|
|
Setiap perkara baik di atas muka bumi ini, jika disalahgunakan pasti buruk akibatnya. Begitu juga dengan laman sosial yang banyak membantu menyatukan semua golongan masyarakat merentasi benua.
Laman sosial yang sepatutnya digunakan sebagai platform penyebaran maklumat dan ilmu kini lebih cenderung digunakan sebagai tempat untuk mencetuskan provokasi sesama kaum mahupun agama.
Ustazah mabuk ketum
Terbaru, segelintir pengguna Twitter menggesa agar sebuah akaun yang menggunakan nama 'Ustazah Dr Datin Suraya' disiasat dan disekat kerana sering memuat naik isu menyentuh sensitiviti agama Islam.
Saya tak pakai telefon bimbit
"Kalau ada syarikat berbangsa Melayu dan Muslim, baru saya akan beli," katanya.
Malah, individu berkenaan sering menyentuh isu hukum-hakam Islam yang boleh menimbulkan kekeliruan.
Wanita botak tak wajib bertudung
Ramai pengguna menggesa agar akaun berkenaan dihapuskan bagi mengelak penyebaran dakyah songsang.
Suka-suka buat troll mengelirukan orang...
Sementara itu, ada yang mendakwa akaun berkenaan sengaja ditubuhkan untuk memerli sesuatu isu, namun ditempelak netizen kerana ia mencemarkan nama baik agama.
Dari troll, terus jadi jenayah
 Kredit foto: Twitter
Jika betul sekalipun mahu memerli isu atau kumpulan tertentu, tidak sepatutnya agama dijadikan sandaran jenaka. - CARI |
|