CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26019|Reply: 129

[Tempatan] Pelakon wanita SENDU berusia pertengahan 40an dekat nak menopause DICEKUP di pes

[Copy link]
Post time 20-12-2018 08:54 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Kentang.Goreng at 25-12-2018 08:22 PM

Pesta liar: Pelakon wanita, 17 individu bebas dengan jaminan polis
| 25 Dec 2018



KUALA LUMPUR - Seorang pelakon wanita serta 17 lagi individu yang ditahan dalam serbuan pesta liar di sebuah kondominium mewah di Bukit Ceylon di sini pada Rabu lalu dibebaskan dengan jaminan polis, semalam.

Timbalan Ketua Polis Dang Wangi, Superintendan Rudy Abdullah berkata pihaknya menahan 11 lelaki dan lapan wanita berusia lingkungan 21 hingga 50 tahun dalam serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Dang Wangi kira-kira 12.30 malam pada 19 Disember lepas.

"Daripada jumlah itu, 18 daripada mereka dibebaskan, sementara seorang lagi dituduh di Mahkamah Jalan Duta semalam," katanya, hari ini.

Beliau berkata lelaki terbabit dituduh mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Media sebelum ini melaporkan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk berusia 28 tahun menganjur pesta itu serta dipercayai membiayai semua perbelanjaan termasuk pembelian bekalan dadah.

Dilaporkan hasil ujian saringan awal air kencing mendapati 11 daripada mereka positif dadah manakala pelakon wanita berusia lingkungan 40-an serta tujuh lagi yang lain didapati bebas daripada penyalahgunaan dadah.- Bernama


Pelakon wanita dicekup di pesta liar



Link gambar: https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20181221

PELAKON wanita antara 19 individu ditahan dalam serbuan berhubung aktiviti pesta liar di kondominium mewah di Bukit Ceylon, Kuala Lumpur, semalam.

Serbuan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Dang Wangi, pada 12.30 tengah malam, hasil maklumat awam berhubung pesta liar di kondominium berkenaan.

Hasil pemeriksaan mendapati 11 lelaki dan 8 wanita tempatan berusia antara 21 hingga lewat 40-an dalam kediaman di tingkat lapan.

Turut ditemui dalam serbuan sama adalah empat paket plastik berwarna hitam disyaki mengandungi dadah jenis methamphetamine.

Hasil siasatan lanjut mendapati penganjur pesta berkenaan yang juga adalah seorang ahli perniagaan bergelar Datuk berusia 28 tahun dipercayai membiayai kesemua perbelanjaan pesta berkenaan termasuk pembelian bekalan dadah

Sumber berkata, pengunjung pesta berkenaan dipercayai berhibur dengan alunan muzik berdasarkan penemuan peralatan muzik seperti pembesar suara, lampu disko mudah alih serta subwoofer yang ditemui.

Penganjur juga dipercayai menyewa unit kediaman berkenaan dengan kadar RM1,000 satu malam sebelum menghantar jemputan melalui aplikasi WhatsApp.

Hasil ujian air kencing yang dijalankan mendapati 11 daripada mereka positif dadah.

Pelakon wanita berusia pertengahan 40-an yang masih aktif membintangi beberapa telefilem dan drama bersiri itu serta lapan lagi yang lain bagaimanapun didapati bebas dari penyalahgunaan dadah namun ditahan untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Rudy Abdullah, ketika dihubungi malam tadi mengesahkan serbuan mengenai pesta liar berkenaan namun siasatan lanjut sedang dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Disember 2018 @ 8:38 AM


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2018 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Maka spekuan pun bermula....
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2018 09:07 AM | Show all posts
sapa wei...

sendu tp masih berlakon drama bersiri?

susah naw nk teka
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2018 09:11 AM | Show all posts
jenuh nak teka......
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2018 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh ada jwpn nt i masok blk
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2018 09:24 AM | Show all posts
sape pulak ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2018 09:25 AM | Show all posts
manehnya replied at 20-12-2018 09:07 AM
sapa wei...

sendu tp masih berlakon drama bersiri?

yg kata sendu tu TT...

dlm artikel kata masih aktif....ye la..tk kan belakon jd heroin baru nak kata artis hot... belakon makcik2 pun ok jugak apa..


Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2018 09:26 AM | Show all posts
xde klu yg lebih byk ke nk buat spekuan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2018 09:29 AM | Show all posts
ni kena ahli csi kt bod gosip sana nun...
xsmp 24 jam insyaALLAH kes selesai hahaahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2018 10:00 AM | Show all posts
bagilah koding
macam x biasa
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2018 10:24 AM | Show all posts
kalau sendu dan boleh berpoya2 clubbing bagai macam takde laki confirm pelakon  janda yg tak jaga anak sangat atau anak dara tua
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2018 11:38 AM | Show all posts
kalu meollss nak teka cm senarai kat bawah ni:

1. norjamniah (tapi hat ni cam kuat lak spekuan meollss sebab dia leh tahan menyeksi lately n banyak job berlakon)

2. bunga hamid

3. maria tudung

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2018 11:43 AM | Show all posts
Ada ekk pelakon nama NorJamniah ke nama rekaan..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2018 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
chicozinn replied at 20-12-2018 11:38 AM
kalu meollss nak teka cm senarai kat bawah ni:

1. norjamniah (tapi hat ni cam kuat lak spekuan me ...

Hahah coding kelakarrr
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2018 11:47 AM | Show all posts
buragazz replied at 20-12-2018 11:43 AM
Ada ekk pelakon nama NorJamniah ke nama rekaan..

jam tu kan ade banyak jenama..cer ko letak norswatchniah ke, norrolexniah ke sampai ko jmpa coding aku ckap tu..hehe

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2018 11:47 AM | Show all posts
chicozinn replied at 20-12-2018 03:38 AM
kalu meollss nak teka cm senarai kat bawah ni:

1. norjamniah (tapi hat ni cam kuat lak spekuan me ...

spekuan no. 1 uolss bt otak meols ligat memikior siapa.bila bc sepukan ke 2 n 3.. hahah br dtp tangkap apa yg uols cuba smpkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2018 11:52 AM | Show all posts
chicozinn replied at 20-12-2018 11:38 AM
kalu meollss nak teka cm senarai kat bawah ni:

1. norjamniah (tapi hat ni cam kuat lak spekuan me ...

1 pun x paham...ha ha ha...
nampak sgt lembapnya
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2018 12:08 PM | Show all posts

ya ampun coding ke you.. i cerdik pergi google takda apa yang keluar nak speku... hahahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2018 12:11 PM | Show all posts
Edited by chicozinn at 20-12-2018 12:17 PM
chicozinn replied at 20-12-2018 11:38 AM
kalu meollss nak teka cm senarai kat bawah ni:

1. norjamniah (tapi hat ni cam kuat lak spekuan me ...

aduh, nampak gayanya ramai xdapat tangkap coding meollss..

ce google pelakon wanita malaysia berumur 40-an tahun 2018
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2018 12:12 PM | Show all posts
minguk replied at 20-12-2018 12:08 PM
ya ampun coding ke you.. i cerdik pergi google takda apa yang keluar nak speku... hahahhaha

kalu taip bulat2 coding meollss tu haruslah ke dasar laut xjumpa..heheheheheh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.381979 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list