Che Puan Juliana Evans menjadi pilihan EH! untuk menghiasi edisi penutup tahun 2018. Kami rakamkan foto-fotonya untuk edisi ini di The Swimming Clun yang berlokasikan di bahagian rooftop KL Journal Hotel. Bersama EH! Che Puan Juliana Evans berkongsi lembaran baru hidupnya sejak berumahtangga. Dia turut berkongsi sebahgian kisah kembaranya dan banyak sekali berkongsi tentang prinsip hidup dalam mengejar cita-citanya.
EH! edisi Disember juga ingin membawa anda ‘berjalan-jalan’ menjelajahi empat negeri, Johor, Melaka, perak dan Pulau Pinang. Di dalam edisi ‘Road Trip’ ini kami berkongsi pengalaman team EH! sendiri mengunjungi tempat-tempat menarik serta menikmati pelbagai jenis makanan yang sebahagiannya menjadi signature destinasi yang kami kunjungi.
Kami juga kongsikan pelbagai tip gaya kala bercuti, lengkap berserta ilham solekan berpandukan destinasi percutian anda. Selain berias cantik, perlu tahu apa yang patut dibawa, apa yang harus ditinggalkan di rumah.
|