CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5603|Reply: 7

Inginkan Cabaran Baru? Taman Negara Bako Syurga Buat Penggemar Pengembaraan Huta

[Copy link]
Post time 24-12-2018 12:28 PM | Show all posts |Read mode
Adakah anda sudah bosan hiking atau jungle trekking di tempat yang sama setiap minggu? Atau adakah anda inginkan perubahan? Mungkin juga anda dan rakan-rakan ingin makan angin di dalam negara sambil membuat aktiviti lasak seperti pengembaraan merentas hutan.


Apa kata anda cuba cabaran Taman Negara Bako?


Kredit foto: Mai Singgah


Taman Negara Bako terletak di Bahagian Kuching, Sarawak dan mula beroperasi sejak tahun 1957. Ini adalah taman negara tertua dan antara paling kecil di Sarawak, dengan keluasan hanya 27 km persegi.


Pengangkutan


Kredit foto: Carian Google


Terletak kira-kira 40 Km dari Bandaraya Kuching, anda boleh menggunakan pengangkutan awam dari Jalan Khoo Hun Yeang atau menggunakan teksi ke Kampung Bako. Dari Kampung Bako, anda perlu menaiki bot selama 20 minit lagi untuk sampai ke pejabat pendaftaran Taman Negara Bako.


Kredit foto: Febelyo


Yuran pendaftaran adalah RM10 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Ingat, jika anda tidak bermalam, tentukan temujanji dengan pengemudi bot untuk mengambil anda keluar sebelum malam atau sebelum air laut surut. Selain itu, pemilik bot juga akan menawarkan anda tour untuk melihat beberapa struktur batuan unik sekitar Taman Negara Bako.


Penginapan


Kredit foto: Taman Negara Bako


Bagi yang ingin menginap, terdapat beberapa jenis chalet dengan harga sekitar RM5 (berkhemah), RM15-40 (hostel berkongsi) dan RM50-225 (pelbagai jenis chalet). Penginapan perlu ditempah lebih awal melalui laman web Taman Negara Sarawak. Kebanyakan chalet di sini tidak menyediakan kemudahan memasak. Tetapi, jangan bimbang, terdapat sebuah restoran yang beroperasi dari jam 9pagi-5 petang. Walaubagaimanapun, penulis mendapati makanannya terhad dan harganya agak mahal, jadi anda digalakkan membawa makanan tambahan sebagai persediaan.



Kredit foto: freudenthal.biz




Merentas Hutan


Kredit foto: Carian Google


Taman Negara Bako terkenal kerana 2 perkara: Binatang liar dan trek hiking yang banyak, dari sependek 1 km sehinggalah lebih 10 km yang memerlukan anda bermalam sebelum kembali ke kem. Uniknya kebanyakan trek ini ditanda dengan baik dan amat mustahil untuk anda akan sesat walaupun berjalan seorang diri. Untuk keselamatan, setiap yang ingin melakukan aktiviti hiking perlu mendaftarkan diri dan laluan yang ingin dijelajah sebagai langkah berjaga-jaga.




Kredit foto: Carian Google


Setiap trek mempunyai keistimewaannya sendiri. Beberapa trek terkenal kerana pemandangan laut, ada yang menuju ke kolam air terjun bertingkat, manakala trek pendek biasanya dipenuhi dengan binatang liar seperti monyet macaque dan proboscis.


Kredit foto: Carian Google




Bermalam Di Taman Negara Bako


Kredit foto: Carian Google




Sekiranya ada kesempatan, jangan lepaskan peluang bermalam di Taman Negara ini. Walaupun hanya dilengkapi dengan kemudahan asas, anda akan dapat pengalaman yang tidak dapat dilupakan di saat malam menjelma dan binatang liar seperti babi hutan, pelanduk, monyet dan buaya mula kelihatan berkeliaran sekitar chalet.


Kredit foto: Borneo Adventure




Jadi, apa tunggu lagi? Nikmati keindahan alam flora dan fauna di Taman Negara Bako, Kuching Sarawak. Anda pasti akan dapat kenangan yang tidak dapat dilupakan. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2018 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by moonbug at 24-12-2018 01:52 PM

"anda akan dapat pengalaman yang tidak dapat dilupakan di saat malam menjelma dan binatang liar seperti babi hutan, pelanduk, monyet dan buaya mula kelihatan berkeliaran sekitar chalet."

Buaya sekitar chalet? Woww sangat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2018 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
moonbug:    Edited by moonbug at 24-12-2018 01:52 PM  "anda akan dapat pengalaman yang tidak dapat dilupakan di saat malam menjelma dan binatang liar seperti  ...


Yes uols. Ada chalet tu tepi laut, ada je buaya berjemur
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2018 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Buaya kokesen ada x?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2018 05:33 PM | Show all posts
wow! lepas baca sampai habis, terus tak jadi nak pergi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2018 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
nhazlin replied at 24-12-2018 05:33 PM
wow! lepas baca sampai habis, terus tak jadi nak pergi.

Errkkkk... tt silap promote ke??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-12-2018 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawanya view! kalau g beramai2 best ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Views lawa sangat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.170534 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list