CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: FOTHER-MUCKER

[Tempatan] Di mana Ustazah Nur Farhana?.

  [Copy link]
Post time 17-1-2019 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Apapun masalah kalau dapat laki yang bagus n faham masalah bini memang ok.. Walau tak banyak membantu, asal faham n boleh bertolak ansur dgn bini dapatlah at least hilangkan stress.

Ni dapat laki selfish n ingat bila org diam semuanya ok.. stress boleh tukar jadi depress.

Anyway saya kagum jugak dgn ustazah tu boleh cakap takde pape dgn laki dia. Saya pulak jenis takleh pendam2 ni. Habis semua keluar. Nasib laki jenis faham peel saya ni.

Harap ada ending yang baik untuk Ustazah.. Kesian dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 17-1-2019 01:04 PM
Akak pon cakap dari pengalaman sundri. Akak kata boleh kontrol. Akak kontrol dengan cara ni:

...

self pitying tu apa kak cekgu
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
wadiunong replied at 17-1-2019 01:52 PM
OT jap. Akak bukan seorang yg sanggup ambik risiko bila buat sesuatu. sebab tu sebelum buat apa2,  ...

hahaha sama lah. sejenis akan timbang cukup2 before buat keputusan. makanya sy jd sgt slow in decision making. tak berani take risk. x leh jd boss besar n bisnes man. kahkah
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 17-1-2019 09:30 AM
Level penerimaan lelaki vs ppuan mungkin x sama ..  ppuan tu ada anak kecik .. Penat weyy daily co ...

even setiap org pon level masing2 lain.. klu ok dkt kite xsemestinya ok dkt org lain jgk.. klu nak bandingkan dgn kesusahan kite ad org lain yg lagi susah..hrrmm
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 05:24 PM | Show all posts
juruterra replied at 17-1-2019 04:54 PM
tak semua org bole berenti keje mengulit anak dan laki sis. mungkin lakinya peniaga nan hado, x bw ...

so u rasa fair ke tidak cikki cikki di sini duk bash laki beliau, siap dengan label jantan tak guna species hauk pelbagai?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
CupuCupu replied at 17-1-2019 04:49 PM
Aku mmg xleh keje jauh.semangat xkuat..tp klu org kuat semangat aku mmg salute..cth tdekat kakak aku ...

Tabahnya sister uols. Glad that it ended well for her.  I harung jam ke KL 2 jam sehari pun kadang-kadang rasa nak give up
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2019 05:27 PM | Show all posts
dah jumpa pun

bahlol2 kat sini memekak melalak speku sana sini cam babi mati mak dah kenapa??



Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 05:31 PM | Show all posts
statement dari laki tanye kenapa bile nampak nangis.. setazah cakap takde pape.. ntah2 setazah ni pendam prasaan lama gile.. keje jauh.. letih atas jalanraya je.. balik2 kene masak jaga anak basuh kain lipat kain.. oiii ingat tak penat ke.. tu pon laki dia boleh berhunuszon bini dia takde pape
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 05:41 PM | Show all posts

syukur.dah jumpa lah.. tukar lah tajuk


Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 05:44 PM | Show all posts
Alhamdulillah, Ustazah Nur Farhana ditemui selamat





USTAZAH Nur Farhana Ibrahim yang dilaporkan hilang di Balik Pulau sejak 14 Januari lalu, ditemui dalam keadaan selamat, hari ini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan, yang akan memberikan maklumat lanjut mengenainya dalam masa terdekat.

Malam tadi, portal berita Harian Metro melaporkan Ustazah yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Genting, Balik Pulau dikhuatiri hilang selepas tidak hadir mengajar ke sekolah itu sedangkan keretanya berada di luar kawasan sekolah.

Anbalagan berkata, kehilangan Nur Farhana, 27, disedari suaminya selepas ustazah itu tidak pulang ke rumah mereka di Langgar, Kedah petang kelmarin seperti kebiasaan.

“Menurut suaminya, pada pagi Isnin dia menghantar isterinya ke Plaza Tol Alor Setar Utara pada 4.30 pagi untuk menumpang rakan ustazah itu ke Sungai Dua, Butterworth bagi mengambil kereta Perodua Axianya sebelum meneruskan perjalanan ke sekolah di Balik Pulau.

“Pada 4.30 petang, suami mangsa yang juga peniaga menghubungi telefon bimbit isterinya, namun tidak berjawab.

“Apabila lelaki itu pulang ke rumah dia dapati telefon bimbit isterinya berada dalam bilik tidur dipercayai tertinggal,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerja government ni kan, masa interview tu tak bolehka amik staf ikut tempat tinggal dia. Contoh, kosong kat sabah, amik org sabah kerja.
Kosong kat penang, amikla org penang.

Tak payahla tanya soklan sanggup ke tak ditempatkan jauh2 bagai. Org desperate nak kerja, mestilah sangguppppp je. Memang ada eh soklan gini masa interview?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 05:50 PM | Show all posts
alhamdulillah dah jumpa...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 05:51 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 17-1-2019 07:04 AM
Boleh if dia 'benarkan' diri dia jadik gituh. Maksudnya, bila kita terlalu layan perasaan negati ...

Boleh eh gitu? Ok esok2 i try bt mcm uols. I selalu sgt x cukup tido. Bila tghr mulalah ngantuk namatey. Berlawan dgn perut yg lapar lg. Rs mcm sambil mkn tu sambil nak lelap mata jgk
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 05:52 PM | Show all posts
Mopiko replied at 17-1-2019 09:44 AM
Alhamdulillah, Ustazah Nur Farhana ditemui selamat

xde detail eh jumpa kt mana?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ri@yat replied at 17-1-2019 05:07 AM
jauh pn xpe, banyak pahala akn diperolehi kerana beliau adlh seorg pendidik bangsa... ALLAH Maha M ...

Pandailah kau. Memanglah didik ..tapi dah 200km..boleh tension jadi x ikhlas...cuba kau ulang alik
.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 05:53 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 17-1-2019 12:57 PM
and also mana laknat yg selama ni duk laa cakap laki2 baik sume dah kene kebas jd laki org.tg ting ...

betul laki baik-baik dah jadi laki orang..
so sapa yang dapat baki-baki tu, sendiri mau ingat la..
asalkan berlaki katanya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 05:55 PM | Show all posts
TabletSusu replied at 17-1-2019 05:52 PM
xde detail eh jumpa kt mana?

ada terbaca yg orang forward2 katanya jumpa di kuala kangsar
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
whadda replied at 17-1-2019 05:31 PM
statement dari laki tanye kenapa bile nampak nangis.. setazah cakap takde pape.. ntah2 setazah ni pe ...

Kann. Dah ler balik penat 100 km.. cam kl gi perak.. balik nak masak,anak.. .laki.wat dono jek
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pernah berulang jb - batu pahat mak ai.. Balik umah memang lepas mandi nampak bantal je tak buat benda lain dah.

Harap dijumpai & selamat ustazah. Dah clinical depression lagi. Siapa kata ustazah takkan depress pi hantuk kepala kat dinding sana. Tu sakit, chemical imbalance kat otak la. Bloody ignorant
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu Farhana dijumpai selamat.. keluarga kini dalam perjalanan ke Kuala Kangsar

17 Januari 2019
Admin
BALIK PULAU - Cikgu Nur Farhana Ibrahim yang dilaporkan hilang di Balik Pulau sejak 14 Januari lalu, ditemui dalam keadaan selamat, hari ini.

Menurut sebuah portal, perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan, yang akan memberikan maklumat lanjut mengenainya dalam masa terdekat.


Menurut kakak mangsa, Madihah,  suami mangsa, Muhammad Naim Mahayadin menerima panggilan daripada IPD Kuala Kangsar memaklumkan isterinya yang dipercayai tersesat telah ditemui.

ADVERTISING

"Nur Farhana dijumpai kira-kira jam 4 petang tadi dan kini berada di Balai Polis Kuala Kangsar.

Katanya lagi, keluarganya bersyukur dengan penemuan Nur Farhana.

"Saya ingin berterima kasih kepada semua terutamanya Sinar Harian, polis, bomba, guru, keluarga, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan semua yang membantu dalam pencarian ini.

"Kami sekarang dalam perjalanan ke sana dan saya masih belum tahu keadaan adik saya lagi.. setakat ini dulu yang saya boleh bantu," katanya ketika dihubungi GPS Bestari.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.070118 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list