CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Tempatan] Inkues Kematian Adib, UPDATED #506, Dakwa segera pembunuh Adib

   Close [Copy link]
Post time 27-5-2019 12:56 PM | Show all posts
Hmmm macam-macam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2019 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Fishy betul


Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
So macamana eh? What’s next? Macam2 hal plak kan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 01:49 PM | Show all posts
awat peguam tarik diri pulok...

semoga arwah adib mendapat pembelaan sewajarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 01:55 PM | Show all posts
Kenapa plak tarik diri? Sesuatu sangat ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 01:56 PM | Show all posts
semoga berjalan lancar semuanya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-5-2019 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Peguam tarik diri daripada inkues Adib

MyMetroUtama

Sarah Zulkifli
sarah@hmetro.com.my

PEGUAM mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan keluarga anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, Syazlin Mansor menarik diri daripada prosiding inkues itu.

Perkara itu dimaklumkan Syazlin di hadapan Koroner Rofiah Mohamad, dalam prosiding inkues kematian Muhamad Adib masuk hari ke-37, di Mahkamah Koroner di Shah Alam, hari ini.

“Dengan penarikan diri ini, saya percaya saksi ke-29, bekas Pakar Perunding Kanan Forensik dan Patologi, Hospital Canselor Tuanku Mukhriz, Profesor Dr Shahrom Abd Wahid yang sepatutnya dipanggil semula keterangan pada hari ini terbatal,” katanya.


Sementara itu, peguam mewakili keluarga Muhammad Adib, Taufik Baharom memaklumkan mahkamah pada masa ini, pihaknya tidak ada saksi lain untuk dipanggil memberikan keterangan.

Pada 17 Mei lalu, Rofiah membenarkan Prof Shahrom untuk dipanggil semula memberikan keterangan dalam prosiding inkues itu.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota van EMRS Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember tahun lalu di IJN.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 03:10 PM | Show all posts
kenapa tarik diri???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2019 03:42 PM | Show all posts
kena jelaskan sebab penarikan diri. kalau tak, pelbagai spekulasi orang buat nanti
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ak da xfaham da cite ni..yg dr patology ni nape aneh2 aja teori dia
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Peguam yang tarik diri dari mewakili Kementerian dan Bomba dalam kes Adib mengesahkan ianya hasil dari perjumpaan dengan Menteri pada Sabtu lalu.

Menteri pula menjawab bahawa dia diarahkan untuk gugurkan peguam itu kerana tak ikut norma - tanpa menamakan siapa yang arahkan apabila ditanya keputusan itu samada keputusan beliau ataupun dari peguam negara.

"Diarahkan untuk batal (peguam) kerana tak ikut norma" kata Menteri.

Peguam Negara pula enggan untuk beri komen.

Apa sudah terjadi?

Penarikan diri peguam itu secara tiba-tiba juga bermaksud testimoni dari saksi pakar Forensik United Kingdom yang membantah teori dua ahli pakar lain bahawa Adib mati akibat kecederaan jatuh dari kenderaan juga terbatal dan tidak diambil kira lagi.

https://www.malaysiakini.com/news/477551
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2019 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts

Peguam tarik diri sebab terima tekanan

MyMetroMutakhir

Sarah Zulkifli
sarah@hmetro.com.my

PEGUAM Syazlin Mansor menarik diri daripada mewakili pihak berkepentingan dalam inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dipercayai berpunca daripada tekanan pihak tertentu.

Difahamkan, keputusan itu dibuat Syazlin selepas beliau menerima surat daripada pihak berkenaan, baru-baru ini.

Syazlin sebelum ini mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan keluarga anggota bomba itu selama 36 hari dalam prosiding inkues di hadapan Koroner Rofiah Mohamad.

Menurut sumber, selain peguam itu, KPKT turut menerima tekanan sama sehingga kedua-dua pihak memutuskan supaya Syazlin menarik diri daripada inkues itu.

“Khuatir dengan keselamatan dirinya, Syazlin mengundur diri,” katanya.

Menurut sumber itu, Syazlin tegas ketika mewakili pihak berkepentingan sepanjang 36 hari prosiding inkues berjalan.

“Ini menyebabkan ada pihak tertentu yang tergugat,” katanya.

Sementara itu, Syazlin yang ketika ditemui selepas tamat prosiding enggan mengulas lanjut.

Syazlin pada prosiding inkues pagi tadi mengumumkan menarik diri dari mewakili pihak berkepentingan bagi inkues kematian Muhammad Adib.

Berikutan itu, Koroner Rofiah Mohamad menetapkan 26 Jun depan sebagai sebutan inkues.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 04:40 PM | Show all posts
Syd replied at 27-5-2019 04:38 PM
Peguam tarik diri sebab terima tekanan

MyMetroMutakhir

siapa eh ugut dia? main ugut2 plak. memang something fishy
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 27-5-2019 04:37 PM
Peguam yang tarik diri dari mewakili Kementerian dan Bomba dalam kes Adib mengesahkan ianya hasil da ...

Sesuatu sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiba2 je tarik diri... apa yg nak dilindung sgt pesalah ni.. tak paham btul..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
CURIGA.
.
Peguam Syazlin Mansor yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menarik diri daripada prosiding inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim. [1]

Respon peguam ini bila ditanya alasan penarikan diri, menjawab, terdapat perkembangan baru, “new turn of events” tetapi enggan ulas lanjut. [2]

Penarikan diri peguam ini menyebabkan tindakan memanggil semula saksi ke-29, Perunding Kanan Patalogi Forensik di United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid, terbatal.

Untuk rekod,  Prof Dr Shahrom Abd Wahid adalah saksi ke 29 yang dalam keterangan sebelum ini memaklumkan yang terdapat individu menghentak mangsa (Adib) sekuat hati dengan daya lebih 3,000 Newton atau lebih daripada tiga orang sehingga menyebabkan patah pada tulang rusuk yang membawa kepada kematiannya. [3]

Keterangan beliau bercanggah dengan Saksi ke-24, Pakar Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur, (HKL) Dr Ahmad Hafizam Hasmi,yang berkata kecederaan pada  Adib bukan seperti dipukul.

Untuk rekod, saksi ke 24 ini telah dipanggil beri keterangan kali kedua untuk 'menyanggah' keterangan saksi ke 29.

Saksi ke 29 juga telah dipanggil kali ke 2 tetapi terbatal disebabkan penarikan diri peguam yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. [4]

Saya rasa curiga dan kita memang ada alasan untuk rasa curiga. Kenapa peguam dari KPKT dan Bomba ini tiba tiba tarik diri?

Adakah wujud tekanan daripada pihak-pihak tertentu yang menyebabkan ini berlaku?

#justice4adib

Rujukan:
[1] Peguam Muhammad Adib tarik diri
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/05/568480/peguam-muhammad-adib-tarik-diri

[2] Lawyer quit Adib inquest due to 'new turn of events
https://www.malaysiakini.com/news/477551

[3] Adib ditarik, dihentak - Saksi pakar
http://www.bhplus.com.my/berita/kes/2019/04/550776/adib-ditarik-dihentak-saksi-pakar

[4] Peguam Jabatan bomba tarik diri
https://www.malaysiakini.com/news/477532
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2019 05:00 PM | Show all posts
sesuatu sgt nih .. makin tak faham dah sekarang nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2019 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Peguam tarik diri kerana 'perkembangan baru'

Alyaa Alhadjri
3:45 petang (Dikemaskini 3:45 petang)

Peguam Syazlin Mansor mendedahkan bahawa beliau memutuskan untuk menarik diri daripada inkues untuk menentukan punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim kerana terdapat perkembangan baru.

Beliau walau bagaimanapun enggan menghuraikan butirannya.

Menurut Syazlin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin menghubunginya pada Jumaat lalu, dan mereka berjumpa sehari kemudian.

"Saya berjumpa menteri pada hari Sabtu dan kami membincangkan perkara itu.

"Selepas menimbang kebaikan dan keburukan, saya memutuskan untuk menarik balik," katanya kepada Malaysiakini, sambil menambah bahawa beliau terlibat dalam inkues itu secara pro bono atau tanpa bayaran.

"Ini keputusan saya sendiri," kata Syazlin ketika ditanya sama ada beliau diarahkan untuk menarik diri.

Syazlin, yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat, mengumumkan penarikan dirinya di Mahkamah Koroner, Shah Alam pagi ini.

Beliau tidak menyatakan alasannya berbuat demikian dan enggan mengulas apabila ditemui pemberita kemudian.


Sementara itu, Zuraida, apabila ditanya sama ada arahan supaya menarik diri datang dari beliau atau Pejabat Peguam Negara, menjawab melalui mesej teks, "Diarah untuk batalkan".

Diasak lebih lanjut, Zuraida, yang sedang melakukan lawatan kerja ke Kenya, berkata: "Pembatalan (kerana) tidak sesuai dengan norma." Namun, beliau tidak mengulas lanjut.

Dihubungi kemudian, Peguam Negara Tommy Thomas berkata: "Saya tiada komen."


Terdahulu, Syazlin berkata dengan penarikan dirinya, beliau percaya tindakan memanggil semula saksi ke-29, Perunding Kanan Patalogi Forensik di United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid, akan terbatal.

Dr Shahrom sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa Adib mengalami kecederaan selepas ditarik keluar dari kenderaan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) dan dipukul pada 27 November lalu semasa rusuhan di kuil Seafield.

Keterangannya itu bertentangan dengan kenyataan dua pakar lain, yang memberitahu mahkamah bahawa Adib terjatuh dari kenderaan tersebut dan kecederaannya adalah akibat terkena rempuhan dalam usaha cuba melarikan diri.

Adib, 24, menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis lalu di Institut Jantung Negara selepas 21 hari bertarung nyawa.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh ada byk terms yg tak brp jelas

What is the meaning of “Diarah untuk batalkan”

&

“.... tidak sesuai dgn norma”

Norma yg dimaksudkan sesuai ni utk siapa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2019 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Inkues Adib: Undur diri dipercayai didesak

TAUFIK SALIMIN

27 Mei 2019 3:52 PM

SHAH ALAM - Peguam yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan keluarga mangsa, Syazlin Mansor yang mengundur diri dipercayai akibat didesak pihak tertentu.

Difahamkan, Syazlin menerima sepucuk surat daripada satu pihak yang meminta peguam itu mengundurkan diri daripada meneruskan kes yang menjadi tumpuan negara itu baru-baru ini.

Menurut sumber, selain Syazlin, KPKT juga turut berdepan desakan sama daripada pihak berkenaan.

Difahamkan, antara isi kandungan surat itu adalah menyatakan bahawa Syazlin telah memalukan pihak pendakwaan dalam inkues itu.

Sehubungan itu, peguam itu memaklumkan kepada Koroner Rofiah Mohamad bahawa beliau menarik diri daripada meneruskan inkues ini hari ini. - K! ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.235172 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list