"Jika ada apa yang boleh Faz bantu untuk melalui dugaan ini, mohon dapat maklumkan Faz."
Kesedihan dirasai tunang kepada Muhammad Adib Mohd Kassim turut dirasai orang ramai yang turut meratapi pemergian anggota bomba itu selepas beberapa minggu menanggung seksa di Institut Jantung Negara akibat parah dipukul dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman pada 27 November lalu.
Kredit foto: Utusan
Malah, luahan kesedihan Nurul Najihah Mohd Radzi turut mendapat perhatian pelakon dan penyanyi Fazura yang bersedia menawarkan sebarang bentuk bantuan, jika diperlukan.
Selain itu, Fazura juga menitipkan doa dan kata-kata semangat kepada Nurul supaya bersabar dan kuat dalam menerima pemergian insan tersayang.
Kredit foto: IG Fazura
Sementara itu, Cef selebriti Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan menerusi Instagramnya turut mengucapkan takziah kepada keluarga dan tunang Allahyarham selain mengharapkan agar pihak bertanggungjawan menerima hukuman setimpal.
Semoga keluarga dan tunang Muhammad Adib diberi kekuatan dan menerima ketentuan ini dengan sabar. - CARI
|