|
Pelakon Jackie Chan, 64, mengaku beliau sering melanggan pelacur, mengabaikan anaknya dan kerap mengecewakan keluarga dengan kelakuan buruknya. Bagaimanapun, beliau berkata sudah insaf dan berubah demi keluarganya. Beliau membuat pendedahan berani itu dalam edisi terbaru buku terjemahan biografinya ‘Never Grow Up’ yang mula dipasarkan 4 Disember ini.
Kredit foto: New Strait Times
Dalam buku tersebut, Jackie Chan mendedahkan kehidupan peribadinya yang kucar kacir, suka berganti-ganti pasangan , tabiat pemarah dan kegagalannya sebagai seorang bapa. Beliau juga mengaku sejak muda beliau suka menghabiskan wang gajinya dengan melanggan pelacur, mabuk, berjudi dan hidup berpoya-poya. Malahan, beliau mengaku pelanggan tetap kepada seorang pelacur top digelar ‘Number Nine’.
Kredit foto: Neststark
Memetik laporan Daily Mail, sebelum mengecapi kejayaan di Holywood, Jackie Chan mempunyai seorang kekasih bukan artis yang mengasihinya sepenuh hati tetapi beliau melayannya dengan buruk sehinggakan hubungan itu tidak berkekalan. Beliau kemudian bercinta dengan artis Taiwan, Teresa Teng tetapi kerana sering merasa rendah diri atas kejayaan Teresa, beliau mula berkelakuan kurang ajar dan hubungan itu juga tidak berkekalan.
Kredit foto: Carian Google
Selepas Teresa, Jackie berkahwin dengan Joan Lin selepas Joan mengandung anak pertamanya, tetapi Jackie meninggalkanya apabila terlibat skandal dengan Elaine Ng, bekas pemenang Miss Asia 1999 sehingga Elaine hamil luar nikah. Jackie berkata ada mulut-mulut yang memporak-porandakan perkahwinannya dengan Joan Lin dengan menyebarkan cerita kononnya Joan sengaja mengandung untuk menjeratnya.
Kredit foto: Batam TribunNews
Selepas skandalnya dengan Elaine terbongkar, peminat mula mencemuh Jackie Chan. “Masa itu saya sangat sombong kerana mula mengecapi kekayaan, saya tinggalkan Joan Lin yang banyak berkorban dan anak lelaki saya Jaycee juga tidak menerima kasih seorang bapa’ tambahnya. Jackie Chan yang mengaku pernah ketagihan alkohol dan mempunyai masalah mengawal kemarahan kini menginsafi semua tindakan masa lalunya. ‘Saya betul-betul menyesali tindakan saya dahulu’ katanya.
Kredit foto: Tribun Jakarta
Walaupun Jackie bersikap sangat terbuka dalam bukunya itu, beliau tidak menulis sebarang cerita tentang anak gadisnya dengan Elaine, Etta Ng, 19, yang juga tidak mempunyai hubungan baik dengannya. Etta, seorang lesbian, kini sudah berkahwin dan hidup miskin susulan tidak diterima ibunya yang menentang gaya hidupnya. ‘Saya sering menolong kawan-kawan saya sedangkan keluarga sendiri terabai, saya bukan ayah dan bapa yang baik tetapi saya kini cuba menebus kesilapan lampau dengan membantu anak lelaki dan bekas isteri saya’ kata Jackie Chan lagi.
Nampaknya di sebalik pesona lakonan Jackie Chan yang sempurna di mata peminat, beliau bukanlah hero sejati di luar filem. -CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|