CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1634|Reply: 12

Gajah tidak cukup berat, tulang timbul tetap dipaksa buat aksi sarkas untuk hibu

[Copy link]
Post time 12-12-2018 03:46 PM | Show all posts |Read mode
Si jumbo nie lagi kurus dari aku !! ya allahhh kesian nye


SEEKOR gajah yang kekurangan berat badan telah dirakaman melakukan latihan persembahan di sebuah zoo yang kelihatan kosong.
Gajah betina dewasa itu dilihat melakukan aksi tersebut di ladang buaya yang terletak di Samut Prakan, Thailand dengan ditonton oleh beberapa orang pengunjung pada Jumaat.
Tulang haiwan mamalia itu yang jelas kelihatan cuba menyeimbangkan badannya pada dua meja kayu sebelum diturunkan dan berjalan di atas tali logam yang tegang.
Gajah tersebut berhenti di tengah-tengah, berpusing dan berjalan kembali.


Rangka haiwan itu menunjukkan bahagian pelvis dan bahunya timbul serta kulitnya pula nampak menggeleber.
Aksi itu menimbulkan kebimbangan seorang pengunjung yang melawat ke Ladang dan Zoo Buaya Samutprakarn tersebut.
Individu yang merakamkan klip itu tetapi enggan dikenali berkata: "Saya telah melawat zoo itu sejak dahulu kerana saya suka melihat haiwan.


Gajah itu melakukan persembahan di hadapan beberapa orang pelawat


"Tetapi ketika saya melawat zoo itu pada minggu lalu, saya kecewa ketika melihat keadaan salah satu gajah mereka.
"Gajah tersebut kelihatan sangat kurus dan lemah, saya berasa sangat kasihan kepadanya, saya fikir dia memerlukan bantuan.
"Saya tidak mahu mengatakan apa-apa yang tidak baik ke atas zoo itu, kerana mungkin ada  masalah dan mereka tidak mampu untuk menjaga gajah tersebut.
"Saya ingin orang ramai membantu gajah itu."
Jurucakap zoo itu berkata bahawa semua gajah di taman itu dalam keadaan "baik".
Beliau berkata: "Tidak, tidak, tidak, gajah-gajah di sini semuanya sihat, semuanya baik, tidak ada yang kurus.
"Mereka semua makan dengan baik, mereka membuat persembahan pada setiap hari." - Mirror UK





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2018 03:52 PM | Show all posts
Allah kesiannya kat gajah tu
Baik apanya. sampai tulang pun boleh nampak!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 03:59 PM | Show all posts
kesiannyaa. tak blh tgk
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 04:03 PM | Show all posts
gampang la jenis aniaya binatang semata utk kepuasan
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 04:15 PM | Show all posts
kesiannya..kurus sampai tulang tersembul gitu.. bagilah mkn yg cukup supaya gajah tu sihat..dirawat apa yg patut..jurucakap zoo tu buta ke apa..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang gajah2 kat thailand dirampas dari mak gajah.. abuse
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2018 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasihannya kt gajah ni...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah diseksa lepastu disembah.

Serupa ja dengan Keling...Tuhan sendiri dijual
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2018 01:57 PM | Show all posts
kenapa la disiksa gajah2 tu.xcomel dah Nampak tulang2 gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 03:10 PM | Show all posts
kesiannya..
gajah kat grik lagi sihat walafiat..siap kejo keta laagi..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 03:13 PM | Show all posts
Sedih keadaanya elok boikot je dari tengok show yang menyiksa binatang macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 04:52 PM | Show all posts
igtkan org2 thai hormat gajah lebih dari org2 lain.. ada jugak yg mendera gajah kat sana eh.. dorg percaya tulah gajah kotttt..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 08:24 PM | Show all posts
PETA nih sekejap jah bising2 psl nasib gajah2 di Thailand. entah apa fungsi dia org sejak kebelakangan nih... heboh dgn buat photoshoot porno jah. semoga ahli2 PETA dan manusia yg menganiaya hewan mati dipijak gajah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.095415 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list