CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Tempatan] [EDISI KALAH] AFF Suzuki Cup : Malaysia (2) vs Vietnam (3)

  [Copy link]
Post time 12-12-2018 05:20 PM | Show all posts
hhihhiii bertambah faham
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2018 05:23 PM | Show all posts
knp player jdt yg nama kobing ke apa ke adik beradik tu x main ek? ada ramai lg player x main
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 05:23 PM | Show all posts
jengkoil replied at 12-12-2018 05:19 PM
payah benor nak paham..

refer table ni

hahaha...i like
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 07:29 PM | Show all posts
Edited by edoraixora at 12-12-2018 09:21 PM

senang cerita nak paham, untuk menang malaysia kena score lebih dari vietnam di hanoi nanti

kalo vietnam score 0, m'sia kena score 1
kalo vietnam score 1, m'sia kena score 2
kalo vietnam score 2, m'sia kena score 3
Begitulah seterusnya, hingga abg jamil mamp*s

Atau; seri 3-3, 4-4....dan seterusnya
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 08:19 PM | Show all posts
pilot replied at 12-12-2018 02:45 PM
meaning klu lepas habis 90 minit perlawanan 2nd leg final masih 0-0 akan drag ke masa tambahan ke? ...

Kalau 0-0 Vietnam dikira juara, sebab diambil kira jaringan di tempat lawan(Malaysia) iaitu 2 jaringan gol Vietnam. Malaysia hanya perlu menang sekadar 1-0 sudah memadai atau seri 3-3 dan ke atas.........
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 08:20 PM | Show all posts
edoraixora replied at 12-12-2018 07:29 PM
senang cerita nak paham, untuk menang malaysia kena score lebih dari vietnam di hanoi nanti

kalo  ...

Seri 3-3 sama pun Malaysia dikira menang jugak.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2018 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
highcastle replied at 12-12-2018 08:20 PM
Seri 3-3 sama pun Malaysia dikira menang jugak.......

Oh ya...tambah dlm senarai, malaysia menang kalau seri 3-3
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
pilot replied at 12-12-2018 02:39 PM
kan...sumareh tu mmg gitu ek style dia...bawak boleh dah cantik tp matlamat nk score kena betul2 d ...

Ya hampun mmg xde kesudahan kalau die pegang bola,kejap je kena curi balik.geram giler tengok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2018 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Login_ID at 12-12-2018 11:18 PM

moga keajaiban buat Malayia..

btw yg aku tak faham, kenapa iklan ni guna muka lofa, mmg dia duta ke?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2018 07:53 AM | Show all posts
Edited by Syd at 13-12-2018 08:22 AM

Rating pemain Malaysia

Farizal Marlias (penjaga gol) rating 8/10

Meskipun gawang negara dibolosi dua kali pada babak pertama, Farizal tetap memainkan peranan besar pada perlawanan ini. Dia berjaya menyelamatkan beberapa percubaan bahaya Vietnam termasuk ketika berdepan situasi satu lawan satu dengan Ha Duc Chinh.

Amirul Azhan Aznan (bek kanan) rating 6/10

Turun buat kali pertama bagi menggantikan Syahmi Safari. Berjaya mengekang serangan Vietnam namun kurang membantu Mohamadou Sumareh ketika menyerang kecuali satu peluang menerusi satu hantaran lintang menarik.

Irfan Zakaria (bek tengah) rating 6/10

Beraksi lebih baik berbanding ketika menentang Thailand pada separuh akhir kedua. Namun beberapa kali nampak goyah ketika diasak penyerang Vietnam tapi sumbangannya paling bermakna adalah ketika menghalang Phan Van Duc melakukan rembatan dalam kotak penalti.

Shahrul Saad (bek tengah) rating 9/10

Pemain paling konsisten Malaysia dalam kempen kali ini. Berjaya beberapa kali menyelamatkan situasi bahaya termasuk ketika perebutan bola tinggi. Gol pertamanya menjadi pencetus kebangkitan Malaysia dalam perlawanan ini.

Nazirul Naim Che Hashim (bek kiri) rating 6/10

Bermain agak efektif pada awal perlawanan namun kesilapannya ketika mengeluarkan bola hantaran lintang memberi ruang kepada Vietnam menghasilkan gol pertama. Terpaksa dikeluarkan pada babak pertama akibat kecederaan.

Akram Mahinan (pemain tengah) rating 6.5/10

Menguasai bahagian tengah namun di penghujung permainan permainanannya mula merosot dan hilang fokus selepas kehilangan bola.

Syamer Kutty Abba (pemain tengah) rating 7/10

Pemain yang cukup rajin untuk memenangi bola dan bijak mencari ruang untuk mengeluarkan bola meskipun diasak pemain Vietnam di bahagian tengah. Sepakan percuma yang diambilnya menjadi punca gol pertama Malaysia.

Mohamadou Sumareh (Pemain sayap) rating 6.5/10

Melaksanakan tugas seperti biasa melarikan bola masuk ke dalam kotak penalti. Kelincahannya mengundang masalah kepada Vietnam namun ada ketika menyimpan bola terlalu lama sehingga mudah dikawal pemain lawan.

Safawi Rasid (Pemain sayap) rating 7.5/10

Secara keseluruhan, Safawi belum beraksi di prestasi terbaik dan kesilapannya kehilangan bola di bahagian tengah menjadi punca gol pertama Vietnam. Tapi gol penyamaan menerusi sepakan percuma membuktikan dirinya masih menjadi aset penting kepada pasukan negara.

Norshahrul Idlan Talaha (Penyerang) rating 6/10

Mat Yo jelas langsung tidak diberi ruang oleh pemain Vietnam. Dia dikawal ketat dengan cukup agresif dan adakala kelihat kecewa apabila tidak mendapat sokongan rakan sepasukan. Digantikan dengan Akhyar Rashiod setengah jam sebelum permainan tamat.

Zaquan Adha Abd Radzak (Penyerang) rating 6/10

Tidak dinafikan ketua pasukan negara ini cukup rajin di atas padang namun kurang efektif sebagai penyerang utama untuk memegang bola di bahagian atas.


Pemain gantian


Akhyar Rashid – 6/10

Menggunakan kepantasannya untuk melakukan larian ke kawasan Vietnam namun sukar melakukan hantaran untuk menemui rakan sepasukan.

Adam Nor Azlin – 6/10

Dibawa masuk bagi menggantikan Nazirul Naim. Tidak banyak membantu bahagian atas ketika menyerang dan menerima kad kuning sebaik dimasukkan.

Syafiq Ahmad – 6.5/10

Dimasukkan menggantikan Amirul tapi tugasnya lebih kepada menyerang dalam usaha Malaysia memburu gol. Hampir menjadi wira menjaringkan gol kemenangan tapi sepakan percumanya ditepis keluar penjaga gol Vietnam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2018 07:58 AM | Show all posts


BARISAN kesebelasan utama Malaysia ketika final pertama Piala AFF Suzuki 2018 menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Foto MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2018 08:20 AM | Show all posts
Pemain bawa mentaliti di JDT ke skuad kebangsaan - TMJ
Madiha Abdullah, Astro Awani |  Diterbitkan pada Disember 12, 2018 17:22 MYT



TMJ menyifatkan winning mentality seumpama itu merupakan sesuatu yang diterapkan kelab Johor Darul Ta'zim (JDT).


BEKAS Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, memuji semangat yang dimiliki skuad Harimau Malaya untuk memburu gol dalam perlawanan akhir Piala AFF Suzuki menentang Vietnam, pada Selasa.

Tengku Mahkota Johor itu menyifatkan winning mentality seumpama itu merupakan sesuatu yang sememangnya diterapkan oleh kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), dan kini diaplikasikan pemain yang berada di kem pasukan kebangsaan.


"Di JDT, semuanya adalah mengenai 'Winning Mentality'. Saya 'push' para pemain saya 'to the limit'. Lama-kelamaan ia menjadi satu ketagihan.

"Mereka bukan sahaja melakukannya untuk kelab, mereka turut membawa mentaliti tersebut apabila bermain untuk negara. Saya bangga dengan kamu semua serta seluruh pasukan," katanya dalam satu entri di akaun Facebook Johor Southern Tigers.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2018 08:20 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2018 08:54 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 10:23 AM | Show all posts
Syd replied at 13-12-2018 07:53 AM
Rating pemain Malaysia

Farizal Marlias (penjaga gol) rating 8/10

moga matyo tak mencakar player lawan je kat hanoi nanti...jaga2 skit
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 10:33 AM | Show all posts
Syd replied at 13-12-2018 08:53 AM
Rating pemain Malaysia

Farizal Marlias (penjaga gol) rating 8/10

Sejak Irfan Zakaria mengambil tugas Aidil masa game menentang Thailand di Bangkok, prestasi tak berapa baik sbb goyah membuatkan perspektif aku dkt dia jadi hambar.

Anti betul aku dgn irfan tu...huhuhuh

Dengan kehilangan Syahmi dalam game menentang Vietnam, lagi la membuatkan rasa risau bertambah dgn prestasi pasukan Malaysia.

Harapnya 2nd round kat hanoi, Aidil & Syahmi dapat beraksi.

Nasib baik aku tak hilang suara dok jerit maki reff & player sesambil melalak sekali dgn ultras malaya..ahahaha

ko pg Hanoi ker? Tak sempat nak grab air asia tu.
dah penuh 2 kapal terbang..huhuhuh


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2018 10:57 AM | Show all posts
pemain vietnam main kasar dan kuat berlakon. sakit hati tengok. nasib baik jugak zaquan penyabar, kalau tk memang mendapat penyiku kapten vietnam hari tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 11:02 AM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 13-12-2018 10:33 AM
Sejak Irfan Zakaria mengambil tugas Aidil masa game menentang Thailand di Bangkok, prestasi tak be ...

rasa2 ada ramai tk yg akan bawa balik telekung kiriman makcik2 di kpg..?
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 11:11 AM | Show all posts
Aku paling tak berkenan dengan player no 14
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 11:36 AM | Show all posts
Trunkk_ZZ replied at 13-12-2018 11:11 AM
Aku paling tak berkenan dengan player no 14

pemain no. 14 tu Syamer Kutty. reen tgok dia rajin jer kejar bola
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.493896 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list