CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3002|Reply: 2

EKOR HARIMAU MALAYA jom ke Final Game - AFF SUZUKI CUP 2018

[Copy link]
Post time 6-12-2018 11:52 AM | Show all posts |Read mode
Gol yang diledakkan dari jarak jauh oleh pemain pertahanan kanan Harimau Malaya, Syahmi Safari tidak sehebat tendangan penalti yang melepasi gawang oleh pemain Thailand.


Jom sama-sama menyokong Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Disember 2018 untuk pertandingan akhir pusingan pertama Piala Suzuki AFF 2018.


Saya hilang kata-kata - Syahmi Safari


BANGKOK: Pertahanan kanan negara, Syahmi Safari mungkin menjadi pemain Malaysia yang paling lega susulan kegagalan Thailand menempah tiket ke final Piala AFF 2018 dan mempertahankan trofi itu.

Ketika anak buah Tan Cheng Hoe hampir berada di ambang final, Syahmi memberikan ‘bantuan terbesar’ buat skuad Gajah Perang itu apabila menghadiahkan sepakan penalti susulan bola terkena tangannya ketika saingan berbaki hanya setengah minit.

“Ketika itu, saya hilang kata-kata apabila pengadil memberikan sepakan penalti dan kad kuning kedua. Jadi saya terpaksa reda dengan keputusan yang diberikan.

“Kalaulah Thailand berjaya menjaringkan gol, memang itu berpunca daripada kesilapan saya tetapi rezeki sememangnya berada di pihak kita.

“Mujurlah jurulatih dan rakan sepasukan banyak memberi kata-kata dorongan. Bagi saya, perkara ini menjadi pengajaran paling berguna dan saya perlu bangkit daripada kesilapan ini,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan malam tadi.

Pada aksi malam tadi, pemain Selangor itu mendiamkan pelusuk Stadium Rajamangala apabila percubaan jarak jauhnya gagal ditepis Chatchai Budprom untuk Malaysia mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-28.

Bagaimanapun, sepakan penalti yang diberikan pengadil dari Jordan, Adham Mohammed Tumah Makhadmeh merentap semangat skuad negara namun tendangan Adisak Kraisorn melambung tinggi sekali gus memaksa gergasi Asia Tenggara itu menelan ego di laman sendiri.

Sekali imbas, tindakan Syahmi mungkin mirip dengan apa yang dilakukan penyerang Uruguay, Luis Suarez selepas menghadiahkan sepakan penalti kepada Ghana pada minit akhir masa tambahan suku akhir Piala Dunia 2010 apabila menahan percubaan pemain lawan menggunakan tangan.
Asamoah Gyan yang diberi tanggungjawab gagal menyempurnakan sepakan penalti terbabit untuk membawa Ghana ke separuh akhir sebelum mereka akhirnya tewas 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti.

Sama ada kebetulan ataupun tidak, jurulatih Ghana ketika itu adalah Milovan Rajevac yang sekali lagi menyaksikan tragedi sama berulang di Stadium Rajamangala, malam tadi.


  Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Disember 2018 @ 10:32 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2018 09:14 AM | Show all posts
Kekuatan vietnam adalah lorongan lorongan jitu oleh playmakers mereka yang bagus bagus. Taktik through pass begitu amat berkesan bila menentang pasukan yang leka menyerang hingga barisan pertahanan tertolak ke atas sedikit macam filipina serta malaysia di hanoi bulan lepas. Kalau malaysia ambil strategi kurang menyerang untuk mengelakkan barisan pertahanan tertolak ke atas,  pastinya penguasaan bola menjadi kurang sehingga membahayakan kubu sendiri . Maka aku rasa malaysia perlu memilih strategi meneutralkan playmakers vietnam dengan menugaskan Syamer dan Akram mengawal mereka  setiap kali vietnam menguasai bola

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 03:49 PM | Show all posts
defender masa 1 leg tu teruk beno, mungkin gugup atau mmg speed viet lagi mantap, apa2 pn, harap2 ada perubahan la, syahmi pn main kat sana...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.081354 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list