View: 1686|Reply: 8
|
[Dunia]
Penjualan 'Android box' bakal diharamkan
[Copy link]
|
|
Penjualan 'Android box' bakal diharamkan di Singapura
Januari 18, 2019 14:53 MYT
KUALA LUMPUR: Singapura bercadang untuk meminda Akta Hak Cipta bagi mengharamkan penjualan 'Android box' yang memberi pengguna akses penstriman kandungan dari sumber yang tidak dibenarkan.
Menurut Kementerian Undang-Undang republik itu, cadangan itu dikeluarkan selepas menjalankan kajian dan tinjauan bersama orang awam selama tiga tahun, lapor Channel News Asia.
"Ia untuk melindungi pemilik hak cipta serta menghalang peruncit dan penyedia perkhidmatan daripada mengaut keuntungan dengan memberi akses kandungan dari sumber yang tidak dibenarkan.
"Sebelum ini tiada undang-undang yang melarang pengimportan dan penjualan peranti sedemikian," kata kementerian itu.
Pada Januari 2018, dua penjual Android box di Singapura, Synnex Trading dan An-Nahl, didakwa di mahkamah atas pertuduhan melanggar hak cipta empat entiti iaitu StarHub, Singtel, Fox Networks Group dan Liga Perdana bola sepak.
November lalu, Mahkamah Tinggi Singapura mengarahkan penyedia perkhidmatan Internet di negara itu untuk menyekat akses ke aplikasi Android box yang membolehkan pengguna menstrim dan muat turun kandungan seperti filem, rancangan TV dan saluran sukan langsung.
Ini susulan usul yang difailkan di mahkamah oleh Singnet, Fox Networks Group Singapore, NGC Network Asia, Fox International Channels (US) dan The Football Association Premier League.
Di Malaysia pula, pembelian Android box tidak salah dari segi undang-undang, ia hanya salah apabila peranti itu digunakan untuk penstriman kandungan yang dipelihara di bawah Akta Hak Cipta tanpa membayar yuran langganan untuk kandungan tersebut.
Buat masa ini, penyedia perkhidmatan sedemikian yang sah di Malaysia ialah Internet Protocol Television (IPTV) seperti Astro dan HyppTV. |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
[qoute]Di Malaysia pula, pembelian Android box tidak salah dari segi undang-undang, ia hanya salah apabila peranti itu digunakan untuk penstriman kandungan yang dipelihara di bawah Akta Hak Cipta tanpa membayar yuran langganan untuk kandungan tersebut.[/qoute]
Jgn haraplah..semua pakai kodi punye. |
|
|
|
|
|
|
|
Bunga2 nak mengharamkan kat Malaysia dah tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
batmana replied at 19-1-2019 07:36 AM
[qoute]Di Malaysia pula, pembelian Android box tidak salah dari segi undang-undang, ia hanya salah a ...
dulu try kodi., tp takyah la buang karan
langgan je netflix... tutup je astro haha |
|
|
|
|
|
|
|
dinopower2 replied at 19-1-2019 07:42 AM
dulu try kodi., tp takyah la buang karan
langgan je netflix... tutup je astro haha
Dulu i pun pakai kodi. Bila dh subscribe netflix, langsung dh tk bukak kodi |
|
|
|
|
|
|
|
Klu android box diharamkn.. Beli tv android je la.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak ada masa nak buka tv. Layan dokumentari dan channel dalam youtube lagi best |
|
|
|
|
|
|
|
buat je law baru android box dilarabg guna utk rumah yg ada piring astro
klu nk minta kebenaran dan guna dln jarak 13 meter dri piring astro. |
|
|
|
|
|
|
|
aHoi83 replied at 19-1-2019 07:56 AM
Dulu i pun pakai kodi. Bila dh subscribe netflix, langsung dh tk bukak kodi
Saya pun langgan Netflix. Pernah juga try kodi tgk apa yg bestnya. Susah nak stream kat kodi rupanya. So TV box tu mmg pakai utk Netflix saja. Berlambak series dan movies dlm tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|