota polis berpangkat rendah dinaikkan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Dr Mahathir berkata, beliau akan memikirkan mengenai perkara itu.*

               25) *PADAH bersikap panas baran, lelaki berusia 28 tahun yang berlagak samseng dengan memecahkan cermin hadapan sebuah kereta ditahan polis dalam Ops Cantas dan Ops Lebaran di Segamat semalam. Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat berkata, dalam kejadian 5 petang semalam, pemandu kereta lelaki berusia 57 tahun menghubungi polis mendakwa cermin hadapan keretanya dipecahkan lelaki di Jalan Sia Her Yam di sini.*

               26) *“BERDASARKAN kemampuan dan pengalaman Tun Dr Mahathir Mohamad, saya percaya dengan keputusan untuk tidak mengekstradisi Dr Zakir Naik tidak akan menyebabkan ketegangan hubungan dua hala antara Malaysia dan India,” kata Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi. Sehubungan itu, beliau menyokong tindakan Perdana Menteri berbuat demikian berikutan bimbang berlaku ketidakadilan kepada pendakwah antarabangsa terbabit.*

               27) *AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak merampas 66,600 kotak rokok pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM1 juta dipercayai cuba diseludup ke negara ini di kedudukan 0.2 batu nautika dari muara Sungai Bernam, Hutan Melintang, Bagan Datuk, hari ini. Cubaan sindiket didalangi individu dipercayai warga tempatan dan Indonesia itu digagalkan sepasukan anggota penguat kuasa APMM Kapal Maritim Marlin dan Bot Petir 80 dalam Op Pagar Laut jam 2 pagi.*

               28) *SEORANG anak tergamak mengugut untuk menyembelih ibu kandungnya sendiri hanya disebabkan wanita itu enggan memberikan wang dimintanya di rumah mereka di Kampung Ara Payang di Batu Gajah, hari ini. Dalam kejadian 1.15 tengah hari itu, suspek berusia 33 tahun yang dipercayai terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah membuat ugutan itu sebelum mangsa berusia 71 tahun melarikan diri dan meminta bantuan jiran.*

               29) *‘ABANG Botak’ atau Danial Tan Abdullah sudah dibebaskan dengan jaminan Jumaat lalu sementara menunggu permohonan semakan terhadap hukuman penjara 12 bulan yang dikenakan terhadapnya didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Danial dijatuhi hukuman penjara 12 bulan pada 31 Mei lalu oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, selepas mengaku bersalah memecahkan cermin hadapan sebuah kereta.*

               30) *LELAKI yang masih menjalani perintah pengawasan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) di Negeri Sembilan, ditahan polis selepas dikesan menjadi dalang utama bersama tiga yang lain mencuri motosikal Yamaha Y15 sekitar Kepala Batas sejak sebulan lalu. Bagaimanapun, perbuatan lelaki berusia 28 tahun bersama rakan jenayahnya berusia 19, 21 dan 23 tahun dihidu selepas polis menerima laporan berhubung kehilangan motosikal itu selepas Aidilfitri.*

               31) *LAPAN kereta yang hangus dalam kebakaran di parkir sebuah bengkel di Jalan Maharajalela, Teluk Intan, hari ini, dipercayai angkara khianat. Ia susulan penemuan bahan bakar dan bekas plastik berada dalam salah sebuah kenderaan yang mempunyai kesan bau bahan bakar.*

                32) *PENDUDUK di sekitar Telok Panglima Garang, di Kuala Langat, gempar apabila menemui mayat lelaki di dalam parit di hadapan rumah di Batu 12, Jalan Klang-Banting, di sini, kelmarin. Difahamkan, mayat itu ditemui seorang lelaki yang ingin memancing ikan di kawasan berkenaan kira-kira 5 petang.*

                33) *EMPAT kenderaan termasuk dua motosikal musnah dalam kebakaran dipercayai berpunca daripada kanak-kanak bermain api dalam kejadian garaj kenderaan kuarters kastam di Bandar Sultan Sulaiman, di Pelabuhan Klang, semalam. Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza dan Perodua Axia selain motosikal Modenas dan Yamaha FZ musnah dalam kebakaran berkenaan.*

                34) *POLIS memerlukan sedikit masa untuk mengesan 12 kubur Orang Asli suku kaum Batek Kampung Kuala Koh, Gua Musang yang dikatakan dikebumikan secara adat baru-baru ini. Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata, pihaknya difahamkan oleh keluarga mangsa, ahli keluarga mereka itu dikebumikan di kawasan hutan yang jauh dari perkampungan mengikut adat.*

                35) *SELEPAS 17 jam dilaporkan hilang ketika keluar mencari ketam, nelayan ditemui selamat di Limbang hari ini. Jimney Abdullah @ Tan Hui Ming, 48, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) terdiri daripada enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang, empat anggota polis, lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta 30 nelayan pada 7.40 pagi.*

                36) *PRESIDEN PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang kini diketuai Ketua Pesuruhjaya Latheefa Koya supaya bertindak terhadap semua kes rasuah sama ada semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH). Sehubungan itu, beliau mahu pimpinan PH menerima keputusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang melantik peguam itu menerajui SPRM.*

                37) *MEDIA Amerika Syarikat (AS) melaporkan Kim Jong Nam, abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong Un yang dibunuh, menjadi pemberi maklumat CIA, lapor agensi berita Rusia Sputnik. Kim Jong Nam dibunuh di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 9 pagi, 13 Februari 2017 oleh dua wanita menggunakan apa yang dipercayai penyiasat sebagai agen saraf VX.*

                38) *KEGEMBIRAAN seorang lelaki beraya di kampung halaman bertukar pilu selepas mendapati rumahnya di Taman Sri Gombak, Batu Caves, Gombak, dipecah masuk, semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Arshad Kamaruddin berkata, kejadian itu disedari pemilik rumah terbabit berusia 27 tahun apabila tiba di rumahnya selepas pulang dari kampung di Kedah pada 4.30 pagi.*

                39) *ANGKA korban akibat kemalangan jalan raya dalam Op Selamat 15/2019 terus meningkat apabila 14 lagi kematian dicatatkan semalam. Ia menjadikan angka kematian bagi tempoh 13 hari Op Selamat meningkat kepada 221 kematian manakala jumlah kemalangan maut pula 206 kes.*

                40) *SUDAH tiba masanya Kerajaan Persekutuan menimbangkan secara serius pengenalan harga siling tiket penerbangan menghubungkan Sarawak, Sabah dan Semenanjung bagi mengelak anipulasi kadar tambang melampau. Ini penting, berikutan manipulasi harga tambang yang kerap berlaku terutamanya pada musim perayaan dan cuti sekolah, yang mana laluan Kuala Lumpur - Sibu atau Kuching - Kuala Lumpur boleh melambung sehingga RM1,000 bagi seorang penumpang.*

            
*SEJAGAT*
==========


           *NEW DELHI: Empat penumpang kereta api maut akibat cuaca terlampau panas di utara India, kata pihak berkuasa hari ini.*
         *Mangsa meninggal dunia semalam ketika kereta api dalam perjalanan dari Agra ke Coimbatore di selatan India.*
          *Jurucakap Indian Railways, Ajit Kumar Singh berkata, pihaknya menerima panggilan daripada kakitangan yang memaklumkan salah seorang mangsa tidak sedar diri ketika kereta api menghampiri Jhansi.*

           *KANDAHAR: Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh selepas kenderaan dinaiki diletupkan bom di selatan Afghanistan, hari ini.*
          *Jurucakap polis Qasim Afghan berkata serangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari daerah Dand ke ibu kota Kandahar.*
         *”Empat kanak-kanak iaitu dua lelaki dan perempuan antara mangsa yang terbunuh. Kesemua penumpang adalah ahli keluarga,” katanya kepada AFP.*

           *ATHENS: Sekurang-kurangnya enam maut ketika sebuah bot yang membawa pendatang karam berdekatan pulau Lesbos di Greek, kata pengawal pantai.*
         *Pengawal pantai yang dibantu bot peronda sempadan Kesatuan Eropah (EU), berkata seramai 57 orang berjaya diselamatkan.*
          *Ramai pelarian dan pendatang meninggal dunia ketika cuba menyeberangi Laut Mediterranean tahun ini.*

          *NEW DELHI: Seorang budak lelaki berusia dua tahun yang terperangkap di dalam sebuah perigi lebih empat hari ditemui mati selepas dibawa keluar, mencetuskan bantahan ke atas kelewatan untuk menyelamatkan kanak-kanak itu.*
          *Kes Fatehveer Singh menarik perhatian seluruh negara selepas dia terjatuh ke dalam perigi sedalam 33 meter ketika bermain di Sangrur daerah Punjab pada Khamis lalu.*
           *Perigi yang tidak digunakan itu hanya berkeluasan 23 sentimeter, menyebabkan usaha menyelamat menjadi agak sukar dan ia disiarkan televisyen.*

          *WASHINGTON: Abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam yang dibunuh di Malaysia pada 2017, adalah pemberi maklumat Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA), kata Wall Street Journal semalam.*
          *Akhbar itu memetik sumber terdekat dengan kes berkenaan berkata, banyak maklumat berkaitan Kim Jong-nam dengan CIA masih kabur.*
           *CIA enggan mengulas lanjut ketika dihubungi Reuters.*

          *APIA, SAMOA: Kerajaan Samoa mengharamkan tayangan filem biografi Elton John berjudul ‘Rocketman’ kerana memaparkan hubungan seks sesama jenis atau gay sekaligus menyalahi undang-undang di negara pulau Pasifik itu.*
           *Jurucakap Penapisan Utama Samoa, Leiataua Niuapu mengesahkan larangan itu kepada media tempatan minggu ini dengan alasan filem itu mengandungi terlalu banyak adegan yang ‘tidak baik untuk tontonan umum.’*
        *Bercakap kepada Samoa Observer, Niuapu berkata filem berkenaan melanggar undang-undang yang menentang perkahwinan sesama jenis dan tidak sesuai dengan budaya dan agama Kristian di sana.*

          *BAMAKO, MALI: Hampir 100 orang terbunuh dalam satu serangan yang dilakukan semalaman ke atas perkampungan di bahagian tengah Mali, kata pihak berkuasa semalam.*
               *Tiada pihak mengaku  bertanggungjawab tetapi pembunuhan beramai-ramai itu mensasarkan sebuah kampung yang didiami masyarakat Dogon sebagai tindak balas serangan etnik yang mengorbankan ratusan nyawa.*
          *Ia berlaku tiga bulan selepas hampir 160 etnik Fulani disembelih oleh kumpulan yang dikenal pasti sebagai Dogon, iaitu serangan terburuk dalam sejarah negara Afrika Barat.*

         *NEW YORK: Sebuah helikopter terhempas ketika cuba mendarat di atas sebuah bangunan pencakar langit di Manhattan semalam mengakibatkan seorang maut.*
         *Perkhidmatan kecemasan dikerah ke bangunan 54 tingkat itu di Seventh Avenue apabila sebuah helikopter terhempas 10 minit selepas berlepas dari pangkalan helikopter di bandar berkenaan.*
          *Menurut Datuk Bandar New York, Bill de Blasio, jabatan bomba New York mengesahkan seorang terbunuh dipercayai juruterbang helikopter berkenaan.*

          *OUAGADOUGOU, BURKINA FASO: Seramai 19 orang maut dalam serangan di perkampungan dalam kawasan bergolak di utara Burkina Faso, kata sumber keselamatan semalam.*
          *”Puluhan lelaki bersenjata melancarkan serangan ke atas daerah Arbinda, menyebabkan beberapa penduduk maut,” kata sumber yang enggan dikenali.*
         *”Serangan berkenaan berlaku antara jam 3 dan 5 petang (waktu tempatan).*

         *SAO PAULO: Sebuah bas membawa 40 penumpang berlanggar dengan beberapa kereta dan membunuh sekurang-kurangnya 17 orang di tenggara Brazil semalam, menurut laporan media tempatan dan jabatan bomba.*
         *Jabatan Bomba di kawasan Campos de Jordao, kira-kira 180 kilometer dari Sao Paulo mengesahkan kejadian itu dan berkata, kemalangan itu berlaku apabila bas berkenaan terbalik dan melanggar semua kereta.*
           *Media melaporkan sekurang-kurangnya 17 kematian dan satu video yang dirakam oleh saksi menunjukkan kereta yang dilanggar itu hancur sama sekali.*

          *BANGKOK: Akibat hidup miskin, seorang ibu anak lima nekad membuang bayi sendiri ke dalam tong sampah dan selamba meninggalkan tempat itu dengan menaiki motosikal, dalam kejadian di Thailand, Rabu lalu.*
         *Mirror Online melaporkan, wanita berusia 29 tahun dikenali sebagai Waraporn itu dipercayai melahirkan bayinya pada Rabu lalu di rumahnya di Samut Prakan.*
           *Sehari selepas itu, dia menaiki motosikal ke bandar berhampiran sambil mencari tong sampah untuk membuang bayinya.*

          *ROME: Serangan berjuta-juta belalang menyebabkan 2,000 hektar tanaman di Sardinia musnah, kata persatuan petani Itali, Coldiretti hari ini dengan pakar menganggap serangan itu yang terburuk dalam tempoh enam dekad.*
         *Coldiretti dalam satu kenyataan memberitahu, kawasan paling teruk terjejas adalah Nuoro, Ottana dan Orani di tengah pulau Mediterranean dengan kebanyakan lokasi diliputi serangan berkenaan.*
         *Ahli entomologi tempatan, Ignazio Floris memberitahu akhbar La Stampa, serangan belalang itu adalah yang terburuk di kawasan berkenaan dalam tempoh 60 tahun.*

          *BHUBANESWAR: Seorang kanak-kanak lelaki dipenggal bapa saudaranya untuk dijadikan korban bagi mendapatkan musim menuai baik dalam kejadian di daerah Nuapada, Odisha, kelmarin.*
         *Chintamani Majhi, 48, mengaku bersalah membunuh Dhansingh yang berusia lapan tahun menggunakan kapak ketika dihadapkan ke sebuah mahkamah, semalam.*
         *Menurut polis, sekitar jam 9.30 pagi, mangsa menghantar makanan kepada abang sulungnya Debarchan Majhi yang membajak sawah bersama tertuduh di kampung Jadamunda.*

          *MOSCOW: Polis Russia menemui sejumlah berlian curi bernilai sekitar AS$3 juta (RM12.4 juta) dan lebih AS$2.5 juta (RM10.4 juta) wang tunai milik sindiket jenayah yang beroperasi dalam syarikat pengeluar berlian terbesar dunia milik kerajaan, Alrosa.*
         *Alrosa menerusi kenyataannya berkata, kejadian dibongkar oleh pihak keselamatan yang berjaya mengesan kegiatan mencuri berlian di jabatan pengasingan dan penggredan, lapor Reuters.*
         *Menurut Jawatankuasa Siasatan Russia, tiga suspek yang termasuk salah seorang pekerja Alrosa sudah ditahan.*

          *PATHANKOT, INDIA: Enam lelaki didapati bersalah merogol dan membunuh seorang kanak-kanak berusia lapan tahun pada 2018.*
          *Bagaimanapun, tertuduh masing-masing mengaku tidak bersalah di sebuah mahkamah di Pathankot, Punjab, hari ini.*
          *Seramai lapan orang terbabit dalam kes terbabit, termasuk seorang bekas pegawai kerajaan, empat anggota polis dan seorang remaja, lapor BBC.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


         *AINUL Mardhiah Ahmad Safiuddin, yang menghidap kanser mulut Germ Cell Tuor selamat menjalani pembedahan.*
          *Ibunya Nurul Erwani Zaidi, 24, melalui status di Instagramnya melahirkan rasa syukur apabila urusan rawatan anaknya yang berusia sembilan bulan dipermudahkan.*
         *Melalui status yang dimuat naik kira-kira 13 jam lalu, dia mengharap agar Ainul Mardhiah cepat sihat dan boleh pulang ke Malaysia.*

          *JABATAN Perkhidmatan Verterinar Negeri Terengganu (JVNT) akan menyiasat video pemuda mencekik ayam jantan.*
          *Pengarahnya, Dr Mohd Termizi Ghazali berkata, pihaknya sedang mengumpulkan maklumat berhubung kejadian itu.*
           *Katanya, perbuatan remaja terbabit yang sengaja mencekik haiwan terbabit adalah satu penganiayaan kepada binatang biarpun dengan niat untuk bergurau.*
            *Video berdurasi 13 saat yang tular di Facebook itu menunjukkan pemuda terbabit mencekik leher ayam jantan sehingga haiwan itu mengalami kekejangan.*

         ♂ *PASUKAN siasatan dari Bukit Aman mengambil alih kes lelaki berpakaian seperti ‘lebai’ dan menyembah berhala ‘Datuk Kong’ seperti dalam rakaman video yang tular baru-baru ini.*
           *Difahamkan, lelaki berusia 43 tahun yang ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian 5 petang semalam tidak direman dan akan dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.*
            *Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, siasatan ke atas suspek dijalankan pasukan siasatan Bukit Aman dan suspek tidak direman hari ini.*

           *ANAK warga emas berusia 73 tahun yang dilaporkan ditinggalkan anaknya di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Besi, Ahad lalu meminta kisah ibunya itu tidak ditularkan lagi.*
           *Melalui hantaran di Facebook, anak warga emas terbabit yang menggunakan nama profil Dora Madie berkata, ketika kejadian, abangnya itu sedang mengalami masalah kesihatan.*
           *”Abang demam ketika itu manakala isterinya tidur di dalam kereta dan mereka tidak sedar ibu keluar dari kereta.*

        ♂ *“SAYA tidak tau apa pun, saya baru dengar,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu penyebaran video ‘intim’ mirip seorang menteri, hari ini.*
          *Perdana Menteri berkata, beliau tidak mengetahui mengenai penyebaran beberapa keping gambar dan video ‘intim’ berkenaan malah baru mendengar mengenainya hari ini.*
          *Beliau diminta mengulas mengenai penyebaran gambar dan video melalui satu kumpulan WhatsApp yang diberi nama ‘Jemputan Hari Raya’ awal pagi tadi.*
         *Turut disebarkan beberapa video menunjukkan hubungan seks songsang dua lelaki dengan seorang mirip wajah seorang menteri.*
                 


www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2019 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*KHMIS 13 JN 2019 ASHI ERSAAAN 9 SYAWL 1440 HIJRH*


*#live fr fN PLUS EVERGE SHA# ALA*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*)

*IMSAK* : 0532
*SUBUH* : 0542
*SYURUK* : 0703
*ZOHOR* : 1316
*ASAR* : 1642
*MAGHRIB* : 1925
*ISYAK* : 2041


*artikel disiarkan pada tarikh 12jun*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *POLIS menemui tulang dipercayai milik mayat seorang penduduk Orang Asli suku Batek yang meninggal dunia kerana dijangkiti kuman di saluran pernafasan di kawasan hutan berhampiran Kuala Koh, Gua Musang, petang ini. Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, tulang itu ditemui berselerak di bawah pokok iaitu tujuh kilometer dari perkampungan Orang Asli Kuala Koh.*

               2) *MENTERI Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan sekeras-kerasnya pembabitannya dalam video lucah yang tersebar sejak semalam dan menyifatkannya sebagai satu tuduhan jahat dan kejam. Timbalan Presiden PKR itu menegaskan, beliau yakin siri fitnah itu adalah komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadian serta menjatuhkan dan memusnahkan karier politiknya.*

               3) *POLIS mengisytiharkan Perkampungan Orang Asli suku Batek di Kuala Koh, Gua Musang sebagai zon merah susulan kematian 14 penduduk di kampung itu akibat jangkitan kuman dalam paru-paru. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, sekatan jalan di Aring 10 adalah sebagai kawalan yang bukan hanya untuk penduduk Orang Asli yang tinggal di kampung itu tetapi menghalang kemasukan orang awam dan pegawai daripada pelbagai agensi.*

               4) *SYARIKAT pembekal tenaga elektrik utama negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan dikenakan penalti oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) selepas didapati melakukan beberapa kesalahan dan ketidakpatuhan menyediakan perkhidmatan utiliti kepada pengguna. Mendedahkan perkembangan terbaru itu, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, ST sedang menyenaraikan jumlah kesalahan dilakukan TNB sebelum mengumumkan penalti yang perlu dibayar syarikat berkenaan.*

               5) *BERPURA-pura menghidap sakit kencing manis kritikal sebelum merompak pemilik rumah yang juga seorang wanita warga emas. Suspek membabitkan dua wanita dan seorang lelaki sebelum itu dikatakan berlakon kononnya memerlukan daun ditanam di rumah mangsa untuk dijadikan ubat sakit itu.*

               6) *SEORANG penumpang sanggup membuang air besar di tempat duduk penumpang sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Terengganu ke Negeri Sembilan, awal pagi hari ini. Pemandu bas, Mohd Huzaidi Husain,30, berkata, ketika kejadian, dia sedang tidur di tempat tidur pemandu di bahagian belakang bas, sementara bas dipandu oleh rakannya Wan Mohd Zamri Wan Mat, 47.*

               7) *ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Thailand serta Myanmar bersama rampasan 1,579 kilogram (kg) daun ketum dianggarkan lebih RM140,000 di sempadan Malaysia-Thailand di Durian Burung, Padang Terap, semalam. Panglima Enam Briged Brigadier Jeneral Mohd Halim Khalid berkata, rampasan itu turut membongkar lokasi pembungkusan dan transit ketum serta penyeludupan manusia di sempadan.*

               8) *MASALAH sampah serta kerosakan pam air di tiga daripada empat baraj di Pintu Kawalan Air Barrage Muara Sungai Melaka, di sini, antara punca utama sering berlakunya masalah banjir kilat di bandar raya ini. Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, gangguan sampah yang banyak turut menyebabkan pam air lambat untuk mengepam lebihan air ke Sungai Melaka sehingga mengakibatkan berlakunya banjir kilat.*

               9) *REMAJA perempuan dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Setiawangsa, di Kuala Lumpur, untuk pergi ke kafe siber berhampiran rumahnya, awal pagi hari ini. Remaja berkenaan, Raja Mariam Raja Azlan Shah, 15, atau lebih mesra dengan panggilan Mariam disedari hilang oleh ahli keluarga selepas didapati tiada di biliknya, 7.15 pagi.*

               10) *“TUBUH saya menggigil apabila melihat bayi perempuan di dalam beg di bawah pokok dalam semak berhampiran rumah,” kata Paridah Johuran, 53. Surirumah itu berkata, kejadian berlaku pada 10.30 pagi hari ini di tepi jalan berhampiran Flat Sri Anugerah, Larkin, ketika berjalan pulang dari kedai serbaneka dengan jarak bayi ditemui dari rumahnya hanya kira-kira 500 meter.*

               11) *“NAK sambut hari raya bagaimana dalam keadaan keluarga masih bersedih dengan kehilangan ahli keluarga akibat penyakit misteri,” kata Penghulu Orang Asli Kampung Aring 5, Raina Anjang 46. Raina berkata, sebelum ini Aidilfitri di Kampung Kuala Koh disambut dengan meriah biarpun hanya 140 daripada 280 penduduk di situ beragama Islam.*

               12) *WANITA didenda RM5,000 selepas didapati bersalah memiliki pelbagai jenis mercun tanpa lesen sah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini. Tertuduh, Nozifadiyana Zulkifli, 30, dari Batu Rakit, Kuala Nerus turut berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda itu.*

               13) *SEORANG lelaki tempatan maut akibat dihempap mesin memproses barangan elektrik dalam kejadian di sebuah kilang di Jalan Prima 3, Kawasan Perindustrian Tebrau 4, di sini, hari ini. Mangsa, Aslan Mohamad Yasin, 41, maut di tempat kejadian apabila mesin seberat lebih 20 tan menghempap dadanya dalam kejadian itu.*

               14) *NIAT anak meminjam ceti haram untuk mengubati penyakit buah pinggang dideritai ibu bertukar mimpi buruk selepas dia menjadi buruan along sejak sebulan lalu. Bukan itu saja, along terbabit juga turut memuat naik iklan untuk memberi ganjaran RM10,000 kepada sesiapa saja yang boleh mematahkan tangannya kerana gagal melunaskan bayaran seperti sepatutnya.*

               15) *BEKAS peserta program realiti ‘Rockanova’, Zarith Sofia Yasin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan menyimpan dan mengurung anak beruang matahari di rumahnya minggu lalu. Zarith Sofia atau nama penuhnya, Zarith Sofia Mohd Yasin, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Manira Mohd Nor.*

               16) *SEORANG mekanik yang sanggup mencederakan isterinya hanya disebabkan tidak diberi duit raya anak berjumlah RM10 pada minggu lalu, menerima pembalasan setimpal apabila dia dijatuhi hukuman penjara selama 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini. Tertuduh, Abdul Hafiz Man, 32, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan Majistret Abdul Hayyi Salim.*

               17) *JALAN rosak dan lewat ke tempat kerja. Itu antara alasan penunggang motosikal yang ditahan polis kerana tidak menggunakan laluan motosikal dalam Op Motosikal di tapak Plaza Tol Batu Tiga, Shah Alam, hari ini. Lelaki hanya mahu dikenali sebagai Hisham, 22, berkata laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan amat berbahaya kerana struktur jalan tidak rata selain agak sempit.*

               18) *LELAKI berusia 32 tahun sanggup mereka cerita dengan membuat laporan polis palsu kononnya dia diragut empat lelaki untuk memperdayakan ibu mentuanya, Ahad lalu. Bagaimanapun tindakan lelaki itu yang juga penjawat awam terbongkar apabila polis mendapati dia berbuat demikian selepas menggunakan hampir sebahagian wang yang diberikan ibu mentuanya untuk menebus barang kemas bagi kegunaan sendiri.*

               19) *SEORANG lelaki tidak sempat menunjukkan kereta baru dibeli kepada keluarganya apabila kenderaan itu terbakar di Kilometer 59, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat hutan lipur Rantau Abang, Marang, hari ini. Dalam kejadian 10.20 pagi, kereta itu dipercayai mengalami kerosakan di bahagian enjin sebelum keempat-empat tayarnya seperti membrek secara tiba-tiba.*

               20) *KEJADIAN seorang pemuda yang cedra dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal di Kampung Seberang Pintasan semalam, bukanlah disebabkan dilanggar anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Pengarah JPJ negeri, Zulkarnain Yasin berkata, ketika kejadian, anggota Unit Penguasa JPJ sedang melakukan rondaan di situ sebelum terserempak dengan seorang remaja berusia 20-an yang menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ secara laju dan berbahaya.*

               21) *TINDAKAN berani sekumpulan remaja bawah umur menunggang motosikal dan merempit di Jalan Baru Teroi sehingga ke Jalan Baru Titi Baru, Yan mengundang padah apabila ditahan polis dalam Operasi Bersepadu Samseng Jalanan semalam. Ketua Polis Daerah Yan Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, operasi itu dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan bermula 4 petang hingga 8 malam susulan aduan orang awam mengenai kegiatan mat rempit yang berleluasa ketika Syawal ini.*

               22) *BEKAS Ahli Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Tan Sri Ismee Ismail mengakui bahawa Ahli Lembaga Pengarah SRC International Sdn Bhd (SRC International) tidak mengetahui berhubung kewujudan akaun misteri syarikat di AmBank Islamic. Saksi ke-39, yang juga bekas Ahli Lembaga Pengarah SRC International, Tan Sri Ismee Ismail berkata, mereka tidak mengetahui berhubung akaun bank yang berakhir dengan nombor 736 yang didaftarkan atas nama syarikat pada 2011.*

               23) *KEDUDUKAN Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) kekal walaupun terpalit isu penyebaran video lucah. Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan perkara itu dalam mesyuarat Biro Politik PKR, hari ini. Beliau berkata, mereka sebulat suara menyerahkan siasatan lanjut berhubung dakwaan berkenaan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).*

               24) *SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat semua laporan secara profesional dan tidak berpihak kepada sesiapa termasuk dakwaan rasuah membabitkan seorang menteri kanan Kabinet. Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata, siasatan bagi kes itu akan dikendalikan di bawah timbalannya dan pasukan siasatan beliau.*

               25) *DUA remaja lelaki bawah umur ditahan polis kerana menunggang motosikal curi di Kampung Sikai, Sri Menanti, di sini, kelmarin. Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Haslah Bachok berkata, remaja berusia 12 dan 13 tahun serta masih bersekolah itu ditahan jam 4.30 petang, selepas cuba melarikan diri. “Sebelum itu, polis menerima laporan mengenai kehilangan motosikal jenis Modenas Kriss daripada seorang lelaki berusia 71 tahun.*

               26) *PADAH memandu lori dengan hanya berkaki ayam, pemandu kenderaan berat itu disaman dalam Ops Selamat di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, Alor Setar hari ini. Selain itu dia turut disaman kerana tayar lori dipandunya dalam keadaan botak. Lelaki berusia 30-an itu bagaimanapun akur dengan kesalahan yang dilakukan dan menerima saman berkenaan selain memberi alasan kasutnya basah.*

               27) *SEORANG wanita bertindak nekad melarikan dua gelang emas bernilai lebih RM6,000 dari sebuah kedai emas di Jalan Temenggong di sini petang semalam ketika urusan jual beli berlangsung. Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, suspek berusia 20 an berbuat demikian ketika pekerja kedai emas berusia lingkungan 50 an sedang menulis bil pembayaran.*

               28) *JABATAN Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman akan menghantar sepasukan pegawai ke Indonesia untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung penahanan enam warga Malaysia yang di Indonesia kerana disyaki menyeludup dadah ke negara itu. Timbalan Pengarah JSJN Deputi Komisioner Zulkifli Ali berkata, pihaknya sudah mendapat identiti suspek yang ditahan, namun masih menunggu maklumat lanjut.*

               29) *GERAK hati pemilik warung kopi untuk keluar daripada premisnya kerana bimbang dirempuh kenderaan terbabas ternyata berjaya menyelamatkannya daripada maut. Ini berikutan, tidak sampai lima minit selepas Latifah Abu Bakar, 52, keluar daripada warungnya di tepi Jalan Kampung Paya Lebar-Lubok Cina, Masjid Tanah, premis itu musnah dirempuh sebuah kereta Perodua Myvi yang terbabas.*

               30) *Terpengaruh drama di televisyen disyaki punca dua kanak-kanak lelaki melarikan diri dari rumah selama hampir tujuh jam dalam kejadian di Kampung Teck Guan, dekat Lahad Datu, semalam. Bagaimanapun, Mohd Afiq Abdullah, 9, dan adiknya Mohd Haikal, 7, ditemui penduduk kampung kira-kira jam 6.30 petang di kebun kelapa sawit berhampiran.*

               31) *PEMUDA ditemui lemas oleh orang awam di Pam Kemubu, Machang semalam. Mayat Mohamad Izzudin Mohd Nor, 30, ditemui 8.20 pagi sebelum dimaklumkan kepada polis. Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Ganti Jimmy berkata, ahli keluarga mangsa datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang 10 Jun lalu untuk membuat laporan berhubung kehilangan mangsa.*

                32) *POLIS menahan pemandu teksi yang menetak tangan pekerja stesen minyak warga asing di Desa Tun Razak, Kuala Lumpur semalam. Sumber berkata, sebelum kejadian, berlaku pertengkaran mulut akibat perselisihan faham antara pemandu teksi dengan pekerja stesen minyak terbabit sebelum pemandu teksi beredar dari lokasi.*

                33) *LELAKI warga emas yang mendapatkan rawatan di hospital di Taiping parah selepas tertusuk jerisi besi berdekatan kaunter farmasi hospital berkenaan semalam. Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, mangsa, 78, dipercayai pengsan dan terjatuh pada jeriji besi ketika sedang menunggu anaknya mengambil ubat di kaunter farmasi berkenaan.*

                34) *LELAKI ditahan polis di sebuah kedai dobi layan diri di Jalan Melang, Kuala Pilah selepas dia mengamuk dan merosakkan harta benda di luar premis itu hari ini. Dalam kejadian 6.30 pagi itu, lelaki berusia 43 tahun itu membuat kacau dan bertindak agresif menyebabkan orang ramai yang melihat kejadian membuat laporan kepada polis.*

                35) *DATUK Bandar Shah Alam baharu Datuk Haris Kasim mengangkat sumpah jawatan itu di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Shah Alam hari ini. Haris, 57, mengangkat sumpah jawatan itu dengan disaksikan Orang Besar Daerah Petaling, Datuk Emran Kadir; Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan serta Ahli Majlis MBSA.*

                36) *WANITA yang juga pekerja sebuah kedai rangkaian produk kecantikan dan kesihatan di Lukut, Port Dickson, ditahan polis selepas disyaki menggelapkan wang RM17,930. Wanita berusia 26 tahun terbabit ditahan di rumahnya di Lukut semalam, susulan laporan polis yang dibuat terhadapnya oleh pengurus premis berkenaan.*

                37) *KEADAAN mayat dan pakaian mangsa kes pembunuhan yang ditemui dalam kotak dan dibuang di tepi jalan di Taman Setia Indah, Johor Bahru kelmarin sudah reput sekali gus menyukarkan waris membuat pengecaman. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, waris mangsa tampil membuat pengecaman namun belum boleh mengesahkannya berikutan keadaan mayat sudah mereput.*

                38) *WARGA emas maut dihempap kereta yang sedang dibaiki di Taman Three Hills, Kuching semalam. Dalam kejadian 6.20 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Lim, 62, meninggal dunia di lokasi kejadian. Sumber berkata, ketika kejadian, mangsa sedang membaiki kereta di tempat letak kereta rumahnya.*

                39) *KANAK-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia selepas dirempuh Proton Saga FLX ketika melintas jalan bersama abangnya di hadapan kedai serbaneka di Jalan Sungai Petani-Baling, Sungai Petani kelmarin. Kejadian berlaku 6.30 petang ketika Nur Danish Afiq Nur Azril, 5, melintas jalan mini tar di kawasan berkenaan menuju ke kedai serbaneka yang terletak di seberang jalan.*

                40) *POLIS merampas dadah jenis ketamin bernilai RM372,000 yang cuba diseludup ke Taiwan menggunakan perkhidmatan kurier di premis syarikat penghantaran berkenaan di Salak Selatan, Kuala Lumpur smalam. Susulan rampasan dadah yang disorok dalam mangkuk cendol itu, dua lelaki warga tempatan berusia 22 dan 23 tahun dipercayai ahli sindiket di sekitar Lembah Klang ditahan pada hari sama.*

            
*SEJAGAT*
==========


           *MOSCOW: Doktor di Russia melakukan pembedahan pelik dan jarang berlaku apabila mengeluarkan gigi yang tumbuh dalam buah zakar seorang budak lelaki berusia 13 tahun, minggu lalu.*
          *Pembedahan di Hospital Kanak-kanak Morozov, Moscow, itu dilakukan pakar bedah Dmitry Tarusin yang juga urologi kanan kanak-kanak dan ahli andrologist.*
             *Menurut laporan Daily Mail, pemeriksaan mendapati ada objek asing dalam buah zakar remaja itu yang kelihatan seperti batu dalam buah pinggang.*

          *WASHINGTON: Telegram hari ini berkata, penyedia perkhidmatan pesanan itu diserang menerusi ‘denial-of-service’ (DDoS) bagi pelayar di Amerika Syarikat dan di beberapa negara yang mungkin menyebabkan pengguna tidak dapat mengakses rangkaian itu, kata syarikat itu menerusi postingannya di Twitter.*
         *Telegram tidak segera memberi maklum balas mengenai serangan itu.*
           *Pelayar yang terkena serangan DDoS, menyebabkan komputer mereka dijangkiti virus dan digunakan untuk menyasarkan laman web tertentu.*

         *VILLAHERMOSA: Seorang wartawan dibunuh di tenggara Mexico menjadikan ia pengamal media keenam yang dibunuh dalam tahun ini, kata bekas majikan dan media tempatan.*
         *Akbar terbabit melaporkan, Norma Sarabia adalah wakil akhbar Tabasco HOY selama 15 tahun dan sedang bertugas dengan sebuah syarikat media di Tabasco.*
          *Mexico adalah antara negara paling berbahaya di dunia untuk wartawan, lebih 100 orang dibunuh sejak tahun 2000, dipercayai mempunyai kaitan dengan keganasan pemerdagangan dadah dan rasuah politik.*

           *PATNA, INDIA: Sekurang-kurangnya 31 kanak-kanak maut di utara India sejak 10 hari lalu akibat jangkitan otak dipercayai ada kaitan dengan sebatian toksik ditemui dalam buah laici.*
            *Pihak berkuasa kesihatan negara itu hari ini berkata, kematian dilaporkan dari dua hospital di daerah Muzaffarpur, Bihar, yang terkenal dengan dusun laici.*
          *Pegawai kanan kesihatan, Ashok Kumar Singh, berkata semua kanak-kanak menunjukkan gejala Sindrom Ensefalitis Akut (AES) dan mengalami kehilangan glukos dalam darah secara tiba-tiba.*

           *RIYADH: Serangan peluru berpandu yang dibedil oleh kumpulan pemberontak Yaman di sebuah lapangan terbang di barat daya Arab Saudi menyebabkan 26 orang awam cedera hari ini, kata tentera pakatan diketuai Arab Saudi.*
           *Jurucakap, Turki al-Malki yang dipetik Media Arab Saudi berkata, lapan daripada mangsa yang cedera dalam kejadian di lapangan terbang Abha itu terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan, lapor AFP.*
         *Manakala seramai 18 orang lagi mangsa dibenarkan keluar hospital selepas diberi rawatan segera.*

         *HONG KONG: Ribuan penunjuk perasaan di Hong Kong menghalang laluan ke pejabat kerajaan sekali gus menyebabkan perbahasan rang undang-undang kontroversi terpaksa ditangguhkan.*
         *Al-Jazeera melaporkan, kumpulan yang memakai baju hitam, topi keledar dan gogal dengan melakukan provokasi terhadap polis di luar Majlis Perundangan hari ini ketika melakukan bantahan terhadap rang undang-undang ekstradisi itu yang dianggap menyekat kebebasan awam.*
         *Orang ramai mula memenuhi jalan raya dan jambatan pejalan kaki seawal jam 8.30 pagi tadi dan membanjiri kawasan berkenaan.*

          *PARIS: Dua pengawal dijadikan tebusan oleh seorang banduan yang membawa senjata buatan sendiri dalam kejadian di sebuah penjara berkeselamatan tinggi di barat laut Perancis, semalam.*
         *Bagaimanapun, kedua-dua mangsa berjaya dibebaskan tanpa sebarang kecederaan kira-kira lima jam kemudian, kata pihak berkuasa.*
        *AFP melaporkan, Unit Taktikal Polis tiba menaiki helikopter ketika situasi tebusan itu berlaku di Pusat Pengawasan Conde-sur-Sarthe yang menahan banduan berbahaya atau radikal serta individu yang mempunyai masalah disiplin yang serius.*

           *BEIJING: Sekurang-kurangnya 19 orang maut dalam bencana banjir selepas hujan lebat melanda selatan China, kata agensi berita Xinhua hari ini.*
            *Wilayah Guangxi yang bersempadanan dengan Vietnam itu dilanda hujan lebat sepanjang minggu hingga mencetuskan banjir di enam bandar sekali gus meragut 17 nyawa dan menjejaskan lebih 570,000 penduduk, kata Xinhua yang memetik jabatan pengurusan kecemasan.*
          *Menurut AFP, kejadian itu turut memusnahkan banyak tanaman serta kediaman penduduk.*

          *LOS ANGELES: Seorang peminat tegar Marvel di Amerika Syarikat membuktikan dia adalah salah seorang penyumbang terhadap kejayaan besar filem Avengers: Endgame apabila menontonnya sebanyak 110 kali.*
         *Disebabkan itu, Agustin Alanis mungkin mencipta rekod terbaru Rekod Guinness sebagai individu yang paling banyak menonton filem berkenaan, lapor AFP.*
          *”Saya bekerja selama 10 jam, menonton Endgame sebanyak dua kali pada hari biasa yang mengambil masa sekurang-kurangnya enam jam,” katanya menerusi mesej di Twitter dengan gambar menunjukkan dia dan pekerja pawagam memegang tiket ke-110 filem berkenaan.*

          *MOSCOW: Menteri Dalam Negeri Russia akan meminta Presiden Vladimir Putin memecat dua pegawai kanan polis berhubung penahanan wartawan Ivan Golunov selepas tuduhan kes dadah terhadapnya digugurkan hari ini.*
         *Reuters melaporkan, polis Russia mengambil tindakan mengejutkan apabila menggugurkan tuduhan terhadap Golunov selepas kemarahan orang ramai termasuk pertubuhan media yang mendakwa wartawan berkenaan sengaja diperangkap dan mengancam melakukan perhimpunan besar-besaran di Moscow.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


         *PELATIH pakar bedah warga Malaysia Dr Nur Amalina Che Bakri kini menjadi trend di media sosial kerana budi baik beliau kepada bayi Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin.*
           *Pembedahan yang berjaya membuang tumor 200 gram pada mulut bayi berusia sembilan bulan itu yang dijalankan di sebuah hospital kanak-kanak di London hasil inisiatif beliau, menjadi tular semalam.*
        *Beliau menduduki tempat kelapan antara tweet paling tinggi di Twitter, menerima 44,500 tweet setakat 1 tengah hari.*

         *POLIS meminta kerjasama orang awam mengesan seorang wanita dipercayai terbabit dalam insiden mendera dan pukul bayi yang tular di media sosial.*
         *Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.*
          *”Sehubungan itu, PDRM memohon kerjasama daripada orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu untuk menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.*

         *SELEPAS kira-kira lima jam menjalani pembedahan membuang tumor di mulutnya semalam, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, kini sudah sedarkan diri.*
          *Khabar gembira itu dikongsi bapanya Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, melalui status ringkas di Facebook miliknya kira-kira 30 minit lalu.*
         *Ahmad Safiuddin melahirkan rasa syukur apabila Ainul Mardhiah kini sudah sedar.*

          *LELAKI maut, manakala anaknya cedera dibelasah sekumpulan warga asing selepas dituduh mencuri di hadapan kedai runcit berhampiran surau di Kampung Petagas, Putatan, kelmarin.*
        *Mangsa, Abdul Shukur Abdullah, 57, meninggal dunia selepas beberapa jam menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth 1 (QEH1).*
         *Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan bahawa mangsa meninggal dunia semalam.*
            *Sebelum ini, video berdurasi lapan minit 42 saat tular di Facebook sejak semalam menunjukkan seorang lelaki tidak sedarkan diri dipercayai dipukul dalam kejadian itu.*

          *SEORANG lelaki bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila membunuhkucing dengan cara menjerut dan menggantung haiwan itu di tangga blok pangsapuri Seksyen 2, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, semalam.*
          *Pemilik kucing yang hanya mahu dikenali sebagai Asrul, 40-an, berkata, kejadian itu hanya disedari selepas dimaklumkan jirannya yang menemui bangkai haiwan berkenaan.*
           *“Jiran memaklumkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki memegang kucing sebelum mengikat leher haiwan itu dengan tali dan menggantungnya di tangga.*

           *JAKARTA: Tindakan seorang khatib menyampaikan khutbah politik selepas solat sunat Aidilfitri lalu, menyebabkan jemaah solat sunat Aidilfitri di sebuah kampung di Jawa Tengah bertindak meninggalkan masjid beramai-ramai.*
          *Rakaman video kejadian itu mula tular di Indonesia sejak kelmarin, menunjukkan penduduk di Kabupaten Klaten keluar beramai-ramai dari masjid.*
           *Pemilik akaun Instagram @m.bahrunnajach memuat naik video itu Jumaat lalu dan sehingga kini sudah ditonton 67,117 kali.*
                 

*ARENA*
========


         *ROMELU Lukaku memberikan pandangan jelas apabila mengatakan masanya di Manchester United sudah sampai ke penghujung.*
         *Malah, penyerang terbabit turut menjangkakan 'musim panas yang sibuk' sejurus kembali daripada percutiannya.*
        *Lukaku kehilangan tempat dalam kesebelasan utama United musim lalu disebabkan prestasi tidak menentu dipamerkannnya.*
         *Bos baru Inter Milan, Antonio Conte mahu menandatangani penyerang terbabit selepas bidaannya sebanyak 75j (RM397 juta) pada 2017 ketika menjadi bos Chelsea dipintas kelab Old Trafford itu.*

         *BAGI ikon Chile, Alexis Sanchez yang juga dikenali sebagai ‘Nino Maravilla’ - budak hebat - di negara kelahirannya, tempoh setahun setengah ini cukup mengecewakan.*
            *Pemain dengan penampilan terbanyak sepanjang zaman dan peledak berbisa, Sanchez begitu popular di negara Amerika Selatan itu malah turut membintangi filem mengenai dirinya yang diterbitkan di Chile bulan lalu.*
        *Selepas membantu Chile menjuarai dua edisi Copa America termasuk kejohanan meraikan 100 tahun atau Centenario di Amerika Syarikat pada 2016, patung dirinya turut dibina di bandar kelahirannya Tocopilla.*

         ♂ *TIGER Woods kini mengintai peluang beraksi di Sukan Olimpik tahun depan, menyedari bahawa dia mungkin tidak mendapat banyak peluang menambah pingat emas untuk melengkapi kabinet trofinya.*
         *Bekas pemain nombor satu dunia berusia 43 tahun itu memburu gelaran kejohanan utama ke-16 pada Terbuka Amerika Syarikat di Pebble Beach minggu ini, dua bulan selepas kembali beraksi susulan rawatan kecederaan dengan kejayaan Masters.*
         *Namun Woods mengakui teruja dengan kemungkinan mencabar kejuaraan Olimpik pada Tokyo 2020 di mana golf akan sekali lagi dipertandingkan selepas 2016.*

         *BAPA Max Verstappen, Jos, memberi gambaran anaknya itu akan bergandingan dengan Lewis Hamilton di Mercedes.*
         *Ketua pasukan Red Bull, Helmut Marko, minggu lalu mengakui pasukannya bakal kehilangan Verstappen jika mereka gagal menyediakan kereta mampu mencabar gelaran dunia.*
          *”Sudah tentu saya bimbang Verstappen akan meninggalkan pasukan ini,” katanya kepada akhbar Itali, La Gazzetta dello Sport.*

         *KEJAYAAN Harimau Malaya mara ke pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada September depan, hasil kemenangan 12-2 secara agregat mengatasi Timor Leste, mendapat pujian Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.*
         *Dalam perlawanan timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi, anak buah Tan Cheng Hoe menewaskan Timor Leste 5-1 selepas melakar kemenangan 7-1 ke atas lawan sama pada Jumaat lalu.*

         *DI sebalik pelbagai khabar angin berhubung masa depannya, pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah mengakui masih belum membuat sebarang keputusan mengenai perjalanan kariernya selepas ini.*
       *Jelas Hafizh, pelbagai kemungkinan boleh berlaku, sama ada dia akan kekal beraksi di kelas MotoGP atau pun kembali beraksi di saingan Moto2.*
         *Pelumba Red Bull KTM Tech 3 itu bagaimanapun tidak berdepan masalah sekiranya kembali beraksi di Moto2 andai benar tiada tempat di saingan MotoGP musim depan.*

          *SKUAD Pahang akan bertandang ke Stadium Darul Aman, Alor Setar bertemu Kedah Jumaat ini tanpa tiga tonggak.*
         *Mereka adalah dua pemain pertahanan, Herold Goulon serta Mohd Faisal Rosli dan pemain tengah, Mohamadou Sumareh yang digantung satu perlawanan selepas mengutip tiga kad kuning.*
         *Pengendali Tok Gajah, Dollah Salleh berkata, walaupun tanpa kehadiran tiga pemain terbabit, skuad kendaliannya sedia mengejutkan pasukan tuan rumah.*

          *PEMAIN import baharu dari Kyrgyzstan, Edgar Bernhardt teruja tampil pada aksi sulung bersama skuad Lang Merah berdepan Pahang dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Jumaat ini.*
         *Impian Kedah mengutip tiga mata dilaman sendiri menjadi sasaran utama kapten yang juga pemain tengah Kyrgyzstan itu.*
         *Pemain berusia 33 tahun itu berkata, suasana harmoni dalam skuad Kedah banyak membantunya serasi bersama rakan sepasukan.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2019 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*JUAAT 14 JN 2019 ASHI ERSAAAN  SYAWL 1440 HIJRH*


*#live fr fN PLUS EVERGE SHA# ALA*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*)

*IMSAK* : 0532
*SUBUH* : 0542
*SYURUK* : 0703
*ZOHOR* : 1316
*ASAR* : 1642
*MAGHRIB* : 1925
*ISYAK* : 2041


*artikel disiarkan pada tarikh 13jun*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *“SAYA mengenali (Haziq Aziz) dari jauh sebab dia ahli parti. Kemudian menyertai pembangkang, selepas kita menang, lompat balik dalam Keadilan (PKR). “Ini karektor individu yang diperalatkan dalam fitnah ini,” kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu berkata, laporan polis sudah dibuat Setiausaha Politiknya dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan selanjutnya.*

               2) *SETIAUSAHA Politik Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Muhammad Hilman Idham hari ini membuat laporan polis berhubung penyebaran video lucah yang mengaitkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan lelaki dikenali Haziq Aziz. Laporan itu dibuat Hilman yang juga Timbalan Ketua AMK Pusat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya. Hilman berkata, laporan itu dibuat bagi menggesa polis melakukan siasatan terhadap penularan video berkenaan.*

               3) *“SAYA tidak rasa ia benar dan kamu boleh menghasilkan gambar seumpama itu jika kamu bijak. “Ia dilakukan oleh orang yang mempunyai agenda politik,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mengulas mengenai isu penyebaran video lucah yang didakwa membabitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Perdana Menteri berkata, beliau ada menemui Mohamed Azmin seperti kebiasaannya pada mesyuarat Kabinet semalam.*

               4) *PENDUDUK Kampung Sungai Buah Luar dan Sungai Buah Dalam di Dengkil akan mendapat jambatan kekal bagi menggantikan jambatan besi sementara yang runtuh hujung bulan lalu. Timbalan Nazir Masjid Raudhatul Jannah, Kampung Sungai Buah Dalam, Ibrahim Alowi, 61, berkata, pembinaan jambatan kekal itu turut mendapat persetujuan penduduk dalam memastikan keselamatan mereka.*

               5) *TINDAKAN lanjut akan diambil Kerajaan negeri sekiranya benar dakwaan wujud perlombongan haram di kawasan penduduk Orang Asli di Kuala Koh, Gua Musang. Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, Kerajaan negeri hanya pernah mengeluarkan lesen kepada satu syarikat melombong bijih manganese, namun tidak membabitkan air.*

               6) *TINDAKAN peguam wanita menjerit dan menyembur air menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa ‘skodeng’ seorang lelaki di tandas stesen minyak di Batu Tiga, Shah Alam, kelmarin. Difahamkan, dalam kejadian 11.15 malam mangsa berusia 34 tahun bertindak demikian selepas menyedari lelaki terbabit cuba merakam menggunakan telefon bimbit ketika dia membuang air kecil.*

               7) *JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu akan mengadakan lelongan awam 47 kenderaan, termasuk 20 kereta mewah yang disita atas pelbagai kesalahan, akhir bulan ini. Pengarah JPJ negeri, Zulkarnain Yasin berkata, 47 kenderaan yang akan dilelong itu termasuk 18 motosikal, sembilan pelbagai kenderaan dan 20 kenderaan klon.*

               8) *POLIS mengesahkan semua barang kemas yang disamun penjenayah di sebuah kedai emas di Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam dianggarkan bernilai RM7 juta. Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan pihaknya mendapati berat emas berkenaan dianggarkan 40 kilogram (kg).*

               9) *CUBAAN dua lelaki bertindak agresif melarikan diri dalam sekatan sempena Op Selamat 15/2019 di Kuah gagal apabila mereka ditahan bersama dadah disyaki heroin seberat 116.86 gram dan wang tunai RM8,000 semalam. Dalam kejadian 3.15 petang itu, suspek berusia 17 dan 25 tahun itu menunggang motosikal sebelum polis trafik melihat suspek dalam keadaan mencurigakan dan mengarahkan mereka berhenti.*

               10) *DICUCUH puntung rokok selain dipukul menggunakan penyapu, penyangkut baju dan rotan bulu ayam di beberapa bahagian badan. Itu nasib malang dilalui isteri apabila dibelasah suaminya tanpa belas kasihan selepas lelaki itu dikatakan mengesyaki mangsa menjalinkan hubungan sulit di Taman Saga Damai, Mentakab, Temerloh Isnin lalu.*

               11) *KETIKA umat Islam masih bergembira menyambut Aidilfitri, namun lain pula dengan seorang lelaki yang menjadikan kediamannya sebagai lokasi ‘menjamu’ enam rakannya menghisap dadah di Kampung Temoyong Mukim Kedawang, Langkawi.
Bagaimanapun, perbuatan mereka berusia 27 hingga 52 tahun mengundang padah apabila polis menyerbu kediaman itu jam 11.30 malam, kelmarin, sebelum menahan suspek serta merampas dadah jenis heroin.*

               12) *PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjelaskan penutupan sementara Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan Hentian Sebelah sewaktu musim perayaan Aidilfitri lalu adalah untuk mengurangkan kesesakan di Lebuhraya Utara-Selatan. Ketua Perhubungan Korporat, Komuniti dan Awam PLUS, Syed Mohammed Idid berkata, pihaknya mengambil maklum kesesakan yang berlaku di lebuh raya kendaliannya.*

               13) *LELAKI berusia 19 tahun ditahan semalam selepas dipercayai merogol teman wanitanya berusia 16 tahun sehingga hamil sejak awal Februari lalu. Dia ditahan di Taman Bandar Baru Kampar, Kampar selepas remaja perempuan yang sudah tidak bersekolah itu membuat laporan polis di Balai Polis Tronoh Mines 5.53 petang.*

               14) *PADAH melakukan onani di hadapan wanita, pekerja kilang warga Bangladesh dipenjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini. Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir menetapkan keputusan itu selepas tertuduh Biswas Md Riaz, 21, mengaku bersalah sebaik pertuduhan ke atasnya dibacakan dalam bahasa Bengali.*

               15) *PENDUDUK dekat Sungai Linggi di sini, bimbang dengan fenomena ‘udang galah mabuk’ yang dipercayai berpunca daripada pencemaran air sungai. Penduduk mendakwa kejadian itu dipercayai disebabkan pencemaran racun tuba yang digunakan oleh pencari udang galah selain kesan pencemaran kilang dari hulu Sungai Linggi.*

               16) *KERAJAAN berhasrat memasarkan biodesel B20 di stesen minyak di seluruh negara yang antara lain muncul sebagai mekanisme mengawal industri berasaskan sawit. Bagaimanapun, Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim berkata, pelaksanaan cadangan itu akan diumumkan selepas perbincangan dibuat bersama syarikat petrolium, pengeluar dan pengeksport kereta serta beberapa pihak berkaitan.*

               17) *DUA kanak-kanak perempuan maut selepas kereta dinaiki bersama keluarga terbabas dan terjunam ke dalam gaung di Kilometer 56 Jalan Kalabakan-Sapulut dekat Kalabakan, semalam. Dalam kejadian 8 pagi itu, mangsa, Nur Halisa Sufiyya Resmansaha, 7, dan adiknya, Nur Syaakur Safiyyah, 5, yang duduk di kerusi penumpang belakang tercampak keluar dari kenderaan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.*

               18) *HANYA kerana meminta hutang, lelaki Rohingya cedera dibelasah sekumpulan lelaki yang juga kenalannya di Jabor, Kuantan baru-baru ini. Mangsa turut diancam bunuh jika masih menuntut hutang yang berjumlah hampir RM3,000. Menurut sumber, kejadian bermula apabila mangsa memberikan wang kepada rakannya pada 2015 dan menuntut wang itu beberapa kali hingga April tahun ini namun tidak diendahkan lelaki itu.*

               19) *TIGA lagi mayat Orang Asli suku kaum Batek dari Kampung Kuala Koh yang dipercayai terkena jangkitan radang paru-paru baru-baru ini ditemui petang semalam. Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata, mayat dua lelaki dan seorang perempuan itu dikenal pasti sebagai Safia Papan, 18, (perempuan), Jais Keladi, 55, dan Fayah Papan, 19, ditemui antara 4.30 hingga 5.30 petang semalam.*

               20) *TIGA penempatan penduduk di daerah Bakong, Miri terputus hubungan dengan kawasan lain sejak dua hari alu akibat banjir. Tiga penempatan itu ialah Rumah Panjang Joben, Rumah Panjang Jarau dan Rumah Panjang Umping. Ketua Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Beluru, Mirwan Shah Masri berkata, keadaan banjir di kawasan itu tidak banyak berubah dan paras air masih kekal pada kedalaman satu meter.*

               21) *POLIS memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menular kenyataan berbaur perkauman berikutan insiden pergaduhan rakyat tempatan dan warga asing yang berlaku di negeri ini, sejak akhir-akhir ini. Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah, pihaknya mengesan pelbagai kenyataan menerusi laman sosial dan aplikasi telefon pintar dikhuatiri cuba memainkan isu perkauman sehingga boleh mencetuskan kekacauan di negeri ini.*

               22) *SERAMAI 14 Orang Asli dan warga asing yang tinggal di Rumah Kongsi Kampung Kendong Baru, Kota, Rembau, menerima rawatan selepas dijangkiti wabak saluran pernafasan (ILI), semalam. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) Datuk Dr Zainudin Mohd Ali berkata, mereka adalah sembilan Orang Asli suku Jakun, tiga warga Bangladesh dan dua Indonesia berusia antara tujuh hingga 40 tahun.*

               23) *PENUNTUT Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Batu Pahat, Muhammad Arif Abdullah, 23, maut apabila motosikal Yamaha 150Y ditunggangnya bertembung kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 153 Jalan Johor Bahru - Seremban di Labis, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat berkata, dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, mangsa yang cedera parah di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.*

               24) *JANGAN tuduh-menuduh, membuat andaian atau dijadikan modal politik pihak tertentu sebaliknya menunggu pihak berkuasa melakukan siasatan terperinci. Itu nasihat Presiden Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) Norya Abas, ketika mengulas mengenai 14 kematian Orang Asli suku Batek dengan dua kematian dilaporkan akibat radang paru-paru di Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan, sejak 2 Mei hingga 7 Jun lalu.*

               25) *TIMBALAN Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas kecewa dengan kematian mangsa baharu wabak rabies yang dikaitkan dengan kecuaian doktor mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan. Justeru, beliau menggesa KKM untuk menjalankan siasatan kes berkenaan dan memastikan SOP yang ditetapkan dipatuhi oleh semua pengamal perubatan.*

               26) *SEORANG pembantu kedai makan dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan dan denda RM1,000 kerana mencuri televisyen berharga RM830 di sebuah kedai membaiki telefon di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini. Majistret Noor Mazrinie Mahmood menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohd Sukri Ab Rahman, 43, dari Kampung Bukit Kecil selepas mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.*

               27) *TEMPOH percubaan pembukaan jambatan angkat atau ‘drawbridge’ akan berakhir Isnin ini dan orang ramai tidak dibenarkan melalui jambatan itu sehingga dibuka semula bulan depan. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh berkata, orang ramai masih boleh melalui jambatan mercu tanda baharu Terengganu itu untuk tempoh empat hari lagi sebelum ditutup untuk semua kenderaan.*

               28) *TAKTIK licik dua lelaki menggunakan kenderaan sukan utiliti (SUV) buatan Jepun untuk membawa masuk daun ketum seberat 250 kilogram (kg) dan ubat batuk terbongkar selepas ditahan di Jalan Batu Melintang di sini, kelmarin. Dalam kejadian 7.30 malam itu, dua suspek lelaki berusia 31 dan 32 tahun juga berjaya ditahan.*

               29) *JABATAN Amal Malaysia (JAM) Selangor akan meneruskan inisiatif membantu pengguna jalan raya yang menghadapi masalah ketika pulang berhari raya dari kampung halaman pada masa depan. Ini kerana dalam program khidmat percuma yang diadakan selama empat hari berakhir Selasa lalu, pelbagai pengalaman diraih unit berkenaan sewaktu melakukan rondaan sukarela di sempadan Selangor di Lebuhraya Utara-Selatan serta Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK).*

               30) *SEORANG buruh yang memukul seorang mekanik sehingga parah kerana tidak puas hati dengan caj membaiki kereta dijatuhi hukuman penjara 28 bulan di Mahkamah Majistret, Kuala Terengganu, hari ini. Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Che Azhar Che Kas, 56, dari Hulu Takir, Seberang Takir, Kuala Nerus, yang didapati bersalah mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.*

               31) *SALAH faham membabitkan keropok berharga RM2 dikenalpasti punca pergaduhan yang menyebabkan kematian Abdul Shukur Abdullah, 57, dalam kejadian di sebuah kedai runcit di Kampung Petagas, Putatan, Isnin lalu. Pergaduhan itu turut menyebabkan anak mangsa berusia 31 tahun, patah kaki dan tangan selepas dibelasah dua lelaki warga Pakistan dalam insiden berkenaan.*

                32) *PEMILIK kedai peralatan elektronik dan telekomunikasi kerugian RM50,000 selepas premisnya di Taman Batu Caves, Gombak, dipecah masuk dua penjenayah, Sabtu lalu. Malah, penjenayah terbabit dikesan merompak premis sama dua kali juga pada hari sama. Pemilik kedai Abdul Jaleel Sultan Muhamad, 52, berkata kejadian berlaku sekitar 3.30 pagi hingga 9 pagi.*

                33) *PELAJAR Maktab Tentera Diraja (MTD) yang dilaporkan hilang dua hari lalu disahkan selamat apabila pulang ke pangkuan keluarganya di Kota Bharu, semalam. Muhammad Harraz Hilmi Mohd Syukri, 16, ditemui dalam keadaan sihat dan pulang menaiki bas dari Kuala Lumpur seorang diri.*

                34) *EMPAT ekor lembu dan 10 ekor kambing ditangkap Majlis Daerah Marang (MDM) melalui Operasi Menangkap Ternakan Berkeliaran bermula awal Jun lalu. Operasi itu bertujuan menangani masalah haiwan ternakan berkeliaran di daerah ini sekali gus menyelesaikan pelbagai masalah penduduk temasuk kemalangan membabitkan ternakan.*

                35) *LELAKI bertindak memecahkan barangan di dalam rumah milik ibunya di Taman Selasih, Kulim, semalam, selepas tidak diberi wang. Dalam kejadian 4.30 petang, suspek berusia 51 tahun dipercayai di bawah pengaruh dadah meminta wang daripada ibunya berusia 81 tahun namun mangsa enggan melayan permintaan itu.*

                36) *“SAYA bingung,” itu reaksi Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mengenai penyebaran video lucah yang didakwa ada kaitan dengan Setiausaha Sulit Kanannya, Haziq Abdullah Abdul Aziz. Berikutan itu katanya, Haziq Abdullah digantung daripada melakukan tugas rasmi serta-merta.*

                37) *PENJUAL ikan menjadikan bilik saluran elektrik di depan rumahnya di pangsapuri Ken Rimba, Seksyen 16, Shah Alam, sebagai tempat penyimpanan ganja sejak empat bulan lalu. Difahamkan, lelaki berusia 39 tahun itu bertindak demikian kerana menganggap ia lebih selamat jika diserbu pihak berkuasa kerana dadah berkenaan tidak berada di dalam rumahnya.*

                38) *SELEPAS hampir lima tahun menghilangkan diri akibat melahirkan seorang anak tidak sah taraf, seorang wanita mengulangi perbuatannya itu dengan mengabaikan bayi yang baru dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, 27 April lalu. Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Johor Bahru, Normawarni Mahat berkata, dalam kejadian itu, ibu bayi perempuan terbabit, Kamiliah Mohamed Ali, menghilangkan diri daripada wad HSA selepas sehari melahirkan zuriatnya.*

                39) *SERAMAI 130 pekerja kilang papan di Jalan Kuala Segan, Kemena, Bintulu hilang tempat tinggal apabila tiga blok kediaman mereka musnah dalam kebakaran hari ini. Kejadian 2.30 pagi itu berlaku ketika kebanyakan penghuni warga asing itu tidur. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Mohamad Meramit berkata, 11 anggota dikejarkan ke lokasi bersama dua kenderaan FRT dan sebuah EMRS sejurus menerima panggilan 2.41 pagi.*

                40) *SEORANG ibu terpaksa menggigit tangan anaknya selepas lehernya dicekik lelaki itu yang mengamuk di rumah mereka di Penaga, Kepala Batas, semalam. Ibu berusia 0 tahun itu yang tidak tahan dengan perangai anak lelakinya yang kerap mengamuk kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian.*

            
*SEJAGAT*
==========


         *INDONESIA, Malaysia dan Filipina bersetuju mengadakan latihan rondaan darat bersama bulan depan bagi menangani cabaran keselamatan di perairan antara Kepulauan Borneo dan selatan Filipina, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).*
          *Menteri Pertahanan Indonesia, Ryamizard Ryacudu, semalam, berkata latihan tiga pihak akan berlangsung di pekan Tarakan terletak di wilayah Kalimantan Timur, Indonesia dalam usaha ketiga-tiga negara Asia Tenggara itu menentang kumpulan militan Islam.*
          *Ketiga-tiga negara kini memiliki pusat perintah maritim di pelbagai lokasi di seluruh rantau yang menyediakan perkongsian maklumat dan risikan.*

            *WELLINGTON: Brenton Tarrant, pengganas kulit putih yang menembak mati 51 jemaah di dua masjid di Christchurch, New Zealand, Mac lalu, dijangka membuat pengakuan dan berdepan tuduhan baru esok.*
            *Reuters melaporkan, dia yang sudah dihadapkan ke mahkamah atas 50 tuduhan, akan didakwa mengikut akta keganasan iaitu kali pertama di New Zealand.*
            *Kenyataan Hakim Mahkamah Tinggi Christchurch, Cameron Mander yang diedarkan kepada media minggu lalu menyatakan lelaki terbabit akan membuat pengakuan terhadap pertuduhan itu.*

           *BUENOS AIRES: Bekas menteri Argentina, Jose Lopez dijatuhkan hukuman penjara enam tahun oleh mahkamah selepas ditangkap polis kerana cuba menyembunyikan beg berisi wang tunai sebanyak AS$9 juta (RM37.4) di biara.*
         *AFP melaporkan, Lopez tertangkap ketika melempar 160 beg pakaian dan beg dufel di sebalik dinding taman biara terbabit.*
          *Seorang rahib berusia 80 tahun, Celia Ines Aparicio yang didakwa terbabit dalam kes itu turut disabitkan kesalahan.*

            *PARIS: Kakak kepada Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman akan dibicarakan di Paris bulan depan selepas didakwa mengarahkan pengawal peribadinya memukul seorang pekerja, kata sumber perundangan.*
           *AFP melaporkan, kes terhadap Puteri Hassa itu bermula selepas satu serangan dilakukan di pangsapuri mewahnya di Avenue Foch, barat Paris pada September 2016.*
         *Sumber berkata, dia dijangka akan dibicarakan pada 9 Julai depan.*

          *MOSCOW: Seorang lelaki terselamat daripada maut dibaham beruang selepas nekad menggigit lidah haiwan itu hingga putus ketika diserang dalam hutan di Tuva, utara Russia, hujung minggu lalu.*
          *Nikolay Irgit, 35, bersama dua lelaki ke Hutan Simpan Khutinsky berdekatan Khut di wilayah Siberia untuk mengumpul tanduk rusa bagi dijual sebagai ramuan ubat herba.*
           *Daily Mail yang memetik media tempatan melaporkan, menurut polis, Irgit berpecah dengan dua rakannya itu apabila terserempak dengan beruang berwarna coklat terbabit yang kemudian menyerangnya.*

           *BOGOTA: Puluhan ribu rakyat Venezuela membanjiri bandar Colombia di sempadan negara itu bagi mendapatkan barangan keperluan, terutama makanan dan perubatan sejak Presiden Nicolas Maduro membuka kembali pintu sempadan Ahad lalu, selepas menutupnya selama empat bulan.*
           *Orang ramai berbaris panjang di atas dua jambatan menghubungkan Venezuela dengan bandar Cucuta, menunggu dokumen mereka diperiksa pihak berkuasa Colombia dengan pengawal sempadan Venezuela yang berseragam hijau mengawal keadaan.*

           *ATHENS: Polis Cyprus menemui mayat seorang wanita hari ini juga dianggap sebagai mangsa ketujuh dan terakhir pembunuhan bersiri yang hanya dilakukan ke atas wanita warga asing selama hampir tiga tahun tanpa dapat dikesan.*
          *Jurucakap polis berkata, mereka menemui mayat terakhir itu di tasik Memi barat daya Nicosia, di lokasi sama ketika mencari mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun sebagai mangsa pertama.*
          *"Mayat wanita dijumpai dan ahli patologi forensik berada di tempat kejadian,” katanya.*

           BEIJING: China melancarkan kempen terbaru pembersihan Internet, kata media tempatan di tengah gelombang baharu tapisan Beijing yang menyekat lebih banyak laman web media asing dan menutup akaun media sosial domestik.*
        *Agensi berita rasmi Xinhua berkata, usaha bersama itu dilancarkan pada Mei lalu oleh pentadbiran ruang siber, Kementerian Teknologi Maklumat, biro keselamatan awam dan pengawal selia pasaran sehingga akhir tahun.*
          *Katanya, kempen ‘pembetulan’ itu akan menghukum dan mendedahkan laman web di atas ‘tindakan jenayah dan melanggar undang-undang’ kerana gagal ‘mematuhi’ untuk mengambil langkah keselamatan atau mencuri maklumat peribadi.*

           *MOSCOW: Lebih 400 orang ditahan hari ini semasa perarakan secara aman tanpa kebenaran pihak berkuasa di Moscow susulan seorang wartawan, Ivan Golunov ditangkap pegawai polis tanpa melakukan kesalahan.*
         *"Lebih 400 orang ditahan dalam perarakan itu,” kata OVD Info yang memantau jumlah tangkapan pembangkang. Sebelum ini polis berkata lebih 200 orang sudah ditangkap.*

          *PARIS: Perdana Menteri Perancis Edouard Philippe hari ini, berkata kerajaan akan mewujudkan insentif untuk rakyatnya agar terus bekerja meskipun melebihi umur persaraan minimum iaitu 62 tahun.*
         *"Bak kata presiden, kita mesti bekerja lebih lama,” kata Philippe kepada ahli parlimen dalam ucapannya yang menggariskan dasar Presiden Emmanuel Macron yang mengutamakan kerajaan pada masa depan.*
            *"Kami akan cuba kekalkan kemungkinan untuk bersara pada usia 62 tahun, tetapi kami akan menentukan had umur dan insentif untuk bekerja lebih lama,” katanya.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          *MASYARAKAT Malaysia menzahirkan ucapan terima kasih kepada Dr Nur Amalina Che Bakri dan pasukan pakar yang berjaya menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada mulut bayi sembilan bulan yang menghidap Germ Cell Tumour di sebuah hospital di London, Isnin lalu.*
          *Menerusi Instagram (IG) milik Dr Amalina mendapati lebih 200,000 tanda suka dan lebih 12,000 komen selepas pembedahan Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin dijalankan.*
         *Bagi pemilik IG dikenali sebagai Fazleenfazel, dia mengucapkan syukur dan tahniah kepada Dr Amalina dan pasukan.*

          *“INSYA-ALLAH, tak lama lagi mulut Ainul Mardhiah akan tertutup semula. Mungkin sebab mulutnya terlalu lama terbuka akibat ketumbuhan.*
           *”Mungkin dia tidak biasa dengan keadaannya tanpa ketumbuhan itu,” kata Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, menerusi status di Instagram (IG) hari ini.*
           *Katanya, dia meminta rakyat Malaysia mendoakan anaknya itu boleh menutup mulutnya segera.*

          *POLIS menahan pemandu lori selepas cuba melarikan diri dari sekatan jalan raya Ops Selamat Ke-15 selain bertindak merampas pistol milik anggota trafik ketika pergelutan di sebuah restoran di Taman Soon Choon, Ipoh semalam.*
           *Dalam kejadian 4.30 petang, lelaki berusia 37 tahun itu dipercayai membuat pusingan U selepas melihat sekatan jalan raya di Jalan Sultan Nazrin Shah sebelum memecut kenderaannya.*
           *Video berdurasi 2 minit 45 saat memaparkan pergelutan lelaki itu dengan anggota trafik di restoran berkenaan tular di media sosial termasuk seorang kanak-kanak dipercayai anaknya menangis ketika proses penahanan itu.*

          *SUNGAI Melaka di Bandar Hilir hanya untuk aktiviti rekreasi bagi laluan perjalanan operasi bot Melaka River Cruise dan bukannya untuk tujuan bermandi-manda.*
              *Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Azlan Abidin berkata, pihaknya terkejut apabila mendapati satu klip video tular sejak malam tadi di laman sosial Facebook memaparkan pengunjung menggunakan sungai itu untuk mandi berhampiran premis walaupun papan tanda larangan sudah dipasang.*
           *”Sungai Melaka adalah kawasan larangan mandi disebabkan operasi bot Melaka River Cruise dan memang ada papan tanda larangan kerana tidak mahu berlaku sebarang kemalangan di sepanjang sugai.*

          *PENYANYI terkenal era pop yeh yeh, Datuk A Rahman Hassan meninggal dunia pada usia 73 tahun, di Hospital Ampang, jam 12.40 malam tadi.*
         *Ia disahkan anak sulungnya, Khir Rahman.*
         *Rahman yang popular pada era 1960-an bersama Orkes Nirwana menerusi lagu Tak Mengapa, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang selepas pitam di sebuah stesen minyak di Ampang.*

          *LELAKI berpakaian seperti ‘lebai’ dan melakukan upacara sembahyang mengikut agama Buddha seperti dalam rakaman video yang tular baru-baru ini membuat permohonan maaf secara terbuka hari ini.*
         *Lim Lip Kok, 43, yang mencetuskan kemarahan warganet terutama umat Islam ditahan polis Isnin lalu sebelum dibebaskan keesokannya selepas kes itu diambil alih oleh Bukit Aman.*
            *Lip Kok yang hadir pada sidang media itu membuat permohonan maaf melalui jurubahasa yang juga Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bagan Selatan, Cheah Han Boon.*

           *HELSINKI: Kehadiran objek misteri merupai makhluk berkepala tiga di kawasan perairan berhampiran sempadan Finland rupa-rupanya kapal layar dari Russia.*
         *Menurut RT, pengawal pantai mengesan satu objek pelik melintasi perairan berkabus di Teluk Finland dan bertindak memeriksanya.*
           *Apabila menghampiri objek itu, pengawal terkejut apabila ia sebenarnya kapal layar Russia yang dihiasi tiga kepala naga di hadapannya.*
          *Gambar kapal layar yang direka berdasarkan kapal zaman pertengahan Russia itu turut dimuat naik dan tular di media sosial.*

            *JAKARTA: Ada yang ditipu dan ada juga yang tertinggal isteri serta mentua di hentian rehat dan rawat. Itu antara ragam yang berlaku di Indonesia ketika orang ramai berada di kampung halaman atau ‘mudik’ sempena sambutan Aidilfitri, minggu lalu.*
            *Dalam kejadian di Jawa Barat, pelanggan yang makan di sebuah warung terkejut apabila dikenakan bayaran 300 ribu rupiah (RM87) untuk lapan bungkus mee segera.*
          *Tribune News melaporkan, kejadian tular selepas satu video dimuat naik di Facebook beberapa hari lalu dengan tujuan untuk mendedahkan tindakan peniaga terbabit.*
                 
* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2019 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*SATU 15 JN 2019 ASHI ERSAAAN 11 SYAWL 1440 HIJRH*


*#live fr fN PLUS EVERGE SHA# ALA*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*)

*IMSAK* : 0532
*SUBUH* : 0542
*SYURUK* : 0704
*ZOHOR* : 1316
*ASAR* : 1642
*MAGHRIB* : 1925
*ISYAK* : 2041

*LST GA_L IGU NI*


*artikel disiarkan pada tarikh 14jun*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *HARGA runcit petrol RON97 turun 22 sen kepada RM2.41 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal RM2.08 dan RM2.18 seliter berkuat kuasa tengah malam ini. Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, harga bahan api itu ditetapkan bagi tempoh 15 hingga 21 Jun ini berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).*

               2) *KANAK-kanak perempuan ditemui terbaring di belakang kereta dengan kesan melecur dan mulut berbuih sebelum disahkan meninggal dunia dipercayai tertinggal dalam kereta di Taman Aman, Lahad Datu, Rabu lalu. Dalam kejadian 5 petang, mangsa berusia dua tahun itu dipercayai tertinggal dalam kereta ibunya selama kira-kira tiga jam.*

               3) *MELEPASKAN ketagihan seks dengan ‘mencium’ pakaian dalam wanita. Tindakan itu mendorong lelaki berusia 23 tahun mencuri pakaian dalam wanita di kawasan perumahan di Senadin, Miri. Perbuatan tidak senonoh lelaki itu terbongkar apabila dia diberkas penduduk perumahan itu sebelum diserahkan kepada polis, kelmarin.*

               4) *POLIS mengesahkan serpihan tulang yang ditemui di Gua Kandu Gopeng pada 20 April lalu bukan milik Mohamad Ashraf Hassan, 29, yang hilang ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail, 23 Mac lalu. Pengesahan itu hasil laporan Ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) yang diterima dari Jabatan Kimia Malaysia yang mendapati serpihan tulang itu tidak sepadan dengan DNA ibu dan abang Mohamad Ashraf.*

               5) *TIGA sekeluarga maut selepas terperangkap dalam kebakaran di rumah teres tiga tingkat di Jalan PJS 6/2, Kampung Lindungan, Petaling Jaya, hari ini. Dalam kejadian 2.47 pagi itu, rumah didiami mereka terbakar di tingkat bawah menyebabkan mangsa terperangkap.*

               6) *KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi tumpuan sepenuhnya dalam menyelesaikan semua aduan diterima termasuk melakukan siasatan terperinci berhubung isu bil elektrik tinggi dihadapi pengguna. Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Amir Hamzah Azizan berkata, fokus beliau buat masa ini adalah untuk menyelesaikan isu berkaitan pengguna itu.*

               7) *GUA MUSANG: Lapan kubur Orang Asli Batek dari Kuala Koh di sini, sudah dijumpai setakat petang semalam, menjadikan baki empat lagi dalam pencarian. Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, empat kubur terbaharu ditemui pasukan pencarian yang meneruskan operasi pada jam 8.30 pagi semalam.*

               8) *KETUA Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz mendakwa dipaksa berbohong untuk menafikan terbabit dalam rakaman video lucah yang mengaitkan dirinya dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Haziq dalam laporan polis yang dikongsi menerus akaun Facebooknya hari ini berkata, dia dipaksa berbohong oleh setiausaha politik Mohamed Azmin, Hilman Idham dalam pertemuan di restoran di Putrajaya, baru-baru ini.*

               9) *KERAJAAN belum bercadang mengharamkan penjualan rokok elektronik dan vape di negara ini, sebaliknya akan meningkatkan kawalan serta pemantauan bagi mengekang risiko pelbagai masalah kesihatan yang mungkin timbul akibat penggunaan produk itu. Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, kerajaan sudah mengambil langkah proaktif berhubung perkara itu dengan merangka rang undang-undang merangkumi kawalan terhadap rokok elektronik dan vape yang dijangka dibentang di Parlimen, selewat-lewatnya tahun depan.*

               10) *KANAK-kanak lelaki sembilan tahun kritikal selepas patah kedua-dua kaki dan tangan akibat terjatuh dari tingkat empat sebuah pangsapuri di Bandar Baru Permai, Seri Kembangan, Serdang hari ini. Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, polis menerima laporan daripada pegawai perubatan di Jabatan Kecemasan Hospital Serdang mengenai mangsa yang ditemui terjatuh di bahagian bawah kediaman 11 tingkat itu.*

               11) *SINDIKET perjudian dalam talian kini dikesan menghubungi pelanggan lama mereka bagi menghidupkan semula aktiviti berkenaan. Tindakan itu terbongkar apabila polis menyerbu sebuah premis di Taman Desa Petaling Cheras, kelmarin.*

               12) *LIMA penuntut kolej mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini, atas tuduhan melakukan rusuhan di sebuah taman permainan di Subang Jaya, tiga hari lalu. Tertuduh, Aiman Aqim, Mohd Syazmeer Khan Mohd Hisham, Raziq Aiman Razali yang masing-masing berusia 19 tahun serta Muhammad Faris Azmal Mohd Azmey dan Nor Aiman Shah Che Abdul Rahman berusia 18 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Salamiah Salleh.*

               13) *PENYAKIT misteri yang dikatakan menyebabkan kematian penduduk Orang Asli Kuala Koh, Gua Musang baru-baru ini akan diketahui dalam tempoh dua hari lagi. Pengarah Kesihatan Kelantan, Dr Zaini Hussin berkata, sampel daripada mangsa yang meninggal dunia dan dirawat sudah dihantar ke Jabatan Kimia, Institut Penyelidikan Perubatan di Kuala Lumpur; Makmal Kesihatan Sungai Buloh serta Makmal Kesihatan Awam di Perol, Kota Bharu.*

               14) *LIMA anggota polis direman tiga hari bagi membantu siasatan berkaitan kes memiliki dan mengambil dadah di sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya, di sini, semalam. Perintah reman bermula hari ini hingga 16 Jun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Mohd Anuar Ostadi terhadap kesemua suspek berusia antara 23 hingga 34 tahun.*

               15) *TIDAK puas hati dituduh mencuri wang RM100, seorang abang sanggup melepaskan amarah dengan cuba menembak adik perempuannya menggunakan senapang angin. Bagaimanapun, dalam dua kejadian sama termasuk yang terbaharu kira-kira jam 8.30 malam, Selasa lalu, mangsa berusia 30 tahun bernasib baik apabila cubaan suspek menembaknya tersasar.*

               16) *PEMANDU lori bertindak menyembunyikan rokok putih seludup bernilai RM240,000 di dalam tilam sebelum berjaya dikesan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang 3 pagi semalam. Dalam sekatan jalan raya di Kilometer 267 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Jelapang, Perak itu, penguat kuasa JKDM negeri mengekori lori berkenaan susulan hasil risikan sebelum menahannya.*

               17) *SETIAUSAHA Politik Menteri Hal Ehwal Ekonomi Muhammad Hilman Idham membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya hari ini. Laporan itu dibuat bagi menafikan ugutannya terhadap Haziq Abdullah Abdul Aziz ketika pertemuan mereka di Zest Coffe House, Marriot Hotel, Putrajaya Selasa lalu. Muhammad Hilman menjelaskan ugutan itu adalah palsu dan ia fitnah yang dilakukan terhadapnya.*

               18) *SINDIKET pemalsuan Mykad dan sijil kelahiran dikenali sebagai Abang Botak tumpas selepas Jabatan Imigresen Malaysia Perlis menyerbu sebuah rumah di Bukit Keteri, Padang Besar awal pagi tadi. Pengarah Imigresen Perlis, Basri Othman berkata, dalam serbuan 1 pagi itu, pihaknya menahan lelaki warga tempatan bersama lapan lelaki warga Filipina bagi membantu siasatan.*

               19) *BEKAS Pengerusi Lembaga Pengarah SRC International Sdn Bhd, Tan Sri Ismee Ismail menafikan bahawa penukaran pemilikan syarikat dicetuskan oleh syarikat itu sendiri. Ismee, 54, membuat penafian itu ketika menjawab soalan peguam Harvinderjit Singh yang mewakili bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam perbicaraan kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.*

              20) *AKTIVITI khurafat masih diamalkan oleh masyarakat Islam di Kedah biarpun pemantauan dan penguatkuasaan dilakukan berterusan. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri Datuk Dr Ismail Salleh berkata, pihaknya menerusi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) kerap ke lokasi yang dikenal pasti namun maklumat operasi sering dihidu individu terbabit.*

               21) *RAHSIA sebuah bilik di atas bumbung sebuah bangunan terbongkar apabila empat wanita Thailand yang mendiami bilik berkenaan ditahan Jabatan Imigresen yang menjalankan serbuan Ops Gegar di sebuah rumah urut di Jalan Sultan Zainal Abidin, di sini, semalam.*

               22) *LELAKI Orang Kurang Upaya (OKU) lemas selepas diserang sawan ketika mandi di kawasan tadahan air terjun di Kampung Bukit, Bayan Lepas semalam. Dalam kejadian 11.30 pagi itu, mangsa berusia 30 tahun meninggal dunia di lokasi yang juga dusun durian milik rakannya terletak di atas sebuah bukit.*

               23) *TIADA keperluan mendesak Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk ‘bercuti’ daripada menjalankan tugas dalam parti dan kerajaan, kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau menegaskan, desakan yang cuba dibangkitkan sesetengah pihak itu tidak akan memberi kesan positif kepada kepimpinan parti dan negara, sebaliknya tindakan itu hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.*

               24) *KASTAM Pulau Pinang merampas enam kontena berisi kayu getah bernilai RM318,000 dalam pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), 29 Mei lalu. Pengarahnya, Datuk Saidi Ismail berkata, pihaknya mendapati kayu itu diisytiharkan sebagai kayu getah tanggam jejari (bersambung) yang dibenarkan pengeksportannya.*

               25) *MENTERI Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dijangka menang selesa dalam persaingan jawatan Naib Presiden PAS pada pemilihan sempena muktamar parti itu ke-65 dari 21 hingga 23 Jun ini. Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, ia berikutan prestasi cemerlang beliau selaku ketua kerajaan negeri dan Ketua Lajnah Pilihan Raya PAS Pusat.*

               26) *JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang mendedahkan sebanyak 132 kontena mengandungi sisa plastik dan sampah dibawa masuk ke negeri ini serta dikesan masih tersadai di Pelabuhan Kontena Butterworth Utara (NCBT). Pengarah Kastam Pulau Pinang, Datuk Saidi Ismail berkata, semua kontena itu dibawa masuk ke pelabuhan berkenaan sejak 1 Jun lalu dan masih belum diisytiharkan serta tidak memiliki Lesen Import (AP).*

               27) *KAKITANGAN Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) ditemui lemas selepas tergelincir ketika melakukan kerja penyelenggaraan di Loji Rawatan Air Sungai Linggi, Rantau, Seremban, hari ini. Mahazir Hanif Idrus, 38, ditemui di dalam kolam takungan air sedalam lima meter oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 3.30 petang.*

               28) *KEMENTERIAN Industri Utama akan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan dalam membantu usaha mempromosi serta menyebarkan kebaikan minyak sawit kepada pelancong asing yang datang ke negara ini. Menterinya, Teresa Kok berkata, ini kerana masih banyak kelebihan dan kebaikan minyak sawit yang tidak diketengahkan dan tidak diketahui bukan sahaja oleh pelancong asing tetapi juga rakyat Malaysia.*

               29) *“SAYA tidak mahu mencampuri urusan polis yang mempunyai tugas untuk menjalankan siasatan,” kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Beliau mengulas mengenai penahanan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam bagi membantu siasatan berkaitan klip video seks yang didakwa membabitkan seorang menteri. Mohamed Azmin berkata, beliau menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut.*

               30) *TIGA mayat Orang Asli Kuala Koh yang ditemui pihak berkuasa Rabu lalu dibawa keluar, hari ini untuk dibawa ke hospital bagi proses bedah siasat. Identiti mayat dipercayai Din Hamdan, 18, Safia Papan, 18, dan Fayah Papan, 19 yang didakwa meninggal dunia antara 20 hingga 22 Mei dibawa keluar dengan menggunakan pacuan empat roda, kira-kira 6 petang hari ini.*

               31) *PERCUTIAN suami isteri ke Pulau Redang yang sepatutnya disulami kegembiraan bertukar sebaliknya apabila diserang tiga lelaki, termasuk dibaling dengan kerusi. Dalam kejadian 11.30 pagi Isnin lalu, mangsa yang juga seorang peniaga bersama suaminya dari Pulau Pinang datang ke resort di pulau berkenaan untuk bercuti.*

                32) *MAJLIS Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggesa umat Islam di negara ini agar bersatu mempertahankan hak kerajaan Malaysia untuk tidak mengesktradisi pendakwah Dr Zakir ke India walau apa pun tekanan dikenakan. Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, sebagai intelektual Islam yang diiktiraf di seluruh dunia, hujah dan syarahannya tidak mempunyai unsur menghasut atau menghina agama lain seperti didakwa sesetengah pihak terutamanya kerajaan India.*

                33) *PENUNTUT kolej wanita trauma selepas mendakwa diraba lelaki warga asing ketika membeli-belah di sebuah kedai di Seksyen 25, Shah Alam, Ahad lalu. Kejadian jam 1.30 tengah hari menimpa mangsa berusia 20 tahun itu turut disedari ibunya yang berada di dalam premis berkenaan.*

                34) *PASANGAN kekasih ditahan selepas didapati memiliki 31.66 gram dadah jenis syabu dalam serbuan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak, di Jalan Kung Phin, Kuching, semalam. Ketua JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, Superintendan Sahar Abd Latif berkata, pasangan terbabit yang menganggur menetap di bilik sewa turut positif dadah jenis syabu dan amphetamine.*

                35) *SEORANG lelaki warga emas kurang daya ingatan ditemui mati selepas dua hari dilaporkan hilang oleh keluarganya. Mayat mangsa, Jam Jayan, 63, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada 3.27 petang di kebun getah Sungai Spak, Betong, semalam, kira-kira empat kilometer dari Pos Kawalan Bomba (PKB).*

                36) *JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis akan mengadakan lelongan awam 28 kenderaan termasuk empat kereta mewah pada 25 Jun ini. Pengarah JPJ Perlis, Shahrul Azhar Md Dali berkata, daripada jumlah itu, empat motosikal kapcai serta kereta klon yang didaftar baru turut dilelong pada hari berkenaan.*

                37) *PEMANDU bas dihadapkan ke Mahkamah Khas Trafik Seremban, hari ini, atas sembilan pertuduhan memandu secara melulu dan tidak cermat sehingga menyebabkan seorang maut serta lapan cedera, Mei lalu. Tertuduh, Othman Iberahim, 51, yang berkerusi roda bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Norzaliza Tesmin.*

                38) *AKSI ibu gajah berjaya mengeluarkan anaknya yang terperangkap dalam longkang sedalam hampir satu meter berhampiran Stesen Penyelidikan Getah di Jalan Kota Tinggi-Mersing hari ini mencuri tumpuan ramai. Difahamkan, anak gajah dianggarkan berusia lingkungan lima bulan itu terjatuh ke dalam longkang sejak 4 pagi.*

                39) *BAU busuk di sebuah bangunan komersial empat tingkat di Bandar Baharu Batu Kawa (MJC), Padawan sejak beberapa hari lalu terjawab apabila mayat lelaki ditemui di sebuah bilik di bangunan itu kelmarin. Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan Deputi Superintendan Merbin Lisa berkata, mayat lelaki berusia 56 tahun itu ditemui pemilik premis ketika memeriksa bilik terbabit yang disewa mangsa.*

                40) *ELAUN sewa rumah yang tidak setimpal serta perlu tinggal jauh dari kawasan bertugas antara tekanan yang dikenal pasti dihadapi anggota bawahan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Abd Rahim Jaafar berkata, sebahagian besar anggota bawahan yang bertugas di kawasan bandar seperti di Selangor dan Kuala Lumpur menghadapi tekanan itu disebabkan ketidakmampuan untuk menyewa rumah kerana elaun perumahan yang diterima sangat rendah.*

            
*SEJAGAT*
==========


             *WASHNGTON: Seorang wanita mengejutkan mahkamah di South Carolina, Amerika Syarikat semalam apabila memohon juri memberi peluang kedua kepada bekas suaminya yang dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh lima anak mereka pada 2014.*
         *AFP melaporkan, wanita terbabit, Amber Kyzer memberi alasan bahawa semua anak mereka itu menyayangi bekas suami, Timothy Jones, 37.*
           *Sebelum itu, mahkamah menjatuhkan hukuman itu terhadap Jones selepas dia disabitkan dengan kesalahan membunuh anaknya yang berusia setahun hingga 8 tahun.*

              *NEW DELHI: Seorang remaja maut tertembak oleh ahli keluarganya ketika mereka memegang senjata buatan sendiri untuk merakam video menerusi aplikasi Tik Tok.*
          *AFP melaporkan, kejadian berlaku ketika mangsa berusia 17 tahun bersama empat ahli keluarga termasuk sepupu berusia 11 tahun berada di sebuah bilik hotel di barat negeri Maharashtra.*
           *Menurut polis, salah seorang daripada mereka bagaimanapun secara tidak sengaja menarik picu dan tertembak mangsa.*

              *SURABAYA: Seorang lelaki di Jenggrong, Jawa Timur, dekat sini, yang mencagarkan isterinya ketika berhutang 250 juta rupiah (RM72,891) daripada jirannya tersilap membunuh seorang lelaki yang disangka jiran terbabit, Selasa lalu.*
         *Menurut media Indonesia, ketika membuat pinjaman tahun lalu, lelaki dikenali sebagai Hori, 42, itu berjanji membayar hutang jirannya, Hartono, 40, dalam tempoh setahun dengan meletakkan isterinya sebagai cagaran.*
         *Dia hanya akan mendapat kembali isterinya yang berusia 35 tahun selepas menjelaskan hutang terbabit.*

              *ORLANDO, FLORIDA: Seorang wanita mencengkam dan memicit buah zakar teman lelakinya hingga berdarah selepas mereka bertengkar, baru-baru ini.*
        *Pasangan itu bergaduh berikutan mangsa cemburu teman wanitanya mengajak seorang rakan lama berjumpa di Indian Harbour, di sini.*
           *Menurut polis Florida, Katie Lee Pitchford ditahan pada 4 Jun selepas polis menerima laporan berlaku serangan dalam sebuah rumah di bandar itu, kira-kira 110 kilometer dari Orlando.*

              *NEW DELHI: Tawaran syarikat kereta api India menyediakan perkhidmatan mengurut dalam kereta api mencetuskan kritikan di media sosial, termasuk oleh seorang ahli parlimen kerana dianggap tidak sesuai dengan budaya.*
         *Melalui perkhidmatan oleh Indian Railways itu, penumpang ditawarkan tiga kategori urut kepala dan kaki dengan harga bermula 100 rupee (RM6) hingga 300 rupee (RM18).*
          *Tiga kategori itu ialah 'emas', 'berlian' dan 'platinum', lapor Reuters.*

             *AMMAN: Israel berkemungkinan besar merampas seluruh Baitulmaqdis, termasuk Baitulmaqdis Timur yang menempatkan Masjidil Al-Aqsa bagi mengelak penduduk Yahudi menjadi minoriti di bandar berkenaan.*
          *Menurut laporan Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) berpangkalan di Brussels, Baitulmaqdis akan menjadi bandar minoriti Yahudi selewat-lewatnya 2045 berikutan kegagalan kerajaan Israel menarik penduduk Yahudi daripada berpindah masuk ke Baitulmaqdis atau kekal tinggal di sana.*
           *Daily Sabah melaporkan, ramai penduduk Yahudi berpindah dari Baitulmaqdis manakala penduduk Palestin kekal di sana walaupun menghadapi pelbagai penindasan oleh rejim Zionis.*

           *BAITULMAQDIS: Israel menyerang pangkalan Hamas awal pagi tadi, sebagai tindakan balas serangan roket dari Semenanjung Gaza yang terkena pusat teologi Yahudi di selatan Israel.*
         *Bagaimanapun, serangan itu tidak menyebabkan kematian mangsa di kawasan kedua-dua belah pihak, lapor AFP.*
           *Tentera itu berkata, jet pejuang dan pesawat udaranya menyasar infrastruktur dalam kawasan ketenteraan dan kedudukan tentera laut milik Hamas sebagai sebahagian daripada sasarannya di Semenanjung Gaza.*

          *RIYADH: Arab Saudi berjaya memintas lima dron yang dilancarkan oleh pemberontak Yaman, iaitu serangan udara kedua selepas sebuah lapangan terbang diserang peluru berpandu dalam tempoh dua hari, kata pakatan tentera diketuai Riyadh.*
          *AFP melaporkan, dron itu menyasar lapangan terbang Abha iaitu lokasi serangan sebelum ini yang menyebabkan 26 orang awam cedera.*
          *Ia terletak berhampiran bandar Khamis Mushait yang menempatkan pangkalan udara utama, kata kenyataan pakatan tentera diedarkan kepada media Arab Saudi.*

         *NEW YORK: Aktor pemenang Oscar, Cuba Gooding Jr didakwa di mahkamah semalam atas tuduhan meramas payudara seorang wanita di sebuah bar di Manhattan, minggu lalu.*
           *Reuters melaporkan, dia yang pernah membintangi filem Jerry Maguire itu berdepan tuduhan melakukan sentuhan secara paksa dalam kejadian pada Ahad lalu membabitkan seorang wanita tidak dikenali.*
          *Peguamnya, Mark J Heller berkata, dia yakin anak guamnya akan dibebaskan dan Gooding akan membuat pengakuan tidak bersalah.*

          *CHRISTCHURCH: Lelaki yang dituduh menembak mati 51 jemaah di dua masjid di Christchurch, New Zealand, Mac lalu, membuat pengakuan tidak bersalah hari ini atas tuduhan melakukan pembunuhan beramai-ramai dan keganasan.*
         *AFP melaporkan, Brenton Tarrant yang hadir di Mahkamah Tinggi Christchurch menerusi rangkaian audio visual dari penjara berkeselamatan tinggi di Auckland, hanya membisu ketika peguamnya, Shane Tait memberitahu anak guamnya mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          *PENUNTUT dari Terengganu, Mohammad Fahmi Faizzudin Asyraf Mohd Shukri, 24, meninggal dunia di Hospital Safarat, Hayyu Sabi’e, Kaherah, Mesir, jam 2 petang semalam (8 malam waktu Malaysia).*
        *Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, penuntut tahun tiga jurusan Syariah Islamiah di Universiti Al-Azhar, Mesir itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.*
          *Terdahulu, kisah Mohammad Fahmi Faizzudin Asyraf dimasukkan ke hospital itu tular di media sosial sejak malam kelmarin, apabila sebuah badan bukan kerajaan (NGO) melancarkan tabung derma kilat berikutan keluarga Allahyarham memerlukan lebih RM40,000 untuk membiayai kos pembedahan Mohammad Fahmi Faizzudin Asyraf.*

         ♂ *POLIS menjalankan siasatan lanjut berhubung satu video memaparkan seorang lelaki beraksi lucah dengan memakai seragam tentera.*
          *Video berdurasi lebih empat minit itu dikesan dihantar dalam kumpulan WhatsApp pesara tentera jam 11 malam, semalam.*
           *Seorang ahli dalam kumpulan WhatsApp itu yang juga pesara tentera berusia 52 tahun kemudian membuat laporan polis berhubung rakaman video berkenaan.*
         *Difahamkan, rakaman video itu menunjukkan seorang lelaki dengan seragam tentera menanggalkan pakaiannya sambil melakukan aksi lucah melampau.*

          *PERBUATAN kejam lelaki menjerut kucing jantan bernama Jebon hingga mati, lima hari lalu akhirnya mendapat pembalasan apabila dia dihukum penjara 15 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.*
         *Hakim Rohatul Akmar Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap pekerja gerai makan, Al Azri Norhisham, 28, selepas dia mengaku bersalah sebaik saja pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah.*
          *Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik jiran pengadu, tertuduh dilihat membunuh kucing itu dengan menjerut kucing itu menggunakan tali rafia sebelum menggantungnya di tangga hadapan rumah jiran pengadu lalu beredar.*

         *“SERONOK lihat Ainul Mardhiah hisap jari sambil melihat kiri dan kanan.*
         *”Sebelum masuk ke wad biasa hari ini (semalam), sempatlah Ainul jalan-jalan dalam hospital,” kata ibu Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, Nurul Erwani Zaidi, 24, menerusi status di Instagram (IG).*
          *Menurutnya, dia teruja melihat perkembangan anaknya yang berusia sembilan bulan itu selepas menjalani pembedahan Isnin lalu.*

            *SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan Jawatankuasa Jenayah Siber yang dianggotai bersama Polis Diraja Malaysi (PDRM) sudah menggerakkan jawatankuasa teknikalnya bagi menyiasat dalang penyebaran video lucah membabitkan menteri kanan kerajaan, baru-baru ini.*
           *Pengerusinya Al Ishsal Ishak berkata, jawatankuasa teknikal yang diwujudkan di bawah Jawatankuasa Jenayah Siber itu mula menjalankan tugas itu sejak Selasa lalu bagi menyiasat dan mengumpul fakta mengenai kes berkenaan.*
          *Beliau berkata, isu berkenaan sudah menjadi keutamaan pihaknya sejak 72 jam yang lalu malah, jawatankuasa sama turut menyiasat kesahihan dan ketulenan video yang tular itu.*

           *LOS ANGELES: Sebuah kereta Aston Martin DB5 buatan 1965 yang dilengkapi gajet khas untuk filem James Bond dijangka dibida pada harga AS$4 juta (RM16.63 juta) hingga AS$6 juta (RM24.95 juta) dolar.*
          *Kereta berwarna kelabu itu dipasangkan gajet seperti alat menggelar tayar, mesingan dan cermin perisai peluru, kata pelelong RM Sotheby’s dalam satu kenyataan hari ini.*
                 

*ARENA*
========


         www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2019 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*ISNN 17 JN 2019 ASHI ERSAAAN 13 SYAWL 1440 HIJRH*


*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*)

*IMSAK* : 0532
*SUBUH* : 0542
*SYURUK* : 0704
*ZOHOR* : 1317
*ASAR* : 1643
*MAGHRIB* : 1926
*ISYAK* : 2042


*artikel disiarkan pada tarikh 16jun*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *KERAJAAN memberi jaminan akan memberi pampasan kepada pemilik tanah di Jelebu yang tanahnya akan diambil untuk pembangunan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, keputusan itu akan ditentukan sebaik kerajaan memuktamadkan pelan jajaran projek mega itu tahun ini sebelum dijangka memulakan proses pengambilan tanah tahun depan.*

               2) *LELAKI warga Nigeria patah kaki kanan selepas terjun dari tingkat tiga pangsapuri di Kepong untuk melarikan diri daripada ditahan pihak berkuasa dalam Operasi Flora (Op Flora), awal pagi hari ini. Lelaki berusia 20-an itu antara 130 individu warga Afrika termasuk lima wanita serta 12 individu warga Pakistan, Indonesia, Myanmar dan Filipina yang ditahan dalam operasi yang turut dijalankan serentak di sebuah kondominium di Bukit Puchong.*

               3) *SEKUMPULAN lelaki warga Afrika menyamun seorang wanita di tepi Jalan Cheras Mewah, Taman Cheras Mewah, Batu 9, Cheras di Kajang, petang semalam. Empat suspek yang melarikan diri dalam kejadian 4.30 petang itu bagaimanapun berjaya dijejaki polis awal pagi hari ini sebelum ditahan di sebuah pangsapuri dekat Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.*

               4) *TIGA beranak, termasuk remaja ditahan selepas dipercayai melakukan penderaan terhadap dua kanak-kanak di rumah mereka di Pusat Bandar Puchong, Serdang semalam. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian itu, pada 12.48 tengah hari.*

               5) *GADAI nyawa dengan bergayut di balkoni tingkat lapan sebuah pangsapuri bagi mengelak ditahan pihak berkuasa. Itu antara tindakan nekad beberapa warga asing mendiami pangsapuri di Taman Sepakat Indah, Kajang ketika diserbu anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) malam kelmarin. Bagaimanapun, cubaan itu sia-sia apabila mereka ditangkap JIM berikutan keletihan selepas hampir satu jam ‘melekat’ di balkoni berkenaan.*

               6) *“VIDEO-VIDEO ini kita tak nak layan. Kalau kita layan ia akan menghasilkan satu budaya mengeluarkan video banyak-banyak. Silap-silap semua Menteri keluar video.” Demikian pendirian Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Abdul Samad berhubung video seks yang mengaitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan Haziq Abdullah Abdul Aziz, lelaki yang mengaku terbabit dalam video berkenaan.*

               7) *SEEKOR lembu jantan yang terjatuh dalam perigi sedalam lebih tiga meter diselamatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jeli di Kampung Baru Sungai Mekong, dekat Jeli, hari ini. Lembu berkenaan dipercayai terjatuh ke dalam perigi sejak malam tadi sebelum pemilik membuat panggilan kepada bomba pada 9.35 pagi.*

               8) *SELEPAS hampir 120 jam bertarung nyawa, Nur Fatin Umairah Samsuli, 9, yang terbabit dalam kemalangan di Masjid Tanah, Alor Gajah Isnin lalu, meninggal dunia. Anak bongsu daripada lima adik-beradik itu menghembuskan nafas terakhir ketika mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka akibat pendarahan dalam kepala, 2.15 petang semalam.*

               9) *TINDAKAN nelayan berusia 35 tahun menjalankan aktiviti menangkap ikan menggunakan pukat tunda secara haram ditahan, semalam. Bot nelayan Kelas A ditahan bot peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah jam 11.57 malam pada jarak 0.2 batu nautika dari pantai Kuala Sala.*

               10) *MASYARAKAT Orang Asli suku Batek di Kampung Aring 5, Gua Musang tersinggung apabila mereka dituduh berbau busuk dan pengotor. Penduduk mendakwa, walaupun tuduhan itu ditujukan kepada penduduk Orang Asli di Kampung Kuala Koh tetapi mereka turut berasa tempiasnya.*

               11) *POLIS menahan 10 lelaki terbabit dalam pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, 3.15 pagi semalam. Semua suspek berusia antara 15 hingga 37 tahun ditahan selepas memukul seorang lelaki berusia 34 tahun akibat perselisihan faham ketika berhibur di premis berkenaan.*

               12) *DUA termasuk seorang pelajar lelaki maut dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal di Kilometer 6, Jalan Pasir Puteh-Telosan, Pasir Puteh, malam tadi. Dalam kejadian 11.29 malam itu, mangsa Mohamad Faqizul Hakim Mat Noor, 16, dan buruh binaan warga Myanmar, Mohd Rafik Amir Hakim, 24 meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah.*

               13) *PENUNGGANG motosikal warga Singapura maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 6.6 Jalan Gelang Patah - Ulu Choh, Iskandar Puteri, 9 pagi hari ini. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, mangsa Liaw Ziang E, 43, putus di kepala dan tercampak ke tengah jalan.*

               14) *SEORANG lelaki kritikal selepas motosikal ditunggangi bergesel kereta sebelum terjatuh di Jalan Iskandar menghala ke Jalan Meru Tambahan, Klang, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, Mohd Azwan Ahmad, 35, parah akibat pendarahan di kepala.*

               15) *BERLAKU peningkatan membabitkan kes demam denggi di negeri ini apabila 904 kes dicatatkan sejak 1 Januari hingga 8 Jun lalu berbanding hanya 225 kes sepanjang tempoh sama, tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah Negeri Melaka, Low Chee Leong berkata, peningkatan 301.78 peratus amat membimbangkan malah turut meragut lima nyawa berbanding tiada kematian dalam tempoh sama tahun lalu.*

               16) *LEMBAGA Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu menyiasat dalang di sebalik penyebaran video seks yang dikaitkan dengan anggota parti itu baru-baru ini. Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, jika parti mahu terus kekal relevan dan diterima rakyat, kepimpinan PKR perlu berani melakukan sesuatu berhubung perkara itu.*

               17) *JUMLAH kes demam denggi di pulau bebas cukai ini menurun sejak bulan lalu. Bagaimanapun, kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) mencatatkan peningkatan. Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari berkata, sebanyak 28 kes denggi dilaporkan sepanjang enam bulan ini didapati menurun 38 peratus berbanding 36 kes dalam tempoh sama tahun lalu.*

               18) *SEMUA premis makanan di Selangor dilarang menyediakan penyedut minuman plastik kepada pelanggan berkuat kuasa 1 Julai ini. Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor Hee Loy Sian berkata, keputusan itu sebulat suara dipersetujui oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) baru-baru ini.*

               19) *“SAYA berhutang dengan kenalan semata-mata untuk membelikan telefon bimbit buat Fatin beberapa hari sebelum hari raya bagi memenuhi kehendaknya,” kata pengawal keselamatan, Norizan Bidin, 49, dari Bandar Seri Alam, Masai, Pasir Gudang. Norizan berkata, dia masih gagal mengesan anak gadisnya, Fatin Nur Nadia, 16, yang juga anak kedua daripada enam beradik selepas menghilangkan diri dari rumah di Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam, 5 petang, 10 Jun lalu.*

               20) *MAJLIS Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) akan menanggung kos pengebumian semula 14 mayat Orang Asli suku Batek dari Kuala Koh yang meninggal dunia dipercayai jangkitan radang paru-paru. Yang Dipertuanya, Dr Nik Mohd Azlan Abdul Hadi berkata, bagi yang beragama Islam, pihaknya akan menguruskan proses pengebumian di tanah perkuburan Kuala Koh atau lokasi lain bergantung kepada permintaan keluarga.*

               2) *SERAMAI 304 Orang Asli suku Batek dari Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir, Gua Musang yang menjalani saringan Khamis lalu disahkan bebas daripada jangkitan kuman paru-paru. Penghulu Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir, Ramli Bebas, berkata, keputusan itu membuatkan mereka lega. Namun katanya, penduduk tetap memlilih untuk kuarantin dan tidak melawat rakan di Kampung Kuala Koh buat sementara waktu sehingga keadaan kembali pulih.*

               22) *AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot nelayan Indonesia bersama lima awak-awak termasuk seorang tekong yang menceroboh perairan negara berhampiran Pulau Jarak, Lumut, semalam. Dalam kejadian 1.30 tengah hari, bot itu dipercayai baru sehari berada di laut dan hanya sempat menangkap lima kilogram pelbagai jenis ikan di perairan negara.*

               23) *KEPUTUSAN tawaran baharu kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan rayuan mengikuti Program Matrikulasi Sesi 2019/2020 akan diumumkan 12 tengah hari, esok. Menerusi kenyataan Kementerian Pendidikan, hari ini pelajar yang sudah membuat permohonan dan juga pernah mengemukakan rayuan sebelum ini boleh menyemak keputusan berkenaan.*

               24) *DUA keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sungai Masin, Batang Kali, selepas rumah mereka rosak akibat dihempap pokok, semalam. Dalam kejadian 2.30 pagi, hujan lebat dan angin kencang di sekitar daerah berkenaan mengakibatkan beberapa pokok tumbang lalu menghempap rumah mangsa, masing-masing di Seksyen 2, Bandar Utama Batang Kali dan Kampung Genting Malik.*

               25) *LEBIH 750 motosikal diperiksa dengan 338 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Op Motosikal di Jalan Raja Laut, Jalan Bangsar dan Jalan Pahang, Kuala Lumpur, malam tadi. Operasi bermula 10.30 malam itu dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur disertai enam pegawai dan 69 anggota.*

               26) *BAKI empat mayat Orang Asli suku Batek terakhir yang ditemui dalam Operasi Batek, semalam dijangka dibawa keluar hari ini. Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata, ia bergantung kepada keadaan cuaca di kawasan terbabit dan semua mayat terbabit termasuk seorang kanak-kanak berusia 12 bulan akan dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.*

               27) *GANGGUAN bekalan elektrik kerap berlaku di Matu dan Daro di bahagian Mukah, dikenal pasti berpunca daripada sekumpulan monyet yang meniti di atas kabel tenaga voltan tinggi di kawasan berkenaan. Selain itu, panahan kilat dan kabel terkena pokok yang ditebang juga antara faktor dikenal pasti mengganggu bekalan elektrik di daerah berkenaan.*

               28) *BEKAS Pengerusi Parti Gerakan (GERAKAN) Negeri Sembilan, Datuk Woo Siak Chee meninggal dunia di rumahnya di Green Street Homes, Seremban 2, malam tadi. Pengerusi GERAKAN Negeri Sembilan, Datuk David Choong Vee Hing berkata, mendiang meninggal dunia pada usia 77 tahun.*

               29) *POLIS menahan 73 individu di Kota Kinabalu atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah dalam 22 siri serbuan Ops Sarang selama seminggu yang berakhir kelmarin. Semua suspek berusia 19 hingga 64 tahun ditahan di Kampung Air, Sinsuran, pekan Inanam, Kampung Likas, Sembulan dan Manggatal oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.*

               30) *SEMBILAN BELAS individu disyaki pendatang tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu membabitkan polis dan pelbagai agensi penguat kuasa, di daerah Kota Kinabalu, semalam. Operasi bersepadu selama empat jam, berakhir 2 pagi Sabtu lalu membabitkan lima lokasi serbuan di sekitar bandar raya ini.*

               31) *RUMAH satu tingkat di Lorong Kilang Kopi Lama, dekat Alor Setar musnah dalam kebakaran, malam tadi. Bagaimanapun, dalam kejadian 11.40 malam itu, tiada mangsa dilaporkan berada dalam rumah berkenaan.*

                32) *KAWASAN tanah perkuburan, pusat hiburan dan premis makanan sekitar negeri ini digempur Jabatan Imigresen (JIM) Pulau Pinang kelmarin sebelum menahan 51 pendatang asing tanpa izin (PATI). Pengarah JIM negeri, Muhammad Husni Mahmud berkata, dalam serbuan di 14 lokasi dan premis berasingan di sekitar Pulau Pinang itu, pihaknya memeriksa lebih 90 warga asing sebelum 51 daripada mereka ditahan kerana tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan diri.*

                33) *PRESIDEN Palestin, Mahmoud Abbas menjemput Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menziarahi negara itu sebagai tanda solidariti dan sokongan terhadap mereka. Jemputan itu disampaikan oleh wakilnya, Ketua Hakim Palestin, Dr Mahmoud Sidqi Al-Habbash ketika kunjungan rasmi ke Malaysia bermula Rabu lalu.*

                34) *KERJASAMA antara PAS dan UMNO kini dilihat melangkah ke satu tahap yang lebih meyakinkan apabila mereka mula merangka strategi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada kejayaan yang diperoleh pada tiga Pilihan Raya Kecil (PRK) iaitu Cameron Highlands, Semenyih serta Rantau dan pihaknya juga meletakkan sasaran untuk meraih kejayaan sama dalam PRU-15.*

                35) *MENTERI Kewangan, Lim Guan Eng menafikan laporan akhbar berbahasa Inggeris pada 10 Jun lalu yang menyatakan ada dua syarikat merancang untuk membina lapangan terbang baharu di Pulau Pinang. Laporan itu menyebut, kedua-dua lapangan terbang terbabit, masing-masing dinamakan sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Utara Malaysia (NMIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Wilayah Utara (NORIA), didakwa bakal dibina di dua lokasi berbeza di selatan Seberang Perai di bahagian tanah besar Pulau Pinang.*

                36) *KEPANTASAN anggota bomba dan penyelamat berjaya menyelamatkan pemandu lelaki daripada rentung selepas Honda City dipandunya terbabas dan terbakar di Jalan Senai - Kulai, Johor Bahru hari ini. Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Kulai, Abd Malik Abd Rahman berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada 1.02 pagi, 14 anggota membabitkan sebuah jentera, sebuah Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Light Fire Rescue Tender (LFRT) dikejarkan ke lokasi.*

                37) *“SAYA tidak boleh tidur, tidak lalu makan dan tidak boleh berikan tumpuan belajar akibat ugutan ejen pengutip hutang sebuah kedai perabot,” kata Toh, 18, yang diugut menjelaskan hutang bapanya sebanyak RM27,000. Toh berkata, pada pertengahan April lalu, dia menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki memintanya menjelaskan hutang bapanya yang membeli barangan elektrik dengan harga RM1,700 pada 2008.*

                38) *SEKUMPULAN mat rempit diserbu dalam Op Samseng Jalanan di kawasan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan membabitkan laluan Teluk Intan ke Hutan Melintang, hari ini. Serbuan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak pada 1 pagi itu memeriksa 50 motosikal dan 34 individu membabitkan penunggang serta pembonceng motosikal.*

                39) *KEMENTERIAN Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sudah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara berhubung cadangan pelaksanaan hukuman lebih berat kepada peminjam wang haram atau along. Timbalan Menterinya, Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad Baharuddin Shah berkata, tindakan along yang mengancam nyawa peminjam dan ahli keluarga peminjam sangat serius dan perlu dikenakan hukuman lebih keras.*

                40) *LELAKI yang cuba membunuh diri di dalam kereta berjaya diselamatkan ahli keluarganya dalam kejadian di sebuah pusat komersial di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Kuching kelmarin. Sumber berkata, keluarga mangsa mencurigai sesuatu selepas mangsa gagal dihubungi. "Keluarga mangsa terus mencarinya dan menjumpai kereta mangsa yang diletakkan di tempat letak kereta pada 2.30 petang.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *BRASILIA: Seorang wanita 27 tahun bersama teman wanitanya di Samamaia, dekat sini, bertindak kejam memenggal kepala anak lelakinya berusia sembilan tahun selepas menikam mangsa 12 kali apabila budak itu memberitahu dia mahu menjadi perempuan.*
            *Menurut laporan Daily Mirror, selepas membunuh budak berkenaan, Rhuan, pada 31 Mei lalu, ibunya Rosana Candido dan Kacyla Pessoa, 28, melapah kulit muka, mengorek mata serta memotong tubuh mangsa bagi mengelak mayat anaknya dikenali pasti.*
          *Menurut polis, Rosana dan Kacyla adalah pasangan lesbian. Rosana membawa lari anaknya itu daripada suaminya kira-kira lima tahun lalu.*

          *JAKARTA: Sebuah universiti Indonesia menawarkan cara kemasukan istimewa kepada bakal pelajar itu mereka perlu berjaya menjadi bintang YouTube.*
            *Melalui skim itu, National Development University Veteran Jakarta (UPNVJ), menawarkan tempat kepada bakal pelajar yang mempunyai saluran YouTubers dengan sekurang-kurangnya 10,000 pengikut dan menghasilkan kandungan asli yang sudah ditonton lebih 100,000 kali.*
         iMereka yang menepati syarat itu perlu menjalani ujian menghasilkan video baru sepanjang antara tiga hingga lima minit.*

           *MELBOURNE: Dua juruterbang maut selepas pesawat ringan masing-masing bertembung di udara di sebuah lapangan terbang di New Zealand hari ini, kata polis.*
          *Empat penerjun dalam salah satu penerbangan melompat sejurus sebelum pesawat itu terhempas. Pesawat kedua digunakan untuk latihan.*
           *Sebuah helikopter yang bersiap sedia untuk mendarat sempat mengelak dari pertembungan itu.*

          *HONG KONG: Puluhan ribu orang dijangka mengadakan perhimpunan besar-besaran di Hong Kong, hari ini bagi mendesak pemimpin negara itu, Carrie Lam untuk meletakkan jawatan.*
            *Desakan itu susulan Lam menangguhkan perbahasan rang undang-undang ekstradisi ke China semalam, selepas ia mencetuskan bantahan paling ganas di negara itu.*
            *Penganjur mensasarkan lebih sejuta penunjuk perasaan dan jumlah terbabit sama dengan demonstrasi terhadap cadangan rang undang-undang ekstradisi pada Ahad lalu.*

           *RIYADH: Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman menuduh Iran menyerang dua tangki minyak di laluan kapal Teluk dan memberi amaran tidak akan teragak-agak bertindak menangani sebarang ancaman terhadap negara itu.*
           *"Rejim Iran tidak menghormati kehadiran Perdana Menteri Jepun sebagai tetamu di Tehran dan membalas usaha diplomatik beliau dengan menyerang dua tangki minyak dengan salah satu daripadanya milik Jepun.*
          *"Kami tidak mahu peperangan di rantau ini, namun tidak akan teragak-agak untuk menangani sebarang ancaman terhadap rakyat, kedaulatan, maruah wilayah dan kepentingan negara,” kata putera itu kepada akhbar Asharq Al Awsat.*

           *WELLINGTON: Gempa bumi kuat berukuran 7.5 magnitud melanda kawasan berhampiran kepulauan Kermadec di timur laut New Zealand, hari ini.*
            *Kementerian Pertahanan Awam dan Pengurusan Kecemasan New Zealand menerusi satu kenyataan di Twitter berkata negara itu bebas daripada ancaman tsunami.*
           *Menurut Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa tercetus pada jam 10.55 pagi waktu tempatan pada kedalaman 34 kilometer.*

            *LONDON: Selain harga minyak mentah dunia, harga insurans untuk kapal yang belayar di Asia Barat juga meningkat sekurang-kurangnya 10 peratus selepas serangan terhadap dua kapal tangki di Teluk Oman, Khamis lalu.*
            *Pemerhati industri menjangka kos insurans akan terus bertambah berikutan peningkatan ketegangan di rantau berkenaan, terutama selepas Amerika Syarikat dan Britain terang-terangan menuduh Iran melakukan serangan berkenaan.*

             *NEW YORK: Anak perempuan Presiden Donald Trump, Ivanka Trump dan suaminya Jared Kushner meraih pendapatan sehingga AS$135 juta (RM562.6 juta) melalui syarikat dan pelaburan selepas tahun kedua mereka menyertai pentadbiran kerajaan.*
          *Menurut New York Times (NYT), laporan tahunan kewangan pasangan itu yang disiarkan kepada awam Jumaat lalu, pegangan harta tanah dan pelaburan lain pasangan itu bernilai sehingga AS$786 juta (RM3.3 bilion), menurun sedikit berbanding 2017.*

            *MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, menyatakan kesal menjadi presiden dan meminta ahli keluarganya tidak mengikut jejak langkahnya kerana beban perlu ditanggung amat berat.*
          *Menurut Daily Express, ketika berucap di Cagayan De Oro City minggu lalu, Duterte mendedahkan rasuah berleluasa serta kritikan terhadap pemerintahannya menyebabkan dia hilang motivasi untuk meneruskan pentadbirannya.*
           *"Saya hilang minat untuk bekerja. Sejujurnya, saya minta maaf. Saya menyesal kerana terlalu ingin menjadi Presiden Filipina,” katanya yang dilaporkan PhilStar.*

          *RIYADH: Pihak Berkuasa Hiburan Awam (GEA) Arab Saudi, kelmarin menafikan ia memberikan kebenaran untuk membuka kelab malam di Jeddah.*
          *Al Jazeera melaporkan, dalam kenyataan yang disiarkan di akaun Twitter rasmi, GEA mengumumkan siasatan segera berkaitan video yang disiarkan atas talian menunjukkan hiasan dalaman kelab berkenaan.*
          *"Menurut maklumat diberikan kepada GEA, majlis itu melanggar prosedur perundangan dan peraturan dan tidak dibenarkan badan ini,” menurut kenyataan.*

            *JAKARTA: Kerajaan Indonesia menghantar balik lima kontena berisi sampah ke Amerika Syarikat dan tidak akan menjadi ‘tapak pelupusan sampah’, kata pegawai hari ini, negara Asia Tenggara terbaharu yang mengembalikan sisa buangan import.*
           *Kontena itu sepatutnya hanya mengandungi kertas, menurut dokumen kastam. Sebaliknya, ia dipenuhi dengan bahan buangan lain termasuk botol, sisa plastik dan lampin pakai buang, kata pegawai kanan Kementerian Alam Sekitar, Sayid Muhadhar.*
         *"Ini tidak sepatutnya dan kami tidak mahu jadi tapak pembuangan sampah,” katanya.*

            *AHMEDABAD: Tujuh dilaporkan mati akibat sesak nafas ketika membersihkan tangki septik sebuah hotel di barat India tanpa memakai alat keselamatan, kata polis hari ini.*
            *AFP melaporkan, pemilik hotel itu didakwa kerana menyebabkan kematian akibat kecuaian susulan kejadian malam semalam daerah Vadodara, negeri Gujarat.*
           *Empat daripada mangsa dipanggil untuk membersihkan tangki terbabit manakala tiga lagi adalah kakitangan hotel yang menjadi pembantu mereka.*

            *CHICAGO: Bayi lelaki yang dilarikan dari rahim selepas ibunya dibunuh pada April lalu, dilaporkan mati akibat kecederaan teruk pada bahagian otak, kata jurucakap keluarga terbabit.*
            *AFP melaporkan, Marlen Ocha-Lopez dibunuh pada 23 April oleh seorang wanita dan anaknya yang menjanjikan mangsa dengan persiapan bayi percuma sebelum dicekik hingga mati dan melarikan bayi terbabit.*
          *Polis berkata, Clarisa Figueroa, 46, dan anaknya, Desiree, 24, membunuh remaja itu yang hamil sembilan bulan dan mayatnya ditemui di dalam tong sampah di rumah suspek selepas tiga minggu dilaporkan hilang.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          *PENDUDUK sekitar Seksyen 17, Shah Alam, dikejutkan dengan kehadiran seekor buaya di pintu kunci air Sungai Renggam, semalam.*
           *Reptilia itu dirakam orang ramai yang berada di sekitar tempat kejadian dan turut tular di media sosial.*
          *Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Selangor, Haidar Khan Mokbolhasan berkata, pihaknya ada menerima laporan mengenai kewujudan buaya berkenaan menerusi talian Hotline kira-kira jam 2 petang.*

          *POLIS belum menerima laporan berhubung pergaduhan membabitkan dua kumpulan remaja lelaki dipercayai berlaku di Tawau seperti tular di media sosial dan Whatsapp sejak semalam.*
            *Ketua Polis Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas ketika dihubungi hanya mengesahkan kejadian berkenaan, namun tiada butiran lanjut setakat ini.*
          *”Kejadian dipercayai berlaku pagi semalam. Walau bagaimanapun, setakat ini pihak polis tidak menerima laporan daripada mana-maa pihak,” katanya di Tawau, hari ini.*
         *Berdasarkan video dua minit 12 saat itu, dua kumpulan disertai lebih 10 remaja lelaki bergaduh dengan saling bertumbuk dan memukul.*

         ♂ *PANGLIMA Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi menegaskan anggotanya tidak layak memakai uniform pasukan keselamatan negara sekiranya didapati terbabit dengan perbuatan tidak bermoral.*
           *Beliau memberi reaksi itu berikutan tindakan seorang lelaki dipercayai anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan aksi lucah dalam rakaman video dengan memakai seragam tentera yang tersebar di media sosial baru-baru ini.*
           *Ahmad Hasbullah menyelar perbuatan individu dalam video itu yang dianggapnya sebagai ‘penyakit’ masyarakat dalam mendepani kepesatan teknologi maklumat dan beliau mengakui anggota ATM sendiri tidak terlepas melakukannya.*

         *SEORANG artis tempatan berusia 30-an ditahan selepas membelasah seorang lelaki berhampiran premis Plaza 333, Penampang, kelmarin.*
           *Suspek ditahan polis selepas menerima laporan daripada mangsa berusia 20-an yang mendakwa dibelasah artis terbabit bersama beberapa rakannya.*
           *Awal bulan ini, artis terbabit pernah tular di laman sosial selepas satu rakaman video dia menampar dan menendang seorang remaja lelaki di sebuah restoran di pekan Donggonggon, Penampang.*
         *Kejadian itu mendapat kecaman netizen dan menganggap perbuatan artis itu memalukan.*

          *“JIKA kami dikatakan membuat keputusan untuk ke sini (London) kerana mengikut hawa nafsu kami, maka tuduhan itu adalah tidak berasas kerana untuk membawa Ainul ke sini pun satu risiko besar buat dirinya,” kata Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, bapa kepada Ainul Mardhiah menerusi Facebook, hari ini.*
          *Ahmad Safiuddin berkata, selain pembedahan yang terlalu berisiko, membawa Ainul ke London adalah salah satu risiko besar yang perlu ditempuhi anaknya.*
           *Ahmad Safiuddin berkata, hantaran di Facebook itu bukan bermakna dia mengangkat tinggi usaha doktor di luar negara dan merendahkan kepakaran dari Malaysia.*

         ♂ *“SAYA terharu dengan pesanan dan nasihat Mufti Wilayah Persekutuan @drzul_albakri untuk saya dan keluarga tatkala badai fitnah mengganas,” kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.*
          *Menurutnya, pertemuan beliau dengan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri juga memperkukuh semangat beliau untuk meneruskan khidmat demi umat dan negara.*
          *Beliau yang turut menjadi tumpuan selepas tersebarnya video intim dipercayai membabitkan dua lelaki menzahirkan perasaan itu melalui catatan di laman Twitter dan Facebook beliau hari ini.*

          *KAHLUA, kucing comel berjaya meletakkan Sarawak dalam peta peminat kucing apabila memenangi anugerah kucing baka `Miane Coon’ terbaik pada pertunjukan kucing antarabangsa, bulan lalu.*
           *Kucing berusia 17 bulan milik Cheryl Cheah itu turut memenangi beberapa anugerah dalam kelas berlainan pada saingan di seluruh dunia, sebelum ini.*
            *Kahlua, kucing dengan bulu bewarna perang, hitam dan putih diiktiraf sebagai Kucing Terbaik Malaysia dan kucing tunggal dari negara ini yang disenaraikan antara 10 Kucing Terbaik di Pertandingan Baka Antarabangsa dengan kucing dari Indonesia, Thailand, Korea Selatan, Singapura, Hong Kong dan Filipina.*

          *PENGANJURAN Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa Melaka 2019 menjadi medan perpaduan kaum.
             *Acara tahunan sejak 36 tahun lalu itu bukan hanya mengumpulkan pembabitan masyarakat Tionghua, malah kepelbagaian kaum lain mengambil bahagian dalam perlumbaan yang semakin menyerlah tahun ini.*
         *Ketua Menteri Adly Zahari berkata, pembabitan pelbagai kaum dalam satu pasukan membuktikan perpaduan perlu dibentuk dalam mencapai satu misi iaitu kemenangan.*
  
          *JAMBATAN angkat atau ‘drawbridge’ di Kuala Terengganu yang dibuka untuk percubaan pada 2 Jun lalu, akan ditutup semula tepat 12 tengah malam ini.*
           *Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk A. Rahman Yahya berkata, laluan jambatan itu akan ditutup dengan kon dan semua kenderaan tidak lagi dibenarkan melaluinya.*
           *”Apabila ditutup nanti kita akan tengok balik apa yang boleh dinaik taraf untuk keselesaan pengguna,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.*

           *PESHAWAR: Seorang menteri Pakistan menjadi bualan hangat netizen negara itu selepas muncul dengan telinga dan misai kucing dalam siaran langsung sidang media menerusi Facebook, kelmarin.*
          *Gambar penampilan Menteri Kesihatan dan Informasi wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Shaukat Yousafzai itu menjadi tular selepas seorang kakitangan pasukan media sosial tertekan ‘filter’ kucing ketika siaran langsung.*
          *Difahamkan sidang media itu berkaitan beberapa keputusan dibuat oleh kerajaan terdahulu.*

          *LIMA: Sebuah restoran di Peru dikecam selepas bertindak merantai pendatang Venezuela yang makan di restoran itu bagi mengelak mangsa melarikan diri daripada membayar harga makanan.*
         *Gambar yang tular di media sosial menunjukkan lelaki pendatang Venezuela itu dirantai di tempat duduknya, baru-baru ini.*
          *Ramai penduduk Venezuela berhijrah ke negara jiran, termasuk Peru berikutan kemiskinan dan kesusahan hidup di negara mereka yang dilanda krisis ekonomi serius.*

www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-6-2019 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*RAU 19 JN 2019 ASHI ERSAAAN 15 SYAWL 1440 HIJRH*


*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*)

*IMSAK* : 0533
*SUBUH* : 0543
*SYURUK* : 0704
*ZOHOR* : 1317
*ASAR* : 1643
*MAGHRIB* : 1926
*ISYAK* : 2042


*artikel disiarkan pada tarikh 18jun*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *KUALA LUMPUR: Durian yang cukup sinonim dengan gelaran Raja Buah mampu menggantikan tanaman komoditi seperti getah sebagai satu sumber kekayaan baharu kepada petani di negara ini. Berikutan itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menjangka 1,000 tan durian jenis premium iaitu Musang King (D197) dan Black Thorn (D200) akan dieksport ke China setiap bulan mulai bulan depan.*

               2) *PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesahkan wabak yang berlaku dalam komuniti Orang Asli suku Batek di Kuala Koh, Gua Musang adalah measles atau demam campak. Ia berdasarkan keputusan ujian makmal yang mengesahkan 37 daripada 112 kes membabitkan komuniti Orang Asli itu disebabkan wabak berkenaan termasuk tiga kematian yang disahkan sebelum ini.*

               3) *KUCHING: Tahap kesihatan mental Alister Cogia, lelaki yang dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 10 bulan pada Mac lalu kerana menghina Nabi Muhammad SAW menerusi Facebook Ayea Yea adalah normal. Perkara itu disahkan Mahkamah Tinggi Kuching di sini hari ini selepas mendapat laporan Hospital Sentosa Kuching mengenai tahap kesihatan mental Alister, 22.*

               4) *KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Lembaga Pengarah SRC International Sdn Bhd (SRC International), Tan Sri Ismee Ismail, 54, bersetuju di Mahkamah Tinggi di sini, semalam terdapat kemungkinan dua individu dalam syarikat itu melakukan penipuan berhubung perjanjian perniagaan. Ia didakwa berhubung perjanjian perniagaan antara Gandingan Mentari Sdn Bhd (Gandingan Mentari) dan Putra Perdana Construction Sdn Bhd (Putra Perdana).*

               5) *SERAMAI 17 pelajar sekolah menengah termasuk tiga perempuan antara 22 individu ditahan polis dalam parti liar di sebuah kondominium di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur kelmarin. Mereka yang berusia antara 15 hingga 22 tahun ditahan dalam serbuan 3 pagi oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.*

               6) *PELAJAR lelaki Tingkatan Lima sekolah menengah agama di Kuala Langat yang bertindak menikam guru kaunseling kelmarin dipercayai kerana dendam kerana peraturan terlalu ketat di sekolah dan asrama. Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Azizan Tukiman berkata, suspek dikatakan tertekan dengan peraturan berkenaan.*

               7) *PENIAGA pasar malam berdepan hukuman penjara dan sebat selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini terhadap lima tuduhan merogol adik tirinya berusia 14 tahun. Tertuduh berusia 35 tahun membuat pengakuan itu dihadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin. Mahkamah bagaimanapun menetapkan 3 Julai depan untuk mendapatkan laporan perubatan mangsa sebelum menjatuhkan hukuman.*

               8) *MENTERI Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin penularan video seks yang didakwa membabitkan dirinya didalangi oleh ‘orang dalam’. Beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, beliau turut yakin ia agenda politik individu tertentu yang bertujuan menyekat kemaraan prestasinya dalam kerajaan dan politik.*

               9) *LELAKI warga Syria dihadapkan ke Mahkamah Majistret Georgetown hari ini kerana menculik rakan senegaranya pada 6 Jun lalu. Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh Maher, 31, selepas kertas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret, L Umma Devi.*

               10) *SEPULUH kru bot nelayan dipercayai diculik berhampiran perairan Tawi-Tawi, selatan Filipina, awal pagi hari ini. Dua bot dinaiki kru terbabit dipercayai berada di perairan Tambisan dalam perjalanan ke Semporna, sebelum didatangi kumpulan bersenjata yang menggunakan bot laju, kira-kira 2 pagi. Setakat ini, identiti semua mangsa masih belum dikenal pasti.*

               11) *DUA syarikat didenda oleh Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini, selepas didapati bersalah atas pertuduhan gagal memastikan keselamatan pekerja sehingga menyebabkan kematian dan kecacatan kepada pekerja mereka dalam kejadian di Manjung dan Lahat, tahun lalu.*

               12) *TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, tiada isu berbangkit mengenai perletakan jawatan beliau. Katanya, ia disebabkan janji Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika membentuk kerajaan selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, beliau adalah Timbalan Perdana Menteri.*

               13) *PENDUDUK Orang Asli suku Batek di Kampung Aring di Gua Musang, masih bimbang untuk menggunakan air sungai untuk kegunaan harian mereka. Rata-rata penduduk yang ditemui mendakwa ada dalam kalangan mereka mengalami gatal selepas menggunakan air sungai itu. Penduduk suku Batek, Joe Muda, 39, berkata, penduduk hanya menggunakan air daripada anak Sungai Aring itu untuk mandi, membasuh pakaian dan memasak.*

               14) *SERAMAI 15 penduduk Taman Perumahan Balok Pine, Kuantan, dikompaun RM7,500 kerana kediaman mereka dikesan menjadi sarang pembiakan jentik-jentik. Tindakan tegas itu dilakukan Unit Penguatkuasa Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuantan selepas taman perumahan berkenaan dua kali diwartakan sebagai kawasan wabak demam denggi tahun ini.*

               15) *PERSIDANGAN Dewan Undangan Negara (DUN) Kelantan hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi yang meninggal dunia dalam mahkamah, semalam. Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub turut meminta semua hadirin sedekah bacaan Al-Fatihah kepada Allahyarham. “Kita dimaklumkan Mohamed Morsi meninggal dunia di mahkamah semalam.*

               16) *PEKERJA buruh kasar ditemui mati selepas dipercayai menggantung dirinya dalam kejadian di tandas kuarters pekerja di bangunan Plaza Orchard, di Tenom, semalam. Dalam kejadian 3 pagi, lelaki berusia 19 tahun itu ditemui tergantung oleh rakannya sebelum kejadian itu dilaporkan kepada polis.*

               17) *PEGAWAI polis di Sibu berdepan detik cemas apabila diserang dengan pedang dalam kejadian di Jalan Huo Ping, semalam. Dalam kejadian 5.45 petang itu, pegawai terbabit hadir bersama sepasukan anggota di sebuah bilik sewa untuk menahan seorang lelaki berusia 26 tahun selepas mendapat aduan dari ibu suspek bahawa suspek sering mengamuk serta meracau dipercayai akibat pengaruh dadah.*

               18) *KEMENTERIAN Industri Utama mengesahkan Haziq Abdullah Abdul Aziz sudah menghantar surat tunjuk sebab kepada Timbalan Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, pada 14 Jun lalu. Ketua Setiausaha Kementerian Industri Utama, Datuk Dr Tan Yew Chong berkata, surat itu dihantar kepada Shamsul Iskandar dan segala keputusan mengenai kedudukan Haziq akan ditentukan oleh Timbalan Menteri.*

               19) *SERAMAI 300 penduduk di Kampung Baru Tapang, Felda Lubuk Merbau di Padang Terap terjejas apabila jalan utama menghubungkan mereka ke pekan felda terbabit runtuh sejak setahun lalu. Keadaan itu menyebabkan mereka terpaksa menggunakan jalan lain yang memerlukan masa lebih lama untuk melakukan aktiviti harian seperti menghantar anak ke sekolah dan keluar bekerja.*

               20) *SUAMI isteri warga Filipina maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 50, Jalan Tawau-Kunak, dekat Tawau, semalam. Dalam kejadian 1.35 tengah hari itu, mangsa Salih Amie, 53, yang memandu Perodua Viva bersama isteri, Sarru Appay, 54, yang duduk di kerusi penumpang hadapan meninggal dunia di lokasi kejadian.*

               21) *SEPULUH individu cedera termasuk empat kanak-kanak dalam kmalangan membabitkan 14 kenderaan di Kilometer 457.8 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) dari arah utara menghala ke Klang, malam tadi. Kemalangan yang berlaku 11.45 malam itu turut membabitkan sebuah kenderaan milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sebuah kenderaan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM).*

               22) *KEPERITAN hidup lapan beradik yang hidup dalam keadaan daif dan tidak terurus di sebuah pondok usang di Pulau Besar di Melaka, berakhir apabila mereka diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semalam. Kanak-kanak berkenaan berusia antara enam bulan hingga 16 tahun itu dikatakan tinggal di bawah jagaan bapa mereka selepas ibunya berusia 36 tahun dimasukkan ke Pusat Serenti kerana penyalahgunaan dadah, Febuari lalu.*

               23) *SHAH ALAM: Langkah kerajaan Selangor tidak membenarkan pemberian penyedut minuman plastik secara terbuka mulai bulan depan menerima maklum balas positif khususnya daripada pengusaha restoran dan premis makanan. Pemilik restoran Nasi Kak Wok TTDI Jaya, Rosliza Junoh berkata, dia mengalu-alukan usaha kerajaan bagi mengurangkan penggunaan plastik dalam kalangan pengguna di negara ini.*

               24) *PUTRAJAYA: Seramai 255 pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan termasuk doktor pakar akan ditugaskan di Tanah Suci sempena musim haji tahun ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, perancangan dan pemilihan sebagai Rombongan Petugas Perubatan Haji itu dibuat sejak Januari lalu sebagai persiapan awal untuk menyusun aktiviti bagi memastikan aspek kesihatan jemaah Malaysia tersusun dan baik.*

               25) *PUTRAJAYA: “Saya arahkan hold on (tunggu)’ kepada bekas Ketua Polis Perlis (Datuk Zul Aznam Haron) kerana beliau tak pasti penemuan (kubur dan kem) itu di sebelah Malaysia atau Thailand,” kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Saksi ke-47 Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis itu berkata, Zul Aznam juga tidak dapat memberikan maklumat mengenai perkara itu apabila ditanya lanjut.*

               26) *PERSATUAN Perubatan Malaysia (MMA) sentiasa berusaha meningkatkan kepakaran pengamal perubatan untuk berdepan penagih dadah. Sehubungan itu MMA bekerjasama dengan Serene Retreat Sdn Bhd menganjurkan Program Latihan Kemahiran Temuramah Motivasi latihan bertujuan meningkatkan kemahiran peserta mengenai cara menghadapi individu yang bermasalah dalam pelbagai jenis ketagihan bahan terlarang itu.*

               27) *LANGKAH Kerajaan Selangor tidak membenarkan pemberian penyedut minuman plastik secara terbuka mulai bulan depan menerima maklum balas positif khususnya daripada pengusaha restoran dan premis makanan. Pemilik restoran Nasi Kak Wok TTDI Jaya, Rosliza Junoh berkata, dia mengalu-alukan terhadap usaha kerajaan bagi mengurangkan penggunaan plastik dalam kalangan pengguna di negara ini.*

               28) *PAKAR forensik Cyber Security Malaysia (CSM) akan menganalisa ketulenan video lucah dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Ketua Pegawai Eksekutif CSM Datuk Ir Amirudin Abdul Wahab berkata, pihak berkuasa sudah memberikan video itu kepada pihaknya untuk bantuan analisa teknikal berdasarkan kepakaran dimiliki.*

               29) *PENGENDALI sebuah premis tidak berlesen di Nibong Tebal tidak serik apabila terus menjalankan kegiatan penyiringan tong gas cecair petroleum (LPG) bersubsidi, walaupun sudah tiga kali diserbu sejak Januari lalu. Premis beroperasi di Kampung Teluk, sekali lagi diserbu kerana menjalankan kegiatan penyiringan tong gas LPG bersubsidi kepada industri dalam operasi dijalankan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) Pulau Pinang, 6 pagi, hari ini.*

               30) *POLIS memburu dua lelaki yang melarikan beg tangan milik warga Filipina dalam kejadian di Taman Perwaja, Chukai, 3 petang semalam. Difahamkan, kejadian berlaku di depan kedai runcit ketika mangsa berusia 38 tahun memberhentikan kereta Perodua Myvi miliknya. Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Mohd Haki Hasbullah berkata, mangsa pergi ke kawasan itu kerana ada urusan dan meninggalkan beg tangannya di dalam kereta tanpa mengunci kenderaan itu.*

               31) *DAKWAAN ‘orang dalam’ oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkenaan penularan video seks yang membabitkan dirinya adalah tuduhan yang biasa. Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, semua pihak termasuk Mohamed Azmin perlu memberikan ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan dan tolak politik jijik.*

                32) *SEPULUH pelajar ditahan polis selepas terbabit pesta dadah di dalam bilik asrama sebuah kolej swasta di Taman Perai Utama, Bukit Mertajam, semalam. Dalam kejadian 11.55 malam, semua pelajar berusia 16 hingga 25 tahun itu pada mulanya dicekup warden asrama sebelum diserahkan kepada polis.*

                33) *TUJUH cedera selepas sebuah lori tangki yang hilang kawalan menghempap sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di laluan bertentangan dalam kejadian di Kilometer (KM) 116 Jalan Johor Bahru-Seremban, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, kejadian pada jam 8.10 pagi itu mengakibatkan empat individu termasuk pemandu lori berkenaan mengalami cedera parah, manakala tiga yang lain cedera ringan.*

                34) *RAKYAT Perlis diminta untuk tidak menghampiri perairan dan kawasan pantai sehingga petang esok bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berikutan ribut dan angin kencang yang melanda negeri itu. Timbalan Pengarah Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis, Mejar (PA) Mohd Farid Ishak berkata, sehingga 1 tengah hari tadi paras air laut hari ini mencatatkan paras tertinggi dalam masa tiga hari.*

                35) *MENTERI di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong kini sedang mengkaji undang-undang baru yang berkaitan dengan pencerobohan privasi susulan penyebaran terbaru video lucah membabitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Menurutnya, undang-undang itu kelak bagi memastikan privasi setiap individu dilindungi dan tidak boleh diceroboh.*

                36) *KEHADIRAN Datin Seri Rosmah Mansor di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, yang mendengar kes suaminya, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dibantah oleh pihak pendakwaan. Datuk V Sithambaram memberitahu Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bahawa ia berikutan Rosmah berpontensi memberi keterangan sebagai saksi dalam kes Najib itu.*

                37) *ANGGOTA polis ditikam di perut dan lengan kiri dengan pemutar skru oleh seorang lelaki di kawasan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Malaysia-Kuwait, Permatang Tinggi Bukit Tengah di Bukit Mertajam, semalam. Dalam kejadian 7.30 malam itu, Koperal Mohd Azmi Satiman, 42, yang bertugas di unit Kereta Peronda Polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah menerima tiga jahitan di perut dan diberi cuti sakit selama dua hari.*

                38) *PENIAGA ayam maut selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah kereta sebelum terbabas di Kampung Pasir Hor di sini, hari ini. Dalam kejadian 7.30 pagi, mangsa, Ab Salam @ Azri Abdullah, 39, yang menunggang motosikal Modenas Kriss maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala.*

                39) *AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan 36 nelayan warga Vietnam bersama tiga bot di perairan negara sekitar 81 sehingga 98 batu nautika dari Muara Tok Bali, dekat Pasir Puteh, semalam. Mereka ditahan antara 7.30 sehingga 10.30 pagi menerusi Ops Naga oleh Kapal Maritim Jujur (KM Jujur) diketuai Leftenan Komander Maritim Tan Ah Bik yang turut merampas 200 kilogram pelbagai jenis ikan.*

                40) *EMPAT maut, manakala seorang lagi hilang penglihatan selepas dipercayai meminum minuman keras yang disyaki mengandungi bahan kimia beracun dalam kejadian di tiga daerah di Kulai, Seri Alam dan Johor Bahru Selatan (JBS), hari ini. Empat kematian itu membabitkan seorang lelaki tempatan dan tia lelaki warga asing, manakala seorang lagi lelaki yang dilaporkan hilang penglihatan juga membabitkan warga asing.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *MOSCOW: Seorang lelaki bertindak kejam apabila membunuh kekasihnya sebelum membakar dan mencampak mayat mangsa ke dalam lubang yang kemudian ditimbus dengan batu serta konkrit.*
            *Menurut dokumen mahkamah, Vasily Mangoshvili, 31, mencekik Tatiana Mukhorotova, 24, hingga mati ketika bergaduh di sebuah kampung di Alexeyevskoye, Russia.*
              *Mail Online melaporkan, Mangoshvili yang sudah berkahwin dilaporkan menjalin hubungan sulit dengan Tatiana, seorang ibu tunggal yang memiliki tiga anak.*

          *BANGKOK: Seorang lelaki warga Itali yang hidup mewah dengan menyamar sebagai bintang Hollywood terkenal, George Clooney ditahan di Pattaya, Thailand, Sabtu lalu kerana disyaki terbabit dalam siri penipuan.*
             *Francesco Galdelli, 58, dan isterinya, Vanja Goffi, 45, ditahan di sebuah rumah mewah dalam operasi dilakukan polis Thailand dan pihak berkuasa Itali.*
              *Polis Thailand dalam satu kenyataan berkata, Francesco mengaku menyamar sebagai George Clooney dan membuka perniagaan menjual pakaian untuk menipu wang pelanggan.*

           *PARIS: Revolver yang dipercayai digunakan artis seni terkenal, Vincent van Gogh untuk menembak dirinya sendiri bakal dilelong di Paris pada Rabu ini.*
          *Dikenali sebagai ‘senjata paling terkenal dalam sejarah seni’, revolver Lefaucheux tujuh milimeter dijangka mampu mencecah sehingga 60,000 euro (RM281,000).*
           *Pakar percaya pelukis Belanda itu menembak dirinya dengan revolver berkenaan berhampiran perkampungan Auvers-sur-Oise di utara Paris, pada 1890 dan mengalami cedera parah pada dadanya.*

          *JAKARTA: Sekurang-kurangnya 15 orang mati selepas sebuah feri penumpang karam di Pulau Jawa, iaitu nahas maritim terbaru yang melanda kawasan kepulauan itu.*
             *AFP melaporkan, feri lebih muatan itu membawa kira-kira 50 orang sebelum karam berhampiran Pulau Madura, kata jurucakap polis Jawa Timur, Frans Barung Mangera.*
             *Sehingga pagi tadi, pasukan mencari dan menyelamat menemui 13 mayat, menjadikan jumlah yang maut adalah 15 orang manakala 31 lagi penumpang terselamat.*

            *RIYADH: Tentera Arab Saudi memintas dua lagi dron milik pemberontak Yaman yang membawa muatan bom dan salah satunya sekali lagi disasarkan ke bandar Abha selepas berkali-kali diserang dalam tempoh seminggu lalu, kata tentera pakatan diketuai Arab Saudi.*
         *AFP melaporkan, salah satu dron terbabit menyasarkan kawasan orang awam di bandar berkenaan dan satu lagi dron berjaya ditembak di udara namun serangan lewat semalam tidak menyebabkan kematian, kata kenyataan mereka.*
         *Stesen televisyen milik Houthi, Al-Masirah TV sebelum ini melaporkan, pemberontak itu melancarkan serangan dron ke atas lapangan terbang Abha yang menjadi sasaran sejak seminggu lalu.*

             *ISTANBUL: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menyifatkan bekas Presiden Mesir, Mohammed Morsi yang meninggal dunia di sebuah hospital di Kaherah sebagai mati syahid.*
           *AFP melaporkan, Morsi, pengsan selepas satu sesi mahkamah dan meninggal dunia tidak lama kemudian.*
            *"Semoga Allah merahmati saudara kita Morsi, jiwa syahid yang tenteram,” kata Erdogan yang mempunyai hubungan rapat dengan Morsi.*

           *WASHINGTON: Seorang lelaki yang bersenjatakan raifal automatik melepaskan tembakan di mahkamah persekutuan Dallas semalam, sebelum berjaya ditembak mati oleh polis dalam kejadian di bandar selatan Amerika Syarikat itu.*
          *AFP melaporkan, polis mengenal pasti suspek sebagai Brian Clyde, 22, dan tindakannya bagaimanapun tidak menyebabkan kematian atau kecederaan ketika tembakan dilepaskan di pintu masuk mahkamah terbabit.*
          *Beberapa gambar diambil oleh jurugambar di lokasi menunjukkan lelaki terbabit memakai baju seragam tentera dan jaket kalis peluru sambil menutup muka serta memakai tali pinggang yang penuh dengan peluru.*

            *WELLINGTON: Seorang lelaki New Zealand dijatuhkan hukuman penjara 21 bulan oleh mahkamah kerana mengedarkan video siaran langsung serangan masjid di Christchurch yang mengorbankan 51 orang jemaah, lapor media tempatan.*
           *AFP melaporkan, Philip Arps, 44, dijatuhkan hukuman selepas dia mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mengedarkan bahan kurang menyenangkan kerana berkongsi rakaman itu di media sosial ketika serangan berlaku.*

           *BEIJING: Angka kematian akibat dua gempa bumi di China meningkat kepada 11 orang manakala 122 lagi cedera, kata media tempatan.*
            *Reuters melaporkan, gempa yang berselang 30 minit itu menggegarkan barat daya wilayah Sichuan lewat semalam dan gempa turut dirasai di wilayah lain seperti Chengdu dan Chongqing.*
           *Beberapa gambar yang dimuat naik di akaun media sosial media tempatan menunjukkan orang ramai bergegas keluar ke jalan raya dan terdapat rekahan pada beberapa bangunan akibat gempa.*

           *KANO, NIGERIA: Seramai 30 orang terbunuh manakala lebih 40 cedera dalam tiga serangan bom bunuh diri di timur laut Nigeria, semalam, lapor perkhidmatan kecemasan.*
          *Tiga orang pengebom meletupkan bahan letupan di luar sebuah dewan di Konduga, 38 kilometer dari Maiduguri, Borno, ketika peminat bola sepak sedang menonton perlawanan di televisyen.*
          *"Jumlah kematian setakat ini meningkat kepada 30 orang manakala lebih 40 orang cedera,” kata ketua operasi di Agensi Pengurusan Kecemasan Negeri (SEMA), Usman Kachalla, hari ini.*

           *NEW DELHI: Hampir 100 kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia bulan ini akibat radang pada otak atau ensefalitis di Bihar, timur India, menurut kenyataan rasmi pejabat kesihatan negeri.*
            *Pegawai perubatan di Muzaffarpur, Shailesh Prasad Singh, berkata kira-kira 97 kanak-kanak maut manakala 146 sedang dirawat akibat virus itu yang merebak semasa musim panas.*
            *"Tiada kemudahan lengkap dekat sini. Sekiranya ada, dia tidak mungkin meninggal dunia,” kata Sunil Ram, bapa kepada salah seorang kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia di hospital milik kerajaan, semalam.*

           *JAKARTA: 12 orang terbunuh manakala berpuluh lagi cedera selepas satu pergaduhan di antara penumpang dan pemandu bas, menyebabkan bas itu gagal dikawal sehingga terbabit dalam kemalangan, kata polis.*
           *Kemalangan berlaku pada jam satu pagi tadi (waktu tempatan) apabila koc berkenaan terbabas dan masuk ke jalan bertentangan di Jawa Barat, sebelum merempuh dua kereta dan menyebabkan sebuah trak terbalik.*
          *Ketua unit Polis Trafik Majalengka, Atik Suswanti memberitahu AFP, ketika dalam perjalanan, seorang penumpang cuba merampas kawalan stereng mengakibatkan bas berkenaan hilang kawalan.*

           *Bukit Golan: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu kelmarin merasmikan penempatan baru di Bukit Golan dengan menamakannya sempena nama ‘rakan karibnya’ Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.*
          *Netanyahu memperkenalkan papan tanda ‘Trump Heights’ yang menampilkan bendera Israel dan AS, mercu lokasi penempatan baru itu.*
         *"Terima kasih Netanyahu dan Negara Israel kerana penghormatan itu,” kata Trump di Twitter tidak lama selepas majlis itu.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          *PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluangkan masa melawat bayi menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, di hospital di London.*
           *Lawatan Perdana Menteri itu dilaporkan menerusi akaun Twitter @chedetofficial dan Facebook beliau, hari ini.*
           *Video lawatan itu turut dimuat naik, di mana kelihatan Perdana Menteri disambut pihak hospital.*

          *WARGA emas yang menghuni sebuah pusat jagaan di Seremban dipercayai didera seorang penyelia pusat berkenaan, sejak tiga tahun lalu.*
           *Maklumat yang tular di laman sosial Facebook (FB) sejak semalam itu turut mndakwa, sekurang-sekurangnya 10 warga emas dikatakan sudah meninggal dunia akibat tindakan kejam penyelia wanita berkenaan.*
           *Rakaman video penyelia pusat jagaan warga emas itu dipercayai mempermainkan penghuninya turut tersebar di FB.*

          *DUA beradik mengambil ilham melukis watak Bumblebee dalam filem Transformers dan menampalnya pada beg tangan ibu mereka atas alasan ia mampu melindungi wanita terbabit.*
          *Lukisan itu bagaimanapun tular dan mendapat perhatian netizen selepas gambar beg terbabit dimuat naik rakan sekerja ibu mereka di Twitter.*
          *Ibu terbabit, Muniraa Abu Bakar, 33, berkata, lukisan itu ditampal anak sulung dan keduanya, Amin Firas Muhd Khairul Amin, 7, dan Amin Ilhan, 5, yang gemar menterjemahkan kreativiti mereka melalui lukisan.*

          *BIMBANG anaknya menjadi mangsa culik, bapa membuat laporan polis selepas curiga melihat kereta yang menahan anak sulungnya di Jalan Sungai Pinang, di Balik Pulau, semalam.*
          *Bagaimanapun, siasatan polis mendapati kejadian itu hanya salah faham kerana pemandu kereta terbabit bersama isteri sebenarnya bertanyakan arah jalan ke dusun durian di kawasan berhampiran.*
          *Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Anbalagan berkata, pada hari yang sama 6.20 petang, pemandu kereta berkenaan diberitahu adik perempuannya yang gambar kereta dan wajahnya tular di Facebook (FB) sebagai suspek kes culik kanak-kanak.*

          *SERAMAI 48 pelajar daripada enam sekolah di Malaysia melakar sejarah apabila meraih tujuh pingat emas dalam Ekspo Reka cipta, Idea dan Invensi Jepun (JDIE 2019) di Tokyo, Jepun, semalam.*
           *Penyelaras Pameran Malaysia di JDIE 2019, Dr Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah berkata, Malaysia mendominasi pingat emas dan perak selepas mengatasi 15 negara dalam pertandingan reka cipta di peringkat antarabangsa.*
           *”Program yang berlangsung selama tiga hari bermula 15 Jun lalu menyaksikan 250 penyertaan dari 15 negara seperti Jepun, Taiwan, Malaysia, Poland, Indonesia, Arab Saudi, Thailand, Hong Kong, Kanada, Iran, Filipina, Kemboja, Sudan, China, Macau, Amerika Syarikat dan Zambia.*

          *LOS ANGELES: Filem Avengers: Endgame mendominasi Anugerah MTV Movie dan TV semalam apabila merangkul anugerah dalam beberapa kategori termasuk Filem Terbaik.*
           *AFP melaporkan, filem yang mencapai kutipan kedua tertinggi setakat ini turut memenangi kategori Hero Terbaik menerusi pelakon Robert Downey Jr yang membawa watak Iron Man.*
           *Manakala Josh Brolin yang membawakan watak jahat, Thanos meraih anugerah bagi kategori Watak Jahat Terbaik.*
               
* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2019 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*JUAAT 21 JN 2019 ASHI ERSAAAN 17 SYAWL 1440 HIJRH*


*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*)

*IMSAK* : 0533
*SUBUH* : 0543
*SYURUK* : 0705
*ZOHOR* : 1318
*ASAR* : 1644
*MAGHRIB* : 1927
*ISYAK* : 2043


*artikel disiarkan pada tarikh 20jun*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *KUALA LUMPUR: Prosedur operasi standard (SOP) pengeksportan durian sejuk beku ke China dikeluarkan sebagai panduan kepada semua pejabat pengeluar sijil fitosanitasi untuk diguna pakai bagi menjalankan perakuan fitosanitasi kepada pengusaha tanaman durian. Ketua Pengarah Pertanian Datuk Jamal Harizan Yang Razali berkata, produk sejuk beku berasaskan durian yang dieksport tanpa sijil fitosanitasi adalah dilarang masuk ke China.*

               2) *KUALA LUMPUR: Pasukan Siasatan Bersama (JIT) MH17 akan mendakwa empat suspek iaitu tiga dari Russia dan seorang dari Ukraine di Mahkamah Jenayah Belanda dipercayai dalang utama menembak jatuh pesawat malang itu yang mengorbankan 298 anak kapal dan penumpang, 17 Julai 2014.*

               3) *CIK Puan Muda Pahang, Julita Aishah Abdul Latiff, terbabit dengan kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 25 Jalan Kota Tinggi - Mersing, dekat Mersing, 8.50 pagi hari ini. . Cik Puan Muda Julita Aisah, 46, yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard bersama seorang penumpang warga Filipina dan pemandunya berusia 24 tahun.*

               4) *“HATI saya tersentuh setiap kali mendengar alunan al-Quran daripada pembesar suara masjid UMT (Universiti Malaysia Terengganu), sekali gus membuka hati saya mendalami Islam,” kata penuntut dari Itali, Giovanna Wolswijk, 24, ketika ditemui selepas Majlis Syahadah di Masjid UMT, Kuala Nerus, kelmarin. Giovanna berkata, dia mula tertarik dengan Islam sejak Februari lalu sebelum mengkaji agama Islam dengan lebih mendalam melalui rakan dan ahli agama.*

               5) *SUAMI isteri dan remaja perempuan berusia 13 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya , hari ini, atas pertuduhan mendera dua beradik di Pusat Bandar Puchong, dekat Serdang, Sabtu lalu. Tertuduh, S Gopal, 33, dan isterinya R Rani, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah manakala remaja perempuan itu mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan dalam Bahasa Tamil di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin.*

               6) *DUA wanita antara lima yang ditahan di Melaka dan Selangor kerana dipercayai terbabit dalam sindiket penjualan cukai jalan palsu atas talian. Penahanan semua suspek dibuat dalam Operasi Morten oleh Unit Risikan/Operasi Bukit Aman dibantu Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Jasin (Melaka) serta Balai Polis Tanjung Sepat (Selangor), pada Selasa dan Rabu lalu.*

               7) *TUN Dr Mahathir Mohamad menjelaskan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak perlu bercuti terutama ketika berdepan siasatan berhubung isu video seks sejenis. Perdana Menteri berkata, isu berkenaan bermotif politik dan ia (video seks) didedahkan untuk memalukan Mohamed Azmin.*

               8) *KEGIATAN empat rakan memiliki dan memproses daun ketum terbongkar selepas mereka ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Nilam di sini, semalam. Dalam serbuan 12.30 tengahari itu, sepasukan anggota polis menahan empat suspek dan merampas 84 kilogram daun ketum yang disembunyikan di dalam dua bilik di rumah terbabit.*

               9) *“MUJUR saya ternampak seekor lembu saya terjatuh dalam telaga lama dan cuba menaikkan semula tetapi tidak terdaya kerana terlalu dalam,” kata Suhaimi Ayob, 52, dari Kampung Lahar, Jeniang, apabila seekor lembu betina peliharaannya terjatuh ke dalam telaga sedalam kira-kira enam meter berdekatan rumahnya di Sik, hari ini. Menurutnya, enam ekor lembunya memakan rumput di kawasan itu setiap petang dan tergamam apabila seekor daripadanya terpijak atap zink reput yang menutupi lubang telaga dan terjatuh.*

               10) *KERJA amal yang boleh memberi keinsafan dan pengajaran antara hukuman alternatif yang bakal diperkenalkan kepada semua pesalah syariah di Terengganu. Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata, hukuman alternatif itu sebagai tambahan kepada hukuman sedia ada seperti denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau enam kali sebatan.*

               11) *“SAYA ingatkan bau sembur nyamuk, rupanya bau meloyakan,” kata Nuraisah Palawi, 40, antara ibu kepada 15 murid yang mengalami simptom muntah dan sesak nafas di Sekolah Agama Taman Mawar, Pasir Gudang hari ini. Nuraisah berkata, anak saudaranya, Ahmad Ghanidi Imran, 8, ketika itu berada di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Gudang 4, di sini bagi menyertai jamuan hari raya anjuran sekolah.*

               12) *KEMENTERIAN Kesihatan tidak menolak kemungkinan kejadian sesak nafas dan muntah dialami 15 murid Sekolah Agama Taman Mawar di Pasir Gudang, hari ini, seakan sama dengan simptom kesan pencemaran Sungai Kim Kim sebelum ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata pihaknya baharu dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan dan akan berhubung dengan Pengarah Kesihatan negeri bagi mengetahui situasi semasa.*

               13) *HOBI dan minat seorang pengubah suai rumah menyimpan pelbagai koleksi pistol angin memakan dirinya sendiri apabila ditahan polis di Georgetown, petang semalam. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan berkata, polis menahan lelaki berusia 37 tahun itu ketika suspek sedang menunggang motosikal melalui Jalan Tun Dr Awang di Georgetown, kira-kira 5 petang semalam kerana dilihat dalam keadaan mencurigakan.*

               14) *“SAYA terkilan sebab tak dapat selamatkan adik dan hanya sempat melihat dia tenggelam timbul dua kali sebelum hilang di dalam lombong pasir ini,” kata Ridzuan Abd Razak, 37. Ridzuan adalah abang kepada Mohd Fitri Abd Razak, 25, yang dikhuatiri lemas ketika memukat ikan di lombong pasir di Derang, Pokok Sena di Alor Setar, hari ini.*

               15) *TIMBALAN Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan sudah mencadangkan kepada kepemimpinan parti supaya memecat Haziq Abdullah Abdul Aziz sebelum ini. Beliau berkata, cadangan itu diberi selepas mendapati Haziq membantu kempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke -14 lalu.*

               16) *SEORANG penjenayah bertindak kejam apabila melanggar dan menggilis kakitangan pusat servis kenderaan di Seksyen U1 di Shah Alam, dengan kenderaan yang cuba dilarikan di pusat servis itu, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, mangsa cuba menahan kereta Volkswagen Jetta yang cuba dicuri penjenayah berkenaan sebelum dia dirempuh menggunakan kereta itu.*

               17) *PERKENALAN dengan bomoh untuk berubat bertukar menjadi detik malang buat pasangan suami isteri apabila kerugian RM10,000. Dalam kejadian 25 Mei lalu di daerah ini, mangsa berusia 43 tahun bersama isterinya berusia 40 tahun dikatakan bertemu bomoh warga Indonesia untuk menjalani perubatan tradisional sebelum suspek berusia 46 tahun menunjukkan tin biskut mengandungi wang kertas kertas RM100 yang dihasilkan melalui batu delima.*

               18) *JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) menahan 25 individu termasuk wanita warga asing disyaki terbabit dengan aktiviti pelacuran hasil serbuan di tiga rumah urut di Setia Alam, Selangor, bermula 18 Jun hingga hari ini. Ketua Pengarah JIM, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, semua suspek terbabit ditangkap menerusi operasi penguatkuasaan dilaksanakan 24 pegawai JIM dari Unit Operasi Khas (UOK), Bahagian Perisikan Operasi Khas dan Analisa.*

               19) *YAYASAN Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ) berjaya membantu 1,368 pejuang kanser sejak tahun pertama penubuhannya pada 2016. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Shahrin Rahmat berkata, bantuan disalurkan sejak tiga tahun lau membabitkan peruntukan sebanyak RM6.35 juta.*

               20) *KEDAI dobi dikesan sebagai lokasi baru sindiket loteri haram beroperasi mengumpul dan menerima pertaruhan daripada kaki judi sekitar daerah ini. Difahamkan, ahli sindiket ini juga bergerak dari satu kedai ke satu kedai lain bagi mendapatkan pemain yang mahu membuat pertaruhan.*

               21) *“SAYA rasa takut dengan apa yang sedang berlaku kerana Datuk Seri Najib Razak) masih berkuasa menjadi Perdana Menteri pada masa itu,” kata bekas Pengarah SRC, Datuk Suboh Md Yassin ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini. Menurutnya, pada 2015, beliau ada menghubungi pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat temujanji bagi menjelaskan berhubung SRC yang ketika itu sedang disiasat.*

               22) *BEBERAPA petunjuk sudah ditemui, namun pasukan mencari dan menyelamat (SAR) gagal mengesan lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di hutan sejak empat hari lalu. Mangsa, Malling Salleh, 79, dilaporkan hilang di hutan berdekatan kediamannya di Rumah Panjang Jemat, Sungai Sebatu, di Tinjar, Marudi, pada Ahad lalu.*

               23) *GANJA, heroin, ketamin, pil ekstasi dan pil eramin. Itu antara jenis dadah yang berjaya dirampas Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (IPSPU) dalam tiga serbuan berasingan di Mak Mandin dan Butterworth, Pulau Pinang. Dalam serbuan antara jam 3.30 petang semalam sehingga awal pagi tadi, polis menahan empat lelaki berusia 22 hingga 36 tahun dan merampas sejumlah dadah bernilai hampir RM200,000.*

               24) *SERAMAI 18 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Budriah, Arau yang sedang belajar basah kuyup selepas bumbung kelas tercabut akibat ribut, hari ini. Guru Besarnya, Azhar Darus berkata, dalam kejadian 8 pagi itu, semua murid berkenaan baharu masuk ke kelas bagi memulakan sesi pembelajaran subjek Bahasa Melayu.*

               25) *POLIS Terengganu akan menguatkuasakan penggunaan T-Baton sebagai senjata wajib anggota ketika bertugas bermula tahun ini. Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, semua anggota terutama yang bertugas di Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan Unit Kereta Peronda (MPV) akan dibekalkan senjata itu.*

               26) *KHIDMAT Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Haziq Abdullah Abdul Aziz ditamatkan berkuat kuasa Selasa lalu. Kementerian Industri Utama dalam satu kenyataan memaklumkan, ia susulan pengakuan tidak beretika dalam media sosial dibuat Haziq mengenai beberapa siri video seks pada 12 Jun 2019.*

               27) *SINDIKET kereta klon dipercayai muncul semula di Selangor dan kembali aktif mencari mangsanya sejak tiga bulan lalu. Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Nazli Md Taib berkata, pihaknya menerima 25 aduan daripada pemilik asal kenderaan yang mempunyai saman menerusi Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS).*

               28) *ANGGOTA bomba dikejarkan ke hospital selepas terkena semburan ular tedung selar ketika operasi menangkap reptilia itu di Genturung Selepong Dua, Jalan Selirik, di Kapit, semalam. Pemangku Ketua Zon Empat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, kejadian kira-kira 5 petang itu menyebabkan anggota terbabit, Kevin Goh,24, mengalami kesakitan di muka dan mata.*

               29) *AKIBAT kemaruk syabu, seorang ibu tunggal sanggup membawa anaknya yang berusia tiga tahun ke sebuah rumah di Kampung Melayu Sri Gombak, dekat Gombak, untuk melepaskan gian. Di situ, enam lagi individu termasuk anak seorang lagi anak perempuannya yang berusia 17 tahun, berkumpul untuk sama-sama mengambil dadah.*

               30) *BERANG teman lelaki anak saudaranya menuntut hutang, seorang lelaki bertindak di luar dugaan apabila menetak mangsa dengan parang, di Sibu, semalam. Kejadian 6.25 petang itu berlaku apabila mangsa berusia 31 tahun pergi ke rumah suspek di Jalan Pahlawan, untuk menuntut hutang berjumlah RM30,000, sejak 2017.*

               31) *LULUH hati ibu apabila mengetahui anak lelakinya didapati positif dadah syabu ketika dicekup anggota penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Klang di dalam rumah di Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang, semalam. Turut ditahan seorang wanita yang juga teman wanita lelaki itu di dalam bilik rumah berkenaan dalam operasi bermula 9 pagi hingga 12 tengah malam.*

                32) *ANGGOTA polis trafik yang didakwa melepaskan tembakan sehingga mencederakan lengan kiri tukang paip dipertimbang untuk ditukarkan tugas ke bahagian pengurusan. Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, siasatan menyeluruh sedang dijalankan terhadap pihak yang terbabit dalam kejadian itu.*

                33) *LELAKI mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth, hari ini, atas tuduhan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian penjaja nasi lemak Roslinda Mohamad Isa, 44, Ahad lalu. Tertuduh, G Ravi, 31, mengangguk faham selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret M Kalaiarasi sebelum minta dibicarakan.*

                34) *POLIS mengesan wanita Laos, Fasay Sanesouk, untuk menjadi saksi kes dadah yang akan dibicarakan di Mahkamah Majistret Georgetown, pada 25 dan 26 Jun ini. Dalam kenyataan hari ini, polis memaklumkan wanita terbabit dikesan berada di alamat terakhir di Nombor 36 Tingkat 1 Mahsuri 11950, Bayan Lepas, Pulau Pinang.*

                35) *PELATIH GIATMARA Jerantut maut manakala tiga lagi parah dalam kemalangan di Kilometer 8 Jalan Jerantut-Temerloh dekat Kampung Temin, Jerantut, malam tadi. Dalam kejadian jam 8 malam itu, Muhamad Mazrul Umar, 18, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh jam 4.30 pagi.*

                36) *SEBANYAK 280 tong gas petroleum cecair (LPG) disyaki cuba diseludup ke negara jiran dirampas Batalion 10 Rejimen Renjer Diraja (RRD) dalam operasi di Pos Kawalan Serikin, Bau, semalam. Jurucakap Sel Perhubungan Raya Markas 1 Divisyen berkata, dalam serbuan 10.15 pagi semua tong gas itu dikesan berada dalam sebuah lori.*

                37) *ANGGOTA polis menembak diri sendiri dipercayai gagal mengawal tekanan selepas bertengkar dengan isterinya, malam smlm. Lans Koperal berusia 48 tahun melakukan perbuatan itu di depan pintu Cawangan Persenjataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu, 12.05 tengah malam.*

                38) *SEORANG buruh ditahan polis selepas mengugut untuk menyapu tahi anaknya dan menyantau seorang anggota trafik yang menyamannya dalam sekatan jalan raya di Jalan Idris, Kuala Kangsar, semalam. Dalam kejadian 10.20 pagi itu, lelaki berusia 36 tahun berkenaan memandu kenderaan Perodua Kembara dan ditahan dalam Ops Penguatkuasa Lalu Lintas yang dijalankan selepas didapati tidak memakai tali pinggang keledar.*

                39) *WARGA emas maut akibat digigit beruk peliharaannya dalam kejadian di Kampung Lebang Besar, Tepoh di Kuala Nerus, smlm. Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, Ngah Muhammad, 72, meninggal dunia di tempat kejadian, dipercayai akibat kehilangan darah selepas pergelangan tangan kanannya digigit haiwan berkenaan.*

                40) *KLANG: “Menyedari bunyi bising itu, saya bergegas keluar dan cuba memecahkan pintu rumah jiran serta mengetuknya berulang kali namun tiada sahutan. “Melihat api semakin marak, saya kemudian memanggil isteri dan mengetuk pintu jiran lain supaya mereka keluar menyelamatkan diri,” kata Junaidi Suparto, 64, mangsa kebakaran empat deretan rumah di Kampung Sungai Udang di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu mengorbankan dua beranak warga Indonesia yang ditemui rentung selepas rumah sewa didiami mereka musnah dijilat api.*

            
*SEJAGAT*
==========


            *SERAMAI 122 penumpang dan anak kapal Malindo Air terselamat apabila pesawat dalam perjalanan ke Kuala Lumpur itu tergelincir dari landasan ketika berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Husein Sastranegara, Bandung, Indonesia, hari ini.*
         *Syarikatpenerbangan Malindo Air yang mengesahkan insiden itu melalui satu kenyataannya hari ini, memaklumkan seramai 114 penumpang dan lapan anak kapal berjaya dikeluarkan dan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.*
          *”Pesawat OD301, Boeing 737-800 dengan nombor pendaftaran 9M-LCK tergelincir sebelum berlepas pada jam 3.25 petang tadi (waktu Malaysia) dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.*

          *SZEGED (Hungary): Empat penyeludup manusia dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh mahkamah di Hungary semalam atas kematian 71 orang pendatang, dalam kejadian empat tahun lalu.*
             *Reuters melaporkan, ketua sindiket warga Afghanistan dan tiga rakan subahat warga Bulgaria itu dijatuhkan hukuman selepas didapati bersalah merancang aktiviti pemerdagangan manusia dan membunuh pendatang terbabit.*
            *Mangsa ditemui mati selepas tertuduh enggan memberhentikan trak sejuk beku yang membawa mereka selain tidak membuka pintu untuk membolehkan pendatang itu bernafas.*

           *BEIJING: Bekas ketua Interpol, Meng Hongwei mengaku bersalah dalam perbicaraan atas tuduhan menerima rasuah berjumlah AS$2.1 juta (RM8.7 juta).*
              *Keputusan kes itu akan diumumkan pada tarikh dan waktu ditetapkan, kata Mahkamah Rakyat di utara China.*
           *Menurut AFP, Meng antara pegawai Parti Komunis yang terjerat dalam kempen antirasuah Presiden Xi Jinping yang dilihat pengkritiknya sebagai kaedah menghapuskan musuh politik.*

           *TEHERAN: Pengawal Revolusi Iran mendakwa menembak jatuh dron pengintip milik Amerika Syarikat di wilayahnya selepas ia menceroboh ruang udara mereka, stesen televisyen Iran.*
             *Stesen tv berbahasa Inggeris melaporkan, dron pengawasan Global Hawk buatan AS itu ditembak jatuh di wilayah Hormozgan, selatan negara itu.*
           *Bagaimanapun, laporan itu tidak menyiarkan gambar dron terbabit.*

           *ISLAMABAD: Sekumpulan pasukan penyelamat tentera terpaksa memecahkan dinding sebuah rumah untuk mengeluarkan seorang lelaki paling gemuk di Pakistan sebelum dihantar ke hospital menaiki helikopter khas.*
           *Agensi berita Xinhua melaporkan, lelaki terbabit, Noor Hassan yang mempunyai berat badan lebih 330 kilogram tinggal di tinggal daerah Sadiqabad, wilayah Punjab.*
           *Ketua Staf Tentera Pakistan, Qamar Javed Bajwa berkata, pihaknya mengatur khidmat itu khas untuk lelaki terbabit selepas dia meminta bantuan untuk dihantar ke hospital.*

             *LONDON: Ahli Parti Konservatif akan memutuskan seorang lagi calon akhir yang akan bersama Boris Johnson untuk merebut jawatan Perdana Menteri dengan tiga lagi calon akan merebut jawatan kedua.*
          *Setiausaha Luar, Jeremy Hunt, Setiausaha Alam Sekitar, Michael Gove dan Setiausaha Dalam Negeri, Sajid Javid akan bersaing bersama Johnson untuk dipilih 160,000 ahli parti, lapor AFP.*
          *Dua calon akhir itu kemudiannya akan melalui 16 mesyuarat di seluruh negara dan dua sesi debat yang akan disiarkan menerusi televisyen sebelum ahli parti Tory membuat undian pos untuk memilih pemimpin baru mereka.*

          *WELLINGTON: New Zealand semalam melancarkan skim pembelian semula senjata dalam usaha menghapuskan pemilikan senjata separa automatik yang digunakan dalam serangan masjid di Christchurch yang mengorbankan 15 jemaah.*
          *AFP melaporkan, Perdana Menteri, Jacinda Adern sebelum ini berikrar dalam tempoh beberapa jam selepas insiden itu bahawa undang-undang senjata negara itu akan diperketatkan dan kerajaannya menyegerakan komitmen mereka dalam tempoh hanya tiga bulan.*

            *JAKARTA: Gempa bumi berukuran magnitud 6.3 menggegarkan Papua, timur Indonesia semalam, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan, kata pakar seismologi Amerika Syarikat.*
              *AFP yang memetik Pusat Tinjauan Geologi AS (USGS), gempa terbabit melanda kira-kira 250 kilometer barat bandar Abepura di wilayah Papua pada jam 12.46 tengah malam (waktu tempatan) pada kedalaman 12 kilometer.*
           *Bagaimanapun tiada laporan kematian diterima susulan kejadian berkenaan.*

           *BEIJING: Gara-gara bertengkar mengenai wang, seorang bapa tergamak mencampakkan bayi lelakinya keluar dari tingkap di tingkat enam sebuah apartmen pada hari ulang tahun kelahiran pertama kanak-kanak berkenaan.*
            *Mail Online melaporkan, kanak-kanak itu dilaporkan mati di tempat kejadian akibat cedera parah dicampak bapanya selepas suspek bertengkar dengan keluarganya.*
         *Polis berkata, pihaknya menahan bapa mangsa yang dikenali sebagai Zhang, 29, berhubung jenayah berkenaan yang berlaku jam 11 malam (waktu tempatan), 14 Jun lalu di Dazhou, wilayah Sichuan.*

          *MOSCOW: Seorang wanita yang mengalami sakit perut sejak bertahun-tahun lalu terkejut apabila mendapati sebilah gunting pembedahan sepanjang enam inci tertinggal di dalam abdomennya selama 23 tahun.*
           *Ezeta Gobeeva, 62, menjalani pembedahan ketika melahirkan anaknya di sebuah hospital di Russia, 23 tahun lalu dan gunting itu ditinggalkan doktor di dalam abdomennya.*
          *Sejak itu Ezeta mengalami kesakitan dipercayai akibat masalah hati dan perlu makan ubat tahan sakit.*

          *MANCHESTER: Seorang lelaki yang menawarkan skim cepat kaya dan menipu wang berjumlah 4.5 juta (RM24 juta) dan membelanjakan wang itu untuk melanggan pelacur dan bercuti ke luar negara hanya diarahkan mahkamah membayar 1,015 (RM5,326).*
          *Mail Online melaporkan, Neil Bartlett, 53, menyamar sebagai penasihat kewangan untuk menipu wang pencen dan simpanan beberapa individu dalam satu pelaburan yang menawarkan faedah yang tinggi.*
         *Bagaimanapun, dia berjoli sakan dengan melanggan pelacur, bercuti ke luar negara dan membuat pelaburan di pasaran saham.*

          *SYDNEY: Seorang pegawai polis di Australia menghentikan sidang media untuk mengejar dan menangkap seorang lelaki yang kini didakwa membuat kekacauan di tempat awam dan mengendap.*
           *Detektif Kanan, Sarjan Daren Edwards segera menghentikan sidang media di luar Mahkamah Majistret Maroochydore untuk menangkap seorang lelaki berusia 39 tahun yang dikejar beberapa individu.*
           *Menurut media tempatan, lelaki itu dikejar keluarga seorang remaja perempuan selepas dia mengeluarkan komen tidak senonoh terhadap gadis itu.*

           *BEIJING: Seorang pekerja sebuah syarikat di selatan China dipecat oleh pengurusnya selepas membalas pesanan dengan menggunakan emoji ‘OK’ di kumpulan sembang syarikat di aplikasi WeChat.*
            *Daily Mail melaporkan, wanita yang bekerja di Changsha, wilayah Hunan itu diminta oleh pengurusnya untuk mengumpul dan menghantar dokumen menerusi aplikasi mesej terbabit, minggu lalu.*
            *“Awak sepatutnya menaip ‘diterima’ sekiranya sudah menerima mesej saya. Adakah ini cara awak mengesahkan bahawa mesej sudah diterima?” soal pengurus itu menerusi mesej ringkasnya.*

           *LONDON: Seorang nenek berusia 83 tahun berada dalam keadaan serius dan dirawat di hospital, semalam selepas dilanggar sebuah motosikal polis yang mengiringi konvoi kenderaan yang membawa Putera William dan isterinya, Kate.*
           *Pasangan diraja itu dilaporkan dalam perjalanan dari London menuju ke kediaman mereka di Windsor, Isnin lalu apabila sebuah motosikal polis berlanggar dengan mangsa.*
         *Istana Kensington berkata, mereka sangat sedih dan prihatin dengan kejadian itu serta sudah menghubungi mangsa yang dikenali sebagai Irene.*

           *BANGKOK: Seorang usahawan warga China ditahan kelmarin kerana cuba membunuh isteri yang mengandung tiga bulan dengan menolaknya dari tebing tinggi di Taman Negara Pha Taem, baru-baru ini.*
           *Mangsa, Wang Nan dan kandungannya terselamat selepas dia terjatuh dari tebing setinggi 34 meter pada 9 Jun lalu dan kini dilaporkan stabil, lapor South China Morning Post.*
            *Siasatan polis mendapati suspek Yu Xiaodong bertindak demikian kerana berang apabila isterinya hanya bersetuju untuk melangsaikan separuh daripada hutangnya.*

            *SINGAURA: Puluhan penerbangan ditangguhkan di Lapangan Terbang Changi, Singapura selepas sebuah dron dikesan berlegar di kawasan berkenaan, kata pihak berkuasa hari ini.*
           *Salah satu landasannya ditutup sementara waktu dari petang semalam sehingga pagi ini, kata Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura.*
            *Kira-kira 37 penerbangan ditangguhkan dan satu daripada penerbangan ke Singapura dilencongkan ke Malaysia, kata agensi itu.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


           *ENAM lelaki ditahan dipercayai terbabit dalam kejadian membelasah dua penuntut di perkarangan restoran makanan segera di Sungai Isap, Kuantan, semalam.*
          *Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, semua suspek berusia 19 dan 20 tahun itu ditahan antara 4.50 petang hingga 6.45 petang semalam, dalam tiga tangkapan berasingan.*
          *Insiden pergaduhan itu turut tular di Facebook (FB) dipercayai dirakam pelanggan restoran berkenaan.*
           *Video berdurasi 27 saat itu memaparkan aksi pergaduhan antara dua kumpulan yang bertumbuk dan menendang antara satu sama lain.*
          *Sementara itu, Mohamad Noor berkata, siasatan awal pihaknya mendapati motif tercetusnya insiden itu disebabkan perselisihan faham kerana wanita.*

           *PENDUDUK Kampung Lukut, Kota Tinggi, dikejutkan kehadiran seekor gajah liar berkeliaran di kampung berkenaan, malam tadi.*
             *Dalam kejadian 9 malam, kehadiran haiwan liar itu sempat dirakam penduduk yang berada di lokasi.*
            *Tujuh keping gambar gajah itu dimuat naik ke laman sosial Facebook (FB) dengan tajuk ‘Orang Kuat’ ambil angin malam, sebelum dikongsi laman sosial lain.*

           *PENERBIT rancangan, Aida Azira Hussin, 32 mengesahkan dia dan penyanyi Sam Bunkface, 32, sudah bercerai pada hujung Januari lalu.*
         *Aida berkata, perceraian itu dibuat atas keputusan bersama dan kedua belah keluarga reda serta merestui keputusan itu.*
           *”Kami bercerai secara rasminya pada penghujung Januari lalu disebabkan sudah tidak sehaluan dan tidak ada persefahaman.*

           *New Delhi: Sejak beberapa hari lalu, tular video menunjukkan seorang petani yang begitu berani kerana hanya menggunakan batang kayu bagi mengusir seekor singa yang cuba menyerang ternakannya.*
           *Menurut Daily Mail, rakaman kamera litar tertutup di depan rumah petani itu pada Selasa lalu, menunjukkan ternakan petani terbabit lari bertempiaran pada tengah malam, membuatkan petani dikenali sebagai Vadher, mengesyaki bahaya ke atas ternakannya.*
             *Seekor anak lembu berlari melintasi halaman namun malangnya haiwan itu diterkam seekor singa dan mencengkam leher anak lembu itu.*

           *Virginia: Pengguna media sosial di Amerika Syarikat (AS) terpegun dengan gambar satu formasi awan yang sangat jarang berlaku yang dirakamkan di pergunungan Smith Mountain Lake di sini pada Selasa lalu.*
          *CNN melaporkan, gambar yang tular di media sosial itu menunjukkan formasi awan seperti ombak di angkasa.*
        *Formasi awan seperti itu sangat jarang terbentuk ketika hari berangin dan cuaca tidak menentu tetapi dalam satu keadaan fenomena semula jadi itu boleh berlaku dan ia dikenali sebagai Awan Kelvin-Helmholtz.*
                 
          www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-6-2019 09:58 AM | Show all posts
SA🅱TU 2⃣2⃣ J➰N 2⃣0⃣1⃣9⃣ ⓂASℹHI 🅱ERSAⓂAAN 1⃣8⃣ SYAW🅰L 1⃣4⃣4⃣0⃣ HIJR🅰H


#⃣live fr🅾♏ ™N sen➕osa kla🆖


‎🌻 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ 🌹

‎            السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA..

WAKTU S⏰LAT SH🅰H ALAⓂ DAN K🅰WASAN SE〰AKTU DE🆖ANNYA

IMSAK : 0⃣5⃣3⃣3⃣
SUBUH : 0⃣5⃣4⃣3⃣
SYURUK : 0⃣7⃣0⃣5⃣
ZOHOR : 1⃣3⃣1⃣8⃣
ASAR : 1⃣6⃣4⃣4⃣
MAGHRIB : 1⃣9⃣2⃣7⃣
ISYAK : 2⃣0⃣4⃣3⃣

📴 L🅰ST G🌀A_L ⓂI🆖GU ℹNI


artikel disiarkan pada tarikh 21jun


TANAHAIRKU 🇲🇾
==============


              🌺 1) HARGA runcit petrol RON97 turun 3 sen pada harga RM2.38 seliter, manakala, RON95 dan diesel kekal masing-masing pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter berkuat kuasa tengah malam ini. Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, harga bahan api berkenaan ditetapkan bagi tempoh 22 hingga 28 Jun ini berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

              🌺 2) “PADA masa ini ahli keluarga sedang berbincang untuk memfailkan saman, namun saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana ingin memberi tumpuan kepada anak saya agar sihat terlebih dahulu,” kata Hashimah Mahmood, 49. Ibu kepada mangsa tembak anggota polis trafik kelmarin, sangat berharap siasatan kejadian itu dapat dijalankan secara telus.

              🌺 3) SEBANYAK 500 liter diesel dipercayai untuk diseludup ke negara jiran melalui jeti Pasar Umum, Sandakan, dirampas Pasukan Polis Marin (PPM), semalam. Dalam serbuan 11 pagi, sepasukan anggota melakukan pemantauan di kawasan berkenaan selepas menerima maklumat mengenai penyelewengan minyak.

              🌺 4) SETIAP cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara akan dibuka pada Sabtu dan Ahad ini bagi memudahkan proses penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) melakukan transaksi. BSN dalam satu kenyataan memaklumkan, cawangan BSN mula beroperasi hari ini bagi negeri Johor, Terengganu dan Kelantan bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari. “Bagi negeri lain pula, bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari," katanya.

              🌺 5) KERAJAAN Melaka memperuntukkan RM3 juta bagi usaha meningkatkan tahap kebersihan dan mewujudkan aspek keceriaan di negeri ini dalam tempoh enam bulan bermula Julai hingga akhir tahun ini. Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, empat perkara akan diberi tumpuan menerusi usaha itu iaitu kerja-kerja pemotongan rumput, penyelenggaraan parit, saliran dan sungai, kerja mencantas pokok dan pengurusan sampah.

              🌺 6) PASUKAN petugas khas akan dibentuk bagi mendapatkan semula aset bernilai kira-kira RM20.74 bilion dikaitkan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd (SRC International) di luar negara. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki berkata, pasukan itu akan diketuai Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) dan disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta SPRM.

              🌺 7) EJEN hartanah meninggal dunia ketika ingin mengambil wuduk di Masjid Al-Mutaqqin, Taman Selasih, Kulim, semalam. Dalam kejadian 9 malam, Hanif Othman, 54, baru keluar dari tandas untuk mengambil wuduk bagi menunaikan solat Isyak. Saksi Che Ani Harun, 66, berkata ketika keluar dari tandas arwah sempat menyangkut serban dan kopiah dipakainya sebelum bersandar pada dinding di depan kolah.

              🌺 8) EMPAT beranak menjadikan bekas reban ayam sebagai tempat berteduh daripada panas dan hujan sejak enam bulan lalu kerana dihimpit kemiskinan hidup dan tidak mampu membina rumah yang lebih sempurna di Kampung Badang, Mukim Bakai, di Baling, hari ini. Bakri Md Razali, 45, dan isteri, Rahimah Tajudin, 35, serta anak mereka Mohd Hafiz, 17, dan Nur Syifahuda, 9, terpaksa berteduh di reban ayam kerana tidak ada pilihan selepas keluar dari rumah sewa.

              🌺 9) SEORANG pelajar Orang Asli parah manakala tujuh lagi cedera selepas bas sekolah yang mereka naiki terbabas sebelum terjunam ke gaung dalam kejadian di jalan utama Kampung Panderas, Kuala Krau, Temerloh hari ini. Dalam kejadian 3.30 petang itu, mangsa yang parah adalah Ellyka Liew Mew Chong, 14, yang mengalami kecederaan di kepala serta kaki dan masih menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS).

              🌺 10) KUALA LUMPUR: Kaut keuntungan ribuan ringgit setiap bulan dengan menjual selipar berjenama tiruan pada harga serendah RM10. Itu kegiatan dilakukan sindiket barangan tiruan yang dibongkar pasukan penguat kuasa Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

              🌺 11) PASUKAN Polis Marin (PPM) mematahkan satu sindiket penyeludupan minuman keras tanpa cukai dalam serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Kudat-Sikuati, Kudat, semalam. Serbuan 7.30 malam itu dijalankan berdasarkan maklumat risikan pegawai dan anggota Unit Risikan Marin (URM) dalam Op Landai Khas mencegah penyeludupan minuman keras.

              🌺 12) PEMANDU treler maut, manakala dua anaknya cedera selepas terbabit kemalangan dengan kereta di Kilometer 3, Jalan Gemencheh-Batang Melaka dekat Gemencheh di Tampin, awal pagi hari ini. Dalam kejadian 2.20 pagi itu, Kassim Mohammad, 50, berasal dari Taman Meranti, Bahau, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

              🌺 13) AKIBAT terpedaya dengan janji manis dan cinta sejati, wanita tidak menyangka dipergunakan bekas teman lelakinya sehingga gambar separuh bogelnya tersebar melalui laman sosial sejak hubungan mereka putus April lalu. Wanita berusia 30-an yang bekerja sebagai penjawat awam itu dikatakan memberikan telefon bimbitnya kepada pasangannya itu disebabkan cinta.

              🌺 14) TINDAKAN dua lelaki bermotosikal yang menghimpit anggota polis trafik yang mengejar mereka di kawasan Jalan Lencong Timur, di Alor Setar, Rabu lalu menyebabkan tembakan itu terpaksa dilepaskan. Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, dalam kejadian itu mereka yang menaiki motosikal Modenas melanggar persimpangan lampu isyarat di Taman Pelangi menyebabkan anggota trafik yang berada di lokasi mengejarnya.

              🌺 15) SEKUMPULAN pelajar sekolah yang berkumpul di tepi stesen minyak di Taman Tunku Maheran, di Jitra, terkejut apabila melihat kehadiran polis yang melakukan pemeriksaan mengejut, semalam. Kesemua mereka yang berusia sekitar 13 hingga 17 tahun itu berkumpul di kawasan stesen minyak itu selepas tamat waktu persekolahan kira-kira 1 tengah hari.

              🌺 16) KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia akan meminda Akta Kerja 1955 bagi membolehkan pekerja wanita di sektor swasta menikmati cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari. Timbalan menterinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya juga akan meminda akta sama bagi membolehkan golongan bapa turut diberi cuti ‘paterniti’ (cuti isteri bersalin) selama tiga hari.

              🌺 17) KUANTAN: Dewan Ulama Pas Pusat meluluskan dua usul berkaitan taawun siyasi dengan Umno pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas ke-58 di Wisma Belia, di sini, semalam. Usul berkenaan diterima sebulat suara perwakilan sayap Pas berkenaan selepas dibentangkan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Mohd Asri Mat Daud.

              🌺 18) KOTA BHARU: Mayat 15 penduduk masyarakat Orang Asli suku Batek yang meninggal dunia akibat demam campak akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Koh, Gua Musang dalam masa terdekat. Ketua Pegawai Agama Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Murtadha Abdullah berkata, hasil perbincangan dijalankan keluarga mangsa bersetuju semua mayat dikebumikan dalam satu liang lahad.

              🌺 19) JERTIH: Kajian terperinci akan dilaksanakan bagi mengenal pasti punca dua spesies penyu tidak mendarat di pantai negeri ini meskipun berada dalam perairan Terengganu. Pengarah Perikanan negeri, Zawawi Ali berkata, empat daripada tujuh spesies penyu dunia seperti penyu belimbing, penyu lipas, penyu karah dan penyu agar mendarat di Terengganu. “Namun penyu lipas kali terakhir mendarat di pantai Terengganu pada 2003 dan penyu belimbing pula September 2017.

              🌺 20) “SAYA hilang suami dan satu-satunya anak kami selepas mereka diculik,” kata Jaimah Ajirul, isteri seorang daripada mangsa culik di perairan Tambisan, Lahad Datu Selasa lalu. Jaimah, 52, berkata, suaminya Mohd Harun Asparin, 55, atau dikenali sebagai Apak ke perairan Tambisan Ahad lalu selepas mendapat arahan daripada majikannya untuk turun ke laut, bekerja.

              🌺 21) KEJADIAN pencemaran udara yang berlaku di Sekolah Agama Taman Mawar, Pasir Gudang petang tadi turut menjejaskan sebuah lagi sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, kejadian bagaimanapun hanya mengakibatkan 13 murid dan dua kakitangan dari kedua-dua sekolah itu yang dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru, setakat ini.

              🌺 22) POLIS menumpaskan sindiket judi dalam talian selepas menggempur dua unit pangsapuri di Seremban 2 yang dijadikan pusat panggilan semalam. Serbuan 8 malam itu dilakukan pegawai dan anggota Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.

              🌺 23) SUAMI isteri warga emas terselamat selepas sempat menyelamatkan diri ketika rumah mereka di Kampung Rambai Padang, Bukit Raya, Pendang dilanda ribut hari ini. Dalam kejadian 8.45 pagi tadi, Siah Mohd Saman, 70-an yang mengalami masalah kesihatan berjalan perlahan ke pintu hadapan rumah untuk menyelamatkan diri sebelum menantunya, Abdul Hamid Abdullah, 59, yang tinggal bersebelahan rumah menyelamatkannya.

              🌺 24) PELAKON dan pengarah Datuk Farid Kamil diperintah bela diri oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini, atas empat pertuduhan termasuk menampar anggota polis trafik dan orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara, tahun lalu. Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Nor Ariffin Hisham selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

              🌺 25) LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memerlukan 3,600 metrik tan labu manis setahun untuk memenuhi permintaan terutama penduduk di negeri pantai barat. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA, Zainal Abidin Yang Razalli, berkata FAMA hanya mampu membekalkan antara 90 hingga 1,200 metrik tan labu manis setahun, termasuk dibekalkan 70 usahawan ladang kontrak termasuk pengusaha dari Terengganu.

              🌺 26) *MENGGUNAKAN taktik melepaskan enam ekor anjing bagi menakutkan pihak berkuasa. Itu antara modus operandi dilakukan dua beranak yang tidak berpuas hati apabila kediaman yang dijadikan tempat proses gas petroleum cecair (LPG) secara haram diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor di Taman Seri Serdang, petang tadi.
Pengarahnya, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, pihaknya terpaksa meminta bantuan polis bagi membolehkan mereka menjalankan tugas.*

              🌺 27) PENUNTUT Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang maut selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan di Kilometer 246.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Sungai Perak, Kuala Kangsar hari ini.

              🌺 28) PRESIDEN PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju dengan pendirian Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pertukaran Timbalan Perdana Menteri dan rombakan Kabinet tidak diperlukan buat masa ini. Melalui perkongsian di laman Facebook peribadinya, beliau memaklumkan mengadakan pertemuan singkat dengan Perdana Menteri di Putrajaya sebelum pemimpin nombor satu negara itu berlepas ke Bangkok, hari ini.

              🌺 29) KABINET yang bermesyuarat hari ini tidak membincangkan mengenai video kontroversi yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. “Kenapa bincang? Ia tiada dalam agenda,” katanya sambil tertawa ketika ditanya mengenai perkara itu selepas menghadiri program ‘Bicara Ilmu Sri Satria’ di Sri Satria, kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

              🌺 30) PENUNGGANG motosikal maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 21.2, Batu Satu, Jalan Sungai Petani - Baling, Kedah petang tadi. Dalam kejadian 1.30 tengah hari, mangsa Muhamad Rafi Abdul Majid, 28, berasal dari Kampung Luar, Mukim Siong, Baling meninggal dunia di tempat kejadian.

              🌺 31) PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju dengan pendirian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memberi tumpuan kepada program pembangunan negara. Beliau menyatakan persetujuan itu dalam satu pertemuan singkat bersama Dr Mahathir di Putrajaya sebelum Perdana Menteri berlepas ke Bangkok, Thailand.

               🌺 32) MAJLIS Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) akan menyalurkan bantuan RM400 kepada murid yang mendapatkan rawatan di hospital. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, bantuan itu akan disalurkan melalui Pegawai Pendidikan Islam Daerah esok.

               🌺 33) PENGUMUMAN kerajaan mengenai tiada kenaikan harga simen disambut baik oleh kontraktor bumiputera. Pengerusi Guild Of Bumiputra Contractors Wibawa Berhad, Datuk Ir Md Nasir Ibrahim berkata, pengumuman itu memberi kelegaan kepada golongan kontraktor sekali gus dapat meneruskan kerja-kerja pembinaan tanpa sebarang kerisauan.

               🌺 34) DUA lelaki yang melarikan diri selepas kereta dinaiki mereka melanggar dua pelajar sekolah di Kampung Bukit Karangan, Jalan Sungai Karangan-Kuala Ketil, semalam, ditangkap hari ini. Suspek berusia 21 dan 27 tahun itu ditahan di lokasi berasingan iaitu di Kuala Ketil dan Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

               🌺 35) EPISOD pencemaran hingga mengakibatkan 15 murid Sekolah Agama (SA) Taman Mawar dan Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Gudang 4 di Pasir Gudang, dirawat di hospital disifatkan berbeza dengan pencemaran Sungai Kim-Kim, Mac lalu. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan Dan Warisan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, walaupun puncanya belum diketahui tetapi situasi dalam kejadian terbaharu itu lebih terkawal.

               🌺 36) ANGGOTA penguatkuasa Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) cedera apabila ditanduk lembu ketika operasi menangkap haiwan berkenaan yang berkeliaran di daerah itu, hari ini. MDHS menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, susulan kejadian pada 1 pagi itu mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk mendapatkan rawatan.

               🌺 37) JURUTOL wanita di plaza Tol Ayer Keroh, di Alor Gajah, terpaksa dikejarkan ke Hospital Melaka akibat tersepit selepas pondok tol dirempuh sebuah treler yang membawa muatan sel sawit seberat 28 tan, hari ini. Dalam kejadian 11.30 pagi itu, mangsa berusia 40-an sedang bertugas dalam pondok tol di lorong paling kiri, sebelum treler yang dalam perjalanan dari Tangkak, Johor ke Jeti Tanjung Beruas, Melaka, merempuh pondok terbabit ketika memasuki lorong kedua kedua kiri.

               🌺 38) *SUDAH terlambat dan mahu cepat. Itu antara alasan popular pemandu yang tidak sabar dengan ‘memotong Q’ menggunakan lorong kecemasan di lebuh raya ketika operasi di Lebuhraya Connaught menghala pusat bandar, dekat Cheras, semalam.
Operasi bermula 7.30 pagi itu menyaksikan 18 saman dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur terhadap pemandu yang menyalahgunakan lorong kecemasan.*

               🌺 39) SEKATAN akaun pemandu perkhidmatan e-hailing Grab adalah pilihan terakhir selepas semua langkah diambil termasuk mendapatkan penjelasan daripada penumpang dan pemandu Grab berhubung sesuatu isu. Ketua Operasi Grab Malaysia Rashid Syukor berkata, pihaknya perlu memahami situasi yang berlaku antara kedua-dua pihak iaitu penumpang dan pemandu sebelum mengambil sebarang tindakan.

               🌺 40) YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini, berkenan berangkat ke Istiadat Menempah Bidan anakanda, Tengku Puteri Iman Afzan di Istana Negara, Kuala Lumpur. Istiadat itu turut dihadiri Ahli Jumaah Pemangku Raja Pahang Tengku Puteri Seri Kemala Pahang Tengku Datuk Aishah Sultan Ahmad Shah dan Kerabat-kerabat Bergelar.

            
SEJAGAT 🌍
==========


         🇮🇳 SHIMLA, INDIA: Sekurang-kurangnya 44 penumpang maut selepas bas dinaiki terhumban ke dalam gaung di Himachal Pradesh semalam, kata pihak berkuasa.
          Seramai 28 mangsa cedera dan ramai parah selepas bas membawa 60 penumpang itu terhumban ke dalam gaung sedalam 150 meter di daerah Kullu.
          Ketika kejadian, bas persendirian itu didapati membawa penumpang berlebihan dan ramai mangsa duduk di atas bumbung.

         🇹🇼 TAIPEI: Syarikat penerbangan Taiwan, Eva Airways Corp terpaksa membatalkan 71 penerbangan hari ini, disebabkan anak kapal mogok berhubung isu gaji.
           Pembatalan itu menyebabkan kira-kira 15,000 penumpang terjejas.
         Laman web Eva Air menunjukkan penerbangan dari Taipei ke New York, Toronto, Chicago, Los Angeles, Paris, Singapura dan Osaka antara penerbangan yang dibatalkan.

         🇱🇰 COLOMBO: Pendakwa raya utama Sri Lanka mengarahkan ketua polis negara itu untuk menyiasat sembilan pegawainya yang disyaki gagal membantu mencegah insiden pengeboman yang membunuh 250 nyawa.
           Seramai 42 warga asing turut terbunuh dalam serangan yang didakwa dilakukan militan Daesh.
          Arahan itu disampaikan oleh peguam negara menerusi surat kepada pemangku ketua polis dan menyenaraikan sembilan pegawai kanan polis.

         🇸🇩 BEIRUT: Pertempuran yang semakin meningkat di barat laut Syria antara tentera kerajaan dan kumpulan pemberontak menyebabkan lebih 100 orang maut dalam tempoh dua hari, kata Pemantau Syria untuk Hak Asasi Manusia.
           Wilayah Idlib yang mempunyai kira-kira tiga juta penduduk sepatutnya dilindungi oleh satu perjanjian damai antarabangsa tetapi menyaksikan peningkatan serangan udara oleh rejim Syria dan sekutunya Russia sejak lewat April.


TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL 📡
========================


         👑 YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencuri tumpuan pelanggan di sebuah restoran makanan segera di Temerloh, apabila memasuki premis itu sebelum dilihat beratur memesan makanan di kaunter.
           Berdasarkan beberapa keping gambar yang dimuat naik di laman sosial Instagram (IG) istana_negara, Al Sultan Abdullah kelihatan bersama beberapa pegawai pengiring serta Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Salehuddin Ishak sedang memesan hidangan Ayam Goreng Kentucky.
          Menurut keterangan gambar di IG, Baginda menikmati santapan tengah hari itu sebaik selesai menunaikan solat Jumaat di bandar Temerloh.

          💉 “IA berlaku pada 15 Januari 2018 tapi saya gembira kisah itu tular semula demi kesedaran ramai,” kata Noorshafry Abdul Malik, 48, yang tidak membayar satu sen pun bil rawatan pembedahan kerana banyak kali menderma darah.
            Menceritakan kembali, pengusaha katering itu berkata, dia mulanya terkejut kerana mendapati bil rawatannya berjumlah RM19,713 selepas menjalani tujuh kali pembedahan dan kaki kiri terpaksa dipotong kerana diabetes.
            Kisah Noorshafry tular di media sosial kerana dia tidak perlu membayar rawatan kos perubatan selepas menjalani pembedahan tujuh kali berikutan sudah menderma darah sebanyak 22 kali.

         🏪 PERBUATAN seorang lelaki merosakkan barang makanan di kedai serbaneka di sebuah pasar raya di Nilai, membawa padah apabila video kejadian itu tular dan kini diburu polis.
          Difahamkan, kejadian berlaku selepas lelaki terbabit bersama rakan masuk ke premis berkenaan lalu merosakkan beberapa plastik makanan dan minuman, kira-kira jam 10 malam tadi.
           Malah, mereka turut merakam video perbuatan terbabit di Instagram Story sebelum tular di media sosial.

         👨🏻‍🏫 “MEREKA tidak mempunyai akses mudah Internet seperti murid di bandar, justeru saya gunakan pendekatan tersendiri untuk memudahkan proses pembelajaran mereka,” kata Muhammad Safreen Shafie, 32, guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua Buso, Bau, Sarawak.
          Status dan gambar Muhammad Safreen di Facebook yang bergaya ala ahli paleontologi dengan mencipta sendiri penemuan fosil dinosaur menggunakan kreativiti sendiri menjadi perhatian di laman sosial.
           Status yang dimuatnaik pada 14 Jun lalu itu menggambarkan bagaimana dia yang memang bercita-cita menjadi ahli paleontologi mendidik anak muridnya secara interaktif dengan cara tersendiri.

         💸 LELAKI berusia 20 tahun diberkas polis selepas memecah dan melarikan sejumlah wang dalam tabung Masjid Dato Sheikh Adnan, Penaga, Kepala Batas, kelmarin.
          Kejadian 11 pagi itu hanya disedari pengurusan masjid selepas mendapati semua wang dalam tabung lut sinar di laluan masuk ke masjid hilang.
          Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, bagaimanapun tindakan lelaki terbabit dirakam kamera litar tertutup (CCTV) masjid.

           💊 LAPAN selebriti yang juga ahli Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dilantik sebagai ikon Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi menyebarkan mesej berhubung penyalahgunaan dadah dalam kalangan golongan muda.
          Ketua Pengarah AADK, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, pihaknya mengambil serius pelantikan ikon itu dengan pelaksanaan program bersama mereka untuk menyampaikan mesej mengenai bahaya dadah kepada masyarakat.
           "Kerjasama ini mendapat sokongan kuat Seniman dan kami berharap lebih ramai artis menyokong usaha murni ini bagi menyelamatkan anak bangsa. Ini kerana kami sedar ada juga dalam kalangan ahli Seniman terbabit dengan penyalahgunaan dadah.
   
        📦 KUALA LUMPUR: Shopee, platform e-dagang terkemuka di Malaysia memperkenalkan perkhidmatan serba baharu, Shopee24 Express Delivery (Shopee24), penghantaran ekspres lebih pantas bagi penggunanya.
        Shopee24 menjamin penghantaran hari berikutnya kepada pengguna Shopee jika pesanan dibuat sebelum 2 petang (kecuali Ahad dan hari cuti umum), jika tidak, penghantaran berikutnya akan dibuat secara percuma.
            Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, Shopee berjaya mengurangkan masa penghantaran kepada dua hingga tiga hari menerusi sistem penyisihan dan penjejakan bungkusan yang lebih baik, operasi cekap dan hubungan lebih rapat yang terjalin dengan rakan logistik.
                 

ARENA ⏱
========


        ⭐ BEKAS penyerang berbisa Atletico Madrid, Liverpool dan Chelsea yang memenangi Piala Dunia bersama Sepanyol, Fernando Torres mengumumkan persaraannya, hari ini.
            "Saya ada sesuatu yang penting untuk diumumkan. Selepas beraksi selama 18 tahun yang menyeronokkan, sudah tiba masanya saya menamatkan karier bolasepak saya,” kata Torres, 35 di laman Twitter.
          Torres kini beraksi bersama kelab Jepun, Sagan Tosu.

        🏆 URUGUAY bangkit dua kali daripada ketinggalan ketika seri 2-2 menentang aksi luar biasa skuad Jepun pada Copa America sebentar tadi, dengan bantuan dua keputusan pengadil yang dipersoalkan dan terpaksa menunggu sehingga perlawanan akhir peringkat kumpulan bagi mengetahui nasib mereka untuk layak ke suku akhir.
           Koji Miyoshi meletakkan pasukan jemputan kejohanan mendahului pada minit ke-25 dengan penyudah yang menyakinkan selepas melakukan serangan pantas namun Luis Suarez menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian selepas menyempurnakan penalti yang diperolehi daripada keputusan kontroversi menerusi tayangan VAR.

        🎾 BEKAS pemain nombor satu, Andy Murray yang merumuskan “perubahan kehidupan” selepas pembedahan pinggul kembali melakar rentak kemenangan pada Kejohanan ATP Fever-Tree di Kelab Queen’s, London, awal pagi ini.
              Juara tiga kali Grand Slam bergandingan dengan pemain Sepanyol, Feliciano Lopez mencatat, 7-6 (7/5) 6-3, dalam kemenangan pertama pada perlawanan kompetitif dalam masa lima bulan.

        🏁 LEWIS Hamilton mengenepikan rakan sepasukan Mercedes, Valtteri Bottas pada sesi latihan pertama Grand Prix Perancis, hari ini.
          Hamilton yang mendahului Bottas dengan kelebihan 29 mata dalam kedudukan kejuaraan merakam 1 minit 32.738s, hanya berada 0.069s di depan pemandu Finland itu pada sesi di Sirkit Paul Ricard.
         Pemandu Ferrari, Charles Leclerc ketiga terpantas di hadapan pemandu Red Bull, Max Verstappen manakala seorang lagi pemandu Ferrari, Sebastian Vettel kelima.

          ⚽ PEMAIN legenda Liverpool, Dirk Kuyt semakin hampir untuk mengambil alih kelab League One yang kini berdepan krisis kewangan iaitu Bolton, menurut laporan laporan media Belanda.
           Ejen bolasepak Belanda, Rob Jansen mendedahkan dia bersama beberapa pemain bintang termasuk Kuyt memiliki impian untuk memiliki kelab itu secara bersama.
             Kuyt, 38, bersara daripada bolasepak tahun lalu sebelum menyertai Fenerbahce dan Feyenoord selepas meninggalkan Liverpool.

          🙌🏻 PETR Cech akan kembali ke Chelsea dengan peranan sebagai penasihat teknikal selepas bersara daripada tugasan sebagai penjaga gol pada usia 37, bulan lalu.
           Cech akan menjadi orang tengah antara pengurus baru kelab itu dan pengarah, Marina Granovskaia selepas jawatan itu kosong berikutan Michael Emenalo meletak jawatan sebagai pengarah teknikal dua tahun lalu.
            "etr Cech kembali sebagai Penasihat Teknikal dan Prestasi Chelsea,” menurut Chelsea dalam kenyataan, hari ini.

           🏑 KETUA jurulatih skuad hoki lelaki negara, Roelant Oltmans akan cuba memenuhi impian penjaga gol, S Kumar untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Tokyo 2020 buat kali pertama.
            Jelas Oltmans, beliau sememangnya kagum dengan semangat tidak pernah mengenal erti putus asa yang ditunjukkan oleh Kumar.
          "Tidak dinafikan Kumar adalah penjaga gol terbaik yang kita ada di negara ini.

          🐯 BEKAS penggempur berbisa Harimau Malaya, Safee Sali mahu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak memandang enteng kemampuan penyerang tempatan apabila skuad negara beraksi diperingkat antarabangsa.
            Jelas pemenang kasut emas Piala AFF 2010 itu, usaha FAM untuk memburu penyerang naturalisasi selepas membawa masuk pemain sayap Pahang, Mohamadou Sumareh perlu dinilai semula dan memberi peluang kepada penyerang tempatan.

         🥋 PERSEKUTUAN Karate Malaysia (MAKAF) menggugurkan keahlian terhadap lima persatuan negeri yang didapati melanggar perlembagaan persatuan itu berkuat-kuasa serta-merta.
           Mengumumkan perkara itu, Presiden MAKAF, Tan Sri Mohd Ali Rustam, berkata persatuan terbabit adalah Persatuan Karate-Do Wilayah Persekutuan Putrajaya, Persatuan Karate-Do Perak, Persatuan Karate-Do Pahang, Persekutuan Karate Pulau Pinang serta Persekutuan Karate Goshin-Ryu Malaysia.

        🎳 KUALA LUMPUR: Shalin Zulkifli sedia menyahut cabaran untuk mengatasi rekod 22 emas dimiliki Nurul Huda Abdullah disaksikan sendiri legenda renang negara itu di bumi Filipina.
            Jelasnya atlet tenpin bowling negara berusia 41 tahun itu, Nurul Huda yang juga timbalan ketua kontinjen negara (CDM) ke Sukan SEA Filipina menyuarakan perkara itu kepadanya dua tahun lalu.
        ”Kami sudah lama berkawan dan sejak kebelakangan ini semakin rapat. Dia pernah beberapa kali secara peribadi menyuarakannya kepada saya.


berita penuh sila layari: www.hmetro.com.my

piloi_hani al_linggi
#⃣re🅿oterat🅰spok🆗
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2019 08:25 AM | Show all posts
G🅰RA🅿AN 🔛LINE 🅰L_LI🆖GI


KH🅰MIS 2⃣7⃣ J➰N 2⃣0⃣1⃣9⃣ ⓂASℹHI 🅱ERSAⓂAAN 2⃣3⃣ SYAW🅰L 1⃣4⃣4⃣0⃣ HIJR🅰H


#⃣live fr🅾♏ fN &#128175LUS 🅱EVER🅰GE SHA#⃣ ALAⓂ


‎🌻 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ 🌹

‎            السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA..

WAKTU S⏰LAT SH🅰H ALAⓂ DAN K🅰WASAN SE〰AKTU DE🆖ANNYA

IMSAK : 0⃣5⃣3⃣5⃣
SUBUH : 0⃣5⃣4⃣5⃣
SYURUK : 0⃣7⃣0⃣6⃣
ZOHOR : 1⃣3⃣1⃣9⃣
ASAR : 1⃣6⃣4⃣5⃣
MAGHRIB : 1⃣9⃣2⃣8⃣
ISYAK : 2⃣0⃣4⃣4⃣


artikel disiarkan pada tarikh 26jun


TANAHAIRKU 🇲🇾
==============


              🌺 1) MAHKAMAH Tinggi Shah Alam, hari ini, mengekalkan sabitan terhadap guru agama yang didapati bersalah mencederakan kaki muridnya yang berusia 11 tahun dengan menggunakan rotan kerana enggan menunaikan solat. Hakim Datuk Abdul Halim Aman bagaimanapun menggantikan hukuman penjara enam bulan kepada penjara sehari iaitu pada hari ini, manakala hukuman denda RM2,000 dinaikkan kepada RM4,000 terhadap tertuduh Muhammad Adib Abd Halim, 25.

              🌺 2) MENYEDIHKAN apabila tiga mangsa ditemui masih berdiri dengan memegang besi cerucuk, manakala mayat seorang lagi terbaring selepas mereka tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Lost Paradise Resort, Tanjong Bungah, Georgetown, malam tadi. Malah, ada juga mangsa yang masih melekat di besi cerucuk dalam longkang yang dalam pembinaan untuk membuat tembok penghadang jalan di resort itu hingga menyukarkan kerja-kerja mengeluarkan mayat kerana ia terpaksa dilakukan dengan berhati-hati.

              🌺 3) PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tujuh pertuduhan menerima suapan membabitkan SGD4.24 juta daripada sebuah syarikat pengendali perkhidmatan pusat sehenti di China dan Sistem Visa Luar Negara (VLN), dua tahun lalu. Ahmad Zahid, 66, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik saja kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

              🌺 4) KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka berdepan sekurang-kurangnya 40 tuduhan mengikut Seksyen 16(a)(B), Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Seksyen 165, Kanun Keseksaan. Sumber memberitahu Harian Metro, Ahmad Zahid berdepan tujuh tuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini manakala baki tuduhan akan dilakukan di Mahkamah Seksyen Shah Alam, esok.

              🌺 5) KIRA-KIRA 43 peratus pengguna di Malaysia tidak berpuas hati dengan pengalaman penghantaran e-dagang mereka, menurut kaji selidik oleh Parcel Perform dan laman web meta-carian iPrice Group. Kaji selidik itu menunjukkan Malaysia mencatatkan tempoh transit paling lama di rantau ini, dengan penghantaran mengambil masa 5.8 hari berbanding purata masa serantau selama 3.3 hari.

              🌺 6) KEBIMBANGAN penduduk yang sering terserempak buaya besar di Sungai Bako, Kuching berakhir apabila reptilia itu ditangkap hari ini. Ketua Unit Hidupan Liar Sarawak, Forestry Corporation (SFC), Wan Mazlan Wan Majian berkata, buaya 3.6 meter dan dianggarkan 200 kilogram itu ditangkap selepas memakan umpan yang dipasang pihaknya dan tersangkut jaring udang penduduk kampung.

              🌺 7) “LULUH hati saya apabila melihat separuh rumah pusaka ini musnah,” kata Nor Azman Yusof, 46, selepas rumah pusaka miliknya di Kampung Gual Tualang, Lubok Stol, Rantau Panjang rosak teruk akibat dihempap pokok durian susulan hujan lebat dan ribut, semalam. Nor Azman berkata, dia mengetahui kejadian selepas pulang dari kebun di Kampung Telaga Mas, pada 4 petang.

              🌺 8) LELAKI maut dan isterinya pula parah selepas kereta dinaiki dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh kereta lain di Kilometer 66 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Taman Sri Mas, Ipoh, malam tadi. Dalam kejadian 9 malam itu, Chee Kok Choon, 47, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas parah di beberapa bahagian badan, manakala isterinya berusia 46 tahun patah tangan.

              🌺 9) SUASANA di Stadium Perbandaran Pasir Gudang yang dijadikan Pusat Gerakan Operasi Pemantauan susulan pencemaran udara dilihat terus lengang sejak semalam. Malah hari ini yang juga genap seminggu insiden itu dilaporkan, keadaan bertambah sunyi apabila orang ramai yang hadir ke stadium itu untuk mendapatkan rawatan awal lebih sedikit berbanding semalam.

              🌺 10) TERPAKSA berdikari dan hidup gelandangan yang perlu dilalui empat beradik berusia antara 12 hingga 17 tahun selepas pemergian ibu kesayangan mereka kira-kira tiga tahun lalu. Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru Normawarni Mahat berkata, sejak pemergian ibu, empat beradik berkenaan yang tidak dapat dikenal pasti status warga negara tinggal gelandangan di bandar raya ini.

              🌺 11) TEMPIAS insiden pencemaran udara yang melanda kawasan Pasir Gudang sejak Khamis lalu turut dirasai kalangan peniaga yang menjalankan perniagaan. Kebanyakan peniaga di sekitar kawasan ini mengakui perniagaan yang diusahakan mereka terjejas susulan insiden berkenaan, namun ia tidak seteruk ketika kejadian pencemaran Sungai Kim Kim pada Mac lalu.

              🌺 12) JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan merekodkan 200 saman hasil laporan awam menerusi aplikasi WhatsApp sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini. Pengarah JPJ negeri Mahasan Mustapa berkata, pihaknya akan terus membuka talian aplikasi WhatsApp menggunakan nombor 0134498997 bagi membolehkan orang ramai melaporkan kesalahan lalu lintas dilakukan pengguna jalan raya.

              🌺 13) “TIADA maaf buat peragut kerana menganiaya orang tua seperti kami, hanya untuk dapatkan duit dengan mudah,” kata suri rumah, Rahimah Mat Hasan, 56, yang cedera bersama suami akibat diragut dalam kejadian di Kampung Keting, Bachok, semalam. Rahimah berkata, dia dan suami, Alias Awang, 64, menerima lebih 60 jahitan di mulut, lengan, kaki kanan dan kedua-dua belah betis selepas terjatuh dalam parit akibat bergelut dengan dua peragut.

              🌺 14) SEBANYAK 71 tan dadah bernilai RM213 juta dirampas bagi tempoh dari 1 Januari hingga 15 Jun lalu. Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Kamarulzaman Mamat berkata, jumlah rampasan itu meningkat berbanding tahun lalu iaitu 96 tan. “Jika dilihat pada statistik bagi tempoh tiga tahun lalu, terdapat peningkatan jumlah rampasan dadah iaitu 50 tan direkodkan pada 2016 dan jumlah itu meningkat 36 tan kepada 86 tan pada 2017.

              🌺 15) LELAKI tempatan berusia 50-an dicekup ketika sedang leka mengira syiling dilarikan dari sebuah kedai menjual pakaian dipecah masuk di Jalan Awang, Segamat, 3.30 pagi kelmarin. Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Raub Selamat berkata, suspek ditahan 100 meter dari meter kedai berkenaan.

              🌺 16) LELAKI bukan hanya menanggung kerugian RM5,000 tetapi turut terjatuh selepas motosikal ditunggangnya ditendang dalam kejadian samun di kawasan Binjai, Chukai kelmarin. Dalam kejadian 12.45 tengah malam itu, mangsa berusia 24 tahun dan bekerja sendiri turut diacukan sebilah pisau di lehernya.

              🌺 17) “BIARPUN sudah 40 hari arwah meninggal dunia, orang ramai masih tidak putus-putus menziarah rumah dan kuburnya,” kata Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, suami kepada pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad. Ahmad Shah, berkata pada sambutan Aidilfitri baru-baru ini, jumlah orang yang berkunjung ke rumah semakin bertambah seolah-olah arwah masih ada. Katanya, individu yang menziarah kebanyakannya tidak dikenalinya dan arwah sendiri.

              🌺 18) HUJAN lebat selama sejam di Melaka hari ini menyebabkan banjir kilat berlaku di beberapa kawasan. Hujan bermula 6.30 pagi itu menyaksikan air menggenangi beberapa jalan di sekitar Bukit Katil, Melaka Baru dan Gangsa. Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali berkata, banjir kilat berlaku disebabkan longkang tidak mampu menampung air.

              🌺 19) SEBAHAGIAN besar penagih dicekup pihak berkuasa negara ini mengaku mengambil syabu dan heroin kata Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Kamarulzaman Mamat. Beliau berkata, seramai 19,908 individu ditahan membabitkan pelbagai kesalahan berkaitan dadah bagi tempoh 6 Mei hingga 19 Jun lalu. “Statistik tangkapan mengikut usia, golongan 40 tahun ke atas mencatatkan jumlah tertinggi iaitu seramai 4,402 individu dengan majoriti terbabit penagihan heroin.

              🌺 20) DUA pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) selepas pemeriksaan mendapati mereka bekerja tanpa permit sah di sebuah sangkar ikan berhampiran Tanjung Piandang, Kuala Kurau, 8 pagi semalam. PATI berusia 20 dan 25 tahun ditahan pasukan Zon Maritim Kuala Kurau yang melakukan rondaan dan pemeriksaan di sangkar ikan berkenaan terletak pada jarak 1.5 kilometer dari Tanjung Piandang.

              🌺 21) DUA lelaki tempatan dipercayai ahli sindiket ceti haram atau along ditahan polis dalam Operasi Vulture di Bundusan Square, Penampang kelmarin. Kedua-duanya yang berusia 20-an ditahan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang pada 10.30 pagi.

              🌺 22) *“SUDAH dua malam saya tidak dapat tidur bimbangkan keselamatan suami. Saya buntu memikirkan di mana suami berada,” kata Normah Talib, 67, mengenai suaminya yang hilang sejak Isnin lalu.
Pesara tentera, Abd Hamid Minhaj, 73, dikatakan keluar rumah di Kampung Jalan Anak Air Sepam, Rembang Panas di Kuala Pilah, kira-kira 9 pagi dan gagal dikesan sehingga kini.*

              🌺 23) POLIS memburu lelaki warga Indonesia dikenali sebagai ‘Selamat’ yang mencederakan wanita senegaranya di Stutong, semalam. Suspek melarikan diri sebaik mengelar leher wanita terbabit selain menikam bahagian perut dan kepala mangsa. Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata, mangsa yang berusia 36 tahun itu yang lari meminta pertolongan, ditemui seorang lelaki berdekatan asrama pekerja kedai makan di Stutong, kira-kira jam 1.50 pagi tadi.

              🌺 24) LELAKI ditemui lemas ketika cuba berenang ke arah rumah bot di tengah Sungai Pengkalan Lubuk Buntal, Serdang di Bandar Baharu, hari ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan 3.04 petang dan sepasukan anggotanya dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang tiba di lokasi 3.49 petang.

              🌺 25) DUA kumpulan penjenayah aktif melakukan samun, ragut dan pecah rumah sekitar daerah Taiping tumpas dengan tertangkapnya empat suspek minggu lalu hasil dua serbuan berasingan dilakukan pihak polis. Kumpulan pertama digelar Geng Takim dipercayai terbabit aktiviti ragut dan samun diberkas dalam serbuan di sebuah rumah di Simpang, pada 6 petang 17 Jun lalu.

              🌺 26) LELAKI ditemui mati dipercayai menghidu asap arang di Jin Hold Service Apartment, Kuching, semalam. Mangsa disahkan sebagai Kendrick Sim Tee Chuan, 32, yang berasal dari Taman Wawasan, di Jalan Teku, Sibu. Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata, mangsa ditemui pengsan oleh orang awam sebelum menghubungi polis.

              🌺 27) JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor mematahkan cubaan penyeludupan keluar beberapa jenis mata wang membabitkan nilai tertinggi di seluruh negara tahun ini berjumlah RM6.356 juta di Kompleks Sultan Abu Bakar, Gelang Patah, Iskandar Puteri, 18 Jun lalu. Pengarah JKDM Johor, Datuk Mohammad Hamidan Maryani berkata, mata wang berkenaan ditemui di dalam empat kotak di bonet kereta dinaiki dua lelaki.

              🌺 28) EMPAT peguam baharu daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) dilantik mewakili pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim. Mereka yang mewakili pihak berkepentingan itu membabitkan tiga Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan, Mazlifah Ayob dan Fadzilatul Isma Ahmad Rafngah serta Peguam Persekutuan, Afiq Zainal Abidin.

              🌺 29) SEBANYAK 31 kawasan di Klang akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas paip utama berukuran 1,050 milimeter dari Kolam Terminal Bukit Jelutong ke Kolam Lipat Kajang bocor, awal pagi tadi. Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Abdul Raof Ahmad berkata, kebocoran paip utama itu berlaku berhampiran Dataran Automobil, Persiaran Selangor, di Seksyen 15, disebabkan kerja pihak ketiga.

              🌺 30) TIADA sebarang transaksi serta akaun yang dikaitkan dengan perbuatan rasuah membabitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selepas siasatan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Mengesahkan perkara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, siasatan lanjut yang dijalankan mendapati tiada sebarang aktiviti membabitkan perbuatan rasuah yang boleh dikaitkan dengan Mohamed Azmin.

              🌺 31) Sepang: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan cubaan menyeludup 5,255 anak kura-kura jenis Red Ear Slider bernilai RM52,550 membabitkan dua tangkapan lelaki warga India di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), Sepang, 20 Jun lalu. Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Datuk Zulkurnain Mohamed Yusuf berkata, pemeriksaan pertama membabitkan lelaki warga India berusia 30 tahun yang tiba dari Guangzhou, China.

               🌺 32) JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan dua cubaan menyeludup dadah kira-kira 14.34 kilogram (kg) dengan anggaran bernilai RM717,000 pada 19 dan 20 Jun lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2). Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Datuk Zulkurnain Mohamed Yusuf berkata, kes pertama, jam 7.55 pagi membabitkan pemeriksaan sepasukan Pegawai Kastam Cawangan Pemeriksaan Penumpang terhadap seorang lelaki warga India berusia 30 tahun tiba dari Hyderabad, India.

               🌺 33) JURUTERA kerugian RM350,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam di bank di Bandar Baru Nilai dan Tabung Haji, Kuala Lumpur, minggu lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJN) Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Ab Ghani berkata, kejadian bermula pada 14 Jun lalu sebaik lelaki berusia 41 tahun itu dihubungi wanita yang mendakwa bekerja di Ibu Pejabat Pos Kuala Lumpur jam 10.30 pagi.

               🌺 34) Kuching: Pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan warga negara berumur 18 tahun layak mengundi akan dibentangkan di Parlimen, bulan depan. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun berkata, beliau difahamkan usul itu dijangka dibaca pada persidangan 4 Julai ini. “Kita bersama-sama menunggu hasil pembentangan itu,” katanya.

               🌺 35) PEJABAT Kesihatan Daerah (PKD) Kota Setar mengesan lokasi baru selepas empat orang lagi disahkan positif Chikungunya, menjadikan jumlah keseluruhan positif virus itu seramai 19 orang. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, empat kes baru itu adalah penduduk dan peniaga berusia antara 39 hingga 60 tahun dari Simpang Kuala.

               🌺 36) PASUKAN Polis Marin (PPM) menahan juragan dan seorang lelaki warga asing yang cuba menyeludup keluar beberapa barang kawalan menggunakan bot pam di perairan Felda Sahabat 16, Lahad Datu, semalam. Bot dikendalikan juragan warga asing berusia 40 tahun itu ditahan sepasukan PPM Lahad Datu ketika menjalankan tugas Ops Gelora pada 10.30 malam.

               🌺 37) EMPAT orang termasuk seorang bayi berusia sebulan cedera selepas ambulans dinaiki, hilang kawalan lalu terbabas ke pembahagi jalan dan melanggar pokok di Lebuh Ayer Keroh, Alor Gajah, semalam. Difahamkan, dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, ambulans terbabit dalam perjalanan pulang dari Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur ke Hospital Melaka dan baru sahaja keluar dari Lebuhraya Utara Selatan melalui Plaza Tol Ayer Keroh.

               🌺 38) PASUKAN Polis Marin (PPM) menahan seorang lelaki kerana disyaki memiliki peralatan dan bahan letupan di kawasan perairan Tanjung Pantau-pantau, Pulau Bum-Bum dekat Semporna, semalam. Dalam kejadian 12 tengahari itu, perahu yang dikendalikan suspek berumur 45 tahun yang dipercayai etnik Pala’u itu dikesan dalam keadaan mencurigakan oleh sepasukan anggota Unit Risikan Marin (URM) di kawasan berkenaan.

               🌺 39) PELABUHAN KLANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperkenalkan prosedur pengeluaran Sijil Perakuan Penyiapan dan Pematuhan (PPP) bagi pembinaan bas bermula 1 Julai depan. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, pelaksanaan PPP bermula di peringkat pembina badan bas dan setiap bas yang dibina serta didaftarkan selepas 1 Julai diwajibkan memiliki sijil perakuan terbabit.

               🌺 40) PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) memulangkan sejumlah wang kepada 1,400 pemegang akaun susulan peningkatan mendadak tarif elektrik dalam bil pelanggan kediaman Mei lalu. Ketua Pegawai Peruncitan TNB, Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata, hasil pemeriksaan pihaknya mendapati 1,400 pengguna yang membuat aduan berhubung bil tinggi diselesaikan melalui pemulangan wang atau kredit ke dalam bil berikutnya sejak hujung Mei hingga semalam.

            
SEJAGAT 🌍
==========


          🇮🇳 NEW DELHI: Seorang lelaki yang sedang nyenyak tidur di atas becanya maut selepas dihempap seorang lelaki gemuk yang terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan di utara bandar ini.
          Times Of India melaporkan, dalam kejadian pada Sabtu lalu, mangsa yang dikenali sebagai Madan Lal, 60, maut akibat dihempap Ravinder yang mempunyai berat mencecah 90 kilogram.
          Bagaimanapun, Ravinder hanya mengalami retak tulang dan luka di bahagian mata.

          🇺🇸 Sacramento (Amerika Syarikat): Seorang lelaki yang marah akibat dibuang kerja menembak mati dua rakan sekerjanya sebelum suspek menembak dirinya sendiri di sebuah pusat jualan kereta Ford di San Francisco Bay Area, California.
           Jabatan Polis Morgan Hill dalam satu kenyataan di Facebook mengesahkan dua pekerja di premis itu maut ditembak di lokasi kejadian.
         Polis turut menemui mayat suspek yang bersenjatakan pistol dan terbaring di dalam premis itu.

          🇹🇷 ISTANBUL: Sepuluh pendatang maut manakala 30 lagi cedera selepas bas mini yang dinaiki terbabas dalam kejadian di barat laut Turki, hari ini.
           AFP melaporkan, kejadian berlaku apabila pemandu bas terbabit tidak mengendahkan arahan pihak berkuasa supaya memberhentikan kenderaan lalu memecut laju hingga terbabas.
           Ia kemudiannya terlanggar sebuah kedai berhampiran sempadan Greek, kata pejabat Datuk Bandar wilayah Edirne dalam kenyataannya.

          🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 LONDON: Britain mendesak Hong Kong untuk menubuhkan satu badan bebas, bagi menyiasat insiden pertempuran antara pihak polis dan penunjuk perasaan.
             Pada masa sama, Britain turut menggantung lesen eksport peralatan bagi mengawal sekumpulan orang ramai.
             ”Kami sentiasa memantau perkembangan situasi di Hong Kong.

          🇳🇿 WELLINGTON: Polis di sebuah pekan kecil di New Zealand menjalankan siasatan untuk memburu seorang penyerang misteri yang menembak beberapa ekor kucing peliharaan di kawasan itu.
              Dalam satu kejadian terbaru, seekor kucing ditemui dalam keadaan berlumuran darah selepas kepalanya ditembak dipercayai menggunakan raifal di pekan Prebbleton berhampiran Christchurch.
             Pemiliknya, Emilia Petronelli berkata, dia pulang ke rumah pada 10 Jun lalu dan menemui kucing peliharaannya yang dikenali sebagai Riko cedera di bahagian muka.

          🇺🇸 NEW YORK: Seorang wanita yang sering menjadi mangsa buli ketika di sekolah kerana mempunyai nama yang unik berjaya mengharungi segala cabaran dengan berjaya menamatkan pengajian hingga ke peringkat doktor falsafah (PhD).
              Marijuana Pepsi Vandyck berkata, hampir sepanjang hayat dia sering menjadi mangsa buli dan dipersenda kerana namanya yang unik itu.
            Walaupun sering diejek, wanita berusia 46 tahun itu tetap tidak berasa rendah diri atau mahu menukar namanya.

          🇮🇩 JAKARTA: Gara-gara RP1.8 juta (RM528), seorang bapa berusia 28 tahun sanggup melempar anaknya berusia dua tahun ke lantai selepas mengetahui isterinya berhutang dengan jiran mereka di Kampung Kalimaro, Kecamatan Kedungjati, Kabupaten Grobogan, Jawa Tengah.
            Kompas melaporkan, Aripin yang juga dikenali dengan sikap panas barannya, mengaku kepada polis bahawa dia membunuh anaknya yang hanya dikenali sebagai ZT kerana berang dengan perbuatan isterinya Nofiyanti, 26, yang mempunyai banyak hutang dengan jirannya, Lasmanah, 48.
              Polis berkata, suspek dan isterinya berjumpa dengan jirannya untuk menyelesaikan hutang selepas mendapat wang dari bapa mertuanya, Doto.

          🇯🇵 TOKYO: Seekor ‘slug’ (siput tidak bercengkerang) dipercayai menjadi punca bekalan elektrik terputus dan menyebabkan sebahagian rangkaian kereta api laju Jepun terhenti pada bulan lalu.
              Kira-kira 12,000 penumpang terlewat ke destinasi masing-masing pada 30 Mei lalu apabila bekalan elektrik terputus di laluan syarikat kereta api JR Kitakyushu di wilayah Kyushu, selatan negara itu.
              Bekalan terputus ketika waktu puncak pada jam 9.40 pagi (waktu tempatan) menyebabkan syarikat itu membatalkan 26 kereta api.

           🇺🇸 WASHINGTON: Penasihat Rumah Putih, Jared Kushner berkata, konflik Israel-Palestin tidak mungkin boleh diselesaikan berdasarkan Inisiatif Damai Arab yang menggariskan hubungan diplomatik dengan Israel sebagai pertukaran pengunduran rejim Zionis dari semua wilayah dijajahnya ketika perang 1967.
             Kushner membuat kenyataan itu dalam temuramah dengan Al Jazeera sebelum beliau berlepas ke persidangan tajaan Amerika Syarikat di Manama, Baharain, bagi menyampaikan rancangan ekonomi dalam pelan damai terbaru.

           🇭🇰 HONG KONG: Seorang pembantu wanita Indonesia dipenjara empat bulan hari ini kerana meletakkan air kencing dalam bekas minuman majikan.
             Menurut South China Morning Post, Komsatun, 40, sebenarnya mensasarkan majikannya, Solange Feng Shoc-hoa kerana sering dimarahi wanita itu.
          Bagaimanapun, anak lelaki Solange yang berusia 13 tahun menjadi mangsa apabila terminum air berkenaan.
           Perbuatannya terbongkar selepas anak Solange mengadu air dalam bekas itu berasa pelik.

          🇺🇸 MICHIGAN (AMERIKA SYARIKAT): Seorang lelaki yang disahkan meninggal dunia selama 20 minit akibat renjatan elektrik berjaya dihidupkan semula oleh doktor di sebuah hospital di sini, baru-baru ini.
              Dalam kejadian 30 April lalu, Michael Pruitt, 20, terkena renjatan elektrik selepas tangga logam yang diusung menyentuh dawai elektrik hidup ketika bekerja di projek pembinaan di Livonia pada 30 April lalu.
             Menurut Daily Mail, seorang individu menghubungi talian kecemasan dan melakukan bantuan pernafasan ke atas Pruitt.


TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL 📡
========================


         👑 “SAYA ingatkan polis datang nak tengok keadaan (kemalangan). Apabila saya tengok payung kuning dan nampak ada yang memakai songkok dengan lilitan putih, saya tahulah kehadiran (Yang di-Pertuan) Agong di situ,” kata Jasliza Jamil, 38.
           Pegawai Komunikasi Korporat Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) itu terbabit dalam kemalangan di susur Persiaran Barat Lebuh Sentosa di Putrajaya, pagi hari ini selepas kereta Perodua Alza dipandunya hilang kawalan dan terbabas.
           Susulan insiden itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah dalam perjalanan ke Mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Melawati di Putrajaya, turun dari kenderaan rasmi untuk memberikan bantuan kepada mangsa.

         👳🏻‍♂ "TOLONG beri saya ruang," kata pelakon dan pendakwah muda, Muhammad Haris Ismail, 24, susulan isu foto lucah yang menimpanya semalam.
          Muhammad Haris yang juga bekas peserta Pencetus Ummah (PU) dan lebih dikenali sebagai PU Riz ketika dihubungi mengakui berada dalam keadaan tertekan dan perlu bersendirian.
           Portal Harian Metro semalam melaporkan dua keping foto lucah mirip Riz yang bakal muncul dengan filem Ada Apa Dengan Dosa itu tular di media sosial.

          🧁 TIGA lelaki yang ditahan selepas merosakkan makanan di kedai serbaneka di Nilai sehingga video tular di media sosial dibebaskan dengan jaminan polis.
            Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, ketiga-tiga suspek berusia 18 dan 20 tahun itu dibebaskan semalam, selepas tempoh reman empat hari berakhir.
          ”Kita sudah merujuk kes kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dan tiada pertuduhan akan dibuat.
           Difahamkan, kejadian disedari selepas dia melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premisnya susulan video yang tular.
          Suspek dikatakan merakam video perbuatan itu di Instagram Story sebelum tular di media sosial.

         🏘 JEMPOL: Demi cintanya kepada isteri, seorang lelaki Australia sanggup melabur RM4.5 juta membina rumah gadang dan beberapa kediaman bercirikan Minangkabau di Kampung Sri Rompin, di sini.
            Pelaburan besar itu dikeluarkan Yusof Abdullah, 78, sebagai tanda kasih buat Zaharah Kidam, 79, yang mahukan rumah mengekalkan warisan Penghulu Luak Jempol di kawasan itu.
           Yusof turut menganggap pembinaan rumah begitu sebagai penghargaan buat Zaharah yang sanggup mengikutnya menetap di Australia sejak 1966 sehingga memperoleh kerakyatan negara itu.

         🗣 ISLAMABAD: Satu program debat yang disiarkan secara langsung di sebuah stesen televisyen di Pakistan bertukar kecoh apabila seorang ahli politik dan wartawan bertumbuk selepas bertekak sesama sendiri.
            Times Of India melaporkan, pergaduhan itu berlaku antara seorang pemimpin Parti Tehreek-e-Insaf (PTI), Masroor Ali Siyal dan Presiden Kelab Wartawan Karachi, Imtiaz Khan.
           PTI adalah parti Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan.
          Dalam video berkenaan yang tular di Internet, Masroor dilihat memberi amaran kepada Imtiaz mengenai sesuatu yang dicakapkan wartawan itu.

           🦅 TOKYO: Satu rakaman video yang menunjukkan seekor burung gagak berehat seperti gorila tular di media sosial baru-baru ini dan menyebabkan pengguna keliru dengan kelakuan haiwan berkenaan.
           Burung itu dirakamkan berehat di Nagoya, Jepun dengan kepak dikembangkan ke bawah sama seperti gorila meletakkan tangannya di depan.
            Mirror Online melaporkan, video yang dirakamkan Keitaro Simpson itu sudah ditonton lebih sembilan juta kali dan mendapat lebih 248,000 `like’ di Twitter.



berita penuh sila layari: www.hmetro.com.my

piloi_hani al_linggi
#⃣re🅿oterat🅰spok🆗
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2019 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*JUAAT 28 JN 2019 ASHI ERSAAAN 24 SYAWL 1440 HIJRH*


*#live fr fN PLUS EVERGE SHA# ALA*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA*

*IMSAK* : 0535
*SUBUH* : 0545
*SYURUK* : 0706
*ZOHOR* : 1319
*ASAR* : 1645
*MAGHRIB* : 1928
*ISYAK* : 2044


*artikel disiarkan pada tarikh 27jun*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *SELEPAS didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam, bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini atas 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM42.76 juta berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN), lima tahun lalu. Ahmad Zahid, 66, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.*

               2) *PASIR GUDANG: Punca murid dan pelajar sekolah sekitar daerah ini mengalami muntah-muntah dan sesak nafas sejak Khamis lalu, terus menjadi tanda tanya apabila keputusan ujian makmal ke atas sampel darah dan air kencing lapan mangsa tidak menemui kehadiran sebarang unsur kimia seperti yang berlaku dalam kes Sungai Kim Kim sebelum ini. Ini menyebabkan punca sebenar insiden itu yang dikaitkan dengan pencemaran udara masih tidak dapat dipastikan dengan tepat.*

               3) *PELAWAK terkenal tanah air diberkas polis bersama dua rakannya selepas terbabit dalam kes pergaduhan di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Pelawak berusia 40-an itu turut diarah menjalani ujian air kencing susulan penemuan paket berisi dadah dari salah seorang suspek wanita ditahan yang juga kenalan pelawak terbabit.*

               4) *DUA puluh enam individu disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah sekitar Buntong, Ipoh diberkas dalam Op Bersepadu Khas Buntong, semalam. Dalam operasi bermula 6.30 petang hingga 12 tengah malam tadi, polis menahan suspek berusia 18 hingga 60 tahun dan merampas sejumlah dadah dipercayai syabu.*

               5) *PEMBINAAN jambatan kedua Tanjung Lumpur, Kuantan, membabitkan kos RM161.43 juta sudah mencapai 81 peratus proses kemajuan fizikal dan dijadualkan siap mengikut perancangan pada Ogos depan. Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir berkata, pembinaan kini hanya membabitkan kerja-kerja kemasan saja.*

               6) *TUN Dr Mahathir Mohamad berpendapat pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak perlu ditangguhkan sebaliknya perlu diadakan lebih awal memandangkan kepemimpinan yang ada kini adalah dilantik. Perdana Menteri yang juga Pengerusi BERSATU berkata, pemimpin yang dipilih secara lantikan tidak berjaya untuk mengembangkan parti itu.*

               7) *POLIS mendapatkan perintah lanjutan reman terhadap tukang rumah warga Indonesia bagi membolehkan siasatan berhubung kejadian merosakkan kira-kira 20 kubur di Tanah Perkuburan Islam As-Syakirin Pasir Putih, Bachang, di Melaka. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, reman empat hari yang diperoleh sebelum ini, akan berakhir hari ini.*

               8) *SEORANG wanita maut terkena renjatan elektrik ketika memetik mangga di kebunnya di Kampung Terusan, Jalan Lahad Datu-Kunak, Lahad Datu, semalam. Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata mangsa, Sarimah Dalam, 58, dipercayai memetik buah itu dari pokok menggunakan alat menjolok diperbuat daripada logam pada 10 pagi.*

               9) *SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan tiada siapa pun akan terkecuali daripada disiasat agensi itu selagi wujud laporan mengaitkan individu tertentu dengan gejala rasuah. Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata, siasatan akan dijalankan jika suruhanjaya itu menerima laporan berkaitan rasuah yang relevan daripada penyalur maklumat.*

               10) *SEORANG nelayan dikhuatiri lemas apabila bot miliknya ditemui kosong di kedudukan 14.9 batu nautika dari Pantai Kemasin, Bachok, pagi semalam. Terdahulu mangsa, Muhamad Afandi Mohamed, 29, berasal dari Kampung Tok Dosah, Perupok, Bachok, dikatakan keluar memukat bersendirian pada 4 pagi.*

               11) *KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar sahkan tidak pernah mengeluarkan memo bagi melarang kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) menghadiri majlis hari raya yang dianjurkan pembangkang. Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, kementerian tidak menghalang perkara itu dan terpulang kepada mana-mana kakitangan untuk menyertai acara itu memandangkan ia terbuka kepada orang ramai.*

               12) *TUJUH individu termasuk seorang warga emas ditahan polis ketika leka bermain judi mahjong dan jinrami di sebuah kedai kopi secara terbuka di Chuah, Port Dickson, kelmarin. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, dalam kejadian 3 petang itu, empat lelaki dan tiga wanita berusia 50 hingga 84 tahun ditahan.*

               13) *SEORANG wanita Indonesia sanggup memanjat dinding setinggi lima meter dan bersembunyi di atas siling bagi mengelak dirinya diberkas Jabatan Imigresen (JIM) Pulau Pinang di sebuah rumah kedai di Permatang Tinggi, Bukit Mertajam, tengah malam tadi. Namun usaha wanita yang juga pendatang asing tanpa izin (PATI) berkenaan gagal selepas dia diberkas susulan penemuan tapak kakinya di dinding premis.*

               14) *PESARA tentera, Abd Hamid Minhaj, 73, yang hilang dari rumahnya di Kampung Jalan Anak Air Sepam, Rembang Panas, Kuala Pilah, Isnin lalu ditemui selamat, hari ini. Anak Abd Hamid iaitu Suhaimi, 39, berkata, bapanya ditemui penduduk kampung di Pekan Juasseh ketika menuruni bas yang datang dari arah Seremban pada 7.30 pagi.*

               15) *BELUM lagi isu pencemaran udara reda, penduduk Jalan Keluli 7, Pasir Gudang gempar apabila menemui cecair hijau dikeluarkan kilang ke longkang, hari ini. Perkara itu didedahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk Che Zakaria Mohd Salleh, selepas mendapat aduan penduduk berhubung penemuan cecair hijau seakan-akan minyak atau cat yang masih belum diketahui jenisnya.*

               16) *ANGGOTA penguat kuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Jempol berdepan kesukaran sebaik dimaki hamun keluarga ketika menjalankan operasi pencegahan dadah di sekitar gugusan FELDA Palong, Jempol, kelmarin. Malah, ibu bapa kepada seorang remaja lelaki bertindak menyembunyikan anak mereka berusia 17 tahun dalam almari pakaian bagi mengelak dicekup.*

               17) *MERAJUK kerana permintaan tidak dituruti, seorang lelaki, 34, bertindak mengugut bapa kandungnya berusia 62 tahun dengan menggunakan pisau belati di Kuala Muda, kelmarin. Dalam kejadian 7 malam di rumah bapanya itu, suspek bertindak meletakkan pisau belati di leher dan dada kiri lelaki berkenaan selain mengacukan pisau ke arah ibunya.*

               18) *BEKAS Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Hasnan Aziz meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, pagi tadi. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam 6 pagi tadi dipercayai kerana masalah jantung.*

               19) *DUA lelaki maut selepas motosikal ditunggangi bertembung dengan lori dalam nahas di Jalan Kota Samarahan- Sadong Jaya di Kota Samarahan, semalam. Dalam kejadian 8 malam itu, pembonceng motosikal berkenaan maut akibat terperosok di bawah lori kesan daripada pelanggaran itu.*

               20) *LOJI Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih yang dihentikan sementara berikutan pencemaran bau di sumber air mentah sudah kembali beroperasi bermula jam 6 pagi, hari ini. Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) Abdul Raof Ahmad dalam satu kenyataan media berkata, penyaluran bekalan air ke sistem agihan dan kolam perkhidmatan di kawasan terjejas sedang dilakukan bagi proses pemulihan berperingkat.*

               21) *LELAKI ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) ketika cuba menyeldup 235 liter minyak petrol ke negara jiran menerusi perairan Pulau Kulapuan, di Semporna, semalam. Lelaki berusia 45 tahun yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan dipercayai suku Pala’u ditahan menerusi Op Gelora, pada 6.45 pagi.*

               22) *SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, semalam, mengekalkan sabitan terhadap seorang guru agama selepas dia didapati bersalah mencederakan kaki muridnya berusia 11 tahun menggunakan rotan kerana enggan menunaikan solat. Hakim Datuk Abdul Halim Aman bagaimanapun menggantikan hukuman penjara enam bulan kepada penjara sehari iaitu hari ini (semalam) serta denda RM2,000 dinaikkan kepada RM4,000 terhadap tertuduh Muhammad Adib Abd Halim, 25.*

               23) *KUALA LUMPUR: Penguatkuasaan undang-undang baharu yang lebih ketat terhadap kemasukan sisa pepejal dari luar negara oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) diakui berjaya menyekat kemasukan sampah ke negara ini. Penolong Pengarah (Unit Kemudahan dan Permit Import) JPSPN Wemi Kalsuna Katerun mengakui sebelum ini ada syarikat yang bertindak mengimport sisa pepejal berisi sampah sehingga menjejaskan alam sekitar.*

               24) *“SAYA hanya mahu mendisiplinkan rakyat sehingga ada yang anggap saya sebagai diktator,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkongsi kisah hidupnya di majlis My Voice My Nation Malaysia 2019 berkata, beliau tidak kisah dengan gelaran itu. Menurutnya, didikan dan disiplin bapanya dahulu banyak mempengaruhinya dalam mendisiplinkan kakitangan kerajaan dan rakyat negara ini sebaik saja dilantik sebagai Perdana Menteri.*

               25) *PENDUDUK Kampung Desa Melayu berdekatan Sungai Tebrau, Johor Bahru gempar berikutan penemuan 20 tong dipercayai berisi bahan kimia hari ini. Paling membimbangkan apabila sebahagian besar tong dijumpai penduduk di tapak balai raya lama Kampung Desa Melayu itu tertera pelekat amaran bahan kimia berbahaya.*

               26) *JABATAN Kerja Raya (JKR) negeri diarah menyiasat bahagian atas dan bawah lereng sepanjang Jalan Batu Ferringhi, Georgetown bagi memastikan ia selamat digunakan orang ramai. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata, siasatan itu juga bagi memastikan tahap integriti jalan raya sepanjang kira-kira 15 kilometer (km) yang menghubungkan kawasan utara Pulau Pinang itu terjamin.*

               27) *TAPAK projek pembinaan berhampiran pusat bandar Tawau dikenakan kompaun selain diberi notis selepas dikesan gagal mematuhi peraturan pembinaan. Tindakan itu diambil susulan operasi mengejut Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bersama Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Jabatan Tenaga Kerja Sabah (JTK), Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (PERKESO) dan Suruhanjaya Tenaga (ST) Sabah, hari ini.*

               28) *STESEN pemantauan bahan cemar udara secara tetap bakal dibina di Pasir Gudang bagi pemantauan kualiti udara secara berterusan sebagai langkah menangani isu pencemaran udara di kawasan itu. Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berkata, isu pencemaran di Pasir Gudang sudah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan penempatan stesen pemantauan secara tetap itu antara cadangan bagi menangani isu terbabit dalam jangka masa panjang.*

               29) *LELAKI yang memandu lori simen menanggung kesakitan kira-kira 30 minit akibat tersepit di tempat duduk pemandu selepas kenderaan dipandunya terbabas dan terbalik di Jalan Kampung Sri Cheding, Jenjarom di Kuala Langat, hari ini. Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari ini, mangsa berusia 36 tahun itu diselamatkan anggota bomba yang tiba ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.*

               30) *“SAKIT mak, cepat hantar Boboi ke hospital,” Itu permintaan Muhammad Aeril Akhtar Mohd Rizal, 6, yang maut selepas dipercayai digilis sebuah kereta dalam kemalangan di Jalan Gong Pasir-Balai Besar, Dungun hari ini. Kejadian berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa bersama ibunya, Noor Hayati Mohd Noor, 41, dari arah Gong Pasir menuju ke arah Alor Tempoyak secara melawan arus melalui bahu jalan.*

               31) *TAN Sri Mohd Bakke Salleh dilantik Pengerusi FELDA baharu berkuatkuasa 1 Julai ini sehingga 30 Jun 2021. Beliau menggantikan Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor yang mengumumkan peletakan jawatan semalam. Mohd Bakke akan bersara sebagai Timbalan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Sime Darby Plantation Berhad (SDP) pada 30 Jun ini.*

                32) *SEBUAH restoran di Setia Alam yang menggajikan 39 pendatang asing tanpa izin (Pati) sebagai pelayan, tukang cuci dan tukang masak sejak beberapa bulan lalu diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam Ops Selera malam tadi. Serbuan oleh 16 pegawai Unit Operasi Khas (UOK) Bahagian Perisikan Operasi Khas dan Analisa, Ibu Pejabat JIM bermula 10.30 malam itu tamat tengah malam tadi.*

                33) *POLIS meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan suspek utama kes samun sebuah kedai kek di Villa Tropikana, Jalan Penampang Bypass, Penampang, Selasa lalu. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, berdasarkan keterangan mangsa dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pihaknya berjaya mendapatkan lakaran wajah suspek.*

                34) *ENAM murid Sekolah Rendah Islam Seri Ar-Rahmah Solok Gaung, Ayer Molek, Melaka, dikejarkan ke Klinik Kesihatan Ayer Molek selepas mengadu berasa mual dan pening dipercayai akibat kesan tumpahan merkuri daripada termometer yang pecah. Difahamkan dalam kejadian 11 pagi hari ini, 14 murid tahun lima mengikuti kelas mata pelajaran sains dalam bilik darjah, berikutan sekolah terbabit tidak mempunyai kemudahan makmal.*

                35) *SETIAUSAHA Politik Menteri Pengangkutan Datuk Mohamad Dahlan Maamor menafikan dakwaan Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin dan Teksi Lapangan Terbang SeMalaysia (GTSM) bahawa beliau tidak mahu bertemu dengan kumpulan berkenaan. Selain itu, Mohamad Dahlan turut menyangkal dakwaan GTSM yang mendakwa sekiranya memorandum diberikan kepadanya, akan ‘dibakul sampahkan’.*

                36) *KESUKARAN dihadapi penghuni dua pusat jagaan dan pertubuhan kebajikan mendapat perhatian Kumpulan Syarikat Prolintas untuk menyumbang kenderaan pelbagai guna (MPV) Hyundai Starex bagi kemudahan mereka. Kenderaan berkapasiti 12 tempat duduk itu diserahkan kepada Pusat Jagaan Kasih Harapan Kota Damansara dan Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Hasanah Ukay Perdana.*

                37) *PENGHASILAN produk benang serat nanas boleh dijadikan sumber pendapatan baru bagi usahawan tanaman nanas di Negeri Sembilan. Ini kerana ia mampu memberikan pulangan bernilai tinggi, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Sembilan, Bakri Sawir. Bakri berkata, benang serat daun nanas adalah produk bukan makanan berasaskan nanas, antaranya untuk menghasilkan tekstil berkualiti tinggi sekali gus memberi pulangan lumayan kepada pengusaha di negeri ini.*

                38) *MULAI sekarang, penerbit berita di Malaysia perlu berhati-hati apabila menyiarkan artikel dalam Facebook susulan pelancaran program semakan fakta pihak ketiga baru-baru ini oleh platform sosial itu dengan kerjasama Agence France-Presse (AFP). Program itu, yang bermula hari ini, bertujuan mengurangkan penyebaran maklumat palsu dalam talian dan membantu membentuk masyarakat yang lebih berinformasi di negara ini.*

                39) *SEORANG lagi pesakit Orang Asli disahkan dijangkiti wabak campak semalam menjadikan keseluruhan 11 kes penduduk Orang Asli positif wabak itu di Terengganu setakat ini. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Dr Mohd Jusoh berkata, pesakit membabitkan lelaki Orang Asli berusia 40 tahun dan dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu (HHT) untuk menerima rawatan.*

                40) *SEORANG lelaki dijatuhi hukuman penjara 54 bulan dan satu sebatan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini kerana melakukan amang seksual fizikal terhaap remaja perempuan berusia 16 tahun. Hakim Wan Azimah Yaacob membuat keputusan itu selepas tertuduh, Muhammad Afiru Afireen Razali, 27, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *BERLIN: Pihak berkuasa di beberapa negara mengeluarkan amaran semalam ketika gelombang panas merekodkan suhu paling tinggi di Eropah apabila mencecah 40 darjah Celsius.*
            *Kepanasan melampau itu menyebabkan lalu lintas tersekat, mencetuskan kebakaran hutan dan memanaskan perbahasan berhubung tindakan berbogel di khalayak ramai ketika penduduk Jerman berbuat demikian kerana panas.*
         *Namun pengeluar wain di Perancis mengalu-alukan cuaca panas kerana ia membantu menghasilkan arak lebih baik.*

           *MIAMI: Seorang wanita dari California, Amerika Syarikat maut selepas diserang jerung ketika melakukan aktiviti snorkeling bersama keluarganya di Bahamas, lapor media semalam.*
          *AFP melaporkan, Jordan Lindsey, 21, diserang oleh tiga jerung ketika melakukan aktiviti itu di Pulau Rose di timur Nassau, kata Timbalan Komisioner Polis, Paul Rolle kepada WPLG.*
         *Mangsa kemudian dibawa ke pantai lalu dikejarkan ke hospital namun gagal diselamatkan apabila dia disahkan mati sebaik tiba, katanya.*

           *NEW DELHI: Sebuah pesawat penumpang Air India yang terbang ke Amerika Syarikat dan terpaksa diiringi jet pejuang British untuk mendarat di London selepas seorang pegawai di syarikat penerbangan menerima ancaman bom tetapi kemudian berkata ancaman bom berkenaan adalah palsu.*
           *Seorang pegawai Air India berkata penerbangan AI 191 dari Mumbai ke Newark terpaksa membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Stansted London selepas Mumbai menerima panggilan bom palsu berkenaan.*
           *Pegawai itu berkata tiada ancaman keselamatan.*

           *LONDON: Putera William mengaku dia tidak keberatan dan menerima pilihan anak-anaknya jika mereka menjadi gay atau lesbian satu hari nanti, katanya hari ini.*
            *Namun Duke of Cambridge itu mengaku dia tetap berasa khuatir di atas tekanan dan kebencian yang akan dihadapi anak-anaknya di masa depan kerana status diraja.*
            *Putera William, 37, menduduki barisan kedua dalam takhta British dan bakal ditabal sebagai raja pada masa hadapan, mempunyai tiga anak hasil perkongsian bersama Kate iaitu George, 5, Charlotte, 4, dan Louis , 2.*

           *DHAKA: Seramai 535 orang dilaporkan maut di Dhaka, Bangladesh sejak 2010 akibat dilanggar kereta api ketika melintas landasan sambil mendengar lagu menggunakan fon kepala (headphone), kata polis hari ini.*
            *AFP melaporkan, kebanyakan landasan yang tidak berpagar di negara Asia Tenggara sering mengundang risiko apabila dilaporkan sekitar 1,000 kemalangan atau kes bunuh diri berlaku pada setiap tahun.*
             *Bagaimanapun, polis berkata, beberapa tahun kebelakangan ini, tabiat mendengar lagu atau menggunakan telefon bimbit sambil berjalan dilihat sebagai perbuatan yang lebih berisiko.*

           *BAILTULMAQDIS: Diaa Barakat, penduduk perkampungan kecil Palestin, Nabi Samuel di Tebing Barat tidak menikmati kebebasan dengan semua pergerakan disekat, malah tidak boleh membawa bekalan makanan lebih daripada sehari.*
           *"Kami tidak boleh menerima tetamu dan mengambil masa berjam-jam setiap hari untuk melalui pusat pemeriksaan ketika meninggalkan kampung atau kembali,” kata buruh berusia 40 tahun itu.*
           *Menurut Al Jazeera, seperti pekan dan perkampungan lain di Tebing Barat, Nabi Samuel, berdekatan Baitulmaqdis juga menjadi sangkar kepada penduduknya.*

           *AUSTIN (Amerika Syarikat): Gambar menyedihkan mayat pendatang El Salvador dan anak perempuannya berusia dua tahun yang lemas dalam sungai Rio Grande di sempadan Mexico-Amerika Syarikat, menunjukkan krisis pelarian semakin meruncing.*
           *Oscar Alberto Martinez Ramirez, 25, dan anak perempuannya, Valeria, ditemui terapung dalam sungai wilayah Mexico, pagi Isnin lalu, selepas lemas di depan isterinya.*
            *Kepala Valeria termasuk dalam baju bapanya, manakala tangan kanak-kanak itu berada pada leher Ramirez, menunjukkan dia memeluk erat bapanya ketika lemas.*

           *LONDON: Polis menahan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang disyaki menyerang dua lelaki di Liverpool, kata polis hari ini.*
            *Menurut polis, kanak-kanak itu melakukan serangan homofobia teruk terhadap mangsa yang masing-masing berusia 30 tahun, Sabtu lalu.*
           *Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang didatangi tiga budak berusia antara 12 dan 15 tahun yang melemparkan kata-kata hinaan terhadap mereka.*
            *Salah seorang budak kemudian mengeluarkan pisau dan menyerang mangsa.*

           *SINGAPURA: Seorang jururawat lelaki dipenjara 12 minggu semalam, kerana merakam video dan mengambil gambar rakan setugas wanita dalam tandas sebuah hospital di sini.*
             *Pesalah berusia 27 tahun itu menggunakan telefon bimbit untuk mengambil gambar dan video sekurang-kurangnya lapan wanita menerusi ruang di bawah dinding tandas kakitangan sekitar Mei tahun lalu.*
              *Menurut Channel News Asia, antara gambar dalam simpanan lelaki itu termasuk mangsa menyalin pakaian dan kencing.*

           *MOSCOW: Dua maut dan tujuh lagi cedera apabila sebuah pesawat penumpang jenis Antonov An-24 melakukan pendaratan cemas sebelum terbabas di lapangan terbang di republik Buryatia di Siberia, Russia, hari ini.*
            *Pesawat yang membawa 46 penumpang termasuk empat anak kapal itu dalam penerbangan dari ibu kota wilayah itu, Ulan-Ude ke Nizhneangarsk.*
           *Kementerian Kecemasan wilayah memberitahu, pesawat itu terbabas ketika membuat pendaratan kecemasan sebelum merempuh bangunan kecil dan terbakar.*

           *BEIJING: Sepasukan anggota bomba terpaksa menggunakan alatan memotong untuk mengeluarkan gelang kunci yang tersumbat di dalam hidung seorang budak lelaki di China.*
           *Budak lelaki berusia 14 tahun itu dilaporkan memasukkan gelang kunci ke dalam hidungnya kerana bosan ketika membuat kerja sekolah di rumahnya di Qingyang, wilayah Gansu, timur laut China.*
            *Gelang besi itu kemudiannya tersangkut di antara dua lubang hidungnya dan hanya sebahagian terkeluar dari rongga itu.*

          *RABAT: Cucu bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, mencetuskan kontroversi dengan memeluk Islam menyebabkan pemimpin tradisional negara itu mula menyuarakan keresahan mereka berhubung perkara berkenaan.*
         *Mandla Mandela, 42, memegang jawatan sebagai Ketua Mvezo bagi suku kaum AbaThembu, kedudukan yang diwarisi daripada datuknya.*
         *Dia dipercayai memeluk Islam untuk mengahwini seorang wanita Islam, Rabia Clarke, iaitu perkahwinan keempatnya.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          *IBU kepada pelajar perempuan dari sebuah sekolah menengah kebangsaan di Johor Bahru yang tularkan video guru merotan anaknya, menarik balik laporan polis.*
            *Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, penarikan balik laporan itu dibuat sehari selepas laporan berkenaan dibuat.*
            *Katanya, pihak polis tetap meneruskan siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera meskipun laporan itu ditarik balik.*

          *“HIDUP saya bertambah baik setiap hari dengan perkahwinan selama 63 tahun bersama (Tun Dr Siti) Hasmah (Mohamad Ali),” kata Tun Dr Mahathir Mohamad.*
            *Berkongsi kisah kehidupannya bersama isteri tercinta, Perdana Menteri berasa amat beruntung kerana berjaya mengharungi alam perkahwinan selama ini sama ada semasa suka dan duka.*
          *Malah, beliau bertuah kerana mempunyai isteri sehingga kini, yang juga seorang doktor, menjadikannya satu bonus baginya.*

          *“APA saja keputusan mahkamah nanti, saya terima dan memaafkan semua pihak. Doakan semoga kami dapat penyelesaian yang terbaik.Saya percaya perancangan Allah adalah yang terbaik buat kita sebagai hamba-Nya,” kata pelakon Fizo Omar, 34, mengulas mengenai kemelut rumah tangga dengan isterinya, Mawar Abdul Karim, 30, yang heboh diperkatakan ketika ini.*
          *Fizo yang menulis kenyataan itu menerusi Facebook berkata, walau apa yang berlaku dalam rumah tangga mereka, hubungannya dengan Mawar tetap baik.*
          *"Insya-Allah, hubungan saya dan Mawar akan terus baik demi membesarkan dan mendidik anak tunggal kami, Wan Maryam yang sudah dinantikan selama empat tahun.*

           *JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menganjurkan Program Street Raya di Dataran Merdeka pada 6 Julai ini.*
           *Pengarah JAWI Mohd Ajib Ismail berkata, ia adalah sambutan pertama seumpamanya membabitkan masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dengan pelbagai rakan strategik seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) serta Restoran Ali Maju.*
           *Menurutnya, penganjurannya ia diilhamkan menerusi konsep menghimpunkan masjid serta surau terpilih untuk menyediakan gerai jamuan masing-masing bagi menyantuni orang ramai serta mendekatkan institusi kerajaan dengan orang ramai.*

          ♀ *ARTIS Indonesia Vanessa Angel dijatuhi hukuman penjara lima bulan selepas didapati bersalah terbabit dalam kes pelacuran secara dalam talian membabitkan bayaran sehingga Rp 80 juta (kira-kira RM24,000) untuk sekali layanan.*
            *Hukuman itu dibacakan Ketua Majelis Hakim Surabaya Dwi Purwadi pada persidangan di Pengadilan Negeri Surabaya petang semalam.*
           *Memetik laporan agensi berita Antara, Vanessa, 27, dijangkakan dibebaskan pada hujung bulan ini selepas hukuman penjara itu berkuat kuasa pada tarikh dia ditahan pada 31 Januari lalu.*

          *HANOI: Murid di sebuah kampung terpencil di wilayah Dien Bien, Vietnam, terpaksa dimasukkan dalam plastik besar sebelum dibawa berenang menyeberangi sungai yang deras semata-mata untuk ke sekolah.*
             *Beberapa gambar tular disiarkan Zing.vn menunjukkan kanak-kanak dimasukkan dalam plastik lut sinar sebelum seorang lelaki membawa mereka menyeberangi sungai selebar 20 meter itu.*
           *Kanak-kanak dari kampung Huoi Ha itu dimasukkan dalam plastik berkenaan bagi mengelak pakaian mereka basah.*
                 
www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2019 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*ISNN 1 JUL 2019 ASHI ERSAAAN 27 SYAWL 1440 HIJRH*


*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA*

*IMSAK* : 0535
*SUBUH* : 0545
*SYURUK* : 0707
*ZOHOR* : 1320
*ASAR* : 1645
*MAGHRIB* : 1929
*ISYAK* : 2044


*artikel disiarkan pada tarikh 30jun*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan kembali menjalankan tugas sebagai Presiden UMNO, selepas bercuti selama enam bulan daripada jawatan itu sejak 18 Disember tahun lalu. Pengumuman itu dibuat Ahmad Zahid ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Parlimen Bagan Datuk di Kompleks UMNO Bagan Datuk, hari ini.*

               2) *LELAKI cedera di muka dan kepala selepas dibelasah menggunakan paip besi dalam kejadian samun di Jalan Kampung Panchor, Teluk Kalong, di Chukai, kelmarin. Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 11 malam ketika mangsa berusia 22 tahun dalam perjalanan ke sebuah kedai di Teluk Kalong dengan memandu Perodua Viva sebelum ternampak seorang lelaki sedang berjalan di tengah jalan.*

               3) *BARU dua jam sesi pembelajaran bermula, ada lagi murid dan pelajar sekolah sekitar Pasir Gudang mendakwa mengalami sesak nafas. Tinjauan Harian Metro ke beberapa sekolah sekitar kawasan ini mendapati antara sekolah yang memaklumkan murid dan pelajarnya mengalami simptom itu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kopok, SMK Tanjung Puteri Resort, SK Pasir Putih dan SMK Nusa Damai.*

               4) *TIDAK beri peluang. Itu amaran keras Kementerian Dalam Negeri kepada kumpulan gengsterisme yang mendalangi sindiket pengimportan skrap plastik. Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin bertegas mahu tindakan segera diambil berhubung isu itu yang dilihat menyalahi undang-undang negara.*

               5) *“KETIKA kejadian saya berada di Ipoh, Perak kerana bekerja. Hanya isteri yang ada bersama anak,” kata individu yang hanya mahu dikenali sebagai Eng. Eng adalah bapa kepada kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang digigit anjing jenis Pitbull dalam kejadian di Taman Makmur, Endau, Mersing, Johor Khamis lalu.
Menurut Eng, pada hari kejadian, anaknya bermain bersama anak jiran di kawasan perumahan berkenaan.*

               6) *“Selamat tinggal sayang, biarlah berakhir begini, abang tidak pernah menyesal ketika bersama sayang, assalamualaikum.. salam terakhir.” Itu nota terakhir yang ditulis buruh lelaki berusia 25 tahun yang menggantung diri dengan tali di pokok rambutan di belakang rumahnya di sebuah kampung di Kuala Krai, 1.37 tengah hari ini. Nota itu ditemui di dalam poket baju lelaki terbabit yang ditujukan kepada isterinya berusia 42 tahun.*

               7) *BURUH dipenjara tujuh tahun dan lima sebatan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini terhadap kesalahan merompak seorang pembantu kedai runcit menggunakan pisau pemotong daging, tahun lalu. Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Erie Azuan Yasin, 30, mengaku bersalah terhadap pertuduhan.*

               8) *LELAKI yang maut selepas kereta Proton Wira dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam Sungai Santap, Pokok Sena, Alor Setar, malam tadi dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja ketika kemalangan berlaku. Mangsa, Ahmad Abdul Wafar Ishak, 30, yang menetap di Kampung Padang Gelanggang, Mukim Padang Terap, Kuala Nerang meninggal dunia dipercayai akibat lemas.*

               9) *KECERIAAN jelas terpancar pada wajah 50 pesakit hydrocephalus atau lebihan cecair dalam otak yang diraikan Muslim Care Malaysia (Muslim Care) pada satu majlis sambutan Aidilfitri, di Gombak, semalam. Presiden Muslim Care Zulkifli Wahijan berkata, Majlis Amal Aidilfitri Bersama Anak Anak Syurga itu dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Pesakit Hyrocephalus Malaysia (PPHM) dan Badan Amal Kasih Sayang Malaysia (BAKASA).*

               10) *“SAYA mahu didik anggota berkongsi rezeki yang ada. Apa yang penting niat kita bersedekah walaupun hanya sebungkus gula,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan Aibee Ab Ghani. JSJK mengambil inisiatif menyediakan pondok rezeki yang menempatkan pelbagai barangan keperluan secara percuma kepada individu memerlukan sejak bulan lalu. Ia menggunakan pondok pengawal keselamatan yang tidak digunakan di bangunan itu dan beroperasi selama 24 jam.*

               11) *SEKUMPULAN pemancing di Sungai Sugud berhampiran Kampung Merungin 2, Timbua di Ranau, terkejut apabila menemui satu mayat wanita terapung di sungai berkenaan, semalam. Mayat wanita yang dipercayai berusia 30-an ditemui tersangkut pada batu sungai dalam keadaan tertiarap kira-kira 11 pagi sebelum dilaporkan kepada polis.*

               12) *LELAKI bukan hanya membaling batu ke arah kereta jiran tetapi turut mengugut mahu membakar rumah dan membunuh ahli keluarganya dalam kejadian di Kampung Kuala Bekah, di Kuala Terengganu , kelmarin. Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 10.30 pagi apabila suspek berusia 30-an dikatakan tiba-tiba mengamuk dengan membaling batu ke arah kereta jiran dan merosakkan pelbagai barang yang ada di dalam rumah.*

               13) *BADAN lemah serta menggigil, tidak bermaya untuk bekerja dan tidak lalu makan. Itu antara alasan diberikan seorang ‘kaki ketum’ ketika dia ditahan polis di Jalan Permatang Rawa, Bukit Tengah, Georgetown, malam kelmarin. Bagaimanapun, alasan lelaki berusia 26 tahun itu bukan saja gagal untuk dia melepaskan diri malah pemeriksaan lanjut mendapati dia mempunyai dua rekod lampau bersabit kes dadah.*

               14) *KERAJAAN Selangor akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kilang memproses minyak sawit yang menjadi punca pencemaran bau di Sungai Semenyih sekiranya hasil siasatan menemui bahan kimia berbahaya. Bagaimanapun, Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Hee Loy Sian berkata, pihaknya masih menunggu laporan penuh siasatan Jabatan Kimia yang dijangka siap dalam tempoh seminggu.*

               15) *PEMANDU lelaki terbunuh, manakala tiga penumpang parah selepas kenderaan dinaiki terbabas sendiri dalam kemalangan di Kilometer 75, Jalan Beluran ke Telupid, dekat Beluran hari ini. Dalam kejadian kira-kira 7 pagi, pemandu kenderaan, Jayacelan R Manickam, 50, dilaporkan meninggal dunia di lokasi kemalangan akibat parah.*

               16) *PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui tersinggung dengan media yang didakwa sering mengutamakan laporan mengenai proses peralihan jawatan antara beliau dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata, apa yang lebih mustahak ketika ini adalah usaha untuk melaksanakan janji Pakatan Harapan (PH) kepada rakyat, berbanding proses peralihan kuasa.*

               17) *LELAKI maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah Perodua Kancil, dalam kejadian di Lebuh Sungai Udang- Paya Rumput- Ayer Keroh (SPA) berhampiran Stadium Hang Jebat, Melaka, hari ini. Kejadian 2.15 pagi itu mengakibatkan mangsa Ahmad Husain Abdullah, 20, yang menunggang Yamaha LC maut di lokasi kejadian.*

               18) *DATUK Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu Sistem Semakan Pesalah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Dalam Daftar Kanak-Kanak (e-DKK) digunapakai dengan lebih meluas. Timbalan Perdana Menteri berkata, sehingga kini sebanyak 1,254 kakitangan dan bakal pekerja sudah diperiksa sejak e-DKK dilancarkan 1 April lalu. “Sebanyak 68 permohonan daripada individu dan pelbagai agensi diterima sehingga bulan ini.*

               19) *SEORANG pelancong Korea Selatan yang hilang selepas mandi di laut bersama dua rakannya di pusat peranginan di Karambunai, dekat Kota Kinabalu, Jumaat lalu, ditemui lemas, hari ini. Mayat mangsa, Kyeong Young An, 18, ditemui nelayan pada jam 6.30 pagi di perairan Kampung Gayang, kira-kira 4 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.*

              20) *SESI pembelajaran membabitkan semua sekolah di Pasir Gudang yang terjejas akibat pencemaran udara akan diteruskan seperti biasa esok. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, langkah yang diambil setakat ini ialah mengosongkan kelas di tingkat tiga dan empat.*

               21) *MAJORITI pelajar persendirian Malaysia di Indonesia tidak memiliki skim insurans perlindungan diri. Bakal Duta Besar Malaysia di Indonesia Zainal Abidin Bakar berkata, ibu bapa terbabit perlu sedar anak mereka juga terdedah kepada pelbagai risiko kemalangan, jatuh sakit atau terkesan akibat kejadian bencana.*

               22) *LAGAK sekumpulan 31 remaja geng basikal lajak yang menunjukkan ‘aksi ngeri’ mengundang padah apabila mereka ditahan polis di Jalan Pohon Batu Pancur Hitam, Kampung Pohon Batu, Labuan, semalam. Operasi jam 12.20 tengah hari itu dijalankan berdasarkan aduan orang awam yang menyuarakan kebimbangan berhubung aktiviti basikal lajak di kawasan berkenaan.*

               23) *POLIS menumpaskan empat sindiket pelacuran di Dataran Mentari, Petaling Jaya yang menawarkan khidmat seks wanita warga asing dengan bayaran serendah RM170 sejam. Dalam serbuan Op Noda dijalankan Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman pada jam 11 malam tadi, seramai 34 wanita warga asing serta lima lelaki tempatan ditahan.*

               24) *JUMLAH kes ponteng yang diperoleh menerusi ‘eRekod Kaunseling Sekolah-Sekolah Negeri Johor’ sejak Januari hingga Jun lalu sebanyak 3,992 kes. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan berkata, daripada jumlah itu sebanyak 298 kes ponteng sudah diselesaikan.*

               25) *PROGRAM Genius Kurnia yang sebelum ini hanya tertumpu kepada kanak-kanak autisme diperluaskan kepada lima golongan kanak-kanak berkeperluan khas lain sejak 1 April lalu. Pengarah program Prof Madya Dr Hasnah Toran berkata, ia bertujuan memberi peluang kepada kanak-kanak dalam kelompok terbabit untuk mendapat perkhidmatan dan intervensi awal yang dimiliki Genius Kurnia selepas melalui proses penjenamaan semula daripada Permata Kurnia di bawah Program Permata Negara (Permata).*

               26) *PLUS Malaysia Berhad (PLUS) muncul pemenang Program Pengurusan Risiko Terbaik pada Anugerah StrategicRISk Asia Pasifik semasa Persidangan Tahunan Forum Risiko 2019 yang berlangsung di Singapura baru-baru ini. Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail berkata, pihaknya berbangga dengan kejayaan berkenaan yang jelas membuktikan keupayaan pasukannya dalam mencipta sistem pengurusan risiko yang mantap.*

               27) *SELEPAS terpaksa ‘berperang’ dengan lalat sejak berpuluh tahun lalu, penduduk Kampung Batu 10, Segari, Manjung, kini berdepan masalah pencemaran air yang didakwa kesan aktiviti penternakan ayam dari kawasan berhampiran. Hampir keseluruhan air parit di kebun kelapa sawit seluas 500 hektar milik penduduk kampung menjadi hitam dan berbau busuk didakwa kesan pembuangan air pembersihan reban yang bercampur dengan sisa makanan dan najis ayam.*

               28) *DUA bot penumpang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di 0.1 dan 0.7 batu nautika barat Pantai Telok Kemang, Port Dickson, semalam. Kedua-dua bot itu dihampiri oleh pasukan peronda untuk melakukan pemeriksaan jam 4 petang. Pengarah Maritim Malaysia Melaka dan Negeri Sembilan, Kapten Amran Daud berkata, bot dikendalikan tekong tempatan itu membawa pelancong dari pantai.*

               29) *SEMUA 111 sekolah di Pasir Gudang yang ditutup susulan insiden gangguan kesihatan murid dan pelajar akibat pencemaran udara dibuka semula seperti biasa hari ini. Tinjauan Harian Metro di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Gudang 4 iaitu antara sekolah terawal yang terkesan dalam insiden itu beroperasi dengan kehadiran murid yang baik. Ada di antara mereka yang hadir siap berpenutup hidung dan mulut sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku keadaan gangguan pada kualiti udara.*

               30) *MANGSA pesawat glider atau pesawat layang yang ditemui terhempas di kawasan Purun berhampiran Titi, Jelebu, sudah dikenal pasti. Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, mangsa ialah lelaki warga Amerika Syarikat (AS) dan lelaki tempatan berusia 50-an. Beliau berkata, warga AS itu mengalami kecederaan melecur di kepala, tangan kanan serta kedua kaki.*

               31) *TIGA termasuk seorang bayi berusia setahun maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 124 Jalan Kuantan-Johor Bharu di Rompin, malam tadi. Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Zainal Omar Mahamud berkata, pada kejadian 9.30 malam itu, pemandu kedua-dua kereta maut di tempat kejadian iaitu seorang anggota polis, Sarjan Zainuddin Bakar, 57, dan Bayam Ija, 53.*

                32) *KERAJAAN Perak berhasrat menaik taraf laluan masuk utama ke lokasi pelancongan Jeti Kelip-kelip Kampung Dew yang dikatakan suram dan terpencil. Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Peladangan negeri, Abdul Yunus Jamhari berkata, walaupun lokasinya tidak jauh dari susur keluar tol Taiping Utara Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), tidak ramai mengetahui kedudukannya kerana tiada petunjuk, selain laluan masuk suram dan tiada tarikan.*

                33) *YAYASAN Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) merayu supaya kerajaan dapat memberi perhatian terhadap kebajikan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpangkat rendah bagi memastikan kualiti kerja mereka berada pada tahap maksimum. Naib Pengerusi Kanan MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, kebajikan anggota polis terbabit dilihat masih berada pada tahap rendah terutama membabitkan kediaman seperti berek polis yang sangat daif.*

                34) *KERAJAAN akan membalas budi rakyat yang memilih Pakatan Harapan (PH), sebagai gabungan parti untuk memimpin negara pada pilihan raya umum lalu. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, walaupun ada pihak yang mengatakan tiada pencapaian dibuat selepas PH menjadi kerajaan, namun sebenarnya sudah banyak yang dihasilkan oleh pemerintahan PH.*

                35) *SERAMAI 94 warga asing ditahan di sekitar ibu negara dalam Operasi Bersepadu Cegah Jenayah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) hari ini. Operasi bermula 4 petang semalam sehingga jam 5.30 pagi hari ini, itu membabitkan kawasan Setapak, LRT Bandar Tasik Selatan, Stesen Bas Kota Raya, Jalan Chow Kit dan Pasar Chow Kit.*

                36) *POLIS menjalankan siasatan lanjut keterangan pegawai penyiasat dalam prosiding inkues membabitkan kematian tahanan, Benedict Thanilas, yang meninggal dunia di lokap Balai Polis Jinjang, tiga tahun lalu. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, siasatan dilakukan susulan laporan dibuat Penyelaras Program Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Mohammad Alshatri Abdullah, mengenai perkara itu, Rabu lalu.*

                37) *PEMANDU bas ekspres parah apabila bas dipandunya terbabas sebelum terbalik di Jalan Chegar Perah, dekat Kuala Lipis, hari ini. Lima penumpang bas ekspres itu cedera manakala 18 yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian 6 petang itu.*

                38) *“TAK apa, itu biasalah. Saya dulu waktu di sana (PAS) pun kritik juga. Bagi saya kritik perkara biasa, yang kita tak mahu fitnah, sumpah laknat. Kritik itu normallah,” kata Presiden AMANAH Mohamad Sabu. Beliau mengulas mengenai ada perwakilan di dalam Muktamar PAS baru-baru ini yang menempelak parti di dalam Pakatan Harapan dan baginya itu adalah perkara biasa.*

                39) *PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan kerajaan belum memuktamadkan pengambilan pekerja asing dari Afrika. Beliau berkata, cadangan kerajaan untuk mengambil pekerja asing dari Afrika bagi menampung keperluan tenaga pekerja asing dalam sektor perladangan pada masa akan datang masih di peringkat cadangan.*

                40) *KERJASAMA antara Kerajaan Pusat dan Krajaan Sarawak terus dieratkan dengan kesediaan kepemimpinan tertinggi kedua belah menguruskan perbezaan menerusi penekanan komunikasi dua hala. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, mengalu-alukan perhubungan langsung sekiranya demi memastikan keutuhuan hubungan Pusat dan negeri.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *PAJU (Korea Selatan) : Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump tiba di Zon Bebas Tentera (DMZ) yang memisahkan Korea Utara dan Selatan sempena pertemuannya dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un.*
          *Reuters melaporkan, Trump dan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in melawat pos pengawal keselamatan di DMZ bahagian Korea Selatan di mana pemimpin itu akan berucap di hadapan anggota tentera AS dan Korea Selatan.*
           *Trump dan Jong Un dijangka melakukan pertemuan di Kawasan Keselamatan Bersama yang dikawal oleh anggota tentera dari dua negara Korea berhampiran sempadan.*

           *KAHERAH: Tentera pakatan diketuai Arab Saudi mendakwa mereka memintas sebuah dron dilancarkan oleh pemberontak Yaman di lapangan terbang Jizan di selatan negara itu, kata jurucakapnya.*
           *Reuters yang memetik laporan Masirah TV milik Houthi sebelum itu berkata, pergerakan pro-Iran itu melancarkan serangan dron ke atas kedudukan tentera dan hangar lapangan terbang berkenaan.*
            *”Serangan itu tidak terkena sasarannya dan dron itu dimusnahkan,” kata jurucakap tentera pakatan itu dalam kenyataan dikeluarkan Agensi Saudi Press.*

          *TORONTO: Kapal membawa 69 kontena sampah yang didakwa tersilap label sebagai plastik kitar semula akhirnya dihantar semula ke Kanada dari Filipina semalam.*
         *Reuters, ia sekali gus menamatkan pertelingkahan yang berlaku sejak 2013 hingga menjejaskan hubungan diplomatik antara Ottawa dan Manila.*
           *Bahan itu dikeluarkan dari kapal kontena Anna Maersk yang berlabuh di Terminal Feri Tsawwassen dan tiba di GCT Deltaport di Delta, British Columbia, kata GCT dalam kenyataannya.*

          *MEXICO CITY: Seorang DJ muzik elektronik warga Israel ditembak mati oleh kumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu serangan di sebuah kelab di bandar San Luis Potosi, Mexico semalam.*
           *Reuters yang memetik pejabat peguam negara berkata, kumpulan lelaki terbabit menyerbu lokasi itu pada awal pagi sebelum melepaskan tembakan hingga mangsa, Ronen Dahan atau Perplex, 45, maut manakala tiga lagi cedera.*
            *Salah seorang mangsa yang cedera kemudiannya dilaporkan mati di hospital akibat parah.*

          *MADRID: Sepanyol dilanda beberapa kebakaran hutan ketika suhu di negara itu terus meningkat, kata pihak berkuasa semalam.*
            *AFP melaporkan, lebih 700 anggota tentera, beratus anggota bomba, pesawat pemadam api, helikopter serta kenderaan terpaksa dikejarkan ke empat lokasi kebakaran hutan di tengah dan timur laut Sepanyol apabila suhu mencecah 42 darjah celcius.*
            *Jurucakap perkhidmatan kecemasan berkata, kebakaran yang berlaku pada petang kelmarin di tengah bandar Almorox memusnahkan lebih 2,000 hektar kawasan hutan dan memaksa penduduk meninggalkan kediaman masing-masing.*

          *RIYADH: Kajian mendapati semakin ramai penduduk di rantau Arab, terutama di berhampiran Afrika mendakwa mereka tidak lagi mempercayai agama atau tidak menganut sebarang agama disebabkan pelbagai faktor, termasuk hak wanita, penghijrahan, keselamatan dan seksualiti.*
            *Kajian dilakukan agensi kaji selidik Arabic Barometer untuk BBC News Arabic itu menemuramah 25,000 responden di 10 negara Arab dan wilayah Palestin dalam tempoh antara akhir 2018 hingga musim bunga 2019.*
           *Berdasarkan kajian itu, bilangan responden yang mendakwa mereka tidak lagi beragama meningkat daripada lapan ke 13 peratus sejak 2013.*

          *BAITULMAQDIS: Lelaki Palestin, Mohammed Samir Obaid, 20, yang mati ditembak polis Israel di Baitulmaqdis Timur kelmarin, tidak melontar mercun kepada polis rejim Zionis itu seperti didakwa.*
          *Dua lelaki Palestin yang berada di tempat kejadian mendakwa, mereka sedang bertekak dengan tentera Israel membantah tentera Zionis memasuki pekan Issawiya apabila seorang polis Israel menembak mangsa yang berada tidak jauh dari situ.*
          *Polis Zionis mendakwa Obaid ditembak kerana melempar mercun ke arah mereka menyebabkan berlaku keadaan mengancam nyawa. Lelaki itu meninggal dunia kelmarin akibat kecederaannya.*

           *TOKYO: Seorang lelaki menyerah diri kepada polis selepas mencekik dan mengerat kaki isterinya sebelum membuang mayat mangsa ke dalam laut di Hiratsuka.*
           *Seiya Taira, 26, mengakui meletakkan mayat isteri, Fubuki dalam bagasi yang dicampak ke dalam laut sekitar jam 2.15 pagi, Khamis lalu.*
          *Dia kemudian menyerahkan diri di sebuah balai polis di Kawasaki kira-kira jam 8 malam pada hari sama kerana rasa bersalah.*

          *SYDNEY: Kira-kira 15,000 penduduk terpaksa dipindahkan selepas beberapa letusan gunung berapi dilaporkan berlaku di Papua New Guinea, kata agensi bantuan hari ini.*
           *Reuters melaporkan, Gunung Ulawun yang terletak di timur laut Pulau New Britain memuntahkan debu sejauh 18 kilometer ke udara pada Rabu lalu manakala Gunung Manam meletus kelmarin.*
           *Tiada kematian dilaporkan berlaku namun kejadian itu memusnahkan kediaman, ladang serta perigi menyebabkan penduduk hilang sumber makanan dan air selain penerbangan domestik turut terjejas.*

          *HONG KONG: Ketika sekolah dibuli dan diejek kerana bertubuh gempal dan kelihatan lembik tetapi kini, lelaki berusia 29 tahun di Hong Kong menjadi model kecergasan dan jurulatih senaman terkemuka dengan tubuh yang berketul-ketul.*
           *Timothy Skinner mendedahkan melalui zaman kanak-kanak yang sukar kerana menjadi mangsa buli, pernah menghidap kemurungan dan kencing manis akibat gemuk.*
          *Menurutnya, dia mengambil masa enam tahun untuk pilih dan memiliki tubuh sasa seperti sekarang.*

         *OSAKA: Presiden Donald Trump berkata, beliau akan membenarkan syarikat Amerika menjual peralatan kepada Huawei Technologies Co sebagai konsesi kepada China selepas rundingan dengan Presiden negara itu, Xi Jinping, di sini hari ini.*
          *”Syarikat Amerika boleh menjual peralatan kepada Huawei.*
          *”Kita memperkatakan mengenai peralatan yang tidak berkaitan dengan keselamatan negara,” katanya pada sidang media ketika persidangan G-20 di sini.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


            *“TERIMA kasih uncle (pak cik). Jika ada peluang untuk jumpa lagi saya dan ayah akan belanja uncle minum,” kata Nurul Nabillah Najwa Sarkawi, 20.*
             *Terdahulu, kisah Nurul Nabillah Najwa itu tular di Twitter selepas dia memuat naik status bersama gambar berkenaan lelaki membantu mengisi petrol motosikal ayahnya.*
            *Status itu kemudiannya tular dan mendapat maklum balas dengan 420 komen, 37,500 ‘retweet’ dan 29,400 tanda ‘like’ daripada netizen dan selebriti tempatan, termasuk Neelofa, sejak 27 Jun lalu.*

            *“SAYA buat pintu automatik berkunci itu atas tujuan untuk mempertingkatkan tahap keselamatan di bilik kolej di sini. Namun, tak sangka ia boleh tular,” kata Danial Faiz Mokhtar, 18.*
            *Terdahulu, kisah Danial Faiz itu tular di Twitter selepas dia memasang sistem pintu automatik berkunci yang hanya boleh dibuka melalui akses kad pengenalan di pintu bilik kediamannya di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang (KMKPh), Jengka, Pahang.*
           *Danial Faiz berkata, pernah berlaku kes kecurian di sekitar kolejnya yang membuatkan dia mahu memasang sistem itu atas tujuan keselamatan barangannya.*

            *LUKISAN bertajuk Hijrah karya Allahyarham Datuk Syed Ahmad Jamal menerima bidaan tertinggi pada Lelongan Seni dan Arkitek Edisi Istimewa anjuran Henry Butcher Art Auctioneers (HBAA) di Galeri Prima, Bangsar, hari ini.*
          *Hijrah berkonsepkan penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Mainah menampilkan perjalanan menuju cahaya dengan konsep perubahan warna putih, kuning, hijau, biru dan merah menerima bidaan RM313,600 pada lelongan berlangsung selama empat jam itu.*
          *LUKISAN karya Datuk Ibrahim Hussein bertajuk Xenobiosis menerima bidaan kedua tertinggi, RM291,200 diikuti lukisan bertajuk Dark Bakau karya Abdul Latiff Mohidin dengan bidaan RM268,800.*

           *PENYELIDIK negara dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meraih pingat perak dalam pertandingan Jaringan Rekacipta dan Inovasi Kesatuan Eropah (EUWIIN) di London, kelmarin.*
            *Dr Rafiza Abdul Razak yang juga pensyarah kanan universiti itu meraih perak melalui konkrit ciptaannya yang berasaskan lumpur.*
            *Sementara dua lagi rakannya, Dr Zarina Yahya dan Dr Alida Abdullah juga dari UniMAP bersama guru Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil (SJKT) Kajang, Thangeswary Annamallai menerima Anugerah Pengiktirafan Khas pada pertandingan anjuran Jaringan Perekacipta dan Penginovasi Wanita Antarabangsa (GWIIN) itu.*

          ♀ *KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan butiran pada baju seragamnya termasuk lencana pangkat perlu dipakai sebagai pemegang jawatan berkenaan berdasarkan perintah tetap.*
            *Latheefa Koya dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan sebuah parti politik menimbulkan beberapa persoalan berkenaan butiran pakaian seragamnya selaku Ketua Pesuruhjaya SPRM.*
             *”Pertama, bar ribbon yang dikepilkan ke atas saya adalah berdasarkan Perintah Tetap Ketua Pesuruhjaya SPRM Bab A (Dasar), Bil 1 Tahun 2012 yang mengarahkan seseorang Ketua Pesuruhjaya berdasarkan jawatannya dikehendaki memakai bar ribbon seperti disenaraikan.*

           *TAMU Ahad Sabindo (TAS) yang beroperasi secara rasmi mulai hari ini bagi menggantikan Tamu Mingguan Takada, bakal menjadi tarikan baharu bandar Tawau.*
           *Selain menempatkan lebih 700 gerai jualan, lokasi baharu TAS di Jalan Habib Sheikh sepanjang satu kilometer itu turut dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) dan pelbagai kemudahan lain termasuk ruang letak kereta yang luas dan tandas lebih selesa.*
            *Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Datuk Ir Amrullah Kamal berkata, keputusan memindahkan Tamu Mingguan Takada dibuat selepas mengambil kira banyak faktor selain beberapa isu yang dibangkitkan pelbagai pihak.*

           *Selepas ramai ‘gila’ dengan Avengers: Endgame pada April lalu, kali ini seluruh dunia ternanti-nanti satu lagi filem terbaharu keluaran Marvel iaitu Spider-Man: Far From Home.*
             *Bermula 3 Julai ini, penonton di Malaysia tentunya tidak mahu ketinggalan menyaksikan aksi hebat dan menarik dipersembahkan adiwira ‘labah-labah’ lakonan Tom Holland, 23. pujaan mereka dalam, Spider - Man: Far From Home.*
          *Pembabitan Tom sebagai Spider-Man dan Peter Parker mula diketengahkan pada 2016 menerusi filem Captain America: Civil War. Ini diikuti dengan filem Spider-Man: Homecoming pada 2017 yang ketika itu mendapat bimbingan mentornya, Tony Stark lakonan Robert Downey Jr.*

www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2019 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*SELSA 2 JUL 2019 ASHI ERSAAAN 28 SYAWL 1440 HIJRH*


*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA*

*IMSAK* : 0536
*SUBUH* : 0546
*SYURUK* : 0707
*ZOHOR* : 1320
*ASAR* : 1646
*MAGHRIB* : 1929
*ISYAK* : 2044


*artikel disiarkan pada tarikh 1julai*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *EMPAT suspek yang mendalangi ‘serangan’ ke atas rumah aktivis alam sekitar sudah ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam serbuan di Damansara, hari ini. Penahanan semua suspek berjaya dilakukan Bahagian Anti Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman dalam Op Simbah yang dilancarkan, susulan serangan dan ugutan terhadap aktivis alam sekitar itu.*

               2) *“SEJAK lahir Yusuf belum minum setitik susu. Biarlah Yusuf tinggal dengan puan. Saya sebagai ibu gagal menjaga Yusuf.” Demikian sebahagian kandungan nota yang ditemui bersama seorang bayi lelaki di Kampung Pompod, Kota Belud, semalam. Bayi yang ditinggalkan di hadapan sebuah kediaman itu disedari pemilik rumah berusia 33 tahun selepas terdengar tangisan jam 5.30 pagi.*

               3) *PUTRAJAYA: Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah satu elemen pencegahan jenayah paling penting yang digunakan pasukan itu khususnya di kawasan pedalaman. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor berkata, penggunaan unit berkuda berkenaan turut membabitkan kawasan yang tidak dapat dihampiri dengan mobiliti yang ada pasukan itu.*

               4) *LELAKI maut selepas tertembak diri sendiri ketika sedang mencuci senapang patah miliknya di Kampung Perlis, Tikam Batu, Sungai Petani, petang semalam. Dalam kejadian 5.50 petang itu, mangsa yang juga peniaga berusia 59 tahun dipercayai tertembak diri sendiri di bawah dagu sebelah kiri dengan senapang jenis Benelli di beranda rumahnya.*

               5) *SEORANG pesara guru wanita mengalami kerugian RM197,000 selepas diperdaya seorang individu menyamar sebagai warga Ukraine yang dikenali melalui Facebook (FB) pada Februari lalu. Suspek kononnya ingin menjadikan mangsa berusia 58 tahun itu sebagai kakak angkat kerana akan bertugas di Sabah untuk satu projek minyak dan gas.*

               6) *TINDAKAN empat individu termasuk dua wanita warga asing merempuh Kereta Peronda Kereta (MPV) polis dengan kereta mereka ketika cuba melarikan diri di Eco Hill, Semenyih, Kajang, awal pagi hari ini menyebabkan kenderaan itu terbabas.*

               7) *LELAKI asing bukan hanya menanggung kerugian apabila menjadi menjadi mangsa samun dua lelaki tetapi turut ditinggalkan di kebun getah di Bukit Anak Dara Kijal, Chukai kelmarin. Mangsa berusia 34 tahun yang sebelum itu tidur di rumahnya di ladang sawit di Kampung Jong Belaboh didatangi dua lelaki dengan seorang daripadanya mengaku polis 12.30 tengah malam.*

               8) *POLIS menahan 56 individu termasuk lapan wanita warga China yang terbabit dengan sindiket judi dalam talian antarabangsa dalam serbuan di kondominium di Sungai Long, Kajang, 26 Jun lalu. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, hasil maklumat dan risikan dilakukan, pihaknya melakukan serbuan di lokasi terbabit pada 12.30 tengah malam.*

               9) *KERAJAAN memberi jaminan rakyat akan diberikan keutamaan dalam sektor pekerjaan sebelum membuka peluang kepada pelarian sah di negara ini. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, biarpun ramai pelarian berada di negara ini, ia bukan penyebab peluang pekerjaan rakyat sendiri terjejas.*

               10) *“SAYA harap kembalinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertugas tidak memecahbelahkan UMNO,” kata bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Beliau berkata, UMNO jangan berpecah selepas keadaan bertambah positif selepas kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Katanya, mengikut perlembagaan parti Ahmad Zahid berhak berbuat demikian.*

               11) *IDENTITI lelaki maut dihempap bongkah batu di kawasan kuari di Mukim Sungai Raya, Keramat Pulai, Ipoh hari ini dikenal pasti Loi Thiam Fatt, 56. Mangsa bekerja sebagai pemandu jengkaut dihempap bongkah batu yang jatuh dari kawasan berbukit ketika melakukan kerja membersihkan letupan kuari.*

               12) *MAHKAMAH Tinggi di Kuala Lumpur, menolak permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menangguhkan perbicaraan kesnya, hari ini bagi membolehkan beliau menghadiri sidang Dewan Rakyat. Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menolak permohonan itu selepas mendengar hujahan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Peguam Negara Tommy Thomas.*

               13) *LOMPATAN yang dibenarkan, gigitan cinta. Itu antara istilah yang menggamatkan Dewan Rakyat ketika perbahasan usul pengisytiharan harta oleh Ahli Parlimen hari ini. Usul berkenaan yang dibentangkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong untuk dibahaskan mendapat pelbagai reaksi ahli Dewan Rakyat yang mengambil bahagian.*

               14) *PELAKSANAAN duti eksais ke atas minuman bergula bermula hari ini menyebabkan harga produk itu naik antara 20 sen hingga 70 sen. Antara minuman yang berlaku kenaikan adalah air berkarbonat, kopi, minuman tenusu, jus buah-buahan dan minuman tin serta kotak.*

               15) *TIGA orang termasuk dua pekerja warga Myanmar ditahan selepas didapati menjual arak beracun dalam serbuan di sebuah kedai arak di Jalan Pasar Baru, Semenyih di Kajang pada Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Unit Jenayah Berat (D9) Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang susulan maklumat yang diterima serta risikan pada 1 petang.*

               16) *SEMUA 111 sekolah di Pasir Gudang akan dibekalkan dengan alat pengesan gas bagi membolehkan bacaan kualiti udara dilakukan secara berterusan. Alat pengesan itu akan dibekalkan oleh 250 kilang kimia yang beroperasi di kawasan berkenaan.*

               17) *NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai Ketua Pembangkang, kata presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, kini terdapat pembahagian tugas antara pucuk pimpinan parti tersebut.*

               18) *KERAJAAN negeri memberi tempoh sehingga 2025 kepada pengusaha restoran untuk menghentikan penggunaan penyedut minuman plastik sebelum tindakan penguatkuasaan dilaksanakan.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Hee Loy Sian berkata, sehingga kini tiada tindakan undang-undang dan penguatkuasaan bagi kesalahan menggunakan penyedut minuman plastik.*

               19) *KEMENTERIAN Wilayah Persekutuan meningkatkan syarat kelayakan umur bagi pemohon Residensi Wilayah kepada 21 tahun berbanding 18 tahun sebelum ini. Residensi Wilayah ialah nama baharu bagi Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) yang dijenamakan 1 Februari lalu*

               20) *SUDAHLAH menyamun wang tunai dan sebotol minuman, penagih lelaki turut bertindak mengejar pengurus pusat hiburan dengan pisau. Namun, tindakan penagih yang menimbulkan kekacauan di Butterworth itu berakhir apabila dia diberkas polis 8.20 malam tadi.*

               21) *ORANG ramai dinasihatkan mematuhi syarat tambahan yang dikenakan kerajaan Pulau Pinang dalam menjayakan Kempen Katakan Tidak Kepada Plastik pada setiap Isnin bermula hari ini.
Syarat berkenaan juga tertakluk bagi Kempen Bebas Plastik Sekali Guna dan Katakan Tak Nak Kepada Penyedut Minuman Plastik yang dijalankan di Pulau Pinang.*

               22) *“BAGAIMANA kita nak putuskan bila isu ini akan selesai kerana selagi ada yang alami simptom, kita tidak akan berhenti buat pemantauan,” kata Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Aam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin. Yeo berkata, jika isu itu dikatakan selesai melalui bacaan kualiti udara, ia boleh dianggap selesai kerana bacaan kualiti udara dalam keadaan baik.*

               23) *POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung dua daripada lapan urus niaga meragukan seperti yang terkandung dalam laporan Kertas Putih Felda. Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, dua kes itu membabitkan pembelian saham syarikat peladangan Indonesia Eagle High Plantation dan projek pembangunan Kuala Lumpur Vertical City.*

               24) *PENGUNJUNG di kawasan peranginan Genting Highlands cemas seketika apabila pokok hiasan di Sky Tropolis Park terbakar hari ini. Kejadian 6 petang itu tidak mengakibatkan kemalangan jiwa. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 6.13 petang sebelum lapan anggota bersama jentera bergegas ke lokasi.*

               25) *BEKAS Pengarah SRC International Sdn Bhd (SRC), Datuk Suboh Md Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bahawa beliau ada menerima panggilan telefon selepas Pilihan Raya Umum ke-14 tahun lalu memintanya melarikan diri dari Malaysia. Suboh berkata, ketika itu Ketua Pegawai Eksekutif SRC, Nik Faisal Ariff Kamil menghubunginya dari Shanghai, China.*

               26) *POLIS membongkar kegiatan samun didalangi Geng Ah Hau dengan penahanan lima lelaki termasuk dalang utama kumpulan itu dalam serbuan berasingan di Kajang dan Cheras, 20 Jun lalu. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, sebelum ini pihaknya menerima laporan kes pecah rumah di Taman Putri Jaya, Batu 9 Cheras 5 Mac lalu dipercayai dilakukan geng berkenaan.*

               27) *SEMBILAN bot nelayan Vietnam ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan sepanjang Januari hingga Jun tahun ini dilucut hak oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu, semalam. Hakim Ahmad Bazli Bahruddin membuat keputusan itu selepas mahkamah membenarkan permohonan lucut hak dikemukakan APMM.*

               28) *MARAH selepas tidak diberi wang, seorang lelaki disyaki penagih dadah bertindak membakar motosikal rakan kakaknya dalam kejadian di Bajan Dalam, Butterworth, semalam. Selain itu, lelaki berusia 33 tahun berkenaan mengugut polis dengan pisau yang cuba menahannya pada 10.40 pagi tadi.*

               29) *“ADA pihak tertentu mengaku sebagai pegawai saya, ketua setiausaha kementerian, setiausaha politik dan kemudiannya ‘pau’ kontraktor untuk mendapatkan tender,” kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik. Beliau mendakwa, pihak terbabit menyamar sebagai pegawai menteri dan menyalahgunakan nama kementerian untuk mengutip wang daripada kontraktor.*

               30) *TINDAKAN tukang masak yang mengugut mahu menyebarkan video lucah seorang wanita membawa padah apabila didenda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.
Majistret Salamiah Salleh menjatuhkan terhadap Chang Ye Siong, 45, selepas dia menukar pengakuan bersalah dalam prosiding perbicaraan kes itu.*

               31) *MUSANG pandan (civet cat) yang sering menceroboh kediaman penduduk untuk mencuri makanan di Kampung Betong, Jeneri, Sik berjaya ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sik hari ini. Haiwan berkenaan ditangkap 10.30 pagi selepas APM mendapat maklumat daripada penduduk mengenai kehadiran mamalia itu.*

                32) *PEKERJA kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini, atas lima pertuduhan termasuk mencederakan anggota polis dan menghalang pegawai polis menjalankan tugas ketika sekatan jalan raya pada 24 Jun lalu. Tertuduh, Zulhilmi Mohd Ariffin, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Rini Triany Muhamad Ali.*

                33) *KERAJAAN akan bekerjasama dengan kerajaan Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah haji Malaysia terjamin berikutan ketegangan di Timur Tengah antara Iran dan Amerika Syarikat (AS). Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, dalam soal itu, pihak Tabung Haji (TH) sentiasa berurusan dengan pihak keselamatan Arab Saudi.*

                34) *USTAZ Sekolah Pondok Wattanatham Islam di Panare, Pattani, selatan Thailand mengalami kecederaan apabila ditembak ketika dalam perjalanan ke masjid untuk solat Isyak malam semalam. Dalam kejadian kira-kira 8.00 malam (waktu tempatan), Yusuh Yala yang lebih dikenali sebagai Ustaz Salleh, 56, cedera terkena tembakan di bahagian dada.*

                35) *POLIS Tuaran mengesahkan mayat yang ditemui dalam keadaan memakai topi keledar di Sungai Tuaran berhampiran Kampung Bantayan, Tamparuli, Jumaat lalu, adalah disebabkan kemalangan motosikal. Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim ketika dihubungi berkata, hasil siasatan mendapati mangsa menunggang motosikal melalui Jambatan Lama Tamparuli.*

                36) *PENGANGGUR berdepan hukuman penjara dan sebat selepas mengaku salah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini terhadap tuduhan menyamun kedai serbaneka 24 jam dengan senjata, bulan lalu. Tertuduh, Muhammad Syahiran Abdul Aziz, 25, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohd Rosly Mohamed Nawi.*

                37) *JAWATANKUASA Intergriti Akademik Kementerian Pendidikan sedang giat menjalankan siasatan terhadap dakwaan kertas penyelidikan penuntut ‘dicuri’ dan diterbitkan tanpa kebenaran oleh pensyarah yang berperanan sebagai penyelia penyelidikan. Menterinya, Dr Maszlee Malik kejadian ini dan tindakan selanjutnya akan diambil untuk mengatasi masalah ini daripada berlarutan.*

                38) *SANGGUP berkongsi wang dan bersesak dalam bilik kecil untuk mengadakan pesta liar. Itu dilakukan sekumpulan 50 individu yang menyewa bilik untuk menyambut majlis hari jadi sekaligus menganjurkan pesta liar di pusat karaoke di Jalan Berapit, Bukit Mertajam, semalam. Golongan terbabit terdiri daripada 37 lelaki serta 13 perempuan berusia 15 hingga 30 tahun itu bagaimanapun ditahan sepasukan polis yang melakukan serbuan di pusat karaoke terbabit pada 4 pagi.*

                39) *“TIADA apa-apa keputusan kuota tambahan haji daripada Kerajaan Arab Saudi,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof. Beliau berkata, kerajaan masih menunggu sama ada permohonan kuota tambahan berkenaan diluluskan atau sebaliknya.*

                40) *PEKERJA bazar malam dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini, selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mencuri durian Musang King pada 1 Jun lalu. Tertuduh, Luqman Hakim Yusof, 24, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Rini Triany Muhamad Ali selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *SIEM REAP (Kemboja): Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut dalam keadaan mengerikan apabila menjadi makanan buaya selepas terjatuh di dalam kolam haiwan berkenaan yang terletak di rumahnya.*
            *Mail Online melaporkan, mayat Rom Roath Neary hanya tinggal kepala selepas dia dibaham beberapa ekor buaya yang dibela keluarganya di sini.
           *Jurucakap polis, Och Sophen berkata, ketika kejadian ibu mangsa baru melahirkan anak dan sibuk menjaga anak bongsunya itu hinggga tidak sedar Rom memanjat pagar di kolam buaya berkenaan.*

          *KABUL: Sekurang-kurangnya 65 orang cedera dalam letupan bom yang menggegarkan Kabul awal pagi tadi sebelum berlaku pertempuran antara sekumpulan penyerang dan pihak keselamatan.*
           *AFP melaporkan, letupan bom menyebabkan kawasan kejiranan Puli Mahmood Khan di ibu kota Afghanistan dipenuhi asap tebal dan gegaran dirasai hingga sejauh 2 kilometer (km).*

          *SRINAGAR (INDIA): Sekurang-kurangnya 20 orang maut selepas bas lebih muatan yang dinaiki terhumban ke dalam gaung dalam kejadian di Kashmir ditadbir India, kata polis.*
           *Jurucakap polis, MK Sinha berkata, kejadian berlakuselepas bas terbabit tergelincir sebelum terhumban dalam gaung di kawasan terpencil di wilayah Kishtwar itu.*
             *Kejadian menyebabkan 20 penumpang mati serta merta manakala 10 lagi cedera, kata Sinha kepada AFP.*

          *HONG KONG: Ribuan penunjuk perasaan bertempur dengan anggota polis hari ini, pada sambutan penyerahan Hong Kong kepada China yang dijangka menarik lebih ramai orang ketika kemarahan memuncak mengenai rang undang-undang ekstradisi.*
         *Reuters melaporkan, lebih sejuta orang turun melakukan tunjuk perasaan sejak tiga minggu lalu untuk menyuarakan kemarahan terhadap pemimpin Hong Kong, Carrie Lam.*
          *Polis melepaskan semburan lada untuk menyuraikan semua penunjuk perasaan yang kebanyakan memakai pakaian serba hitam dan topeng muka menjelang sambutan itu yang ke-22.*

          *KHARTOUM: Tujuh maut dilaporkan maut ketika puluhan ribu penunjuk perasaan melakukan perarakan besar-besaran sejak insiden ganas terhadap mereka baru-baru ini yang menuntut pemerintahan awam.*
          *AFP melaporkan, perarakan besar itu dilakukan selepas berpuluh penunjuk perasaan dilaporkan terbunuh di luar ibu pejabat tentera pada 3 Jun lalu ketika tentera cuba meleraikan mereka.*

          *DAMSYIK: Empat orang awam termasuk seorang kanak-kanak maut manakala 21 lagi cedera selepas dibedil peluru berpandu milik Israel berhampiran Damsyik semalam, lapor agensi berita Syria, SANA.*
           *AFP yang memetik laporan itu berkata, peluru berpandu itu dilancarkan berhampiran Damsyik dan wilayah Homs.*

          *TEXAS: Sepuluh orang terbunuh selepas pesawat ringan dinaiki terhempas ke atas hangar ketika berlepas dari sebuah lapangan terbang di Addison, Texas, kata jurucakap lapangan terbang.*
          *Reuters yang memetik timbalan pengarah lapangan terbang, Darci Neuzil, pesawat enjin berkembar Beechcraft BE-350 King Air itu terbakar sebaik terhempas di lokasi kejadian yang terletak kira-kira 24 kilometer di utara Dallas.*

            *DAKAR: Pihak berkuasa Senegal merampas sejumlah 789 kilogram (kg) dadah jenis kokain yang disembunyikan dalam kereta baru yang dihantar menaiki kapal dari Brazil.*
         *Reuters yang memetik kenyataan pihak kastam berkata, ia ditemui dalam 15 kereta menerusi kapal yang berlabuh di Dakar.*
            *Ia adalah penemuan terbaru selepas pihak berkuasa merampas 283 kg kokain yang diseludup dari Brazil menggunakan taktik sama pada Rabu lalu.*

          *Kiev: Polis menemui seorang kanak-kanak lelaki dirantai dalam keadaan melutut seperti anjing oleh bapanya di sebuah rumah di Aidar-Mykolaivka, baru-baru ini.*
          *Budak berusia enam tahun itu ditemui dalam keadaan melutut dengan rantai besi melilit pinggangnya apabila polis menyerbu rumah itu selepas menerima aduan daripada ibu bapa rakan mangsa.*
         *Daily Mail melaporkan, mangsa menceritakan sering didera dan dirantai bapanya kepada beberapa rakan yang mendedahkan perkara itu kepada ibu bapa mereka.*

         *NEW YORK: Seorang anak yang terlalu dimanjakan didapati bersalah membunuh bapanya yang juga jutawan selepas elaunnya dipotong.*
          *Thomas Gilbert Jr didapati bersalah atas tiga daripada tuduhan terhadapnya, termasuk membunuh dan memiliki senjata. Dia berdepan hukuman penjara seumur hidup dan mahkamah menetapkan 9 Ogos depan untuk menjatuhkan hukuman, lapor Daily Mail.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


           *PELAJAR tingkatan dua sebuah sekolah di Air Putih, Kuantan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai kerana terlalu mabuk selepas meminum minuman keras, hari ini.*
            *Menurut sumber, kejadian berkenaan disedari orang ramai kira-kira 1 tengah hari selepas melihat pelajar berkenaan yang masih beruniform sekolah terbaring di atas kerusi berhampiran sekolahnya.*
           *Terdahulu, beberapa gambar pelajar berkenaan tular di media sosial sejak petang tadi dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada warganet.*

           *KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) kecewa dengan tindakan penganjur Pertandingan Perak Muda Medalist Dancesport Championship yang diadakan di hotel di Perak disebabkan tidak mematuhi syarat-syarat ditetapkan.*
            *Dalam kenyataan dikeluarkan kementerian itu berkata, KPM bukanlah penganjur bersama pertandingan itu sebaliknya ia dianjurkan oleh Malaysia United Dancesport Association (MUDA).*
             *Program yang diadakan di hotel itu tular di Facebook (FB) sejak semalam memaparkan gambar beberapa wanita yang memenangi pertandingan itu berpakaian seksi serta video memaparkan mereka menari.*

           *KUALA LUMPUR: Berpengalaman 20 tahun memasak di Tanah Suci menjadikan cef ini antara individu terpenting sepanjang musim haji tahun ini yang bertanggungjawab menyediakan masakan menyelerakan kepada jemaah dan petugas haji.*
           *Cef Ismail Hamid, 48, dibantu dua pembantunya, Cef Bakri Ahmad, 41, dan Cef Yusairi Mustafa, 40, antara tukang masak mahir yang terpilih menyediakan makanan kepada petugas haji di ibu pejabat Tabung Haji (TH) di Bangunan Abraj Al-Janadriah di Makkah pada musim haji tahun ini.*
           *Mula membabitkan diri dalam bidang kulinari sejak berusia 23 tahun dan pernah memasak untuk lebih 10,000 jemaah muassasah di Madinah pada 1998 menjadikan Ismail kaya dengan pengalaman untuk bertugas di dapur Tanah Suci khususnya menyediakan hidangan buat jemaah haji Malaysia.*

           *PENERBANGAN sulung syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd (AirAsia) membawa seramai 174 penumpang menerusi penerbangan menghubungkan Pulau Pinang ke Melaka, mendarat dengan selamat.*
       *Penerbangan AK6284 menggunakan pesawat A320 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pada jam 1.20 tengah hari dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam pada jam 2.25 petang.*
         *Ketibaan pesawat dan penumpang disambut paluan kompang sebelum diraikan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari; Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat.*

           *LONDON: Penyanyi popular, Miley Cyrus sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan payudaranya dan mempamer aksi mengghairahkan ketika membuat persembahan di satu festival muzik kelmarin.*
        *Mail Online melaporkan, Cyrus, 26, kali pertama membuat persembahan di Pyramid Stage ketika Festival Glastonbury di Worthy Farm, Somerset dekat sini kelmarin.*
          *Namun, penyanyi kontroversi itu memastikan persembahannya di festival muzik terkenal itu terus diingati.*

          *SEORANG wanita mencetuskan kekecohan apabila tiba-tiba mengamuk sambil membawa masuk seekor anjing ke dalam masjid selepas mendakwa suaminya bernikah di situ, dalam kejadian di Bogor, Indonesia.*
          *Tribunnews melaporkan, kejadian dipercayai berlaku kelmarin selepas seorang pemilik akaun twitter @OppositeNewsID memuat naik video wanita terbabit sebelum ia tular di media sosial.*
          *Menerusi video dengan durasi 1.9 minit, wanita itu kelihatan tidak membuka kasutnya sambil memegang anjing sebelum meninggikan suara ke arah dua lelaki di dalam masjid.*

           *AKTOBE: Kisah lelaki serangan beruang yang hidup selama sebulan dalam sarang haiwan itu di sebuah gua di Russia sebenarnya palsu, sebaliknya lelaki itu sebenarnya menghidap penyakit kulit psoriasis kronik dan dirawat di sebuah hospital di Aktobe, Kazakhstan.*
           *Perkara itu didedahkan Doktor Rustam Isaev yang merawat lelaki terbabit, dikenali sebagai Alexander P, 41, yang turut menegaskan dia tidak pernah diserang haiwan liar.*
            *Minggu lalu, satu video tular menunjukkan seorang lelaki kurus kering cedera termasuk patah tulang belakang kononnya akibat serangan beruang, malah dia mendakwa disimpan di sarang haiwan berkenaan selama sebulan.*
                 

*ARENA*
========


          *PENJAGA gol Sepanyol, Iker Casillas melaporkan diri pada hari pertama latihan pra musim kelab Porto hari ini, dua bulan selepas mengalami serangan jatung namun enggan menjalani latihan bersama pasukan buat sementara waktu.*
          *”Kembali bekerja. Hari pertama,” pemain berusia 38 tahun itu memuat naik menerusi Twitter beberapa gambar menunjukkan ketibaan, sambil tersenyum bersama rakan sepasukan di pusat latihan Porto Olival.*

          *PENYERANG Manchester United, Marcus Rashford menandatangani kontrak baru selama empat tahun dengan pilihan untuk lanjutan setahun kata Kelab Liga Perdana Inggeris itu hari ini.*
            *Butiran lanjut mengenai perjanjian kewangan tidak didedahkan namun media British melaporkan kontrak baru membolehkan Rashford menerima gaji sekitar 250,000 (RM1.32 juta) seminggu tatkala pengurus Ole Gunnar Solskjaer merancang memperkuatkan barisan serangannya di kalangan graduan akademi kelab itu.*

           *PEP Guardiola memberi amaran saingan liga-liga di benua Eropah akan lenyap sekiranya pemilik tamak memaksa pelaksanaan Liga Super Eropah.*
            *Pengerusi Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge dikatakan menjadi watak utama terhadap bidaan dibuat tahun lalu untuk mewujudkan pertandingan baru yang hanya menampilkan kelab terbesar di Eropah.*

           *MANCHESTER City hari ini memperkenalkan jersi baru untuk aksi di tempat sendiri dan tempat lawan bagi menghadapi saingan musim 2019-20.*
            *Jersi yang digunakan mereka dikatakan mendapat inspirasi daripada bekas kelab malam legenda yang popular di bandar Manchester pada era 80-an dan 90-an.*
          *Puma bersetuju menggantikan Nike sebagai pembekal jersi kepada City dengan kontrak selama 10 tahun yang mencecah 650 juta (RM3.4 bilion).*

            *MESKIPUN hanya mengutip satu mata pada Grand Prix Belanda di litar Assen, semalam, ia memberi makna yang cukup besar kepada pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah.*
             *Pelumba Red Bull KTM Tech 3 itu yang menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-15 berkata, data yang diperolehi daripada perlumbaan di Assen diharap dapat membantunya serta pasukan meraih keputusan lebih baik pada Grand Prix Jerman, minggu depan.*

            *KETUA jurulatih skuad hoki negara, Roelant Oltmans mengakui belum berpuas hati meskipun kedudukan ranking anak buahnya naik satu anak tangga di kedudukan ke-12 selepas kemaskini terbaru oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).*
          *Jelas pengendali dari Belanda itu, andai Malaysia muncul juara pada Pusingan Akhir Siri FIH di Kuala Lumpur Mei lalu, beliau pasti ranking skuad negara sebelum ini berada di kedudukan ke-13 akan lebih baik.*

            *PELBAGAI program pembangunan dan kemudahan disediakan Johor Darul Ta'zim (JDT) dilihat sebagai model terbaik kepada kelab bola sepak lain di rantau ini.*
           *Pemenang piala dunia bersama Perancis yang juga bekas bintang Arsenal, Robert Pires berkata, pembangunan JDT boleh dijadikan model oleh kelab bola sepak lain di rantau ini.*
         *Saya teruja melihat pembangunan bola sepak di Johor dan ternyata ia semestinya daripada Tunku Ismail Sultan Ibrahim (Tunku Mahkota Johor) yang mempunyai minat mendalam dalam sukan ini.*

            *BEKAS Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menegaskan, bakal peneraju badan itu mestilah individu yang benar-benar faham 'kerenah' bola sepak negeri itu.*
          *Beliau yang belum lagi memikirkan untuk menerima pencalonan menerajui KAFA berkata, mereka yang benar-benar berminat mestilah menilai keupayaan diri sebelum dipilih sebagai Presiden.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2019 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*KHMIS 4 JUL 2019 ASHI ERSAAAN 1 ZULKEDA# 1440 HIJRH*


*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA*

*IMSAK* : 0536
*SUBUH* : 0546
*SYURUK* : 0708
*ZOHOR* : 1320
*ASAR* : 1646
*MAGHRIB* : 1929
*ISYAK* : 2045


*artikel disiarkan pada tarikh 3julai*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *SEORANG lelaki menikam isterinya sehingga mati, sebelum menikam dirinya sendiri selepas mereka dipercayai bertengkar di rumah mereka di Taman Seri Duyong Fasa 2, Duyong di Melaka, pagi ini. Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, mangsa, Samnah Mohamed, 55, maut dengan empat kesan tikaman di badan, manakala suaminya berusia 56 tahun cedera.*

               2) *EMPAT sekeluarga maut selepas kereta Perodua Viva dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan memasuki parit di Kilometer (KM) 55 Jalan Klang-Telok Intan, Kuala Selangor, hari ini. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Md Asri A Wahab berkata, dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, semua yang berada di dalam kenderaan terbabit meninggal dunia di lokasi kejadian.*

               3) *MAHKAMAH Koroner Shah Alam, hari ini, diberitahu metodologi yang digunakan Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam eksperimen bagi mengetahui punca kecederaan yang menimpa anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim adalah salah. Perkara itu dimaklumkan saksi inkues ke-29, Profesor Dr Shahrom Abd Wahid, yang dipanggil semula untuk memberikan keterangan dalam inkues kematian Muhammad Adib di hadapan Koroner Rofiah Mohamad.*

               4) *NELAYAN yang sedang mencari ketam di Sungai Suai, Miri, tergamam apabila terserempak dengan seekor buaya yang sedang mengheret separuh bahagian tubuh manusia, semalam. Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, kejadian kira-kira 12 tengah hari itu disaksikan nelayan terbabit bersama anak lelakinya yang sedang menaiki perahu di sungai berkenaan.*

               5) *PEMBANTU ladang didakwa di Mahkamah Majistret Parit, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) di Kampung Gajah, 23 Jun lalu. Tertuduh, Abdul Rahman Abu Bakar,43, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nazratul Natrah Mohd Yusuf.*

               6) *MALAYSIA dan Singapura akan meneruskan rundingan mengenai sempadan maritim di kawasan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan. Dewan Rakyat dimaklumkan, kedua-dua negara sudah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Bersama Malaysia-Singapura (MSJTC) bagi melaksanakan penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung kedaulatan ke atas Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan pada 2008.*

               7) *SERAMAI 38 pelajar sekolah daripada sembilan sekolah di Pasir Gudang mengalami masalah kesihatan, loya dan muntah-muntah selepas terhidu udara tercemar, hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, semua pelajar terbabit bagaimanapun dibenarkan pulang sejurus mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Pasir Gudang serta Klinik Kesihatan Masai.*

               8) *DUA lelaki termasuk seorang remaja direman selama tujuh hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan berkaitan kes rogol seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah di Kuala Terengganu. Perintah reman terhadap kedua-dua suspek masing-masing berusia 16 dan 20 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret/Sesyen Kuala Terengganu Roszita Md Saad bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.*

               9) *PENIAGA wanita berdepan detik cemas apabila disamun dua lelaki di kedai runcit miliknya di kilang kelapa sawit di Jeram Padang, Jempol, kelmarin. Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, kejadian pada 11 pagi itu berlaku ketika mangsa yang berusia 48 tahun bersendirian di kedainya itu.*

               10) *PERSIAPAN akhir bagi menyambut ketibaan bakal jemaah yang mengerjakan musim haji 1440 Hijrah/2019 sudah siap sepenuhnya di Kompleks Tabung Haji (TH) KLIA, Sepang hari ini. Tinjauan mendapati sistem kawalan keselamatan dan teknologi maklumat (IT) juga sudah diuji buat kali terakhir. Pengarah Operasi Stesen Sepang, Khairoddin Ahmad berkata, 838 petugas Operasi Haji Tanah Air (OHTA) akan membantu melancarkan proses berkenaan.*

               11) *LELAKI ditemui meninggal dunia dalam kawasan hutan berhampiran rumahnya di Kampung Pisang, Jalong, Sungai Siput hari ini selepas dipercayai hilang sejak Jumaat lalu. Mayat Mohamad Saipul Azizi, 38, ditemui 11 pagi tadi oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang ditubuhkan selepas polis mendapat maklumat kehilangan mangsa daripada penduduk kampung lewat malam Isnin.*

               12) *“KALAU tak suka Datuk Seri (Dr Ahmad) Zahid (Hamidi) kembali, kita ada perlembagaan, ada pemilihan parti,” kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan tindakan Ahmad Zahid menamatkan rehatnya sebagai Presiden UMNO, boleh menentukan kedudukannya pada pemilihan parti akan datang.*

               13) *SATU minit sahaja diambil anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei untuk menyelamatkan nyawa seorang wanita yang bersalin di Terminal Dua bot ekspres di Jalan Wharf, Sarikei, malam tadi. Ketua BBP Sarikei, Mahmudin Naruddin berkata, seramai lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 11.56 malam.*

               14) *HAMPIR dua hari terjatuh dan terperangkap dalam longkang di Taman Pandan Jaya, Ampang, lelaki warga emas akhirnya diselamatkan anggota bomba Isnin lalu. Mangsa berusia lingkungan 70-an dibantu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan.*

               15) *BERKAIN pelekat serta berkopiah seolah-olah mahu menunaikan solat Subuh seperti jemaah lain namun mencuri sebaik solat bermula. Itu taktik lelaki yang mencuri beg bimbit milik pesara wanita apabila jemaah menunaikan solat Subuh di Surau As-Siddiqin, Taman Kundang Jaya, Rawang semalam.*

               16) *IBU terkejut apabila mendapati anak lelakinya berusia 14 tahun sudah meninggal dunia di rumah mereka di Bakam, Miri semalam. Kejadian berlaku 6.30 pagi apabila ibu remaja itu ke bilik tidur anaknya di tingkat atas rumah bagi mengejutkan anaknya supaya bersiap ke sekolah. Ibu mangsa menemui mayat anaknya dalam keadaan kepalanya ditutup menggunakan beg plastik yang diikat dengan tali nilon.*

               17) *SEORANG tukang paip tidak menyangka tindakan membenarkan isterinya pulang melawat keluarga di India selama seminggu bertukar tragedi apabila isterinya dilaporkan hilang dikhuatiri menjadi mangsa culik di negara berkenaan. Habibuneesa Mohamed Ismail, 36, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama kakaknya, Nur Jihan, serta anak kakaknya berusia empat tahun ke India pada 24 Jun lalu untuk melawat saudara-maranya di Pandaravadai, Panapasam, Tamil Nadu.*

               18) *MAYAT Lans Koperal Mohd Fairus Mohd Hashim, seorang daripada dua beranak yang terjatuh ke dalam Sungai Muar ditemui orang awam di tepi Jeti Nelayan Sungai Senduk, Mukim Sungai Mati, Tangkak, hari ini. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, jenazah anggota polis berusia 36 tahun itu ditemui jam 7.30 pagi tadi pada kedudukan sembilan kilometer dari tempat kejadian.*

               19) *MURID Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Besut 2, Muhammad Saiful Aiman Mohammad, yang dilaporkan hilang dua hari lalu, ditemui selamat di sekitar selatan Thailand. Ibunya, Siti Ruziana Sidek, 35, berkata, dia bersyukur dan gembira apabila menerima berita anaknya selamat daripada pihak berkuasa.*

               20) *PERASAAN ingin tahu seorang lelaki membawa kepada penemuan bayi lelaki di dalam sebuah kotk yang ditinggalkan di bawah pokok di Jalan Jelai, Alor Setar, pagi semalam. Bayi cukup sifat dan masih bertali pusat itu ditemui Husaini Hassan, 40, dalam keadaan dibalut dengan selimut.*

               21) *LELAKI dan wanita terperangkap lebih 30 minit dalam lif yang tersangkut di tingkat bawah tanah stesen kereta api di Kuala Kangsar, hari ini, sebelum diselamatkan bomba. Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa, polis bantuan berusia 20-an dan pekerja pembersihan wanita berusia 40-an terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.*

               22) *LEMBAGA Tabung Haji (TH) dengan kerjasama Mobily menyediakan perkhidmatan kad SIM prabayar kepada jemaah haji negara ini bagi kemudahan menghubungi keluarga ketika berada di Tanah Suci. Menerusi kerjasama di bawah program Sahabat Korporat TH itu, setiap jemaah haji akan diberikan satu kad prabayar sebelum berangkat menunaikan rukun Islam kelima berkenaan.*

               23) *WANITA ditemui mati di sebuah pusat hiburan di Jalan Ban Hock di Kuching, jam 2.40 petang semalam. Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata, mayat wanita tempatan itu yang berusia 20-an ditemui pekerja premis terbabit.*

               24) *“DIA nak gantung, gantunglah. Gantung sampai mati pun saya tak kisah, saya bebas bila nak masuk,” tegas Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman. Beliau yang digantung dari menghadiri Sidang Dewan Rakyat, selama empat hari, mulai hari ini tidak peduli akan tetap hadir pada sidang dewan selepas ini.*

               25) *SERAMAI 132 penumpang penerbangan pesawat AirAsia dari Melaka ke Pulau Pinang hari ini, terjejas susulan masalah sistem navigasi di menara kawalan udara Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam. Pesawat dengan kod penerbangan AK6285 yang sepatutnya membawa 132 penumpang itu dijadualkan berlepas dari lapangan terbang berkenaan pada 2.50 petang tadi.*

               26) *NASIB Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong , Haziq Abdullah Abdul Aziz akan ditentukan apabila Biro Politik PKR bermesyuarat, petang ini. Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, biro itu akan dimaklumkan berkaitan status Haziq oleh Jawatankuasa Disiplin parti selepas tempoh 14 hari menjawab surat tunjuk sebab tamat hari ini.*

               27) *TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengarahkan operasi rumah pengasuh, lokasi kejadian budak 12 tahun merogol anak asuhan berusia empat tahun di Batu Gajah, Perak, ditutup. Beliau menegaskan, pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah ke rumah berkenaan. Dalam pada itu, beliau kesal dengan sikap ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka leka dengan telefon pintar sehingga terdedah kepada kandungan berunsur lucah.*

               28) *AKIBAT tidak dapat mengawal nafsu, seorang lelaki Pakistan mencabul seorang pekerja kedai pakaian di Teluk Air Tawar, Butterworth, kelmarin. Dalam kejadian 9.45 malam itu, mangsa, wanita berusia 30 tahun sedang bekerja di kedai terbabit seorang diri sebelum didatangi lelaki Pakistan berkenaan.*

               29) *DUA lelaki dikhuatiri lemas selepas hilang ketika keluar memancing di perairan Kuala Kurau, dekat Parit Buntar, dengan menaiki sebuah bot gentian kaca, kelmarin. Mangsa, Yeap Bee Lun, 55 dan Ong Choo Peen, 56, masing-masing berasal dari Kuala Kurau. Sehingga semalam, kedua-duanya tidak pulang dan ahli keluarga mereka membuat laporan polis.*

               30) *PENOLONG pegawai perubatan kerugian RM2,000 selepas beg tangannya dilarikan dua penjenayah menaiki motosikal yang memecah cermin keretanya di Jalan Gombak, Kuala Lumpur, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa berusia 28 tahun memberhentikan kenderaan utilti sukan (SUV) Kia Sorento dipandunya di persimpangan lampu isyarat di lokasi berkenaan.*

               31) *AKTIVITI sebuah kilang di Sungkai menimbulkan tanda tanya apabila dikesan beroperasi secara rahsia tanpa nama kilang, berpagar setinggi tiga meter serta tidak dapat dilihat orang luar sejak lapan bulan lalu. Pemeriksaan bersama Majlis Daerah Tapah (MDT) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) itu mendapati kilang terbabit menjalankan kegiatan memproses sisa plastik yang dipercayai diimport dari luar negara.*

                32) *KUMPULAN Syarikat PROLINTAS meneruskan penganjuran acara sukan berskala besar GCE-Elmina Duathlon 2019 di atas lebuh raya. Acara kali kedua dengan kerjasama Sime Darby Property itu membabitkan larian dan berbasikal di Bandar Elmina, Shah Alam dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) pada 8 September depan.*

                33) *KEJAR sampai jatuh. Itu yang berlaku terhadap seorang anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia Pulau Pinang (JIMPP) apabila dia cedera ketika cuba menahan warga asing yang melarikan diri dalam serbuan, kelmarin. Dalam kejadian di restoran di Bandar Baru Ayer Itam jam 9.40 pagi itu, anggota berkenaan dikatakan terjatuh ketika mahu menahan lelaki warga Myanmar yang cuba meloloskan diri selepas melihat anggota terbabit masuk ke premis berkenaan.*

                34) *EMPAT ahli Geng 24 direman empat hari bermula semalam hingga Jumaat ini selepas dipercayai terbabit dalam kes simbah cat terhadap rumah aktivis alam sekitar di Sungai Jarom di sini, 26 Jun lalu. Perintah reman dikeluarkan Majistret Saifuddin Rafie di Mahkamah Majistret Telok Datok, bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 506 dan 427 Kanun Keseksaan kerana mengugut dan khianat kepada mangsa.*

                35) *KEMENTERIAN Air, Tanah dan Sumber Asli kini dalam usaha merangka undang-undang baharu membabitkan penggunaan sumber air bawah tanah bagi kegunaan harian dan industri bagi jangka masa panjang. Tindakan itu juga bagi memastikan penggunaan sumber air lebih mampan dan tidak memberi impak negatif kepada alam sekitar.*

                36) *SEBUAH kolam yang terselindung di sebalik semak samun di Kawasan Perindustrian, Taman Melur, Batang Benar, Nilai dikesan dijadikan tempat pembuangan sisa bahan kimia dari sebuah kilang memproses produk aluminium. Difahamkan, hasil pemeriksaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan 3 petang tadi mendapati bahan logam berat dikenali soda kaustik itu dikesan sedalam kira-kira semeter di kolam takungan seluas 1.2 hektar berkenaan.*

                37) *SEMUA pihak termasuk organisasi media yang terbabit dalam sebarang operasi pencemaran toksik perlu mematuhi peraturan berkaitan keselamatan dan kesihatan. Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, peraturan itu termasuk menggunakan peralatan perlindungan diri (PPE) yang sesuai ketika bertugas.*

                38) *DUA lelaki layak digelar abang durjana apabila dipercayai sanggup merogol adik kandung mereka sehingga melahirkan seorang bayi perempuan dalam kejadian di Kuantan, Pahang dan daerah ini. Tindakan terkutuk dua suspek, masing-masing berusia 17 dan 19 tahun itu terbongkar selepas remaja perempuan berusia 13 tahun itu mengadu sakit perut dan dibawa ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan, pada 9.30 malam Ahad lalu.*

                39) *SIASATAN Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mendapati pembayar cukai yang mendakwa premis dan syarikat miliknya diserbu LHDN ala gangster tahun lalu, gagal mengisytiharkan pendapatan daripada perniagaan membabitkan sejumlah pelarian cukai yang besar. Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Seri Sabin Samitah berkata, LHDN bagaimanapun tertakluk kepada kerahsiaan di bawah Seksyen 138, Akta Cukai Pendapatan 1967, yang memperuntukkan bahawa maklumat terperinci berhubung siasatan itu tidak boleh didedahkan kepada pihak ketiga.*

                40) *SERAMAI 30,200 bakal jemaah akan menunaikan haji bagi musim haji 1440 Hijrah/2019M. Pengarah Operasi Media Tabung Haji (TH), Anis Zuhani Ahmad berkata, terdapat 62 penerbangan daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Tanah Suci. Beliau berkata, daripada jumlah itu, 34 penerbangan ke Jeddah manakala 28 penerbangan ke Madinah.*

            
*SEJAGAT*
==========


           *SAINT PEERSBURG: Seorang lelaki hampir maut apabila badannya disaluti tar selepas terjatuh ke dalam satu kolam buangan sisa toksik di Russia.*
          *Mail Online melaporkan, lelaki itu diselamatkan orang ramai selepas ditemui dalam dalam kolam yang penuh dengan sisa tar di sebuah kilang tinggal di Pavlovsk berhampiran bandar ini.*
         *Beberapa gambar menunjukkan mangsa berusia 33 tahun yang tidak didedahkan identitinya mengerang kesakitan dengan keseluruhan tubuhnya diliputi tar berwarna hitam.*

          *DHAKA: Mahkamah Bangladesh menjatuhkan hukuman mati terhadap sembilan ahli pembangkang Parti Bangladesh Nationalist (BNP) kerana cuba membunuh Perdana Menteri Sheikh Hasina 25 tahun lalu, hari ini.*
            *Peguam kerajaan berkata, mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap 25 ahli parti terbabit.*
          *Seramai 13 orang turut dipenjara 10 tahun kerana terbabit dalam serangan terhadap Hasina dalam sebuah kereta api di Pabna pada 1994, kata pendakwa raya Aminul Islam.*

          *WASHINGTON: Kajian terbaru mendapati lipas semakin ‘kebal’ terhadap pelbagai racun serangga menyebabkan ia sukar untuk dibunuh.
             *Daily Mail melaporkan, lipas Jerman iaitu spesies paling biasa dalam dunia serangga mula membina ketahanan yang tinggi terhadap racun serangga.*
           *Menerusi kajian yang dijalankan selama enam bulan, penyelidik bukan saja gagal mengurangkan bilangan lipas malah ia dilihat mempunyai ketahanan enam kali lebih tinggi terhadap gabungan pelbagai racun serangga.*

           *MUMBAI: Enam maut dan sekurang-kurangnya 18 lagi dilaporkan hilang selepas hujan monsun yang lebat menyebabkan sebuah empangan pecah dalam kejadian di negeri Maharashtra, barat India.*
            *Menurut jurucakap Pasukan Bertindak Bencana Kebangsaan India (NDRF), Alok Awasthy berkata, pihaknya menggunakan dron untuk mengesan enam mayat mangsa berkenaan.*

           *LA HIGUERA (CHILE): Penduduk di Chile dan Argentina semalam tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat fenomena gerhana matahari penuh yang jarang berlaku.*
            *AFP melaporkan, kebanyakan mereka memenuhi kawasan utara wilayah Coquimbo berhampiran gurun Atacama yang mempunyai teleskop paling jelas untuk melihat gerhana berkenaan.*
           *Selain itu, orang ramai turut membanjiri bandar La Higuera dan berpeluang melihat fenomena berkenaan selama 2 minit 36 saat berhampiran lokasi mercu tanda terkenal, Pusat Cerapan La Silla.*

            *TAIPEI: Syarikat penerbangan Eva Airways terpaksa membatalkan kira-kira 550 lagi penerbangan yang dijadualkan pertengahan bulan ini selepas kru penerbangan melakukan mogok yang masuk hari ke-14 kerana gagal mencapai rundingan mengenai gaji.*
          *Reuters melaporkan, mogok itu bermula pada 20 Jun selepas rundingan selama beberapa bulan gagal mencapai sebarang keputusan sekali gus menjejaskan 2,000 penerbangan serta 405,000 penumpang termasuk pembatalan terbaru itu.*

            *TRIPOLI: Sekurang-kurangnya 40 maut manakala 80 lagi cedera selepas sebuah pusat tahanan yang kebanyakannya menempatkan pendatang Afrika, dibedil dalam serangan udara di Tripoli, Libya, semalam.*
         *Ia adalah angka kematian paling tinggi yang dilaporkan dalam serangan yang dilancarkan tentera pimpinan Khalifa Haftar tiga bulan lalu untuk menguasai ibu kota yang dikuasai oleh kerajaan diiktiraf antarabangsa, lapor Reuters.*

            *CALIFORNIA: Empat dilaporkan cedera dalam kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah, Tanforan Mall di San Bruno, California, kelmarin.*
             *Dua daripada mangsa dibawa ke Hospital Besar San Francisco dan Pusat Trauma manakala dua lagi dihantar ke sebuah hospital lain, kata jurucakap hospital, Brent Andrew kepada stesen televisyen KGO-TV.*
            *Salah seorang pekerja kedai di pusat beli-belah terbabit, Angelica Castro berkata dia melihat sekumpulan orang ramai berlari ke arahnya sambil menjerit ‘tembakan, tembakan’ dalam keadaan penuh ketakutan.*

            *NEW DELHI: Cemburu kerana cemerlang dalam pelajaran dilaporkan menjadi punca seorang remaja perempuan 16 tahun dirogol empat sepupu dan seorang gurunya sendiri di India.*
           *Empat lelaki terbabit menjemput mangsa untuk makan tengah hari bersama ketika waktu rehat di Sitapur, Uttar Pradesh.*
              *Mereka kemudiannya mencampurkan dadah ke dalam makanan remaja itu sebelum merogol mangsa bergilir-gilir.*

          *AHUMBE, Nigeria: Sekurang-kurangnya 45 maut manakala lebih 100 lagi cedera di tengah Nigeria selepas sebuah lori tangki terbabas dan meletup ketika orang ramai berebut-rebut mengambil minyak yang bocor, kata perkhidmatan kecemasan hari ini.*
           *Lori tangki itu dilaporkan terbalik berhampiran beberapa kedai di kampung Ahumbe di negeri Benue semalam.*
           *Penduduk kemudiannya berebut-rebut menadah minyak yang bocor tetapi sejam kemudian lori tangki itu terbakar menyebabkan ia meletup.*
  

*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


            *SEAKAN-AKAN mengerti insan memeliharanya sudah tiada, seekor kucing diberi nama 'Messi' melarikan diri ke dapur untuk menunjukkan kesedihan terhadap pemergian tuannya itu, baru-baru ini.*
          *Messi dibela Allahyarham Md Jais Jaapar dan isteri, Melah Kushimohud sejak 13 tahun lalu itu sebelum lelaki terbabit meninggal dunia akibat kanser prostat hujung bulan lalu di rumahnya di Masjid Tanah, Melaka.*
           *Menceritakan kejadian itu, anak saudara arwah, Nur Iylia Malek, 27, berkata, Messi sangat rapat dengan tuannya sejak kecil hingga sekarang.*
            *Nur Iyalia sebelum itu memuat naik ciapan menerusi akaun Twitter miliknya memaklumkan kucing peliharaan arwah bapa saudaranya tidak berganjak dari sisi jenazah.*

             *REMAJA lelaki berusia 15 tahun bertindak menghilangkan diri dari rumahnya di Pekan Kuala Selangor pada awal pagi tadi, selepas mendakwa dirinya menjadi mangsa buli di sekolahnya.*
           *Ibu remaja itu, Mardiana Ismail, 58, berkata, perkara itu dimaklumkan oleh anaknya itu, Ahmad Fitri Mohammad Shaffie kepadanya Ahad lalu ketika ingin menghantarnya ke asrama.*
           *Terdahulu, tular di media sosial twitter dan Facebook (FB) mengenai kehilangan Ahmad Fitri yang dipercayai melarikan diri dengan meninggalkan sekeping nota yang hanya disedari Mardiana kira-kira 6.30 pagi.*

             *DAKWAAN tiada tindakan diambil terhadap kilang kimia di Pasir Gudang sehingga menyebabkan pencemaran udara di daerah itu sejak minggu lalu adalah tidak benar.*
          *Tular di laman sosial hari ini yang mendakwa tiada tindakan diambil terhadap kilang tertentu kononnya ada kaitan dengan suami Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang juga Ketua Pegawai Eksekutif IOI Properties Group Bhd Lee Yeow Seng.*
           *Yeo Bee Yin menyelar tuduhan itu dan menganggap ia penghinaan kepada ratusan pegawai kerajaan dari semua agensi yang terbabit dalam menangani insiden di Pasir Gudang.*

            *“KAMI sekeluarga reda dan boleh menerima ujian yang ditimpa ke atas keluarga kami,” kata Muhammad Afiq Mat Ani, 24.*
           *Muhammad Afiq adalah abang kepada penuntut tahun akhir Universiti Teknologi Mara (UiTM) Raub, Muhammad Aiman Hakim Mat Ani, 22, yang mayatnya ditemukan dalam tangki air di FELDA Palong 12 di Jempol, Negeri Sembilan pada Mac lalu.*
            *Media hari ini melaporkan rangka ditemukan dalam tangki air di Felda Palong 12 di Jempol pada 25 Mac lalu disahkan milik Muhammad Aiman Hakim.*

            *LATIHAN terbesar dalam sejarah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Eksesais Kerismas diadakan semula selepas 14 tahun dihentikan, membabitkan 11 kapal TLDM termasuk kapal selam KD Tun Razak.*
            *Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany berkata, eksesais itu turut membabitkan 3,000 anggota dan diadakan di perairan Laut China Selatan selama 11 hari, bermula kelmarin.*
         *Katanya, tujuan utama eksesais itu adalah meningkatkan dan menilai tahap kesiapsiagaan Armada TLDM di peringkat operasi sertataktikal.*

           *SYARIKAT penerbangan tambang murah, AirAsia memperkenalkan hidangan terbarunya dalam menu Santan, Burger INSPI (RED) yang boleh didapati dalam penerbangan ke semua destinasinya bermula hari ini.*
            *Hidangan olahan resipi Chef selebriti, Hong Thaimee dihasilkan dengan kerjasama penyumbang kepada Dana Global dalam usaha menyokong program perjuangan memerangi HIV/AIDS.*
           *Hong selaku Duta Chef (RED) yang kini menetap di New York, Amerika Syarikat berkata, dia hanya mengambil masa lima minit untuk mencipta resipi burger yang menggabungkan keunikan citarasa timur (perisa Thai) dan barat (burger klasik Amerika).*

           *TOKYO: Selepas 31 tahun, nelayan di Jepun membawa pulang hasil tangkapan ikan paus pertama mereka untuk dipasarkan, kelmarin.*
           *Ikan paus Minke pertama dibawa ke darat jam 5 petang, diikuti seekor lagi tidak lama selepas itu, lapor The Washington Post.*
           *Tahun lalu, Jepun menarik diri daripada garis panduan Suruhanjaya Ikan Paus Antarabangsa (IWC) bagi meneruskan penangkapan mamalia laut itu untuk tujuan komersial.*
           *Menurut news.com.au, beberapa gambar seekor ikan paus Minke dilapah dan dikelilingi pekerja di pelabuhan Kushiro, Hokkaido tular di media sosial.*
               

www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2019 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*JUAAT 5 JUL 2019 ASHI ERSAAAN 2 ZULKEDA# 1440 HIJRH*


*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA*

*IMSAK* : 0537
*SUBUH* : 0547
*SYURUK* : 0708
*ZOHOR* : 1321
*ASAR* : 1646
*MAGHRIB* : 1929
*ISYAK* : 2045


*artikel disiarkan pada tarikh 4julai*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *“KAMI tak akan berdendam dengan perbuatan ayah kerana selama ini pun dia menjadi suami dan ayah yang sangat baik, penyayang dan bertanggungjawab kepada kami sekeluarga.” Itu diluahkan Dazrin Mahat, 26, yang kehilangan ibu, Samnah Mohamed, 55, akibat ditikam bapanya sendiri dalam kejadian di Taman Seri Duyong, Fasa 2 di Melaka, pagi semalam.*

               2) *TIGA beradik termasuk seorang budak lelaki yang ditinggalkan dalam keadaan tidak terurus di sebuah rumah di Padang Setenge, Kuala Berang, diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semalam. Difahamkan, tiga beradik berusia antara enam hingga 12 tahun itu ditinggalkan ibu mereka berusia 32 tahun lebih daripada tiga hari tanpa sebarang makanan dan pengawasan keselamatan.*

               3) *SERAMAI 75 nelayan warga asing yang menceroboh perairan negara ditahan dalam Op Gelora Khas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Polis Diraja Malaysia (PDRM), baru-baru ini. Mereka ditahan dalam operasi pada 18 hingga 30 Jun lalu di kawasan di perairan pantai timur Semenanjung.*

               4) *TIADA bukti penanaman sisa kimia bawah tanah sebagai punca pencemaran kimia di kawasan Pasir Gudang. Malah, kerajaan negeri tidak dapat memastikan kesahihan pendedahan seorang profesor kejuruteraan kimia mendakwa penanaman sisa kimia di dalam tanah menjadi punca bencana itu. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Cheng Choon berkata, siasatan berkaitan punca pencemaran termasuk usaha mengesannya masih belum tamat.*

               5) *BEKAS Pengarah SRC International Sdn Bhd (SRC International), Datuk Suboh Md Yassin mengakui tidak mengetahui kewujudan akaun lain milik syarikat itu yang membuat transaksi RM20 juta ke dalam akaun Ihsan Perdana. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Datuk Seri Najib Razak dalam perbicaraan hari ke-32 di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.*

               6) *SAKSI pakar forensik memberitahu Mahkamah Koroner di Shah Alam, hari ini, beliau yakin 80 hingga 90 peratus kecederaan di dada kanan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim berpunca akibat tendangan di pintu van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS). Perunding Kanan Patalogi Forensik United Kingdom, Profesor Dr Shahrom Abd Wahid, berkata demikian dalam prosiding inkues kematian Muhammad Adib pada hari ke-38 di hadapan Koroner Rofiah Mohamad.*

               7) *WANITA yang mengalami patah kaki kanan dan tangan kiri selepas terbabit dalam kemalangan di Kampung Bukit Kadir, Jalan Nilai- Salak, dekat Nilai, semalam, meninggal dunia jam 11 pagi semalam, di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS), Seremban.
Dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, kenderaan dipandu A K Vinayagi, 34, dikatakan terbabit dalam kemalangan dengan dua kenderaan lain sebelum terbabas dan melanggar tiang papan tanda.*

               8) *REMAJA bertindak menyerang bapa kekasihnya selepas perbuatannya bersama anak perempuan lelaki itu diketahui dalam kejadian di Taman Moyan Jaya, di Padawan, Isnin lalu. Difahamkan, remaja berusia 16 tahun itu sering datang ke rumah kekasihnya yang berusia 13 tahun untuk tidur sejak seminggu lalu. Bagaimanapun, perbuatan itu diketahui bapa kekasihnya yang datang menyerbu bilik tidur anaknya pada 5.30 petang.*

               9) *JABATAN Alam Sekitar (JAS) hari ini menyerahkan alat pengesan gas ke 111 sekolah sekitar Pasir Gudang bagi membolehkan pengurusan sekolah memantau kualiti udara dan mengambil bacaan untuk direkodkan secara berterusan. Tindakan itu sebagai langkah awal sebelum pihak industri membekalkan alat berkenaan menerusi program sekolah angkat.*

               10) *“BN (Barisan Nasional) dan PH (Pakatan Harapan) tiada kelebihan pun pinda umur pengundi 18 tahun ini,” kata Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin. Beliau berkata, orang muda sebaliknya akan bersikap tunggu dan lihat parti mana yang akan menawarkan hala tuju terbaik kepada mereka dan negara.*

               11) *KEPUTUSAN memecat Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMM) Cabang Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz, selepas membuat pengakuan terbuka mengenai skandal video seks yang cuba dikaitkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, baru-baru ini, sepatutnya dibuat lebih awal. Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, keputusan memecat Haziq Abdullah adalah tindakan tepat.*

               12) *HANYA menggunakan bot pancung, satu sindiket penyeludupan manusia di negara ini dikesan mengaut keuntungan RM30,000 bagi setiap perjalanan menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI). Bagaimanapun, sindiket yang aktif menyeludup PATI menggunakan perairan negara sejak beberapa bulan lalu berjaya ditumpaskan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam operasi khas bersama Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), semalam.*

               13) *NIAT murni seorang pekerja logistik mahu memberikan RM3 kepada dua lelaki tidak dikenali bertukar sebaliknya apabila dia menjadi mangsa samun dalam kejadian di hadapan sebuah balai raya di Bukit Kuang, dekat Chukai, Isnin lalu. Dalam kejadian kira-kira 7 malam, lelaki berusia 33 tahun yang baru selesai mengisi minyak dan angin tayar motosikal di sebuah stesen minyak ditahan dua lelaki menaiki motosikal jenis Modenas Kriss.*

               14) *AKIBAT memberi rasuah sebanyak RM86 kepada anggota polis, penjual aiskrim warga Pakistan dipenjara sehari dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuantan, hari ini. Tertuduh, Khan Sabz Ali, 33, sebelum itu membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam Bahasa Urdu di hadapan hakim Mohd Ghazali Mohamad Taib.*

               15) *HASRAT lelaki untuk berjoli barangan yang disamun dari sebuah kedai serbaneka di Batu 5, Jalan Pantai, Port Dickson, kelmarin, tidak tertunai apabila dia ditahan hanya sejam selepas melakukan jenayah itu. Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, suspek yang berusia 31 tahun masuk ke premis berkenaan dengan bersenjatakan penukul ais sebelum mengambil pelbagai barang runcit yang dianggarkan bernilai RM984, lalu melarikan diri.*

               16) *PIHAK pendakwaan sudah memfailkan notis usul untuk memindahkan kes rasuah yang dihadapi Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Ezette A Samad, ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Allan Suman Pillai ketika kes disebut semula di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob.*

               17) *SEMUA mata tertumpu kepada susuk pemimpin, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang duduk berbincang dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di ruang tempat duduk lobi Parlimen, hari ini. Perbincangan santai dan mesra antara dua pemimpin itu berkisar tentang usul pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan usia pengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun.*

               18) *“SAYA berharap diberi kesihatan yang baik supaya dapat memberi liputan terbaik perjalanan jemaah haji Malaysia di Tanah Suci buat tatapan waris dan ahli keluarga jemaah di tanah air,” kata Pengarang Berita Kanan (Berita dan Digital) Harian Metro Yusri Abdul Malek. Yusri antara 13 petugas media terpilih bagi membuat liputan ibadah haji tahun ini termasuk daripada New Straits Times (NST); RTM; Kumpulan Media Prima Berhad dan Utusan Malaysia.*

               19) *ANAK tiri kepada bekas Perdana Menteri, Riza Aziz ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Maaysia tengah hari ini. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya ketika dihubungi hari ini, mengesahkan penahanan Riza sebelum produser filem Hollywood itu dibebaskan dengan jaminan SPRM.*

               20) *TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan lsmail membidas laporan Bank Dunia mengenai sistem perkhidmatan awam di negara ini yang didakwa tidak telus dan berakauntabiliti. Wan Azizah turut menyifatkan dakwaan kos bayaran gaji penjawat awam terlalu besar dan penyampaian turut merosot sejak 2014 sebagai tidak berasas.*

               21) *LELAKI tempatan berusia 58 tahun dipanggil bagi membantu siasatan selepas dipercayai memelihara seekor anak babi hutan di rumahnya di Taman Nusantara, Gelang Patah. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Johor, Salman Saaban ketika dihubungi berkata, bertindak atas aduan orang ramai, pihaknya menyiasat dakwaan berhubung insiden berkenaan.*

               22) *CUBAAN lelaki dipercayai warga Indonesia menyeludup masuk motosikal curi ke negaranya gagal apabila ia dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) menerusi Operasi Batas Risik, Selasa lalu. Suspek dikesan sedang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan oleh sepasukan anggota yang membuat rondaan di sekitar Padang Pan di Kuching, pada 5.15 petang.*

               23) *SUAMI isteri yang juga pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen Seremban, hari ini, atas empat pertuduhan membabitkan penyelewengan wang tempahan pembelian kenderaan daripada pelanggan, sejak hujung tahun lalu. Tertuduh, Shah Riman Rajah Abdullah, 57, dan Norul Hanum Mohamed Hussain Albari, 42, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Muhammad Zaki Abdul Kudos.*

               24) *KERAJAAN akan memastikan semua kilang yang didapati beroperasi secara haram di Pasir Gudang, Johor ditutup, kata Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin. Beliau berkata, ini antara langkah bagi mengawal kualiti udara di kawasan berkenaan yang kini sekali lagi berdepan isu pencemaran selepas insiden Sungai Kim Kim pada Mac lalu.*

               25) *“ADA berita baik...Insya-Allah,” itu kata-kata ringkas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof ketika ditanya berhubung kuota tambahan haji dipohon Malaysia kepada kerajaan Arab Saudi. Beliau memberi bayangan ada berita baik akan diumumkan dalam tempoh terdekat berhubung rayuan tambahan kuota sebanyak 10,000 itu.*

               26) *“SAYA akan ke Pasir Gudang setiap minggu dan harap boleh pergi bersama Ahli Parlimen Pasir Gudang untuk memastikan kerja boleh dilakukan,” kata Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Yeo Bee Yin. Katanya, satu operasi bersepadu akan dijalankan bersama beberapa agensi untuk menutup kilang haram di Pasir Gudang berdasarkan maklumat daripada pelbagai pihak.*

               27) *POLIS Kelantan berharap penduduk yang menggunakan kawasan Kuala Koh, Gua Musang supaya bersabar kerana lokasi itu masih tidak boleh dilalui dan diklasifikasikan sebagai kawasan zon merah. Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, untuk menjaga dan memantau kawasan itu, pihaknya meletakkan 30 anggota termasuk pegawai dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 Pengkalan Chepa.*

               28) *SEORANG murid lelaki maut selepas terjatuh dari bas sedang bergerak akibat dipercayai terpijak lantai kenderaan itu yang reput dalam kejadian di Kampung Kandis, Pasir Puteh, tengah hari ini. Dalam kejadian 12.50 tengah hari, Wan Muhammed Adam Mohd Suria, 12, maut di tempat kejadian akibat parah di seluruh badan. Mayat murid tahun enam itu dibawa ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk bedah siasat.*

               29) *PERBUATAN tidak bermoral seorang lelaki warga emas mencabul seorang wanita menghidap masalah mental terbongkar selepas tindak tanduknya disedari adik wanita terbabit dalam kejadian di Kampung Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu, pagi semalam. Dalam kejadian 10.30 pagi itu, lelaki berusia 32 tahun yang berada di luar rumah terkejut melihat suspek berusia 74 tahun naik ke tingkat atas dan pergi ke bilik kakaknya berusia 40-an sebelum mengekorinya.*

               30) *KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) akan membuat siasatan dan pemeriksaan lanjut terhadap Irfan Wafiy Idham Wazir, 12, yang disahkan menghidap Myokymia iaitu sejenis penyakit menyebabkan beberapa anggota badan menggeletar. Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, pihaknya akan mengenalpasti punca sebenar penyakit dihidapi Irfan termasuk sama ada kesan terdedah kepada pencemaran toksik dari Sungai Kim-Kim, Pasir Gudang, Mac lalu.*

               31) *“ARAHAN daripada menteri (Wilayah Persekutuan) adalah keutamaan diikuti arahan timbalan menteri, datuk bandar serta pegawai kanan DBKL,” katanya bekas Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Ab Salim Mansor, 61. Saksi kesembilan pendakwaan perbicaraan kes rasuah RM2 juta yang dihadapi bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi keterangan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.*

                32) *PEGAWAI Pertahanan Awam Manjung, Kapten (PA) Nasaruddin Abu Bakar cedera dipatuk ular tedung di pejabat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Manjung di Jalan Tok Perdana, Sitiawan, hari ini. Dalam kejadian 3.30 pagi itu, Nasaruddin, 59, dipatuk ular sepanjang 0.6 meter itu ketika beada di pejabatnya.*

                33) *LAGAK mencurigakan pasangan remaja warga asing di hadapan sebuah bank di Jalan Sagunting, Kota Kinabalu, membongkar kegiatan pengedaran dadah apabila ditahan bersama syabu seberat 1.5 kilogram. Dalam kejadian jam 10.30 malam, Selasa lalu, kedua-dua remaja berusia 20 dan 17 tahun ditahan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.*

                34) *IBU dan anak cedera melecur ketika menyelamatkan diri ketika kebakaran rumah mereka di Menglembu, Ipoh, hari ini. Mangsa, wanita warga emas berusia 70-an melecur di tangan dan kepala, manakala anak lelakinya berusia 40-an melecur pada bahagian badan.*

                35) *PEMANDU lori didenda RM9,000 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini kerana membawa lima lembu ke kawasan kawalan penyakit kuku dan mulut tanpa kebenaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Johor, April lalu. Majistret Rashidah Bahrom menjatuhkan hukuman itu selepas orang kena saman (OKS) Mohd Jamil Anuar, 32, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah pada 9.20 pagi.*

                36) *GARA-GARA keliru antara pedal brek dengan pedal minyak seorang warga tua dihukum denda RM6,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Tawau semalam atas pertuduhan memandu secara cuai sehingga mengakibatkan kecederaan.
Tertuduh, Mustafa Koral, 67, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di hadapan Majistret Herlina Muse.*

                37) *NIAT seorang suri rumah untuk membebaskan suaminya yang ditahan polis menyebabkan dia kerugian RM5,000 selepas diperdayakan orang tidak dikenali. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa yang berusia 24 tahun mendakwa suaminya ditahan polis pada 26 Jun lalu atas kesalahan membawa masuk pekerja asing tanpa dokumen.*

                38) *PASUKAN Polis Marin (PPM) Wilayah 1 Langkawi menahan tiga bot persiaran pelancongan kerana melanggar syarat lesen dengan membawa lebihan penumpang dalam satu operasi di perairan Laut Selat, Penarak, Langkawi, petang semalam.*

                39) *PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Perikanan menyiasat masalah saliran cetek akibat sisa buangan kolam ternakan udang di Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau. Masalah yang berlaku sejak lebih 10 tahun lalu itu dibimbangi boleh mencemarkan alam sekitar dan kawasan perikanan selain banjir kilat jika tidak ditangani segera.*

                40) *PERJALANAN suami istri bagi menghantar ibu mereka pulang ke kampung berakhir tragedi apabila maut dalam kemalangan di Kilometer 55 Jalan Klang-Teluk Intan berhadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Sungai Terap, Kuala Selangor hari ini. Kejadian itu menyebabkan pengawal keselamatan, Ahmad Awang, 56, isterinya, Hayati Mohd Zain, 57, maut selepas Perodua Viva dipandu Ahmad hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam parit.*

            
*SEJAGAT*
==========


         *ANTWERP: Seorang pondan di Belgium mendakwa dirogol tiga lelaki ketika kali pertama keluar dengan berpakaian seperti perempuan dan berjaya menyelamatkan diri selepas menggigit kemaluan seorang daripada suspek.*
               *Pondan berusia 17 tahun itu memberitahu mahkamah, dia bersama dua lagi rakannya pergi ke sebuah kelab gay di Antwerp pada 22 Jun tahun lalu dan malam itu adalah kali pertama dia berpakaian seperti perempuan.*
               *Ketika di kelab malam itu, pondan itu mendakwa dia dicabul seorang lelaki berusia 34 tahun dan terus keluar untuk menghirup udara segar.*

           *BEIJING: Puting beliung yang melanda timur laut China menyebabkan enam maut manakala hampir 200 lagi cedera, kata pihak berkuasa hari ini.*
             *AFP melaporkan, kejadian berlaku tengah hari semalam di Kaiyuan, wilayah Liaoning apabila angin kuat terbabit menumbangkan beberapa pokok dan tiang elektrik selain merosakkan bangunan pangsapuri.*
           *Menurut biro keselamatan awam Kaiyuan, 43 daripada mereka yang cedera terpaksa dihantar ke hospital untuk rawatan.*

          *SAN FRANCISCO: Facebook mengesahkan aplikasi media sosial itu termasuk Instagram dan Whatsapp yang mengalami gangguan di seluruh dunia semalam, sudah pulih sepenuhnya.*
           *Perkhidmatan pengawasan atas talian, DownDetector sebelum itu melaporkan, aplikasi berkenaan mula terjejas kira-kira jam 12 tengah malam.*
           *”Masalah itu sudah ditangani dan ia sepatutnya pulih sepenuhnya,” kata syarikat itu menerusi hantaran di Twitter awal pagi tadi sambil memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.*

          *MEXICO CITY: Pihak berkuasa Mexico berjaya membebaskan 25 orang yang diculik dari sebuah pusat panggilan di bandar peranginan Cancun dipercayai berpunca akibat pertikaian antara dua rakan pemilik perniagaan.*
           *”Seramai 25 orang yang diculik berjaya dibebaskan tanpa mengalami sebarang kecederaan” kata Ketua Polis negeri Quintana Roo, Alberto Capella di akaun Twitter.*
           *AFP yang memetik pihak berkuasa berkata, penculik tiba di pusat panggilan itu dengan menaiki dua van petang kelmarin sebelum menculik masa secara beramai-ramai tanpa menggunakan kekerasan.*

          *TEGUCIGALPA (HONDURAS): Sekurang-kurangnya 26 nelayan maut selepas bot yang dinaiki dilaporkan karam berhampiran sebuah pulau kecil, Cayo Gorda, Honduras semalam.*
           *AFP yang memetik jurucakap tentera, Jose Meza berkata, seramai 47 orang bagaimanapun terselamat dalam kejadian di wilayah Mosquitia itu.*
          *Meza berkata, bot 70 tan itu penuh dengan nelayan yang ingin menangkap udang kara selepas dilarang keluar akibat cuaca buruk.*

           *CELAYA (MEXICO) : Ketua pendakwa raya anti-narkotik negeri Guanajuato, Mexico ditembak mati oleh sekumpulan lelaki ketika dia keluar membeli belah, malam kelmarin.*
            *AFP melaporkan, Francisco Javier Fuentes yang menjadi penyiasat utama kes dadah negeri itu ditembak ketika dia meninggalkan kompleks di bandar Celaya kira-kira jam 10 malam waktu tempatan.*
          *Ketika itu, terdapat sekumpulan lelaki yang tiba-tiba keluar dari sebuah kereta menembaknya sebelum melarikan diri, kata pihak berkuasa.*

         *LONDON: Mayat seorang lelaki yang jatuh dari pesawat yang dalam penerbangan ke lapangan terbang Heathrow dan terhempas di sebuah taman di selatan London pada Ahad lalu kemungkinan pekerja di lapangan terbang Nairobi, kata pegawai Kenya.*
            *Ketua Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Kenya, Gilbert M Kibe berkata, lelaki itu sudah pasti memiliki kebenaran untuk masuk ke lapangan terbang dan melepasi kawalan keselamatan bagi masuk ke dalam pesawat.*

            *CHITTAGONG, Bangladesh: Guru di Chittagong melakukan demonstrasi hari ini, membantah tindakan pelajar universiti persendirian menyimbah minyak tanah terhadap seorang profesor kerana membantah kuliahnya yang dianggap lucah.*
          *Profesor sastera Inggeris, Masud Mahmud, di Universiti Sains dan Teknologi terselamat tanpa kecederaan selepas diselamatkan pelajar lain dan polis.*
           *Ketua polis tempatan, Pranab Kumar Chowdhury, berkata seorang pelajar ditahan dan sudah direman.*

           *SURABAYA: Seorang lelaki tergamak melacurkan isterinya sendiri di laman sosial semata-mata untuk membayar hutang.*
           *Tribunnews melaporkan, polis menangkap lelaki berusia 21 tahun itu yang dikenali sebagai NH selepas dia melacurkan isterinya di laman Twitter sejak tiga bulan lalu.*
         *Di laman Twitter berkenaan lelaki itu memuat naik gambar isterinya yang berusia 20 tahun dan meletakkan bayaran Rp1.5 juta (RM440) untuk hubungan seks.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          *RASA tidak puas hati kerana mengejek nama ibu dipercayai menjadi punca pergaduhan dua pelajar berusia 14 tahun di sekolah menengah di Kuala Pilah, semalam.*
             *Insiden terbabit dapat dilihat dalam video berdurasi 35 saat yang memaparkan mangsa diserang secara bertubi-tubi oleh suspek sambil disaksikan serta dirakam pelajar lain, sehingga tular di Facebook dan Whatsapp sejak semalam.*
            *Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Haslah Bachok berkata, terdahulu, kedua-dua pelajar berkenaan dikatakan terbabit dalam insiden mengejek nama ibu sebelum berjumpa di satu kawasan sekolah bagi menyelesaikan perselisihan faham itu.*

           *“SAYA suka-suka saja buat cabaran ini,” kata pelakon aksi, Hairul Azreen, 31, susulan perkongsian video menyahut cabaran baru dikenali #CabaranPenutupBotol di laman sosial, Instagram (IG) miliknya, semalam.*
           *Hairul ketika dihubungi Harian Metro berkata, cabaran itu dibuat bukan kerana dicabar sesiapa, sebaliknya bagi memenuhi permintaan peminat.*
           *"Dalam IG, semua orang suruh saya buat. Kebetulan tengah lepak, saya cuba buat. Itu pun selepas tiga ke empat kali percubaan, baru menjadi,” katanya.*
            *Cabaran itu mula tular di media sosial seluruh dunia menggunakan tanda pagar #bottlecapchallenge sejak awal minggu ini.*

          ♂ *WAJAHNYA kelihatan bersahaja, malah sempat melemparkan senyuman setiap kali berlagu membaca al-Quran.*
             *Itulah kelebihan pelajar tahfiz, Muhammad Syukri Kamsan, 18, ketika diminta gurunya membaca surah Ar Rahman hingga tular di laman sosial.*
          *Pelajar Madrasah Tahfiz al-Quran Attarbiyah, Muar itu beraya di rumah guru agamanya di Ayer Itam, Batu Pahat pada 23 Jun lalu sebelum diminta membaca surah berkenaan.*

           *JALAN SEMANGAT di Petaling Jaya, kini dikenali sebagai Jalan Professor Khoo Kay Kim.*
           *Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, penamaan semula nama jalan itu dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan akan berkuat kuasa serta-merta.*
            *Beliau berkata, ia sebagai mengenang segala jasa dan bakti tokoh Sejarawan Negara, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim yang menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 28 Mei lalu.*
                 

*ARENA*
========


            *CHELSEA melantik bekas pemain tengah, Frank Lampard sebagai pengurus baru kelab London itu dengan kontrak selama tiga tahun.*
          *Lampard, 41, meninggalkan kelab Liga Kejuaraan, Derby County untuk mengambil alih kelab pernah diwakilinya selama 13 tahun sebagai pemain.*
           *Dia menggantikan Maurizio Sarri yang meninggalkan Stamford Bridge pada Jun lalu untuk mengendalikan juara Itali, Juventus.*

            *PEMAIN tenis Australia Benard Tomic didenda 45,000 pound (RM233,902) kerana tidak bermain pada‘tahap profesional yang dikehendaki’ apabila dia tidak bersungguh-sungguh ketika dibelasah Jo-Wilfried Tsonga dalam tempoh 58 minit pada pusingan pertama Wimbledon, menurut penganjur hari ini.*
          *Peminat dilihat kehairanan apabila melihat pemain ranking 96 dunia berusia 26 tahun itu tewas 6-2 6-1 6-4 kelmarin, dalam perlawanan yang disifatkan ‘teruk’ dan ‘memalukan’ di media sosial.*

             ♂ *JUSTIN Gatlin menegaskan dia tidak akan mudah menyerah kalah dalam misi mempertahankan kejuaraan dunia acara 100 meter di sebalik kemunculan beberapa atlet pecut muda.*
            *Pelari veteran berusia 37 tahun dari Amerika Syarikat itu berkata, dia tekad memburu gelaran dunia ketiga di Doha pada September depan selepas mencatat 9.87 saat pada kejohanan Prefontaine Classic.*
         *Gatlin menduduki tempat kedua di belakang rakan senegara, Christian Coleman yang mencatat 9.81 saat yang juga masa terbaik tahun ini.*

             *LEGENDA Australia, Michael McCann mengakui tempoh seminggu tidak cukup untuknya mencurahkan segala ilmu dalam usaha memperbaiki jentera serangan skuad hoki lelaki negara bagi menghadapi siri jelajah Eropah serta kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.*
           *Bekas pemenang pingat emas Olimpik 2004 itu berkata, tempoh singkat itu hanya dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh beliau untuk memberikan beberapa idea tetapi tidak dapat melihat hasilnya dari sudut lebih meluas.*

            ♂ *JAGUH trek negara, Azizulhasni Awang masih belum ‘panas’ pada penampilan pertamanya selepas Kejohanan Dunia pada Februari lalu.*
           *The Pocketrocketman bersama-sama Shah Firdaus Sahrom, Mohd Fadhil Zonis serta pelumba wanita, Anis Amira Rosidi menyertai Grand Prix von Deutschland 2019 di Jerman, hujung minggu lalu.*
           *Sandaran emas Olimpik Tokyo yang tampil buat kali pertama atas nama pasukannya sendiri, Team Azizul, menduduki tempat kesembilan keseluruhan dalam acara pecut individu.*

            *PEMENANG Hole-In-One berpeluang membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Mercedes A200, cincin berlian berharga RM16,000 dan jam tangan mewah.*
            *Ia antara hadiah rebutan apabila seramai 80 pemain golf amatur wanita beraksi pada Kejohanan Terbuka Amatur Wanita RSGC di Kelab Golf Diraja Selangor (RSGC), Kuala Lumpur pada 2 hingga 4 Ogos ini.*
            *Kejohanan bersejarah itu akan pada tahun ini akan mengalu-alukan kedatangan pemain dari Indonesia, Jepun, Filipina, Vietnam dan Malaysia.*

             *KEGELISAHAN pasukan yang beraksi dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) mengenai kelewatan pembayaran hak penyiaran yang masih tertangguh pada musim ini akhirnya terjawab selepas Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan melangsaikannya dalam masa terdekat.*
           *Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam mengesahkan pembayaran hak penyiaran kepada pasukan yang bersaing dalam kancah Liga M akan diagihkan pada pertengahan bulan ini dan bulan depan.*

            ♂ *PEMENANG pingat emas temasya Komanwel Muhamad Aznil Bidin kini cuba untuk memburu tempat ke temasya Olimpik Tokyo apabila bakal menyertai Kejohanan Angkat Berat Komanwel di Samoa 9 Julai ini.*
          *Akan berlepas Sabtu ini, Aznil berkata kejohanan di Samoa adalah kejohanan pertama menawarkan mata kelayakan justeru dia bertekad untuk melakukan yang terbaik seterusnya memperbaiki angkatan ketika menyertai Kejohanan Asia di Ningbo, China April lalu.*

             *KETIKA nasib jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan masih mencetuskan tanda tanya, bekas anak didiknya, Iskandar Zulkarnain Zainuddin berharap khidmat jurulatih dari Indonesia itu terus dikekalkan.*
            *Iskandar yang pernah dididik Hendrawan selama tujuh tahun ketika bernaung di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkata, masih ada kewajaran untuk mengekalkan juara dunia 2001 itu.*

            *DUA bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid dan Akhyar Rashid disebut-sebut sebagai antara lima pemain yang berpeluang melebarkan sayap ke saingan Liga Jepun (Liga J) selepas memenuhi kriteria untuk beraksi di negara Matahari Terbit itu.*
           *Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, aksi menakjubkan dua pemain muda itu mendapat perhatian serius beberapa kelab di liga utama Jepun.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2019 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*SELSA 9 JUL 2019 ASHI ERSAAAN 6 ZULKEDA# 1440 HIJRH*


*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA*

*IMSAK* : 0537
*SUBUH* : 0547
*SYURUK* : 0708
*ZOHOR* : 1321
*ASAR* : 1646
*MAGHRIB* : 1930
*ISYAK* : 2045


*artikel disiarkan pada tarikh 8julai*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *SESI pembelajaran di dua sekolah di Melaka terpaksa ditangguhkan, hari ini, susulan jumlah mangsa banjir yang semakin meningkat. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Datuk Abu Bakar Sahari berkata, dua sekolah berkenaan iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Krubong di Melaka Tengah dan SK Belimbing Dalam di Alor Gajah.*

               2) *“KAMI harap kerajaan negeri dapat mempercepatkan proses pemindahan kami ke rumah baharu yang sudah lama tertangguh sekali gus menamatkan penderitaan kami ini,” kata Aslina Ramli, 50. Penduduk di Kampung Belimbing Dalam, DurianTunggal, itu adalah antara 50 mangsa banjir daripada 10 keluarga yang terjejas dalam kejadian banjir kilat di daerah ini sejak awal pagi semalam.*

               3) *SERAMAI 78 wanita warga asing dipercayai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan di sebuah premis hiburan di Jalan Klang Lama di sini, awal pagi semalam. Difahamkan, premis terbabit didapati menyediakan pentas peragaan untuk wanita GRO bergaya ala model dengan melakukan catwalk sebelum dipilih lelaki hidung belang.*

               4) *LEBIH ramai peminjam ceti haram dijangka pokai selepas hari raya kerana jumlah pinjaman yang meningkat begitu ketara susulan penggunaan teknologi canggih seperti aplikasi tertentu di telefon pintar. Jika sebelum ini ceti haram menampal poster dan iklan di tiang di tepi jalan sebagai promosi, mereka kini dikesan giat menghantar mesej ‘pinjaman selepas hari raya’ menerusi media sosial khusus untuk musim perayaan yang baru-baru ini.*

               5) *KEMENTERIAN Sumber Manusia tidak ada kena mengena dengan isu lambakan pekerja asing, termasuk pekerja dari Bangladesh ke negara ini. Sebaliknya, Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran berkata, perkara berkenaan adalah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN). "Ramai orang tak faham. Menteri Sumber Manusia tak proses orang (urusan pekerja asing).*

               6) *BARISAN Nasional (BN) menolak bulat-bulat pelawaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN dan UMNO menolak pelawaan mana-mana pihak yang masih bersekongkol dengan DAP.*

               7) *KEPUTUSAN sama ada 19 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), perlu membela diri atau sebaliknya dalam kes kematian membabitkan Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain akan diketahui pada 31 Julai ini. Tarikh itu ditetapkan Hakim Datuk Azman Abdullah di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, hari ini selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan di hadapannya.*

               8) *PEKERJA kedai serbaneka 24 jam berdepan detik cemas apabila disamun lelaki memakai apron yang menyamar pelanggan di Teluk Kemang, Port Dickson kelmarin. Difahamkan, lelaki itu masuk ke premis berkenaan pada 4.57 pagi manakala seorang lagi suspek menunggu di dalam Proton Saga FLX di luar premis.*

               9) *PEKERJA kedai serbaneka 24 jam berdepan detik cemas apabila disamun lelaki memakai apron yang menyamar pelanggan di Teluk Kemang, Port Dickson kelmarin. Difahamkan, lelaki itu masuk ke premis berkenaan pada 4.57 pagi manakala seorang lagi suspek menunggu di dalam Proton Saga FLX di luar premis.*

               10) *PENIAGA menyamar pegawai kastam dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban, hari ini atas dua pertuduhan menipu membabitkan kerugian RM1,600. Tertuduh Mohd Nizam Ishak, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Rahimah Rahim.*

               11) *ENAM beranak terselamat selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan jatuh ke dalam parit di Kampung Lubok Jong, Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang, Rantau Panjang, 9 malam tadi. Bapa mangsa, Mohd Badrudin Mat Daud, 65, berkata, kejadian berlaku ketika anaknya, Nur Asida, 37, dan menantu, Aziz Mohd Noor, 41, bersama empat anak mereka berusia tiga hingga sembilan tahun dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke kampungnya di Kampung Gual Sitok, Rantau Panjang.*

               12) *PENJENAYAH cedera ketika memecahkan cermin sebuah stesen minyak di Telok Panglima Garang, Kuala Langat yang dipecah masuk hari ini. Difahamkan, kejadian disedari pekerja stesen itu pada 6 pagi tadi selepas premis ditutup malam tadi.*

               13) *ANGGOTA penguat kuasa Majlis Daerah Setiu (MDS) berdepan detik cemas apabila sekawan lembu bertukar agresif ketika Operasi Bersepadu Haiwan Merayau dilakukan berhampiran stesen minyak di Merang, hari ini. Operasi itu dilakukan bagi menangkap haiwan ternakan seperti lembu dan kambing yang berkeliaran, terutama di kawasan jalan raya, susulan jumlah kemalangan kenderaan membabitkan haiwan itu meningkat di Setiu.*

               14) *AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai Datuk Hasan Abd Rahman ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini dan akan didakwa di mahkamah esok susulan penyelewengan peruntukan inisiatif Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata, selain Hasan turut ditahan kerani Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN), Khuzaimah Abdullah.*

               15) *KANAK-kanak perempuan warga Myanmar berusia lapan tahun dicabul rakan bapanya di rumah mangsa di Taman Seri Bayu, Ampang kelmarin. Kejadian 10 pagi itu disedari ibu mangsa berusia 25 tahun apabila mendapati anak perempuannya dalam keadaan berbogel bersama lelaki warga Myanmar, 30, dalam bilik kanak-kanak itu sebelum lelaki terbabit melarikan diri.*

               16) *PEMBANTU kedai yang mengintai seorang lelaki sedang membuang air besar di dalam tandas sebuah stesen minyak, didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini. Majistret Nurshahira Abdul Salim menjatuhkan hukuman itu terhadap Sweepin Sahirati, 28, selepas lelaki itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan dibacakan ke atasnya.*

               17) *“SAYA gagahkan diri untuk menunaikan fardu haji buat kali pertama kerana tidak tahu bila akan dijemput ke sana lagi. "Walaupun kudrat tak kuat tetapi saya bersemangat serta tak sabar menyahut panggilan Ilahi,” kata Jaharah Bakri, 72, dari Pontian, Johor. Menurutnya, dia yang pergi seorang diri terpaksa menggunakan kerusi roda kerana lututnya sakit dan bengkak di bahagian kaki.*

               18) *SEORANG warga emas dipercayai menjadi dalang kepada satu sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) di perairan Batu Pahat, akhirnya ditahan polis selepas intipan dan siasatan dilakukan sejak 2017. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, lelaki warga Indonesia berusia 60 tahun ditahan Jumaat lalu di Jalan Syahbandar, di sini.*

               19) *PENGGUNAAN getah beku sebagai bahan turapan jalan adalah sebahagian daripada rancangan kerajaan pada masa depan. Timbalan Menteri Kerja Raya Mohd Anuar Tahir berkata, kajian mengenainya sudah dibuat dan ia boleh dilaksanakan bagi memastikan kualiti tampalan jalan menjadi lebih baik.*

               20) *KERAJAAN Melaka sedia mengeluarkan pendahuluan RM10 juta untuk membaiki sistem baraj di muara Sungai Melaka sementara menunggu permohonan itu diluluskan kerajaan pusat. Ketua Menteri Adly Zahari berkata, jika usaha itu berjalan lancar sebahagian masalah banjir di negeri itu terutama di lokasi kerap berlaku banjir di hulu sungai dapat diatasi dalam tempoh enam bulan lagi.*

               21) *PENSYARAH di sebuah institut pengajian tinggi di ungun bertindak biadap apabila cuba melakukan gangguan seksual terhadap penuntutnya. Lelaki berusia 50-an juga dikatakan menawarkan RM500 kepada gadis berusia 19 tahun itu sebagai bayaran sekiranya mengikuti kemahuannya.*

               22) *PEMILIK sebuah kedai naik hantu apabila bertindak menumbuk wanita yang didakwa menjadikan kedainya sebagai port menjual pil kuda di Padang Negara, Kuala Terengganu semalam. Kejadian berlaku 2 pagi ketika mangsa berusia 20 tahun datang ke kedai itu untuk melepak sebelum lelaki itu menyoal mangsa.*

               23) *KERAJAAN bersetuju perkataan ‘mandatori’ digugurkan bagi hukuman untuk kes penyalahgunaan dadah, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Dr Mahathir berkata, hakim boleh membuat pilihan sama ada mahu menjatuhkan hukuman mati atau penjara yang tidak boleh kurang dari 10 tahun.*

               24) *“EMPAT parti Melayu sudah cukup, tak (tidak) payah buka (tubuh) parti baru,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata, politik adalah perkara serius dan bukannya tubuh parti untuk memuaskan hati mana-mana pihak. Katanya, memadai hanya empat parti Melayu ketika ini iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), UMNO, Parti Amanah Negara (Amanah) dan PAS untuk memperjuangkan nasib Melayu.*

               25) *PINDAAN Rang Undang-Undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2019 yang melindungi hak serta membela nasib pengguna diluluskan sebulat suara di Dewan Rakyat hari ini. Ia membabitkan pindaan bertujuan menaikkan had nilai bidang kuasa Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) daripada RM25,000 kepada RM50,000.*

               26) *BERUS disyaki diperbuat dari bulu babi digunakan untuk menyapu minyak pada ayam. Perbuatan itu terbongkar selepas penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) melakukan kunjungan ke sebuah restoran di Senawang hari ini. Dalam kunjungan Ziarah Halal selama dua jam bermula 9 pagi itu, 11 premis makanan di Senawang dan Seremban 2 diperiksa JHEAINS.*

               27) *POLIS menahan lelaki warga emas yang disyaki mencabul anak angkatnya berusia 17 tahun sejak setahun lalu, selepas remaja itu membuat laporan polis semalam. Lelaki 64 tahun itu ditahan pada hari sama laporan polis dibuat, dipercayai mencabul anak angkat perempuannya di rumah mereka di Lukut, Port Dickson tanpa pengetahuan isteri serta anaknya yang lain.*

               28) *PEMUDA berusia 30-an menyangka pukatnya berat kerana berisi ikan besar, namun sebaliknya berlaku apabila dia menemui mayat bersama sebuah motosikal. Kejadian berlaku 1.30 petang semalam di parit dekat Kolombong, Kota Kinabalu ketika dia memukat sendirian di kawasan itu.*

               29) *AHLI Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin tidak berminat dengan pelawaan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). “Saya gembira dengan kedudukan saya sekarang,” katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini. Semalam Syed Saddiq yang juga Ketua Armada BERSATU mempelawa Khairy menyertai partinya.*

               30) *POLIS menahan lelaki berusia 43 tahun dan 227 biji pil kuda dalam serbuan di rumah di Kampung Kubang Keroh Banggol Chica, Pasir Mas pada 6.30 pagi, hari ini. Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, serbuan sempena Op Wawasan dibuat hasil maklumat dan pemantauan awam.*

               31) *PEMBANTU tadbir kanan wanita sebuah pusat pemulihan akhlak Machang mengaku tidak bersalah terhadap 73 pertuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM94,651 di Mahkamah Sesyen di Kota Bharu, hari ini. Tertuduh Ayu Adillah Mohamed Ariffin, 39, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Zaman Mohd Noor.*

                32) *LELAKI mabuk berusia 56 tahun diberkas polis selepas memandu melawan arus dengan cara berbahaya lebih 21 kilometer di Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di Butterworth, jam 2.17 pagi tadi. Dalam kejadian itu, lelaki terbabit sebelum itu berhibur di sebuah kelab malam di Georgetown dan mahu pulang ke rumahnya di Bukit Tambun.*

                33) *BAHANA melanggar lampu isyarat merah, seorang pemandu dan penumpang kereta maut apabila kenderaan dinaiki merempuh lori tangki di persimpangan lampu isyarat Jalan Kampung Jawa, Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Georgetown, hari ini. Dalam kejadian jam 2.55 pagi, pemandu kereta, GM Vicknesh, 18, dan penumpang hadapan iaitu seorang wanita, Gan Yong Qi, 21, meninggal dunia serta merta akibat parah di kepala dan kaki.*

                34) *RAPID Bus Sdn Bhd dan pengendali perkhidmatan bas Rapid KL, menerima kontrak bagi mengendalikan semua laluan bas percuma Go KL berkuatkuasa 1 Julai lalu. Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (Operasi) Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Muhammad Nizam Alias berkata, anugerah kontrak itu satu pengiktirafan untuk Prasarana terutama Rapid Bus.*

                35) *PILIHAN raya kerajaan tempatan tidak akan diadakan dalam masa terdekat sehingga Kabinet membuat keputusan mengenainya. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, ketika ini pihaknya sedang dalam proses menyiapkan laporan yang akan diangkat untuk pertimbangan dan persetujuan dasar.*

                36) *PERBICARAAN kes membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan tetap bermula pada 19 Ogos depan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Ia berikutan Hakim Collin Lawrence Sequerah menolak permohonan pihak pendakwaan yang mahu menangguhkan perbicaraan itu buat kali ketiga.*

                37) *HASRAT seorang juruteknik untuk melancong ke Rome, Itali tidak kesampaian selepas dipercayai diperdayakan pemilik syarikat pelancongan dikenalinya sejak dua tahun lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 40 tahun mendakwa kerugian RM28,510 yang dijelaskan untuk membeli tiga tiket penerbangan kelas perniagaan bagi tujuan itu.*

                38) *SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah sistem pendidikan berperanan penting dalam mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini. Titahnya, semangat perpaduan perlu bermula dari sekolah seiring usaha memupuk nilai-nilai keharmonian antara kaum, disamping memberi penekanan kepada subjek Sejarah untuk mengukuhkan jati diri rakyat.*

                39) *POLIS menumpaskan sindiket penganjur judi pasar malam (judi See Ngo Lak) yang dipercayai aktif sejak sebulan lalu dengan menyasarkan warga asing di tapak pembinaan. Dalam dua serbuan berasingan antara jam 1 hingga 3 pagi semalam, 23 individu termasuk penganjur dan kaki judi ditahan polis di rumah setinggan dan pondok kecil dalam tapak pembinaan di sekitar Pasir Gudang dan Masai, di sini.*

                40) *UMUR baru 17 tahun tetapi sudah pandai memalsukan nombor pendaftaran motosikal bagi mengelirukan pihak berkuasa untuk melarikan diri selepas mengadakan perlumbaan haram. Kegiatan lelaki itu bagaimanapun dikesan selepas berjaya ditahan ketika mengadakan perlumbaan haram dan melakukan aksi berbahaya di Bandar Utama, di sini, Khamis lalu.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *TEHRAN: Gempa bumi berukuran 5.7 magnitud yang melanda barat daya Iran berhampiran sempadan Iraq hari ini menyebabkan satu kematian akibat serangan jantung dan puluhan lain cedera, kata pertubuhan bantuan dan penyelamat negara itu.*
            *Gempa bumi itu, yang berpusat di kawasan Masjed Soleiman di wilayah Khuzestan, berlakusekitar jam 11:30 pagi waktu tempatan pada kedalaman 17 kilometer, lapor pusat seismologi negara Iran.*
              *Wilayahitu digegarkandengantujuh gempa susulan, yang paling kuat berukuran 4.7 magnitud, katanya.*

           *MELBOURNE: Seorang wanita Malaysia mengaku bersalah atas tuduhan melakukan peras ugut terhadap sepasang suami isteri untuk wang sebanyak A$1,000 (RM2,900) selepas mereka merayu di media sosial supaya telefon bimbit mengandungi gambar bayi mereka yang nazak dipulangkan.*
         *Daily Mail melaporkan, Siti Nurhidayah Kamal, 24, yang digelar sebagai ‘memalukan’ oleh pasangan berkenaan membuat pengakuan itu di Mahkamah Majistret Melbourne dan hukuman akan dijatuhkan pada tarikh ditetapkan nanti.*

           *TAIPEI: Pertikaian yang mengakibatkan mogok selama 17 hari membabitkan syarikat penerbangan swasta terbesar di Taiwan, berakhir selepas pihak pengurusan dan kru kabin mencapai kata sepakat, berhubung perjanjian bersama.*
          *Mogok yang dilancarkan oleh lebih 2,000 kru kabin EVA Airways itu, mengakibatkan lebih 1,200 penerbangan terpaksa dibatalkan, selain menjejaskan 300,000 penumpang.*
         *Insiden mogok itu adalah paling lama dalam sejarah industri penerbangan Taiwan dan ia berlaku kurang enam bulan selepas kejadian sama yang dilancarkan oleh juruterbang China Airlines.*

          *LONDON: Seorang lelaki membuat kecoh dengan aksi berani mati apabila memanjat bangunan pencakar langit, The Shard tanpa mengenakan sebarang alat keselamatan, dalam kejadian di London, England.*
            *Daily Mail melaporkan, tindakannya itu menyebabkan anggota polis terpaksa bergegas ke tempat kejadian di bangunan yang mempunyai ketinggian 309 meter berkenaan jam 5.15 pagi waktu tempatan.*
          *Bagaimanapun, beberapa saksi yang melihat lelaki itu mendakwa dia berjaya sampai memanjat hingga ke tingkat 95 tanpa sebarang kejadian tidak diingini.*

           *SEOUL: Seorang lelaki Korea Selatan melarikan diri ke Utara atas dasar politik, mengikut jejak langkah ibu bapanya yang juga berbuat demikian pada 1980-an, kata media kebangsaan Pyongyang.*
        *Choe In-guk - anak bekas menteri luar Korea Selatan, Choe Dok-shin, yang meninggal dunia pada 1989, tiga tahun selepas berpindah ke Korea Utara bersama isterinya - tiba di Pyongyang pada Sabtu lalu, lapor agensi berita kebangsaan Uriminzokkiri.*
          *Dalam rakaman video diambil di lapangan terbang yang dimuat naik ke laman web itu, Choe, 72 berkata, dia tiba di ibu negara Korea Utara itu untuk menetap di situ.*

          *MELBOURNE: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 19 bulan maut selepas beberapa hari dirawat di hospital akibat terminum cecair vape milik ibunya.*
        *Mahkamah Koroner Melbourne berkata, kanak-kanak itu meninggal dunia pada hujung Jun lalu selepas meminum cecair mengandungi nikotin berkenaan yang dituang ibunya ke dalam botol vape.*
       *Mail Online melaporkan, wanita itu menghisap vape untuk menggantikan ketagihannya terhadap rokok.*

          *AGRA (INDIA): Seramai 29 penumpang terbunuh selepas bas dinaiki mereka terbabas di sebuah lebuh raya paling sibuk di India pada awal pagi tadi, kata polis.*
         *Polis berkata, pemandu bas dua tingkat itu dipercayai terlelap sebelum kenderaan itu melanggar pembahagi jalan dan terhumban ke celah dua jejambat di lebuh raya Yamuna yang menghubungkan Delhi ke Agra, terus ke sungai di bawahnya.*
           *Bas itu membawa kira-kira 50 penumpang yang dalam perjalanan dari New Delhi ke Lucknow di Uttar Pradesh ketika kemalangan berlaku pada jam 4.15 pagi (waktu tempatan).*

           *JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia menarik balik amaran tsunami dan tiada laporan kerosakan besar susulan gempa bumi kuat berukuran 6.9 magnitud yang menggegarkan timur laut kepulauan Sulawesi pada lewat semalam.*
          *Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia melaporkan, gempa bumi dikesan di dasar laut pada kedalaman 36 kilometer disusuli beberapa gempa susulan.*
        *Gempa itu menyebabkan bangunan bergegar dan mengejutkan penduduk di beberapa bandar sementara pihak berkuasa meminta orang ramai berpindah ke tempat tinggi.*

          *WASHINGTON: Ahli perniagaan wanita, MacKenzie Bezos sekelip mata menjadi wanita ketiga paling kaya di dunia selepas proses perceraiannya dengan pengasas Amazon, Jeff Bezos akhirnya selesai pada Jumaat lalu.*
            *Bloomberg melaporkan, susulan itu MacKenzie dijangka menerima jutaan saham syarikat jualan dalam talian itu yang dianggarkan berjumlah AS$38 bilion (RM157 bilion).*
              *Pasangan berkenaan mengumumkan perceraian mereka pada Januari lalu sebelum hakim di sebuah mahkamah di Washington menandatangani dokumen yang secara rasmi membubarkan perkahwinan itu.*

         *BEIJING: Lapangan terbang termoden China, Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing di Beijing bernilai berbilion ringgit berbentuk tapak sulaiman akan dibuka sempena ulang tahun ke-70 kerajaan komunis pada 1 Oktober ini.*
         *Kerja-kerja pembinaan lapangan terbang itu secara rasminya siap mengikut jadual pada 20 Jun lalu dan hari ulang tahun penubuhan Republik Rakyat China oleh Mao Zedong pada 1 Oktober 1949 dipilih sebagai tarikh majlis pembukaannya.*
         *Majlis pembukaan itu akan dihadiri Presiden Xi Jinping bersama perarakan tentera di tengah Beijing.*

           *NAIROBI: Kementerian Pelancongan dan Kementerian Alam Sekitar Tanzania berhasrat menempatkan sebuah kereta kabel di Gunung Kilimanjaro.*
          *Skim yang diumumkan April lalu oleh Menteri Pelancongan, Hamisi Kigwangalla bertujuan meningkatkan jumlah pengunjung mengunjungi gunung tertinggi di benua Afrika itu.*
          *Kajian kebolehlaksanaan sedang dijalankan sementara wakil syarikat China dan Barat dilaporkan berminat.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


           *KERAJAAN yakin peneroka FELDA berpotensi untuk terus maju dengan model baru agensi berkenaan, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.*
           *Kenyataan itu bertentangan dengan dakwaan Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail yang baru dinobatkan sebagai Ikon FELDA kononnya golongan peneroka pemalas.*
           *Chef Wan melalui akaun Instagram dan Twitternya menempelak golongan peneroka sebagai pemalas dan ‘lebih gemar beranak seperti kucing’.*
           *Katanya, peneroka yang mempunyai wang lebih akan berkahwin dua dan tiga sebelum mereka ‘beranak seperti kucing.*

           *“INI percubaan kedua saya mencari mak menggunakan media sosial selepas pernah mencubanya tahun lalu.*
          *"Tengok kawan-kawan pun rapat dengan mak, tipulah kalau saya tidak pernah rasa sedih dan kecewa,” luah Nur Rabiatul ‘Adawiyah Shamsul Annuar, 20, yang tidak pernah berputus asa mencari ibunya, Nor Asnidal Md Noor, yang menghilangkan diri sejak 14 tahun lalu.*
         *Kisah Rabiatul cuba mencari Nor Asnidal di media sosial mulai tular di Twitter, awal hari ini.*

          *“TOLONG jangan aibkan dan menambah derita kami,” kata A Bakar Abd Rahman, 48, berkongsi kesedihannya mengenai tular mendakwa kematian isterinya, Marini Kasman akibat pencemaran Sungai Kim Kim dan pencemaran udara di Pasir Gudang.*
            *Peniaga berusia 48 tahun itu berkata, Marini, 38, dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru pada 10 malam, 5 Jun lalu selepas mengalami sesak nafas.*
           *"Kejadian berlaku dengan cepat apabila isteri mengalami sesak nafas dan dibawa menaiki ambulans.*

           *SEORANG lelaki warga Singapura didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret Khas Trafik Johor Bahru, hari ini, atas pertuduhan mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan lain, dua bulan lalu.*
           *Majistret Nurasidah A Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap Tan Hock Lai, 44, yang juga orang kena saman (OKS) selepas mengaku salah terhadap pertuduhan dihadapinya.*
            *Mengikut fakta kes, tular di media sosial kenderaan Singapura model BMW 320i warna emas yang mana pemandunya menukar nombor pendaftaran kepada nombor lain di sebuah stesen minyak.*

           *“MUDAH-mudahan perjalanan pulang kali ini Allah SWT melindungi Ainul dan kami semua,” kata Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24.*
         *Bapa Ainul Mardhiah, 10 bulan, memuat naik status di Facebook miliknya pada 4.07 petang (waktu Malaysia) hari ini.*
        *"Pengalaman lalu, Ainul mendapat jangkitan selepas mengharungi perjalanan panjang 13 jam penerbangan.*
          *Terdahulu, isteri Ahmad Safiuddin iaitu Nurul Erwani Zaidi, 24, turut memuat naik status di Instagram story melalui akun miliknya 11 jam lalu yang memberitahu hari ini adalah hari terakhir mereka di London.*

        ♂ *“SEBAK bila dakwah di kelab. Penuh anak muda Islam beratur keluar masuk,” luah pendakwah Ebit Lew menerusi status Instagram miliknya selepas mendekati anak muda di sebuah kelab malam di Ibu Kota, awal pagi tadi.*
           *Katanya, senyuman dan wajah mereka seperti anak di rumah. Ada yang mengajaknya mengambil gambar namun terdapat juga yang cabut lari.*
            *”Sedih bila berbual dengan beberapa remaja perempuan berusia 20-an. Ada yang tanya, mereka tidak pernah solat dan kotor dengan dosa. Allah maafkan tak (tidak), kami berzina, mabuk dan ambil pil.*

         ♂ *JAKARTA: Seorang pemuda yang hanya bekerja sebagai pekerja buruh binaan menjadi perhatian di media sosial Indonesia kerana lelaki itu sebenarnya adalah anak wakil wali kota di kepulauan Maluku.*
            *Media Indonesia melaporkan, pemuda itu adalah anak lelaki kepada Muhammad Sinen iaitu wakil wali kota di bandar Tidore, wilayah Maluku Utara.*
            *Tribun News melaporkan, dia menjadi perhatian selepas beberapa gambarnya memaparkan gaya hidup sederhana, malah bekerja sebagai buruh binaan, tular di media sosial.*
          *Gambar dirakam Muhammad Naoval itu dimuatnaik di akaun Facebook Khamis lalu, menunjukkan Muhammad Rafdi sedang bekerja dengan berpakaian lusuh berbanding mempamerkan kemewahannya.*
            

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-7-2019 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*ISNN 22 JUL 2019 ASHI ERSAAAN 19 ZULKEDA# 1440 HIJRH*


*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA*

*IMSAK* : 0541
*SUBUH* : 0551
*SYURUK* : 0710
*ZOHOR* : 1322
*ASAR* : 1646
*MAGHRIB* : 1930
*ISYAK* : 2044


*artikel disiarkan pada tarikh 21julai*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan mengemukakan cadangan supaya pelajar institusi pengajian tinggi yang menjalani latihan praktikal di industri mendapat bayaran elaun menerusi sesi Kabinet khas bagi membincangkan isu berkaitan anak muda. Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, cadangan itu penting memandangkan terdapat ramai pelajar tidak mendapat bayaran dari tempat latihan praktikal mereka.*

               2) *SEORANG wanita hamil bersama tiga lelaki maut selepas tangga rumah teres dua tingkat yang sedang diubahsuai runtuh lalu menghempap mereka dalam kejadian di Kampung Matang Pagar, Sungai Buloh, kira-kira jam 1 tengah hari tadi.*

               3) *JOHOR BAHRU: Pendedahan mengejutkan apabila ada kanak-kanak seawal usia 10 tahun sudah dikesan ketagih menghisap rokok elektronik atau vape. Kewujudan pelbagai jenis vape bersaiz kecil antaranya berbentuk pen, jam tangan, pemetik api, pemacu pena hingga ada antaranya bersaiz sebesar kotak mancis antara punca vape menjadi kegilaan baru murid serta pelajar sekolah.*

               4) *“SAYA minta mana-mana individu yang menerima mesej kononnya saya meminta duit, abaikan kerana gambar saya digunakan pihak lain untuk mengaut keuntungan. Nombor telefon pun bukan saya punya. “Ini bukan saja satu bentuk penipuan, malah boleh menjejaskan imej dan reputasi saya sebagai wakil rakyat,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar Baharu, Kedah Datuk Norsabrina Mohd Noor.*

               5) *STADIUM di Kompleks Sukan dan Rekreasi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dekat Jalan Betek, Bukit Mertajam akan dinaiktaraf bagi membolehkan penduduk negeri serta sekitarnya terus membudayakan amalan gaya hidup sihat dengan bersukan. Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa terlalu ramai yang menggunakan stadium di kompleks itu untuk beriadah dan bersukan bahkan bukan membabitkan penduduk kawasan berkenaan semata-mata.*

               6) *EMPAT nelayan warga Indonesia yang asyik menjala ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) ketika Ops Pintasan di perairan laut Kuala Selangor, semalam. Semua warga asing itu ditahan kira-kira jam 10 pagi di atas bot pukat tunda bersama hasil tangkapan ikan dan udang seberat 100 kilogram (kg).*

               7) *WUJUD kumpulan tertentu termasuk pembabitan samseng dikesan sengaja menjadikan beberapa isu membabitkan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai ‘modal’ untuk kepentingan diri sendiri selain menjejaskan usaha kerajaan mewujudkan suasana harmoni di ibu negara.*

               8) *DUA beranak disyaki mendera dan mengurung remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) pembelajaran berusia 14 tahun di luar rumah mereka di Kampung Gial, Arau, direman empat hari bermula hari ini. Perintah tahanan reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Kangar, Monica Joseph Gaisah pagi ini.*

               9) *YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan simpati dengan kejadian kebakaran yang berlaku di perkampungan Sungai Isap 2, Kuantan, hari ini. Baginda turut mengucapkan takziah buat keluarga mangsa yang terbabit dalam kejadian itu.*

               10) *JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) akan melakukan beberapa ujian terhadap harimau yang ditangkap di Kampung Besul Lama, Bukit Besi, Dungun, kelmarin bagi mengenal pasti sama ada harimau seberat 130 kilogram itu diserang penyakit. Ketua Pengarah PERHILITAN, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, harimau yang ditempatkan di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan di Sungkai, Perak itu akan diambil contoh darah untuk ujian.*

               11) *PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mempunyai kebolehan untuk bertanding bagi meraikan budaya demokrasi dalam pemilihan parti yang akan diadakan nanti. Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, beliau akan bertanding untuk mempertahankan jawatan yang disandangnya itu dan tidak kisah sekiranya ada individu lain yang mahu bersaing dengannya.*

               12) *PERKENALAN singkat menerusi laman sosial Instagram membawa padah apabila remaja perempuan menjadi mangsa rogol kenalan sebaya dengannya itu, Khamis lalu. Sebelum kejadian, kira-kira 8.30 malam, mangsa berusia 15 tahun dikatakan mengikut kenalannya itu bersiar-siar menaiki motosikal sebelum suspek membawa mangsa ke rumahnya di Kampung Sungai Ud, Dalat.*

               13) *AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyelamatkan 17 kru bot nelayan selepas bot milik warga tempatan itu terbakar di perairan Pulau Sembilan, kira-kira 18.5 kilometer selatan Pulau Pangkor, malam tadi. Dalam kejadian 11.40 malam itu, semua nelayan warga Myanmar berusia antara 20 hingga 50 tahun itu selamat dan hanya seorang dilaporkan cedera.*

               14) *RAKYAT Sarawak wajib mengetahui tarikh 22 Julai sebagai hari bersejarah yang menjadi permulaan kepada peristiwa penting terutamanya pemberian kuasa kepada anak tempatan untuk mentadbir negeri ini. Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata, anak Sarawak yang lahir sebelum 1963 menjadi saksi kepada pembangunan yang berlaku selepas peristiwa bersejarah 22 Julai 1963 itu.*

               15) *PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengesyorkan pihak berkuasa tempatan (PBT) meletakkan syarat kepada premis vape supaya menampal poster kesan pengambilan rokok elektronik atau vape di premis mereka. Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, ramai pengguna peranti itu tidak mengetahui implikasi menghisap vape.*

               16) *POLIS menahan lelaki warga tempatan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri besi penutup longkang termasuk penebat pencawang elektrik di sekitar Inanam, Khamis lalu. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, suspek ditahan di belakang pasar raya dekat pekan Inanam selepas anggota polis menjalankan rondaan di kawasan itu mendapati kereta dipandu suspek berada dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan untuk pemeriksaan.*

               17) *DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bakal menambah bilangan bas tambang percuma, Go KL dalam merealisasikan hasrat menjadikan bandar raya Kuala Lumpur bebas kenderaan. Datuk Bandarnya, Datuk Norhisham A Dahlan berkata, rancangan menambah bas tambang percuma itu sebahagian daripada langkah penambahbaikan program ‘Car Free Zone’ yang kini dilaksanakan pada hujung minggu pertama dan ketiga setiap bulan.*

               18) *REMAJA lelaki maut manakala dua lagi cedera terbabit kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di Hulu Selangor, 2.30 pagi, hari ini. Mangsa, Mohammad Fakrurraziq Eddy Izzudin, 19, maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan bahagian badan, manakala dua lagi rakannya yang berusia 18 dan 19 tahun mengalami luka di bahagian muka dan kaki.*

               19) *PROSES pemulihan gangguan bekalan air di kawasan terjejas di Selangor dan Kuala Lumpur akibat pencemaran bau di Sungai Selangor, mencapai tahap pemulihan keseluruhan 86 peratus, setakat 6 pagi, hari ini. Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi, Pengurusan Air Selangor, Abdul Raof Ahmad berkata bagaimanapun wilayah Kuala Selangor dan Hulu Selangor mencatatkan pemulihan sepenuhnya.*

               20) *WANITA cedera di kepala selepas terbabit kejadian cubaan samun di hadapan rumahnya di Taman Bukit Indah, Johor Bahru, Selasa lalu. Dalam kejadian 730 pagi itu, wanita berusia 48 tahun berada di hadapan rumahnya sebelum didatangi lelaki bermotosikal.*

               21) *KERAJAAN Perak beri keutamaan isu penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah untuk mengekang daripada menular di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri, Dr Abdul Aziz Bari berkata, meskipun tiada laporan berhubung kes pelajar menghisap vape diterima di negeri ini, namun pihaknya tetap memandang serius isu berkenaan.*

               22) *LELAKI ditemui lemas, semalam selepas keluar menjala ikan di Sungai Pegalan, Kampung Marangas, Apin-Apin. Mayat John Wahid, 35, ditemui terapung oleh pasukan penyelamat, 2.20 petang semalam, kira-kira 60 meter dari lokasi mangsa menjala ikan.*

               23) *LELAKI dikhuatiri lemas selepas terjatuh ketika memancing ikan di belakang hotel di Pantai Tengah, Langkawi, semalam. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, mangsa dikenali sebagai Ambalangan berusia 30-an dilaporkan terjatuh pada 5 petang ketika laut bergelora dan ombak kuat.*

               24) *WANG dirompak hanyalah RM200 namun azab kesakitan dialami jauh lebih parah apabila seorang warga emas menerima 42 jahitan di kepalanya. Difahamkan kejadian samun pada Isnin lalu berlaku ketika mangsa, Sariman Likin, 79, berada berhampiran kedai runcit miliknya di Kampung Parit Markom, Pontian.*

               25) *“DIA (harimau belang) mungkin mengalami kecelaruan identiti atau masalah psikologi. Mungkin dia (harimau) terlupa bahawa dia adalah harimau,” ujar Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berhubung tindakan pelik seekor harimau jantan yang menjilat dua penduduk di Kampung Besol Lama, Bukit Besi, Terengganu.*

               26) *“VAPE bukan satu budaya atau trend untuk semua orang cuba-cuba. Jadi kita tak cadangkan vape kepada orang baharu atau bukan perokok. “Itu antara diterapkan kepada 1,832 ahli seluruh negara yang setiap seorang daripada mereka memiliki premis perniagaan vape,” kata Presiden Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM) Syed Azaudin Syed Ahmad.*

               27) *SEBANYAK 14 balai bomba dan penyelamat kategori E akan dibina di kawasan terpencil di seluruh negara pada tahun hadapan bagi memudahkan khidmat bantuan dilakukan. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamruddin berkata, antaranya di kawasan rumah panjang, perkampungan air selain di pulau dan pedalaman di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.*

               28) *PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perjuangan mereka adalah untuk agama, bangsa dan tanah air, bukan untuk diri sendiri. “Parti kita jangan jadi macam UMNO. Kita berjuang untuk perjuangan, bukan untuk diri sendiri. Kita harus peringat diri kita rakyat tidak akan sokong perjuangan untuk diri sendiri.*

               29) *“INI selari dengan ketegasan saya dari awal bahawa politik kotor dalaman parti mesti diperangi habis-habisan,” kata Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang merujuk kepada kenyataan Presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Menurutnya, beliau mengambil maklum pendirian Anwar yang menerima hasil siasatan diumumkan Ketua Polis Negara (KPN) Datuk Seri Abdul Hamid Bador yang mana beliau tidak terbabit dalam video intim tersebar baru-baru ini.*

               30) *RAKYAT negara ini digalakkan mempelajari bantuan pertolongan cemas yang disifatkan sebagai bantuan perubatan paling penting sebelum menerima rawatan lanjut pihak hospital. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, peranan pertolongan cemas adalah sangat penting dalam usaha membantu mereka yang tercedera.*

               31) *LELAKI maut selepas merempuh tiang elektrik konkrit yang tumbang di Jalan Perusahaan, Perai pada 4.50 petang tadi. Dalam kejadian itu, S Prathapan, 58, yang dalam perjalanan dari Taman Pelangi menghala ke Auto City. Tiang elektrik berkenaan dikatakan tumbang sebelum merintangi jalan selepas kabelnya tersangkut pada ekzos sebuah lori yang dipandu seorang lelaki berusia 48 tahun.*

                32) *KEMENTERIAN Pengangkutan memberi amaran kepada institut memandu supaya tidak melangkaui batasan undang-undang dengan meminta wang daripada pemandu bagi meluluskan ujian Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) atau lesen kenderaan perdagangan. Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas termasuk mendakwa mereka di mahkamah jika menemui bukti kukuh terhadap kegiatan itu.*

                33) *KECUAIAN manusia dikesan menjadi penyebab kepada 24 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Linggi dekat Port Dickson mengalami keracunan selepas terhidu racun serangga daripada ladang cili berhampiran pada Khamis lalu. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Sim Tze Tzin berkata, penyemburan racun dilakukan tidak mengikut jadual ditetapkan.*

                34) *SEORANG wanita warga emas patah bahu kanan manakala suaminya cedera ringan selepas diragut seorang penunggang motosikal di Jalan Besar Kota Bharu-Pasir Puteh, kelmarin.
Dalam kejadian jam 3.30 petang, Bidah Idris yang membonceng turut cedera di lutut selepas terjatuh daripada motosikal ditunggangi suaminya, Tuan Zahari Engku Daud.*

                35) *TIGA penduduk Orang Asli Kampung Sungai Papan di Gerik ditahan polis pagi tadi selepas terbabit dalam kejadian membuat halangan di laluan masuk kerja pembalakan berhampiran kawasan kampung berkenaan. Ketua Polis Daerah Gerik Superintendan Ismail Che Isa berkata, siasatan awal mendapati ia berkaitan isu membabitkan penduduk kampung berkenaan dengan sebuah syarikat pembalakan yang mempunyai lesen menjalankan pembalakan sejak Rabu lalu.*

                36) *MURID tahun dua melalui detik pahit apabila dicabul pemandu van tuisyennya sendiri dalam kejadian di Johor Bahru, sejak dua bulan lalu. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, perbuatan terkutuk suspek berusia 64 tahun itu hanya terbongkar selepas adik mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibu mereka pada awal bulan ini.*

                37) *POLIS sedang mengesan suspek dikenali sebagai Amon selepas dipercayai terbabit dalam kes curi besi penutup longkang di sekitar Kota Kinabalu. Seorang daripada rakan suspek diberkas 4 petang, Khamis lalu, selepas kenderaan yang mereka naiki di tahan polis di belakang sebuah pasar raya di pekan Inanam, Kota Kinabalu.*

                38) *SEORANG pendaki wanita maut selepas terjatuh ketika melakukan aktiviti pendakian di Bukit Batu Condong, Kemensah, Ampang, pagi tadi. Mangsa, Syarfalili Shaharir, 31, parah selepas terjatuh di atas kawasan berbatu di tebing curam.*

                39) *GARA-GARA tertidur ketika menghisap rokok, seorang buruh nyaris maut apabila bara rokok menyambar tilam sebelum terbakar di Pangsapuri Seri Sena, Kangar, hari ini. Dalam kejadian jam 1.50 tengah hari, mangsa, Khairul Arnizar Embi, 35 dikatakan baru pulang dari tempat kerjanya sebelum tertidur di ruang tamu.*

                40) *SEORANG pemandu van kilang maut selepas terkena tayar treler yang tercabut di Kilometer 156.1 Lebuh Raya PLUS arah utara, berhampiran Jawi, hari ini. Dalam kejadian jam 7.30 pagi, Hawazi Ismail, 47, mati serta merta di lokasi kejadian akibat parah di dada, kaki dan tangan. Ketika kejadian, mangsa sedang menukar tayar van dipandunya yang pancit di lorong kecemasan.*

            
*SEJAGAT*
==========


             *MOJOKERTO (Indonesia): Seramai 50 anggota polis gendut di Jawa Timur dikerah menguruskan badan di Akademi Polis Negara (SPN) di Mojokerto selama 12 hari, mulai 15 Julai lalu.*
          *Menurut jurucakap polis daerah Jawa Timur, Komisaris Besar Frans Barung Mangera, semua 50 anggota pelbagai pangkat itu dari balai seluruh Jawa Timur.*
            *Pangkat Komisaris Besar polis Indonesiasama dengan pangkat kolonel dalam tentera negara itu.*

           *SAN JOS: Kematian seramai 19 orang akibat minum alkohol dipercayai mengandungi metanol di Costa Rica menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran kepada orang ramai supaya tidak mengambil minuman itu daripada berpuluh jenama.*
           *Pihak berkuasa berkata, mereka tidak dapat mengesahkan paras toksik berkenaan namun merampas kira-kira 30,000 botol alkohol dan melakukan siasatan di seluruh negara, lapor AFP.*
         *Ketua Perkhidmatan Kecemasan di Hospital Calderon Guardia, Donald Corella yang dipetik akhbar La Nacion berkata, alkohol terbabit mengandungi antara 30 hingga 50 peratus metanol.*

          *TUCSON: Rindukan anjing kesayangannya yang hilang sejak Apri lalu, seorang lelaki di Tucson, Amerika Syarikat, sanggup menawarkan rumah dan tanah miliknya sebagai ganjaran kepada sesiapa yang dapat mengembalikan haiwan itu.*
         *Sejak anjing jenis Chihuahua yang diberi nama Jenny itu hilang, Eddie Collins menghabiskan masa mencari haiwan berkenaan di semua lokasi yang biasa dikunjungi serta pusat perlindungan haiwan selain memasang poster sebagai hebahan.*
            *Selepas tiga bulan kehilangan Jenny, Collins memutuskan untuk menawarkan apartmen satu bilik miliknya serta sebidang tanah yang sudah didirikan bengkel di atasnya sebagai ganjaran kepada mereka yang menemui anjing kesayangannya.*

          *HONG KONG: Puluhan ribu orang berhimpun di Hong Kong hari ini untuk menyokong polis dan mendesak aktivis berhenti mencetuskan keganasan di negara itu.*
            *Perhimpunan ‘Melindungi Hong Kong’ itu dianjurkan sehari sebelum bantahan besar-besaran terhadap kerajaan dan cara kerajaan mengendalikan rang undang-undang ekstradisi ke China yang ditangguhkan.*

          *BUENOS AIRES: Amerika Syarikat menawarkan ganjaran AS$7 juta (RM28.8 juta) untuk maklumat mengenai anggota Hizbullah yang didakwa perancang utama serangan terhadap pusat Yahudi di Buenos Aires, Argentina pada 1994, menyebabkan 85 terbunuh.*
             *Setiausaha Negara Amerika, Mike Pompeo, mengumumkan ganjaran itu ketika melawat bandar raya ini semalam, sempena ulang tahun ke-25 tragedi berkenaan.*
           *Ganjaran RM28.8 juta itu untuk Salman Raouf Salman yang menurut Amerika adalah anggota Hizbullah di Lubnan sokongan Iran.*

          *LONDON: Britain mendesak Iran meredakan ketegangan di Teluk dengan membebaskan kapal tangki miliknya yang didakwa ditahan secara tidak sah di perairan Oman.*
            *Tehran sebelum itu tidak mengendahkan permintaan beberapa negara Eropah untuk membebaskan kapal yang kebanyakannya membabitkan anak kapal warga India.*
          *Permintaan itu dilakukan ketika Amerika Syarikat membuat persediaan untuk menghantar tentera di Arab Saudi.*

          *LISBON: Lebih 1,000 anggota bomba dikerahkan untuk memadam tiga kebakaran besar hutan yang melanda tengah Portugal sekali gus memaksa penduduk sebuah kampung dipindahkan ke kawasan selamat.*
           *Reuters melaporkan, kebakaran bermula tengah hari semalam di Castelo Branco di daerah yang terletak kira-kira 225 kilometer di timur laut Lisbon.*
          *Bagaimanapun, usaha memadam kebakaran agak sukar dilakukan berikutan angin kuat.*

          *NEW DELHI: India meminta Tehran membebaskan 18 warga negaranya yang bekerja di kapal tangki British yang dirampas Iran di Selat Hormuz semalam.*
             *Jurucakap Kementerian Luar Negeri India, Raveesh Kumar memberitahu AFP, New Delhi sudah menghubungi kerajaan Iran untuk membebaskan pekerja berkenaan dan membawa mereka pulang.*
              *Kapal tangki itu ditahan di pelabuhan Bandar Abbas kerana melanggar peraturan ‘maritim antarabangsa’ selepas bertembung dengan bot nelayan, kata pihak berkuasa Iran.*

          *FLORIDA: Berang isterinya curang, seorang lelaki menyerbu masuk rumah jirannya di sini, sebelum mengacukan pistol kepada kekasih isterinya itu dan mengikatnya sebelum memotong zakar mangsa dan melarikan organ berkenaan.*
          *Menurut polis, Alex Cesar Bonilla, 49, yang memotong zakar lelaki itu dengan gunting ditahan kerana menyerang dan mencederakan mangsa selepas memecah masuk rumah Tomas Martinez-Gomez, 32, di Bell, Florida, minggu lalu.*
            *Menurut Daily Mail, suspek kemudian melarikan diri dari tempat kejadian dengan membawa bersama organ yang dipotongnya.*

          *LONDON: British Airways menggantung operasi penerbangannya ke Kaherah selama tujuh hari bermula semalam sebagai langkah keselamatan.*
            *AFP melaporkan, syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa sebelum itu turut melakukan perkara sama bagi penerbangan dari Munich dan Frankfurt semalam tanpa menjelaskan alasan mereka.*
         *Bagaimanapun, jurucakap syarikat itu berkata operasi akan kembali normal hari ini.*

          *BELGRADE: Seorang warga emas mengaku membuat panggilan ancaman bom palsu untuk menghalang pramugari pesawat Lufthansa dari meninggalkan Serbia dengan harapan wanita itu akan keluar dengannya.*
             *Lelaki berusia 65 tahun itu membuat pengakuan terbabit ketika dihadapkan di sebuah mahkamah di Serbia hari ini.*
              *Dia mendedahkan membuat panggilan palsu itu selepas gagal menghubungi seorang pramugari yang disukainya di hotel dan terdesak untuk bertemu dengan wanita itu.*

          *ROME: Gunung berapi aktif terbesar Eropah, Gunung Etna yang terletak di Sicily, Itali meletus semalam dengan melimpahkan lahar dan letupan.*
           *Abu tebal dihamburkan ke udara menyebabkan dua lapangan terbang di Sicily ditutup sebelum membuka semula sebahagian operasinya pagi tadi.*
           *Institut Geofizik dan Vulkanologi Kebangsaan (INGV) berkata, lahar mengalir sejauh 1.5 kilometer dari kawah di tenggara gunung berapi.*

           *NEW DELHI: Seorang juruterbang AirAsia India digantung kerja selama tiga bulan kerana menghantar amaran rampasan kapal terbang secara tidak sengaja kepada kawasan trafik udara ketika penerbangan domestik bulan lalu.*
           *Pada hari kejadian, pesawat AirAsia India terbang dari New Delhi ke Srinagar mengalami masalah enjin dan kapten mengarahkan pegawai pertama, Ravi Raj untuk menghantar kod kecemasan kepada pihak berkuasa.*
          *Bagaimanapun, Raj melakukan kesilapan dengan memancarkan kod rampasan kapal terbang, kata Direktorat Penerbangan Sivil (DGCA) India dalam satu kenyataan semalam.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


             *POLIS sedang mengesan dua kanak-kanak yang melakukan aksi lagak ngeri dengan berpaut pada bumbung kereta ketika kenderaan itu bergerak di Taman Scientax, Johor Bahru, semalam.*
            *Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, pihaknya sudah menerima laporan berhubung kejadian dipercayai berlaku di Taman Scientax, Seri Alam.*
             *Gelagat kanak-kanak itu mencuri tumpuan susulan tindakan berani mereka berpaut pada bumbung kereta ketika kenderaan itu bergerak tular di Facebook (FB).*
            *Dua gambar memperlihatkan dua kanak-kanak duduk di belakang sebuah kereta dengan seorang daripadanya meminum air mineral.*

          *TULAR di laman media sosial, Facebook mengenai gula-gula dikenali sebagai ‘Ghost Smoke’ yang mengeluarkan asap seakan-akan rokok apabila disedut, dijual kepada murid sekolah di Papar.*
              *Rakaman video tular itu turut mengingatkan ibu bapa supaya tidak membiarkan anak mereka membeli gula-gula terbabit yang ditulis Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Papar, Mohd Fauzi Sahat pada 10 Julai lalu.*
            *Mohd Fauzi ketika dihubungi hari ini, mengesahkan beliau menulis kenyataan itu dan menyebarkannya dalam kumpulan WhatsApp PIBG SK Pekan Papar sebelum tersebar dalam laman sosial Facebook.*

           *JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis menyelamatkan remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) pembelajaran selepas disyaki didera keluarga kandungnya di Kampung Gial, kelmarin.*
             *Perkara itu didedahkan jiran mangsa selepas terdengar rengekan remaja beusia 14 tahun itu di luar rumah sebelum merakam dan menularkannya di laman sosial Twitter.*
             *Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Perpaduan Masyarakat dan Tugas-Tugas Khas Perlis, Siti Berenee Yahaya berkata, pihaknya sedia maklum mengenai perkara berkenaan dan meminta JKM meneliti perkara terbabit.*

          *FIRMA Guaman Eversheds Harry Elias LLP mengesahkan perceraian Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dan Rihana Oksana Gorbatenko.*
              *Firma berkenaan melalui peguamnya, Koh Tien Hua memaklumkan Sultan Muhammad V bercerai talak tiga pada 22 Jun 2019 mengikut undang-undang syariah.*
           *”Kami adalah peguam mewakili Sultan Muhammad V. Dimaklumkan Baginda bercerai talak tiga dengan Rihana Oksana Gorbatenko pada 22 Jun 2019 mengikut undang-undang Syariah.*

           *SAN DIEGO: Filem Avengers: Endgame hampir pasti diangkat sebagai filem paling berjaya, kata pengedar filem itu, Walt Disney Co.*
             *Reuters yang memetik kenyataannya berkata, jualan tiket filem terbabit dijangka mengatasi rekod filem Avatar arahan James Cameron yang meraih kutipan AS$2.789 bilion (RM11.4 bilion) pada 2009.*
          *Endgame yang ditayangkan di pawagam pada April lalu adalah kemuncak kepada 22 filem Marvel sebelum ini yang berjaya menarik peminatnya sejak tempoh satu dekad lalu.*
               

*berita penuh sila ikuti harian metro online*

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2019 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*SELSA 23 JUL 2019 ASHI ERSAAAN 20 ZULKEDA# 1440 HIJRH*


*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA*

*IMSAK* : 0541
*SUBUH* : 0551
*SYURUK* : 0710
*ZOHOR* : 1323
*ASAR* : 1646
*MAGHRIB* : 1930
*ISYAK* : 2044


*artikel disiarkan pada tarikh 22julai*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *KEMENTERIAN Kesihatan sudah memulakan siasatan dan penguatkuasaan berhubung penjualan gula-gula Ghost Smoke di seluruh negara. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan sedang menyiasat perkara itu secara menyeluruh dan akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.*

               2) *TIDAK sempat sampai ke hospital menyebabkan seorang wanita terpaksa bersalin dalam kereta di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau, hari ini. Anis Syabila Roslan, 19, selamat melahirkan seorang bayi perempuan dalam kereta Perodua Kancil di kawasan parkir IPD Arau kira-kira 12 tengah hari tadi.*

               3) *SEORANG jemaah dari Johor Bahru, Amil Abdullah, 63, meninggal dunia di Hospital King Faisal, Makkah, Jumaat lalu akibat jangkitan kuman dalam darah dan sudah dikebumikan selepas Subuh pada Sabtu. Tabung Haji (TH) mengucapkan takziah kepada keluarga jemaah berkenaan dan akan membuat badal haji untuk Allahyarham secara percuma. Setakat ini, seramai 16,628 jemaah haji Malaysia sudah berada di Tanah Suci.*

               4) *PASANGAN suami isteri dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen secara berasingan di Kuala Lumpur hari ini, terhadap pertuduhan mengabaikan anak mereka yang juga orang kurang upaya (OKU) hingga menyebabkan kematian pada Januari lalu. Ibu kandung mangsa yang berusia 52 tahun dan suami yang juga bapa tiri mangsa, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Emilia Kaswati Mohamad Khalid dan Mahyon Talib.*

               5) *PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) supaya memperkenalkan undang-undang mengawal peralatan rokok elektronik atau vape yang dijual secara dalam talian. Ia berikutan pendedahan media baru-baru ini mengenai pelbagai jenis vape bersaiz kecil termasuk berbentuk samaran seperti jam tangan yang menjadi kegilaan baru murid serta pelajar sekolah.*

               6) *LELAKI yang dilaporkan hilang ketika memancing di belakang sebuah hotel di Pantai Tengah, Langkawi, kelmarin ditemui lemas, hari ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, mangsa dikenali M Anbalagan, 38, ditemui kira-kira empat batu nautika dari lokasi dia dilaporkan jatuh.*

               7) *TUKANG besi mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan menumbuk bekas isterinya di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka hari ini. Tertuduh, Putra Aliff Aqhmal Pervira, 26, didakwa melakukan kesalahan itu pada 1 Julai lalu.*

               8) *PEKERJA pasar raya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Kuala Terengganu, hari ini kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan. Tertuduh Mohamad Hanafi A Wahab, 22, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Wan Azimah Yaacob.*

               9) *BAYI perempuan masih bertali pusat ditemui di atas rumput di kawasan pembakaran sampah dekat Jalan Dusun Muda, Kota Bharu, hari ini. Bayi yang ditemui penduduk kampung pada 8.10 pagi itu dipercayai baru dilahirkan kerana masih terdapat kesan darah di anggota badannya.*

               10) *BERANG dan kecewa kerana cinta tidak berbalas, seorang lelaki yang dipercayai penagih dadah bertindak menculik seorang wanita berusia 29 tahun dalam satu kejadian di Bertam, Kepala Batas malam tadi. Dalam kejadian 10.30 malam itu, mangsa yang bekerja di sebuah pasar raya sedang berjalan ke keretanya untuk pulang ke rumah didatangi lelaki terbabit.*

               11) *SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu memiliki peruntukan khas berkaitan pemunya benefisiari dalam Akta SPRM 2009 bagi menangani masalah rasuah di negara ini. Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata, peruntukan itu penting memandangkan ada kekangan dalam akta sedia ada khususnya dalam kes rasuah membabitkan proksi dalam sesebuah syarikat.*

               12) *JENAZAH suami isteri dan janin yang maut akibat terkena renjatan elektrik di Sungai Buloh, Selangor, semalam, selamat dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Kampung Lembah, Pasir Puteh, hari ini. Wan Hasheliza Wan Ibrahim, 29, suaminya, Shahril Apipie Mokhtar, 29, dan janin berusia lapan bulan, dikebumikan dalam satu liang lahad.*

               13) *TIMBALAN pendakwa raya (TPR) dan peguam yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana membantu membebaskan sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang sepatutnya dihantar ke Depot Tahanan Imigresen disambung reman dua hari lagi. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata, tempoh tahanan reman mereka berdua dan enam anggota polis yang ditahan itu tamat pada hari ini.*

               14) *DUA lelaki ditahan polis kerana memiliki pistol tiruan dan pil erimin 5 ketika serbuan dalam bilik sebuah rumah kedai di Langkawi Mall Fasa 11 di Langkawi, semalam. Mereka itu yang masing-masing berusia 23 tahun ditahan dalam serbuan pada 4.45 petang oleh sepasukan anggota dari Balai Polis Kuah hasil maklumat awam yang curiga dengan gerak geri kedua-dua lelaki itu.*

               15) *PENGANJURAN acara Sambutan Hari Pahlawan tahun ini di peringkat Persekutuan akan diadakan September ini. Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan, hari ini berkata, majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat bersempena sambutan itu akan diadakan pada 18 September di Masjid Negara pada 7.10 malam.*

               16) *AHLI Majlis tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak Senator Dr Zaiedi Suhaili mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua, hari ini. Upacara angkat sumpah itu dilakukan di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara Datuk S A Vigneswaran di Dewan Negara.*

               17) *LELAKI patah kaki dan tulang pinggul kiri selepas terjatuh dari tingkat 10 pangsapuri di Taman Kheng Tuan, Jelutong, Khamis lalu. Dalam kejadian 2.30 pagi itu, mangsa, 44, yang tinggal di tingkat 10 pangsapuri itu terjatuh ke tingkat lima dalam keadaan sedarkan diri.*

               18) *LELAKI yang baharu tiga bulan berjinak-jinak mengedar dadah dicekup pihak berkuasa di sebuah bangsal dalam kebun getah di Kampung Gong Dayak, Tok Uban, Pasir Mas semalam. Dia yang berusia 19 tahun itu ditahan 6.45 petang bersama sejumlah kepingan foil dipercayai Erimin 5, daun ketum dan ubat batuk di bangsal yang dijadikan lokasi transit sebelum diedarkan.*

               19) *KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah mencadangkan agar kategori Jalan Pelancongan Luar Bandar diwujudkan bagi memudahkan kerajaan menyediakan peruntukan khas untuk menyelenggara atau menaik taraf jalan ke kawasan pelancongan di luar bandar.*

               20) *KEDAH dijangka memperoleh pelaburan bernilai RM6 billion daripada Industri Pelan Induk Tenaga Hijau dan Tenaga Boleh Diperbaharui dengan sasaran pengeluaran 2,000 Megawatt tenaga boleh diperbaharui menjelang 2030. Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, industri itu juga berupaya untuk mewujudkan sekitar 30,000 peluang pekerjaan berkepakaran dan berpendapatan tinggi sepanjang tempoh yang sama, serta membuka peluang perniagaan dan industri hiliran baru.*

               21) *PENINGKATAN kes rogol dalam kalangan remaja bawah umur dan pelajar sekolah di Kedah adalah disebabkan pergaulan bebas dengan rakan selain mengenali pasangan melalui laman sosial seperti Facebook, WhatsApp, WeChat dan sebaainya.
Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, kebanyakan kes rogol yang dikesan adalah disebabkan remaja perempuan mudah terikut dan terpengaruh dengan pujuk lelaki yang kemudiannya terjebak dengan seks suka sama.*

               22) *KEHADIRAN sepasukan anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dari Pangkalan Lumut yang ‘menyerang’ Kampung Telok Perang disambut mesra komuniti kampung berkenaan. Kehadiran kumpulan itu dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan SK Telok Perang dan Komuniti kampung berkenaan untuk mengadakan Program Jiwa Murni di kawasan berkenaan.*

               23) *SEORANG lelaki nyaris maut selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dipandu hilang kawalan lalu merempuh dua rumah dan lima kenderaan di Kampung Sungai Rengas, di sini, jam 8.15 pagi, semalam. Ketika kejadian pemandu berusia 20-an itu dikatakan dalam perjalanan dari arah Sungai Rengas menghala ke Kuala Terengganu.*

               24) *TIMBALAN Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mendedahkan siapa dalang yang menyebarkan video seks sejenis yang dikaitkan dengannya. Mohamed Azmin sekali lagi menegaskan menyerahkan semua siasatan berhubung video seks itu kepada pihak berkuasa dan beliau tidak berhak dan tidak mempunyai peranan untuk membuat pendedahan kerana siasatan masih dilakukan pihak berkaitan.*

               25) *KESERONOKAN 84 warga Indonesia termasuk 29 wanita yang berhibur terbantut apabila mereka ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan keluarga di Puchong, semalam. Kesemua mereka yang berusia 18 hingga 50 tahun itu dipercayai menjadikan lokasi terbabit sebagai tempat berhibur sambil terjebak dalam penyalahgunaan dadah.*

               26) *KULIAH maghrib di Masjid Ar Rahman Kampung Parit Melana, Durian Tunggal, Alor Gajah, yang dihadiri pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin malam tadi bertukar kecoh selepas dibantah sekumpulan individu. Majlis ilmu yang dianjurkan Jawatankuasa dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Durian Tunggal itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab.*

               27) *TIMBALAN Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersedia untuk terus bekerjasama dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mohamed Azmin berkata, beliau dan Anwar mereka masih sepasukan dan tiada masalah untuk meneruskan perjuangan parti. Beliau turut menggesa supaya pihak media agar tidak melaga-lagakan mereka berdua.*

               28) *EMPAT Loji Rawatan Air (LRA) dihenti tugas selepas pencemaran minyak diesel dari sumber air mentah Sungai Selangor dikesan di muka sauk semua loji itu, hari ini. LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 serta LRA Rantau Panjang itu terpaksa kembali dihenti tugas bermula 6 petang hingga 8.15 malam tadi.*

               29) *HUJAN lebat selama sejam di sekitar Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, menyebabkan banjir kilat berlaku di beberapa kawasan itu. Hujan bermula 4.30 petang itu mengakibatkan banjir di Kampung Sungai Penchala, Jalan Penchala Hilir dan di terowong Penchala Link menghala Damansara.*

               30) *JABATAN Kemajuan Masyarakat (KEMAS) sentiasa memastikan sukatan pelajaran yang diajarkan kepada kanak-kanak di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) kekal relevan dan mampu bersaing dengan tadika swasta di negara ini.*

               31) *TINDAKAN segera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya membawa turun seorang wanita cedera ketika mendaki Gunung Korbu, Ipoh, selepas terkandas di gunung berkenaan sejak tengah malam tadi. Menurut jurucakap JBPM Perak, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 1.04 pagi dan berdasarkan maklumat awal, seramai 13 pendaki menyertai aktiviti mendaki Gunung Korbu serta seorang pendaki berusia 31 tahun mengalami kecederaan lutut dan berada di Kem Kijang.*

                32) *“NALURI keluarga yakin Moses selamat ketika ini,” kata Anita Sari, 59, ibu kepada anggota tentera, Lans Koperal Moses Logers, 25, yang dilaporkan hilang ketika menjalankan operasi di Pulau Perak, Kedah. Anita mengakui, berita kehilangan anak bongsu daripada lima beradik itu mengejutkan mereka sekeluarga. “Sejak itu, saya tidak pernah berhenti berdoa. Saya sangat berharap anak saya akan ditemui dengan selamat.*

                33) *BURUNG kenyalang, bunga raya, paku pakis liar dan warna bendera Malaysia antara ikon cukup dikenali ditampilkan pada logo kempen Melawat Malaysia 2020. Logo ciptaan Alfred Phua Hong Fook, 23, berjaya mengetepikan ratusan rekaan logo yang diterima dari seluruh negara sepanjang tempoh pertandingan berlangsung awal tahun ini.*

                34) *BAPA dihukum penjara 45 tahun dan 24 sebatan selepas mengaku bersalah atas 38 pertuduhan cabul, seks luar tabii dan percubaan merogol anak kandungnya berusia 14 tahun. Hakim Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Putrajaya, Yong Zarida Sazali menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh yang juga penjual burger berusia 35 tahun itu.*

                35) *NAMA Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dikesan disalahgunakan pihak tertentu dalam dua insiden hingga boleh menyebabkan kekeliruan kepada orang ramai. Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan menjelaskan Perdana Menteri tidak pernah mengeluarkan surat berbentuk emel kepada pihak pengurusan tertinggi syarikat berkaitan kerajaan demi mendapatkan sokongan peribadi dalam menjayakan pentadbiran beliau.*

                36) *SEORANG Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor dipanggil bagi memberi keterangan berhubung siasatan video seks songsang mengaitkan Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan seorang lelaki. Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.*

                37) *PIHAK Penjara Marang meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan waris kepada seorang banduan yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu pada 19 Julai lalu. Wee Joo Hin, 57, yang berasal dari Bandar Melaka, Melaka disahkan meninggal dunia kerana penyakit barah paru-paru.*

                38) *PENUBUHAN Jawatankuasa Pilihan Dewan Negara akan dilaksanakan dalam masa terdekat sebagai usaha untuk menangani pelbagai isu dalam negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata, banyak cadangan yang diberikan Jawatankuasa Kerja Reformasi Dewan Negara (JKRDN) untuk memanfaatkan jawatankuasa berkenaan yang lebih baik bagi menyelesaikan pelbagai isu semasa serta memastikan kesaksamaan gender dalam proses pemilihan dan pelantikan Ahli Dewan Negara.*

                39) *KERAJAAN Selangor mengarahkan semua pontun bagi kerja pengorekan dan penyedutan pasir yang tidak lagi beroperasi di bawa keluar terutamanya di sekitar Sungai Selangor. Menteri Besar Amirudin Shari berkata, pihaknya sudah meminta Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta agensi berkaitan melaksanakannya segera bagi mengelakkan tragedi sama berulang.*

                40) *SEMBILAN kes baharu sesak nafas dikesan di Pasir Gudang, Johor semalam, membabitkan lapan murid dan seorang guru. Mereka daripada empat sekolah di daerah itu bagaimanapun hanya menerima rawatan pesakit luar di Klinik Kesihatan Pasir Gudang. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sembilan kes itu membabitkan tiga lelaki dan enam perempuan.*

            
*SEJAGAT*
==========


             *SRIHARIKOTA: India, hari ini, melancarkan kapal angkasa untuk mendarat di bulan, dalam usaha menjadi negara keempat di dunia mencapai kejayaan itu.*
            *Kapal Chandrayaan-2 – Moon Chariot 2 – berlepas seperti dijadualkan pada 2.43 petang (waktu tempatan) dari Pusat Angkasa Lepas Satish Dhawan di Sriharikota, pulau di pantai negeri Andhra Pradesh di selatan India.*
            *Pelancaran dibuat seminggu selepas kebocoran minyak menyebabkan percubaan sebelum ini dibatalkan.*

           *TOKYO: Pemilihan dua calon kurang upaya (OKU) di Parlimen Jepun dipuji oleh aktivis yang melihat ia boleh meningkatkan kefahaman serta meningkatkan infrastruktr komuniti berkenaan.*
            *Yasuhiko Funago mengalami penyakit neuron motor atau Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) manakala Eiko Kimura pula menghidap Cerebral Palsy.*
            *Kedua-dua calon yang menggunakan kerusi roda itu dipilih dalam pilihan raya Dewan Negara atas tiket parti pembangkang yang baru dibentuk, lapor AFP.*

           *SUR BAHER (TEBING BARAT): Israel mula melakukan persediaan untuk memusnahkan rumah penduduk Palestin berhampiran pagar tentera di pinggir Baitulmaqdis.*
             *Reuters melaporkan, beratus tentera dan polis bersama jentolak masuk ke kawasan Sur Baher iaitu sebuah perkampungan warga Palestin di timur Baitulmaqdis yang ditawan dan dijajah Israel ketika perang Asia Barat pada 1967.*
             *Penduduk khuatir struktur bangunan berhampiran pagar itu menjadi permulaan kepada tindakan terhadap beberapa bandar lain yang berada di sepanjang kawasan pagar membabitkan beratus kilometer.*

          *SEOUL/SINGAPURA: Sebuah kapal kargo milik Korea Selatan diserang kumpulan lanun dalam kejadian di Selat Singapura awal pagi tadi.*
             *Reuters yang memetik agensi berita Yonhap, mereka turut menyerang anak kapal sebelum melarikan diri dengan wang tunai membabitkan ribuan dolar.*
           *Kumpulan dipercayai terdiri daripada tujuh lanun menaiki bot laju menyerang kapal CK BlueBell hingga beberapa orang anak kapal mengalami cedera ringan.*

           *AMENDOA (PORTUGAL): Sebanyak 400 kenderaan termasuk helikopter dan pesawat dihantar untuk memadam kebakaran hutan dalam operasi membabitkan lebih 2,000 anggota bomba di tengah Portugal semalam.*
            *AFP melaporkan, lokasi terjejas di kawasan hutan tebal di wilayah Castelo Branco yang terletak 200 kilometer di utara Lisbon, kata perkhidmatan penyelamat.*
            *Menurut Kementerian Dalam Negeri, kira-kira 20 orang cedera dalam kebakaran itu termasuk lapan anggota bomba dan 12 orang awam dan menterinya, Eduardo Cabrita memaklumkan api masih lagi marak.*

           *HONG KONG: Hong Kong kembali huru hara malam semalam apabila polis melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah terhadap penunjuk perasaan yang melakukan protes anti-kerajaan.*
           *AFP melaporkan, polis mengambil tindakan itu beberapa jam selepas pejabat Kerajaan China dilontar telur dan diconteng grafiti sebagai kritikan jelas terhadap pemerintahan Beijing.*
          *Suasana di kawasan perniagaan di bandar itu diselubungi dengan asap pemedih mata ketika polis cuba meleraikan kumpulan penunjuk perasaan terbabit.*

            *BRASILIA: Sebuah kilang menghasilkan kereta mewah Lamborghini dan Ferrari palsu pada harga serendah AS$40,000 (RM184,941) ditutup pihak berkuasa baru-baru ini, selepas dua tahun beroperasi.*
           *Polis menyerbu kilang di selatan Santa Catarina itu Isnin lalu susulan aduan daripada pengilang dua jenama kereta mewah terbabit dan merampas lapan kereta yang dalam proses pemasangan.*
            *Kilang itu dikendalikan seorang bapa bersama anak lelakinya dan mereka menawarkan kereta mewah palsu di media sosial pada harga separuh daripada nilai kereta sebenar iaitu antara AS$45,000 (RM184,941) dan AS$60,000 (RM246,588).*

          *MEXICO CITY: President Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador menuntut Amerika Syarikat mengembalikan wang dan aset milik raja dadah negara itu, Joaquin ‘El Chapo’ Guzman yang dipenjara di New York, Rabu lalu.*
           *El Chapo dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan turut diarahkan membayar denda AS$12.6 bilion (RM51.78 bilion) kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat.*
           *Jumlah denda itu dikatakan hasil pengedaran dadah El Chapo ketika menjadi ketua Kartel Sinaloa.*

           *KENDARI (Indonesia): Seorang penyampai di Lembaga Penyiaran Televisyen Republik Indonesia (TVRI) mati dibunuh sebelum mayatnya ditemui dibuang di tepi jalan di bandar ini pagi tadi.*
            *Tribunnews melaporkan, mayat penyampai TVRI, Abu Saila atau dikenali sebagai Aditia ditemui dengan kesan tikaman di perut dan luka di beberapa bahagian badan akibat ditetak dengan senjata tajam.*
            *Jurucakap polis Kendari, Jemy Junaidi memberitahu, beberapa jam selepas penemuan mayat Aditia itu polis menahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang juga rakan mangsa.*

           *ABUJA: Seorang lelaki mengejutkan penumpang sebuah pesawat apabila dia dilihat menaiki sayapnya ketika ia cuba berlepas dari lapangan terbang di Lagos, Nigeria pada Jumaat lalu.*
            *Daily Mail melaporkan, kejadian itu dapat dilihat menerusi satu rakaman apabila lelaki tidak dikenali berkenaan memanjat dan bergerak di atas sayap pesawat Azman Air di lapangan terbang antarabangsa paling sibuk negara terbabit.*
         *Tindakannya mencetuskan panik kepada penumpang yang segera memaklumkan kru penerbangan membuka pintu kecemasan namun, tidak dapat dipastikan apa yang sebenarnya yang cuba dilakukan oleh lelaki itu.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


           *SATU video seorang lelaki yang memarahi seorang guru mula tular di Facebook dan aplikasi WhatsApp, sejak malam ini.*
            *Video berdurasi 3 minit 31 saat itu memaparkan seorang lelaki memarahi seorang guru yang didakwa mengeluarkan kata kurang enak kepada isterinya.*
            *Individu itu dikatakan saudara kepada pelajar sekolah terbabit yang sudah dikenakan tindakan gantung sekolah.*

           *SATU rakaman video memaparkan anggota trafik memukul seorang remaja lelaki di Jalan Persiaran Brash berdekatan Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz di Ipoh, tular di media sosial sejak semalam.*
          *Berikutan tular video berdurasi 30 saat itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby tampil menjelaskan kejadian sebenar yang berlaku bagi mengelak salah faham dan kekeliruan orang ramai.*
          *Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika polis mengadakan Op Bersepadu Samseng Jalanan yang dijalankan di kawasan berkenaan, semalam.*

           *POLIS akan mengeluarkan surat teguran kepada pihak Polis Bantuan Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur susulan tular di media sosial gambar motosikal mereka parkir dalam petak khas orang kurang upaya (OKU) di kawasan itu.*
           *Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Urusetia Ketua Polis Negara (KPN) Datuk Asmawati Ahmad berkata, siasatan pihaknya mendapati motosikal dan payung itu adalah milik polis bantuan kawasan itu.*
         *”Aduan itu sudah dimajukan kepada Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon.*

           *BAPA kepada remaja perempuan yang memijak al-Quran dan videonya tular di media sosial Khamis lalu, memaklumkan anaknya yang berusia 17 tahun itu seorang yang lurus bendul.*
          *Bapanya yang ditemubual secara langsung di Facebook (FB) ‘Kelate Kito’ semalam, hanya dikenali sebagai Roslan berkata, pemikiran anaknya seperti budak-budak berusia tujuh atau lapan tahun sedangkan usianya sudah remaja.*
         *Katanya, anaknya itu juga hanya berkawan dengan kanak-kanak dan budak bukannya dengan rakan sebayanya.*

           *SAYANGKAN anak berpada-pada. Hanya kerana terlalu mengikut permintaan anak untuk menjadi adiwira hingga membahayakan keselamatan pengguna jalan raya, lelaki ditahan reman dua hari apabila aksi tiga kanak-kanak berpaut pada bumbung kereta tular, baru-baru ini.*
             *Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Ismail Dollah berkata, bertindak atas aduan orang ramai dan video berdurasi kira-kira lima saat di media sosial, pihaknya menjalankan siasatan bagi mengesan pemandu kereta berkenaan.*
            *Katanya, pada 7.45 malam semalam, sepasukan anggota dan pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam pergi ke rumah di Taman Nusa Damai, Pasir Gudang untuk menjalankan siasatan.*
                 

*ARENA*
========


             *GARETH Bale sedang menimbangkan tawaran daripada China untuk menjadi pemain bolasepak pertama di dunia menerima gaji 1 juta (RM5.1j) seminggu.*
          *Kelab Liga Super China, Beijing Guoan menawarkan rundingan bebas cuai itu selepas bos Real Madrid, Zinedine Zidane berkata dia mahu pemain Wales itu meninggalkan kelab itu secepat mungkin.*
            *Ejen Bale, Jonathan Barnett melabelkan Zidane ‘sebagai memalukan’ kerana memaksa pemainnya untuk meninggalkan gergasi Sepanyol itu.*

             *BARCELONA dijangka berunding dengan Lionel Messi untuk melanjutkan kontrak penyerang itu sehingga 2023, menurut sumber kepada ESPN FC.*
          *Kontrak Messi, 32, kini memasuki dua tahun terakhir dan Barca mahu memastikan dia kekal di Camp Nou melepasi 2021 sekali gus kontrak ke-10nya bersama Catalan sejak 2004.*
            *Presiden Barca, Josep Maria Bartomeu akan mengetuai rundingan dengan ayah Messi, Jorge yang juga ejennya.*

           *MANCHESTER United semakin hampir untuk mendapatkan Harry Maguire selepas dilaporkan bersetuju dengan bayaran 80 juta (RM411.6 juta) diletakkan Leicester untuk pertahanan itu.*
          *Bek tengah Foxes itu berada dalam senarai pemain buruan Red Devils sepanjang musim panas dan bidaan awal United terhadap pemain England itu pernah ditolak.*
         *Menurut laporan media, syarat perpindahan Maguire ke Old Trafford dengan bayaran 80 juta sudah pun dipersetujui dan perpindahan itu pasti berlaku.*

           *ALEJANDRO Pozo menghadiahkan Sevilla yang beraksi dengan 10 pemain, kemenangan 2-1 ke atas Liverpool di Boston pagi ini, yang menjadi semakin buruk buat juara Eropah itu selepas Yasser Larouci diusung keluar.*
               *Penyokong Liverpool menyaksikan perlawanan itu turut tidak berpeluang menyaksikan ramai bintang kelab itu kerana pemain Brazil Roberto Firmino dan Alisson yang tidak bersama pasukan kerana menyertai Copa America bersama-sama Mohamed Salah dan Sadio Mane, kedua-duanya menyertai Piala Negara Afrika.*

           *MEDIA China melabelkan Manchester City ‘sombong’ dan ‘tidak menghormati’ tuan rumah ketika jelajah Trofi Asia Liga Perdana ke negara terbabit.*
          *Kelab Etihad itu berkunjung ke Shanghai dan Nanjing tetapi tidak memperdulikan penyokong mereka di negara Asia itu, lapor agensi berita terbesar di dunia, Agensi Xinhua.*
        *City tiba sedikit lewat berbanding jadual asal di China disebabkan masalah penerbangan dan Guardiola memilih tidak mahu bercakap kepada peminat selepas mereka menewaskan West Ham, minggu lalu.*

           *"ADA cahaya di hujung terowong". Mungkin itu perumpamaan sesuai digambarkan terhadap nasib pelumba MotoGP pertama negara, Hafizh Syahrin Abdullah.*
           *Kariernya di MotoGP dijangka kembali bersinar apabila Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahkan satu perbincangan bersama PETRONAS Yamaha SRT akan berlangsung dalam tempoh beberapa hari lagi.*
             *”Hujung bulan ini saya akan bertemu Hafizh, PETRONAS dan Sepang International Circuit (SIC) bagi membincangkan masa depan pelumba itu.*

           ♂ *SELEPAS dua hari Kejohanan Renang Dunia FINA berlangsung di Gwangju, Korea Selatan, masih tidak kelihatan kelibat perenang negara mara ke peringkat seterusnya di kejohanan berprestij itu.*
           *Perenang negara seperti Tern Jian Han, Welson Sim dan Phee Jinq En gagal menyerlah pada aksi saringan masing-masing di Nambu International Aquatics Centre, pagi tadi.*
           *Jaguh renang negara, Welson mencatat 1 minit 48.61 saat untuk berada di kedudukan kelapan dalam saringan kelima dan menempatkan diri di tangga ke-29 daripada 65 perenang keseluruhan pada acara 200 meter (m) gaya bebas lelaki.*

           *KEKALAHAN 1-5 kepada FELDA United FC dalam aksi terakhir Liga Super diharap tidak menjejaskan persediaan Kedah untuk menghadap final Piala FA, Sabtu ini.*
           *Pengendali skuad Lang Merah, Aidil Sharin Sahak berkata, beberapa kelemahan dipamer anak buahnya boleh diatasi dalam baki enam hari menjelang pertemuan dengan Perak.*

           *PENYERANG Terengganu FC (TFC), Kipre Tchetche mengatakan aksi Liga Super musim ini lebih berkualiti berbanding musim lalu menyebabkan dia sukar bergerak bebas selepas dikawal ketat pertahanan lawan.*
          *Pemain kelahiran Ivory Coast itu menyatakan kegagalan pasukannya menamatkan kedudukan lebih baik berbanding musim lalu menggambarkan saingan sengit dan sukar dilalui skuadnya musim ini.*

           *HANYA mampu mengumpul keseluruhan 14 mata dalam saingan Liga Super musim ini, pasukan Kuala Lumpur menghuni tangga tercorot dan akur turun ke Liga Perdana musim depan.*
            *Jurulatihnya, Rosle Md Derus nyata kecewa dengan keadaan itu namun tetap berusaha mencipta sesuatu dalam perlawanan menentang Perak di Stadium Perak malam tadi.*
             *”Kecewa kerana kami menjangkakan boleh melakukan sesuatu malam ini, namun apakan daya dan mungkin bukan rezeki KL lagi (berada di Liga Super).*


*berita penuh sila ikuti harian metro online*

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2019 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*RAU 24 JUL 2019 ASHI ERSAAAN 21 ZULKEDA# 1440 HIJRH*


*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA*

*IMSAK* : 0541
*SUBUH* : 0551
*SYURUK* : 0711
*ZOHOR* : 1323
*ASAR* : 1645
*MAGHRIB* : 1930
*ISYAK* : 2044


*artikel disiarkan pada tarikh 23julai*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *PASANGAN suami isteri maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal di lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan di Petaling Jaya, hari ini. Dalam kejadian jam 8.30 pagi, Muhammad Hamadi Zakaria dan isterinya, Nur Syuhadah Zaini, masing-masing berusia 31 tahun dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja.*

               2) *HAKIM Mahkamah Sesyen di Kuala Kubu Bharu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang hari ini.
Penahanan hakim terbabit bagi membantu siasatan berhubung dakwaan membebaskan sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang sepatutnya dihantar ke Depot Tahanan Imigresen.*

               3) *REMAJA yang terpotong kepala alat sulitnya ketika berkhatan, berjaya memperoleh pampasan RM150,000 atas kecatatan kekal yang dialaminya. Ia selepas kes saman remaja berusia 17 tahun itu terhadap seorang pembantu perubatan hospital kerajaan berjaya diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.*

               4) *KOPERAL polis wanita yang baru lima bulan melahirkan anak, ditendang di perut oleh guru wanita di Kaunter Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, semalam. Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, ketika kejadian, guru berusia 41 tahun itu hadir ke balai dan mendakwa anaknya dimarahi polis selepas terbabit kemalangan.*

               5) *KERTAS siasatan berkaitan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang didapati melakukan beberapa kesalahan dan ketidakpatuhan menyediakan perkhidmatan utiliti kepada pengguna sedang dilengkapkan. Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berkata, kertas siasatan itu juga sudah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk tindakan lanjut.*

               6) *NAJIS burung merpati dan hama dipercayai antara punca murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Puteri Resort di Pasir Gudang masih mengalami simptom sesak nafas dan muntah. Itu antara hasil diperoleh daripada pemantauan dan lawatan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri Mohd Khuzzan Abu Bakar serta Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri Aminolhuda Hassan ke sekolah itu, hari ini.*

               7) *USAHA pencarian dua anggota tentera yang hilang di Pulau Perak, Kedah sejak Jumaat lalu masih lagi diteruskan. Sumber dalaman Tentera Darat Malaysia (TDM) berkata, setakat ini hasil mencari dan menyelamat (SAR) yang dilakukan masih negatif.*

               8) *ANALISIS penempatan semula kilang berisiko tinggi di Pasir Gudang dijangka siap lima minggu lagi sebelum diserahkan kepada kerajaan Johor. Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berkata, ketika ini kementeriannya sedang giat menyiapkan laporan itu.*

               9) *SELEPAS menangkap seekor harimau di Dungun pada Jumaat lalu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) negeri berjaya menangkap seekor beruang matahari di Kampung FELDA Belara, Kuala Terengganu, hari ini.*

               10) *MARAH kerana tiada makanan di dapur, seorang anak bertindak membakar rumah yang didiami bersama ibu bapanya di Kampung Selamat di Tasek Gelugor, semalam. Dalam kejadian 4 petang itu, perbuatan lelaki berusia 34 tahun berkenaan disedari ibunya yang kemudiannya mengejutkan suaminya yang sedang tidur.*

               11) *GENAP dua bulan selepas polis menggempur pusat panggilan aktiviti perjudian dalam talian antarabangsa di Johor Bahru, sebuah lagi premis menjalankan aktiviti sama diserbu malam tadi. Bagaimanapun, kali ini premis rumah kedai tiga tingkat di Jalan Setia Tropika 1/8, Setia Tropika bukan hanya dijadikan sebagai pusat panggilan aktiviti berpangkalan di China itu tetapi turut dijadikan tempat tinggal operator mereka.*

               12) *MASALAH kewangan antara punca guru lelaki mengedar dadah secara kecil-kecilan di kawasan ladang sawit dekat Selangau dan Mukah, sejak awal tahun lalu. Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan Jimmy Panyau berkata, guru berusia 49 tahun itu antara lima individu yang ditahan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah, kelmarin.*

               13) *CUBAAN sindiket menyeludup masuk 7,000 telur penyu bernilai RM12,600 gagal selepas dikesan Pasukan Polis Marin (PPM) di kawasan Sungai Batu 2, Sandakan, semalam. Kejadian berlaku pada 2.30 pagi ketika bot pam sarat muatan itu memasuki perairan dipercayai dari Filipina.*

               14) *JURUJUAL lelaki diperdaya wanita dikenalinya menerusi Facebook (FB) hingga kerugian lebih RM20,000. Mangsa mahu dikenali sebagai Chris, 37, dari Tanjung Malim mendakwa mengenali wanita menggunakan nama Michelle, 27, berasal dari Sabah menerusi FB sejak pertengahan Januari lalu. Katanya, selepas lima hari berkenalan, wanita itu memberitahu ada masalah kewangan dan meminta bantuan RM500, malah dia menurutinya tanpa curiga apa-apa.*

               15) *TINDAKAN seorang lelaki berusia 40 tahun menyimpan selaras senapang angin membawa padah apabila ditahan polis di rumahnya dekat Bandar Seri Jempol, 2.30 petang semalam. Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, suspek didapati menyimpan senapang angin jenama Tippman X7 Phenom di dalam beg yang diletakkan di sebelah peti sejuk di rumahnya.*

               16) *PENDUDUK di Lavender Heights di Senawang, Seremban, gempar dengan kehadiran seekor tapir berkeliaran di kawasan perumahan itu, hari ini. Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Seremban, Kapten Md Fadir Md Nor berkata, kehadiran tapir itu mula disedari penduduk setempat kira-kira jam 12 tengah hari sebelum membuat panggilan kecemasan menangkap haiwan berkenaan.*

               17) *MANA-MANA individu terbabit melakukan sabotaj sehingga menyebabkan pencemaran minyak di Sungai Selangor boleh dikenakan tindakan di bawah prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), kata Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador. Beliau berkata, polis akan menggunakan apa sahaja undang-undang yang ada untuk menyiasat kes itu dan Ketua Polis Selangor diarahkan untuk turun padang serta mengetuai siasatan kes berkenaan.*

               18) *DUA beradik yang menyerang seorang guru berusia 52 tahun di sebuah sekolah menengah di Bachok, ditahan reman selama empat hari di Mahkamah Majistret Bachok, hari ini. Dua beradik berusia 30 dan 42 tahun direman bermula hari ini sehingga Jumaat selepas perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Azem Fatihi Kamal untuk siasatan lanjut.*

               19) *BEKAS Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Santubong Haziq Abdullah, Pemimpin PKR negeri dan seorang lagi lelaki yang ditahan untuk membantu siasatan berkaitan penghasilan dan penyebaran video lucah hubungan sejenis akan dibebaskan polis petang ini. Ketiga-tiga mereka dibebaskan dengan jaminan polis selepas perintah reman mereka berakhir pada hari ini.*

               20) *PENGERUSI Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melaka hari ini terhadap dua pertuduhan iaitu menceroboh rumah dan mencabul kehormatan jirannya pada 15 Julai lalu. Tertuduh, Ma’on @ Yunos Abu Samah, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.*

               21) *POLIS Perak akan menghantar cadangan kepada Bukit Aman untuk menjadikan Balai Polis Tronoh di Batu Gajah sebagai muzium memandangkan usanya yang sudah menjangkau lebih 100 tahun. Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain berkata, cadangan itu difikirkan sesuai memandangkan balai berkenaan mempunyai ciri lama yang boleh dijadikan sebagai bahan sejarah untuk generasi akan datang.*

               22) *SEORANG bapa tiga anak menangis teresak-esak selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, hari ini atas pertuduhan merompak berkumpulan seorang buruh di Kota Damansara pada 11 Julai lalu. Terdahulu, Supiyan Alias 31, yang berada di dalam kandang tertuduh dilihat tenang, bagaimanapun mula menangis selepas melihat isterinya yang sedang hamil anak keempat dan anaknya masuk ke dalam bilik mahkamah.*

               23) *PROSES pemulihan gangguan bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur akibat pencemaran diesel di Sungai Selangor, mencapai tahap pemulihan keseluruhan 77 peratus, setakat 6 pagi ini. Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi, Pengurusan Air Selangor, Abdul Raof Ahmad berkata, kawasan terjejas di Gombak dan Kuala Selangor kini mencapai tahap pemulihan masing-masing 94 dan 90 peratus.*

               24) *TIDAK berpuas hati akibat dihalau keluar dari kawasan berdekatan pontun di Sungai Selangor dipercayai menjadi punca sekumpulan pemancing menumpahkan sisa minyak diesel dengan sengaja mengakibatkan empat Loji Rawatan Air (LRA) dihenti tugas. Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, pihaknya menerima laporan daripada syarikat di bawah Kumpulan Semesta Sdn Bhd yang juga pengendali pontun terbabit jam 10.30 malam kelmarin.*

               25) *KAWASAN anjung selera Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) di Pantai Telok Gong, Kuala Sungai Baru, dekat sini, diancam risiko roboh akibat runtuhan lantai berhampiran tembok penahan ombak, Khamis lalu. Empat unit kedai di anjung berkenaan dibimbangi mengalami nasib sama jika dilanda ombak besar yang menyebabkan hakisan pada kaki tembok penahan ombak bangunan itu.*

               26) *GAGAL ‘memotong’ sebuah kereta dipercayai menjadi punca seorang pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Jalil di sini, maut sejurus motosikal ditunggangnya bertembung kereta. Dalam kejadian jam 5.40 petang kelmarin, mangsa, Mohd Faris Abdul Rahman, 17, maut serta merta di lokasi kejadian berhampiran Kilometer (KM) 59, Jalan Yong Peng-Kluang di sini.*

               27) *LICIK mencuri air dengan membuat sambungan pintas tanpa melalui meter. Itu taktik premis membancuh simen di Kampung Jimah Baru, Bandar Baru Sendayan di sini. Ia dikesan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebelum serbuan dijalankan bersama Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), semalam.*

               28) *PEMANDU ‘e-hailing’ tidak sempat menikmati hasil samun kedai serbaneka 24 jam apabila gagal meloloskan diri dalam kejadian di Salak Selatan Baru, Kuala Lumpur, semalam. Suspek berusia 21 tahun itu, ditahan sebaik keluar dari premis terbabit oleh anggota polis yang sedang membuat rondaan di kawasan berkenaan.*

               29) *TIGA lelaki termasuk remaja berusia 17 tahun yang disyaki terbabit samun bersenjata di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Jalan Changkat Jong, Teluk Intan ditahan polis Jumaat lalu. Mereka yang berusia antara 17 hingga 21 tahun ditahan di Kampung Batu 38 dan Taman Bernam Jaya, Sabak Bernam, Selangor pada 7.45 malam.*

               30) *LELAKI maut dalam keadaan tragis apabila digilis treler hingga menyebabkan tubuhnya hancur di Jalan Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berdekatan bulatan Billion menghala ke Jalan Kuari, Cheras, hari ini. Dalam kejadian 3.32 petang itu, mangsa berusia 61 tahun yang menunggang motosikal maut di lokasi kejadian.*

               31) *SEORANG saksi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa ahli perniagaan, Low Taek Jho (Jho Low) adalah antara individu yang dihubungi oleh AmBank bagi menyelesaikan masalah membabitkan isu pengeluaran wang melebihi dana daripada akaun milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Pengurus Perhubungan Ambank, Joaana Yu Ging Ping, berkata walaupun Jho Low tidak diberikan mandat bagi akaun itu, tetapi lelaki yang menjadi buruan negara itu membantu pembukaan akaun Najib.*

                32) *MINI Cooper menjadi antara 87 kenderaan yang disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri untuk lelongan kepada orang ramai di JPJ Bukit Katil, Melaka, 15 Ogos ini. Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka, Muhammad Firdaus Shariff berkata, proses lelongan itu akan bermula 9.30 pagi membabitkan 84 kereta, dua van dan sebuah lori.*

                33) *TAMAN Teknologi Malaysia (TPM) memohon maaf atas kesilapan berhubung aduan motosikal Polis Bantuan TPM dan payung yang diletakkan di parkir orang kurang upaya (OKU) sehingga tular di media sosial.Jabatan Komunikasi Korporatnya dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sudah mengambil tindakan bagi memastikan perkara ini tidak berulang.*

                34) *JABATAN Pengangkutan Jalan(JPJ) Kedah mencatatkan kutipan bidaan siri KET berjumlah RM862,881 membabitkan 341 pembida menerusi sistem JPJeBid. Pengarah JPJ Kedah Ismasuhaimi Sharif berkata, nombor pendaftaran KET 9 mencatatkan bidaan tertinggi bernilai RM50,000, diikuti KET 3(RM49,888) dan KET 8(RM42,000).*

                35) *TUJUH pelajar lelaki berusia 13 hingga 16 tahun direman tujuh hari bermula hari ini atas tuduhan merogol seorang pelajar perempuan yang juga rakan mereka antara Oktober 2018 hingga Mac lalu. Perintah tahanan reman sehingga 29 Julai terhadap semua pelajar dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Mohd Anuar Ostadi di Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh, hari ini.*

                36) *AWANG Besul, harimau belang yang ditemui berkeliaran di sekitar Kampung Besul Lama, Bukit Besi, Dungun, Terengganu 19 Julai lalu disahkan mati hari ini ketika berada dalam rawatan dan kuarantin di Pusat Menyelamat Hidupan Liar (NWRC) di Sungkai, Perak. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) dalam kenyataan hari ini berkata, harimau berkenaan disahkan mati 5.30 pagi tadi oleh doktor veterinar yang merawatnya.*

                37) *“ANAK saya seorang yang kuat dan berani. Selepas empat hari hilang, saya hanya mahu dia ditemui dan tidak kisah dalam apa juga keadaan,” kata Edmund Rapi Idal, 71, bapa kepada anggota tentera, Koperal David, 39, yang dilaporkan hilang ketika menjalankan tugas operasi di Pulau Perak, Kedah sejak Jumaat lalu.*

                38) *MAJLIS Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu sudah mengenal pasti lelaki dikenali Tok Ki yang didakwa membawa ajaran sesat dengan mengamalkan zikir yang menyimpang daripada ajaran Islam. Yang Dipertua MAIDAM, Datuk Osman Muda berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan lelaki itu yang berasal dari negeri ini dan laporan sudah dihantar ke Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) untuk tindakan dan siasatan lanjut.*

                39) *DAGING lembu salai seberat 20 kilogram dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Ahad lalu. Menerusi kenyataan MAQIS, daging yang dibawa penumpang pesawat itu dirampas kerana tidak mempunyai sebarang dokumen sah seperti permit import daripada jabatan itu, sijil kesihatan dan sijil halal dari negara asal.*

                40) *ORANG ramai yang berhasrat menunaikan fardu haji disaran mengikut prosedur permohonan visa haji melalui saluran yang betul, kata Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi kenyataan di Makkah, hari ini. Kenyataan itu memberitahu permohonan mengerjakan haji warganegara Malaysia menetap di Malaysia tertakluk kepada giliran haji bakal jemaah mengikut tahun pendaftaran haji dan permohonan, kelulusan serta pengeluaran visa haji perlu diperoleh melalui Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur.*

            
*SEJAGAT*
==========


           *MINNESOTA: Seorang budak lelaki berusia dua tahun yang disangka hilang rupanya memandu traktor mainannya sejauh 200 meter ke pesta ria berhampiran kediamannya.*
              *Ibu bapaKenneth Allen melaporkannya hilang, malah ibunya, Lynn mengakui dia menyangka ada orang mengambil anaknya itu, lapor Mail Online.*
           *Dia akhirnya dikesan polis Rush City di pesta ria berhampiran selepas memandu permainan traktor bermotor di atas kaki lima dengan kelajuan 1.6 kilometer sejam. Malah, dia ditemui di sebelah permainan kegemarannya di pesta itu.*

           *SEOUL: Korea Selatan memaklumkan mereka melepaskan tembakan amaran ke arah jet pejuang tentera Russia selepas ia menceroboh ruang udaranya.*
            *AFP melaporkan, jet pejuang itu menceroboh ruang udara sebanyak dua kali menyebabkan negara terbabit terpaksa melepaskan tembakan amaran.*
             *Ia adalah kali pertama Rusia melakukan tindakan itu dan tentera Korea Selatan kini melakukan siasatan.*

          *SYDNEY: Seorang lelaki terjerat diri sendiri apabila van dengan muatan 270 kilogram methamphetamine yang dipandunya terbabas melanggar sebuah kereta peronda polis dalam kejadian di Sydney, Australia.*
           *Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan lelaki berusia 28 tahun terbabit cuba melarikan diri selepas terlanggar kereta berkenaan yang diletakkan di luar balai polis di utara bandar itu pagi semalam namun berjaya ditahan polis kira-kira sejam kemudian, lapor Reuters.*
        *Menurut polis, hasil pemeriksaan mendapati van terbabit membawa lebih 200 kg dadah yang disimpan dalam kotak dan ditampal pelekat.*

          *MAARET AL-NUMAN (SYRIA): Seramai 50 orang awam terbunuh dalam serangan udara dilancarkan tentera rejim dan Russia di sebuah pasar di barat laut Syria semalam, kata pemerhati perang.*
           *Pemerhati berkenaan berkata, pesawat Russia melancarkan serangan di Maaret al-Numan, wilayah Idlib itu namun Moscow menafikan mereka bertanggungjawab.*
          *Menurutnya, serangan itu turut menyebabkan lebih 100 orang lagi cedera yang kebanyakannya kritikal selain terdapat mangsa terperangkap di bawah runtuhan.*

            *NEW DELHI: India menafikan dakwaan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kononnya Perdana Menteri, Narendra Modi meminta bantuannya untuk menjadi pengantara dalam isu konflik dengan Pakistan.*
            *AFP melaporkan, Trump membuat dakwaan itu semalam di Pejabat Oval ketika menerima kunjungan Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan dan menurutnya, Modi meminta bantuannya dalam satu mesyuarat dua minggu lalu.*
           *Jurucakap Kementerian Luar India, Raveesh Kumar menegaskan, tiada sebarang permintaan yang dibuat oleh Perdana Menteri kepada Trump.*

           *ABUJA: Sekurang-kurangnya lapan maut termasuk dua wartawan yang ditembak mati dalam pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan kumpulan Syiah di Abuja pagi semalam.*
             *AFP melaporkan, seorang anggota polis turut terbunuh dalam pertempuran itu yang tercetus selepas beratus penunjuk perasan Gerakan Islam Nigeria (IMN) berarak menuntut pembebasan ulama, Ibrahim Zakzaky yang ditahan sejak Disember 2015 atas beberapa tuduhan termasuk keganasan.*
           *Polis melepaskan tembakan bersama gas pemedih mata sementara penunjuk perasaan melempar bom petrol ke arah mereka.*

           *LONDON: Bagi memahami krisis di Teluk sekarang, kita perlu memahami pentingnya Selat Hormuz sehinggakan Amerika Syarikat dan Britain menghantar kapal perang ke rantau itu dan bersama Iran, bagaikan berlumba-lumba mencari alasan untuk menahan kapal tangki di laluan sempit itu.*
            *Selat Hormuz adalah laluan perkapalan paling sibuk di dunia dan setiap hari, sehingga 100 kapal tangki melaluinya, membawa hampir 20 juta tong minyak ke seluruh dunia.*

           *AMSTERDAM: Mahkamah Agung Belanda mengekalkan keputusan pasukan tentera negara itu bertanggungjawab dalam kejadian 350 lelaki Islam dibunuh tentera Serbia ketika tragedi pembunuhan beramai-ramai Srebrenica pada 1995.*
          *Sabtu lalu, mahkamah tertinggi Belanda menyatakan tentera Belanda dalam pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melakukan kesalahan kerana mengeluarkan kumpulan lelaki terbabit dari pangkalan tentera di Srebrenica pada 13 Julai 1995 walaupun tahu mereka berkemungkinan besar akan dibunuh tentera Serbia.*

           *MUMBAI: Kira-kira 60 orang berjaya diselamatkan dari sebuah bangunan kerajaan setinggi sembilan tingkat yang terbakar di Mumbai, India semalam.*
            *“Operasi menyelamat hampir selesai. Kami mencari di setiap tingkat bangunan untuk memastikan tiada mangsa lain,” kata jurucakap bomba.*
           *Kata jurucakap itu lagi, tiada mangsa yang maut dalam kejadian berkenaan.*

          *YALA: Empat renjer Thailand cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka terkena sebutir bom yang ditanam di dalam jalan di daerah ini hari ini.*
          *Media Informasi News melaporkan, kejadian berlaku ketika kenderaan pikap yang dinaiki askar berkenaan melalui jalan di Muqim Benang Star, daerah Benang Star di wilayah Yala.*
         *Menurut laporan itu, ketika melalui kawasan berkenaan, sebutir bom yang ditanam di bawah jalan itu meletup menyebabkan kenderaan yang dinaiki semua renjer berkenaan terpelanting.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


           *YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Hajah Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar menimang seorang cucu lelaki, hari ini.*
          *Puteri baginda, Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah selamat melahirkan puteranya pagi tadi.*
          *Khabar gembira itu dikongsikan Tunku Azizah menerusi hantaran foto putera itu di Twitter rasmi milik baginda.*
          *”Welcome to the world (Selamat datang ke dunia)...my grandson no 3 (cucu lelaki beta nombor tiga)... Iman selamat melahirkan anak lelaki pagi tadi… Alhamdulillah,” tulis Tunku Azizah di Twitter.*

            *PENULARAN video intim yang dikaitkan dengan seorang menteri bukan soal moral, sebaliknya adalah masalah politik, kata Tun Dr Mahathir Mohamad yang menegaskan beliau tidak sanggup diperalatkan dalam isu berkenaan.*
           *Perdana Menteri menerusi entri terbaharu dalam blog peribadi beliau chedet. cc berkata, video berkenaan dibuat dan ditularkan jelas untuk tujuan politik khusus untuk menghalang kejayaan politik individu tertentu.*
         *”Ini bukan soal moral. Ini adalah masalah politik. Ia akan ditangani sebagai isu politik,” tegas Dr Mahathir.*

           *WARGANET gempar apabila video berdurasi 30 saat memaparkan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dipercayai meminum arak, tular di media sosial.*
          *Dalam video itu, kanak-kanak lelaki memakai baju merah dilihat meneguk satu tin arak sambil aksinya dirakam seorang dewasa berkemungkinan ahli keluarganya.*
           *Kejadian dipercayai berlaku di Iskandar Puteri, Johor Bahru, semalam.*

           *SEORANG guru wanita diacukan pistol sebelum disamun dua lelaki menyebabkan kerugian RM300 kejadian di Jalan Kota Bharu-Pasir Mas, berhampiran Kampung Salor, Kota Bharu, pagi tadi.*
             *Kejadian jam 6.40 pagi, guru wanita berusia 39 tahun memandu kereta bersendirian dalam perjalanan dari rumahnya di Selising untuk mengajar di sebuah sekolah khas di Lati, Pasir Mas.*
            *Video guru wanita itu menaiki Perodua Viva yang masih trauma disamun mula tular sejak pagi ini.*

           *“KECAMAN yang datang hanya daripada warganet (netizen) saja walhal dari kawan-kawan dan keluarga, semua dapat sokongan dan pujian.*
           *”Malah, pihak universiti pun berkongsi swafoto itu di IG (Instagram) rasmi mereka,” kata pelajar Malaysia, Mohd Ashraaf Iqmal Mohd Radzi, susulan tindakannya berswafoto dengan Canselornya pada sesi konvokesyen menarik perhatian warganet sejak dua hari lalu.*
             *Menerusi laman sosial Twitter dan IG menggunakan nama Acap Iqmal, dia berkongsi beberapa keping foto swafoto selepas menerima skrol pada majlis konvokesyen University of Essex, United Kingdom, pada 15 Julai lalu.*

           *JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) hari ini membuat laporan polis berkaitan isu penularan gambar sekupulan warga asing di JPN Putrajaya, kononnya bagi mendapatkan status warganegara.*
          *Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPN Jasri Kasim berkata, laporan dibuat untuk siasatan lanjut kerana penularan gambar itu boleh menggugat ketenteraman awam dan merosakkan keharmonian negara.*
          *Katanya, JPN memandang serius isu berkenaan kerana dengan penularan gambar terbabit ia secara tidak langsung menyebabkan kekeliruan kepada orang awam.*

           *SEORANG wanita warga emas berdepan detik cemas apabila mata dililit, manakala tangannya diikat dengan pita pelekat sebelum dilarikan empat individu menaiki kereta, semalam.*
          *Kejadian dipercayai berlaku jam 10.45 pagi di hentian bas hadapan Klinik Kesihatan Rawang di sini.*
         *Difahamkan, mangsa berusia 66 tahun dipelawa seorang wanita dan seorang lelaki untuk menumpangkannya pulang ke rumah di Taman Tun Teja.*
          *Terdahulu, tular video di media sosial, semalam menunjukkan orang ramai membantu membuka pita pelekat pada mata dan tangan wanita warga emas terbabit.*

           *“IMAN melukis ‘luka’ itu dua minggu lalu dengan cuba melukisnya di tangan adiknya. Apabila tunjuk pada ibunya, ibunya takut sebab ingatkan anaknya jatuh dan mengalami cedera yang teruk.*
           *”Selepas diteliti, rupa-rupanya luka itu dilukis Iman,” dedah ibu saudara kepada Nurul Iman Syuhada Noryzal, kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang menjual bakat dengan melukis ‘luka’ untuk rakannya di Shah Alam.*
          *Ibu saudara Iman, Nur Atifah Abdul Razak, 21, ketika dihubungi Harian Metro, berkata anak saudaranya itu mula menunjukkan minat selepas menonton video lima minit cara melukis luka di FB (Facebook).*

          *PELAJAR perempuan tingkatan empat mahu mengharumkan nama negara dengan memenuhi matlamat menjadi belia termuda Asia Tenggara mendaki Gunung Elbrus di Rusia.*
              *Gunung itu adalah puncak tertinggi di benua Eropah.*
          *Sara Sofea Muhammad Illaham, 16, pelajar Sekolah Menengah Sains (SMS) Kuala Selangor terpilih menyertai ekspedisi kelolaan Kelab Jelajah Alpine Malaysia dengan kerjasama Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan yang dijadual bermula pada 9 Ogos.*

           *BEIJING: Seorang budak lelaki berusia 13 tahun tular di media sosial Weibo selepas cuba menerbangkan dua kapal terbang persendirian di Zhejiang, China tanpa kebenaran.*
          *Kakitangan yang baru sampai di hanggar pada 15 Julai lalu, berasa terkejut selepas mendapati kedua-dua pesawat berada di luar dan satu darinya melanggar penghadang.*
            *Asia One melaporkan, video rakaman CCTV di kawasan itu menunjukkan seorang budak lelaki memecah masuk kawasan persendirian itu dan cuba mengendalikan dua kapal terbang pada awal pagi.*


*berita penuh sila ikuti harian metro online*

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2019 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*KHMIS 25 JUL 2019 ASHI ERSAAAN 22 ZULKEDA# 1440 HIJRH*


*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA*

*IMSAK* : 0541
*SUBUH* : 0551
*SYURUK* : 0711
*ZOHOR* : 1323
*ASAR* : 1645
*MAGHRIB* : 1930
*ISYAK* : 2044


*artikel disiarkan pada tarikh 24julai*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *SELEPAS 41 hari, Mahkamah Koroner Shah Alam, hari ini, menutup prosiding inkues bagi menentukan punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang terkorban dalam insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, tahun lalu. Koroner Rofiah Mohamad dalam keputusannya berkata, beliau berpuas hati dengan keterangan semua saksi inkues yang dipanggil memberi keterangan dan tidak akan memanggil mana-mana saksi lain.*

               2) *BUKAN hanya menjual barangan runcit, malah puluhan kedai milik warga China yang tumbuh rakus di ibu kota menjadi pusat mengedarkan ubat-ubatan haram dari China. Aktiviti itu dibuktikan susulan tindakan pihak berkuasa menggempur pasar mini dan kedai runcit milik warga asing ini melalui operasi Op Sifu diadakan besar-besaran semalam.*

               3) *SUASANA hiba dan sebak menyelubungi pekarangan Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), semalam dengan kehadiran lebih 50 kenalan kepada Muhammad Hamadi Zakaria, 31, dan Nur Syuhadah Zaini, 31. Terdahulu, pasangan suami isteri itu meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal di lorong motosikal Lebuhraya Persekutuan, jam 8.30 pagi.*

               4) *SAYU dan sebak. Itu yang dizahirkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika mencemar duli menziarahi keluarga mangsa kebakaran di Sungai Isap 2 di Kuantan, hari ini. Baginda yang berangkat bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyifatkan kejadian itu sebagai malang dan menyedihkan. “Ia satu kejadian amat malang pada hemat saya kerana tiga mangsa terkorban...saya hendak cakap pun sedih, pilu.*

               5) *TERPEDAYA dengan tawaran dijanjikan projek daripada kerajaan membina paip pembetungan di Gombak menyebabkan seorang lelaki kerugian lebih RM1.3 juta selepas ditipu kenalannya. Menurut sumber, mangsa bergelar Datuk berusia 60-an pada mulanya ditawarkan seorang lelaki kononnya mengenali rakan bekerja di pejabat Perdana Menteri untuk memiliki kontrak projek itu sekitar Julai tahun lalu.*

               6) *PADAH mencuri getah sekerap di kebun milik sepupu, seorang lelaki berusia 26 tahun hampir putus telinga kiri dan patah rahang selepas ditangkap penduduk kampung di Kampung Changgal, Bukit Yong Pasir Puteh, petang semalam. Dalam kejadian jam 5.30 petang, polis turut merampas seguni getah sekerap seberat 15 kilogram bernilai RM50.*

               7) *MAHKAMAH Koroner di Shah Alam, hari ini menetapkan 9 Ogos nanti sebagai tarikh untuk menyelesaikan dua isu berhubung permohonan perintah komital (hina mahkamah) difailkan bapa anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim kepada Peguam Negara Tommy Thomas. Koroner Rofiah Mohamad menetapkan tarikh itu dalam prosiding pengurusan kes permohonan komital itu.*

               8) *“ARWAH anak menjadi manja dan rapat dengan saya,” kata Roswaman Mahmood, 33, bapa kepada kanak-kanak perempuan tiga tahun yang maut dalam kemalangan di Kilometer 71.5, Jalan Kota Bharu-Gua Musang, malam tadi. Dalam kejadian jam 10.30 malam, anak bongsu daripada tiga beradik, Ramadhiyani Al Hani Roswaman, 3, meninggal dunia di Hospital Kuala Krai (HKK) akibat parah di dada. Seorang lagi penumpang, Siti Syafwani Shafei, 27, yang parah di kepala maut dalam perjalanan ke HKK.*

               9) *PANIK kerana bakal ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah, seorang pengurus syarikat di Klang kerugian kira-kira RM100,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam, kelmarin. Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, lelaki berusia 45 tahun itu pada mulanya menerima panggilan yang mendakwa dirinya mempunyai tunggakan cukai syarikat sehingga kes berkenaan dibawa ke mahkamah.*

               10) *MENTERI Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyifatkan kejayaan Dewan Undangan Negeri (DUN) meluluskan usul mengkehendaki semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak mengisytiharkan harta mereka dan ahli keluarga terdekat dalam akuan berkanun sebagai langkah menegakkan prinsip akauntabiliti. Ahmad Faizal berkata, usul yang diluluskan semalam adalah satu lagi pencapaian kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam memperjuang konsep ketelusan dan akauntabiliti.*

               11) *TIGA kaki sabung ayam termasuk seorang warga emas yang leka melihat ayam mereka beraksi ditahan dalam serbuan polis di ladang kelapa sawit di Jalan Makasing, Mendamit di Limbang, petang semalam. Ketika serbuan pada 4.05 petang itu, ketiga-tiga suspek berusia antara 39 hingga 75 tahun sekadar tercengang selepas melihat kehadiran anggota polis.*

               12) *PERINTAH berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir esok akan dilanjutkan sehingga 9 Ogos ini. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata, perintah berkurung dari 6 petang hingga 6 pagi itu meliputi kawasan perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.*

               13) *LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menganjurkan tiga promosi makan durian Musang King melalui Festival Malaysia di peringkat antarabangsa sepanjang tahun ini. Program pertama yang bermula esok di Singapura berlangsung selama empat hari, diikuti Austalia pada September dan Jepun, November ini.*

               14) *EMPAT rumah papan berhampiran Sekolah Tinggi Setapak, Kuala Lumpur, hangus dalam kebakaran, hari ini. Dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, semua penghuni rumah berkenaan sempat menyelamatkan diri.*

               15) *TUN Dr Mahathir Mohamad yang dianggap Asia Barat sebagai pemimpin negara Islam moden dijangka diberi sambutan negara apabila memulakan lawatan rasmi empat hari ke Turki, bermula esok. Perdana Menteri akan disambut oleh rakan sejawat, Presiden Recep Tayyip Erdogan apabila tiba di perkarangan Kompleks Istana Presiden, petang esok.*

               16) *ROBOT humanoid sosial diberi nama Sophia yang dihasilkan syarikat Hanson Robotics berpangkalan di Hong Kong mengadakan lawatan rasminya ke Forest City, di sini, semalam. Lawatan itu seiring dengan pencapaian Sistem Inovatif Pintar dibangunkan Country Garden Pacificview (CGPV) Sdn Bhd di Forest City, sekali gus mendapat pengiktirafan apabila merangkul Anugerah Bandar Pintar Asia Pasifik (SCAPA) Perbadanan Data Antarabangsa (IDC) kelima, dekat sini.*

               17) *KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya sendiri hadir mendengar pertuduhan terhadap enam kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Wilayah Utara di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di Butterworth, hari ini. Beliau tiba kira-kira 9 pagi bersama Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki dan Pengarah SPRM negeri Datuk Wan Ramli Wan Abdullah.*

               18) *TALI gantung menanti dua sahabat apabila mereka ditahan atas kesalahan memiliki dadah jenis syabu dan heroin di sebuah hotel di sini, kelmarin. Lelaki berusia 25 dan 23 tahun itu ditahan dalam sebuah bilik di hotel berkenaan hasil serbuan dilakukan jam 1 pagi. Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, serbuan dilakukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis susulan laporan mengenai aktiviti mencurigakan di bilik berkenaan.*

               19) *BUKAN sengaja melengahkan pendaftaran kelahiran anak bongsu mereka namun kesempitan hidup memaksa suami isteri dari Kampung Lat Seribu, Simpang Empat bertindak sedemikian. Mohd FezulSaad dan isterinya Nur Atiqah Mohd Othman masing-masing berusia 31 tahun terpaksa mendahulukan wang untuk urusan lebih penting berbanding urusan lain atas faktor kekangan kewangan.*

               20) *TINDAKAN lelaki melarikan diri selepas melihat kehadiran anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Manjung gagal apabila ditahan pasukan itu di kawasan perumahan di Jalan Lepeh, Ayer Tawar, Manjung semalam. Dalam operasi 1.30 tengah hari itu, polis bukan saja menemui dadah malah turut membongkar kegiatan lelaki itu yang aktif memecah kedai di sekitar pekan Sitiawan.*

               21) *KEMENTERIAN Pertahanan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti jika ada kelengkapan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berkemungkinan hilang susulan kehilangan dua anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) di Pulau Perak, Kedah, Jumaat lalu. Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, buat masa ini kehilangan peralatan atau kelengkapan itu belum dapat dipastikan dan siasatan dijalankan secara menyeluruh dari semua aspek.*

               22) *JABATAN Mufti Negeri Perak menegaskan daging hasil penyembelihan dalam ibadat korban di negeri itu tidak harus diberikan kepada orang bukan Islam. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, ia kerana ibadat korban adalah perkara ‘ta’abbudiy’ (hal ehwal ibadat) yang dihukumkan sebagai sunat muakkadah (sunat yang sangat dituntut).*

               23) *TEMPAH ganja menerusi laman sosial Facebook sebelum dihantar menggunakan perkhidmatan pos. Itu pendedahan pengedar dadah yang ditahan polis Ahad lalu. Lelaki berusia 21 tahun itu ditahan di hadapan sebuah kedai di Jalan Bundusan, Penampang pada 11 pagi.*

               24) *LELAKI dipercayai berada dalam pengaruh dadah memukul remaja lelaki yang dikatakan membuat bising di Kampung Sungai Renek, Jerteh semalam. Bukan itu saja, lelaki berusia 20-an itu turut bertindak mengejar bapa remaja itu sambil membawa parang dalam kejadian 5 petang.*

               25) *BEKAS Pengurus Perhubungan Ambank, Joaana Yu Ging Ping memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, beliau diminta meninggalkan bank itu pada 2015 selepas tertekan akibat serbuan Bank Negara Malaysia (BNM). Yu mengakui beliau tertekan kerana terbabit secara langsung dengan akaun bank milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.*

               26) *SERAMAI 173 Orang Asli suku Batek yang dikuarantin di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Etnobotani akibat demam campak dibenarkan pulang hari ini. Mereka dikuarantin 36 hari sejak 18 Jun lalu, kini kembali ke kediaman masing-masing di Kuala Koh selepas kesihatan mereka bebas daripada sebarang wabak penyakit.*

               27) *SEBANYAK 2,644 beg guni baja urea dan baja sebatian bersubsidi bernilai RM145,745 dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) semalam. Ia hasil serbuan berasingan di Sanglang dan Kampung Kuala Kerpan, Air Hitam, Bukit Kayu Hitam.*

               28) *SUAMI isteri warga Thailand bersama enam anak yang berada secara haram lebih 20 tahun di Terengganu ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu dalam serbuan di Kampung Matang, Kuala Berang, semalam. Lelaki berusia 48 tahun dan isterinya berusia 39 tahun serta enam anak berusia antara empat hingga 22 tahun ditahan di rumah sewa mereka dalam serbuan kira-kira 7.30 malam.*

               29) *PADAH menjual barang tiruan menggunakan jenama terkenal, dua lelaki warga Bangladesh ditahan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur dalam Ops Barang Tiruan di sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang semalam. Kedua-duanya yang berusia 20-an didapati bekerja dengan warga tempatan dan ditahan mengikut Seksyen 8(2) Akta Perihal Dagangan 2011 dan direman empat hari bermula hari ini hingga Jumaat.*

               30) *PROSES pemulihan bekalan air di kawasan terjejas susulan henti tugas di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan LRA Rantau Panjang akibat pencemaran diesel kini sudah mencapai 88 peratus. Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Abdul Raof Ahmad berkata, sehingga jam 6 petang tadi, peratus pemulihan bekalan air itu berdasarkan jumlah akaun berdaftar dengan merujuk kepada pemantauan di lapangan dan bacaan tekanan di sistem agihan di kawasan terjejas.*

               31) *PENAHANAN Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan kes penyebaran video intim mirip seorang menteri baru-baru ini, adalah mengikut undang-undang dan tidak perlu dipersoalkan. Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, penahanan itu dibuat oleh pasukan penyiasat dan mereka akan memanggil atau menahan individu berkaitan untuk menjalankan siasatan.*

                32) *JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) memindahkan seekor gajah jantan liar di Kampung Batu Melintang, dekat Jeli ke Taman Negara Terengganu, hari ini. Operasi pemindahan bermula 8.30 pagi hingga 1.15 tengah hari dengan menggunakan dua gajah denak iaitu Abot dan Rambai.*

                33) *PENGETUA sebuah madrasah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh Melaka, hari ini, atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar lelaki berusia 15 tahun sejak tahun lalu. Tertuduh, Muhammad Firdaous Abdul Rashif, 36, yang juga warga Singapura mengaku tidak bersalah sebaik kesemua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.*

                34) *SATU keluarga di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat berdepan detik cemas selepas kediaman mereka diceroboh enam penjenayah bertopeng dan bersenjatakan parang, malam tadi. Dalam kejadian 11.40 malam itu, mangsa berusia 37 tahun bersama isteri, anak serta saudara mara yang semuanya seramai lapan orang sedang berehat di ruang tamu kediaman dua tingkat berkenaan.*

                35) *BEKAS Pengarah Yayasan Bakti Negara Terengganu (YBNT) yang sebelum ini didakwa dengan 76 tuduhan menipu dalam urusan pakej umrah, didakwa lagi di Mahkamah Majistret Ampang, hari ini atas satu pertuduhan sama iaitu dengan menipu seorang jurutera.
Bagaimanapun, Mohd Adam Mohd Ghazali, 31, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Haslinda A Raof.*

                36) *GUNA alasan mengejutkan sepupu bangun tidur, sebaliknya mahu memecah masuk rumah. Itu taktik digunakan seorang lelaki yang dikesan memecah masuk dan mencuri barang dalam sebuah rumah di pangsapuri di Juru, Bukit Mertajam, kelmarin. Dalam kejadian 9.45 pagi itu, lelaki berusia 23 tahun berkenaan memecah masuk rumah wanita berusia 28 tahun yang juga pelatih di sebuah kilang, namun disedari jiran wanita itu.*

                37) *“ITU kan kerja polis nak tangkap siapa.....itu kerja polislah.. kalau salah tangkaplah... tak salah nak tangkap buat apa,” kata Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang mahu Ketua Polis Negara menahan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk soal siasat mengenai penyebaran video seks sejenis baru-baru ini.*

                38) *KAKITANGAN Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) mengesahkan melihat beberapa individu menumpahkan minyak diesel di Sungai Selangor. Dia yang enggan dikenali berkata, kejadian itu berlaku antara 5.30 hingga 6 petang Ahad lalu ketika dia sedang meninjau keadaan di kawasan itu.*

                39) *KELAHIRAN seorang bayi membongkar perbuatan jijik seorang remaja terhadap wanita orang kurang upaya (OKU) di Kampung Jenan, Serian. Susulan itu, ibu mangsa membuat laporan polis, semalam, selepas anaknya berusia 24 tahun yang juga mempunyai masalah pembelajaran selamat melahirkan bayi lelaki di Hospital Umum Sarawak (HUS), Khamis lalu.*

                40) *WANITA warga asing yang dipercayai `keldai dadah’ ditahan bersama syabu bernilai RM275,000 di sebuah rumah di Bandar Sierra, Manggatal di Kota Kinabalu, semalam. Dalam serbuan 12 tengah malam itu, wanita beruia 32 tahun berasal dari Filipina itu ditemui berada seorang diri dan dipercayai sedang menunggu pembeli dadah berkenaan.*

            
*SEJAGAT*
==========


           *IOWA: Seorang lelaki berusia 25 tahun ditemui tersepit kira-kira 45.72 sentimeter antara penyejuk beku dan dinding selepas dilaporkan hilang tanpa berita selama 10 tahun.*
         *Daily Mail melaporkan, Larry Ely Murillo-Moncada yang juga pekerja di Supermarket No Frills di Council Bluffs, Iowa dilaporkan keluar dari rumahnya pada 28 November 2009 selepas bertelagah dengan ahli keluarganya dan tidak pulang keesokan harinya.*
         *Selama satu dekad, polis tidak menemui sebarang petunjuk akan kehilangan Murillo-Moncada dalam kes orang hilang sehingga satu mayat yang sudah terhurai ditemui pada Januari lalu.*

           *BEIJING: Seorang lelaki maut ketika membuat sesi siaran langsung di internet selepas membuat aksi berani dengan menelan lipan berbisa dan cicak gecko secara hidup-hidup semata-mata untuk menarik minat penonton.*
          *Lelaki berusia 35 tahun dikenali sebagai Sun itu ditemui mati di rumahnya di Hefei, wilayah Aunhui oleh teman wanitanya pada Sabtu lalu, lapor media tempatan.*
          *Daily Mail melaporkan, dua hari kejadian, mangsa yang membuat siaran langsung di platform DouYu meminum alkohol dalam kuantiti yang banyak dan menelan lipan, cicak gecko dan ulat.*

          *YOGYAKARTA: Sepasang suami isteri dari Australia berkongsi detik cemas mereka yang nyaris ‘ditelan’ lubang benam ketika memandu di bandar Yogyakarta, Indonesia baru-baru ini bersama bayi berusia 18 bulan.*
          *Daily Mail melaporkan, rakaman itu menunjukkan kenderaan Land Rover Defender mereka terjatuh ke dalam lubang benam terbabit.*
         *Namun, keluarga itu bernasib baik kerana sempat mencapai bayi mereka di tempat duduk penumpang dan segera keluar dari kenderaan terbabit.*

          *PATTANI: Empat maut dalam serangan membabitkan sebuah pos luar tentera di selatan Thailand yang bergolak, kata pihak berkuasa hari ini.*
           *AFP melaporkan, kejadian itu dipercayai tercetus selepas seorang suspek pemisah Islam dibiarkan kritikal selepas beberapa jam ditahan dalam unit siasatan tentera.*
            *Jurucakap memberitahu, serangan dilakukan di pos terpencil di wilayah Pattani apabila mereka dilempar bom selain melepaskan tembakan senjata automatik hampir sejam.*

          *BHUBANESWAR (INDIA): Empat pekerja dikhuatiri mati manakala sembilan lagi cedera dalam kejadian tanah runtuh di lombong batu arang milik Coal India Ltd di timur negeri Odisha, kata jurucakap syarikat itu hari ini.*
             *Reuters yang memetik jurucakapnya, Dikken Mehra berkata, lombong terbabit yang mempunyai kapasiti 20,000 tan sehari ditutup susulan kejadian itu semalam.*
              *”Ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu untuk meneruskan semula operasi,” katanya.*

           *OHIO (AMERIKA SYARIKAT): Seorang bekas hakim yang dipenjara enam bulan kerana menggunakan kedudukannya untuk membantu adik lelakinya terpaksa diheret keluar dari kamar mahkamah selepas terlalu terkejut dengan hukuman terhadapnya itu.*
        *Rakaman video mengejutkan dari dalam kamar mahkamah menunjukkan Tracie Hunter berdiri untuk menyerahkan diri kepada pegawai selepas dijatuhkan hukuman, tetapi tiba-tiba seperti kaku menyebabkan terpaksa diheret keluar.*
        *Pada masa sama, jeritan kemudian didengar sebelum seorang wanita berlari ke arah meja pembelaan untuk menghalang Tracie digari. Wanita itu turut digari dan dibawa dari mahkamah.*

            *VIENNA: Seorang doktor di Austria utara dihadapkan ke mahkamah selepas didakwa melakukan penderaan sekurang-kurangnya ke atas 95 budak lelaki yang dirawatnya selama lebih 15 tahun, kata pendakwa raya, hari ini.*
            *Suspek didakwa memberitahu mangsanya yang berusia bawah 14 tahun ketika itu bahawa dia melakukan prosedur perubatan, menurut kenyataan pejabat pendakwa raya di Wels selepas membuat siasatan selama beberapa bulan.*
         *Susulan aduan dari seorang kanak-kanak membawa kepada penahanannya pada Januari lalu.*

           *BEIJING: Bekas Perdana Menteri China, Li Peng yang lebih dikenali sebagai ‘Penyembelih Beijing’ meninggal dunia pada usia 90 tahun.*
           *Li meninggal dunia di Beijing akibat penyakit yang tidak dapat ditentukan selepas dia gagal bertindak balas terhadap rawatan perubatan lewat semalam, kata agensi berita Xinhua.*
         *Li terkenal seluruh dunia sebagai salah seorang arkitek utama atas tindakan kejamnya terhadap demonstrasi pro demokrasi besar-besaran di Beijing pada 4 Jun 1989.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


           *JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor akan terus memantau kawasan sekitar Sungai Simpang Kanan, Batu Pahat, terutama sekitar kawasan sungai berhampiran Kampung Sri Bengkal, Sri Gading, susulan tular dalam media sosial kehadiran buaya di kawasan itu.*
           *Pengarah PERHILITAN Johor, Salman Saaban berkata, sehingga kini pihaknya masih belum menerima aduan rasmi berkenaan reptilia berkenaan tetapi mengambil maklum mengenai kehadiran buaya itu yang tular di laman Facebook sejak semalam.*
           *PERHILITAN di daerah berkenaan sudah melakukan tinjauan di kawasan sekitar, namun ketika tinjauan dilakukan tiada kelibat buaya kelihatan.*

           *TINDAKAN seorang wanita membawa masuk anjing ke sebuah restoran makanan segera di Seberang Jaya, malam tadi mengundang perasaan tidak selesa orang ramai khususnya pelanggan beragama Islam.*
         *Dalam kejadian 9.30 malam itu, wanita berusia lingkungan 20-an bersama keluarganya dilihat masuk ke premis terbabit bersama seekor anjing.*
          *Seorang pekerja swasta, Anuar Omar, 41, yang menyaksikan kejadian itu menegur tindakan wanita terbabit tetapi tidak diendahkan.*
           *Jelasnya, dia memuat naik gambar terbabit di akaun Facebook miliknya mengenai insiden itu dan tidak menyangka ia tular.*

            *AMALAN zikir sambil berdiri seperti dalam video klip ditular dalam laman sosial surau di Kampung Bantal Sebarang, Ulu Tembeling, baru-baru ini, tidak berkaitan dengan ajaran sesat.*
             *Perkara itu diputuskan hasil siasatan dijalankan bahagian akidah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).*
         *Kadi Daerah, Syarifuddin Mohamad Sa’ad berkata, siasatan dilakukan JAIP mendapati ritual itu bukanlah ajaran sesat ataupun amalan terpesong daripada syariat Islam sebagaimana didakwa orang ramai.*
          *“Sebenarnya ia adalah kaedah zikir yang menjadi amalan dalam tarekat Ahmadiyaah Idrissiyyah dan tarekat ini adalah aliran diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai tidak bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan hukum syarak.*

           *PERKENALANNYA bermula melalui laman sosial namun dengan izin Allah SWT membuatkan hati seorang isteri terbuka untuk melamar kenalan terbabit yang juga ibu tunggal menjadi madunya.*
         *Khuzatul Atiqah Abu Seman, 31, memilih untuk melamar Nur Fathonah Abdul Rahim, 30, sebagai isteri kedua suaminya, Samuel Dzul, 29, sebelum pasangan terbabit selamat diijab kabul, baru-baru ini.*
          *Khuzatul Atiqah dia tidak menjangka status dimuat naik itu dikongsi warga maya hingga tular di media sosial.*

           *“IBU dan abi terkilan kerana tidak dapat menjaga adik sehingga besar. Adik ialah anugerah terindah abi pernah dapat. Terima kasih ya Allah bagi pinjam adik dalam rahim ibu selama 30 minggu ini,” demikian antara luahan Muhammad Kalam Izzat Din Che Darus, menerusi Facebook miliknya, petang semalam.*
           *Muhammad Kalam, 24, memuat naik hantaran itu bagi meluahkan isi hatinya yang hanya sempat bergelar bapa selama 18 jam sebelum anak sulungnya meninggal dunia pada 8.10 pagi semalam.*
            *“Tak sangka pula, perkongsian itu menjadi tular dan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan. Bukan niat saya untuk meraih simpati tetapi perkongsian itu diharap menjadi pengajaran terutama kepada bakl ibu dan bapa di luar sana,” katanya.*
             *Setakat jam 8 malam ini, perkongsian Muhammad Kalam mendapat 9,800 tanda suka,6,000 komen dan dikongsi 8,100 kali oleh warganet.*

            *SEORANG lelaki dari Kelantan tidak menyangka menerima jemputan untuk bertemu idolanya, pereka kandungan digital terkenal dunia Zach King, di Jakarta, Indonesia minggu lalu.*
               *Zach King seorang personaliti YouTube dan terkenal dalam menghasilkan video suntingan unik dan kreatif sehingga tontonan lebih satu juta, melalui satu videonya.*
            *Bagi Mohamad Sofian Abdullah, 23, dia tidak menyangka idolanya, Zach King mahu bertemunya dan menaja penginapan serta pengangkutannya di Indonesia.*

           *SET gamelan berusia 208 tahun yang akan digunakan bagi mengiringi dan menyerikan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 30 Julai ini mempunyai kisah yang bernilai untuk dikongsi.*
              *Ini kerana alatan muzik yang sinonim sebagai seni muzik istana itu bukan saja mencatat sejarah sebagai set pertama yang dibawa masuk ke Tanah Melayu, tetapi cukup signifikan bagi institusi diraja Pahang.*
             *Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Pahang Datuk Ahmad Farid Abd Jalal berkata set gamelan itu dibawa masuk ke negara ini dari istana kesultanan Riau-Lingga, Pulau Penyengat, Riau pada 1811 dan membuat persembahan pertama di khalayak ramai di Pekan, Pahang.*

          *NEW YORK: Sepasang kasut sniker Nike yang dikeluarkan pada 1972, ‘Moon Shoe’ mencatat rekod dunia baru apabila dijual kepada seorang pengumpul tegar pada harga AS$437,500 (RM1.8 juta) dalam satu lelongan semalam, kata syarikat pembida Sotheby’s.*
            *AFP melaporkan, jualan itu memecahkan rekod lama apabila sepasang kasut Converse pernah dipakai oleh Michael Jordan dalam pusingan akhir bola keranjang di Sukan Olimpik 1984 dijual pada harga AS$190,373 (RM784,237) pada 2017.*
         *Sotheby’s berkata, harga lelongan itu mengatasi anggaran awal mereka iaitu AS$160,000 (RM659,108).*

          *JAKARTA: Kesungguhan tujuh kanak-kanak lelaki yang mahu menyambut korban pada Aidiladha tahun ini, tular di media sosial apabila berjaya mengumpulkan sejumlah wang untuk membeli seekor lembu.*
             *Kanak-kanak berusia 13 tahun bernama Abu Bakar atau dikenali sebagai Iki bersama rakan sepermainannya Zhilal, 11, Sauqi, 11, Fauzan, 11, Sukatma, 12, Zalfa, 12, dan Yudi, 18, berasal dari Kampung Ardio, Cibogor di Bogor Tengah.*
          *Kompas. com melaporkan, tujuh rakan baik itu menyimpan wang Rp5,000 (RM1.50) setiap hari, selama 10 bulan sehingga berjaya membeli seekor lembu berharga Rp19.5 juta (RM5,741).*

          *LONDON: Pelakon lagak ngeri untuk bintang Hollywood, Vin Diesel, dalam penggambaran Fast and Furious 9 mengalami kecederaan parah di kepala selepas terjatuh sembilan meter.*
            *Pelakon lagak ngeri dikenal pasti sebagai Joe Watts dilaporkan jatuh atas kepalanya manakala Vin Diesel, 52, yang menyaksikan kejadian itu dalam keadaan terkejut dan dilihat bergenang air mata susulan kejadian di studio Warner Bros di Leavesden, Hertfordshire itu.*
            *Sumber berkata: “Pelakon lagak ngeri itu jatuh sekurang-kurangnya sembilan meter, mungkin lebih.”
              

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.194973 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list