View: 19478|Reply: 51
|
[DRAMA MELAYU]
SETELAH CINTA ITU PERGI [Samarinda TV3: Fahrin Ahmad, Nina Iskandar, Julia Farha
[Copy link]
|
|
Edited by melnanzz at 18-1-2019 02:24 AM
Setelah Cinta Itu Pergi
bermula 17 Januari 2019
slot Samarinda TV3
Isnin - Khamis, 10 malam
Drama adaptasi novel Setelah Cinta Itu Pergi karya East Diani bakal disiarkan di slot Samarinda TV3. Menemukan gandingan Fahrin Ahmad dan Nina Iskandar. Turut dibintangi oleh Julia Farhana Marin, Azrel Ismail, Shah Jaszle dan ramai lagi. Drama 20 episod arahan Heykal Hanifah, terbitan Zamriez Golden Picture.
JUDUL : SETELAH CINTA ITU PERGI
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : Januari 2019
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS NOVEL : Ezdiani Abd Rahman
PENGARAH : Heykal Hanifah
PRODUKSI : Zamriez Golden Picture Sdn Bhd
PELAKON : Fahrin Ahmad, Nina Iskandar, Julia Farhana Marin, Shah Jaszle, Azrel Ismail, Fizo Omar, Nik Adam Mika, Oktovia Manrose, Faye Kusairi, Amyza Aznan, Faezah Elai, Mardiana Alwi
WATAK PELAKON
Fahrin Ahmad sebagai Ikram
Nina Iskandar sebagai Marina
Julia Farhana Marin sebagai Insyirah
Shah Jaszle sebagai Muiz Lukman
Azrel Ismail sebagai Adam
SINOPSIS SETELAH CINTA ITU PERGI
Perkahwinan Ikram dan Marina bahagia disulami cinta yang sentiasa memekar walaupun tanpa dikurniakan zuriat. Siapalah mereka untuk menidakkan takdir Tuhan. Janji yang kukuh terpateri akhirnya rapuh. Kehadiran Insyirah dan anak kecilnya menggoyahkan rumah tangga yang kukuh terbina.
Insyirah memang bijak sehingga Ikram termakan kata dustanya. Hati Marina remuk kala dia dipersalahkan oleh suami tercinta. Kerana cemburu buta Ikram, kesetiaan Marina diragui dan kepercayaan terhadapnya dipersoalkan. Hati itu makin parah saat lafaz cerai terzahir di mulut sang suami.
Marina pergi membawa diri dengan seribu duka di hati. Disangka kasih itu berpanjangan, rupanya hanya satu persinggahan. Tidak ditoleh ke belakang lagi. Perjalanan harus diteruskan, demi mencari penawar duka di hati. Namun satu per satu kehilangan menghimpit diri. Rasa kehilangan orang yang disayangi, amat memeritkan jiwa Marina.
Setelah cinta itu pergi, barulah Ikram menyesali. Tapi hasrat hati memiliki Marina semula dihalangi keluarga. Mereka cukup rasa terhina dengan tindakan Ikram terhadap Marina.
Kerana tidak mahu Marina hidup dibebani kisah lalu, keluarganya telah menentukan jodoh untuknya. Namun cinta yang bertakhta di hati memang sukar disingkir pergi.
Hadirnya Adam, cuba mengubati hati Marina yang penuh dengan seribu kisah duka. Ingin menjadi penyelamat kerakusan hatinya yang sengsara. Sebagai tunang kepada Marina, mampukah Adam memecah tembok hati Marina?
Apakah cinta di hati Marina akan terus pergi hilang selamanya? Sampai bilakah pintu hati itu akan terkunci? Perlukah dia melupakan kebahagiaan yang hadir di depan mata begitu sahaja? Adakah Adam mampu membuka pintu hati yang terkunci selama ini? Atau adakah kasih Marina masih kuat terhadap Ikram? Siapakah yang akan menjadi pilihan Marina setelah cinta itu pergi?
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Teringin nak tgk. Ada Nina iskandar mcm best je. |
|
|
|
|
|
|
|
So ending nya tetap bersama ex husband lah kn..
Walaupun watak 2nd hero tu sgt baik segala..
Xpenah lg ada drama yg plot twist |
|
|
|
|
|
|
|
LAGU TEMA / OST
"Simpan Sedikit Rindu" - Joe & Asmidar
Komposer : Sharon Paul
Lirik : Ahmad Fedtri Yahya |
|
|
|
|
|
|
|
bile nina nk try watak berbeza plak. boringla asyik isteri teraniaya |
|
|
|
|
|
|
|
Tertgk 20 min terakhir. Sedap jugak ceritanya tp apsal fahrin nampak tua sgt. Baru masuk 40 kan dia. Esma danie, eizlan nampak lg muda dr beliau. Malangnya dpt watak bapak2 je |
|
|
|
|
|
|
|
Ada. Menanti februari. Fatia pilih 2nd hero si afiq boroi tu over julripin yg kacak sasa 😂
|
|
|
|
|
|
|
|
mata jahat dalam rumah
xlarat la nak layan drama sakit hati mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
makin sakit jiwa tgk citer2 cenggini..
berdepan dgn bini rela di seksa..
laki x guna mata buta hati buta
org ketiga mata terlujor
mak metua buat2 x nampak
tertgk 1 epi mlm tadi pun dah rasa sesak..
tapi tgk nina ni cam dah gemuk je.. ke perasaan aku je.. pahrin plak cam nampak tua benor
next...... |
|
|
|
|
|
|
|
Layan gak cite ni bosan2xda cita...
Yes nina nmpk berisi plak dlmcite ni.
Btw kening tu x bleh ke lukis betol2.. |
|
|
|
|
|
|
|
jangan lah ending drama ni Marina balik to Ikram ...
Nina ni muka dia cantek sangat! suka tengok !! |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg dlm novel diorg kahwin semula. After byk konflik.
|
|
|
|
|
|
|
|
A ah heroin berisi. Nasib baik muka cantik. Hero plak nampak tua sgt. Rusdi ramli walaupun dah tua dgn janggut beruban rs tak gamak tgk ada anak sebesar nina. Samalah mak dia, amyza selalu berlakon tingtong tetiba drama ni anak dewasa mcm tu rs tak kena plak
|
|
|
|
|
|
|
|
Spoiler ALERT!!!!
Byk sgt conflict.. penat oi.
Belum lagi conflict Marina/Muiz/Asra..Asra/Ikram..Mariana/Adam..then finally..Asra/Adam. Quite a number of people involved. Hero of the story..Adam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by etonjelita at 25-1-2019 08:11 AM
Deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
amyza pun jadi mak mak hahaha
|
|
|
|
|
|
|
| |
|