CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 416|Reply: 0

[Dunia] Demi alam sekitar dan budaya, Bali akan kenakan cukai pelancong AS$10

[Copy link]
Post time 20-1-2019 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
DENPASAR: : Bali bersedia mengenakan cukai pelancong berjumlah AS$10 (RM41) ke atas pengunjung dari negara asing untuk membiayai program pemuliharaan alam sekitar dan budaya.

Pemerintah sudahpun merangka undang-undang untuk menguatkuasakan langkah tersebut, lapor Jakarta Post pada Jumaat, dengan memetik kata Gabenor Bali, Wayan Koster.

“Ini akan memberikan kami ruang fiskal yang lebih baik untuk menyokong pembangunan Bali,” ujarnya.

Bali menerima sejumlah 5.7 juta pelancong asing pada 2017, yang kebanyakannya dari China dan Australia.

Perangkaan pada 2018 pula dijangka melepasi 6 juta, apabila pulau peranginan itu menjadi tuan rumah acara bertaraf antarabangsa.

Bulan lalu, Bali mengharamkan plastik kegunaan tunggal seperti beg beli-belah, styrofoam dan penyedut minuman, dalam usaha mengurangkan sehingga 70 peratus sisa plastik di persekitaran marin pulau berkenaan dalam tempoh setahun.

Tambah Jakarta Post, penggubal undang-undang masih memperinci kaedah mengutip cukai pelancongan tersebut. Antara cadangan termasuk menambah caj levi pada harga tiket penrbangan atau mengutip bayaran itu di lapangan terbang.

“Para pelancong akan memahami peraturan baharu ini. Mereka akan gembira untuk membayarnya kerana ia akan digunakan untuk memperbaiki persekitaran dan budaya," ujar Wayan.

Pelancong domestik bagaimanapun terkecuali daripada cukai tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.065472 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list