CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 740|Reply: 7

[Dunia] Cari Wang Dengan Matematik

[Copy link]
Post time 16-1-2019 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SEKALI imbas pelajar sekolah rendah gred 4 yang baru berusia 10 tahun ini kelihatan seperti kanak-kanak lain tetapi Sibahle Zwane seorang genius matematik dan mampu menyelesaikan kiraan dalam tempoh beberapa saat sahaja.

Dengan kemampuan luar biasa mengira nombor dalam jumlah yang besar, Sibahle merayau di kejiranan Lehae di Lenasia, Afrika Selatan untuk mendapatkan sedikit wang daripada orang ramai.

Ibunya, Mbali Zwane, 28, berkata, dia terkejut apabila melihat video anaknya menggunakan kemahiran matematiknya untuk mendapatkan wang tular di Facebook.

“Saya tidak percaya dia lakukan perkara itu. Seorang lelaki meminta kebenaran saya sebelum memuat naik video itu di Facebook.

“Sibahle pergi ke taman dan bertanya orang ramai adakah mereka mahir matematik? Dia pun berkata, ‘tanya saya’.

“Apabila mereka memberi nombor besar sama ada tambah, tolak atau darab, Sibahle dengan cepat menjawabnya dengan betul,” katanya.

Untuk setiap jawapan yang betul genius muda ini menerima bayaran R2 (60 sen).

“Sibahle pernah pulang ke rumah dengan membawa duit berjumlah R100 (RM29.60) dan R200 (RM59.20) yang kemudian diberi kepada datuknya untuk disimpan,” jelasnya.

Ibu tunggal kepada dua anak dan tidak bekerja itu memberitahu, dia mula menyedari kebolehan luar biasa Sibahle ketika kanak-kanak berkenaan bersekolah di gred 2.

“Guru memberitahu saya Sibahle mempunyai kebolehan unik dengan nombor. Sekiranya berkemampuan, saya akan menghantar Sibahle ke tempat yang boleh mengasah bakatnya itu.

“Saya sudah memohon biasiswa dan berharap ada sesuatu positif berlaku,” katanya.

Sibahle berkata, di dalam kelas dia tidak berminat dengan subjek lain tetapi menjadi teruja dengan nombor.

Dia juga tidak dapat menjelaskan bagaimana dapat membuat kiraan itu dengan hanya menggunakan otaknya.

“Saya hanya nampak nombor di fikiran. Saya suka nombor lebih daripada benda lain,” katanya yang bercita-cita menjadi juruterbang satu hari nanti.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 January 2019 @ 4:00 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2019 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
SEMASA di sekolah, Sibahle hanya minat pelajaran Matematik.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Meanwhile in Malaysia seorang menteri kewangan salah titik perpuluhan big time.. Buat kesilapan bukan dlm meeting tapi kat parlimen.. Parlimen tu.. Dia X reti apa yg dia baca, hanya baca teks tapi x paham apa yg dia baca. Minggu depannya dia letakkan kesalahan atas kepala pegawai2 kerajaan.  Sendiri yg bodoh matematik..  Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 09:52 AM | Show all posts
kerlasss kau dik
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 16-1-2019 09:41 AM
Meanwhile in Malaysia seorang menteri kewangan salah titik perpuluhan big time.. Buat kesilapan buka ...

Haha.. Nobita math failed
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 10:33 AM | Show all posts
kat mesia pun ada kan...adi putra
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2019 10:34 AM | Show all posts
tp skrg dah dengar dah citer pasal dia
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 10:36 AM | Show all posts
tobby replied at 16-1-2019 09:41 AM
Meanwhile in Malaysia seorang menteri kewangan salah titik perpuluhan big time.. Buat kesilapan buka ...


Sendiri yg bodoh matematik..  Hehe
Buat malu kaum cina je yg terkenal dgn kehebatan matematik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.072640 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list