CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 881|Reply: 0

Kesalahan Jalan Raya, Sejauh Mana Anda Boleh Dihukum?

[Copy link]
Post time 13-12-2018 06:13 PM | Show all posts |Read mode
Perkara biasa yang kita dengar di berita media massa apabila ada sekumpulan mat rempit ditangkap, banyak kesalahan dari segi undang undang jalan raya dan jenayah yg mereka lakukan


Dalam rencana kali ini kita akan melihat bagaimana suspek mat rempit samseng melakukan kesalahan bawah undang-undang jalan raya dan juga jenayah


Dalam kejadian yang tular beberapa minggu lepas, seorang anggota polis di laporkan telah memukul seorang lelaki.



Rupanya setelah siasatan polis selesai, hasil siasatan polis mendapati bahawa terdapat sekumpulan mat rempit sedang  menunggang motosikal secara berbahaya. Jadi polis mengikuti salah sebuah motosikal yang ditunggang dalam keadaan laju dan melawan arus menghala ke sebuah restoran berhampiran.


Pihak polis berjaya menahan penunggang dan pembonceng motosikal itu. Polis kemudian memukul mat rempit tu dan keluarkan saman kepada penunggang motosikal terbabit kerana melakukan beberapa kesalahan trafik.


Berita penuh kejadian ini adalah dari sumber Harian Metro.  



Dalam insiden ini, suspek samseng mat rempit ini disaman  kerana Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada lesen memandu, tiada perlindungan insurans dan tiada nombor plat pada motosikal.


Di bawah ini adalah perincian undang-undang di atas kesalahan yang dilakukan:




1) Saman trafik tiada lesen memandu boleh mencapai RM300


Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 peruntukkan bahawa mana mana pengguna jalan raya yang memandu atau menunggang tanpa lesen memandu atau lesen mereka tamat tempoh, boleh dikenakan kompaun maksimum sebanyak RM300.




2. Menggunakan kenderaan di atas jalanraya dengan Lesen tamat tempoh.


Ini merupakan kesalahan di bawah Seksyen 23(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang mana boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit jika sabit kesalahan.


-contoh, RM140.00 jika gagal bayar 10 hari penjara bagi pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.




3. Menggunakan kenderaan di atas jalanraya tanpa polisi perlindungan insuran.


Kesalahan ni tertakluk  bawah Seksyen 90(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang peruntukkan hukuman denda tak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak lebih tiga bulan atau kedua-duanya,


Contoh, denda sebanyak RM100.00, jika gagal bayar hukuman 5 hari penjara berserta dengan perintah gantung lesen memandu kelas D selama 12 bulan berkuatkuasa daripada tarikh perintah bagi pertuduhan di bawah Seksyen 90(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.




Foto: Paultan




4. Tiada nombor pendaftaran kenderaan.


Ni tertakluk bawah Seksyen 14 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yg sudah pasti akan di saman RM100.




5. Seksyen 279 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan kesalahan memandu kenderaan secara lalai di jalanraya yang mana hukumannya adalah penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.




6. Seksyen 336 Kanun Keseksaan peruntukkan kesalahan sesuatu perbuatan yang membahayakan nyawa dan keselamatan diri serta orang lain yg mana jika disabitkan kesalahan, individu berkenaan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tiga bulan atau denda RM500 atau kedua-duanya.


Sekiranya seseorang yg berada di jalanraya sudahpun berada dalam keadaan melakukan kesalahan undang undang jalan raya seperti mengguna kenderaan tanpa lesen, LKM tamat tempoh dan tanpa perlindungan insurans, maka apabila dia berdepan dengan sekatan jalan oleh polis atau sedang diawasi polis, maka perlu lah dia serah diri.


Usahlah dia mengambil jalan lain iaitu melarikan diri dari polis. Kerana tindakan ini akan menyebabkan dia melakukan kesalahan lain pula yang dikategori sebagai jenayah bawah Kanun Keseksaan. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
kuku
akku3kuku
Views : 202 Replies : 0
all the best
akku3all the best
Views : 1414 Replies : 0
kukku
akku3kukku
Views : 2424 Replies : 0
Haram jadah punya sepet, betina tersial. Laii..laiiii
sonic-bertaikHaram jadah punya sepet, betina tersial.
Views : 5472 Replies : 1
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 26486 Replies : 119
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 11085 Replies : 11
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 28039 Replies : 172
Aliff Aziz Kini Muncul Dengan Awek Sabah - Gambar
piaoAliff Aziz Kini Muncul Dengan Awek Sabah
Views : 24917 Replies : 93
Seram nyaaaa
laqoyahSeram nyaaaa
Views : 7478 Replies : 0
Betina tersial Cari Forum
laqoyahBetina tersial Cari Forum
Views : 7479 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.042321 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list