CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4187|Reply: 13

Tarik Anak Makan Sayur Dengan Sosej Ayam Sayur Ini, Pasti Mereka Sukakannya!

[Copy link]
Post time 19-11-2018 05:32 PM | Show all posts |Read mode
Anak yang didedahkan kepada bahan sihat dan berkualiti serta kaedah memasak makanan sihat sejak usia muda lebih cenderung membuat pilihan pemakanan sihat apabila dewasa kelak.


Menggalakkan anak makan secara sihat sebenarnya bermula dengan pemikiran mereka. Satu panduan yang baik untuk membuatkan kanak-kanak teruja makan ialah dengan membabitkan mereka dalam proses memasak.




Foto: WebMD




Memasak hidangan sihat juga tidaklah sesukar yang disangkakan, malah sesetengahnya boleh dilakukan bersama ketika masa lapang dan tentunya menjadikan pengalaman menyeronokkan buat seisi keluarga.


Memasukkan sayuran dalam hidangan anda menjadikan makanan bukan saja menyihatkan malah dapat memberi seisi keluarga nutrisi mencukupi dalam satu hidangan. Apatah lagi tidak semua kanak-kanak menggemari sayuran yang dimakan begitu saja, lebih elok sekiranya satu hidangan dapat menyatukan semua kandungan penting terdiri daripada protein dan sayuran.


Menerusi resepi Sosej Ayam Sayur ini, anda boleh memilih untuk meletakkan sebarang jenis sayuran seperti lobak, bayam, cendawan dan lain-lain mengikut cita rasa yang dilumatkan bersama isi ayam. Pasti menarik selera anak anda tanpa perlu memaksa mereka makan sayur.


Berikut bahan dan cara penyediaan hidangan Sosej Ayam Sayur yang boleh dicuba sendiri di rumah:




Bahan


4 hingga 5 ketul dada ayam
2 biji telur
Lobak dan daun sup - Anda boleh guna apa-apa jenis sayur sekalipun.
1 biji bawang besar
4 hingga 5 ulas bawang putih
4 sudu tepung ubi
Sedikit lada hitam
Sedikit lada sulah
Garam secukupnya



Cara-cara membuatnya

1. Campurkan semua bahan di atas dan kisar hancur menggunakan mesin pengisar.







2. Kemudian, masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam plastik ais krim dan ikat pada hujung kiri dan kanan.







3. Panaskan air rebusan dan rebus selama 10 hingga 15 minit. Anda juga boleh guna teknik mengukus.







4. Goreng jika nak makan dan selebihnya boleh disimpan di dalam peti sejuk.



Tarik Anak Makan Sayur Dengan Sosej Ayam Sayur Ini






Foto: FB Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)





Siap! Mudah saja kan? Tak perlu lagi membeli sosej yang dijual di pasar raya. Anda sendiri boleh membuat sosej yang sedap dan berkhasiat! Pasti anak anda sukakannya. Semoga bermanfaat! - CARI


Kredit resipi: FB Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2018 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahh. Nak buat lah{:hooray
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2018 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde apa2 ke rebus plastik aiskrim tu?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2018 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
RatuDunia94: Xde apa2 ke rebus plastik aiskrim tu?


Aku pun fikir sama, kak. The heck rebus plastik aiskrim?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2018 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
mana boleh, plastik aiskrim tak tahan panas, kene stim mestila die release toksin. pe kata wat kat loyang/acuan tahan panas je
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2018 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik....bole terai guna muffin tray
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2018 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Yup better guna tray lepas tu potong2 kan la..nak bagi makan anak sihat jadi tak sihat pun benda alah tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2018 08:13 AM | Show all posts
Kawan saya di UK share guna casing yang dibeli secara online dari AMAZON untuk buat DIY sausage. Malangnya tiada yang shipping ke Malaysia.  Setakat ni saya guna plastik aiskrim dan aluminium foil. Kat TESCO khabarnya ada jual edible sausage casing. It's usually made from non-meat ingredients. Usually it was sold in plastic bag. Nanti saya try cari dan share sini ye. TQ

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2018 11:19 AM | Show all posts
menariknya resepi ni...bahan pun x remeh..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2018 12:13 PM | Show all posts
elok2 nak bagi anak healthy food
dah jadi tak healthy
rebus dengan plastik?
serious?
boleh ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 11:23 PM | Show all posts
Ingredient dah bagus dah.
Cuma substitute plastik tu dgn baking tray better.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2018 05:44 PM | Show all posts
guna daun pisang pun boleh kot. Ikat macam buat lepat kemudian kukus
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh try ni..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.264558 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list