CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Tempatan] Inkues Kematian Adib, UPDATED #506, Dakwa segera pembunuh Adib

   Close [Copy link]
Post time 24-7-2019 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga mendapat keadilan untuk aruah adib
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-8-2019 12:52 PM | Show all posts
27 September tarikh keputusan inkues Adib
Bernama |  Diterbitkan pada Ogos 21, 2019 21:34 MYT


Prosiding inkues telah bermula 11 Februari lalu dengan seramai 30 saksi dipanggil untuk memberi keterangan termasuk beberapa saksi pakar. -Foto Astro AWANI

SHAH ALAM: Mahkamah Koroner di sini menetapkan 27 September depan sebagai tarikh keputusan prosiding inkues berhubung kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Koroner Rofiah Mohamad menetapkan tarikh tersebut selepas mendapati tiada lagi keperluan untuk prosiding inkues itu diteruskan selepas prosiding tersebut ditutup pada 24 Julai lepas.

“Selepas meneliti semua keterangan, tiada apa-apa lagi untuk diteruskan.

“Mahkamah menetapkan tarikh keputusan pada 27 September (2019), jam 10 pagi,” katanya hari ini.

BACA: Tommy dakwa permohonan komital keluarga Adib tidak lengkap

Keputusan itu sekali gus menolak permohonan Pegawai Pengendali kes, Faten Hadni Khairuddin yang mencadangkan supaya seorang lagi saksi patologi dipanggil.

Rofiah sebelum itu turut memaklumkan mahkamah berpuas hati dengan keterangan saksi sedia ada.

Prosiding inkues telah bermula 11 Februari lalu dengan seramai 30 saksi dipanggil untuk memberi keterangan termasuk beberapa saksi pakar.

BACA: 'Keluarga Adib tiada niat penjarakan Peguam Negara'

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan EMRS Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun lalu.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis lepas di Institut Jantung Negara (IJN). - Bernama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2019 12:53 PM | Show all posts
Tiada bukti afidavit AG ganggu inkues Adib, kata peguam
B Nantha Kumar  |  Diterbitkan 21 Ogs 2019, 10:13 malam


Permohonan keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim untuk merujuk Peguam Negara Tommy Thomas kepada prosidin komital - atas dakwaan campur tangan dalam inkuse dan menghina mahkamah tidak lengkap, kata Peguam Kanan Persekutuan S Narkunavathy.

"Mereka kata bahawa peguam negara mengganggu inkues. Tapi, mereka tidak menunjukkan bagaimana.

"Kami nak tahu bagaimana afidavit (peguam negara) itu mengganggu prosiding tersebut dan menindas Syazlin (Mansor) daripada mewakili keluarga," kata Narkunavathy yang mewakili Thomas, kepada pemberita di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.

“Tiada maklumat lengkap. Mereka sepatutnya memberikan maklumat terperinci pendirian mereka berkenaan afidavit peguam negara yang didakwa menggangu prosiding inkues Adib,” katanya lagi.

Beliau mengulas permohonan ex parte keluarga Adib yang mahu Thomas memohon maaf kerana didakwa campur tangan dan menghina prosiding inkues untuk menentukan punca kematian anggota bomba itu.

Perbicaran permohonan itu diadakan di depan koroner Rofiah Mohamad.

Terdahulu peguam Hanif Katri Abdulla mewakili keluarga Adib mengatakan bahawa affidavit peguam negara menyebut Adib meninggal dunia bukan disebabkan kecederaan akibat serangan jelas menggangu prosiding inkues.

Afidavit tersebut menyebut meninggal dunia bukan disebabkan kecederaan akibat serangan, yang menurut peguam keluarga Adib, Haniff Khatri Abdulla sebagai jelas menggangu inkues.

Rofiah berkata mahkamah akan membuat keputusan terhadap permohonan itu pada 27 Ogos ini.

Dakwaan menghina mahkamah pula berkenaan kenyataan Thomas berkenaan pendirian peguam keluarga Adib, Syazlin Mansor yang sebelum ini turut mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat, yang bercanggah daripada kedudukan yang diambil oleh Timbalan Pendakwa Raya.

"Dengan membuat keputusan bahawa Adib meninggal dunia bukan kerana diserang... Ia akan menutup minda anda daripada prosiding inkues," katanya.

Adib, anggota Jabatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera parah semasa rusuhan sekitar Kuil Seafield di Subang Jaya pada 27 November tahun lepas.

Beliau meninggal dunia pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2019 01:03 PM | Show all posts
Reda apa jua keputusan
MyMetroUtama

Mohd Rizal Abdullah
mohd.rizal@hmetro.com.my


“APAPUN keputusan, saya dan keluarga perlu reda namun harapan kami pastinya ingin melihat keadilan,” kata bapa Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, 64.

Mohd Kassim berkata, dia dan keluarga amat berharap keputusan itu memihak kepada mereka selepas apa yang berlaku terhadap anaknya.

Bagaimanapun katanya, sebagai orang Islam, dia juga harus reda menerima sebarang keputusan kelak.

“Kalau diikutkan memang kena reda dengan sebarang keputusan. Namun jauh di sudut hati, saya memang tidak berpuas hati.


“Sama-sama kita berdoa supaya apa keputusan yang dikeluarkan nanti diadili dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Ditanya langkah diambil sekiranya keputusan itu tidak memihak kepada anaknya itu, Mohd Kassim berkata, dia belum lagi berfikir mengenai perkara itu dan hanya berharap perkara yang baik.


Mohd Kassim melalui satu klip video sebelum ini juga berharap supaya tiada campur tangan mana-mana pihak dalam keputusan itu.

“Saya menyeru orang ramai turut sama-sama berdoa supaya keputusan inkues ini nanti dapat memberikan keadilan dengan seadilnya tanpa ada sebarang gangguan dan campur tangan mana-mana pihak,” katanya.


Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 September 2019 @ 6:45 AM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2019 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
*Adib diheret, dihentak*

Syah Rul Aswari Abdullah dan Sarah Zulkifli dan Suraya Roslan
am@hmetro.com.my

MAHKAMAH Koroner Shah Alam memutuskan punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim disebabkan impak perbuatan jenayah oleh dua atau lebih orang tidak dikenali.

Koroner Rofiah Mohamad ketika membuat keputusan itu berkata, mahkamah menerima keterangan saksi ke-29, Pakar Patologi Forensik United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid bahawa mangsa dihentak dan diheret keluar dari van bomba pada masa kejadian.

Beliau berkata, keterangan saksi di tempat kejadian juga menunjukkan terdapat perbuatan memukul seseorang di kawasan di mana antara 20 dan 30 orang berkumpul.

Selain itu, Rofiah merumuskan kegagalan polis dan FRU dalam mengawal rusuhan turut menyumbang kepada kematian Muhammad Adib.

Sehubungan itu, beliau menyerahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Peguam Negara untuk melakukan siasatan dan pendakwaan.

Prosiding inkues terbabit berlangsung selama 41 hari bermula 11 Februari lalu dan menyaksikan 30 saksi memberi keterangan dengan 137 eksibit dikemukakan.

Ia dikendalikan Pegawai Pengendali, Faten Hadni Khairuddin manakala, keluarga Muhammad Adib diwakili peguam Syazlin Mansor, Yahaya Othman, Kamaruzaman A Wahab dan Ahmad Taufiq Baharum.

Tiga Peguam Kanan Persekutuan iaitu Suzana Atan, Mazlifah Ayob dan Fadzilatul Isma Ahmad Rafngah dan Afiq Zainal Abidin mewakili Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM).

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, 27 November 2018.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

*Artikel ini disiarkan pada :*
*Jumaat, 27 September 2019 @ 10:27 AM*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2019 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Dakwa segera 4 lelaki atas pertuduhan membunuh

27 September 2019 11:01 AM

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) bersyukur dengan keputusan Mahkamah Koroner pagi ini yang memutuskan punca kematian Allahyarham Adib adalah akibat perbuatan jenayah iaitu di belasah sehingga mati oleh perusuh-perusuh yang cuba menghalang pihak Bomba dari memadam kan kebakaran dalam kejadian berkenaan.


MOHD. KHAIRUL AZAM ABDUL AZIZ

Naib Presidennya, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz berkata, ekoran itu Putra mendesak pihak Polis untuk mengklasifikasikan semula siasatan kes ini kepada kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Putra juga mendesak pihak polis menangkap semula 4 orang suspek yang telah di siasat kerana memukul Arwah Adib ini utk di tangkap semula selepas di bebaskan dari tahanan reman pada 10 Disember 2018.

"Putra juga mendesak Peguam Negara untuk segera mendakwa 4 lelaki ini atas pertuduhan membunuh.

"Dengan segala keterangan yang di kemukakan oleh saksi-saksi dalam prosiding Inkues ini, pihak polis dan Jabatan Peguam Negara mempunyai bukti yang lebih dari mencukupi untuk di sabitkan atas kesalahan membunuh dan hukumannya tidak lain adalah gantung sampai mati.

"Putra mengucapkan Tahniah kepada Barisan Peguam yang mewakili kepentingan keluarga Allahyarham Adib kerana telah menjalankan amanah dengan sangat baik serta menjalankan tugas tanpa rasa takut.

"Putra dan seluruh rakyat Malaysia mengharapkan Keadilan atas kematian Allahyarham Adib dapat dilaksanakan," katanya. - UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-9-2019 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
KENYATAAN MEDIA PAS PUSAT

KEPUTUSAN KES INKUES ALLAHYARHAM MOHD ADIB – POLIS DAN PEGUAM NEGARA PERLU BERTINDAK MENGIKUT UNDANG-UNDANG.

1. PAS berpuas hati dengan keputusan (verdict) Inkues Kematian Allahyarham Muhammad Adib bin Mohd Kassim yang telah dibuat oleh Koroner Rofiah Mohamad hari ini iaitu “kecederaan dan kematian Allahyarham adalah akibat daripada tindakan jenayah sekumpulan individu yang tidak dikenali”.

2. Dengan ini PAS menggesa pihak PDRM agar dengan segera menubuhkan Pasukan Siasatan Khas dan membuka semula Kertas Siasatan kes ini bagi menyiasatnya sehingga ke akar umbi. Pihak Polis juga perlu menerima keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Koroner sebagai keterangan prima facie. PAS yakin pihak Polis dengan bantuan semua pihak yang mahukan keadilan ditegakkan terutama melibatkan penjawat awam yang mati semasa dalam tugas mampu menangkap dan mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

3. PAS turut menggesa Prosiding Menghina Mahkamah terhadap Peguam Negara diteruskan dengan tanpa gangguan bagi memperlihatkan keadilan ditegakkan dengan tanpa gentar atau memihak (without fear or favour). Tindakan ini perlu bagi meningkatkan keyakinan rakyat jelata terhadap Jabatan Peguam Negara khasnya dalam menegakkan keluhuran undang-undang dan menjamin keadilan.

Terima kasih.

DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS.

Bertarikh: 27 September 2019.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2019 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
ALISIS BERITA

Bab pertama misteri kematian Adib dibuka

32 mins ago

OLEH KU SEMAN KU HUSSAIN

KUALA LUMPUR  27 SEPTEMBER, Keputusan Mahkamah Koroner Shah Alam bahawa kematian anggota bomba Mohammad Adib Mohd Kassim disebabkan perbuatan jenayah telah memberi kelegaan – bukan sahaja keluarga tetapi mereka yang mengikuti perkembangan kes ini dengan pengertian yang dalam.

Setidak-tidaknya langkah pertama memperjuangkan keadilan untuk Adib sudah tercapai. Ibarat bab pertama dari sebuah novel thriller yang tebal dan cukup kompleks plotnya. Jalan masih panjang dan berliku untuk tiba pada penamatnya.

Adib telah mengalami cedera parah dalam rusuhan di kuil Hindu Sri Maha Mariamman, Subang Jaya November tahun lalu dan meninggal dunia 21 hari  selepas itu.  Bagaimanapun kematiannya mencetuskan kontroversi apabila empat tahanan reman terakhir dibebaskan dengan jaminan polis. Timbul persoalan, apakah faktor yang menjadi sebab kematiannya?

Koroner Rofiah Mohamad
Koroner Rofiah Mohamad yang mendengar prosiding inkues  selama 41 hari bagi menentukan punca kematian  Adib berkata,  mahkamah menerima keterangan saksi ke-29, Pakar Patologi Forensik United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid bahawa mangsa dihentak dan diseret keluar dari kenderaan bomba pada masa kejadian.

Dr Shahrom umpama membawa kunci untuk membuka misteri kematian Adib. Peguam bagi keluarga Adib, Syazlin Mansur membawa Dr Shahrom sebagai saksi pakar yang akhirnya mahkamah menerima keterangannya dalam prosiding inkues ini.


“Kecederaan ‘blunt chest trauma’ yang menyebabkan kematian Muhammad Adib bukan perbuatan sendiri tetapi akibat perbuatan jenayah oleh lebih daripada dua individu,” kata Rofiah.

Keputusan Mahkamah Koroner Shah Alam itu juga membuktikan teori awal sebelum inkues  ditubuhkan adalah tepat. Kerana itu banyak pihak terkejut dengan tindakan polis membebaskan empat tahanan reman tersebut.

Sebelum inkues dijalankan ada sesetengah pihak pula telah membina persepsi bahawa Adib dilanggar oleh kenderaan bomba walaupun dinafikan oleh rakan-rakan yang berada di tempat yang sama ketika itu. Muslihat apakah yang mendorong wujudnya persepsi sedemikian rupa, hanya mereka yang tahu.

Hingga suatu tahap seolah-olah teori Adib dilanggar  kenderaan bomba diterima sebagai faktor kematian anggota bomba itu. Sekali pandang benarlah ini satu kemalangan bukan perbuatan jenayah kerana tidak ada saksi yang melihat kejadian itu.

Semasa inkues berlangsung, tidak lama selepas Dr Shahrom memberi keterangan bahawa kematian Adib bukan dilanggar kenderaan bomba,  Peguam Negara Thommy Thomas mengarahkan supaya Syazlin yang juga mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dikeluarkan daripada prosiding inkues ini.

Dr Shahrom adalah saksi yang dibawa oleh Syazlin. Ketiadaan Syazlin bermakna khidmat Dr Shahrom sebagai saksi juga berakhir.  Keterangan Dr Shahrom bertentangan dengan beberapa saksi pakar lain yang merumuskan Adib dilanggar kenderaan bomba.

Dalam lingkungan masa yang sama juga Peguam Negara mengeluarkan kata-kata  bahawa Adib bukan mati dipukul,  padahal inkues sedang berlangsung untuk mencari sebab kematian mangsa.  Keluarga Adib telah memfailkan permohonan ex-parte (sebelah pihak) terhadap Peguam Negara kerana menghina mahkamah.

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar  berkata, sejak awal lagi Peguam Negara sudah diminta bertindak pantas menyelesaikan kes berkenaan, namun beliau memilih jalan ‘jauh’ untuk  diselesaikan.

“Apakah ada agenda tertentu yang mahu dilaksanakan? Sudah ada perintah Mahkamah Tinggi Sivil mengenai pertikaian kes kuil tersebut, sudah ada persetujuan dan keputusan. Sekarang Koroner juga telah membuat keputusan. Jadi tunggu apa lagi?,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kini selepas mahkamah memutuskan kematian Adib disebabkan perbuatan jenayah dan dilakukan pula oleh lebih seorang,  rakyat sedang memerhati dan menunggu tindakan seterusnya oleh Jabatan Peguam Negara dan pihak polis. Pada masa yang sama diharap tidak ada unsur-unsur yang menjurus campur tangan politik yang boleh menganggu kerja polis mencari pembunuh Adib.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2019 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 28-3-2019 07:25 AM
Hikmah di sebalik mulut lancang cik miera. So makin terbukti lah adib di langgar instead of dipuku ...

Hmmmm, terbukti....
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2019 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 28-9-2019 12:43 AM
Hmmmm, terbukti....

Kalau u nak tau, Prof tu xbuat pon post mortem, dia just semak dokumen dan dia pon x practise dekat UK tpi sibuk claim Prof UK bagai. So fishy
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2019 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Perusuh2 di kuil hindu tu mesti mau tangkap dgn segera...dakwa dan hukuman paling berat mesti di jatuhkan ke atas mereka..supaya dapat memberi pengajaran kepada rakan2 mereka dan saudara mara mereka yang lain supaya mereka tau negara malaysia ni ada undang2 dan mereka tak bole suka2 bunuh orang dan menganggu penjawat awam menjalankan tugas.. gomen PH mestilah harus menyebelahi pihak arwah adib dan menyokong pihak arwah adib..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 06:54 PM | Show all posts
tobby replied at 19-1-2019 11:42 AM
Nampak gaya pembunuh2 spt mudah jer nak terlepas...  Apa yg cuba disembunyikan??

Rasanya tiada apa yg kerajaan Abah kita nk sembunyikan...mudah2an keadilan dapat ditegakkan buat Allahyarham Adib

#WeAreAllAdibs
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 07:11 PM | Show all posts
tobby replied at 16-2-2019 01:42 PM
Klu jelas ada unsur foul play n cover up kes Adib ni insyaallah akan ada lg phimpunan terbesar sam ...

So rasanya dah x perlu kot nak berhimpun besar2an, kes ini insyaallah akan selesai dgn adil dan saksama tidak lama lagi

Semoga dipermudahkan segalanya oleh Allah

Doakan keadilan buat allahyarham Adib

In kerajaan Abah we trust
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 07:27 PM | Show all posts
relaxjek replied at 22-2-2019 08:07 PM
Takde guna melayu sokong ph.. mana pkr??.mana pan??. Mana bersatu?? Knpa korang tak desak sungguh2 g ...

Itulah, nasib baik skang nih PH dah berkubur...Keadilan buat Adib bakal menemui penghujungnya....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 08:49 PM | Show all posts
Syd replied at 27-9-2019 01:05 PM
KENYATAAN MEDIA PAS PUSAT

KEPUTUSAN KES INKUES ALLAHYARHAM MOHD ADIB – POLIS DAN PEGUAM NEGARA P ...

Semoga menteri Undang2 Takiyuddin baca kembali kenyataan beliau sendiri ini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2020 11:27 AM | Show all posts
tak sabar pulak nak tunggu kisah selanjutnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2020 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai kiamat Agaknya .
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2020 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
muhyidin yg jadi menteri dlm negeri waktu tu, dia dah lumpuhkan kuasa polis hingga depa tak mampu bertindak terhadap perusuh waktu kejadian rusuhan itteww..... jgn harap kes adib akan dpt pembelaan lah selagi dia jadi pm.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2020 07:14 AM | Show all posts
Closed....2019 thread and no updates....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.356559 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list