View: 3051|Reply: 23
|
Enggan Bayar Bil Rias Kuku, Pelanggan Lenyek Pekerja Salon Hingga Mati
[Copy link]
|
|
Polis Los Angeles sedang memburu seorang wanita yang melanggar mati seorang pekerja salon rias kuku dengan sebuah kereta curi kerana enggan membayar bil sebanyak USD35 (RM145).
 Kredit foto: NewsBeezer
Sumber polis memberitahu CBS News bahawa Nhu Annie Ngoc Q. Nguyen, 51, seorang ibu dengan tiga anak perempuan cuba menahan pelanggan itu daripada meninggalkan salon kerana kad kreditnya ditolak. Kerana geram, pelanggan itu memandu keretanya dan melenyek mati Nguyen sehingga beberapa meter daripada kedai tersebut.
 Kredit foto: Buzzfeed
Nguyen mati disebabkan kecederaan serius. Polis mengelaskan kes ini sebagai pembunuhan dan identiti suspek masih lagi belum dikenal pasti. Siasatan polis turut mendapati kereta yang digunakan oleh suspek ditinggalkan di sebuah apartmen usang. Kereta tersebut juga dikatakan kereta sewa yang dilaporkan hilang baru-baru ini.
 Kredit foto: Buzzfeed
Menurut beberapa saksi, pelanggan wanita tersebut memberitahu Nguyen beliau mahu mengambil duit di keretanya selepas kad kreditnya ditolak. Selepas ditahan, wanita itu cuba melarikan diri dan dihalang oleh Nguyen.
Bagaimanapun, tiba-tiba dia menghalakan keretanya ke arah Nguyen dan melenyeknya sehingga beberapa meter daripada kawasan kedai.
Rakan-rakan Nguyen kini memulakan sebuah laman GoFundMe untuk mengutip derma bagi keluarganya.
"Beliau seorang yang rajin, bekerja keras, 12-14 jam sehari, 7 jam seminggu untuk perbelanjaan tiga anak gadisnya di universiti. Tetapi, nasibnya berakhir dengan malang," kata salah seorang sahabatnya.
Semoga pembunuh itu dapat ditangkap dan diberi hukuman sewajarnya. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mati yang sia sia.
PAdahal bukan banyak mana pun. Boleh jer ambil no plate dan report polis. |
|
|
|
|
|
|
|
Kan? Kejar macam tu sekali
Aku selalu ingatkan anak buah yg kerja part time 7-E kalau ada orang merompak kau kasi je semua duit
Tak payah melawan, mati sia2
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia pun tak sangka orang tu nak langgar dia macam tu sekali..mana boleh salahkan mangsa
iols paham je kenapa dia nk mintak jugak duit tu. Dah dia buat kerja penat2 pastu orang tak bayar, kalau tu kedai bapak dia ok la kot..ni tak pasal2 gaji pulak kena potong nanti bila customer tak bayar..
Mungkin value duit tu besar pada dia |
|
|
|
|
|
|
|
sia sia lagi hidup kau, bagi rasuah rm100, mati masuk neraka
|
|
|
|
|
|
|
|
Moga pelaku segera tertangkap |
|
|
|
|
|
|
|
Itu kedai dia & her boy friend lah.
Dia pergi berpaut pada kereta orang tu siapa suruh?
|
|
|
|
|
|
|
|
demi usd35, nyawa tergadai.
tkziah |
|
|
|
|
|
|
|
DARSITA replied at 3-1-2019 11:13 AM
Itu kedai dia & her boy friend lah.
Dia pergi berpaut pada kereta orang tu siapa suruh?
Ada video ke dia berpaut?
Ohh tu kedai dia la ea..tak tulis kat berita atas tu..ingatkan pekerja je sebab tulis pekerja |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tentu nigger punya keje. |
|
|
|
|
|
|
|
Beliau seorang yang rajin, bekerja keras, 12-14 jam sehari, 7 jam seminggu
7 jam seminggu ? wartawan cari mabok ketom ka |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin arwah anggap penjenayah tidak akan sanggup lakukan kejam pada tahap tersebut. 
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya susah-susah cari makan. Dah tak nak bayar ko bunuh pulak orang tu |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga kematian mendiang terbela.
Sila tangkap pompuan gila tu. |
|
|
|
|
|
|
|
DARSITA replied at 3-1-2019 01:40 PM
Nope. White.
Sites? Redneck punya keje? Wow.
Mmg donia dah nak kiamat.... |
|
|
|
|
|
|
|
zorrro_03 replied at 3-1-2019 06:34 AM
mungkin arwah anggap penjenayah tidak akan sanggup lakukan kejam pada tahap tersebut.
aku tak boleh baca berita2 gini.kalau aku keje kat kedai salon.nanti org dtg rebonding aku mati |
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 3-1-2019 06:09 PM
aku tak boleh baca berita2 gini.kalau aku keje kat kedai salon.nanti org dtg rebonding aku mati
Sebab tu kita hidup seharian kena prepare for worst bertindak cepat dan selamat kan keadaan |
|
|
|
|
|
|
|
sesetgh org ingat, ala.... sikit jer..tak berbaloi nak mati demi duit tak sampai ribu2..
but mungkin duit tu ssh dia nak dapat?dan mungkin jugak itu harga servis yang paling mahal kat salon dia?
kalau dia tak dapatkan duit tu, mungkin gaji kena tolak double?
|
|
|
|
|
|
|
|
pelanggan tu pun, kalau taknak bayar usd35 tu, jangan la sampai melenyek orang tu dengan kete. orang dah rendered service, of course dia expected to be paid. tapi ye lah, mana dia nak tau dia kejar tu, dia pulak kene lenyek. |
|
|
|
|
|
|
| |
|