CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 839|Reply: 7

[Tempatan] Nak Bersalin Selepas Ditahan AADK

  [Copy link]
Post time 15-1-2019 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
WANITA hamil tujuh bulan yang ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) malam tadi, kerana disyaki menagih dadah, terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengadu mengalami sakit untuk bersalin.

Wanita berusia awal 30-an itu ditahan bersama teman lelakinya yang berusia lingkungan 30-an di rumah di Kampung Naga, Jitra, pada 11 malam tadi.

Dia bagaimanapun mengalami tanda hendak bersalin kira-kira 5 pagi tadi ketika ditahan di pejabat AADK untuk proses soal siasat.

Ketua Operasi AADK Bukit Kayu Hitam, Megat Rodzep Megat Teh berkata, pada mulanya pihaknya bersama AADK Kubang Pasu melakukan operasi mengesan wanita terbabit yang gagal melaporkan diri selepas dia ditahan atas kesalahan menagih dadah pada Oktober tahun lalu.

Beliau berkata, anggotanya cuba mengesan wanita itu di rumahnya di Kampung Natoi, Changlun, namun dia tiada di rumah.

“Pemeriksaan lanjut di rumah itu menemui dua lelaki berusia 20-an dan 40-an sedang bersembunyi di luar rumah berkenaan dan seorang daripadanya adalah abang kepada wanita berkenaan.

“Disebabkan timbul syak mengapa mereka bersembunyi dalam keadaan takut, anggota kami menahan mereka untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Megat Rodzep berkata, selepas disoal siasat, pihaknya menemui petunjuk dan berjaya mengesan kedudukan rumah keluarga wanita itu di Kampung Naga di sini.

Bagaimanapun katanya, ibu wanita itu enggan memberi kerjasama dan mendakwa anaknya tiada di rumah kerana mempunyai urusan di Johor.

“Namun hasil maklumat dan risikan yang diperolehi, kami berjaya mengesan wanita itu di rumah berhampiran rumah ibunya dan dia ditahan bersama seorang lelaki dipercayai teman lelakinya berusia sekitar 30-an.

“Berikutan itu, kesemua mereka yang ditahan dibawa di pejabat AADK untuk disoal siasat dan memberi keterangan,” katanya.

Megat Rodzep berkata, namun pada kira-kira 5 pagi tadi wanita itu mengadu sakit hendak bersalin dan anggotanya kemudian menghubungi ambulans untuk membawanya ke hospital terdekat.

Katanya, dua anggota wanita AADK turut membantu menenangkan wanita terbabit sehingga ambulans tiba.

“Setakat ini kita belum melakukan ujian saringan air kencing terhadap wanita itu, namun hasil ujian saringan awal air kencing terhadap teman lelaki, abang dan adik wanita itu mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 January 2019 @ 10:43 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2019 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
WANITA yang hamil tujuh bulan dan ditahan AADK dalam serbuan di rumah di Kampung Naga, dihantar ke hospital dengan menaiki ambulans kerana sakit hendak bersalin. FOTO Ihsan AADK

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 12:19 PM | Show all posts
tak tau nak kata apa.. sapa bapak baby tu? bf nya kah? ko preggy lps tu hisap dadah..aku hrp anak tu klu lahir klu takde cacat or elok bagilah JKM or family angkat..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 12:24 PM | Show all posts
sah ke dia positif D DADAH

bukan ambik masa 1-3 bulan ke nak test air kencing ke

bahahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 12:42 PM | Show all posts
Kesian kat anak tu weyh
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
myakayina replied at 15-1-2019 12:19 PM
tak tau nak kata apa.. sapa bapak baby tu? bf nya kah? ko preggy lps tu hisap dadah..aku hrp anak tu ...

Sian baby tuu.. dan lg kesian keluarga angkat yg amik baby tuu nanti.. selalunya anak cam ni selalu mengalami masalah kesihatan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2019 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat citer cermin kasih lakonan tiz zakyah. Kena penjara sebab jadi keldai dadah.. lahirkan anak dalam jail. Last2 bila keluar anak dah mati sebab masa dalam kandungan mak ambik dadah...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 06:01 AM From the mobile phone | Show all posts
sedih kan..anak yg x brdosa jd mngsa..apalah yg dianiaya anak tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.696082 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list