Ular sawa 130 kilogram ditangkap penduduk kampung
http://www.kosmo.com.my/negara/ular-sawa-130-kilogram-ditangkap-penduduk-kampung-1.824678
18 Januari 2019 3:00 AM
PENDUDUK dan anggota APM mengangkat seekor ular sawa seberat 130 kg dan sepanjang 6.1 meter berjaya ditangkap di Kampung Rim di Jasin, semalam.
JASIN - Seekor ular sawa seberat 130 kilogram berjaya ditangkap oleh penduduk kampung selepas ditemui sedang berehat berdekatan sebuah bangsal ayam di Kampung Rim di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 petang, haiwan reptilia sepanjang 6.1 meter itu berjaya ditangkap oleh tiga penduduk kampung menggunakan tali.
Menurut salah seorang penduduk kampung, Ibrahim Mat, 56, haiwan pemangsa itu ditemui ketika dia bersama beberapa saudaranya sedang membersihkan bangsal tersebut. |