CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2473|Reply: 7

Dijatuhi Hukaman Mati kerana Mengerjaka

[Copy link]
Post time 23-11-2018 10:04 AM | Show all posts |Read mode


Kekejaman rejim komunis China terhadap umat Islam Uyghur berterusan


XINJIANG, 14 Rabiulawal, Khamis – Pihak berkuasa rejim komunis China di barat laut Wilayah Autonomi Xinjiang Uyghur (XUAR) menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang ahli perniagaan yang juga dermawan etnik minoriti Uyghur terkenal, Abdughapar Abdurusul, kerana mengerjakan haji di Arab Saudi.

Menurut abang mangsa, Abdusattar Abdurusul, Abdughapar yang berasal dari daerah Bakyol di Ili Kazakh ditangkap pada Julai atau Ogos lalu.

“Yang terbaru saya dengar, adik saya dijatuhi hukuman mati dan dia kini sedang menunggu pelaksanaannya. Alasannya ialah dia pergi ke Arab Saudi untuk melaksanakan haji secara persendirian, tanpa menggunakan perkhidmatan kerajaan,” katanya.

Katanya, Abdughapar tidak dibenar melantik peguam ketika perbicaraan, sekali gus menunjukkan bahawa dia telah dihukum secara haram.

Walaupun semua hukuman mati perlu dikaji semula oleh Mahkamah Agung China di Beijing, tetapi dalam kes Abdughapar, tidak dapat dipastikan sama ada kes itu telah disiasat dengan adil.

Beliau berkata, Abdughapar – bapa kepada empat anak – memiliki beberapa rangkaian kedai dan perniagaan, dan telah menggunakan wang sendiri untuk membina sebuah masjid.

Selain itu, katanya, Abdughapar juga telah menjual sebuah rumah lama milik keluarga sekitar 1 juta yuan (AS$144,000) pada April atau Mei, sebelum ditangkap, sementara semua aset keluarganya berjumlah kira-kira 100 juta yuan (US$14.4 juta) dirampas.

“Abdughapar seorang dermawan yang suka membantu masyarakat … [tetapi] sekarang kerajaan telah mengambil segala-galanya dan memusnahkan sepenuhnya kehidupan keluarga itu,” kata Abdusattar.

Sebelum ini, anak lelaki sulung Abdughapar, Awzer, ditahan pada 2017 selepas pulang dari belajar di Turki, dan isterinya, Merhaba Hajim ditahan pada April tahun ini, katanya.

Abdusattar berkata, kakaknya Sayipjamal juga sudah hilang untuk tempoh masa yang lama dan dianggap telah ditahan, sementara beberapa kawannya dijatuhi hukuman penjara lebih daripada 18 tahun.

Kakitangan Biro Keselamatan Awam Wilayah Ili Kazakh di bandar Ghulja, enggan menjawab pertanyaan serta menutup telefon apabila dihubungi Radio Free Asia (RFA), mengenai kes Abdughapar.

Menurut agensi itu, seorang rakan lama yang enggan mendedahkan identiti memberitahu dia juga pernah mendengar desas-desus hukuman mati ke atas rakannya itu.

“Seorang kawan saya memanggil saya, mengatakan bahawa Abdughapar telah dijatuhi hukuman mati. Saya juga mendengar bahawa isterinya telah meninggal dalam penjara,” katanya. – Agensi

credit:  ismaweb


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2018 01:06 PM | Show all posts
Allahu, kejamnya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2018 11:18 PM | Show all posts
kejam siak....
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2018 10:07 AM | Show all posts
kejam nyer negara komunis
apa kita tak bersyukur being muslim dlm negara islam
knp nak di ganggu gugat?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 12:18 PM | Show all posts
Syukurlah kita tinggal di negara yang mengamalkan kebebasan beragama dan tak ada halangan untuk mengerjaka haji dan umrah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2018 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
layanan terhadap etnik Uighyur dan Hui berbeza sebab Uighyur dianggap ada identiti Turkic tak mcm Hui berasimilasi dgn identiti China
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2018 12:51 PM | Show all posts
alahai......
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 03:12 PM | Show all posts
allah kejamnya. hat ni depa tak nampak ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.124348 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list