CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 64143|Reply: 698

[Tempatan] Di mana Ustazah Nur Farhana?.

[Copy link]
Post time 17-1-2019 04:28 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 16-1-2019 12:29 PM


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 921x518.

Nur Farhana hilang sejak semalam. FOTO Ihsan Pembaca

USTAZAH di Sekolah Kebangsaan Genting, Balik Pulau dikhuatiri hilang selepas tidak hadir mengajar ke sekolah itu sedangkan keretanya berada di luar kawasan sekolah sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan AA Anbalagan berkata, kehilangan Nur Farhana Ibrahim, 27, disedari suaminya selepas ustazah itu tidak pulang ke rumah mereka di Langgar, Kedah petang kelmarin seperti kebiasaan.

“Menurut suaminya, pada pagi Isnin dia menghantar isterinya ke Plaza Tol Alor Setar Utara jam 4.30 pagi untuk menumpang rakan ustazah itu ke Sungai Dua, Butterworth bagi mengambil kereta Perodua Axianya sebelum meneruskan perjalanan ke sekolah di Balik Pulau.

“Pada jam 4.30 petang, suami mangsa yang juga peniaga menghubungi telefon bimbit isterinya namun tidak berjawab.

“Apabila lelaki itu pulang ke rumah dia dapati telefon bimbit isterinya berada dalam bilik tidur dipercayai tertinggal,” katanya hari ini.

Menurutnya, suami mangsa yang berusia 30 tahun itu menghubungi rakan isterinya untuk bertanya mengenai wanita itu namun mereka tidak tahu malah memaklumkan kereta isterinya berada di luar kawasan pagar sekolah.

Anbalagan berkata, lelaki itu ke sekolah isterinya semalam dan menurut guru besar ustazah itu hadir ke sekolah mengajar seperti biasa pada Isnin namun tidak datang ke sekolah semalam.

Katanya, suami mangsa berusaha mencari isterinya di kawasan sekitar sekolah dan berhampiran namun tidak menemui wanita itu.

“Beg duit, kunci kereta serta alatan menulis milik ustazah itu berada di atas meja bilik guru sekolah.

“Polis dengan bantuan orang ramai melancarkan operasi mencari wanita itu namun sehingga kini masih gagal ditemui,” katanya.

Beliau berkata, polis turut menggunakan perkhidmatan Unit Anjing Pengesan K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu mengesan ustazah berkenaan dan setakat ini belum menemui sebarang petunjuk.

Katanya, menurut suami mangsa, isterinya pernah menerima rawatan kemurungan pada 2014 dan ustazah itu dipercayai mengalami kemurungan berikutan berulang alik setiap hari dari Langgar ke Balik Pulau untuk mengajar di sekolah itu.

Jarak sehala kira-kira 100 kilometer dan difahamkan ustazah itu sudah banyak kali memohon untuk berpindah ke Kedah supaya lebih dekat dengan keluarganya.

“Lelaki itu juga mendakwa dia dan isterinya tidak mengalami masalah rumah tangga dan mereka mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun.

“Saya minta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung wanita itu agar tampil menyalurkan maklumat kepada polis,” katanya.


Mohon Doa semua!!

TOLONG CARI ADIK SAYA!!!

Latest update (16-01-2019)
.
Gerakan mencari NUR FARHANA BINTI IBRAHIM masih diteruskan. Tarikh akhir pada 14 Januari 2019 (Isnin) kelihatan pada sekitar pukul 1.20 -1.30 ptg di SK GENTING, BALIK PULAU. Seorang guru Pendidikan Islam di sekolah tersebut. Hilang tanpa dokumen pengenalan diri. Mempunyai sejarah stress disorder. Berumur 27 tahun dan telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan.. Bantu kami mencari dan sentiasa doakan keselamatan untuk beliau.


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x720.


Usaha mencari mangsa dengan bantuan Unit K9 di sekitar sekolah tempat mangsa mengajar dan kawasan berdekatan.

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x600.

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x600.


Sekitar gerak kerja mengesan Ustazah Nur Farhana Hj Ibrahim SKG
YB Adun P.Betong Bersama Ketua Sektor Pendidikan Islam . Jabatan Pendidikan P.Pinang:Utz Hj Abd.Razak Osman meninjau usahasama gerakan K9 PDRM (Unit Pengesan Anjing) sedang mengesan Ustazah Nur Fahana yang hilang di sekitar Kawasan Kampung Genting sejak Isnin lalu. Semoga pencarian ini dapat menemui jejak atau klu-klu bagi membantu siasatan dan pencarian.

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x540.

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x540.

https://www.hmetro.com.my/utama/2019...ah-nur-farhana


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 04:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya.satu hari ulang alik 200km.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 05:07 AM From the mobile phone | Show all posts
tikusmontok replied at 17-1-2019 04:55 AM
Kesiannya.satu hari ulang alik 200km.

jauh pn xpe, banyak pahala akn diperolehi kerana beliau adlh seorg pendidik bangsa... ALLAH Maha Mengetahui.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 05:56 AM From the mobile phone | Show all posts
moga dijumpai dlm keadaan selamat..
aamiin
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 06:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Laki dia lah bodoh.. Cubalah scarifice tok bini pindah dekat ngan bini.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 06:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Ri@yat replied at 17-1-2019 05:07 AM
jauh pn xpe, banyak pahala akn diperolehi kerana beliau adlh seorg pendidik bangsa... ALLAH Maha M ...

Dah masuk 5 tahun berulang alik sis.org sabar pun boleh jd sasau..isu ni lebih kritikal daripada kasut hitam mazlee.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2019 06:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Pindah la rumah dekat tempat kerja, suami patut kasi lempang aja
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga ustazah baik2 saje
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Ri@yat replied at 16-1-2019 09:07 PM
jauh pn xpe, banyak pahala akn diperolehi kerana beliau adlh seorg pendidik bangsa... ALLAH Maha M ...

gaji perabis kat minyak daan maintannce kereta je.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
tikusmontok replied at 16-1-2019 10:41 PM
Dah masuk 5 tahun berulang alik sis.org sabar pun boleh jd sasau..isu ni lebih kritikal daripada k ...

Kakak aku yang mengajar kat sabah mintak balik ke semenanjung punya la susah.5 tahun beb tak dapat dapat
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg pernah treatment depression Kan? Semoga ditemui Dlm keadaan sihat sejahtera
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga ustazah dijumpai dlm keadaan selamat
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
arasham replied at 17-1-2019 07:06 AM
Mmg pernah treatment depression Kan? Semoga ditemui Dlm keadaan sihat sejahtera

Katanya, menurut suami mangsa, isterinya pernah menerima rawatan kemurungan pada tahun 2014 dan ustazah itu dipercayai mengalami kemurungan berikutan berulang alik setiap hari dari Langgar ke Balik Pulau untuk mengajar di sekolah berkenaan.

Jarak sehala kira-kira 100 kilometer dan difahamkan ustazah itu telah banyak kali memohon untuk berpindah ke Kedah supaya lebih dekat dengan keluarganya.


Setiap hari 200 km dua hala

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 07:31 AM | Show all posts
jauhnye ulang alik
seeloknya cari lah rumah yang berdekatan tempat kerja
dapat kurangkan stress
sewa la rumah kecil/bilik untuk hari bekerja
jumaat balik la rumah yang kita dah beli jauh tu

harap dapat dijumpai dengan selamat
Insyaallah
amin~


Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 07:41 AM | Show all posts
إِنَّا اللهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Semoga ustazah selamat kembali ke pangkuan keluarga tercinta.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Penat tu...
Harap dia.pegi rehat ke mana mana ke..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 07:48 AM | Show all posts
ninja boy replied at 17-1-2019 06:44 AM
Pindah la rumah dekat tempat kerja, suami patut kasi lempang aja

agree... takkan takleh berkorban kot. tanak dok dekat tmpt bini, pilih tmpt yang sama-sama jauh la. ni tak.. laki tu ja nak dekat dengan tempat kerja. bini takpe jauh. caiittt
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa ostajah xcari rumah dekat?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 08:12 AM | Show all posts
hmmm, kesian
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Lari ikut sekendel ke sis?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.074068 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list