CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1854|Reply: 1

Air Kencing Haiwan Peliharaan Mampu Membunuh, Ini 7 Langkah Pencegahannya

[Copy link]
Post time 7-11-2018 11:42 AM | Show all posts |Read mode
Penyakit Kencing Tikus atau Leptospirosis merupakan penyakit berjangkit daripada haiwan yang disebabkan oleh bakteria leptospira kepada manusia (penyakit zoonotik).


Penyakit ini boleh berlaku di merata-rata tempat terutama di negara-negara beriklim tropika termasuklah Malaysia.




Foto: gunungkidul.sorot.co






Punca-Punca Jangkitan


Penyakit ini boleh terdapat di dalam air kecing haiwan mamalia yang berjangkit seperti tikus, kucing, anjing, khizir, lembu, kuda dan kambing.



Cara-Cara Jangkitan

Anda boleh dijangkiti sekiranya:-


1. Terdedah secara langsung dengan air tercemar dengan air kencing haiwan yang terjangkit.


2. Mengambil makanan atau minuman tercemar dengan air kencing haiwan yang terjangkit.



Tanda-Tanda Dijangkiti


- Demam
- Sakit Kepala
- Loya atau Muntah
- Sakit Otot
- Kemerahan Pada Mata
- Ruam Kulit
- Sakit Pada Perut
- Batuk
- Sakit Pada Betis
- Jaundis (Mata Kekuningan)
- Air Kencing Kehitaman (Warna Teh O Pekat)




Foto: klexpress.com.my






Langkah-Langkah Pencegahan


1. Elakkan daripada meminum air sungai atau air kolam yang tidak dimasak.
2. Memilih premis makanan yang bersih dan elakkan daripada mengunjungi premis makanan kurang bersih.
3. Jangan bermain air dan lopak terutamanya selepas banjir.
4. Mencuci tangan dengan air dan sabun sebelum menyediakan makanan, sebelum makan dan selepas ke tandas.
5. Membersihkan sampah dan kawasan rumah selepas banjir.
6. Menjaga kebersihan persekitaran rumah.
7. Cuci dan balut sebarang luka yang terdapat pada tubuh dengan sempurna.














Jika anda atau ahli keluarga mengalami gejala berikut, cepat-cepatlah dapatkan rawatan di klinik dan hospital berdekatan. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2018 01:05 PM | Show all posts
tq for info
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.059744 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list