CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Tempatan] Inkues Kematian Adib, UPDATED #506, Dakwa segera pembunuh Adib

   Close [Copy link]
 Author| Post time 18-2-2019 06:15 PM | Show all posts
Inkues Adib: Saksi rayu hospital beri rawatan

Hilmi Malik, Astro Awani |  Diterbitkan pada Februari 18, 2019 15:39 MYT



PIHAK hospital enggan merawat Muhammad ketika dibawa oleh saksi. - Gambar fail



SHAH ALAM: "Tolong selamatkan dia, kalau tidak nyawa dia akan terancam."

Demikian rayuan saksi kesembilan, R. Naresh menceritakan detik sukar saat tiba di hospital Subang Jaya Medical Centre (SJMC) ketika membawa Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim di wad kecemasan hospital itu.

Pada awalnya, difahamkan prosedur hospital telah melengahkan rawatan terhadap Adib yang masih tidak sedarkan diri ketika itu.

Pihak hospital juga meminta kad pengenalan, kad bomba serta kad perubatan adib sebanyak dua kali.

"Saya jerit kepada mereka, kalau you tak mahu tolong nyawa dia akan terancam, ini orang kerajaan dan kalau bangunan terbakar bomba yang datang," kata Naresh menyambung keterangan di hadapan Koroner, Rofiah Mohammad pada Isnin minggu kedua prosiding.

Rayuan Naresh kemudiannya berjaya selepas hospital bersetuju untuk memberi rawatan kepada Adib.

Doktor kemudian memaklumkan keadaan Adib mula stabil sekitar pukul 4.30 pagi.

Prosiding pada Isnin turut dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin yang meluangkan masa hampir satu jam setengah mengikuti prosiding itu.

Zuraida tiba sekitar pukul 10.30 pagi sebelum prosiding dimulakan oleh Koroner Rofiah Mohammad.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-2-2019 06:16 PM | Show all posts
Inkues Adib: 'Halau! Jangan bagi bomba turun' - Saksi

Afiezy Azaman, Astro Awani |  Diterbitkan pada Februari 15, 2019 14:49 MYT


Saksi ke-9 Narresh Rajandran, 30 tahun, seorang teknikal kru berkata, dia turut mendengar laungan 'jangan pukul, itu bomba! - Gambar fail



SHAH ALAM: Halau! Jangan bagi dia (bomba) turun, halau!

itu adalah antara ayat yang didengari seorang saksi awam ketika memberitahu Mahkamah Koroner hari ini ketika prosiding inkues kes Arwah Muhammad Adib Mohd Kassim.

Saksi ke-9 Narresh Rajandran, 30 tahun, seorang teknikal kru berkata, dia turut mendengar laungan 'jangan pukul, itu bomba!

Katanya, jeritan itu datang dari orang ramai yang berada di kawasan tapak kuil berkenaan ketika rusuhan berlaku pada 27 November lepas.

"Ketika itu, saya nampak ada orang letakkan 'barricade' di atas sebuah kereta dan bakar, semua. Kemudian saya lihat bomba datang dengan Fire Rescue Tender (FRT) namun diserang.

"Apabila bomba buka pintu nak turun, mereka (perusuh) menolak kembali pintu frt, dalam masa sama ada yang memanjat frt berkenaan," katanya ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Hamdan Hamzah mengenai kejadian rusuhan tersebut.

Hamdan : Apa yang kamu lakukan ketika itu?

Narresh : Saya cuma tengok apa mereka buat, kawan saya lari ke arah kawasan kosong. Masa itu ada antara perusuh yang membaling air mineral ke arah FRT. Dalam masa yang sama kawan saya tadi telefon.

Hamdan : Keadaan ketika itu bagaimana?

Narresh : Kecoh dan huru-hara, ramai orang menjerit-jerit dan kawan saya mengajak saya keluar dari tempat ini.

Itu adalah perkara yang sempat diceritakan oleh Narresh di hadapan Koroner Rofiah Mohamad sebelum prosiding dihentikan dan akan disambung pada 18 Februari depan (Isnin).

Muhammad Adib, 24 tahun, yang juga anggota EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun lepas.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis lepas di Institut Jantung Negara selepas berada dalam keadaan koma lebih sebulan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2019 06:16 PM | Show all posts
'Saya disepak ketika terjatuh di atas kaki Adib' - Saksi

Afiezy Azaman dan Hilmi Malik, Astro Awani |  Diterbitkan pada Februari 15, 2019 14:16 MYT



SHAH ALAM: Mahkamah Koroner hari ini diberitahu saksi ke-8 dalam prosiding inkues kes Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim bahawa dia ditendang ketika terjatuh ke atas seorang anggota bomba yang bersandar kepada 'bumper' sebuah kereta.

Saksi awam S. Suresh, 33 tahun, yang merupakan seorang kontraktor berkata anggota bomba berkenaan dikenalpasti sebagai Muhammad Adib.

"Saya nampak ada dalam 20 hingga 30 orang berkumpul dekat tepi jalan, saya dengar mereka menjerit banyak kali dalam bahasa Tamil, 'JANGAN PUKUL! '.

"Saya pergi ke sana lagi dekat untuk melihat sehingga di depan saya nampak ada seorang bersandar (Adib), keadaan orang disitu bertolak-tolakkan dan ada orang tolak saya sehingga terjatuh di atas kaki lelaki itu.

"Masa itu baru saya sedar dia anggota bomba berdasarkan seluar uniform yang dipakai, kemudian saya perasan ada orang sepak saya dekat bahu kanan," katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Zafran Rahim Hamzah, pada Jumaat.

Ditanya bagaimana keadaan ketika itu, Suresh berkata keadaan orang ramai yang  kemudian terdapat seorang berbadan besar datang dan terus menolak semua orang di situ untuk memberi ruang.

"Saya tengok anggota bomba itu (Adib) tidak sedarkan diri sebab tiada pergerakan. Saya terus bangun dan beredar dari situ.

"Kemudian saya dengar ada tiga orang cari kereta dan saya nampak kawan saya Narresh di depan minta orang beri laluan terdapat lima hingga enam orang mengusung anggota bomba (Adib) yang hanya pakai seluar bomba sahaja," jelas beliau sambil menyatakan kemudiannya kawannya (Naresh) berada di hospital dalam kawasan Subang ketika dihubungi.

Suresh turut menyatakan dia dan rakannya pergi ke hospital berkenaan untuk melihat keadaan anggota bomba (Adib) dan berada di situ sehingga 4 pagi.

Terdahulu, Suresh memaklumkan dia mendapat maklumat mengenai insiden di kuil berkenaan melalui Facebook dan pergi ke kuil bersama rakannya untuk memberi sokongan kepada kuil tersebut.

Muhammad Adib, 24 tahun, yang juga anggota Emergency Medical Retrieval Service (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya di Selangor, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun lepas.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis lepas di Institut Jantung Negara.

Prosiding di hadapan Koroner Rofiah Mohamad bersambung 18 Februari ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2019 06:23 PM | Show all posts
Saksi terkilan tak sempat ziarah Adib

MyMetroMutakhir

Syah Rul Aswari Abdullah dan Sarah Zulkifli
am@hmetro.com.my


SAKSI kesembilan inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim mengakui dia terkilan kerana tidak dapat menziarahi mangsa buat kali terakhir meskipun sudah berada di Kampung Tebengau, Kuala Kedah.

R Narresh, 30, kru teknikal berkata, dia nekad untuk melihat Muhammad Adib buat kali terakhir di majlis pengebumian mangsa selepas mengetahui berita kematian mangsa di Institusi Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember 2018, iaitu selepas 21 hari bertarung nyawa.

Menceritakan semula kejadian, Narresh seorang diri ke Alor Setar, Kedah dengan menaiki kereta api dari KL Sentral dan sampai di Kampung Tebengau, Kuala Kedah.

"Saya pergi ke kampung itu tetapi tidak sempat untuk melihat Muhammad Adib kerana arwah sudah dikebumikan.

"Malah, orang kampung pandang di situ juga pandang saya semacam," katanya yang menempuh perjalanan selama 12 jam menaiki pengangkutan awam termasuk kereta api dan perkhidmatan Grab.

Narresh berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Syazlin Mansor yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Menurut saksi itu, disebabkan dia tidak dapat berjumpa Muhammad Adib buat kali terakhir, dia memujuk rakannya S Suresh, yang juga saksi kelapan inkues Muhammad Adib untuk memberikan keterangan bagi menegakkan keadilan.

"Saya hanya dapat melihat Muhammad Adib di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) dan tidak boleh melawat mangsa di IJN kerana arwah tidak boleh menerima pelawat," katanya.

Dalam prosiding itu juga, saksi sama turut meluahkan rasa terkilan dengan netizen yang mengecamnya kerana menjadi saksi inkues bagi mengetahui kematian Muhammad Adib.

"Saya tidak memburukkan mana-mana pihak apabila menjadi saksi inkues kematian Muhammad Adib.

"Saya hanya membantu dan menjalankan tugas sebagai rakyat Malaysia tetapi saya menerima ancaman di media sosial daripada orang ramai berbentuk perkataan.

"Sehingga kini, ada lagi rakan yang menghubungi saya berhubung kes ini dan saya beritahu mereka supaya menghormati mahkamah kerana saya adalah saksi kesembilan serta ramai lagi saksi lain," katanya.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu di Institut Jantung Negara (IJN).

Prosiding inkues di Mahkamah Koroner Shah Alam di hadapan Koroner Rofiah Mohamad bersambung esok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2019 06:23 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2019 06:24 PM | Show all posts
'Mereka sibuk ambil gambar dan video sahaja'

MyMetroMutakhir

Syah Rul Aswari Abdullah dan Sarah Zulkifli
am@hmetro.com.my

SAKSI kesembilan inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim berkata, dia melihat sekumpulan orang awam hanya memandang keadaan anggota bomba itu tanpa berbuat apa-apa pada insiden rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, 27 November tahun lalu.

R Narresh, 30, kru teknikal berkata, ketika itu, mangsa dalam keadaan bersandar dekat sebuah kenderaan, selepas jentera dan van bomba sudah meninggalkan tempat kejadian.

Saksi itu yang juga sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM) berkata demikian ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali Hamdan Hamzah pada prosiding hari keenam inkues berkenaan di Mahkamah Koroner, Shah Alam.

HAMDAN: Apa kamu buat?

NARRESH: Saya tak ada apa-apa respons. Sebab orang di sana... orang tak nak ambil apa-apa tindakan.

HAMDAN: Maksud kamu?

NARRESH: Saya masuk dalam ‘crowd’ itu. Saya tengok mereka sibuk nak ambil gambar dan video sahaja.

HAMDAN: Selepas itu?

NARRESH: Saya fikir sebagai sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Saya tak boleh biarkan dan kena selamatkan dia dan bawa dia ke hospital.

HAMDAN: Ketika kamu sampai, ada tak ada pada bila-bila masa kamu nampak sesiapa pukul mangsa?

NARRESH: Tak. Tapi kedengaran orang dalam itu cakap... bomba pun mereka ada pukul. Mereka cakap dalam Bahasa Tamil.

HAMDAN: Boleh kamu kenal pasti sesiapa?

NARRESH: Tak.

HAMDAN: Kemudian?

NARRESH: Saya beritahu mereka supaya beri ruang untuk udara. Jangan dekat dan saya akan cari kenderaan.

HAMDAN: Apa maklum balas orang ramai?

NARRESH: Saya sudah berlari minta pertolongan tetapi tak ada sesiapa yang bantu, pada masa itu.

Saksi sama berkata, kali pertama dia berlari kira-kira 100 meter (m) dan cuba mendapatkan bantuan daripada tiga kenderaan, tetapi gagal sebelum berlari semula ke lokasi Muhammad Adib berada.

Ketika itu, katanya, ada orang yang sudah membuka baju-T, baju celoreng dan tali pinggang yang dipakai anggota bomba itu dan mangsa dilihat dalam keadaan terduduk.

Dia berkata, beberapa orang membantu mengusung mangsa sambil dia berlari kira-kira 200 meter untuk mendapatkan kenderaan bagi menghantar mangsa ke hospital.

Katanya, ada seorang lelaki Melayu memandu Mitsubishi Storm bersetuju untuk membantu menghantar ke hospital.

“Saya beritahu (kepada pemandu)... ada seorang cedera, boleh tak bawa ke hospital. Dia kata boleh dan kami masukkan mangsa ke bucket (bahagian belakang) kenderaan itu,” katanya.

Pada prosiding sebelum ini, Narresh berkata, dia ke kuil berkenaan bersama enam lagi rakannya, selepas mengetahui isu berhubung kuil berkenaan menerusi Facebook.

Prosiding di hadapan Koroner Rofiah Mohamad bersambung petang ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-2-2019 06:25 PM | Show all posts
Nampak Adib terduduk tak bergerak

MyMetroUtama

Murni Wan Omar dan Syah Rul Aswari Abdullah
am@hmetro.com.my


SAKSI kelapan inkues kematian Muhammad Adib Mohd Kassim memberitahu Mahkamah Koroner di Shah Alam, dia melihat anggota bomba terbabit terduduk dalam keadaan bersandar dan tidak lagi bergerak pada insiden rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, di USJ 25, Subang Jaya, 27 November tahun lalu.

S Suresh, 33, yang juga seorang kontraktor berkata, pada masa itu, dia melihat mangsa itu dengan keadaan kaki melunjur dekat sebuah kenderaan berhampiran lokasi kejadian.

Katanya, orang awam sebelum itu banyak kali menjerit 'jangan pukul' dan berkumpul berdekatan sebuah kereta.

Lelaki itu berkata demikian ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali, Zhafran Rahim Hamzah pada hari kelima prosiding inkues berkenaan.

ZHAFRAN: Apa yang kamu nampak?

SURESH: Ramai orang berlari ke arah kuil.

ZHAFRAN: Semasa sambung berjalan. Apa kamu nampak?

SURESH: Ada nampak orang berkumpul di tepi jalan sebelah kereta.

ZHAFRAN: Ramai orang berkumpul di sebelah kereta?

SURESH: Tak.

ZHAFRAN: Berapa ramai?

SURESH: Lebih kurang, 20 atau 30 orang.

ZHAFRAN: Kamu nampak orang berkumpul di tepi jalan?

SURESH: Mula-mula, saya dengar jangan pukul... jangan pukul dalam bahasa India.

ZHAFRAN: Satu kali atau banyak kali?

SURESH: Banyak kali.

ZHAFRAN: (Suara) satu orang atau banyak orang?

SURESH: Banyak suara (orang).

ZHAFRAN: Cara cakap, macam mana?

SURESH: Jerit.

ZHAFRAN: Lepas itu, apa kamu buat?

SURESH: Saya pun pergi tengok apa yang berlaku. Pergi dekat kereta.

ZHAFRAN: Kamu nampak orang itu?

SURESH: Saya nampak, tapi masa itu gelap.

ZHAFRAN: Masa itu, macam mana keadaan dia?

SURESH: Bersandar dekat ‘bumper’ kereta.

ZHAFRAN: Jarak dia dan kamu?

SURESH: Dekat. Sangat dekat. Dalam satu kaki.

ZHAFRAN: Kaki dia macam mana?

SURESH: Straight (lurus).

Saksi sama berkata, ketika itu, orang di sekeliling mangsa bertolak-tolak tetapi tidak melihat mana-mana orang memukul mangsa.

ZHAFRAN: Keadaan orang yang bersandar itu. Dia sedar atau tak?

SURESH: Tak.

ZHAFRAN: Macam mana kamu tahu dia tak sedar?

SURESH: Ada orang tolak, saya jatuh dekat (anggota bomba) yang bersandar. Ada orang sepak bahu kanan saya.

ZHAFRAN: Macam mana kamu tahu dia anggota bomba?

SURESH: Saya nampak seluar dan pakaian dia.

ZHAFRAN: Kamu jatuh atas bahagian mana?

SURESH: Atas kaki dia.

ZHAFRAN: Adakah kamu nampak muka dia?

SURESH: Tak. Tapi macam anggota awam sebab beruniform.

ZHAFRAN: Kenapa kamu kata dia tak sedar?

SURESH: Dia duduk dan tak ada ‘movement’ (pergerakan).

Terdahulu, saksi sama memberitahu mahkamah dia dan enam rakan ke kuil selepas mengetahui isu berhubung kuil berkenaan di Facebook.

Katanya, dia juga melihat kira-kira 50 orang berlari ke arah jentera bomba sebelum seorang lelaki bersenjatakan objek panjang memecahkan cermin depan kenderaan berkenaan.

Selain itu katanya, dia mendengar orang awam menjerit ‘jangan kasi masuk’ selepas melihat sebuah jentera bomba berhampiran kuil.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) EMRS Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu di Insitut Jantung Negara (IJN).

Prosiding di hadapan Koroner Rofiah Mohamad bersambung Isnin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2019 06:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-2-2019 06:27 PM | Show all posts
Dengar Adib kena pukul

MyMetroMutakhir

Share
Murni Wan Omar dan Syah Rul Aswari Abdullah
am@hmetro.com.my


SEORANG saksi memberitahu Mahkamah Koroner di Shah Alam, ada anggota bomba dipukul pada insiden rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, di USJ 25, Subang Jaya, 27 November tahun lalu.

S Suresh, 33, yang juga kontraktor berkata, ketika itu dia menghampiri sekumpulan antara 20 hingga 30 orang awam yang bertolak-tolak di depan anggota bomba terbabit selepas jentera bomba diserang orang awam dan meninggalkan tempat kejadian.

Dia berkata, ketika itu, mangsa dilihat berpakaian uniform dan dalam keadaan sudah terduduk dan bersandar di depan ‘bumper’ sebuah kenderaan.

Saksi kelapan inkues berkata demikian ketika menjawab soalan peguam yang mewakili keluarga anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, Kamaruzaman A Wahab pada prosiding hari kelima inkues berkenaan.

KAMARUZAMAN: Ketika bertolak-tolak itu, (bertolak-tolak) sebab apa? Saya cadangkan ada yang nak pukul Adib dan ada yang tak nak pukul. Setuju.

SURESH: Ya

Saksi sama berkata, ketika bertolak-tolak itu, dia terjatuh betul-betul di depan anggota bomba berkenaan.

KAMARUZAMAN: Kamu kata, kamu ditolak dari belakang dan masa terjatuh (ke depan anggota bomba), (akibat) ditendang?

SURESH:Ya

KAMARUZAMAN: Perasan tak siapa tendang kamu?

SURESH: Tak nampak.

KAMARUZAMAN: Tendang sekali saja?

SURESH: Ya

KAMARUZAMAN: Pada masa orang bertolak-tolak itu, ada 20 hingga 30 orang bertolak-tolak?

SURESH: Ya

Katanya, seorang lelaki bertubuh besar kemudian menghalang orang awam daripada mendekati mangsa.

KAMARUZAMAN: Masa kamu jatuh, ada nampak 20 atau 30 orang. Ketika kamu jatuh, ada sesiapa sebut mangsa dilanggar?

SURESH: Tak

KAMARUZAMAN: Ada sesiapa dalam ‘crowd’ beritahu mangsa dilanggar?

SURESH: Tak ada

Terdahulu, ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali, Zhafran Rahim Hamzah, Suresh berkata, dia mengandaikan mangsa dipukul pada insiden berkenaan.

Suresh berkata, dia terdengar perbualan sekumpulan orang awam yang berkumpul di depan anggota bomba berkenaan.

Dia turut memberitahu perkara itu kepada rakannya yang bernama R Narresh yang berada berhampiran lokasi kejadian.

ZHAFRAN: Kenapa kamu cakap (kepada Naresh) ada anggota bomba kena pukul?

SURESH: Saya dengar ada orang cakap, ‘jangan pukul, jangan pukul’.

Selain itu, saksi sama memberitahu mahkamah, dia turut mendengar sekumpulan orang awam berkata, ‘anggota bomba pun nak pukul ke...’ ketika mengusung mangsa keluar dari tempat kejadian.

Katanya, orang awam itu memintanya untuk mencarikan kereta untuk membawa mangsa ke hospital.

ZHAFRAN: Selepas itu, apa kamu buat?

SURESH: Saya cari kereta.

Menjawab satu soalan lain Zhafran, dia berkata, dia dan beberapa rakannya kemudian ke hospital di Subang Jaya dan hanya pulang kira-kira 4 atau 5 pagi selepas diberitahu mangsa dalam keadaan baik.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) EMRS Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu di Insitut Jantung Negara (IJN).

Prosiding di hadapan Koroner Rofiah Mohamad.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2019 06:31 PM | Show all posts
Adib was unconscious, choking, and his pulse unstable when taken to hospital, inquest told

R. Narresh (left), who was the ninth witness in the inquest into the death of Adib, said he saw bruises and a reddish spot near Adib’s right rib when he was taken to the Subang Jaya Medical Centre (SJMC) on Nov 27. BERNAMA


By Rahmat Khairulrijal - February 18, 2019 @ 5:07pm


SHAH ALAM: A footprint was seen on the right side of the abdomen of fire fighter Muhammad Adib Mohd Kassim, the coroner’s court was told today.

R. Narresh, who was the ninth witness in the inquest into the death of Adib, said he saw bruises and a reddish spot near Adib’s right rib when he was taken to the Subang Jaya Medical Centre (SJMC) on Nov 27.

“I was about to clean the area with his (fireman’s) shirt as I thought he was bleeding at that time.

“When I took another look, I saw marks of a footprint. I wipe it off and it disappeared.

“It was a straight line and I thought it was a mark from the Mitsubishi Storm (cargo) basket’s floor.

“However, when I think again, I do not think it was from the car as the mark was different,” he said when questioned by deputy public prosecutor Hamdan Hamzah.

He said Adib was unconscious and was choking when he was en route to SJMC and his pulse was not stable.

“He has fair skin, so I could see clearly that his right ribs were swollen and reddish, there were scratches on his face and his nose and ears were bleeding.”

Earlier, Narresh, who is also a volunteer of the Malaysia Civil Defence Force (APM), said he saw Adib’s was sitting by the roadside clutching his stomach and was surrounded by a crowd.

“I saw my friend among the crowd and he told me that the fireman had been beaten by the mob.

“I rushed into the circle and saw the fireman wearing orange camouflage uniform sitting and leaning on a car’s bumper holding his abdomen.

“The crowd was just standing and taking pictures of the fireman without doing anything to help him.

“As a APM volunteer, I know the person is suffering and I needed to take him to the hospital as soon as possible,” he said, adding that he told the crowd to make some space for Adib as he (Narresh) was about to find transportation.

Narresh said he failed to find any transport to take Adib to hospital and returned to the scene to check on him.

He said the crowd had taken off Adib’s uniform, t-shirt, belt, and shoe, and asked several people to carry Adib to look for transport again.

“I ran about 250 metres before I approached a Mitsubishi Storm trying to make a U-Turn nearby.

“I told the driver, Mohd Hafizam Nordin, that a fireman was in distress and asked him if he could drive to the nearest hospital. He said he would.

“I jumped on to the back of the vehicle while receiving Adib from the group. I folded his uniform to support the head,” he said.

The 30-year-old technician said Adib was unconscious during the trip.

Hamdan: What did you do?

Narresh: I tried to talk to him and was proding his shoulder to wake him. I said to him ‘we are going to take you to the hospital soon’. I also asked for his name but he was not responding.

Hamdan: Did you do anything during the trip?

Narresh: Yes. I searched his pocket and found Adib’s handphone as it was ringing. I took the call and told the caller that his friend was injured and we were en route to SJMC.

He said as soon as they arrived, Narresh asked for a stretcher and told the nurses Adib was a fireman and he needed help.

“The hospital asked for his identification card and insurance card but I did not have it.

“I told them ‘he is a fire fighter and his life is in danger, please help him,’” he said.

Narresh said he stayed at the hospital until 4am and meet Adib’s brother Mohd Ashraf to hand over the former’s handphone personally.

“I went back around 4.30am when I heard that his breathing was back to normal,” he said.

It was claimed that Adib, 24, died from severe injuries sustained after he was allegedly assaulted by rioters at the Sri Maha Mariamman temple in Subang Jaya on Nov 27.

He had been part of an emergency response team dispatched to the scene to douse a vehicle which had been torched.

Despite showing signs of recovery while being treated at the National Heart Institute, Adib died on Dec 17.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 18-2-2019 06:23 PM
Saksi terkilan tak sempat ziarah Adib

MyMetroMutakhir

Syukur Alhamdulillah.
Saya percaya, ada je India yg baik2 yg jujur beri keterangan

Semoga kematian Arwah Adib terbela
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2019 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts

Inkues Adib: Orang awam dihalang masuk kawasan rusuhan - Saksi

Hilmi Malik, Astro Awani |  Diterbitkan pada Februari 18, 2019 18:59 MYT


Kereta terbalik selepas rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman berlaku pada Nov lalu. - Gambar fail


SHAH ALAM: Saksi kesepuluh prosiding inkues anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim memberitahu mahkamah koroner beliau telah dihalang oleh seorang individu masuk ke dalam kawasan rusuhan di sekitar Kuil Sri Maha Mariamman di USJ25, Subang Jaya akibat bimbang dipukul.

Mohd Hafizan Nordin, 33 tahun yang juga pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Storm ketika itu cuba menolong sekumpulan lelaki yang sedang mengusung anggota bomba (Adib) yang cedera.
"Masa saya berada di laluan itu terdengar jeritan orang meminta tolong, tapi saya dalam keadaan 50/50 dan niat saya untuk membantu bomba yang cedera jadi terus masuk kawasan rusuhan itu", katanya ketika memberi keterangan di hadapan koroner Rofiah Mohammad di sini pada Isnin.

Pada ketika itu, seorang lelaki India turut menaiki kenderaan menuju ke Pusat Perubatan Subang Jaya.

Menurut Hafizan, beliau berada di hospital sekitar 30 ke 40 minit sebelum beredar.

Esok seorang lagi saksi awam yang merupakan saksi ke-11 akan hadir memberi keterangan yang bermula pada jam 10 pagi.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
moonbug replied at 12-2-2019 08:59 PM
Sedihnya membayangkan rasa ralat bila sampai balai polis baru sedar Adib takde dalam van. 20 minit ...

sepanjang perjalanab ke balai polis tu diorang x perasan ke kwn diorang sorang dh takde dlm van tu.huhu
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 14-2-2019 01:13 PM
Sebelah tangan kawal stereng, sebelah lagi kawal pintu - Saksi ketiga
Fareez Azman, Astro Awani |   ...

pelik pulak..

dia sedar adib xde dalam keta waktu kejadian, tp ada knyataan kata dah sampai ke balai baru diorang sedar yang adib xde dalam keta..

mana satu betul ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Nurul8001 replied at 18-2-2019 08:31 PM
Syukur Alhamdulillah.
Saya percaya, ada je India yg baik2 yg jujur beri keterangan


Dia juga berani pergi skranh2 ziarah. Moga kebaikan terbalas. Dan juga berjaya dia pujuk kawan dia jadi saksi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
b_n_c replied at 18-2-2019 11:14 PM
sepanjang perjalanab ke balai polis tu diorang x perasan ke kwn diorang sorang dh takde dlm van tu ...

Mungkin terlalu panik. Kalau ikut keterangan, bomba2 trak bomba tu pun perasan hazim xde masa drg nak gerak. Tp supervisor suruh pergi balai polis dulu. Harus supervisor trauma sbb anggota bwh tanggungjawab dia.

As for penambahbaikan, sistem komunikasi harus ditambahbaik. Ini ada blind spot bagai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2019 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
awanearisu replied at 12-2-2019 08:57 PM
3000-5000 orang tu mustahil tak seorang pun merakam di mana posisi arwah Adib pada ketika itu. Sedan ...

Referring to saksi 8 suresh ka sapa tu kata, org sibuk amek gambar dan video je. Tak tolong pun. There, ada bukti yg rakaman dibuat. Tinggal lg nak cari shot yg betul
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya baca
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Adib, semoga ada keadilan untuk kamu
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
anastasia7 replied at 19-2-2019 01:22 PM
Referring to saksi 8 suresh ka sapa tu kata, org sibuk amek gambar dan video je. Tak tolong pun. T ...

Rasanya rakaman kena pukul pun ada..tapi agak2 sape yg berani nak bagi klau yg pukul tu geng dia gak..maybe dah kena padam pun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:43 AM GMT+8 , Processed in 0.084310 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list