CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4182|Reply: 15

'Masalah peribadi dengan manusia bernama lelaki selepas dicabul. Apa perlu aku b

[Copy link]
Post time 12-12-2018 03:24 PM | Show all posts |Read mode
Edited by aprazolam at 12-12-2018 11:46 PM

Salam dan selamat sejahtera.

Saya nak tnya pendapat pembaca budiman sekalian. Isu saya sedikit berat, dan tak pernah saya ceritakan pada sesiapa. jadi harapnya, pembaca di sini dapat bantu saya.

Saya pernah dicabul semasa saya sekolah dulu, dan kesannya sangat mendalam. Siapa orgnya biar saya sajalah yang tahu. Saya boleh berkawan dengan lelaki, tapi sampai situ saja. akhirnya saya ambil keputusan tak nak hidup dgn mana2 laki dan fokus kerjaya.

saya sangka saya mengawal emosi dengan baik, tetapi apabila saya mengambil keputusan  nak fokus kerjaya, jadi secara tak langsung saya akan diingatkan semula dgn kisah lampau. lebih pedih jika yang melakukannya  ialah insan yang rapat dgn kita. saya semakin tidak boleh fokus sebab kerja saya memang perlu b erurusan dgn situasi berkenaan. saya tak berani tolak kes, kerana saya takut saya dilabel tidak kompeten. tapi menangani isu tersebut memberi kesan yang sangant mendalam pada saya.

saya cuba untuk stabilkan diri, tapi susahnya. terfikir untuk ambil ubat, tapi siapa yang nak prescribed? hujung2nya saya perlu berdepan dgn rakan sekerja untuk Rx. saya tak mahu mereka tahu masalah saya. kesan makin mendalam bila saya semakin tidak boleh berurusan dgn rakan sekerja, terutamanya lelaki. judgment saya makin kabur. dendam saya dgn lelaki makin membuak-buak.

ibu dan ayah saya risau, bawa saya ke perubatan alternatif, katanya ada jin yg sukakan saya. mungkin juga. sebab saya selalu mimpi pelik2. saya tidak pernah menikkan kewujudan makhluk tersebut, tetapi saya rasa masa silam saya turut menyumbang kpd gangguan emosi saya. bukan jin semata.

saya sambung belajar, dan entah kenapa saya ambil bidang yg buat saya berdepan dgn org senasib dgn saya. kononnya nak self-treat. padahnya, tuhan yang tahu. kawan sekerja lelaki cakap sikit, saya marah, usik sikit saya marah, yg cuba try saya, lagilah saya buat bodoh je.

saya jadi tak boleh tidur, mengelamun dan segala simptoms masalah emosi yg tersenarai dalam DSM dan ICD ada dekat saya. saya nak buat tx, saya mmg takut sebab bidang saya kecil. semua kenal semua. mereka professional, tapi sayalah... ganggu semua kerja saya. lelaki puji saya nak mengamuk, rasa macam nak cekik2 je. ada yg minta nombor sy di kaunter saya marah subordinate saya, pada hal mereka bukan tak tahu etika tak boleh bagi nombor. mereka pun tahu jaga maruah saya, tapi saya cepat melenting.

paling taruk apabila kami perlu bincang kes, saya tak boleh nak bincang depan rakan sekerja bila ada kes seumpama saya. mereka org bijak2, belajar penyakit, saya selalu takut mereka sebenarnya tahu, tapi pura2 tak tahu.
Saya juga perasan saya dah makin malas nak solat, fasa yang sama masa saya mula2 dicabul dulu. Baru2 nie, ayah kawan saya pun ada mencuba, tapi macam biasa, saya jenis takut nak bersuara. dan sebelum-sebelum tu ada lagi beberapa lelaki yang mencuba, dan ada yg memang dah berjaya buat bnd tak baik pada saya. kecewa sgt rasanya hati nie sebab yang buat tu nampak baik, dan berkerjaya juga. Saya mula tak selesa dgn colleague saya bila mereka dah mula gurau lucah2 depan saya, menyebabkan saya rasa mereka tak hormati kehadiran saya di situ. nak cakap, cakaplah tapi bukan di hadapan saya. Bila saya bentangkan kes yang berkaitan, dengar. Jangan gelak2, buat saya rasa mereka tak hormat apa yang dilalui. Kalau tak faham, sebab x pernah lalui tak apa, tapi hormatlah rasa orang lain. Susah sgt ke? Benda serious, jadi bahan ketawa. Bukan kata mereka tak serious langsung, tapi nampak macam isu ni dipandang enteng. cuba kalau kena dekat ahli keluarga sendiri, baru nak tahu rasa? Dalam hidup saya, saya sangat susah bercakap dgn lelaki, cuma dengan colleague, suka tak suka, nak tak nak kena tetap bercakap. kena professional. tapi bila dah nampak saya boleh dibawa sembang selain urusan kerja, mulalah nak lebih2. Yang tua tu kadang2 kita hormati sebab senior, tapi anggap kita mudah pula. Stress!

Kalau saya beritahu keluarga, pastinya ayah akan kata, pakai elok2, jangan ketat2. dah berjubah, tudung litup bagai, tak jaga aurat lagi? cakap bnd perlu sahaja, tak jaga ikhtilat lagi? memanglah semuanya salah saya.

apa perlu saya buat?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2018 03:39 PM | Show all posts
Aku just nak confirmkan isu kau ialah kau benci dgn lelaki kan? And kau minta solution mcm mana nak atasi mslh benci lelaki yg kau alami ni?

Betul ke pemahaman aku?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2018 03:58 PM | Show all posts
himeros replied at 12-12-2018 03:39 PM
Aku just nak confirmkan isu kau ialah kau benci dgn lelaki kan? And kau minta solution mcm mana nak  ...

ye. sebab dah makin melarat sampai kat tempat kerja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2018 04:22 PM | Show all posts
himeros replied at 12-12-2018 03:39 PM
Aku just nak confirmkan isu kau ialah kau benci dgn lelaki kan? And kau minta solution mcm mana nak  ...

Atau mungkin pada cara-cara saya nak berinteraksi dgn lelaki di tempat kerja tanpa perlu tunjuk melawan.

Nature tempat kerja saya tu memang jenis usik mengusik sebab stress... bukan kata kerja orang lain tak stress, tapi usik mengusik tu salah satu coping mechanism lah kot.

Hari tu saya makan di kedai, biasalah kena kacau apa semua, sampai saya nyaris2 tak flip meja. Tapi saya kurang pasti sama ada cara laki tu ke yg melampau, atau saya yg sebenarnya sensitif melampau-lampau.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 06:22 PM | Show all posts
Edited by himeros at 12-12-2018 06:32 PM
aprazolam replied at 12-12-2018 04:22 PM
Atau mungkin pada cara-cara saya nak berinteraksi dgn lelaki di tempat kerja tanpa perlu tunjuk me ...

Okay. Aku ni bknlah seorang yg pakar dlm bidang psikologi. Since kau perlukan pendapat, so I'll try my best to give you one. Aku rasa kau perlu balik semula kpd akar mslh kau iaitu kau start benci lelaki bila kau pernah kena cabul dgn lelaki. Since then, kau ada persepsi yg sangat kuat iaitu lelaki x boleh dipercayai. Dan persepsi tersebut most of the time negative.

Aku rasa apa yg kau perlu sedar dan jelas ialah hanya SATU lelaki shj yg pernah cabul kau! Dan lelaki yg SATU tu BUKAN lelaki2 yg lain. So, lelaki2 yg lain tu tak berdosa dan tak deserve emosi negatif kau sebab mereka bukan pencabul. Yg paling penting mereka x pernah cabul kau. Yg pernah cabul kau hanya SATU LELAKI yg kau sendiri tahu siapa.

In this context, kalau kau rasa kau nak beremosi dgn mana2 lelaki, kau ingatkan diri kau selalu, apa yg aku tulis dekat atas ni. Kau boleh nak marah dan emosi tp biarlah kena pada subject yg tepat iaitu pencabul kau. Bkn lelaki2 yg lain yg langsung x berdosa dan bukan pencabul semestinya.

X semua lelaki sama. Jgn sebab satu lelaki buat onar dekat diri kau, kau terus pukul rata semua lelaki sama. Dkt situ kalau kau perasan, kau sendiri dah meletakkan beban ats diri kau sendiri. Aku fhm kau marah dgn pencabul kau tp itu tak bermaksud kau harus heret emosi kau kpd mereka yg x bersalah. Bila kau heret emosi kau kpd mereka yg x bersalah, kau sendiri rasa terbeban kan?

So, be rasional sis. Aku belajar satu benda dlm hidup ni apa pun yg kita pernah alami jgn pernah biar perasaan menguasai kita. Dahulukan akal sebaik-baiknya insyaAllah hidup kau akn kembali pulih sikit demi sikit.

Aku rasa kau patut move thread ni ke masalah peribadi. Bod dunia lelaki ni mcm x bnyk sangat forumers masuk. Nnti aku try minta tolong mod/supermod utk transfer thread kau ni ke bod masalah peribadi. Dkt bod situ lebih bnyk forummers berkunjung. Nnti kau boleh dpt mcm2 pendapat.

One more thing, edit sikit tajuk thread kau ni. Kalau kau just tulis 'Pendapat' nnti org x masuk jengah. My suggestion kau tulis gini 'Masalah peribadi dengan manusia bernama lelaki selepas dicabul. Apa perlu aku buat?'

cc: @mziskandar @seribulan   







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2018 10:58 PM | Show all posts
Edited by aprazolam at 12-12-2018 11:17 PM

Pertama terima kasih sebab sudi membalas. I could tell how hard you tried to give me suggestions. Thank you for the effort.

Kedua, sejujurnya saya tak tahu macam mana form nie beroperasi, dan saya belum sempat explore macam apa yang ada di sini, jadi saya main tekan je. Jika puan/ encik berpendapat di bahagian lain (saya kira) lebih baik, saya ok je. Saya memang berharap kalau2 ada perempuan senasib saya yang berjaya lalui masa silam dengan jaya boleh berkongsi teknik yang degunakan (selain berjumpa pakar dan menyertai support group- ini yang paling saya nak elakkan sebab tak mahu berjumpa dengan circle yang sama).

Untuk pengetahuan tuan /puan, saya berjaya menyimpan masa silam dalam satu kotak sehinggalah sekarang. sebab kerja saya menuntut saya berhadapan dgn situasi tersebut. Masa posting pun dah mula dah sikit2, tapi masa tu boleh lari2 lagi.

Cubaan tuan/puan to challenge my negative thought somewhat really shaken me. Munkin betul kata puan/ tuan. saya perlu betulkan cognitive saya dulu. It is always easier said than done, tapi saya minta doa tuan/ puan sebab saya sekarang macam dah tak stabil dah. kerja semua tak jalan.seandainya cuma mengganggu hidup peribadi saya, tak menagapa lagi. Ni saya bimbang sebab dah hampir merosakkan periuk nasi saya. saya hilang fokus. bertindak mengikut emosi. judgment lari. dan saya paling takut saya dah tak nak solat, macam mula2 saya kena dulu. Boleh gila saya dibuatnya.

Thank you
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2018 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt.. Sy xde pengalaman perit mcm awk. Tapi sy bersimpati dgn apa yg awk alami. Sedih dgn sikap pencabul. Mereka mmpu letakkan kesan kepada org lain. Trauma seumur hidup. Btw, nick name awk sma mcm ubat yg sy prescribed from my doctor. Hehe

Apa yg boleh kongsi dgn tt, xbyk pun. Saya salah seorang pesakit psikiatri ye tt. But my problem is anxiety + vaginismus. Itu jauh drpd masalah yg awk alami.

Tp apa yg sy boleh kongsi adalah, pengalaman sy ddk sekitar org yg went through the same situation like you.

To be honest, jabatan psikiatri juga semakin lama semakin menerima bilangan pesakit yg ramai tau. Saya igt pejabat psikiatri kosong je dkt hospital, rupa rupanya ramai. Ramai yg tggu treatment masing2.

Bercakap berkenaan psikologi bukan satu perkara yg mudah utk di ubati since perkara tu berkaitan dgn hati, minda dan rohani setiap pesakit. Benda tu ambik masa.

Tp sy mengenali pesakit yg went through pengalaman perit dicabul masa dkt jabatan psikiatri.

A, dicabul oleh abg kandung sendiri seusia 8 tahun. Abg dia 14 thn. Lebih dasyat bila abg dia molested dia smpai dia suka perbuatan tersebut. Dia start dicabul sejak puberty hit her bro. Since situ, dia ckp abg dia kerap molest dia. Since sex education dulu x meluas sgt, kanak2 lelaki dan perempuan tidak diberi ilmu ttg apa yg salah apa yg betul.

Kemuncaknya bila dia berusia 10 thn, period dia dtg. Dia ckp dkt mak dia, ada darah keluar, mak dia start situ baru concern ttg penjagaan anak perempuan, which is A BIG MISTAKE as parents bila rasa anak dh period/mimpi basah baru nak terang ttg apa yg betul dan apa yg salah bila berkaitan seks. Tapi benda dh terjadi kan. Ok back to topik, dia cakap dkt mak dia, dia sakit perut which is dia pertama kali merasa period cramp. Then mak dia ckp itu normal. Then dia ckp tp knp abg buat x rasa sakit, rasa "geli". Which mean geli tu dia merujuk kepada stimulated lah. Mak dia terkejut, mak dia tnya jauh lebih dalam perkara tu. Dh tahu tu, dia ckp mak dia menangis kecewa. Mgkin sbb rasa bersalah dkt kedua dua ank. Both parents busy kerja, mereka smpai x sempat nk ajar anak ttg perkara yg majority parents pandang remeh. Mereka igt budak2 xkn pandai meneroka.

Mujur mak dia percaya, dan inilah perkara yg selalu sy simpati dkt mangsa cabul baik lelaki atau pmpn, bila mereka jujur ckp mereka dicabul, mostly parents x percaya. Sbb mereka budak2. Memang totally bodoh sgt. Sbb tu lah mostly mangsa, berdiam diri. Mereka akan rasa malu dan takut. Itu elemen yg selalu ada dlm diri mangsa.

Then, mak dia discuss dgn bapa dia. Bapa dia pun alert dan mereka confront her bro. Masa tu umur abg dia dh pun 16 thn. Memang kena kaw2lah abg dia masa tu. Tapi abg dia insaf. Yes, he throughly insaf tau. Sbb kan malu, abg dia mntk masuk sekolah berasrama.

Dia igt benda tu akan berlalu mcm tu je. Since smua dh settle. Rupanya, bila dia dh injak usia remaja, alam menengah. Peristiwa tu menghantui dia. Dari situlah perasaan benci, jijik dgn diri sndri, dia rsa xlayak utk bersama dgn lelaki lain, develop dlm diri dia.

Dia menangis dan menangis. Dia jujur dgn parents dia xtahu mcm mna nk buat. Sbb smpai stu tahap dia ckp nk commit suicide. Masa tu parents dia hantar dia dkt psikiatri. Masa umur dia develop dgn rasa2 negatif tu, dia dh usia 16 thn. Dh pun besar dan remaja.

Right now she already 18. Dh 2 thn buat rujukan dgn jabatan psikiatri dan LPPKN.

Tp dia sndri ckp, nk melawan perasaan tu, xboleh fight sorg. Kena ada usaha bersama org sekitar yg terdekat. Family, kwn2 dan etc. Maksodnya org yg do matter dlm hidup mangsa.

Dia peroleh benda tu. Right now dia sgt positif dan happy girl. Dia fully recover. But, still buat rujukan sbb dia sndri request to the doctor utk teruskan jugak proses rawatan.

Masa sy jmpa doktor pun, sy jujur ckp. Mental health sgt penting. Ramai yg pandang remeh ttg mental health. Sedangkan WHO pernah bahas, utk tahun terdekat nanti, depression which is one of mental health problem akan jadi 3 penyakit paling tertinggi dalam carta dunia. Carta dunia ok.

So bgi sy, yg pertama tt kena terima dan spot masalah tt. Kedua, do seek a doctor. Awk xboleh fight alone dlm bilik sorang2 ttg apa yg awk alami. Awk mmg xboleh. Sbb as you grow older, awk akan bertemu mcm2 ragam manusia. Dan mcm forumer yg lain ckp, bkn semua laki pencabul. Not them all.

Always look at the mirror, ckp yg baik2 ttg diri awk. Jgn pandang cermin dan nmpk diri awk teruk dan etc. Itu adalah permulaan hari mcm mna awk develop negatif dlm diri.

Nasihat sy, please do seek a doctor.

Mmg pada awal permulaan awk akan rasa malu dan segan. Mcm2 rasa ada. Mcm sy ckp 2 elemen yg mula2 ada adalah malu dan takut, tp lepas tu dia develop to pemarah dan pembenci.

Sebenarnya, awk tgh bebankan diri awk. Sedangkan si pencabul? Happy bukan?

Jdi, cari yg terbaik, jmpa doktor.

Dgn melakukan stu anjakan paradigma atas diri awk, awk akan nmpk, awk sebenarnya super strong. Ingat, Allah bagi ujian dkt hamba dia, mengikut tingkat kemampuan hamba menanggung.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2018 11:07 AM | Show all posts
Edited by aprazolam at 18-12-2018 11:22 AM
Blackpanther replied at 17-12-2018 06:27 PM
Tt.. Sy xde pengalaman perit mcm awk. Tapi sy bersimpati dgn apa yg awk alami. Sedih dgn sikap penca ...

Terima kasih sudi memmbalas.

Pertama, yes mental health is real. Hanya yang pernah alami sahaja yang tahu betapa pedih dan jerihhnya.

Terima kasih kerana berkongsi dx pakar pada saya, amat saya hargai, and yes anxiety probably is one of the etiology of the vaginismus you're experiencing. I supposed, you are married, so I am going to address you as puan (correct me if I am wrong  though). Saya doakan pasangan puan memahami masalah puan berkenaan dgn vaginismus, hence he could work on it together with you. bila ada yang memberi motivasi, rasa lebih bermotivasi lah kan?

Sebab saya assume yang saya akan develop bnd yang samalah, saya memang tak mahu berkahwin. Biar mak ayah saya bising, biar satu dunia bising. peduli apa saya. itu pilihan saya. adalah lelaki yang pernah dan masih saya suka, tapi bila nak move forward tu perlu kahwin, dan perkahwinan mana yang tak mahukan anak. Saya nak ada yg pangginl saya ibu. teringin nak rasa bawa baby, delivery apa semua. Tapi  bila fikir semua tu kena perform SI, saya jadi... alahaiiiiiiiiii................... Macam mana  lah aku nak buat kalau aku rasa jijik? Dgn lelaki yang saya suka pon saya asyik on off je. Bila dia tunjuk minat, saya mulalah nak rasa jijik. Saya kenal dia masa saya tgh posting waktu belajar dulu. Dan sekarang berkhidmat di lokasi yg sama. Cuma, saya bersyukur sangat sebab dia ditempatkan di department lain. Tak perlulah saya berhadapan dgn dia. Nampak dia pun saya lari2 kalau terserempak atau  berselisih tu. Takpelah, mungkin saya boleh suka je kot. nak lebih drpd tu, tak kut. Takkan adalah saya nak merasa melahirkan tu macam mana, baby panggil ibu tu mcam mana. Mungkin rezeki saya di bahagian lain, insha-Allah
Cuma bagi saya, puan perempuan yang kuat kerana tidak membiarkan emosi membuat keputusan bagi pihak puan. Tahniah, saya ucapkan.

Bagi saya, saya berpendapat saya tidak develop sebarang anxiety, tapi lebih pada depression, hence symptoms yang paling pronounce sekali, anger and lately, sleep deprivation though I have controlled over my sleep hygiene quite intensely.

Saya meluat. meluat dgn semua. meluat dgn semua yang suruh saya kawin. meluat yang tak hormat pendirian saya untuk tidak mahu berkahwin. meluat dgn lelaki yang tak faham bahasa, meluat dgn kawan2 yang kerja dalam bidang yang melibatkan isu seperti saya, tapi gelak2. Meluat dgn keluarga dan kawan2 yang tak habis2 kata saya pelik. meluat dgn semua. kecewa. semua. sebab mereka meng'impose' value atau menembak 'value' mereka tanpa menghormati pendirian org lain, sedangkan saya tak usik pendirian mereka. Kelakar manusia, selalu rasa apa yang baik untuk mereka baik juga untuk orang lain. Tak tahuke personality, past experiences, biological traits semuanya tak sama. boleh berpendapat, tapi jgn sesekali 'impose' dalam berpendapat.


Saya empati dgn apa yang berlaku pada individu yang puan kongsikan pada saya. Dan tumpang gembira yang dia kembali positif setelah  berjumpa pakar. Percayalah puan, saya nak sangat berjumpa pakar. tapi penyelesaian tersebut tidak boleh diaplikasi pada saya atas alasan yag tertentu. It is not even an option for me. saya percaya pada pendekatan mental health specialist. betul. sebab mata saya dah menyaksikan ramai yang berjaya after prolonged tx, together with rx.

Saya dulu berjaya hidup tanpa developing all the symptoms, tapi sebab kehendak kerja, secara tak langsung I eventually dwelled over my past. MY functionality is severely impaired. People started to avoid me simply because I turned out being a monster easily. My cognitive distortions are way too pronounce but I am stuck. I wanted to break the vicious cycle but I was left with no feasible option. It was so tensed to sehinggakan saya dah tak boleh fokus kerja. Asyik flight of ideas je.

Or probably, should I leave my job?

Satu lagi saya nak tanya, individu yang puan temui di psychiatry department tu, ada develop rasa putus asa dgn  tuhan selain suicidal ideation?

Terima kasih puan sekali lagi sebab empati. Saya boleh rasa ketulusan hati puan memberi cadangan. Doa saya moga puan bahagia bersama insan tercinta dan seandainya bercahaya mata, puan dapat menjadi ibu yang lebih peka dan prihatin. Kita sama2 doa ye, puan.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2018 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
aprazolam replied at 18-12-2018 11:07 AM
Terima kasih sudi memmbalas.

Pertama, yes mental health is real. Hanya yang pernah alami sahaj ...

Majoriti yg jumpa psi kebanyakan mereka 30% ada idea of suicidal sebenarnya. Like mcm kes rogol memang lebih berpotensi.

Setakat kes saya, saya hanya depression sahaja. Xde lah sampai nk bunuh diri even dimulut ada cakap mcm tu.

But in term of losing faith on God, yes. I do feel that before. Always, tambah2 when my husband pushed me aways sbb dia take vaginismus saya as personally which is dia selalu fikir saya perbesarkan masalah ketakutan saya. Besides, dia blown out selalu tentang isu ini, i cant focus on cure myself.

Senang kata he's not supportive lah.

Kemuncaknya ialah bila saya kuat utk fight for myself is, i started to meet doctors. Yes, bkn semua doctors sebenarnya akan luahan rasa empati dlm keadaan penyakit saya. Sbb my 1st appointment when i met o&g expert, mereka boleh cakap dkt saya "beranak lagi sakit"

I'm a patient, a vaginismus patient, doctors salah bila cakap mcm tu sebenarnya. Sbb tu kena rujuk yg betul2 handle kes ni. Dlm malaysia mmg xbyk tahu ttg vaginismus but still ada dlm malaysia.

So right now, i'm focusing on that expert lah. Mereka tahu cara pendekatan yg sesuai.

Like my depression pulak, thank God, saya jmpa doktor yg membantu juga.

The problem is when you keep silent shallow all of your pains, itulah yg buat your life bitter sebenarnya.

At least you must step out, keluar dari your "comfort zone".

Talk to someone that you could trust, lets them share all of your pains.

Thats is how doctors psikiatri buat.

Mereka tidak judge you. Mereka mendengar. And jujur i katakan, setiap appointment i, habis je jumpa doktor, i mmg rasa lega. I rasa energetic and semangat tau.

My doctor said to me regarding my husband, that is okay if he dont want to support you. You support yourself. You can do it cause you're amazing woman.

Since there, walaupun i rasa less women due to my vaginismus, i masih nk senyum dan nk fight smpai i pulih.

Sbb kuncinya senang sahaja, do have faith that you can overcome your own trials. Along the journey yg you bakal lalui tu, yg ada perit jerih tulah yg bakal jadikan you a woman of strength. Trust me
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
aprazolam replied at 18-12-2018 11:07 AM
Terima kasih sudi memmbalas.

Pertama, yes mental health is real. Hanya yang pernah alami sahaj ...

Kalau awk berhenti kerja, kerja yg baru adakah awk yakin takkan jumpa environment yg seperti sekarang?

Btw thanks doakan saya. Aamiin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2018 04:46 PM | Show all posts
Blackpanther replied at 18-12-2018 08:43 PM
Kalau awk berhenti kerja, kerja yg baru adakah awk yakin takkan jumpa environment yg seperti sekar ...

Kalau saya tukar budang sepenuhnya, insha-Allah, saya rasa environment kerja saya akan banayk berubah. Cuma tulah, kalau selalu di rumah (kerja saya selalu tak di rumah), saya bimbang juga banyak masa berfikir pula.

Tapi, saya berpendapat, sampai bila nak lari. Hari ni lari mungkin selamat, tapi akalu saya berhenti kerja, ya Allah.... it costs me a fortune, puan.

Terima kasih bertanya.
Jaga diri ye, puan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2018 04:57 PM | Show all posts
Blackpanther replied at 18-12-2018 08:41 PM
Majoriti yg jumpa psi kebanyakan mereka 30% ada idea of suicidal sebenarnya. Like mcm kes rogol me ...

Terima kasih atas cadangan puan saya bertemu doktor, insha-Allah, bila berkelapangan akan saya pertimbangkan.

Simpati saya berkenaan dgn suami puan yang kurang memahami masalah puan. Barangkali kurang ilmu dan pendedahan dalam isu kesihatan mental, dan kolerasinya dgn masalah kesihatan fizikal masih  belum mendapat tempat dalam masyarakat kita. Betul kata puan. dihujungnya, kita cuma ada diri sendiri. bukan mak ayah, adik-beradik, sahabat baik, pasangan, tapi kita sendiri yang perlu kuat dan tabah. Pernah sekali saya kendalikan kes berkaitan, dan jujurnya seperti puan, saya cukup kecewa dengan penerimaan pasangan yang sangkakan apa yang dialami isteri sebagai 'main-main' dan 'tak ada apa2'. Senyum sendirian saya mengendalikan isu seperti ini, kadang nampak yang wanitanya tersipu malu dgn saya punyai suami yang tengking-tingking, marah2 langsung tak menunjukkan support pada situasi isteri. terfikir juga, agaknya lelaki mungkin tak boleh terima wanita yang serba kekurangan. mereka cuma sayang kita pada waktu kita sihat, maka boleh jaga makan, pakai dan tempat tidur mereka dengan baik. Itulah salah satu sebab saya kurang berminat untuk mengakhiri zaman bujang. Tambah2 lagi budaya kita yang wanita perlu ada daralah, apalah.

Tapi saya yakin puan kuat. cara puan menulis menampakkan yang puan sangat kuat. Moga Allah bantu puan dengan setiap kesulitan yang puan alami. kalau bukan hari ini, mungkin esok lusa suami puan akan faham. kalau dia tak faham2, insha-Allah kalau puan ada anak lelaki, saya yakin puan akan didik anak lelakui puan sebaik mungkin...

Doakanlah saya ye puan...saya teringin nak rasa mengandug tu seperti apa, ada budak kecil yang panggil saya ibu.  tapi bila fikir balik semua tu saya kena kawin, pastu nak SI, saya simpan kehendak saya dalam2.

Puan masih dalam rawatan?
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2018 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
aprazolam replied at 23-12-2018 04:46 PM
Kalau saya tukar budang sepenuhnya, insha-Allah, saya rasa environment kerja saya akan banayk beru ...

Awak bekerja dlm skop perubatan ye?
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2018 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
aprazolam replied at 23-12-2018 04:57 PM
Terima kasih atas cadangan puan saya bertemu doktor, insha-Allah, bila berkelapangan akan saya per ...

Ye saya dlm rawatan. Alhamdulilah...

Dulu sy stop sbb saya rasa exhausted dgn suami. Bukan senang sbb vaginismus ni berkaitan isu hubungan seksual. So sepatutnya orang yg lebih menolong dan beri sifat empati ttg keperitan isteri adalah suami. Tp bila suami xpernah beri support. Skrg saya rasa tiba masa saya bergerak solo. Memang perit hati, tapi saya kuatkan hati dan semangat.

Dan saya lebih semangat bila saya buka "luka" ni kepada kawan2 saya, saya ingat mereka akan gelakkan saya, rupa rupanya saya diberi kekuatan oleh mereka.

Since there saya rasa semangat yg sgt2. Lega sgt2.

Sbb tu kalau kita nk bangit, cabar diri utk keluar dari comfort zone kita. Memang kena cabar diri. Supaya kuat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2018 01:12 PM | Show all posts
Blackpanther replied at 23-12-2018 10:57 PM
Ye saya dlm rawatan. Alhamdulilah...

Dulu sy stop sbb saya rasa exhausted dgn suami. Bukan sena ...

Alhamdulillah, puan dikelilingi kawan2 yang supportive.

Tahniah puan, kerana kuat meneruskan perjuangan walaupun kurang mendapat dorongan suami. Teruskan rawatan ye, puan. Nanti boleh beri inspirasi pada individu2 lain yang senasib dgn puan
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
aprazolam replied at 24-12-2018 01:12 PM
Alhamdulillah, puan dikelilingi kawan2 yang supportive.

Tahniah puan, kerana kuat meneruskan p ...

Alhamdulilah. Allah tu Maha Adil sebenarnya. Di saat suami yg sepatutnya memeluk saya erat dan bisikan kata2 semangat dkt saya, tp suami pulak "lari".

Tp Allah hadirkan teman2 yg sejati yg memberi semangat utk saya. Kuatkan diri saya.

Ye, skrg ni mmg saya menanti hari2 utk melakukan rawatan shj, walaupun tanpa suami.

Azam 2019 xnk sedih2 atau mundur. Saya nk mara kehadapan dan terus maju.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.290076 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list