View: 5770|Reply: 14
|
Topeng oksigen, tandas pesawat... ini 11 rahsia penerbangan yang ramai tak tahu
[Copy link]
|
|
MEREKA yang kerap menaiki pesawat pastinya sudah terbiasa dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan sebelum, semasa dan selepas penerbangan.
Namun kali ini mStar Online mahu kongsikan dengan anda, 11 rahsia mengenai penerbangan yang mungkin tidak diketahui ramai, memetik artikel dari Insider.
1. Topeng Oksigen
Sebelum pesawat berlepas, anda sering diingatkan mengenai topeng oksigen oleh kru kabin sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini.
Adakah anda tahu sebenarnya topeng oksigen hanya boleh bertahan selama 15 minit sahaja?
Kedengaran menakutkan namun begitulah yang didedahkan oleh HuffPost.
Pada kebiasaannya, topeng berkenaan berupaya mengepam oksigen sekitar 12 ke 15 minit sahaja.
2. Bunyi loceng
Menurut posting blog oleh Qantas Airlines, bunyi seperti loceng yang kedengaran sewaktu anda berada dalam pesawat sebenarnya merupakan satu kod rahsia.
Kru biasanya menggunakan bunyi loceng tersebut untuk berkomunikasi dalam kabin.
Namun kadang-kala, ia juga digunakan untuk menyampaikan mesej kecemasan atau pertukaran haluan.
3. Meninggal dunia dalam penerbangan
Biarpun kru dilengkapi dengan kemahiran perubatan sekiranya berlaku kecemasan, mereka masih tidak mempunyai kelayakan untuk mengesahkan kematian.
Jadi, secara teknikalnya tidak wujud kematian dalam penerbangan kerana kematian seseorang penumpang hanya boleh disahkan selepas pesawat mendarat sahaja.
4. Jenazah di tempat duduk pesawat
Sekiranya ada individu yang meninggal, biasanya mereka akan kekal di tempat duduk asal melainkan ada kerusi kosong di bahagian belakang.
Hal ini kerana pesawat tidak mempunyai tempat khas untuk menempatkan jenazah.
Biasanya, kerusi akan direbahkan dan jenazah akan ditutup dengan kain.
5. Tandas pesawat
Tandas dalam pesawat biasanya boleh dibuka dari luar.
Ia direka sebegitu bagi tujuan keselamatan.
Biasanya terdapat kunci khas di sebalik tanda larangan merokok yang dilekatkan di pintu tandas.
Ia direka sebegitu sebagai salah satu langkah keselamatan dalam pesawat.
6. Minuman
Anda seharusnya berfikir dua kali sebelum memesan teh atau kopi dalam pesawat.
Menurut uji kaji yang dijalankan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar pada 2004 dan 2012, 1 daripada 10 pesawat yang wujud biasanya menyediakan minuman yang mengandungi coliform, bakteria yang biasanya ditemui dalam najis manusia.
Biarpun tidak bahaya, ia sekali gus menandakan kehadiran mikro organisma lain seperti E. coli.
7. Bayaran pembantu penerbangan
Petugas dalam pesawat tidak akan dikira waktu kerja dan pembayaran mereka selagi pintu pesawat tidak ditutup.
Maknanya, mereka juga tidak lagi akan dibayar selepas pintu pesawat dibuka, lapor The Points Guy.
Secara ringkasnya, mereka hanya akan dibayar mengikut waktu kerja sewaktu penerbangan sahaja.
8. Kuasa kapten
Mengikut peraturan persekutuan yang dikenali sebagai Pilot in Command (PIC), ia memberi kuasa tanpa had kepada kapten sewaktu berada dalam pesawat.
Dengan PIC, kapten boleh menahan mana-mana penumpang, mengeluarkan saman dan menghalang penumpang yang kelihatan sakit daripada menaiki pesawat.
9. Pas penerbangan
Nampak seperti biasa sahaja namun kandungan yang tertera di pas penerbangan anda sebenarnya mengandungi banyak maklumat tersembunyi.
10. Meja dalam pesawat
Sekiranya anda memesan makanan dalam pesawat, anda pastinya akan menggunakan meja yang dilekatkan di bahagian belakang kerusi hadapan.
Aspek kebersihan yang sering kali dipandang enteng oleh penumpang.
Namun tahukah anda meja berkenaan merupakan benda paling kotor dalam pesawat.
Ia biasanya dibersihkan sekali sehari sahaja.
11. Bidan dalam pesawat
Pembantu penerbangan bukan sekadar pelayan di udara, malah mereka juga mempunyai kepakaran lain.
Sewaktu latihan, mereka turut diajar pelbagai perkara teknikal termasuklah menyambut kelahiran bayi ibu-ibu mengandung sewaktu mereka berada dalam pesawat.
|
|
|
|
|
|
|
|
good info TT
i believe mesti dia guna kod rahsia among them if ada 'dead body' in the cabin |
|
|
|
|
|
|
|
bila baca jenazah akan duduk di kerusinya sehingga pesawat mendarat...terus teringat citer Phobia yg kebrapa ntah...seram gila stewardess tu kena handle mayat puan diraja tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
tak hygiene nya pesawat,,hmm betui ka ni? |
|
|
|
|
|
|
|
good reading |
|
|
|
|
|
|
|
Nice to know |
|
|
|
|
|
|
|
sama gak yang share info pasal bilik hotel. remote tak bersih la, cadar tak ganti la, gelas tak cuci la. letih gak kalo masuk hotel semua benda nak check. akak tawakal je. mana yg boleh dicuci, akak cuci dulu sebelum guna. takkan nak kena bawak towel, cadar, selimut sendiri tiap kali nak check in hotel. kalo mcm tu baik dok kat rumah je |
|
|
|
|
|
|
|
Great sharing, TT. Seram plak part the dead body remains at the seat cover dengan kain je.. Iyks! |
|
|
|
|
|
|
|
good info.. tapi part dead body tu scary plak rasanya |
|
|
|
|
|
|
|
ooo seram bila ada dead body wooo. |
|
|
|
|
|
|
|
wadiunong replied at 14-1-2019 02:35 PM
sama gak yang share info pasal bilik hotel. remote tak bersih la, cadar tak ganti la, gelas tak cuci ...
Betul. Kalau cadar, selimut atau apa nampak tak bersih atau berbau, minta tukar. Gelas, cawan dan kettle memang tak guna. Sebab pernah baca pasal orang rebus panties dalam kettle dan guna gelas atau cawan untuk cebok. Rela minum mineral water tak payah kopi teh. |
|
|
|
|
|
|
| |
|