CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40678|Reply: 189

[BEST!!!]Dukun

  [Copy link]
Post time 18-11-2018 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by BabeYSHa at 4-12-2018 08:21 AM

Nota: terlebih dahulu perlu dimaklumkan yg kisah ini bukan pengalaman penulis sendiri, "aku" yg digunapakai dlm penceritaan adalah mewakili diri si pencerita, bukan penulis. Cerita ni berkisar pada zaman tahun 80an-90an. Ini bukan cerita hantu seram. Cuma cerita berkisar benda mistik dan kejadian nya


Begini kisahnya bermula....

Aku mula terdedah dgn ilmu perubatan mistik sedari usia yg muda. Ibu dari keturunan yg sangat taksub dgn ilmu perdukunan. Kalau ada antara kami yg sakit, bukan dibawa ke klinik, tapi akan dibawa berubat dgn dukun. Sedari kecil aku dah didedahkan dgn amalan membakar/perasap kemenyan setiap mlm jumaat keseluruh pelusuk rumah (aku pun tak pasti apa tujuan semua ni).

Aku merupakan cucu pertama dan satu2 nya cucu yg dapat bersama, dijaga & dimanja oleh arwah nenek. Aku tinggal bersama arwah nenek & atuk kerana ibu & ayah bekerja. Ayah bergaji kecil, tak mampu mengajikan pengasuh utk menjaga ku. Arwah nenek meninggal sewaktu aku berusia 12 tahun. Selepas arwah nenek meninggal baru lah lahir sepupu sepupu dan adik adik ku yg lain. Erti nya, mereka semua tidak berpeluang utk melihat atau bersama dgn arwah nenek.

Sehingga la masuk ke usia remaja, aku seakan taksub dgn benda benda mistik dan apa saja berkaitan dukun. Terutamanya yg melibatkan kecantikan. Pelbagai mentera ku amalkan dlm kehidupan seharian. Mentera utk bercermin, mentera utk memakai baju, malahan sebelum melangkah keluar rumah juga ada mentera nya. Ini semua ku pelajari dari arwah nenek ku (tanpa diketahui oleh ibu ku atau sesiapa. Rahsia antara aku dan arwah nenek)

Kalau nak dibandingkan dgn adik beradik ku mahupun sepupu2 ku, aku memang agak berbeza dari rupa paras mahupun bentuk fizikal. Aku berkulit cerah, sangat tinggi dan berwajah umpama anak kacukan. Walhalnya keluarga kami cuma melayu berdarah jawa golongan susah yg rata rata berkulit gelap, rendah dan kasar.

Namun aku seolah tidak pernah puas dgn diri ku sendiri. Setiap kali aku menatap cermin, aku sering merasakan ada yg kurang dlm diri ini.

Sehingga lah waktu aku berusia 17 tahun, aku curi curi buat partime job sebagai model. Dgn ketinggian 5' 9" dan penampilan ku yg agak dewasa, tak siapa menyangka yg aku masih budak bawah umur.

Dari situ aku byk bergaul dgn org org dlm dunia entertainment yg rata rata mempertaruhkan kecantikan utk terus kekal relevan dlm kedudukan masing2. Sampailah pada satu waktu aku berkenalan dgn seorg yg ku panggil Kak Emi. Cantik org nya, persis seniwati Sarimah diwaktu muda. Kak Emi ajak aku temankan dia utk bertemu dukun. Kak Emi rupanya pengamal ilmu hitam dan susuk. Pucuk dicita ulam mendatang, tanpa byk soal aku terus setuju dan berjanji akan simpan semua ini sebagai rahsia.

Sampai dirumah dukun yg dipanggil Bapak (lelaki berusia berketurunan Jawa), tanpa sempat aku berkata apa apa atau perkenalkan diri, Bapak terus mencadangkan aku masuk kan susuk emas kewajah ku sekiranya aku nak "hidupkan" semula apa yg ada didlm diri ku ini. Aku jadi blurr dan fahami apa maksud "hidupkan" tu.

Menurut Bapak, dlm tubuh ku ada suatu pendamping (makhluk halus) yg diturunkan pada ku tanpa aku ketahui. Bertujuan utk menjaga ku. Ia nya diturun kan oleh ahli keluarga ku juga.
Aku terus teringat pada arwah nenek! Ya mungkin dia yg bekal kan aku semua ni sebelum dia pergi.

Setelah Bapak menerangkan segala cara, syarat dan pantang larang nya utk "menghidupkan" pendamping ku itu, aku akur dan memilih mlm jumaat akan dtg utk melaksanakan istiadat tersebut.

Antara syarat nya adalah:
- Mandi di dlm sungai pada tepat jam 12 tgh mlm.
Oh my dear, mandi sungai? Tengah malam? Hmmm, tapi disebabkan minat yg membuak, aku ketepikan perasaan takut.

Tiba waktu yg dijanjikan...tepat 12 tgh mlm aku dibawa ke sungai oleh Bapak. Sampai di sungai, Bapak mengarahkan aku utk berkemban dgn kain batik shj. Suasana dikawasan sungai sgt lah sunyi, tiada lampu, cuma diterangi cahaya bulan (kami guna kan torchlight sewaktu berjalan ke sini). Kawasan agak terpencil, cuma bukan hutan belantara.

Bapak mengarahkan aku pergi ke tengah tengah sungai (ada batu besar disitu membolehkan aku utk duduk). Sementara Bapak berada di persisiran sungai, memasang lilin, colok, menyusun segala mcm benda2 yg dia minta aku sedia kan (bunga wangi, telur ayam kampung, kemenyan dan sebagainya).
Sejujur nya waktu aku berada ditengah2 sungai tu aku rasa sgt seram. Sekeliling sungai dipenuhi pokok pokok besar. Aku tak berani nak melilau pandang sekeliling, aku cuba kuat kan semangat aku dan fokus pada apa yg Bapak sedang buat. Ku lihat Bapak sedang menurun dah bertutur dlm bahasa yg ku agak bahasa Jawa.

Bapak dtg kearah ku dan mengusap ubun ubun ku dgn bunga bungaan yg bau sgt harum semerbak. Walhal waktu aku beli siang tadi tidak lah bau nya semerbak itu. Kemudian aku terasa macam bahang panas dari dalam tubuh ku, seolah olah mengalir air yg panas dlm tubuh ku. Dlm kesejukan air sungai tu aku dapat rasa kan peluh merecik recik dari tubuh ku. Bapak terus membaca mentera yg tidak kufahami sambil menjiruskan air sungai ke kepala ku. Kepala aku terasa sgt berat waktu tu dan pandangan ku jadi kelam dan kabur.

Dalam kekaburan itu aku dapat lihat ada mcm bayang sesuatu bersama kami. Cuma tidak jelas kelihatan nya dek visual ku yg kelam dan kabur itu. Yg aku pasti, ianya bercahaya seperti keemasan dan tinggi susuk tubuh nya. Aku tak dapat pasti kan samada ia nya wanita atau pun lelaki kerana apa yg ku nampak susuk tubuh itu meliuk liuk umpama asap. Perasaan ku sgt takut waktu tu. Lebih2 lagi bila lembaga tersebut menghampiri aku. Kedengaran suara Bapak makin keras dan kuat membaca mentera. Sehabis bait mentera terakhir dibaca aku terasa seolah satu udara yg sgt sejuk mengalir masuk ke dalam tubuh ku. Kalau tadi aku berpeluh2 kepanasan, sekarang aku jadi menggigil kesejukan.

Selesai upacara mandi itu, kami kerumah Bapak. Bapak mengambil bekas bara kemenyan dan mengasapkan wajah ku. Setelah itu aku diarahkan membaringkan kepala ku keatas bantal yg diselimuti kain songket. Bapak akan masuk kan susuk jarum emas ke wajah ku. Jarum jarum emas ditusuk kan ke dalam wajah ku menggunakan daun sireh yg membaluti jari Bapak. Tak lah sakit, cuma terasa sedikit perit. Sebenarnya jarum emas tu cuma di tusuk masuk ke bawah kulit muka, bukan masuk kedalam isi/daging muka. Selepas jarum ditusuk, terasa seolah jarum tu berlegar/bergerak. Ada juga terasa mcm gatal, tapi Bapak dah beri warning, kalau rasa gatal mcm tu jgn digaru. Buat tak tahu je. 5 batang jarum emas dimasuk kan ke wajah ku, pipi kiri dan kanan, dahi, hidung & dagu.

Bapak memberi peringatan pada ku sekali lagi tentang pantang larang selepas bersusuk. Antara nya jgn sesekali minum air tebu hitam. Itu lah pantang paling bisa kata nya. Sekiranya aku langgar pantang tersebut, susuk ku bakal meletup (tersembur keluar) dan aku bakal mendapat bala yg mungkin bererti ajal.
Selain itu, setiap kali bulan mengambang penuh, aku harus menyediakan 7 jenis bunga2 wangi sebagai persembahan utk pendamping ku.
Setiap minggu aku harus meletak kan setangkai bunga mawar dibilik tidur ku.
Bapak juga mrmberitahu ku sesekali aku bakal akan merasai kehadiran lembaga berwarna emas yg dtg tidur bersama ku, kata nya aku tak perlu takut, lembaga itu tidak akan ganggu aku, cuma menemani ku.

Sejujur nya, selepas aku mandi sungai dan bersusuk tu aku rasa sgt perubahan dlm diri ini. Bila aku berjalan diluar, byk yg tertoleh2 memandang ku. Ramai lekaki2 kata cuba merapati aku. Perhatian utk job modelling pun makin byk. Disebabkan aku masih bersekolah, byk job yg terpaksa aku tolak.

Sementara tu, aku sentiasa rasa mcm ada sesuatu yg berada disekitar ku. Aku tak nampak apa apa tapi aku dapat rasakan "kehadiran" nya. Kdg kdg tak semena2 aku rasa mcn angin bertiup dimuka, padahal aku didlm bilik tidur yg bertutup. Ada juga rasa seram kdg kdg tu.

Setiap kali bulan mengambang, aku akan didatangi mimpi yg ada lembaga besar warna emas datang baring disebelah ku. Sebenarnya apa yg aku rasa bukan 100% mimpi, sebab kejadian berlaku waktu aku separa tidur (org kata tidur2 ayam atau mamai gitu). Cumanya aku tak mampu buka mata besar2 utk lihat dgn jelas imej lembaga tu dan aku tak mampu bersuara. Apa yg aku dapat lihat, ia nya besar, warna keemasan, rupa lelaki kepala botak.

Sejak aku pakai susuk tu, hubungan aku dgn family aku (terutama ibu ku) agak tegang. Ada je benda yg tak kena dimata ibu bila aku berada dirumah. Ibu seolah olah panas dgn aku. Aku sering dimarahi, buat kan aku jadi bosan dan lebih byk menyendiri dlm bilik (dgn alasan nak study). Aku tak boleh fokus pada persekolahan ku, sejujurnya dgn segala perhatian dan pujian yg ku terima buat aku rasa malas dan jelak nak belajar. Yg berkesudahan aku cuma mampu dapat keputusan cukup cukup makan dlm SPM.

Ibu sgt kecewa dgn keputusan SPM ku itu. Leteran dan bebelan berterusan hingga aku rasa tertekan, bosan dan benci yg amat sgt. Satu mlm tu, waktu semua org tgh tidur nyenyak, aku diam2 lari keluar rumah. Aku nekad utk tinggalkan rumah dan mula kan hidup baru. Aku yakin aku mampu teruskan hidup aku berbekal kan job modelling yg byk.

Aku menumpang dirumah Kak Emi yg dah ku anggap mcm kakak angkat. Bermula lah episod baru ku. Aku dah bebas. Boleh buat apa yg aku suka tanpa halangan ibu atau ayah. Pernah sekali tu ayah datang ke tempat aku buat fashion show, utk pujuk aku pulang ke rumah. Tapi aku dah tertalu selesa dgn hidup baru ku. Aku minta ayah dan keluarga jgn ganggu hidup aku lagi.

Aku juga kerap ke rumah Bapak, makin banyak yg Bapak beri dan "tanam" ke dalam badan ku. Dgn erti kata lain, jarum jarum emas sudah ditusuk ke seluruh tubuh ku. Aku makin rasa konfiden setiap kali aku keluar rumah atau berada di pentas peragaan. Bukan saja di Kuala Lumput, job modelling ku juga byk dpt di singapore, bangkok dan jakarta (zaman tu kira dah gah utk model kita tembus ke pasaran luar).

Cuma satu yg aku terperasankan yg aku tak boleh ada hubungan cinta. Setiap kali aku cuba bercinta, tak akan pernah kekal. Paling lama pun 1-2 bulan. Ada saja yg buat kan aku putus cinta. Aku ceritakan perihal tu pada Bapak. Bapak cuma tanya samada lembaga emas tu masih mendatangi aku? Sudah pasti jawapan nya ye. Memang makin kerap lembaga emas tu muncul dlm mimpi ku. Dan setiap kali lepas mimpi tu aku akan rasa letih yg teramat. Menurut Bapak, lembaga tu dah rasa yg dia punyai aku dan telah mengauli aku. Maka nya dia seolah mcm pasangan ku. Bilamana ada lelaki lain cuba dekati aku, dia akan pisahkan (dgn cara dia lah yg aku pun tak pasti).

Waktu tu umur aku dah menginjak ke 18 tahun. Usia seorg perempuan mendambakan kasih sayang dan cinta seorg lelaki sebenar, bukan dari lembaga mustik. Aku mula ada sifat marah pada lembaga emas yg ku rasakan mcm penghalang pada cinta ku. Aku cuba minta Bapak tolong aku tapi menurut bapak utu semua diluar kawalan kuasa dia. Aku jadi tertekan. Aku ceritakan juga pada Kak Emi, dia yg kasihan kan aku cuba tolong aku dgn mencadangkan aku cari dukun yg lain.

Mlm tu aku didatangi lagi oleh lembaga emas, berlainan dari selalu nya, kali ni dia seolah olah agresif dan perlakuan nya menyakit kan aku. Bila aku terjaga dari mimpi, masih aku terasa sakit di bahagian sulit ku. Terdapat juga kesan calar balar di badan ku.

- stop dulu sini, nanti disambung-

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2018 02:16 PM | Show all posts
best baca
jgn lupa sambung cita
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2018 03:40 PM | Show all posts
setiap ilmu sihir blackmagic pasti makan tuannya tiada ilmu sihir yang bawa kebaikan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2018 03:42 PM | Show all posts
gila kentang...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2018 04:51 PM | Show all posts
Ikutkan nafsu, binasa
Tak mustahil bersahabat dengan jin demi kesenangan dunia.
Apa agaknya pengakhiran cerita ni

Sambung lagi
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2018 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Kisah yg menarik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2018 10:20 AM | Show all posts
alaa.. kenapa takda sambungan lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2018 02:07 PM | Show all posts
cerita baru..
x sabar tunggu next episod
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-11-2018 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
***sambungan***

Lepas dari itu hati ku sentiasa berasa cuak utk menghadapi malam. Rasa satu tekanan memikirkan yg lembaga emas akan dtg lagi. Aku pergi berjumpa Bapak utk bantuan. Dan kali ini Bapak minta aku utk tidak membenarkan mana2 lelaki mendekati ku. Untuk mengelakan lembaga emas pendamping ku dari terus marah dan mengasari ku. Mula nya aku akur dan cuba pujuk hati ini. Tapi bila ku fikir2 kan, dia cuma pendamping ku, tugas nya utk menjaga aku. Bukan menguasai aku dan mendominasi hidup ku.

Terus aku minta Kak Emi membawa ku ke dukun Siam yg dia kenali. Tanpa pengetahuan Bapak, aku pergi bertemu dgn dukun Siam atau dipanggil Tok Cha. Sungguh menggerunkan kawasan tempat Tok Cha ni tinggal. Kami tiba dirumah nya waktu dah nak hampir senja. Rumah nya jauh terpencil di tengah tengah kawasan seakan hutan. Pondok kayu yg cuma diterangi dgn cahaya lampu yg malap. Masuk saja ke dalam pondok Tok Cha, bau colok dan setanggi menusuk tajam ke hidung ku. Ruang pondok itu dipenuhi dgn patung patung siam dan ku lihat banyak tempayan tembikar yg bersalut kain kuning.

Setelah memberitahu hajat dihati, Tok Cha memula kan kerja nya. Aku dibaringkan di lantai yg beralaskan tikar mengkuang. Tok Cha minta aku pejam kan mata, fokus dan kosongkan minda ku dari memikirkan apa apa. Seolah di hipnotised, aku ikut sahaja segala arahan Tok Cha. Sewaktu mata ku dipejamkan, aku mendengar Tok Cha membaca mentera dalam bahasa Siam, aku juga terdengar seolah ada suara kanak2 ketawa dan bercakap. Ada anak kecil ke Tok Cha ni? Tak pulak aku nampak waktu aku datang tadi. Ahhhh..persetankan lah, aku tak berminat nak tau semua tu.

Tok Cha mengarahkan aku membuka mata dan bangun. Bila aku buka mata, tak pulak aku nampak budak yg ku dengari suara nya tadi. Dah lari main keluar agak nya. Belum sempat aku nak berfikir panjang, Tok Cha mula menerangkan apa yg dia dah nampak jelas lah pendamping ku si lembaga emas memang tidak membenarkan aku mempunyai sebarang ikatan mahupun hubungan dgn mana2 lelaki. Dgn ertikata lain, aku tak boleh berkahwin. Okay Tok Cha, tell me something I dont know lah! Mmg aku tau tu. Dan itu lah masalah aku sekarang. Tolong aku Tok Cha, lepaskan aku dari cengkaman si Lembaga Emas ini.

Tok Cha mengarah kan aku untuk tinggal dirumahnya 3 malam kalau aku nak dia bantu aku. Alamak, 3 malam? Aku sah sah la cuma datang sehelai sepinggang (tak jangka pula Tok Cha perlukan aku stay situ). Aku pandang Kak Emi..how kak? Nak pergi beli apa2 baju or keperluan mmg agak payah. Memandangkan kawasan rumah Tok Cha ni jauh terpencil di pendalaman. Hari pun dah gelap.
Kak Emi kata nekad saja lah utk mlm ni, esok pagi2 kita  pergi keluar ke pekan terdekat utk cari apa yg patut. Hmmmmm, no choice. Baik lah.

Sunyi sungguh dipondok Tok Cha, yg kedengaran hanyalah bunyi2 cengkerik dan kdg2 bunyi cicak. Utk pengetahuan, tak ada jiran ye berdekatan dgn pondok ni. Mujur lah ada Kak Emi menemani aku.  Pondok Tok Cha ni cuma ada 1 bilik, makanya aku dan Kak Emi tidur diruang tamu yg hanya beralas kan tikar mengkuang. Ada tangga kayu utk turun ke bahagian bawah (dapur dan bilik mandi). Suram je pencahayaan diseluruh pondok tu. Memang tak lah aku nak turun sendirian ke bahagian dapur dan bilik mandi tu. Seriau.

Aku tanya Kak Emi, mana anak Tok Cha yg aku dengar suara ketawa tadi.
"Budak kecik apa? Mana ada sesiapa lagi dlm rumah ni. Cuma aku, engkau dan Tok Cha je. Jgn merepek lah" jawab Kak Emi.
Habis tu, mana dtg suara budak yg aku dengar tadi hah? Aku mula musykil. Tapi aku tak berani nak tanya Tok Cha. Dia ni pun jenis yg tak banyak bercakap. Tak mesra alam sangat. Dia cuma beri arahan bila perlu.

Rupa nya mlm tu aku tak dibenarkan tidur. Tok Cha akan memula kan upacara perubatan keatas ku. Walaupun Tok Cha ni tak byk berbual, tapi cara dia buat tugasan dia lebih jelas dan terang pada pemikiran ku berbanding Bapak yg banyak berbicara (long winded) sampai kdg2 aku pening nak fahami apa yg Bapak cuba sampaikan. Ayat Bapak berseni dan berbunga bunga. Tok Cha jenis direct to the point dan mudah aku fahami.

Tok Cha akan pisahkan aku dari pendamping ku si Lembaga Emas. Tapi tak semudah yg dijangka, maka itu lah aku perlu berubat selama 3 mlm. Malam pertama ni aku akan dibersihkan dan Tok Cha akan melupuskan segala apa yg Bapak tanam dan masuk kan ke dalam tubuh ku. Selagi ini semua tidak dilupuskan, mustahil utk Tok Cha dapat mulakan tugasan nya lebih mendalam. Menurut Tok Cha, proses ni akan menyakit kan aku dan aku tak dibenarkan bercermin sehingga selesai perubatan malam ketiga. Aku juga tidak dibenarkan menjejak tanah selama proses perubatan ini (oh dear, punah plan aku nak ke pekan esok dgn Kak Emi tu).

Tok Cha mengarahkan aku utk mandi terlebih dahulu sebelum memulakan acara perubatan pertama. Aku kena mandi sendirian tanpa berteman. Menggigil kaki tanggan aku waktu masuk ke bilik mandi dibawah tu, lantai simen di dapur dan bilik mandi terasa amat sejuk bagai kan airbatu. Perasaan takut ku berlipat kali ganda sebaik aku masuk ke bilik mandi. Dalam kesuraman cahaya dalam bilik mandi tu aku rasa mcm ada mata mata ghaib yg memerhatikan gerak laku ku. Sumpah, aku rasa macam nak cabut lari. Tapi aku gagahi juga. Air didalam takungan tempayan naga utk mandi tu punya sejuk. Jauh lebih sejuk dari air sungai yg aku mandi tengah malam dgn Bapak dulu. Waktu jirusan ketiga aku mandi tu, aku terdengar suara kanak2 ketawa dan berlari (seakan akan diluar pondok ni). Aku jerit panggil Tok Cha. Bila Tok Cha turun, aku beritahu apa yg aku dengari tu. Dia cuma senyum, minta aku usah takut dan terus kan mandi.

Sesudah mandi, Tok Cha memberikan aku sehelai kain sarung kuning utk ku pakai. Aku yg masih menggigil kesejukan cuma akur dgn kata Tok Cha. Mentera siam dibacakan Tok Cha dan dia merenjis renjis kan air dari tempayan kecil menggunakan lidi lidi yg rupa mcm penyapu tapi pendek. Aku dibaringkan dgn kepala ku dialas dengan bantal kecil keras yg bau mcm kayu gerharu. Sungguh menusuk hidung. Aku diarahkan utk menutup mata ku dan kosongkan fikiran ku. Yg kudengari selepas tu cuma bacaan mentera Siam Tok Cha. Dalam pada aku cuba rasa tenang tu tiba tiba terasa sakit yg teramat sangat di seluruh wajah ku, ku rasa kan seolah banyak tangan tangan yg sedang mengelar wajah ku dgn pisau. Aku menjerit sekuat hati dek kerana tak tertahan sakit nya. Akibat kesakitan yg keterlaluan, aku pengsan. Aku cuma tersedar bila Tok Cha merenjiskan air kemuka ku. Sekali lagi aku berasa kepedihan yg amat sangat diseluruh wajah ku. Tok Cha mengarahkan aku utk membuka mata dan minum sesuatu dari bekas kecil ditangan nya. Selepas ku teguk cecair yg berbau sgt kuat dan rasa yg sgt meloyakan aku terus termuntah (Tok Cha dah siap sediakan satu baldi disisiku). Dah la muka aku perit pedih seperti dikelar kelar, ni pula muntah tak berhenti henti. Azab nya perasaan waktu tu. Selesai tegukan terakhir cecair berbau mcm ikan mati tu, aku lihat seolah darah yg ku muntahkan keluar dari mulut ku. Sakit nya tak usah cakap lah. Sekali lagi aku pengsan.

-maaf, kena stop dulu, nanti sambung semula-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2018 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
ip_lepat replied at 18-11-2018 02:16 PM
best baca
jgn lupa sambung cita

TQ sudi baca. Slow sikit sebab baru try try nak menulis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2018 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 18-11-2018 03:40 PM
setiap ilmu sihir blackmagic pasti makan tuannya tiada ilmu sihir yang bawa kebaikan.

Setuju sgt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2018 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 18-11-2018 04:51 PM
Ikutkan nafsu, binasa
Tak mustahil bersahabat dengan jin demi kesenangan dunia.
Apa agaknya pengak ...

InsyaAllah, slow sikit sebab baru try try menulis. Pastu nak refer balik kat bahan cerita dari pencerita nya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2018 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
aza replied at 19-11-2018 10:20 AM
alaa.. kenapa takda sambungan lagi..

He he, baru sambung sikit. Stop dulu, ada kerja kejap. Nanti sambung lagi ye. Tq sudi baca
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2018 03:26 PM | Show all posts
Lace replied at 19-11-2018 03:12 PM
TQ sudi baca. Slow sikit sebab baru try try nak menulis.

orite... pelan2
amik masa
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2018 04:03 PM | Show all posts
Tok cha>> ni selalunya panggilan orang kelantan kepada sami siam.Kalau dah bomoh siam, lagi power la tu.
Boleh bayang keseraman dan keheningan rumah tok cha tu.

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2018 04:51 PM | Show all posts
aduii sedapnyer citer ni..sambung TT sayang sambung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2018 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita ni best..tak sbr nsk tunggu ssmbungan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2018 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
****sambungan****

Tersedar aku dari pengsan yg kedua bila Tok Cha  menepuk nepuk dahi ku. Masih terasa sakit yg amat sangat. Kemudian Tok Cha menutupi wajah ku dgn sehelai kain. Mentera dibaca dan aku terasa seperti air dipercik percik kan ke wajah ku. Terasa sedikit kelegaan bilamana recikan air tersebut mengenai kulit wajah tu. Cuma terasa bahang panas. Aku fikirkan azab kesakitan tu terhenti sudah, namun jangkaan ku sama sekali meleset pabila tiba tiba terasa kulit badan ku bagaikan disiat siat. Kesakitan kali ini lebih dari yg sebelum nya. Kemudian aku terasa seolah seluruh badan ku seperti dipanggang, kepanasan yg melampau hingga kan aku pengsan menahan kesakitan.

Kesekian kalinya aku tersedar dari pengsan ku, tapi kali ini sudah tiada azab kesakitan melampau mahupun bahang panas. Suasana pemandangan ku pun dah seakan terang dan cerah. Rupa nya aku pengsan hingga lah matahari terbit. Saat aku cuba bangun masih terasa sakit sakit diseluruh tubuh dan muka ku, tapi tidak lah sakit seazab malam tadi. Melihatkan aku dah sedar, Tok Cha menghulurkan aku segelas air utk diminum. Menurut Tok Cha, kak emi pergi ke pekan yg berhampiran utk membeli sedikit brg brg keperluan.

Tok Cha memberitahu ku yg badan dan muka ku telah dibersihkan dari segala bendasing yg di tanam oleh Bapak dahulu. Kulihat kulit badan ku umpama melecur dibakar, lebam biru disana sini. Baru aku cuba nak capai cermin utk menatap wajah ku, Tok Cha menengking ku. Ingat pantang!
Aku cuma mampu meraba kulit wajah ku dgn jari, terasa kering, kasar dan berkerut umpama kesan terbakar. Apa lah agak nya rupa aku. Takut menyelubungi ku bila memikirkan yg rupa aku dah hodoh, sehodoh kulit badan ku. Berjurai airmata ku mengenagkan nasib diri ku selepas ini.

Melihatkan aku menangis, Tok Cha beritahu ku agar jgn risau. Ini cuma bersifat sementara, dia akan pulihkan aku utk cantik semula.
Cantik semula? Apa kah akan sekali lagi aku terpaksa tempuhi rasa azab sakit yg teramat sakit? Sanggup ke aku? Sejujurnya terbit rasa serik dan tak mahu teruskan proses perubatan ini. Cukup lah.
Saat aku berperang dgn perasaan ku itu, Kak Emi pulang dari pekan dgn beg beg plastik dlm tangan nya.
"Ni aku ada beli baju utk salin, toiletries dan makanan. Makan la, mlm tadi dah la tak makan apa" kata Kak Emi.
Sambil makan Kak Emi bercerita, lepas aku pengsan kali kedua tu rupanya Tok Cha cuba bangun kan aku, aku cuma tersedar sesaat dua dan menjerit lalu pengsan semula. Menurut kak emi, macam macam bunyi yg kedengaran dari atas bumbung pondok tu sewaktu Tok Cha melakukan ritual keatas ku. Bunyi jeritan, bunyi seolah org menghentak hentak bumbung, bunyi seperti binatang melolong dan menurut Kak Emi, yg paling menakut kan sekali bila pintu pondok bergeggar kuat. Seperti ada org nak pecah masuk ke dlm pondok.
Kesian Kak Emi yg terpaksa lalui segala ni demi menemankan aku.

Aku suarakan rasa hati ku utk tidak meneruskan ritual perubatan ni sebab aku tak sanggup nak menempuh azab sakit nya lagi.
"Kau nak mampos! Kau sanggup ke hidup dgn keadaan rupa kau sekarang? Muka kau dah hangus terbakar. Sapa nak kasi kau job lepas ni dgn rupa mcm ni? Jgn jadi bodoh. Dah alang2 mcm ni, tahan je sikit, 2 malam je pun lagi"

Yeah rite kak! 2 mlm je pun lagi? Kau tau tak betapa azab nya nak melepaskan satu minit mlm tadi? Azab kesakitan yg tak mampu aku sampai kan dgn kata kata. Tak ada perkataan yg dapat mengambarkan betapa sakit nya.
Tapi, ada betulnya kata Kak Emi. Apa pilihan yg aku ada? Nak atau tidak, aku terpaksa teruskan.  Mana mungkin aku hidup tanpa kecantikan. Wajah dan tubuh ku lah aset utk ku meneruskan perjuangan hidup ini.

Bila malam menjelma, Tok Cha mengarahkan aku utk bersedia utk ritual mlm kedua. Menurut Tok Cha mlm ini ritual utk melepaskan aku dari pendamping ku, si lembaga merah. Aku amat2 berharap ritual mlm ini tidak seazab mlm tadi. Mlm ini Tok Cha sewaktu menurun, beberapa ketika tutur dan gaya Tok Cha bertukar seperti seorang nenek tua kedengarannya. Bahasa pertuturan tidak ku fahami tapi aku yakin itu bukan bahasa Siam. Tapi ia nya silih berganti, umpama Tok Cha melakonkan dua watak serentak. Mereka seolah olah berkomunikasi. Sedang aku fokus memerhatikan "lakunan" tersebut, tiba tiba aku nampak satu kelibat keemasan melintas umpama tiupan bayu dihadapan ku, serentak itu aku tiba tiba rasa mcm nak tidur. Namun aku cuba lawan perasaan mengantuk tu, sebab aku tau ini lah rasa perasaan yg sering aku alami bilamana si lembaga emas dtg kepada ku. Aku tak mampu membuka mata ku dgn luas, penglihatan dan pendengaran ku mulai kabur. Apa yg aku nampak
Tok Cha umpama diselubungi dgn asap keemasan.
Dalam pada itu, tiba tiba perasaan ku menjadi sayu yg teramat. Tanpa ku ketahui kenapa aku rasa sebegitu. Asap keemasan yg menyelubungi Tok Cha tadi mula beralih menuju kearah ku. Terasa sejuk bila asap itu sampai pada ku. Sejuk,  sejuk, makin sejuk dan lepas tu aku dah tak sedar apa2 lagi.


-maaf kena stop dulu. Battery dah low. Lepas charge nanti sambung semula ye-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2018 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
puteribaya replied at 19-11-2018 04:51 PM
aduii sedapnyer citer ni..sambung TT sayang sambung

Baru sambung tu, kena stop jap, battery low pulak...he he.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2018 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Jln cerita yg menarik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.182003 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list