CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2991|Reply: 12

Kylie Jenner Geram Rekod Gambar Instagram Paling Banyak 'Likes' Diatasi Gambar I

[Copy link]
Post time 15-1-2019 10:49 AM | Show all posts |Read mode
Dalam sepuluh hari sahaja, gambar sebiji telur mengatasi rekod dunia Gambar Instagram Paling Banyak 'Likes' milik Kylie Jenner! Kylie dikatakan geram dengan akaun telur yang mengalahkannya itu.





Kredit foto: Carian Google





Sehingga kini, gambar telur itu telah mendapat 35 juta like, sekali gus mengatasi rekod lama 18 juta yang dicatat Kylie Jenner pada Februari 2018 melalui sekeping foto anaknya, Stormi.


Uniknya, jumlah like untuk telur itu semakin mencanak naik sejak publisiti mengenainya tersebar kelmarin.







Kredit foto: Instagram





Akaun Instagram yang dimiliki oleh Egg Gang itu menggunakan nama @world_record_egg dan memuat naik gambar tersebut pada 4 Januari lalu dengan status 'Mari kita pecahkan rekod paling banyak like di Instagram milik Kylie Jenner, yakin boleh!'.


Dalam hanya dua hari, gambar telur itu mendapat sembilan juta like dan menyamai rekod Kylie (18 juta) dalam masa 10 jam kemudiannya.







Kredit foto: Instagram





Buzzfeed cuba menemuramah pemilik akaun itu tetapi ditolak. Malah, pemiliknya berseloroh bahawa akaun itu milik seekor ayam bernama Henrietta dari sebuah kampung di England.

Dalam emailnya, Henrietta berkata, telur itu bernama Eugene dan yakin kemenangannya membuktikan kuasa sebiji telur.




  



Menyedari rekod dunianya telah dipecahkan, Kylie memuat naik sebuah video 'balas dendam' yang menunjukkanya sedang memecahkan sebiji telur di atas jalan dengan rasa geram.


Pada pendapat anda, dengan jumlah peminat yang ramai, adakah mustahil bagi Kylie untuk merampas kembali rekodnya ini? - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2019 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Telur byk likes pun but ppl still talk about kylie so thats a win win
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 11:14 AM | Show all posts
lapar byk like si kylie ni.. x pyh la nk geram2 ngn telur sampai mcm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
hihihihihihi
{:yameteh{:yameteh{:yameteh{:yameteh{:yameteh
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 12:07 PM | Show all posts
kalau kylie kawen dng abam travis, gambo kawen die bule beat kot likes telor ni ...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Pandai plak ayam main g kalau menulis mesti huduh je tulisan dia mcm cakar ayam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2019 12:59 PM | Show all posts
tu maknanye org dah nyampah ngan kardashian family ni. takde bakat ada reality show je tp meletop pekejadahnye
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 01:36 PM | Show all posts
pasal anak luar nikah dy je pon nak bangga sangat..lain la kalau dah nikah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2019 03:11 PM | Show all posts
ngan telor pon gadoh
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 03:51 PM | Show all posts
Dengan telur pun nak bersaing
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 04:18 PM | Show all posts
eeeiii batak like..bak kata dak2 wicet
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 11:33 PM | Show all posts
ala korang ni pun, dia gurau2 manje je tu

patut dia upload gambar tengah masak telur mata kerbau lepas tu makan

sodap!

#teamegg
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 11:51 AM | Show all posts
something wrong wif the kardashian-jenner family.. with egg pun nak dengki...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.273900 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list