CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1082|Reply: 19

[Jenayah] Edisi lobai zalim: Kerajaan saman lobai!

[Copy link]
Post time 18-1-2019 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Ceroboh tanah Orang Asli: Putrajaya saman k’jaan Kelantan

Hafiz Yatim
18 Jan 2019, 5:08 petang(Dikemaskini18 Jan 2019, 5:39 petang)

AA

Kerajaan Persekutuan atas arahan kabinet hari ini memfailkan saman sivil terhadap kerajaan negeri Kelantan kerana menceroboh tanah Orang Asli Temiar di negeri ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Peguam Negara, Tommy Thomas berkata, saman itu telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

"Buat pertama kalinya di negara ini, kerajaan pusat sedang melaksanakan prosiding undang-undang bagi pihak Orang Asli selaras dengan kewajipan perlembagaan dan undang-undang kerajaan persekutuan untuk melindungi dan mempromosikan kesejahteraan mereka.

"Walaupun perkara tanah dan perhutanan terletak di dalam bidang kuasa kerajaan negeri, negara perlu melindungi kebajikan Orang Asli Temiar," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Thomas, kerajaan negeri Kelantan dan agensinya telah memberikan hak pembalakan di Gua Musang kepada beberapa syarikat swasta tanpa berunding dengan masyarakat Orang Asli Temiar atau menawarkan pampasan kepada mereka.

Beliau berkata kerajaan Persekutuan memandang serius pencerobohan tanah tersebut.

"Tindakan mereka menghalang Orang Asli Temiar daripada tanah dan sumber asli mereka, dan menyebabkan hakisan, pencemaran dan kerosakan yang tidak dapat diperbaiki terhadap ekologi dan landskap Pos Simpor (di Gua Musang)," katanya.

Saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi di Kota Bharu, menamakan kerajaan negeri Kelantan, Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri, dan lima syarikat swasta sebagai pihak defendan.

Ia memohon perintah mahkamah untuk mengiktiraf hak tanah Orang Asli Temiar di Pos Simpor, dan injunksi untuk menghalang syarikat swasta daripada menceroboh dan memusnahkan tanah berkenaan untuk tujuan komersil.

Putrajaya akan mewakili masyarakat Orang Asli Temiar secara percuma.

Sos: https://m.malaysiakini.com/news/460782

P/s: lobai akan tetap in denial xnak mengaku salah, dia akan cakap kerajaan nak main isu utk prk Cameron padahal lobai smpah dh lama buat taik dgan org asli gua musang. Moga tuhan melaknat penzalim org asli ini. Amen

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2019 07:23 PM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 18-1-2019 07:54 PM

Boleh ke kerajaan Persekutuan menyaman  kerajaan negeri yang tidak meluluskan akta Orang Asli menjadi enakmen melalui kelulusan DUN negeri masing-masing, sedangkan ianya bawah kuasa kerajaan Negeri?
Bukan ianya patut diselesaikan melalui majlis timbang tara seperti mana yang termaktud dalam Perlembagaan.


walaupun aku setuju, kerajaan Negeri kelantan sepatutnya merizabkan sebahagian tanah untuk org asli bagi memberi laluan kepada Akta Orang Asli, tapi aku mempertikaikan tindakan kerajaan Persekutuan yang menyaman kerajaan negeri.
Hal ehwal orang Asli adalah bawah kuasa Persekutuan

Hal ehwal Tanah adalah bawah bidang negeri..

Bolehkah Persekutuan membawa kes ke mahkamah bagi bagi memaksa Pihak Berkuasa Negeri menerima Akta orang Asli menjadi enekmen?
Menarik kes ini..

Lepas ni...makin banyak la saman menyaman antara negeri dengan federal...

Btw..nak tau juga, adakah kawasan yang direbut tersebut pernah dirizabkan untuk org asli, kemudian kerajaan negeri batalkan rizab dan bagi kepada syarikat untuk tujuan pembalakan..
seingat aku, DUN kelantan tidak pernah meluluskan Akta Orang Asli untuk dijadikan enekmen negeri.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Turun 1 sen naik 6 sen  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 07:41 PM | Show all posts
dapat lah siti kasim menumpang nama nanti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2019 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 18-1-2019 07:28 PM
Turun 1 sen naik 6 sen

Bangang punya cacai, macam zaman najib tu minyak xpernah naik. Naik berpuluh sen tpi turun 1 sen jah tu pon cacai melompat girang. Bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 18-1-2019 07:23 PM
Boleh ke kerajaan Persekutuan menyaman  kerajaan negeri yang tidak meluluskan akta Orang Asli menjad ...

Sivarasa sendiri mengakui status tanah org asli di gua musang masih lagi tergantung dan perlu diteliti semula

Jelas lah saman itu hanyalah sandiwara untuk meraih undi orang asli di cameron highland & seperti yang disedia maklum  prosiding saman akan mengambil masa yang lama dan mungkin juga bermakan tahun

Jadi sudah jelaslah dari  sini secara psikologinya ia dapat mengubah persepsi org asli CH iaitu kerajaan baru begitu mengambil peduli tentang kebajikan masyarakat asli.

Setelah berkurun baru muncul semula peguam negara.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2019 08:03 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 18-1-2019 07:52 PM
Bangang punya cacai, macam zaman najib tu minyak xpernah naik. Naik berpuluh sen tpi turun 1 sen j ...

kau tu yang bangang

dah tua pun bangang, maknanya sampai mampus kau bawak bangang kau masuk kubur


Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 08:20 PM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 18-1-2019 08:26 PM
Remyda replied at 18-1-2019 08:00 PM
Sivarasa sendiri mengakui status tanah org asli di gua musang masih lagi tergantung dan perlu dite ...



Ntah la...kena tgk fakta2 kes..

Dari segi perlembagaan, apa yang dibuat oleh kerajaan Kelantan adalah betul. Hal ehwal tanah memang bawah kuasa negeri.

Perlembagaan hanya membenarkan pengambilan balik/pembelian/ pemberimilikan, sekiranya Persekutuan memerlukan tanah negeri bagi maksud kemudahan awam...atapun  tanah tersebut memang telah digunakan bagi maksud Persekutuan sebelum merdeka yang dikenali sebagai  Tanah Simpanan Persekutuan (TSP).


Lagi pun, SUK Kelantan pernah bagitau, sebahagian besar tanah kat kelantan tu adalah berstatus rizab melayu...Rizab melayu telah wujud sebelum merdeka, telah termaktud dalam perlembagaan persekutuan dan kanun tanah negara.

Sementara rizab orang asli, datangnya selepas merdeka. Dari segi logik, bila sebahagian besar kelantan telahy rizab melayu, memang tidak boleh bertindih dengan rizab orang asli.

Tapi, kalau kerajaan Kelantan boleh batalkan rizab melayu ka, rizab hutan ke bagi tujuan pembalakan, tiada sebab juga kelantan tidak boleh batalkan rizab melayu/hutan bagi mmberi laluan rizab orang asli.

So, dari segi moralnya, apa yang kelantan buat itu tidak betul.

Legally right, but morally wrong.


Cuma secara umumnya, kalau berdasarkan perlembagaan...sekiranya terdapat pertikaian pentdabiran tanah antara Persekutuan dengan Negeri..kena selesaikan melalui majlis timbang tara.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2019 08:27 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 18-1-2019 07:52 PM
Bangang punya cacai, macam zaman najib tu minyak xpernah naik. Naik berpuluh sen tpi turun 1 sen j ...

mana ada pernah naik time najib perintah
senalornya turun ...tu yang efek boleh beli ayam seringgit
harga kangkung menjunam

#rakyatrindunajib
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Indahnya pemerintihan iselam sisbrb nak share selamatkan felestin dkt facebookk.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak ada tanah dimiliki Orang Asli, Kelantan jawab Putrajaya
FMT Reporters - January 18, 2019 8:20 PM

Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kerajaan Kelantan malam tadi menjawab tindakan Putrajaya menyamannya demi Orang Asli, mengatakan tidak ada tanah di negeri itu yang dimiliki masyarakat pribumi itu.

Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah berkata apa yang menjadi milik Orang Asli adalah apa yang diberi kerajaan negeri.

“Setakat ini tidak ada tanah yang dimiliki Orang Asli kecuali yang diberi milik oleh kerajaan negeri,” katanya kepada FMT.

Amar menunggu laporan dan pandangan undang-undang sebelum kerana dia tidak pasti tentang saman itu.


“Tanah bidang kuasa kerajaan negeri,” katanya mengingatkan Putrajaya.

Sementara itu, peguam yang sering mewakili kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan melihat tindakan kerajaan persekutuan itu sebagai “janggal”.

Takiyuddin mengingatkan penasihat undang-undang kerajaan negeri sebenarnya pegawai persekutuan.

“Putrajaya meletakkan pegawai ini dalam keadaan yang pelik,” katanya.


Beliau menambah semua orang maklum soal tanah dan dasar-dasar berkaitan bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Sedangkan kerajaan persekutuan pun tertakluk kepada tanah yang dibuat oleh kerajaan negeri,” katanya.

Peguam Negara Tommy Thomas hari ini mengumumkan Putrajaya memfailkan saman terhadap kerajaan Kelantan yang ditadbir oleh PAS kerana menceroboh penempatan-penempatan Orang Asli.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 08:54 PM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 18-1-2019 09:00 PM
Remyda replied at 18-1-2019 08:50 PM
Tak ada tanah dimiliki Orang Asli, Kelantan jawab Putrajaya
FMT Reporters - January 18, 2019 8:20 P ...

Jadi apa yang aku ulas kat atas tu..adalah betul....


Dari segi perundangan, kerajaan negeri kelantan adalah betul..cuma yang kurang manisnya, dari segi  moral.

yup...btw apa yg AG buat ni tetap janggal...Kita ada majlis timbang tara...kenapa tidak pakai?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 18-1-2019 10:10 PM

Satu lagi.. Kenapa nk saman Pengarah PTG dan Pengarah Hutan?bukan kah mereka juga peg Persekutuan.. Tp bkhidmat utk negeri2 .. Mereka bukan pihak berkuasa yg mluluskan pun

Kenapa x saman PBN? Pelik

Mbe kalau saman PBN ...AG subuh2 kalah kat perlembagaan kot
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 18-1-2019 08:54 PM
Jadi apa yang aku ulas kat atas tu..adalah betul....



Tidak di nafikan ada benarnya kata kata hang.

Mungkin depa boleh hentikan bagi konsesi balak pada syarikat luar.  Then depa buat pertanian berkelompok , biar semua rakyat dapat hasil, jadi kaya, domestik dan eksport.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 10:30 PM | Show all posts
cmf_shalom replied at 18-1-2019 07:23 PM
Boleh ke kerajaan Persekutuan menyaman  kerajaan negeri yang tidak meluluskan akta Orang Asli menjad ...

adakah ini jawapannya?

Buat pertama kalinya di negara ini, kerajaan pusat sedang melaksanakan prosiding undang-undang bagi pihak Orang Asli


Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 18-1-2019 10:57 PM
Decaffeinated replied at 18-1-2019 10:30 PM
adakah ini jawapannya?

Federal x boleh paksa state utk terima rizab org asli...so alasan tu x tpakai..Selagi DUN negeri tidak luluskan, ianya tidak boleh dijadikan enekmen negeri...Eg sampai sekarang DUN Sarawak tidak luluskan Akta Bahasa Kebangsaan...so Persekutuan tidak boleh mencabar Sarawak bawa ke mahkamah  bila Sarawak jadikan english bahasa rasmi kedua

Kena ingat... Rizab org asli xde dlm perlembagaan or kanun tanah negara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2019 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi yang tak tahu, sumber pendapatan utama negeri Kelantan adalah pembalakan.

Dan perkara ni disahkan sendiri oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan iaitu hasil paling tinggi ialah daripada kutipan premium tanah yang dibayar oleh pembalak bagi pengeluaran hasil hutan daripada HSK atau tanah Kerajaan.

Berbalik kepada pertikaian dari masyarakat orang asli,  lepas punya laporan dalam Harakah Daily mengatakan yang hampir kesemua tanah di Kelantan merupakan rizab Melayu berdasar Enakmen Rizab Melayu 1930 dan ia lebih awal wujud berbanding Akta Orang Asli 1954.

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 10:52 PM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 18-1-2019 10:55 PM
Remyda replied at 18-1-2019 10:11 PM
Tidak di nafikan ada benarnya kata kata hang.

Mungkin depa boleh hentikan bagi konsesi balak pa ...


Yup..

dari segi legal..aku berani cakap AG akan kalah...sebab itu  juga kenapa AG x saman PBN...sebaliknya saman Pengarah PTG dan Pengarah Perhutanan


Dari segi moral, Kelantan akan kalah kat situ.

Selama ini mereka guna alasan, sebahagian besar tanah kat kelantan adalah berstatus rizab melayu...sekarang tindakan mereka..batalkan rizab melayu...bagi pembalak masuk pula...tidak sesuai la dengan status pentadbiran Islam.

Masa British berkuasa dulu, mereka wujudkan rizab melayu sebab kasihan dengan orang melayu. Tidak salah sekarang mereka mengamalkan prinsip sama...atas dasar kemanusian...bagi la org asli tu penempatan berkelompok macam negeri lain buat...tak luak pun...

Kalau nak pembalakan pun, xde masalah....orang asli tidak perlu rizab besar pun...kawasan perkampungan plus kawasan rayau (if yang masih nomad).
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 11:06 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 11:07 PM | Show all posts
Kita faham Putrajaya tiba-tiba nak saman Kelantan sebab nak nampak champion hak orang asli, isu hutan.

Tapi nampak awkward sebab isu pembangunan lereng bukit, di penang sendiri pun tak settle.

Projek highway lereng bukit kukus, berbelas org mati ....tak ada EIA sebab diberi pengecualian oleh JAS

projek kondo mewah lereng bukit di tg bungah, 14 mati ....pun tak dak EIA, sebab katanya JAS tak arahkan supaya buat EIA.

Tanak saman pulak? ..... nak politikkan isu hutan pun agak-agaklah. awkward sgt tu

keh keh keh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.093728 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list