CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Tempatan] Inkues Kematian Adib, UPDATED #506, Dakwa segera pembunuh Adib

   Close [Copy link]
Post time 28-2-2019 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Babi betol kaw pukulll dik Adib weolss!!!! Gegham nya aiiii wauuughhwaaaahauui!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2019 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 28-2-2019 01:24 PM
Adib ditarik keluar van EMRS
MyMetroUtama


Allahu..sedihnya baca kenyataan saksi ni. Sempat rupanya tanya arwah Adib waktu dia sedar beberapa hari sebelum meninggal dunia
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Hancooo pakatan ha.jadahhhh!!! Sebab ngkawww dek hadib mninggal. Ntah sape lagi nk kena genocide dengan teroris2 tamil eelam neh sume!!!! Bagi tentera diraja malaysia jer pegang negara!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 28-2-2019 01:24 PM
Adib ditarik keluar van EMRS
MyMetroUtama


Mujur dia tanya
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih baca kes Adib ni. Perasaan ibu bapanya lagi entah macam mana. Maaf cakaplah aku lebih percayakan keterangan mangsa sendiri iaitu Adib ni. Ni tak, seboleh2 macam nak tegakkan yang mangsa dilanggar trak...

Yang mengugut saksi hindu tu mesti hindu lain lah tu...

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 28-2-2019 01:26 PM
'Ada lima, enam lelaki pukul Adib'
MyMetroUtama


Saksi2 melayu ni faham ke tamil agaknya. Tkt jadi penyebab nt pihak sana pertikai tang bahasa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2019 02:42 PM | Show all posts
Tangkap bunohhh terosss hindu cholan yang mengungut orghang tue!!!! Pukuuuullll deme dengan patung MahaMariamman tue sniri, biar MahaMariammman hukummmm deme!!!!! Varrraaaa Maaa vaaadaaa!!!!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2019 06:29 PM | Show all posts
Peguam kurang sihat, inkues Adib ditangguhkan

MyMetroMutakhir
       

Syah Rul Aswari Abdullah dan Sarah Zulkifli
am@hmetro.com.my


PROSIDING inkues bagi menentukan penyebab kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang sepatutnya berlangsung di Mahkamah Koroner di Shah Alam, hari ini ditangguh hingga esok.

Ini berikutan, peguam Syazlin Mansoor yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengalami masalah kesihatan.

Perkara itu dimaklumkan peguam mewakili keluarga Muhammad Adib, Kamaruzaman A Wahab ketika prosiding sambung inkues itu di hadapan Koroner Rofiah Mohamad.

Dalam prosiding itu, Pegawai Pengendali Hamdan Hamid tidak membantah dengan permohonan Kamaruzaman dan Rofiah kemudian membenarkan permohonan penangguhan berkenaan.

“Memandangkan perkara sebegini tidak dapat dielakkan dan Syazlin seorang sahaja peguam yang mewakili JPBM, justeru inkues ditangguhkan hari ini dan bersambung semula esok,” katanya.

Sepatutnya, pada prosiding hari ini, dua saksi iaitu orang awam yang berada di tempat kejadian dan pegawai perubatan dari Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) akan memberikan keterangan.

Inkues Muhammad Adib sudah berjalan selama 12 hari dengan seramai 18 saksi hadir memberi keterangan.

Muhammad Adib yang juga anggota EMRS Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu di IJN.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2019 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
I ada persoalan. Kenapa pihak kuil asyik sibuk suruh tangguh inkues la apa la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2019 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Inkues Adib: "Perusuh panjat kereta dan pecahkan cermin guna kayu" - Saksi


Hilmi Malik, Astro Awani |  Diterbitkan pada Mac 01, 2019 15:50 MYT

Inkues Adib: "Perusuh panjat kereta dan pecahkan cermin guna kayu" - Saksi


Saksi ke-19 pada prosiding yang masuk hari ke 12, Chan Wei Jie memberitahu Mahkamah Koroner bahawa kereta yang dinaiki bersama bapa saudaranya turut diserang kumpulan perusuh pada malam kejadian. - Foto Bernama
SHAH ALAM: Sekumpulan perusuh dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25, Subang Jaya dikatakan turut menyerang kenderaan orang awam selain melakukan serangan terhadap anggota bomba.

Saksi ke-19 pada prosiding bagi menyiasat punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang masuk hari ke 12, Chan Wei Jie memberitahu Mahkamah Koroner bahawa kereta jenis Perodua Kancil yang dinaikinya bersama bapa saudaranya turut diserang kumpulan perusuh pada malam kejadian.

"Kenderaan kami dikelilingi perusuh dan mereka memanjat bahagian hadapan kereta dan memecahkan cermin menggunakan kayu dan tangan selepas kami cuba hidupkan enjin kereta dan kami hanya mampu melihat tanpa sebarang tindakan, " jelasnya sebaik ditanya Pegawai Pengendali Inkues, Faten Hadni Khairuddin.
Bagaimanapun menurut Chan, sebahagian daripada perusuh telah meminta maaf kepadanya susulan serangan tersebut dan tiga individu telah membantunya selain mengarahkan mereka membuat laporan polis.

"Pada masa itu kenderaan kami dan rosak teruk dan kami terus hidupan enjin kereta dan menuju ke balai polis untuk membuat laporan", katanya lagi.

Ketika kejadian, mereka dalam perjalanan pulang menuju ke rumahnya di USJ 12 sebelum terperangkap di kawasan rusuhan berkenaan.

Prosiding tamat hari ini selepas Koroner Rofiah Mohammad memutuskan tarikh 19 Mac untuk sambungan semula inkues.

Dalam perkembangan lain, keputusan permohonan pihak kuil untuk menjadi pihak berkepentingan bagi prosiding itu akan didengar semula 4 Mac ini.

Garis Masa: Saksi Prosiding inkues mencari punca kematian Adib

Dalam kejadian pada 27 Nov lepas, Muhammad Adib, 24, yang juga anggota EMRS Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Subang Jaya, parah selepas dipercayai diserang dan dipukul perusuh dalam kejadian kekecohan di tapak kuil berkenaan.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Dis.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2019 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 1-3-2019 11:35 PM
Inkues Adib: "Perusuh panjat kereta dan pecahkan cermin guna kayu" - Saksi



Tt, nak tanya skit kalau tau. Yg pihak kuil mmg tk terlibat ke dlm inkues ni. Apa maksud permohonan jd pihak berkepentingan? Maaf la kurg ilmu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2019 12:56 PM | Show all posts
Inkues Adib: Jawatankuasa kuil fail semakan keputusan

MyMetroMutakhir
Azran Hussin
khaiazr@bh.com.my


JAWATANKUASA Menyelamat Kuil Sri Maha Mariamman Seafield, dekat Shah Alam, memfailkan semakan terhadap keputusan Mahkamah Koroner sebelum ini yang menolak permohonan jawatankuasa itu untuk menjadi pihak berkepentingan dalam prosiding inkues bagi menentukan punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

Peguam M Visvanathan berkata, jawatankuasa kuil itu wajar diberikan hak untuk turut mengambil bahagian dalam prosiding inkues berkenaan.

“Kita persoalkan keputusan mahkamah yang menolak permohonan jawatankuasa ini. Peranan yang dimainkan jawatankuasa ini sepanjang kes berlaku wajar mendapat pertimbangan mahkamah.

“Kita jangkakan pendengaran kepada permohonan semakan akan berjalan pada Khamis atau Jumaat ini,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas memfailkan permohonan semakan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini.

Pada 31 Januari lalu, Mahkamah Koroner menolak permohonan Jawatankuasa Menyelamat Kuil Sri Maha Mariamman Seafield dan 50 penganut Hindu kuil itu untuk menjadi pihak berkepentingan dalam prosiding inkues bagi menentukan punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

Koroner Rofiah Mohamad, membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan daripada pihak jawatankuasa kuil yang diwakili peguam M Visvanathan dan R Karna serta peguam Siti Zabedah Kassim yang mewakili kumpulan penganut itu dalam prosiding di hadapannya.

Ketika membaca keputusannya, Rofiah berkata, permohonan itu ditolak selepas melihat kedua-dua pihak tidak mempunyai kepentingan yang nyata, substantif dan munasabah dalam prosiding terbabit.

Pada prosiding lalu, Rofiah sudah membenarkan peguam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Mansoor Saat, menjadi peguam pemerhati dalam inkues berkenaan.

Pada 18 Januari lalu, Rofiah memutuskan hanya pihak berkepentingan iaitu peguam bagi ahli keluarga dan peguam Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) boleh mengemukakan soalan.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, pada 27 November tahun lalu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember di Institut Jantung Negara (IJN) selepas 21 hari bertarung nyawa.



Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Februari 2019 @ 12:29 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2019 12:58 PM | Show all posts
KPKT, keluarga Adib bantah permohonan kuil

MyMetroMutakhir


KEMENTERIAN Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, sudah memfail afidavit bagi membantah permohonan jawatankuasa bertindak bagi Menyelamatkan Kuil Sri Maha Mariamman Seafield untuk menggantung inkues kematian anggota bomba itu sementara menunggu pendengaran rayuan.

Afidavit itu difailkan secara berasingan minggu lalu sebagai menyokong permohonan Jabatan Peguam Negara bagi membantah permohonan jawatankuasa itu untuk menggantung sementara inkues.

Peguam jawatankuasa itu M Visvanathan memberitahu panel tiga anggota bahawa beliau menerima afidavit berkenaan pagi ini yang difailkan secara berasingan oleh peguam Kementerian, Syazlin Mansor dan peguam Kamaruzaman A Wahab.

Beliau memohon mahkamah memberikan masa kepada mereka untuk memfail afidavit balas kerana menurutnya afidavit itu belum pernah berlaku sebelum ini di mana ia difail oleh mereka yang berkepentingan bagi membantah kehadiran pihak yang juga berkepentingan dalam inkues.

Visvanathan berkata, afidavit itu mempersoalkan kedudukan jawatankuasa berkenaan dari segi undang-undang, untuk mengambil bahagian dalam inkues.

Panel yang terdiri daripada Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Stephen Chung Hian Guan menangguhkan pendengaran dua permohonan yang dijadualkan hari ini.

“Kami menangguhkan kedua-dua usul itu ke satu tarikh yang akan ditetapkan, untuk didengar bersama dengan dengan rayuan. Pihak-pihak yang berkenaan sementara itu dibenarkan memfail sebarang afidavit seterusnya jika perlu,” kata kata Hakim Umi Kalthum yang mempengerusikan panel.

Ia adalah permohonan oleh jawatankuasa berkenaan untuk menggantung sementara inkues kematian Muhammad Adib sementara menunggu rayuan (jawatankuasa berkenaan) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 8 Februari lalu yang membenarkan keputusan Mahkamah Koroner mengetepikan permohonan jawatankuasa bertindak itu untuk menjadi pemerhati semasa inkues.

Satu lagi permohonan dibuat oleh Pejabat Peguam Negara yang memohon untuk mengetepikan rayuan jawatankuasa itu.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar membantah permohonan Visvanathan untuk menfail afidavit balas kerana afidavit itu tidak menyebut pembabitan penganut agama Hindu.

Pada 8 Februari, Mahkamah Shah Alam menolak rayuan jawatankuasa bertindak kuil itu bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Koroner yang menetapkan mereka tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam inkues yang sedang berlangsung.

Pada 31 Januari, Koroner Rofiah Mohamad menolak permohonan oleh jawatankuasa bertindak itu sebagai pihak yang berkepentingan dalam inkues berkenaan, dengan alasan ia tidak mempunyai kepentingan yang jelas, substantif dan munasabah.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah selepas dipercayai diserang dan dipukul perusuh dalam kejadian kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman pada 27 November lalu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara pada 17 Disember.

Pendengaran inkues akan bersambung pada 19 Mac.


Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Mac 2019 @ 5:13 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Makkk bantahhh kuillll!!!!!! Deyyy!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2019 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Inkues kematian Muhammad Adib: Saksi dakwa mangsa dihimpit van EMRS

SELASA, 19 MARCH 2019 @ 5:45 PM

Saksi awam, Budd Mohsin, 24 selepas menghadiri inkues menentukan punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim di Kompleks Mahkamah Shah Alam. - Foto Saddam Yusoff


SHAH ALAM: Seorang warga Pakistan memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini, dia melihat Muhammad Adib Mohd Kassim terjatuh selepas dihimpit kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke sebuah kereta yang diletakkan di bahu jalan ketika insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman USJ Subang, November tahun lalu.

Budd Mohsin, 24, saksi ke-20 inkues bagi mengetahui punca kematian Muhammad Adib, 24, yang disambung semula hari ini, mendakwa dia melihat kejadian itu ketika jentera Fire Rescue Tender (FRT) bomba mengundur lalu melanggar van EMRS yang berada di belakangnya selepas kenderaan itu secara tiba-tiba diserang sekumpulan orang awam.

Dia juga mendakwa, apabila FRT mengundur, EMRS yang dilanggar itu turut mengundur dan menghimpit Muhammad Adib ke sebuah kereta.

“Mangsa terjatuh dalam keadaan terlentang. Ketika itu, keadaan kaki mangsa menuju ke arah (stesen minyak) Caltex yang ada berhampiran,” katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali, Hamdan Hamzah.

Juruteknik pendingin hawa itu juga memaklumkan, selepas anggota bomba itu jatuh terlentang, dia melihat sekumpulan orang awam seperti mahu menyerang Muhammad Adib dan pada masa sama, turut melihat ada beberapa orang cuba membantu dan mengangkat mangsa.

HAMDAN: Pada masa itu, kamu boleh cam muka anggota yang terhimpit dan terjatuh?

BUDD: Saya tak berapa cam.

HAMDAN: Kamu kata Adib, Adib. Mana kamu tahu orang itu Adib?

BUDD: Saya tahu daripada berita.

HAMDAN: Kemudianlah, selepas kejadian. Kamu tahu?

BUDD: Ya, lepas itu baru saya dapat tahu.

Budd yang sudah empat tahun bekerja di negara ini, berkata sebelum itu, dia melihat jentera FRT diikuti van EMRS tiba di lokasi rusuhan bagi memadamkan kebakaran kereta.

Selain itu, katanya, dia juga melihat dua anggota bomba turun dari jentera FRT dan Muhammad Adib keluar dari tempat duduk penumpang van EMRS.

Bagaimanapun, warga Pakistan itu berkata, seorang anggota bomba yang turun dari FRT menaiki semula jentera itu selepas melihat sekumpulan orang awam menuju ke arah dua kenderaan bomba berkenaan.

“Saya lihat seorang anggota bomba yang berdiri di bahagian tepi antara lori (FRT) dengan van (EMRS) lari ke arah van dan masuk ke dalam van sebelum menutupnya.

“Anggota bomba yang keluar dari van tidak sempat naik semula ke dalam van kerana sudah ditutup. Saya lihat dia tengok (menghala) ke arah Caltex. Secara pantas, dia nak larikan diri. Kedudukan dia masih berada di sebelah kiri tayar belakang van EMRS,” katanya.

Muhammad Adib yang juga anggota bomba EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, meninggal dunia selepas mengalami cedera parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November lalu.

Hari ini, prosiding memasuki hari ke-13 dan seramai 20 saksi sudah dipanggil. Dijangka, seramai 30 saksi terbabit sepanjang inkues yang akan tamat pada April depan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2019 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
FRU tidak dapat bertindak kerana tiada arahan -


Siti Rohaizah Zainal
20 Mac 2019 5:51 PM


SHAH ALAM 20 Mac - Prosiding inkues bagi menentukan kematian Muhammad Adib Mohd. Kassim memasuki hari ke-14 hari ini mendedahkan bahawa Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Cheras yang berada di lokasi ketika kejadian dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman pada 27 November tahun lalu tidak dapat bertindak berikutan tidak diberikan sebarang arahan lanjut atau perintah gerakan.

Saksi ke-21, Pegawai Penjaga FRU Unit 1A, Shuhaimi Yaakub,39, berkata, pada malam kejadian, beliau bersama dua pasukan FRU menerima arahan untuk pergi ke kawasan kejadian di Subang Jaya untuk bersiap sedia untuk penugasan dengan kelengkapan termasuk kenderaan water cannon, perlindungan badan dan senjata api.

Jelas Shuhaimi, setibanya di lokasi pada 26 November kira-kira pukul 10.30 malam, pasukannya tersangkut pada kesesakan jalan raya dan tidak dapat menghampiri kawasan pada jarak 100 meter berikutan kenderaan awam berhenti selain terdapat sekumpulan orang ramai berhimpun.

“Saya telah berhubung dengan Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya untuk mendapatkan nombor telefon pegawai medan iaitu Deputi Superitenden Mohammad Nasir Drahman(saksi pertama). DSP Nasir pada masa itu tidak memberi sebarang arahan dan kemudian 10 minit kemudian Pegawai Pemerintah Unit 1, Supritenden Jefri datang ke kumpulan kedua (4B).

“Saya telah berjumpa dengan Supritenden Jefri dan Asisten Supritenden Firdaus (Pegawai Penjaga Pasukan 4B) untuk berbincang mengenai situasi semasa. Supritenden Jefri telah cuba menghubungi Ketua Polis Daerah Subang Jaya tetapi tidak berjaya sebelum berjaya menghubungi Timbalannya bagi memaklumkan kejadian, namun arahan diterima adalah siap sedia sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian di hadapan Koroner Rofiah Mohamad ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya selaku Pegawai Pengendali, Hamdan Hamzah. - UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-3-2019 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Telefon bimbit rakam rusuhan kuil hilang

MyMetroUtama


Syah Rul Aswari Abdullah dan Sarah Zulkifli
am@hmetro.com.my


TELEFON bimbit digunakan seorang lelaki bagi merakam dua kenderaan bomba ketika kejadian rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25, Subang Jaya, November tahun lalu, yang tular di media sosial, hilang, semalam.

Pemilik telefon itu, Hardeeb Singh Jaswant, 29, memaklumkan perkara itu di Mahkamah Koroner Shah Alam, hari ini, ketika Pegawai Pengendali, Zhafran Rahim Hamzah menyoal sama ada telefon bimbitnya itu dibawa ke mahkamah hari ini.

Saksi ke-22 inkues punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, itu berkata, dia tidak tahu di mana telefon bimbit iPhone X miliknya itu diletakkan, namun merasakan ia hilang di tandas sebuah stesen minyak ketika dalam perjalanan ke mahkamah ini, semalam.


“Ketika kejadian itu, saya bersama rakan, Mohsin But (saksi ke-20) merakamkan insiden kekecohan di kawasan kuil itu.

“Namun, saya tidak dapat memastikan sama ada Mohsin bersama saya sepanjang masa kerana saya lebih fokus kepada merakam insiden itu,” katanya.

Dalam telefon bimbit milik Hardeep itu, terdapat empat rakaman video berhubung insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman pada malam kejadian 27 November 2018.

Ia membabitkan rakaman kereta terbakar dan jentera Fire Rescue Tender (FRT).

Sementara itu, ketika disoal peguam keluarga mewakili Muhammad Adib, Kamaruzaman A Wahab, sama ada dia melihat anggota bomba itu diserang, dia yang bekerja sebagai pengurus keselamatan itu memaklumkan tidak nampak.

“Saya tidak melihat apa yang berlaku terhadap mangsa (Muhammad Adib) dan apa direkodkan di dalam telefon bimbit ketika itu, itulah yang saya nampak,” katanya.

Terdahulu, Hardeep berkata, dia datang berhampiran lokasi kejadian selepas seorang rakan sekerjanya memaklumkan insiden kekecohan di kuil itu.

“Apabila sampai, saya melihat tempat itu sesak dengan orang ramai dianggarkan kira-kira 10,000 orang,” katanya.

Dalam prosiding itu, berhubung kehilangan telefon bimbit milik Hardeep, tiada bantahan daripada semua pihak berkepentingan untuk saksi itu mencari dan membawa telefon bimbit yang hilang ke mahkamah.

Muhammad Adib, yang juga anggota van EMRS Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu di IJN.

Prosiding inkues di hadapan Koroner Rofiah Abdullah bersambung esok.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2019 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Inkues Adib: Bapa, abang hadir prosiding hari ke-

TAUFIK SALIMIN
21 Mac 2019 11:18 AM


Mohd. Kassim (kanan) ketika hadir di Mahkamah Koroner hari ini.

SHAH ALAM - Bapa kepada Muhammad Adib, Mohd. Kassim Abd. Hamid, 64, tiba di Kompleks Mahkamah Shah Alam bagi prosiding inkues kematian anggota bomba itu tadi.

Dia yang berkemeja biru memasuki pekarangan Mahkamah Koroner kira-kira pukul 11.05 pagi tadi ditemani anaknya, Muhammad Asyraf.

Mohd. Kassim akan menjadi saksi ke-23 pada prosiding hari ke-15 hari ini dihadapan Koroner Rofiah Mohamad. - K! ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Grrrrrrr
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2019 01:09 PM | Show all posts
Inkues Adib: Tulang rusuk patah tertusuk paru-paru


TAUFIK SALIMIN

22 Mac 2019 12:42 PM





Ahmad Hafizan hadir bagi memberi keterangan pada prosiding hari ke-16 Inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib di Mahkamah Koroner Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM - Pakar Perubatan Forensik, Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Ahmad Hafizam Hasmi mengesahkan hujung tulang rusuk keempat dan kelima yang patah tertusuk ke dalam paru-paru Muhammad Adib Mohd. Kassim.

Beliau sebagai saksi ke-24 pada prosiding hari ke-16 hari ini memberitahu Mahkamah Koroner perkara itu selepas membuat pemeriksaan dalaman dada anggota bomba malang berkenaan pukul 1 pagi, 18 Disember lalu.


Katanya, hasil pemeriksaan terhadap dalaman dada Muhammad Adib menemui pelbagai kesan kecederaan.

"Otot dada kanan dia lebam kemerahan, tulang sternum tidak patah dan tulang rusuk patah.

"Tulang rusuk ketiga patah tiga, tulang rusuk keempat patah dua dan tulang rusuk kelima patah dua," katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali Hamdan Hamzah di hadapan Koroner Rofiah Mohamad.

Menurutnya lagi, otak Muhammad Adib juga bengkak dan berwarna kehijauan kerana diberikan ubat yang dipanggil Methylene Blue semasa rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). - K! ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.080606 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list