View: 1448|Reply: 0
|
APA YANG KAMU TIDAK TAHU KENCING MANIS,KOLESTROL DAN DARAH TINGGI!
[Copy link]
|
|
Edited by seribulan at 20-1-2019 07:19 PM
1) APA YANG DIBERITAHU :
- lemak bahaya untuk badan menjadi penyebab kepada peyakit obesiti justeru membawa kepada kolestrol tinggi dan tekanan darah tinggi.
- gaya hidup low fat high carb bagus untuk kurangkan penyakit kronik seperti stroke
- kurangkan gula putih dan susu pekat manis.
- Makan mesti 3hari sekali.
- Apabila makan badan kita mula untuk memperbaiki sel dalaman kita dengan nutrisi tersebut.
- buat senaman jogging dan senam aerobik dapat membakar lemak terkumpul dalam badan.
Sememangnya ramai rakyat malaysia tidak didedahkan dengan kepentingan pengetahuan sistem kesihatan badan kita terutamanya mengenai sisteam pencernaan dan hormon. Saya tidak pelik apabila berjumpa dengan ramai patient saya yang menghidap penyakit2 kronik ni,mereka seperti rasa tertipu dengan ilmu yang mereka dapat dari luar sana. Di sini saya ingin highlight fakta yang anda patut tahu untuk mengelak daripada penyakit2 tersebut.
2) JENIS MAKANAN :
- macronutrients : karbohidrat, protein, lemak
- micronutrients : vitamin & mineral
Untuk macronutrient, badan memerlukan enzyme dan hydrochloric acid untuk hancurkan kepada bentuk yg kecil supaya dapat diserap masuk kedalam darah justeru hantar ke sel. Karbohidrat akan dicerna menjadi 'glucose' , protein akan menjadi 'amino acid' manakal lemak akan menjadi 'fatty acid'. Semua proses ini memerlukan bantuan daripada organ2 seperti didalam gambar diatas. Di dalam perut kita mempunyai asid ph tinggi (ph1-2) untuk hancurkan partikel besar manakala untuk lemak pula badan kita memerlukan hempedu (gall bladder) untuk hancurkan dan extract nutrisi daripada lemak contoh vitamin A,D,E,K. Untuk micronutrient pula tidak perlu dihancurkan kerana ianya sendiri dalam keadaan asal berbentuk kecil mikro.
Di sini saya ingin highlight makanan apa yang menjadi punca penyakit kencing manis,kolestrol tinggi,darah tinggi,sakit lutut (RA & OA),saraf atau lain2.
Setiap penyakit datangnya daripada makanan,justeru setiap ubata penawar juga datang daripada makanan bukannya dadah (meidicine). Jangan salah faham saya tidak ingin memburukkan ubat,cuma ubat bagus tetapi ianya tidak sempurna. Ubat ini hanya untuk menahan bukan untuk menyembuhkan penyakit. Jikalau anda dalam keadaan glucose yg tinggi atau diabetic,anda akan sentiasa makan ubat (Metformin) sampai bila2 sebab ubat ini hanya menahan penyakit.
3) PUNCA PENYAKIT :
Apabila saya tanya beberapa orang patient saya mengenai punca penyakit mereka,rata2 akan menjawab :
- kencing manis = gula tinggi
- kolestrol tinggi = lemak tinggi
- tekanan darah tinggi = lemak tinggi
- stroke = lemak tinggi
- masalah jantung = lemak tinggi
Apabila mendengar jawapan mereka saya tidak pelik kerana itulah yang sentiasa diberitahu orang ramai di luar sana dan kita akan terikut2 dengan ilmu pseudoscience ini. Sekarang lihat jalur rajah saya buat dibawah ini adalah fakta sebenar yang ramai tidak tahu :
- nasi,mee,roti,biskut >> tukar kepada gula (glucose) apabila berlebihan >>menyebabkan insulin resistance>>menyebabkan gula terkumpul banyak didalam darah>>menyebabkan kencing manis
- nasi,mee,roti,biskut >> glucose >> triglyceride >> LDL (lemak jahat) >> cholestrol >> stroke >> dementia & alzheimer & lumpuh
GULA! YA GULA! Gula itu bukannya gula putih sahaja yang buat air manis,atau susu pekat sahaja. Gula saya mksudkan sini adalah dalam bentuk nasi,mee,roti dan biskut. Biskut mempunyai kandungan gula paling tinggi! Gula ini boleh menyebabkan kandungan hormon insulin dalam badan meningkat dan mengurangkan 'GROWTH & REPAIR HORMON'. Setiap kali anda makan,insulin akan naik dimana waktu itu badan kita tidak dapat merawat pun luka2 dalam badan atau menyebabkan kita cepat rasa letih mengantuk. Pelik tak, apabila orang kencing manis terluka atau berdarah luka tersebut susah dan lambat nak sembuh. Ini kerana orang kencing manis mempunyai terlampau banyak insulin didalam badan! Insulin resistance dalam gambar diatas adalah pengumpulan insulin didalam darah.
Daripada gula juga (nasi,mee,biskut,roti) boleh menyebakan penghasilan kolestrol jahat banyak. LDL low density lipoprotein kata mudahnya adalah lemak jahat. Daripada kolestrol lah jikalau badan kurang vitamin b12 dan iron folic akan jerumus kepada penyakit stroke (lumpuh,memory lost,dementia,alzheimer,death) dan penyakit masalah jantung.
Ok siapa dalang utama masalah ini? Lemak ke Gula?
4) CARA ATASI MASALAH :
- kurangkan gula kalau boleh cut dulu untuk satu minggu
- go thru ketogenic diet (intermittent fasting)
- amalkan puasa sekali seminggu
- banyakkan makan lemak (santan,daging berlemak,ayam berlemak,semua jenis ikan,butter,cream,cheese,minyak sawit,minyak zaitun)
- banyakkan sayuran hijau.
Jikalau anda ingin mendapatkan private consultant mengenai cara pemakanan seharian daripda pagi ke malam atau ingin tahu cara hilangkan stroke dalam masa 3minggu, atau kurangkan berat badan 3kg dalam masa 2minggu atau pulih daripada penyakit kronik dan ingin berhenti ubatan2 hopital, boleh refer and keep in touch di bawah :
+pm
LAT/NUTRITION & DIETITION
|
|
|
|
|
|
|
| |
|