View: 5236|Reply: 30
|
[Tempatan]
Lebih 200kg sampah dalam rumah
[Copy link]
|
|
Keadaan rumah makcik Halus selepas dibersihkan. Gambar kecil: sebelum dibersihkan.
NILAI - Dek kerana keupayaan diri yang kini terbatas sejak terlibat kemalangan jalan raya Oktober lalu menyebabkan seorang warga emas terpaksa tinggal dalam keadaan kotor dan tidak terurus di Flat Taman Semarak di sini.
Menerusi program gotong-royong anjuran Pertubuhan Kebajikan Penduduk Nilai dan Pusat Libat Sama Masyarakat dan Jaringan Industri, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) kelmarin, lebih 200 kilogram sampah telah dibawa keluar dari rumah sewa Halus Nadek, 71.
Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Penduduk Nilai, Mohd Bajuri Abjat berkata, pihaknya mengetahui keadaan kehidupan warga emas itu pada kunjungan kali pertama dilakukan sebelum ini dalam sesi ziarah diadakan.
“Dua bilik penuh dengan pakaian dan pelbagai jenis barang dan satu lagi penuh longgokan sampah seperti barang lusuh, plastik makanan dan timbunan kotak.
“Bayangkan bagaimana warga emas yang terlantar terpaksa tinggal dalam keadaan begitu, memang tak selesa dengan bau busuk lagi. Sebab itu kami ambil inisiatif anjurkan gotong-royong," katanya.
Menurutnya, anak lelaki warga emas itu memberitahu pernah cuba membuang barang yang tidak perlu, tetapi dilarang ibunya.
Mohd Bajuri berkata, wanita berkenaan sewaktu sihatnya suka membawa pulang barang yang dikutip di tepi jalan dan lama kelamaan menyebabkannya semakin banyak.
"Makcik ini tinggal dengan anak lelakinya sejak empat tahun lalu selepas kematian anak perempuannya yang alami masalah kesihatan.
"Sekarang dia bergantung sepenuhnya dengan anak lelaki yang kerja sebagai pengawal keselamatan. Cuma, jarang ada di rumah kerana bekerja shif," katanya.
Sementara itu katanya, selain keadaan rumah yang kotor, masalah lain dihadapi ialah tiada kemudahan air dan banyak suis serta lampu yang rosak.
Katanya, wanita berkenaan turut mendapat bantuan bulanan RM350 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pernah dibantu oleh pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
"Pada program diadakan, seramai 100 orang yang terlibat dalam program gotong-royong terbabit yang bermula jam 9 pagi sehingga 12.30 tengah hari," katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ada satu episod upin ipin, opah tak bagi diorang buang barang2 lama sebab nilai sentimental. Mzz terus terpikir opah ni hoarder heheh |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg betoi la tu ada sejenis penyakit gini. Moga lepas ni lbh istiqamah menjaga kebersihan |
|
|
|
|
|
|
|
Barang sentimental kunun. Snap picca la sblm buang |
|
|
|
|
|
|
|
barang paling sentimental dalam rumah adalah tong sampah. benda tu la yang paling lama dengan kita dok pakai buat buang benda2 lain. |
|
|
|
|
|
|
|
I pun hoarder
Tapi berjaya gak buang selonggok barangan
Namun masih ada lagi
Cuma i bkn yg jnis sepah sampah la
I susun dan label cuma jd terlalu banyak smpai x smpat tengok pun
Mmg buruk perangai i yg ni
Masalah jiwa gak kot |
|
|
|
|
|
|
|
Suami aku ada penyakit ni..semuanya nak disimpan..kotak lah..brg sparepart yg xleh guna lah,kipas rosak lah..sterss tgk brg2 ni..nyemak je. Sudahnya aku kumpul2 dlm beg plastik hitam..ikat. Aku suruh dia buang...
Dia kata "mama semuanya nak buang"...eh,dah x boleh guna..buat apa simpan ye dak? |
|
|
|
|
|
|
|
clarizsa replied at 11-12-2018 10:27 PM
I pun hoarder
Tapi berjaya gak buang selonggok barangan
Namun masih ada lagi
I pun ada masalah sayang nak buang barang. Akan simpan dulu.. sampai masa yg sesuai @ tetiba je datang semangat nak clear, terus clearkan semua barang tersebut. Mental jugak la kot kan? Hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Oklahh 200kg sampah...dr yg kes masuk rancangan hoarders tu...sampah sampai bertan2...haishh |
|
|
|
|
|
|
|
I wish org2 tua n takde caretaker ni tambah plak tak upaya diletakkan di rumah jagaan. Bukan sbb kejam ke hsper but bior ada org jaga especially bab2 keperluan kesihatan. Bilik tak yah besor2 ringkas2 je... So takde kejenya nak mikir ngemas ke haper.. Makan ada org siapka... Ptg2 pi jln keliling compound tmpt tu buat taichi ke apa... |
|
|
|
|
|
|
|
sindrom betul hoarder ni. kalau iols tak suka la simpan2 wat nyemak je. setakat simpan barang sentimental tu boleh tahan lagi, yang pi kutip tepi jalan tu bawa balik memang sengal |
|
|
|
|
|
|
|
Mak iols ada penyakit hoader ni.. tp x kronik la. brg2 lama disimpan katanya sayang nk buang.. yelah dulu mak iols ni org susah jd dia mmg jenis betul2 syg kat barang2.. tp iols buang aje mana yg dh x pakai tu.. mula2 dia bising gak.. tp lama2 dia pon dh lupa psl brg yg dh kena buang tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
mily replied at 11-12-2018 10:44 PM
Suami aku ada penyakit ni..semuanya nak disimpan..kotak lah..brg sparepart yg xleh guna lah,kipas ro ...
Untung la dia nak jugak buang..laki aku kalau depan dia buat gini memang dia letak balik tempat asal..
Tunggu dia takde umah baru buang senyap2. Yg heran tu bila dah buang dia x prasan pun. Elok je idup. |
|
|
|
|
|
|
|
Makcik dah la tak sihat. Rumah kena la dlm keadaan bersih. Rumah kotor ni tikus lipas semua suka |
|
|
|
|
|
|
|
Bapak aku mcm ni semua benda dia nk ximpan termasuklah segala tin botol kosong. Mak aku pon ada sikit2 tp setelah dibrainwash bertahun2 baru sembuh sikit je penyakit hoader depa ni.keliling rumah aku penu atap lama kayu lama tayar lama.. Aku balik kpg je stress nengok rumah penuh ngan brg buangan. Bila byk nyamuk dia punyalah x mengaku yg barang byk dia tu kumpul nyamuk. Siap masa dia lepas kena gigit nyamuk pon dia kata nyamuk bukan dr rumah kitorang. Fuh.. Smlm aku n mak aku buang byk brg2 dia..
Aku rasa hoarder ni penyakit org tua2 yg jenis sayang nk letgo barang. Semuanya ada sentimental value bg dep |
|
|
|
|
|
|
|
mzzenma replied at 11-12-2018 08:05 PM
Ada satu episod upin ipin, opah tak bagi diorang buang barang2 lama sebab nilai sentimental. Mzz ter ...
sbnrnya mmg asal pengotor... tu je...
|
|
|
|
|
|
|
|
weezerfan replied at 12-12-2018 08:05 AM
Bapak aku mcm ni semua benda dia nk ximpan termasuklah segala tin botol kosong. Mak aku pon ada siki ...
klau tin kosong sentimental value apanya...
aku plak seme menda semak aku buang.... klau kat rumah ade menda takde tu org tuduh aku le yg buang haha
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru-baru ni I tengok siri drama korea Your House Helper. Drama ni bukan je pasal drama semata-mata, tapi dia ajar cara untuk uruskan rumah dengan baik. Cara bersihkan periuk, cara yang betul cuci kotoran pada pakaian, uruskan makanan dalam peti sejuk, dan macam-macam lagi tips di setiap episod.
Salah satu tips ialah macam mana nak uruskan barang-barang yang menimbun tak guna tapi sayang yang buang. Asingkan dalam kotak-kotak, tulis tarikh. Kalau kita takguna lebih dari 3-4 minggu (if I not mistaken) maknanya kena buanglah segala dalam kotak tu. Dan bagi barang-barang yang ada nilai sentimental tapi tak diperlukan, kita boleh 'simpan' barang tu dalam foto. Meskipun takde secara fizikal, tapi tetap kita akan ingat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|