CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5061|Reply: 25

Dah 'Gila-gila' Diet Tapi Berat Tak Turun? Ini 7 Sebab Mengapa Ia Berlaku

[Copy link]
Post time 14-11-2018 12:01 PM | Show all posts |Read mode
Sudah pelbagai usaha 'diet' dilakukan bagi menurunkan berat badan dilakukan termasuk senaman, pengambilan suplemen serta mengurangkan pengambilan makanan. Namun, ia bagaikan sia-sia saja kerana tiada perubahan ketara berlaku. Kenapa ya?








1. Anda kehilangan berat badan - tetapi ia hanya berlaku perlahan


Menurut ahli terapi pemakanan di White Plains, New York, terdapat tanggapan palsu bahawa diet yang berjaya akan menyebabkan seseorang turun sebanyak 10 kilogram sebulan.


Bagi ksesetengah orang, itu adalah standard yang tidak realistik. Penurunan pada kadar yang perlahan merupakan cara yang selamat untuk memastikan penurunan adalah konsisten.





Foto: Huff Post






2. Anda tidak minum air yang mencukupi


Michael Jay Nusbaum, Pengarah di Pusat Kawalan Berat Badan Atlantik berkata, anda tidak boleh membakar lemak jika badan anda mengalami dehidrasi.

"roses membakar lemak sangat memerlukan air. Anda perlu minum lebih dari 48 auns cecair setiap hari," ujarnya.



3. Anda tidak cukup tidur


Dapatkan tidur yang cukup. Satu kajian menunjukkan bahawa orang yang sama membakar 400 kalori lebih sedikit apabila mereka tidur selama lima setengah jam berbanding lapan setengah jam.



4. Salah ubatkah?


Pakar mengatakan bahawa ubat-ubatan tertentu seperti tekanan darah, kencing manis dan kemurungan bukan sahaja boleh melambatkan penurunan berat badan, tetapi juga dapat meningkatkan berat badan.


Namun, itu tidak bererti anda harus mengabaikan pengambilan ubat-ubatan anda.





Foto: Huff Post






5. Pengambilan diet sihat tidak menentu


Jurulatih gaya hidup dan pengurangan berat badan berkata, "Berikan komitmen sepenuhnya untuk membuat perubahan yang berkekalan, bukan hanya untuk reunion atau majlis perkahwinan, tetapi kemudian makan sesuka hati".



6. Anda mungkin sedang mengalami tekanan perasaan


Pengurusan tekanan adalah sama pentingnya dengan mengikuti pelan diet, tetapi berita baik adalah senaman merupakan salah satu cara terbaik untuk memerangi tekanan kronik.





Foto: Huff Post






7. Anda mengutamakan senaman berbanding pemakanan


Jika anda menghabiskan masa di gym, tetapi jika tidak menjaga pemakanan, anda mungkin tidak mengalami penurunan berat badan yang anda inginkan.


Jadi, sudah faham kenapa berat anda tidak turun-turun walaupun sudah berusaha keras? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2018 12:54 PM | Show all posts
Iols mengalami 2 benda ni :

1. Anda kehilangan berat badan - tetapi ia hanya berlaku perlahan - seminggu iols turun 1kg jer. Tapi iols terbaca yang 1kg seminggu adalah penurunan yang normal. Lagipun iols bukannya obese, cuma iols nak singkirkan lemak yang membiak ni haa.
7. Anda mengutamakan senaman berbanding pemakanan - kat sini kot iols silap. Tapi sekarang iols dah kurangkan pengambilan makanan berat, makan berpada-pada jer sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2018 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
No 5 & nombor 7 kot.
Tapi bila hakak senaman lift weight dah nampak turun berat badan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2018 01:56 PM | Show all posts
dulu ada sorang kawan aku gila gila diet nak kurus

motip nak kurus sebab nak pakai bikini bila bercuti ngan boyfriend

aku selalu keji dalam hati gemuk cam ikan buntal berangan bukan main
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2018 02:00 PM | Show all posts
Edited by Foxey at 14-11-2018 02:08 PM

ohhh... sebab tu rupanya... fox rasanya alami semua tu kot kecuali no 7. padanlah dok montel lagi
tapi penyumbang utama kenapa tak turun2 berat adalah, fox tak berdiet pun.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2018 02:03 PM | Show all posts
Kena kenal makanan diet. Contoh diet makan subway. Habis semua jenis sos yang ada letak.

Kalau nak reduce weigh memang kena kurangkan sos, sos ada gula.

Ideally pilih lah yang selamat yang tak menyumbang calories.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2018 05:51 PM | Show all posts
klu betul2 nak diet, kena betul2 kurg kan gula, minum ais..ini air dah sejuk, terlampau manis pulak tu!
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2018 09:06 PM | Show all posts
pernah cuba diet air kosong ni,

sebulan tu, memang tak minum manis. minum air kosong je, kalau ada pun secawan dalam 2-3 hari. mula2 memang rasa ketagih nak minum air manis, tapi lama2 ok. berat badan turun cepat sebulan kurang kan minum air manis. tapi memang at least 1.5 liter air kosong sehari, wajib. at least.

lepas tu, tido
masa tido lambat, tapi diet, slow je rasa perubahan badan tu.
tapi bila tido cukup, teratur.
memang terasa badan tu kurus. baju pakai besar, orang tegur kurus. cukupkan waktu tido

tapi tu la, lain orang, lain badan, lain cara kira nye ye dak?
diet aku, tak semestinya diet mu, cewah
diet mu, tak semestinya diet ku, fulamak peewitt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2018 10:34 AM | Show all posts
Paling penting, kurangkan gula, kurangkan portion karbo serta sila berpuasa (intermittent fasting)
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 11:56 AM | Show all posts
kurangkan mkn, kurangkan minum air manis dan minum air masak secukupnya. settle.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 11:57 AM | Show all posts
kroit92 replied at 14-11-2018 09:06 PM
pernah cuba diet air kosong ni,

sebulan tu, memang tak minum manis. minum air kosong je, kalau ad ...

avatar uols mengancam sesuai ngn thread diet ahahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 07:00 PM | Show all posts
chinta89 replied at 15-11-2018 11:57 AM
avatar uols mengancam sesuai ngn thread diet ahahaha..

kekal menembak bergoyang-goyang di forum cari sejak 2006

tak kurus-kurus lagi budak ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
fushimi replied at 14-11-2018 01:56 PM
dulu ada sorang kawan aku gila gila diet nak kurus

motip nak kurus sebab nak pakai bikini bila be ...

hahaha.gemuk cam ikan buntal..iols dlu berisi.sekarg Alhamdulillah walaupon ambil masa nak buang lemak.hish.xmau dah menggemuk
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
i tgh buat IF diet...so far ada nampak turun..cut sugar n everything sweet..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
No.7 iol penah senaman hari2 kononnya sebab nak makan apa sahaja hhahaha memang tak turun la beratnye. Water weight je. Bila jaga makan betul2 macro tu, tak senaman langsung dah turun 5-6kilo sebulan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 10:59 AM | Show all posts
234126 replied at 16-11-2018 10:54 AM
No.7 iol penah senaman hari2 kononnya sebab nak makan apa sahaja hhahaha memang tak turun la beratny ...

Sama la chuols. Iols pun kalau makan lebih haritu, senaman akan lebih juga. Tapi rupanya rahsia nak turun berat badan 80% dari pemakanan, senaman 20% jer kan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2018 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
mieymiey replied at 16-11-2018 10:59 AM
Sama la chuols. Iols pun kalau makan lebih haritu, senaman akan lebih juga. Tapi rupanya rahsia na ...

Kan. Penat mengah2 kat gym mcm apa bercardio. Sohih salah cara. semata2 nak makan nasi pasta kek bagai. padan muka iol. Kekdahnya skang kek pasta nasi kek tu tak sentuh dah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 02:38 PM | Show all posts
234126 replied at 16-11-2018 01:06 PM
Kan. Penat mengah2 kat gym mcm apa bercardio. Sohih salah cara. semata2 nak makan nasi pasta kek b ...

Lepasni iols dah insofffff
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2018 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Baca satu study kata org yg suka masturbate (ompompuan gempal esp ) Susah nak turun berat badan walaupun selalu bsenam & tak
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2018 07:13 AM | Show all posts
no. 2 & 4 betul tapi susah nak disiplin..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.242075 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list