CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7460|Reply: 114

[Tempatan] 1/3 perkahwinan cerai kurang 5 tahun kahwin. Alasan basuh baju waktu malam, maka

  [Copy link]
Post time 13-11-2018 04:32 PM | Show all posts |Read mode
Basuh baju waktu malam, makan dalam kereta, dengkur punca kes cerai?
13 November 2018 146


KUALA LUMPUR – Laporan 2014 mendedahkan lebih satu pertiga perkahwinan pertama berakhir dengan penceraian atau perpisahan dalam tempoh lima tahun usia perkahwinan.

Antara punca perpisahan serta perceraian ini juga adakalanya ‘pelik’ dan remeh temeh seperti isteri suka membasuh baju pada waktu malam, suami tidak suka isteri makan dalam kereta, pasangan berdengkur, beli belah, berbeza fahaman politik.

Ada juga isu seperti isteri suka ikut rombongan dan gaji suami yang rendah juga merupakan antara alasan untuk bercerai.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat, Hannah Yeoh melahirkan kegusaran ketika melihat statistik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor apabila isu kecil serta remeh menyumbang kepada masalah rumah tangga sehingga bercerai.

“Saya membaca sebab-sebab ini kerana hendak menunjukkan realiti faktor penceraian sekarang sangat serius kerana perkara-perkara remeh digunakan sebagai punca untuk memfailkan permohonan cerai.

“Punca utama berlakunya penceraian pada perkahwinan pertama bagi lelaki ialah tiada persefahamaan sebanyak 56.2 peratus manakala isteri curang 11.8 peratus selain campur tangan mentua, ipar duai 10 peratus.

“Bagi wanita pula, sebanyak 38.0 peratus menyatakan tiada persefahamaan, suami curang 20.5 peratus dan suami tidak bertanggungjawab 15.2 peratus. Banyak pula kes remeh dalam pasangan muda. Membimbangkan,” katanya pada sesi lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau mengulas pertanyaan Ahli Parlimen Kangar (PH), Noor Amin Ahmad yang meminta Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat menyatakan jumlah kes penceraian direkodkan bawah lima tahun dan cara-cara untuk menanganinya.

Hannah yang merupakan Ahli Parlimen Segambut kemudian dicelah oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming yang secara berseloroh memintanya jangan membasuh baju pada waktu malam.

“Jangan basuh baju malam-malam YB. Hantar ke dobi terus,” katanya sambil Dewan gamat seketika.

Hannah dalam jawapan balasnya berkata, beliau tidak terdaya sehingga terpaksa juga membasuh baju pada waktu malam kerana sidang Dewan Rakyat seringkali habis lewat.

Tambah beliau, mengikut statistik kementerian terdapat 2,932 kes perceraian di seluruh Wilayah Persekutuan bagi orang Islam antara 2013 dan 2017, manakala data di negeri lain masih dalam proses pengumpulan maklumat ketika ini.

“Bagi yang bukan Islam pula, statistik dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan ada 14,440 kes perceraian di bawah usia perkawinan lima tahun bagi 2013 hingga 2017.

“Dalam tempoh berkenaan Johor paling tinggi iaitu 2,860 kes diikuti Wilayah Persekutuan 2,771 kes dan Selangor 1,858 kes,” ujarnya.

Kata Hannah, ketika ini kerajaan melalui kementeriannya berterusan melakukan usaha memantapkan institusi perkahwinan dan kekeluargaan melalui program pra dan pasca perkahwinan khusus bagi penyediaan asas kukuh keluarga bahagia terutamanya pasangan muda.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2018 04:35 PM | Show all posts
masa bercinta semua seronok

dah berlaki rasaiiinnnn lol

nak nak yang dapat laki spesis biawak
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 04:36 PM | Show all posts
picit ubat gigi salah pun leh jadi isu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 04:45 PM | Show all posts
bila tak kawin up pulak statistik andartu
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 04:55 PM | Show all posts
kalau x basuh baju mlm2..
bila pula nak basuh...
kalo x de bibik...
but berdengkur mmg something serious la...
esp if you are still working...
pening paler x cukup tdo...
luckily i am only facing it now...
bukan masa awal2 kawen...
semakin umur meningkat...
telingaku semakin menipis dan sensitip pada bunyi2an....
dan dengkuran roomate semakin kuat mcm ghimau...


Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang kawen ni lagi macam2 kena hadap. Kalau masa bercinta rasa tak ngam je ko bole blah and no issue. Tapi bila kawen nak bercerai ni pk beribu kali sebab mmbawa bersama maruah keluarga sekali. Dan lepas kawen efeknya si pmpuan la yg menjanda kena hadap makcik2 bawang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2018 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Takda ke alasan suami/isteri tak solat jadi sebab bercerai? Well ramai kata kalau tak solat terutama lelaki mmg rumahtangga akan jadi pincang
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Walau boypren ku dengkur mcm ekzos rxz tetal ku setia... Cuma dia tido jejauh sket dr aku lah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2018 05:15 PM | Show all posts
gujiwa replied at 13-11-2018 04:36 PM
picit ubat gigi salah pun leh jadi isu..

Tak guna memujuk lagi
Pabila orang dah benci
Tak perlu rayu simpati
Dia dah tak sudi...

OhhhhHooo....

Biarpun ku masih sayang
Kasih ku tak pernah padam
Tetapi apa kan daya
Terpaksa ku lepaskan...

Sampai hati mu melihat diriku
Dihukum begini..

Seluruh hidup ku bagaikan mati
Tak bernyawa lagi..

Mengapa sayang
Engkau hancurkan niat suci ku
Menyunting diri mu
Sedangkan dulu engkau berjanji
Kau hanya milik ku..

Bila orang dah benci
Tiada guna ku nanti
Lebih baik ku pergi
Pergi membawa diri

Bila orang dah benci
Tinggal aku sendiri
Orang pun dah tak suka
Di kenang pun tak guna

(Part 2)
Bukan niatku untuk berpisah
Dengan dirimu ...
Aku terpaksa memilih dia
Aku terpaksa lupakan diri mu ...

Oooooo ...
Kejamnya sikap mu pada ku

Bila orang dah benci
Tiada guna ku nanti
Lebih baik ku pergi
Pergi membawa diri

Bila orang dah benci
Tinggal aku sendiri
Orang pun dah tak suka
Di kenang pun tak guna

Bila orang dah benci
Tiada guna ku nanti
Lebih baik ku pergi
Pergi membawa diri

Bila orang dah benci
Tinggal aku sendiri
Orang pun dah tak suka
Di kenang pun tak guna

Penyanyi : Saleem
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa masalahnya kalau basuh baju waktu malam? Lain la kalau isteri biarkan jah baju tu tak berbasuh sampai takde baju nak pakai haa logik la sikit kalau nak dijadikan punca pergaduhan
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn basuh baju malam2.
Layan laki je.

Yang laki pun tak reti nak basuhkan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
One of my friend mmg tugas dia basuh dan sidai kain baju mlm2
Contohilah beliau
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Salah picit ubat gigi pun sangat annoying ok. Nasib bini aku bertindak pantas order toothpaste dispenser. Xde aku dok membebel je tiap2 ari.

Thing is, kalau ada isu dalam rumah tangga, bwk berbincang dan selesaikan secepat mungkin. Jangan dok peram je. It can be acidic.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kamu semua yang ada pasangan tidur berdengkur cubalah tidur sambil pakai rubber ear plug. Dijamin dapat tidur nyenyak. Cuma aku tak faham kenapa nak bercerai kerana pasangan cuci kain pada waktu malam. Hmmmm......
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak2 jaman sekarang memang tak matang...nuff said...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Semuanya soal hati..
Akan ada seribu alasan bila dah tak suka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2018 09:18 PM | Show all posts
aku rs yg bercerai sbb basuh baju mlm2 tu.. kemungkinan besar mesin basuh dia bunyi mcm motor boat. sang laki nak tido x senang.

dah tu.. ko x boleh panggil tukang utk repair ke? x pun beli je yg baru.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 13-11-2018 05:04 PM
Memang kawen ni lagi macam2 kena hadap. Kalau masa bercinta rasa tak ngam je ko bole blah and no iss ...

Kalau nak dikenangkan benda yang rasa tak kenan dengan pasangan opkos byk je tapi kita nih ade byk menda lain yg lebih penting nak pikir.
Daripada nak ubah pasangan mengikut apa yg kita suka tengok apa kata ubah cara kita melihat pasangan kita tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau benda2 remeh pun ko xleh nak tolerate, itu maknanya ko xbersedia lg utk share hidup dgn org lain
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 09:52 PM | Show all posts

takbleh bayangkan muka org yg handle kes, baca alasan cerai bini sbb punggung menggerutu

bini/laki hanat manalah yg mintak cerai sbb anak demam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.107773 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list