Kredit foto: IG Elfira Loy
Seronoknya Elfira Loy dan tunang Faris Khairol Anuar bercuti ke Tianjin, China.
Nampak bahagia sungguh tengok gambar mereka berdua di Instagram.
Kata pelakon ini, dia sangat teruja kerana bridesmaid dan 'dulang boy' juga turut sama menyertai mereka berdua.
“I thought its just the two of us but it is not! so happy to see the dulang boys and my bridesmaids ada dekat sini jugak. We’re gonna conquer Tianjin!” tulisnya.
Menerusi posting tersebut, Elfira berposing dengan Faris di dalam kapal terbang.
Di ruangan komen, ramai yang memuji-muji mereka sebagai pasangat yang sangat sweet dan sepadan.
Tapi tak kurang juga ada yang bergaduh kerana masih mengaitkannya dengan bekas tunang, Sufian Suhaimi.
Apa pun diucapkan semoga berbahagia ke akhir hayat.
Pasangan ini bertunang pada 2 September lalu dan dijangka bakal mendirikan rumah tangga pada 1 Januari tahun hadapan. -CARI
|