CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3236|Reply: 25

10 Kursus Pengajian Paling Aneh Dan Pelik, Anda Berminat?

  [Copy link]
Post time 4-1-2019 11:13 AM | Show all posts |Read mode
Kursus pengajian merupakan pendidikan yang menentukan masa depan. Setiap jenis pengajian dan jurusan yang ditawarkan sesuai untuk minat dan bakat seseorang.




Kredit foto: Plexuss




Namun, tahukah anda masih terdapat beberapa jurusan yang dikatakan pelik dan aneh di dunia ini? Ia menjadi pelik apabila memikirkan di mana logiknya bagi sesetengah kursus pengajian yang ditawarkan itu.




Harry Potter Mithology di University of California




Kredit foto: www.hipwee.com




Karya J.K Rowling ternyata bukan sekadar hiburan. Di University of California, Los Angeles, terdapat sebuah jabatan yang mengkhusus dalam mendalami cerita mitos mengenai Harry Potter.



Namun, kisah ini hanya cerita fiksyen dan ditulis oleh manusia, tetapi ternyata ia boleh menjadi salah satu pilihan sebagai jurusan pengajian.




Jurusan WangHong di Yiwu Industrial & Commercial College di Cina



Kredit foto: www.news.com.au





Bagi anda yang sukakan populariti dan ingin menjadi terkenal atau public figure, ini jurusan paling sesuai untuk anda dalami! Di Yiwu Industrial & Commercial College, anda akan diajar bagaimana untuk menjadi 'tular' di media sosial.


Jika anda belajar di sini, anda akan belajar bagaimana untuk melakukan swafoto yang betul sehingga bagaimana ingin memulakan perjalanan sehingga boleh menjadi terkenal dengan sensasi.




Sexuality Studies di Ohio State University



Kredit foto: www.idntimes.com





Ohio State University terdapat jabatan yang mengkhusus dalam seksualiti serta bagaimana sejarah, biologi, budaya, dan lain-lain yang berhubung kait dengan seks.



Jurusan ini akan mempelajari mengenai LGBT dan undang-undangnya. Selepas tamat pengajian, graduan boleh bekerja dalam bidang kesihatan, undang-undang dan psikologi yang pastinya berkaitan dengan masalah seksual.




Meme Studies/Internet Memeology di Northwestern University



Kredit foto: www.northwesternflipside.com





Meme bagi kita mungkin hanya sekadar hiburan. Tetapi tidak di Northwestern University di mana ada jurusan khusus dalam mempelajari tentang meme. Malah, ramai pelajar di sini lebih lucu dan suka bergurau.


Jurusan ini juga mempelajari sejarah bagaimana meme menjadi tular dan cukup digemari oleh muda mudi.




Beatles Popular Music and Society di Liverpool Hope University



Kredit foto: Google






Jurusan muzik mungkin sudah biasa didengari, tetapi jurusan muzik khusus untuk The Beatles boleh dikatakan sesuatu yang unik. Melalui jurusan ini, mereka akan mempelajari sejarah The Beatles dan bagaimana kumpulan ini begitu berpengaruh dan cukup terkenal.


Mereka yang mengambil jurusan ini boleh menjadi sejarahwan The Beatles.





Theme Park Engineering



Kredit foto: www.tpegosu.com





Jurusan ini turut ditawarkan di Ohio State University. Bidang ini khusus kepada perkara berkaitan teknik mengurus taman hiburan, belajar tentang keselamatan roller coaster, dan bagaimana membina permainan di taman tema terutamanya roller coaster.




David Beckham Studies di University of Staffordshire



Kredit foto: Google





Bagi mereka yang sukakan bola sepak, jurusan ini sangat sesuai untuk anda. Melalui jurusan ini, terdapat juga modul berjudul David Beckham yang secara khusus membincangkan pergolakan pemain bola sepak Inggeris.




Zombie Studies



Kredit foto: Google





Salah satunya terdapat di Columbia College di Chicago. Bidang ini memfokuskan kepada sejarah zombi di dalam filem dan melihat bagaimana zombi berinteraksi sesama mereka serta sebab utama kenapa zombi menyerang manusia.




Bowling Industry Management and Technology di Universiti Vincennes



Kredit foto: Google





Kursus pengajian ini akan mendedahkan kepada pelajarnya mengenai sebarang persiapan yang diperlukan untuk mempersiapkan diri dalam industri permainan bowling.


Sudah tentu jika anda mempelajari jurusan ini, anda akan bekerja dalam linkungan arena bowling seperti pengurusan, jualan atau pemasaran.




Mortuary Science di University of the District of Columbia



Kredit foto: Google





Ini adalah jurusan yang agak menyeramkan. Bidang pengajian ini adalah mengenai fasa pengebumian dan cara kebajikan serta  keselamatan yang betul untuk mereka yang meninggal dunia.


Bekerja di rumah pengebumian, hospital atau pekerja forensik adalah kerja yang boleh dilakukan sebaik tamat pengajian kelak.


Apa pendapat anda? Adakah  jurusan yang disenaraikan menarik minat anda?  Jom kongsikan. - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2019 11:43 AM | Show all posts
pengkajian kencing sana sini & jangan jadi pembaris di U malaysia ada???
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2019 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Zombie studies dan Meme studies tu menarik haha
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2019 11:51 AM | Show all posts
bachelor degree in brazzers studies ada dak? wakakakkakkakakka
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2019 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Theme park engineering tu takde la pelik sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2019 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
BTW ni kursus ke subjek?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2019 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
CharlesDera replied at 4-1-2019 11:51 AM
bachelor degree in brazzers studies ada dak? wakakakkakkakakka

Tu boleh buat online
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2019 11:55 AM | Show all posts
Aku ingatkan course pengurusan pejabat kat UITM tu yg pelik rupanya ada lagi yang jauh merapu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2019 11:57 AM | Show all posts
Sexuality Studies di Ohio State University

Theme Park Engineering

Bowling Industry Management and Technology di Universiti Vincennes

Mortuary Science di University of the District of Columbia


yg 4 ni je rsnya sesuai ada pengkhususan
yg lain tu msk dlm salah satu sillibus ok lah
mcm psl zombie dan harry potter blh msk dlm jurusan filem or maybe writing

pengkhususan ni klu baca sekali imbas mcm mengarut
tp semuanya blh mendatangkan duit bila betul2 buat
sbb ada permintaan tu


Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2019 12:27 PM | Show all posts
yang pengurusan mayat tu bagus gak ada jurusan leh combine ngan forensik
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2019 12:30 PM | Show all posts
Siapa sangka ada U yang tawarkan kursus sebegini memang unik
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2019 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas graduate Zombie Studies tu nak keje apa agaknya?
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2019 12:40 PM | Show all posts
yg harry porter tu buang masa je lah.

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2019 12:45 PM | Show all posts
macam tak percaya je jurusan2 yg ade kat atas ni.. yang jurusan wanghong tu harap2 takde la yg bunuh diri klo kluar tak famous2
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2019 03:22 PM | Show all posts
i'd choose Meme Studies/Internet Memeology di Northwestern University and Beatles Popular Music and Society di Liverpool Hope University
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2019 03:58 PM | Show all posts
tungkai replied at 4-1-2019 11:55 AM
Aku ingatkan course pengurusan pejabat kat UITM tu yg pelik rupanya ada lagi yang jauh merapu

Kos pengurusan pejabat ni dulu dipanggil diploma kesetiausahaan, tp dah tukar nama kos ke pengurusan pejabat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2019 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku minat dengan taxidermy... kat Malaysia mungkin takde benda ni kowt.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2019 04:52 PM | Show all posts
Theme park, Bowling dengan Mortuary tu je nampak proper as studies

yang lain tu, entah la..

tak silap aku, dalam Sociology, Anthropology & Psychology macam ada cover isu-isu dalam course atas ni, macam sexuality, social trends and patterns untuk yang music, sports, etc, human interactions, behavioral & preferences, macam-macam la dah cover

tapi tang Harry Potter, jadi retis social media, Zombie bagai tu memang.. out
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2019 01:18 AM | Show all posts
sexuality, theme park, bowling dengan mortuary studies tu jah iols rasa relevant. kiranya sepanjang study duration tu diorang acquire specialised skills yang carry value kat degree obtained.

yang lain2 tu kursus mengarut syok sendiri jah. mohtip nak ada degree bagai untuk nak jadi viral nak buat meme? kosser yach nak bayar yuran pengajian memahal untuk course2 merapu nan hado. dah tu cemana pulak structure assessment dia. latihan industri dia pulak student nak apply kat mane? kosserr
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2019 01:51 AM | Show all posts
dlm byk2 tu kursus yg berpijak di bumi nyata dan bole cari makan: Mortuary Science.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.109575 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list