View: 1605|Reply: 0
|
Kulit Muka Kusam & Berjerawat ? Cuba Acne Diet
[Copy link]
|
|
Jerawat boleh tumbuh pada wajah seseorang apabila liang roma tersumbat dengan kotoran, minyak ataupun bakteria yang berlebihan seterusnya menyebabkan keradangan.
Bagi anda yang mengalami masalah jerawat, pastinya telah mencuba pelbagai produk kecantikan. Malangnya, tidak semuanya berkesan! Macam mana nak berkesan jika anda tidak menjaga pemakanan anda!
Ya, pemakanan sangat berkait rapat dengan tumbuhnya jerawat pada wajah. Ini kerana, apa yang anda makan akan memberi kesan kepada tubuh badan anda secara keseluruhannya dan kulit adalah bahagian yang paling utama. Sebab itulah anda perlu mengamalkan acne diet ini!
Menurut kajian terbaharu mengenai diet dan jerawat, makanan yang seimbang adalah ideal untuk mengurangkan keradangan (jerawat) dan mampu mengawal hormon (sebum) seseorang. Jika anda mengamalkan acne diet ini, kulit anda akan licin berseri tanpa jerawat!
Nak tahu bagaimana cara untuk mengamalkan acne diet? Jom semak!
1. Minum banyak air putih
Air merupakan komponen utama dalam sel tubuh manusia iaitu sebanyak 60 hingga 70 peratus. Jadi, sangat penting untuk anda minum air yang mencukupi untuk mengoptimumkan proses fizikal.
Selain itu, minum air putih juga sangat penting untuk memperbetulkan jumlah kalori harian kita. Bukan itu saja, air adalah asas kulit yang sihat dan bersih. Minumlah 8 gelas air putih setiap hari.
2. 'No Sugar!'
Pastikan pengambilan gula harian anda dalam 2 hingga 4 hidangan fruktosa yang dicadangkan dalam buah-buahan. Elakkan makan gula daripada karbohidrat halus ataupun manisan.
Ini kerana, gula yang diambil daripada sumber tertentu boleh menyebabkan jerawat bertambah teruk dan berlakunya pelbagai masalah kesihatan yang lain.
3. Elak makanan yang diproses
Biasanyanya, makanan yang diproses cenderung lebih banyak gula, garam dan lemak daripada kuantiti yang kita perlukan. Ketahuilah bahawa, makanan yang anda masak sendiri di rumah lebih berkhasiat dan sihat kerana anda boleh mengawal apa sahaja bahan yang ingin dicampurkan. Elak makan junk food!
4. Makanan lebih sayuran hijau
Pastikan anda makan banyak sayuran hijau seperti beets, brokoli, bunga kobis, timum, kale, salad, bawang, kacang dan bayam. Lebih banyak sayuran yang anda makan, lebih banyak khasiat yang anda dapat untuk kulit dan kesihatan tubuh badan.
Foto: Giphy
5. Makan banyak berries
Sama seperti sayur-sayuran, lebih banyak antioksidan yang anda makan adalah lebih baik. Diet yang kaya dengan antioksidan boleh mengurangkan masalah jerawat. Makanlah berries yang sangat baik dan mengandungi antioksidan yang tinggi.
6. Minum teh hijau
Anda boleh minum teh hijau sepanjang tempoh diet kerana ia kaya dengan polyphenol. Untuk pengetahuan anda, polyphenol ini mampu meningkatkan aliran darah dan oksigen ke dalam kulit, memperbaiki keseluruhan penampilan tubuh dan juga kesihatan.
7. Dark Chocolate
Sekiranya anda teringin nak makan coklat ketika sedang diet, bertukarlah dengan mengambil dark chocolate! Jenis coklat ini lebih sihat keranan ianya rendah gula dan kurang susu.
Bukan itu saja, dark coklat juga mengandungi nutrien yang baik untuk merawat pertumbuhan jerawat. Sebaiknya, makanlah dengan kuantiti yang sedikit ya!
Jadi, lakukan acne diet ini untuk singkirkan seluruh jerawat pada wajah. Yang penting kena disiplin ya!
Semoga bermanfaat!
Sumber: Foreo.com
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|