CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Cari-Nurulain

Munafik 2 Tonjolkan Abuja Si Penunggang Agama, Kenapa Tak Kena Boikot Macam Poli

  [Copy link]
Post time 19-11-2018 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Smlm aku nengok munafik, xde la best mana pon
Byk scene lwn setan jer
Gelappp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2018 08:36 AM | Show all posts
tak pi tengok kot..paskal yang hebat pung pang pung pang tu pun i tak tengok
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2018 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
cik-jaja replied at 14-11-2018 05:50 PM
yg boikot ni mmg xkan tgk ke? takut jadi macam boikot Mcd dulu je...

kalau geng lebai tu mereka mmg xtengok wayang kat pawagam
so jangan risau la
xterjejas pun
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2018 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
alah cerita nur tu pun sama
so ketinggalan buat cerita penunggang agama cam ni
buatla pasal penunggang perkauman cam umno tu pulak
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2018 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Hello.. Realitinya dah lupa ke geng abu sayyaf dan kes memali.

Kes memali lagi hauk penunggang agama, sanggup nak mati syahid padahal takde apa2 isu pon
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2018 10:16 AM | Show all posts
Kat Malaysia ni klu watak tu dibawa oleh pelakun tanah air je salah tapi klu watak tu dibawa dari orang luar contoh filem luar yang menggambarkan Islam as a terrorist takpe.. kene paham konsep...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2018 10:32 AM | Show all posts

aku nie dah lama x bernafsu tgk filem melayu...
x tau lah napa....
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2018 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Hari ni (or smlm) dah start tayang pe2 kan? Ni iols cedok dari mstar.


MUFTI Wilayah persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberi pandangan bahawa filem Polis Evo 2 tidak mengandungi mesej penghinaan kepada Islam.

Zulkifli dalam satu kenyataan berkata, filem yang sudah ditonton secara keseluruhan itu hanya mengenengahkan fahaman fanatik sesat yang memberi ancaman kepada negara.

"Filem ini menimbulkan sedikit kegusaran segelintir masyarakat berikutan beberapa watak dan babak yang seolah-olah memburukkan imej Islam dan menyamakan Islam sebagai pengganas.


"Watak antagonis seperti Hafsyam (Hasnul Rahmat) tidaklah menampakkan beliau sebagai seorang pengganas atas nama Islam secara mutlak kerana tidak ada dialog atau babak yang klise dalam menggambarkan teroris atas nama agama seperti bertakbir dan menggunakan apa-apa ayat al-Qur’an atau hadis.

"Watak Hafsyam digambarkan sebagai pemimpin ajaran sesat yang tegar merokok, mengedar dadah, kejam, akhlak bermasalah, tidak ada langsung babak solat dan lain-lain babak yang boleh menguatkan keyakinan kita bahawa beliau adalah benar-benar seorang pengganas atas nama agama," ujarnya..

Dalam pada itu, Zulkifli mencadangkan agar pihak produksi melantik pakar agama sebelum menghasilkan sebuah filem bertemakan Islam.

Katanya, perkara itu bagi mengelakkan sebarang isu sensitif melibatkan agama.

"Saya mencadangkan supaya dilantik konsultan Syariah agar perjalanan satu-satu filem yang membawakan tema sebegini, dapat mengelakkan sebarang isu-isu sensitif melibatkan agama.

"Sebaiknya, rujukan kepada konsultan Syariah dilakukan sejak dari awal pembikinan skrip sehinggalah selesai penggambaran keseluruhan filem.

"Kami juga mencadangkan kepada produksi agar meletakkan penjelasan pada awal filem atau pada addendum berkenaan kesamaran dalam jalan cerita (mungkin sengaja diletakkan pada subteks) yang mungkin terdedah kepada salah faham terhadap agama," ujarnya.

Selain itu, Zulkifli turut memuji filem berkenaan yang membawa unsur-unsur positif terutama pada watak lakonan Erra Fazira.

"Satu pengiktirafan kepada wanita apabila watak SACC Dato’ Azizat (Erra Fazira) memainkan peranan yang amat penting dalam menjayakan misi menumpaskan ajaran sesat.

"Watak polis, apatah lagi yang mengetuai misi-misi penting biasanya dimainkan oleh lelaki. Namun, apa yang ditunjukkan oleh Polis Evo 2 adalah berbeza.

"Pendedahan aurat dan juga ikhtilat yang sangat minima. Ini perkembangan baru yang sangat baik dalam filem tempatan. Malah, SACC Dato’ Azizat juga seorang wanita yang lengkap bertudung dan berpakaian sopan serta menutup aurat," ujarnya.


Sebelum ini, filem terbitan Astro Shaw Sdn. Bhd. dan SCM Tbk itu menerima pelbagai reaksi termasuk beberapa parti politik sejak dimuat naik pada 30 Oktober lepas di Facebook dan YouTube.

Terdapat pihak yang berpendapat filem tersebut memberi gambaran buruk kepada imej Islam sebagai pengganas.

Ia berikutan watak ketua pengganas bernama Hafsyam lakonan Hasnul Rahmat yang menggunakan agama untuk melakukan jenayah.

Polis Evo 2 menampilkan Shaheizy Sam, Zizan Razak dan pelakon Indonesia Raline Shah sebagai teraju utama.

Manakala turut menampilkan pelakon lain antaranya Erra Fazira, Raline Shah, Hairul Azreen, Soffi Jikan, dan Syafie Naswip


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2018 08:57 AM | Show all posts
so guys hujung minggu ni sape nak tgk Polis Evo 2?
rata2 review bagi rating yg sangat tinggi utk movie ni..
totally 360 darjah beza dgn 1 st movie. dulu lawak2 yg ni serius punya movie !

adakah PE2 boleh lawan kutipan PASKAL, MAK LIMAH dan MUNAFIK 2?

I nak tgk lusa..lupakan kontroversi ajaran sesat bagai tu..hehe
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.168093 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list